alter terahsia bangsa melayu xix

Upload: effandi-abu-bakar

Post on 07-Apr-2018

276 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    1/35

    DINSMANN.COM

    Alter Terahsia Bangsa Melayu XIXoleh

    S R I K A N D I 2/23/2011

    http://mistifiles. blogspot. com/

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    2/35

    W E D N E S D A Y , F E B R U A R Y 2 3 , 2 0 1 1

    Lokasi:Nakhon Si Thammarat, Thailand

    Masa:10 a. m

    Kajian sedang giat dijalankan terhadap kewujudan sebuah entiti

    politik yang digelar 'Sriwijaya' di bahagian selatan Thailand, di

    mana batu bersurat yang dikenali sebagai Prasasti Ligor

    dijumpai. Kedua-dua sisi prasasti ini mempunyai tulisan. Isi dari

    sisi pertama, yang dikenali sebagai Prasasti Viang Sa (Prasasti

    Ligor A), adalah tentang 'Lord King' Sriwijaya, yang dituliskan

    sebagai "hanya raja yang tertinggi dari semua raja bumi", telah

    mendirikan tiga bangunan dari batu-bata yang indah (Trisamaya

    caitya);rumah Kajakara (Padmapi), dari pemusnah Mara(Buddha), dan Vajrin (Vajrapani). Di sisi lain, yang dikenali

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    3/35

    sebagai Prasasti Ligor B, terdapat maklumat tentang nama

    "Visnu" yng digelar "esavvrimadavimathana" (pembunuh

    musuh-musuh sombong tidak bersisa) dan juga seorang yang

    disebut sebagai Sri Maharaja. Sesuatu yang menarik perhatianialah, gelaran "pembunuh musuh-musuh sombong tidak bersisa",

    mempunyai kaitan dengan gelaran "viravairimathana"

    (pembunuh musuh-musuh perwira) pada sebuah prasasti yang

    ditemui di Nalanda, India. Prasasti tersebut mencatatkan

    perihal seorang raja dari 'bumijawa' dengan gelaran yang sama,

    berasal dari sebuah dinasti.

    Pengkaji kemudiannya mendapati dalam Prasasti Kelurak dan

    Prasasti Kalasan yang ditemui di Jawa, Indonesia, ditemui

    gelaran "vairivaravira-mardhana" (pembunuh musuh-musuh

    ternama). Kedua-dua prasasti ini menceritakan tentang dinasti

    pemerintah yang sama.

    Para sejarahwan dan sarjana akhirnya telah menyimpulkan

    kewujudan satu dinasti purba yang amat berkuasa di Asia

    Tenggara suatu ketika dahulu. Dinasti ini adalah arkitek yang

    terulung, pembina yang gigih dan penguasa yang bijak.

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    4/35

    "The Sailendras"

    There was a king of Yavabhumi (Java) who was the ornament

    of the ailendra dynasty, whose lotus-feet bloomed by the

    luster of the jewels in the row of trembling diadems, on theheads of all the princes, and who, as his name showed was the

    illustrious tormentor of the brave foes (Viravairimathana). His

    fame, incarnate, as it were, by setting its foot on the regions

    of (white) palaces, in white water lilies, in lotus plants,

    conches, moon, jasmine and snow and being incessantly sung in

    all the quarters, pervaded the whole universe.

    (Nalanda Inscription, India)

    Antara sifat bangsa Melayu ialah mempertahankan sistem

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    5/35

    beraja. Raja adalah tunggak kehidupan sosial pada masa

    lampau. Orang Melayu akan sedaya upaya mempertahankan

    rajanya, walaupun ada di antara raja-raja ini atau kaum

    kerabatnya tidak sedar diuntung, mengambil kesempatan atassanjungan orang Melayu kepadanya. Namun sesetengahnya

    mempunyai peribadi yang mulia dan mengambil tanggungjawab

    mempertahankan agama, bukan mempertahankan perut sendiri.

    Sebab apa orang Melayu mempertahankan raja? Ini kerana pada

    masa silam, raja-raja Melayu inilah yang menguasai daratan danlautan Asia Tenggara, menjadi 'Maharaja seluruh kepulauan'.

    Mereka membina empayar, menyatukan seluruh pelabuhan dan

    menjalankan perdagangan maritim antara India dan China.

