teknik menjawab bm siri xix - cikgumuin.com

17
cikgumuin.com 1 Kertas Edaran Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XIX

Upload: others

Post on 23-Jul-2022

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XIX - cikgumuin.com

cikgumuin.com

1

Kertas Edaran Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Melayu

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

TEKNIK MENJAWAB BM

SIRI XIX

Page 2: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XIX - cikgumuin.com

cikgumuin.com SIRI XIX

2

LATIHAN PAUTAN BORANG GOOGLE https://forms.gle/gTbi5PGGb1Pv37qn6

APLIKASI & SISTEM BAHASA (SINTAKSIS)

BIL AYAT POLA AYAT

1 Aishah anak sulung guru Matematik sekolah kami.

2 Saya yakin bahawa rakan-rakan sekelas saya sangat rajin.

3 Rombongan yang akan menyertai ekspedisi berkayak telah bertolak.

4 Anaknya yang belum bersekolah lagi ialah Abu kerana baru berusia tiga tahun.

5 Seorang pelajar akan ke Kuala Lumpur bersama-sama rombongan itu.

6 Kelapan-lapan orang anggota pasukan lari berganti-ganti sekolah kita sangat cergas.

7 Beberapa ekor burung merpati sedang makan padi di jemuran Mak Teh.

8 Buku cerita ini tentang pengembaraan seorang pemuda dari kampungnya.

8 Pelajar baharu kelas itu sepupu Ariana Zafirah.

10 Beliau seorang guru yang amat dedikasi dalam tugasnya.

11 Pelajar itu daripada Kelab Harimau Muda.

12 Dari negara Jepun kebanyakan pengunjung ke pameran itu.

13 Semua pemain sepak takraw pasukan itu dari Kampung Bahagia.

14 Pelumba basikal yang sedang kami tunggu itu amat gigih.

15 Guru yang sedang berkursus di Kuala Lumpur ialah Cikgu Zakaria.

16 Amat terkenal pelumba basikal yang memenangi perlumbaan kali ini.

17 Penuntut yang terlibat dalam kemalangan itu seorang pelajar dari negara Iran.

18 Bangsa yang digambarkan dalam buku itu terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat.

19 Askar yang gigih membuat tasik di negeri utara dahulu sungguh rajin.

20 Kapal Phinisi itu daripada hasil tangan kaum Banjar di Bulukumba.

AYAT

SUBJEK PREDIKAT

Page 3: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XIX - cikgumuin.com

cikgumuin.com SIRI XIX

3

BIL AYAT POLA AYAT

21 Gelang emas yang dihadiahkan kepada isterinya itu cantik sungguh.

22 Buah durian di belakang rumah Pak Lazim sudah gugur.

23 Perkakas dan perobot di dalam bilik darjah sekolah kami daripada kayu jati.

24 Penyanyi muda yang berkasut kulit buatan Itali itu anak jiran saya yang telah berpindah.

25 Bangunan kelab sukan di penjuru jalan itu sudah usang benar.

LATIHAN PENULISAN KARANGAN DOMAIN AWAM

KRITERIA PENSKORAN – Karangan Bahagian B Karangan Cemerlang (60 hingga 70 markah)

- Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat - Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis - Ejaan dan tanda baca yang betul - Laras bahasa sesuai dengan tugasan - Penggunaan kosa kata luas dan tepat - Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan contoh

yang sesuai - Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerenggan sesuai. - Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan - Penggunaan unsur bahasa bervariasi - Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti

peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa SUMBER: Lembaga Peperiksaan Malaysia

