strategi menjawab rumusan

29
• Baca dan fahami arahan soalan dengan teliti, kemudian kesan bahagian isi tersurat. •Pastikan kata kunci yang terdapat dalam arahan isi tersurat. •Gantikan kata kunci tersebut dengan perkataan yang seerti dengannya. Kaedah menulis bahagian pendahuluan rumusan

Upload: muhdhazmie

Post on 16-Sep-2015

95 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

bahasa melayu t5

TRANSCRIPT

  • Baca dan fahami arahan soalan dengan teliti, kemudian kesan bahagian isi tersurat.

    Pastikan kata kunci yang terdapat dalam arahan isi tersurat.

    Gantikan kata kunci tersebut dengan perkataan yang seerti dengannya. Kaedah menulis bahagian pendahuluan rumusan

  • Contoh soalan dan arahan : Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faktor- faktor yang menyebabkan dadah menjadi musuh utama manusia dan langkah-langkah membanterasnya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataanKata kunci arahan untuk isi tersurat ialah faktor-faktor yang menyebabkan dadah menjadi musuh utama manusia Gantikan perkataan faktor-faktor dengan perkataan lain yang seerti dengannya, iaitu punca-punca / sebab-sebab .Kemudian, tulis pendahuluan rumusan.Petikan membincangkan punca-punca yang menyebabkan dadah menjadi musuh utama manusia .

  • Catatan : Perkataan yang berikut sering kali digunakan sebagai kata kunci arahan dalam soalan rumusan . Perkataan tersebut boleh digantikan dengan perkataan lain yang sama maksudnya . Contoh : Faktor / sebab / punca/ elemen.Akibat / kesan / impak / implikasi .Keistimewaan / kelebihan / faedah/manfaat / kebaikan / kepentinganKelemahan / keburukan / kekurangan / kekangan / halangan / batasan / masalah.Peranan / fungsi / tanggungjawab / tugas.Langkah-langkah / cara-cara / kaedah /usaha-usaha / tindakan-tindakan / pendekatan / strategi

  • A:STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSURAT

  • STRATEGI 1:Baca dan fahamkan petikan rumusan yang diberi sekurang-kurangnya 2 kali,- Bacaan kali pertama untuk dapatkan gambaran keseluruhan petikan.(masa dicadangkan 2 minit) -Bacaan kali kedua untuk dapatkan pemahaman.(masa dicadangkan 5 minit)

  • STRATEGI 2:

    Tentukan kata tugas dalam soalan (Fokus 1 dan Fokus 2) dan gariskan perkataan-perkataan tersebut.Fokus 1 = Isi tersuratFokus 2 = Isi tersiratSebagai contoh dalam petikan contoh 1Fokus 1iaitufaedah-faedah hidup berjiran merupakan fokus untuk isi tersurat manakala

    Fokus 2iaitucara-cara memupuk semangat kejirananpula merupakan fokus untuk isi tersirat.

  • CONTOH 1

    Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentangfaedah-faedah hidup berjiran[ISI TERSURAT]dancara-cara memupuk semangat kejiranan.[ISI TERSIRAT]Panjang rumusan hendaklahtidak melebihi 120 patah perkataan.

  • STRATEGI 3:Baca perenggan 1 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawabFokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran

  • . Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan keutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam(menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni).[ISI 1]

  • Baca perenggan 2 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersuratuntuk menjawabFokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitufaedah-faedah hidup berjiran

  • Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling(mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana)[ISI 2]. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara.(Jiran yang berbeza latar belakang) pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan (memberikan manfaat yang besar kepada kita)[ISI 3]. Hal ini kerana(mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama).[ISI 3-PILIHAN 2]Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu(mampu menjamin keselamatan setempat)[ISI 4]daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.

  • (Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah)[ISI 5]dengan semangat kerjasama dan keperihatinan seama jiran. (Gejala sosial) seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah(dapat dibendung)[ISI 6]jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya(dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat).[ISI 7]Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.Baca perenggan 3 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawabFokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.

  • Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.(Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran).[ISI 8]Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya(memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka).[ISI 9]Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.Baca perenggan 4 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawabFokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran

  • Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam(menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara)[ISI 10]Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.Baca perenggan 5 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawabFokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.

  • STRATEGI 4:SenaraikanFokus 1(isi-isi tersurat) yang terdapat dalam petikan tersebut dan kira jumlah perkataannya.

  • Isi-isi Tersurat :faedah-faedah hidup berjiran - Dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni [ 8 ] - Mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana. [ 8 ] - Jiran yang berbeza latar belakang memberikan manfaat yang besar kepadakita. [ 11 ] Atau

    -Dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka [ 8 ] - Mampu menjamin keselamatan setempat. [ 4 ] - Dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dankesejahteraan masyarakat. [ 9 ] - Gejala sosial dapat dibendung. [4 ] - Dapat menjana program yang menyumbang kabijakan kepada masyarakatsetempat. [ 9 ] - Melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 4 ] - Memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkanperkongsian pintar sesama mereka. [ 11 ] - Menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. [ 6 ]

  • STRATEGI 5: Tulis isi-isi tersurat tersebut menjadi sebuah perenggan yang lengkap. PERINGATAN: - Maksimum isi untuk fokus 1 ialah 6 isi. Oleh itu anda tidak perlumemasukkan kesemua isi kerana jumlah perkataan yang agak terhad. Adalah dicadangkan jumlah perkataan untuk fokus 1 ialah 60 65 patah perkataan. -Anda perlu menulis kata tugas untuk Fokus 1 dalamayat pertama perenggan isi tersurat.

