panduan menjawab novel

20
TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU SPM Dihasilkan oleh ; SAHARUDDIN BIN ABDULLAH Guru Cemerlang Bahasa Melayu SMK Sijangkang Jaya. [email protected] Saharuddin-abdullah.blogspot.com

Upload: saharuddin-abdullah

Post on 16-Apr-2017

4.807 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Menjawab Novel

TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU

SPMDihasilkan oleh ;

SAHARUDDIN BIN ABDULLAHGuru Cemerlang Bahasa Melayu

SMK Sijangkang Jaya.saharuddinabdullah81@yahoo.comSaharuddin-abdullah.blogspot.com

Page 2: Panduan Menjawab Novel

Soalan Novel :

Kajian Novel : Novel Papa…(akhirnya kau tewas jua!)

Karya Deana Yusof – Tingkatan 4. Novel Konserto Terakhir – Karya Abdullah

Hussain – Tingkatan 5. Jika anak berminat, anda boleh mengkaji

sendiri mana-mana novel yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Page 3: Panduan Menjawab Novel

Soalan Novel :Soalan 4 .Aspek Kajian hendaklah meliputi ;a) Sinopsisb) Biodata Pengarang.c) Tema.d) Watak dan Perwatakan.e) Plot ( Binaan Plot & Teknik Plot)f) Latar ( Masa / Tempat / Masyarakat )g) Gaya Bahasah) Nilaii) Pengajaran

Page 4: Panduan Menjawab Novel

Soalan Novel :

Soalan 4 .• Terdapat dua bahagian iaitu (a – 7 markah)

dan (b – 8 markah ).• Soalan (a) berbentuk sastera tulen atau

kemahiran berfikir. Hanya 1 novel sahaja.• Soalan (b) berbentuk sastera tulen atau

perbandingan antara 2 novel yang dikaji.• Markah bahasa untuk soalan 4(a) ialah 3

markah dan 4(b) pula ialah 2 markah.

Page 5: Panduan Menjawab Novel

ANALISIS KEKERAPAN MENGIKUT ASPEK KAJ I AN SASTERA

ASPEK KAJIAN SASTERA J11 N11 J12 N12 J13 N13 J14 N14 J15 Sinopsis X X Tema X Persoalan X Binaan plot Teknik plot Latar tempat X Latar masa X Latar masyarakat X Watak & perwatakan watak utama X X X Watak & perwatakan watak sampingan X X Gaya bahasa Nilai X X X Pengajaran X X X X

Page 6: Panduan Menjawab Novel

ANALI SIS MENGIKUT FOKUS SOALAN & ASPEK KAJ IAN SASTERA

Tahun Soalan 4 - Novel Nov. 2005 (a) Memberikan pendapat tentang dua peristiwa paling menarik dalam

sebuah novel. (b) Membandingkan satu latar tempat dalam dua buah novel.

Nov.2006 (a) Menghuraikan pengajaran dalam sebuah novel. (b) Menjelaskan satu persoalan berdasarkan dua buah novel.

Nov.2007 (a) Menjelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah.

(b) Menghuraikan cara watak utama dalam dua buah novel menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya.

Nov.2008 (a) Menjelaskan dua sebab bahagian permulaan novel menarik

minat anda. (b) Membandingkan persamaan dan perbezaan satu latar

masyarakat berdasarkan dua buah novel.

Nov.2009 (a) Menghuraikan dua bukti ketabahan watak utama. (b) Menjelaskan satu contoh nilai kasih sayang dalam dua buah novel.

Nov.2010 (a) Menjelaskan sebab-sebab novel yang dikaji dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.

(b) Menghuraikan satu peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam dua buahnovel yang dipelajari.

Nov.2011 (a) Menghuraikan perwatakan watak utama dalam sebuah novel yang

dipelajari. (b) Menjelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang

dipelajari.

Page 7: Panduan Menjawab Novel

Nov.2012 (a) Jelas dua latar masa yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.

(b) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel tersebut.

Jun. 2013 (a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.(7m)

(b) Pertentangan pendapat antara watak dalam sesebuah novel bertujuan untuk mengembangkan jalan cerita.

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan pertentangan pendapat antara watak utama dengan satu watak lain dalam novel-novel tersebut.(8m)

Nov. 2013 (a) Tulis sinopsis sebuah novel yang telah anda pelajari. (7m) (b) Pengarang mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat

dijadikan teladan oleh pembaca. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga

perisitiwa yang dapat dijadikan teladan. (8m) Jun. 2014 (a) Sebuah novel - Watak sampingan - Huraikan watak dan

perwatakan watak sampingan yang telah ditentukan mengikut novel. (7m)

(b) Sebuah novel - Jelaskan tiga contoh nilai kasih sayang.. (8m)

Nov. 2014 (a) Sebuah novel - Huraikan cara watak utama menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya. (7m)

(b) Dua novel - Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam setiap novel. (8m)

Jun 2015 (a) Sebuah novel - Berdasarkan dua peristiwa dalam sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan sebab-sebab peristiwa itu dapat menimbulkan kesedarankepada pembaca.(7m)

(b) Dua novel - Huraikan satu nilai keberanian yang terdapat dalam setiap novel. (8m)

Page 8: Panduan Menjawab Novel

TAJUK-TAJUK POPULAR NOVEL.