Page 4: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XIX - cikgumuin.com

cikgumuin.com SIRI XIX

4

KAEDAH PEMBINAAN PERENGGAN KARANGAN - PENDAHULUAN

KAEDAH PEMBINAAN PERENGGAN KARANGAN - ISI

KAEDAH PEMBINAAN PERENGGAN KARANGAN - PENUTUP

Page 5: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XIX - cikgumuin.com

cikgumuin.com SIRI XIX

5

LATIHAN PENULISAN KARANGAN DOMAIN AWAM - MEMORANDUM

Belakangan ini penayangan filem bergenre seram, tahyul dan ganas sama ada hasil terbitan dalam mahupun luar negara semakin meluas. Data yang dikeluarkan oleh FINAS menunjukkan sepanjang tahun 2016 sehingga kini sebanyak 126 buah filem sedemikian ditayangkan di seluruh negara. Lambakan filem bergenre seperti ini dikhuatiri boleh mempengaruhi generasi muda kerana sesebuah filem berkemungkinan menayangkan visual yang tidak benar mahupun membesar-besarkan perkara remeh. Terdapat enam elemen yang boleh menyebabkan seseorang itu dipengaruhi oleh media iaitu peringkat umur, tahap pendidikan, tahap IQ yang rendah, kekerapan masa menonton, daya tarikan oleh media dan tahap pegangan agama yang rendah.

Sumber: Bernama 20 Oktober 2021

Petikan di atas tentang lambakan filem bergenre seram, tahyul dan ganas di negara ini. Pertubuhan yang anda wakili kurang bersetuju dengan trend syarikat pengeluar filem yang lebih cenderung untuk menghasilkan filem bercorak sebegitu pada masa ini. Anda diminta untuk menyediakan memorandum berkaitan lambakan filem seram, tahyul dan ganas di negara ini. Sediakan memorandum tersebut. MEMAHAMI SOALAN Isu : Kehendak Soalan : Format :

MEMORANDUM

Kepada : Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Daripada : Pertubuhan Pencinta Seni Perkara : Bantahan Lambakan Filem Seram, Tahyul dan Ganas di Negara Kita 1.0 Pendahuluan Kita sering disogokkan dengan filem yang berunsur seram, tahyul dan ganas. Data yang dikeluarkan FINAS menunjukkan sepanjang tahun 2016 sehingga kini sebanyak 126 buah filem sedemikian ditayangkan di seluruh negara. Perkara ini sebenarnya mendatangkan impak negatif terhadap remaja dan kanak-kanak. Lantaran itu, komitmen daripada agensi bertanggungjawab amat penting sebelum nasi menjadi bubur.

Page 6: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XIX - cikgumuin.com

cikgumuin.com SIRI XIX

6

2.0 Penyataan Masalah Berhubung dengan masalah di atas, kami daripada Pertubuhan Pencinta Seni ingin menarik perhatian daripada pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana impaknya akan mempengaruhi remaja yang akan mencorakkan negara kita pada masa akan datang. Filem sedemikian digemari kerana menghiburkan dan memberi kepuasan. Namun, janganlah sudah terhantuk baru tengadah. 3.0 Penyataan Bantahan Kami sebagai ahli-ahli Pertubuhan Pencinta Seni bersepakat ingin menyuarakan bantahan terhadap filem-filem sedemikian. Bantahan kami berasaskan perkara-perkara berikut: 3.1 Mempengaruhi Emosi Remaja Filem-filem yang bercorak seram, tahyul dan ganas akan mempengaruhi emosi.Hal ini dikatakan demikian kerana emosi mereka akan terganggu dan mengalami ketidakstabilan emosi akibat pengaruh filem tersebut. Perbuatan menonton filem secara kerap dengan kadar yang lama mampu merubah peribadi dan emosi seseorang. Senario ini bermakna pada asasnya filem mempengaruhi masyarakat terutamanya remaja kerana sifat audio visual filem yang mampu mempengaruhi kognitif penonton. Jelaslah bahawa kewujudan genre filem sebegini mencorakkan personaliti dan emosi remaja yang darah setampuk pinang. 3.2 Melahirkan Masyarakat yang Ganas Filem sedemikian juga berpotensi untuk membentuk masyarakat yang ganas. Isu ini ada kebenarannya lantaran remaja mudah terpengaruh . Mereka yang masih belum matang akan meniru adegan dalam filem tersebut. Sebagai misalannya, aksi pelakon akan diaplikasikan terhadap rakan-rakan. Seterusnya, perkara ini akan berakar umbi dalam jiwa mereka. Mereka mempercayai unsur-unsur tersebut tanpa menyedari rosak bawang kerana jambaknya. Justifikasinya,fenomena sebegini mengundang bahaya kerana mereka mempercayai perkara-perkara mistik dan keganasan dalam kehidupan seharian. 4.0 Usul 4.1 Mengenakan Syarat Tapisan yang Ketat Berdasarkan impak negatif daripada filem-filem tersebut, kami menyarankan pihak kementerian mengenakan syarat tapisan yang ketat. Dalam hal ini, impak negatif yang menular dalam jiwa remaja dapat dikekang. Garis panduan diperlukan agar tidak menjejaskan emosi dan kepercayaan remaja. Saya cadangkan syarat tapisan dikaji dengan mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak berkaitan dengan filem agar mereka menangguk di air keruh. Ringkasnya, impak negatif daripada filem dapat dibendung dengan mengenakan syarat tapisan yang ketat. 4.2 Mengenakan Denda atau Hukuman yang Berat Kami juga mencadangkan supaya pihak kementerian mengenakan denda atau hukuman yang berat kepada mereka yang gagal mematuhi garis panduan tersebut. Usul ini dirasakan penting untuk