  • CONTOH:

    Antarafaedah hidup berjiranialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat, dapat membendung gejala sosial serta melahirkan perpaduan sesama jiran.[ 46 patah perkataan ]

  • B : STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSIRAT

  • STRATEGI: -Isi tersirat dibina berdasarkanFokus 2soalan.Isi ini tidak terdapat dalam petikanyang diberikan. Contoh dalam Petikan 1Fokus 2ialah:cara-cara memupuk semangat kejiranan.

    - Isi tersirat dibina melalui tafsiran dan analisis yang mendalamberdasarkan isi tersurat dan Fokus 2dalam arahan soalan.

    -Binalah perenggan isi tersirat dengan memasukkan sekurang-kurangnya 2 isi tersirat.

    -Kata tugas untuk Fokus 2 perlu dimasukkan dalam ayat pertama perenggan isi tersirat.

  • STRATEGI 1:Kenal pasti dan senaraikan isi tersirat berdasarkanfokus2 iaitucara-cara memupuk semangat kejiranan.

  • CONTOH : -Mengadakan majlis gotong royong / aktiviti kemasyarakatan / bersediamemberi pertolongan / tolong menolong [ konsep: bekerjasama ] -Mengadakan rumah terbuka / majlis keraian / ziarah menziarahi / perihatinatau ambil berat hal ehwal jiran / bertanya kabar / pelihara hubungankejiranan / bertegur sapa / saling mengenali [ konsep : Interaksi tidak formal ] -Membuat rondaan bersama pada waktu malam / rukun tetangga. -Mengadakan tabung kebajikan / kursus/ kempen kejiranan / tabung khairat. - Mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat / tubuhkan sektor rukuntetangga / persatuan belia / JKKK [ Konsep : Interaksi formal ] -Mengadakan hari keluarga / sukaneka / riadah / pertandingan -Mengikis sikap negatif dalam diri individu / jangan mementingkan diri / tidaksombong / berbaik sangka dengan jiran .

  • STRATEGI 2: Membina perenggan isi tersirat. CONTOH PERENGGAN ISI TERSIRAT Antaracara memupuk semangat kejirananialah dengan mengadakan majlis gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan.[ 23 patah perkataan ]

  • C : STRATEGI MENGHASILKAN PENDAHULUAN RUMUSANSTRATEGI : - Fahami maksud keseluruhan petikan yang diberikan.

    - Kenal pastiFokus 1petikan tersebut kerana berdasarkanFokus 1itulah pendahuluan rumusan karangan dapat kita hasilkan.

    - Anda perlu melakukan pengubahsuaian supaya ayat yang anda bina itu menjadi ayat anda sendiri.

    - Tulis pendahuluan rumusan dalam satu ayat sahaja.

    - Mulakan ayat pendahuluan dengan ; Petikan membincangkan /membicarakan .

  • CONTOH PENDAHULUAN: Fokus 1 :Faedah-faedah hidup berjiran Pendahuluan: Petikan membincangkan peranan jiran dalam kehidupan bermasyarakat di negara kita.atau

    Petikan membincangkan kebaikan / kepentingan / kelebihan / manfaat / hidupberjiran dalam masyarakat

  • D : STRATEGI MENGHASILKAN KESIMPULAN RUMUSAN

  • - Kaji semula fokus soalan sama adaFokus 1 danFokus 2.

    -Kesimpulan rumusan hendaklah berdasarkan fokus soalan tersebut.

    -Kesimpulan merupakan cadangan / harapan anda terhadap fokus tersebut berserta kesan atau akibat cadangan / harapan tersebut.

    -Anda juga perlu menghubungkan antara cadangan / harapan dengan kesan atau akibat cadangan dengan menggunakan kata hubung, agar, supaya, demi.

    -Gunakan penanda wacana atau rangkai kata, frasa yang menunjukkan bahawa ayat tersebut merupakan ayat kesimpulan.

    -Contoh : Kesimpulannya, .Justeru,

  • CONTOH KESIMPULAN:Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkanAtauJusteru, semua pihak perlu menjalankan tanggung jawab mereka dalammasyarakat dengan berkesan agar sebuah komuniti yang sejahtera dapat diwujudkan.

  • CONTOH PETIKAN RUMUSAN YANG LENGKAPPetikan membincangkan kebaikan hidup berjiran dalan sesebuah masyarakat.Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat, serta dapat membendung gejala sosial dan melahirkan perpaduan sesama jiran. Hidup berjiran juga dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan.Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan. [ 100 patah perkataan]