1. Nilai (pengorbanan / tolong-menolong / bertanggungjawab / kegigihan)2. Perwatakan watak sampingan (Pilih watak sampingan utama - yang rapat dengan watak utama)3. Latar masyarakat (Perbezaan / Perbandingan / Kegiatan Ekonomi)4. Teknik Plot (Saspens / Kejutan / Imbas Kembali / Monolog Dalaman)5. Persoalan (Kepimpinan / bertanggungjawab / kegigihan)

Page 9: Panduan Menjawab Novel

TAJUK-TAJUK POPULAR NOVEL. 6. Pengajaran (Sebagai jalan selamat, beri lebih daripada jumlah yang diminta)7. Teguran pengarang / Kritikan Sosial8. Peristiwa Menarik / Teladan9. Latar Tempat (Perbandingan)10. Plot (Permulaan / Peleraian / Klimaks)11. Watak utama (Perwatakan / Cabaran / Perbandingan

Page 10: Panduan Menjawab Novel

Contoh Soalan NovelJawab soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:Papa…(akhirnya kau tewas jua!), karya Deanna YusofKonserto Terakhir, karya SN Abdullah HussainLatihan 1.(a) Watak dalam novel berperanan untuk menghidupkan penceritaan. Huraikan dua watak sampingan dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua nilai daripada setiap novel tersebut.

Page 11: Panduan Menjawab Novel

Contoh Jawapan [4 (a)] Novel yang saya kaji dalam tingkatan 5 ialah novel Konserto Terakhir, karya SN Abdullah Hussain. Terdapat beberapa watak sampingan dalam novel ini. Antara watak sampingan yang ada ialah Datok Johari. Beliau merupakan anak kampong yang berhijrah ke bandar setelah berkahwin dengan ibu Helmi. Semasa di bandar beliau telah berkahwin dengan Datin Salmah dan hidup dalam kemewahan. Datok Johari berpangkat besar dan mempunyai seorang anak yang bernama Hayati…. Selain itu, watak sampingan seterusnya ialah Datin Salmah….

Page 12: Panduan Menjawab Novel

Contoh Jawapan [4 (b)]Novel yang saya kaji dalam tingkatan 4 ialah

novel Papa, karya Deana Yusof. Terdapat beberapa nilai dalam novel ini. Nilai paling utama ialah nilai kasih sayang. Intan Julia sangat menyayangi papa dan mamanya. Intan Julia sanggup berulang alik dari UIA ke Hospital ketika mamanya sedang koma. Nilai kasih sayang juga dipaparkan melalui watak En Jefri yang berulang alik ke hospital selepas waktu bekerjanya tamat untuk melihat isterinya yang koma.

Selain itu, terdapat juga nilai keprihatinan. Nilai ini dapat dilihat melalui peristiwa Mak Cik Noraini yang menasihati Intan Maliana supaya tidak…….

Page 13: Panduan Menjawab Novel

Contoh Jawapan [4 (b)]Selain itu, saya juga mengkaji novel Konserto

Terakhir, karya Abdullah Hussain. Terdapat beberapa nilai dalam novel ini. Nilai paling utama ialah ketabahan. Nilai ini dapat dilihat melalui pelbagai peristiwa yang dialami oleh Helmi. Helmi tetap bekerja di rumah Datok Johari walaupun beliau tidak disenangi oleh Datin Salmah. Helmi juga tabah dan tekun mempelajari pelbagai alatan muzik hingga berjaya menjadi seniman yang terkenal.

Di samping itu, terdapat juga nilai kasih sayang. Hayati sangat menyayangi Helmi. Helmi berjaya mengubah kehidupan Hayati…

Page 14: Panduan Menjawab Novel

Bengkel 1Jawab soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:Papa…Akhirnya kau tewas jua!, karya Deanna YusofKonserto Terakhir, karya SN Abdullah Hussain

Latihan 1(a) Huraikan dua perwatakan utama dalam novel yang anda pelajari.(b) Kerajinan merupakan salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. Buktikan pernyataan tersebut dengan mngemukakan dua bukti yang tepat.

Page 15: Panduan Menjawab Novel

Bengkel 2Jawab soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:Papa…Akhirnya kau tewas jua!, karya Deanna YusofKonserto Terakhir, karya SN Abdullah Hussain

Latihan 1(a) Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua kepincangan yang berlaku dalam masyarakat.(b) Jelaskan 2 nilai setia kawan yang terkandung dalam dua buah novel yang telah anda pelajari.

Page 16: Panduan Menjawab Novel

Bengkel 3Jawab soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:Papa…Akhirnya kau tewas jua!, karya Deanna YusofKonserto Terakhir, karya SN Abdullah Hussain

Latihan 1(a) Berdasarkan mana-mana novel yang anda pelajari, nyatakan konflik yang berlaku antara watak utama dengan watak sampingan.(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan peristiwa yang menunjukkan sikap prihatin masyarakat.

Page 17: Panduan Menjawab Novel

‘JIKA SAYA HENDAK BERJAYA, SAYALAH YANG PERLU

BERUSAHA DAN BELAJAR’

Page 18: Panduan Menjawab Novel

‘PILIH SATU ANTARA DUA: SAKIT KERANA MENDISPLINKAN DIRI

ATAU SAKIT KERANA MENYESAL KEMUDIAN HARI’

Page 19: Panduan Menjawab Novel

‘KECEMERLANGAN, KESEDERHANAAN ATAU

KEGAGALAN ADALAH PILIHAN SENDIRI’

Page 20: Panduan Menjawab Novel

SELAMAT SELAMAT BERJAYA BERJAYA

SEMOGA SEMOGA AA DI DALAM DI DALAM

GENGGAMANGENGGAMAN