Page 7: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XIX - cikgumuin.com

cikgumuin.com SIRI XIX

7

mengelakkan para remaja dipengaruhi. Denda dan hukuman yang berat itu akan menakutkan pengeluar filem yang lain. Tekniknya adalah mudah, mereka yang melanggar peraturan yang ditetapkan dikenakan hukuman penjara mandatori sebagai pengajaran. Ringkasnya, penguatkuasaan undang-undang dan peraturan amat signifikan supaya filem-filem sebegini tidak menjadi duri dalam daging . 5.0 Penutup Akhir kata, kita perlu mencegah perkara ini daripada menjadi lebih kronik. Kami berpendapat filem seram, tahyul dan ganas memberikan impak dalam pembentukan jati diri remaja. Kami berharap agar pihak berautoriti akan bertindak dengan tegas terhadap mereka yang tidak mematuhi spesifikasi yang digariskan. Unsur-unsur negatif dalam filem perlulah dipantau pihak penapisan filem demi kemajuan perfileman negara kita. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Ingatlah, Filem Kita Wajah Kita! Disediakan oleh, 28 Oktober 2021 ………………..……. (ARON TAN) Pengerusi Persatuan Pencinta Seni, Alor Setar, Kedah.

FORMAT KARANGAN MEMORANDUM

FORMAT PETUNJUK

F1 -

F2 -

F3 -

F4 -

F5 -

F6 -

F7 -

F8 -

F9 -

Page 8: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XIX - cikgumuin.com

cikgumuin.com SIRI XIX

8

FORMAT PETUNJUK

F10 -

F11 -

F12 -

F13 -

F14 -

F15 -

F16 -

F17 -

F18-

LATIHAN KENDIRI KARANGAN DOMAIN AWAM – MEMORANDUM

SHAH ALAM: Waktu operasi semua pusat hiburan di ibu negara yang dipendekkan sehingga jam 1 pagi tidak menjadi isu kerana semua premis sudah diarahkan supaya beroperasi sehingga jam 12 tengah malam. EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han, berkata perkara itu sudah dijadikan syarat dalam lesen perniagaan bagi semua pusat hiburan di negeri Selangor. “Perkara ini bukan satu isu kerana antara syarat dalam lesen perniagaan pusat hiburan adalah waktu operasi sehingga jam 12 tengah malam,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Kementerian Wilayah Persekutuan yang mempertimbangkan cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memendekkan waktu operasi semua pusat hiburan di ibu negara kepada jam 1 pagi.

Sumber: Akhbar My Metro 22 Oktober 2021

Petikan akhbar di atas tentang operasi pusat hiburan. Anda merupakan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Mewah yang terletak di sebuah kawasan bandar di Selangor. Penduduk kawasan anda mendapati beberapa buah pusat hiburan telah beroperasi sehingga jam 4.00 pagi walaupun kerajaan negeri telah menetapkan bahawa pusat-pusat hiburan hanya boleh beroperasi sehingga jam 1.00 pagi. AJK Persatuan meminta anda menyediakan memorandum untuk dihantar kepada pihak berkuasa bagi menyatakan bantahan terhadap keadaan tersebut. Sediakan memorandum tersebut.

Page 9: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XIX - cikgumuin.com

cikgumuin.com SIRI XIX

9

MEMAHAMI SOALAN Isu : Kehendak Soalan : Format :

MAKLUMAT KARANGAN

- Pendahuluan - Beberapa buah pusat hiburan di Taman Mewah menjalankan operasi melewati

tempoh yang ditetapkan. Keadaan ini amat mengganggu penduduk setempat. Langkah yang sewajarnya perlu diambil agar gangguan yang dialami oleh penduduk dapat dikurangkan

- (gunung juga yang dilejang panas – keuntungan berlebihan) - Isi - Menyebabkan kebisingan dan mengganggu ketenteraman penduduk. • Menyebabkan

kesesakan, terutamanya dari segi tempat meletak kereta. • Menggalakkan kegiatan jenayah dan maksiat. • Membawa imej buruk kepada negara. • Pemantauan dan tindakan tegas harus diambil oleh pihak berkuasa

- (tuba habis, ikan tak dapat– sia-sia)

- Penutup - Undang-undang yang telah digubal perlu dikuatkuasakan dengan tegas. Penduduk setempat akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya

- (ke sawah tidak berlubuk, ke ladang tidak berarang– mendapat kesenangan dengan mudah)

LATIHAN PENYUNTINGAN

Dalam petikan di bawah terdapat enam belas kesalahan bahasa penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. [16 markah]

Sikap sesetengah kaki tangan kerajaan yang salah guna kedudukan mereka amat membimbangkan masyarakat dengan pihak kerajaan. Mereka sering campur aduk tugas rasmi dengan pelbagai pegangan dan ideologi politik mereka. Kerajaan mengharapkan agar mereka dapat satu padu rakyat negara ini tetapi sebaliknya ada di antara mereka yang pecah belah perpaduan rakyat. Terdapat juga di dalam kalangan mereka yang putar belit tujuan setengah dasar kerajaan demi kelebihan ideologi mereka. Pada masa yang sama, mereka jugalah yang bersuara nyaring mengatakan yang kerajaan anak tiri penjawat awam dan mementingkan pihak swasta.

Page 10: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XIX - cikgumuin.com

cikgumuin.com SIRI XIX

10

LATIHAN SINTAKSIS – CAKAP AJUK & CAKAP PINDAH

BIL CAKAP AJUK CAKAP PINDAH

1 “Saya lapar”, kata Jenny.

2 “Di manakah awak tinggal?” tanya Law kepada Shiva.

3 ‘’Adakah awak sakit?” tanya Adlin kepada Janet.

4 “Tolong ambilkan saya segelas air”, kata Sehry kepada Sobalan.

5 “ Jangan bermain di tepi parit itu”, kata Sheila kepada adik.

6 “ Sila masuk ke dalam rumah saya”, kata Tan kepada Ming.

7 “Carilah rezeki yang halal”, kata Ewe kepada Sanny.

8 “Amboi, indahnya pemandangan di Pokok Sena!” kata Kweh.

9 “Aduh, sakitnya kakiku ini!” kata Gun.

10 “Cis, keluar engkau dari sini!” kata Azim kepada pengemis itu.

LATIHAN SINTAKSIS – MENUKARKAN CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH

Yvonne : Awak sudah mendaftar untuk ke tingkatan enam? Rashid : Sudah, semalam. Yvonne : Apa pandangan awak tentang pengajian kita di tingkatan enam nanti? Rashid : Saya tak kisah sangat. Asalkan dapat belajar, sudah. Yvonne : Tak boleh begitu. Awak kena fikirkan peluang dan masa depan awak. Rashid : Semuanya dah saya fikirkan tapi saya segan untuk mengatakannya. Yvonne : Baguslah kalau begitu. Saya harap pilihan ini bukan pilihan awak yang terakhir. Rashid : Sudah tentu tidak. Saya ke tingkatan enam kerana yakin bahawa peluang saya untuk ke universiti lebih cerah nanti.

Page 11: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XIX - cikgumuin.com

cikgumuin.com SIRI XIX

11

Yvonne .................................. Rashid ...................... dia sudah mendaftar untuk ............................................. ke tingkatan enam ................. belum. Rashid ...................................................................................................................... mendaftar pada ........................................... Seterusnya, Yvonne .................... Rashid ........................... pengajian ............................ di tingkatan enam. Rashid ......................................... perkara tersebut ............................................ tetapi perkara yang terpenting ialah ....................................................................................... Sebaliknya, Yvonne .......................... ....................... Rashid tidak patut ................. kerana Rashid perlu ............................................................................................................................... Selanjutnya, Rashid ................................. perkara itu ............................... tetapi dia .......................... Yvonne ..................... sikap kawannya itu sambil .................................... ........................................ pilihan memasuki tingkatan enam itu bukanlah pilihan yang terakhir. Rashid ................................................ memang itulah ................ kerana dia yakin bahawa ................................................................................ ..............................................

LATIHAN PERIBAHASA

BAHAN 1:

Pada realitinya, ibu bapa sanggup ............................................................................ agar memperoleh pendapatan yang lumayan. Hal ini demikian kerana ibu bapa mahu memberikan kemudahan dan keselesaan kepada anak-anak yang dijaga ..................................................... Semua ibu bapa menginginkan kejayaan daripada anak-anak supaya anak-anak mempunyai masa depan yang cerah. Mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup susah. Sebagai contoh, ibu bapa yang tidak berkemampuan terpaksa ..................................................................... semata-mata untuk membiayai persekolahan anak-anak mereka.

BAHAN 2:

Marilah kita buktikan kepada dunia bahawa pemikiran rakyat Malaysia tercinta ini tidak lagi dibelenggu ........................................................................... malah telah bertamadun dalam menuju era globalisasi untuk .......................................................................... dengan negara lain di seluruh sarwajagat ini. Rentetan itu, setiap warganegara Malaysia wajarlah bersatu padu ................................................................... dan bersama-sama menghadapi rintangan akibat pandemik Covid-19 seperti terungkap dalam peribahasa ...............................................

Page 12: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XIX - cikgumuin.com

cikgumuin.com SIRI XIX

12

LATIHAN MORFOLOGI

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, senaraikan tiga kata majmuk dan tiga kata hubung yang terdapat dalam petikan. Seterusnya anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih.

Pengerusi majlis memberitahu para hadirin bahawa majlis sumbang saran pada hari itu akan menjurus kepada masalah setinggan di sekitar bandar raya tersebut. Beliau meminta mereka memikirkan kaedah atau cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Beliau menzahirkan rasa dukacita kerana masalah tersebut masih berterusan walhal pelbagai tindakan telahpun diambil. Oleh itu, beliau menyeru kepada semua yang hadir agar memberikan kerjasama untuk membanteras masalah itu. [ 6 markah]

LATIHAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM – BERDASARKAN 2 BAHAN

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

BAHAN 1:

Otak dan minda manusia ialah anugerah Tuhan yang tiada bandingannya di muka bumi ini. Hal ini demikian kerana potensi dan kemampuan otak amatlah tidak terbatas. Otak mempunyai kekuatan untuk mencipta, menyimpan, menganalisis dan mempelajari pelbagai jenis maklumat dari persekitaran sekeliling. Otak orang dewasa mengandungi 10 bilion sel saraf. Pada setiap hari, hampir 14 juta saraf ini akan berinteraksi dengan lebih 16 juta saraf pada tubuh untuk membolehkan manusia melakukan pelbagai aktiviti. Secara amnya, otak terbahagi kepada dua bahagian, iaitu otak kiri dan otak kanan. Hasil kajian menunjukkan otak kiri lebih banyak digunakan untuk proses berfikir secara analitik verbal, dan selaras manakala otak kanan lebih digunakan untuk berfikir secara visual dan kreatif. Baik otak kiri mahupun otak kanan berperanan penting dalam mengatur seluruh fungsi tubuh untuk menjalani aktiviti seharian.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘'Keajaiban Otak Manusia’ oleh Nor Azisa Ishak, Dewan Siswa Bil 04/2021, Dewan Bahasa dan Pustaka

BAHAN 2:

Perunding Perubatan dan Neurologi, Dr Hiew Fu Liong berkata, sistem saraf manusia terbahagi kepada dua iaitu sistem saraf periferal (PNS) dan sistem saraf pusat (CNS). “Sistem saraf pusat dikaitkan dengan otak dan saraf tunjang, manakala sistem saraf periferal berfungsi dengan bantuan neuron yang juga dinamakan sel saraf. Sistem saraf menjalankan tugas penting dalam mengawal semua fungsi tubuh manusia seperti degupan jantung, deria, pernafasan dan sebagainya. Menerusi sistem saraf juga, manusia boleh memahami dan bertindak balas dengan persekitaran. Terdapat ribuan saraf yang membawa isyarat sebagai gelombang elektrokimia dari badan terus ke otak. Kemudian, ia menyalurkan mesej dari otak dan menyampaikan ke bahagian tertentu badan untuk proses berikutnya. Namun, fungsi penghantaran mesej ini boleh terjejas sekiranya berlaku gangguan atau kerosakan pada struktur saraf terutama PNS mengakibatkan masalah periferal neuropati,” katanya.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘'Saraf Rosak, Mesej Terjejas’ oleh Aniza Zainudin, Berita Harian 7 / 2019

Page 13: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XIX - cikgumuin.com

cikgumuin.com SIRI XIX

13

KOSA KATA:

BIL KOSA KATA MAKSUD

1

2

3

4

5

6

7

8

i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud penghantaran mesej. [2 markah] - penyampaian maklumat /pembawaan informasi

ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan fungsi-fungsi otak dan saraf terhadap manusia.

[4 markah] - Bahan 1 - mencipta, menyimpan, menganalisis dan mempelajari pelbagai jenis maklumat / otak

kiri berfungsi untuk proses berfikir secara analitik verbal / otak kanan lebih digunakan untuk berfikir secara visual, intuitisi dan kreatif

- Bahan 2 - menjalankan tugas penting dalam mengawal semua fungsi tubuh manusia dan manusia boleh memahami serta bertindak balas dengan persekitaran / menyalurkan mesej dari otak dan menyampaikan ke bahagian tertentu badan.

iii) Kesihatan mental merupakan salah satu aspek penting yang perlu dijaga demi kesejahteraan diri dan persekitaran sosial. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang boleh menjejaskan kesihatan mental seseorang? [3 markah]

- masalah pembelajaran yang tidak dapat diselesaikan / masalah kewangan yang serius / keberhutangan turut menjejaskan kesihatan mental seseorang / tekanan isu keluarga / saudara-mara / sahabat handai / tidak mengamalkan gaya hidup sihat hingga menjejaskan kesihatan mental / tidak mendapat tidur yang tidak mencukupi / tidak teratur / masalah di tempat kerja / tuntutan tugas yang berat

iv) Anda dan rakan-rakan anda sentiasa ceria dan aktif serta menjalinkan hubungan baik dengan

semua rakan sekelas. Namun demikian, anda mendapati salah seorang rakan sekelas anda tiba-tiba menyendiri dan menjauhi orang lain. Dia yang sebelum ini dikenali dengan sifat peramah dan ceria juga berubah menjadi seorang yang pemarah dan panas baran. Perubahan sikap yang ditunjukkan itu disedari oleh rakan-rakan yang lain. Sebagai rakan yang baik, cadangkan langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk membantu rakan anda agar kembali ceria dan positif. [4 markah]

- saya akan mendekatinya dan mendengar luahan masalah yang dihadapi / saya akan memaklumkan kepada guru kaunseling / guru kelas untuk menasihatinya / membantu menyelesaikan masalah / meminta bantuan ibu bapanya agar memantau pergerakan / gerak gerinya / memberikan buku-buku keagamaan untuk dibaca dan dihayatinya / meluangkan masa bersama-sama

Page 14: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XIX - cikgumuin.com

cikgumuin.com SIRI XIX

14

LATIHAN PEMAHAMAN NOVEL – NOVEL SILIR DAKSINA

Perwatakan Watak Utama / Protagonis

WATAK PERWATAKAN CONTOH

Haiqal - Anak Abdullah bin

Kayan bersama Rafiqah, Mempunyai ayah tiri

dipanggil walid dan adik tiri Nurul Asiyah

Berani

Berdikari

Penyayang

Prihatin

Gigih

Bijak dalam akademik

Page 15: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XIX - cikgumuin.com

cikgumuin.com SIRI XIX

15

PLOT NOVEL SILIR DAKSINA

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Selesai Latihan, Pak Haji Salam yang juga merupakan ketua kumpulan zapin D’Purnama tidak membenarkan aku pulang dahulu kerana ada beberapa perkara yang hendak dibincangkan. Aku, Tauke Lim dan beberapa rakan yang terlibat dengan kumpulan zapin ini duduk berkumpul di atas pentas. “Sebenarnya begini, selepas solat isyak di masjid tadi, Haji Kemat JKKK memaklumkan saya bahawa YB Shamsuri akan datang dua minggu lagi. Katanya malam minggu. Kebetulan pula, pegawai daripada Yayasan Warisan Negeri juga telah menghubungi Haji Kemat untuk datang ke sini kerana hendak mengkaji dan mempelajari rentak zapin jincat kita ini. Mereka hendak memperkembang rentak jincat ini dan akan diwartakan sebagai salah satu rentak asli dalam tarian zapin. Jadi, nampaknya kita perlulah membuat persediaan yang rapi supaya acara kita berjalan dengan baik dan lancar,” jelas Pak Haji Salam.=

Mengapakah Pak Haji Salam ingin berbincang dengan Aku, Tauke Lim dan beberapa ahli kumpulan zapin selepas selesai latihan? [4 markah]

PLOT

Page 16: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XIX - cikgumuin.com

cikgumuin.com SIRI XIX

16

L A T I H A N B A H A S A M E L A Y U S T A N D A R D – K E P I M P I N A N M E L A L U I T E L A D A N

BIL BAHASA KLASIK BAHASA MELAYU STANDARD

1 “Hai Temenggung, suruh segala saudagar berkawal pada kampungnya!”

2 Maka Temenggung pun menyuruhkan orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar.

3 Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu.

4 Setelah hari pun siang, orang kaya-kaya itu pun datang menghadap raja dan mengadukan halnya kecurian semalam itu.

5 Maka titah Seri Betara, “Hai Patih Gajah Mada, segeralah suruh hantar ke Melaka.”

6 Baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung.

Tukarkan petikan bahasa klasik di bawah ke dalam bentuk bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka Patih Gajah Mada pun berlengkap sebuah perahu dengan sepuluh orang sertanya yang pergi. Setelah sudah lengkap maka Kertala Sari pun belayarlah. Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu.

JAWAPAN: Sesudah itu, Patih Gajah Mada pun ……………………. sebuah perahu dengan sepuluh orang yang akan ……………………….. Setelah semua ………………………. disediakan Kertala Sari pun ………………………………………………. Beberapa hari …………………………….. Kertala Sari pun sampai ke Melaka. Dia singgah di perkampungan ………………………………………………………………………… yang terletak di luar kota Melaka. Kertala Sari telah menyamar sebagai penduduk berketurunan Jawa yang ………………………………………. di Melaka.

Page 17: TEKNIK MENJAWAB BM SIRI XIX - cikgumuin.com

cikgumuin.com SIRI XIX

17

L A T I H A N K E N D I R I B A H A S A M E L A Y U S T A N D A R D – K E P I M P I N A N M E L A L U I T E L A D A N

Tukarkan petikan bahasa klasik di bawah ke dalam bentuk bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari orang berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah seorang kaya. Maka dicurinya harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali dan bini orang kaya-kaya itu dicabulinya. Maka ia pun kembali ke tempatnya. Setelah hari pun siang maka orang kaya-kaya itu pun datang menghadap raja mengadukan halnya kecurian semalam itu. Maka baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung, “Hai Temenggung, tiadakah menyuruhkan orangnya berkawal tadi?”

BAHAN EDARAN TAMAT