    Kesan nostalgia raja-raja Melayu pada masa silam bukan sahaja

    masih terasa di dalam hati dan sanubari orang Melayu, malah

    terakam kemas dan riwayat-riwayat Thai, Burma, Vietnam ,Laos dan Kemboja. . . di Indonesia selain Malaysia sendiri,

    rekod-rekod pengembara dan maharaja China, dijumpai pada

    batu bersurat di India dan sejauh kitab-kitab kuno di Iran dan

    peta-peta pengembara Greek.

    Sebagaimana sistem monarki di seluruh dunia yang terdiridaripada dinasti-dinasti, begitu juga raja-raja Melayu. Salah

    satunya ialah dinasti Sailendra.

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    6/35

    Sailendravamsa

    Prasasti Nalanda

    "Pujian bagi raja yang berhasil menaklukkan musuh-musuhnyadan merupakan wujud kembar dewa kasta yang dengan

    kekuatannya disebut (sebagai dewa) Wisnu, kedua mematahkan

    keangkuhan semua musuhnya (Sarwarimadawimthana). Ia

    adalah keturunan dari (keluarga Sailendra) yang tersohor

    disebut Srimaharaja.

    (Prasasti Ligor B, Chaiya, Thailand)

    Sailendra ialah nama sebuah dinasti yang pernah menyebarkan

    pengaruhnya dari Indochina, semenanjung Malaysia, Sumatera,

    Jawa, Filipina hingga sejauh India. Nama ailendravamsa

    dijumpai pertama kali di dalam Prasasti Kalasan dari tahun 778

    Masehi (ailendragurubhis; ailendrawaatilakasya;

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    7/35

    ailendrarajagurubhis). Kemudian nama itu ditemukan di dalam

    Prasasti Kelurak dari tahun 782 Masehi

    (ailendrawaatilakena), dalam prasasti Abhayagiriwihara dari

    tahun 792 Masehi (dharmmatugadewasyaailendra), prasastiSojomerto dari tahun 725 Masehi (selendranamah) dan prasasti

    Kayumwuan dari tahun 824 Masehi (ailendrawaatilaka).

    Semua prasasti tersebut ditemukan di Indonesia. Nama dinasti

    ini ditemukan juga dalam Prasasti Ligor di Thailand dari tahun

    775 Masehi dan juga turut ditemui pada Prasasti Nalanda di

    India.

    Namun yang demikian, nama 'Sailendra' muncul untuk pertama

    kalinya dalam sebuah prasasti batu yang ditemuidi Sojomerto di

    daerah pesisir barat laut Jawa Tengah. Oleh kerana ia

    merupakan

    nama peribadi, andaian yang jelas adalah ia menunjukkan sipemunya nama ialah orang yang menurunkan keturunan dari

    keluarga 'Sailendra'. Prasasti Sojomerto tidak bertarikh, tetapi

    mengikut kajian, ia berasal dari pertengahan abad ketujuh.

    Prasasti tertua berkenaan dinasti ini- tidak hanya dari Jawa

    Tengah, tetapi seluruh Indonesia - adalah dijumpai di batu

    piagam Canggal, yang dikeluarkan oleh raja Sanjaya pada tahun732 Masehi. Ini memperingati asas tempat suci Siva lingga di

    Gunung Ukir bukit, sekitar 10 km hanya timur Candi Borobudur.

    Nama Sanjaya muncul sekali lagi dalam piagam Mantyasih dari

    907 Masehi, ditemui sekitar 15 km sebelah utara Candi

    Borobudur.

    Telah diyakini bahawa pemerintah dari dinasti Sailendra inilah

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    8/35

    yang membina Borobudur, candi Buddha terbesar di dunia.

    Ketika ini, empayar Sriwijaya telah dikuasai oleh dinasti ini,

    dimana sebelum itu empayar ini diperintah oleh raja-raja dari

    dinasti Sriwijayamala.

    Di dalam Prasasti Nalanda di India, terukir nama

    'ailendrawaatilaka' (permata dinasti Sailendra) dan

    Balaputradeva, raja Jawa. Penemuan nama dinasti ini sejauh

    India menyebabkan ramai sarjana tertarik untuk mengetahui

    siapakah dia dinasti ini sehinggakan mampu memahatkanprasasti sejauh India.

    Misteri asal-usul dinasti Sailendra

    Asal-usul keluarga Sailendra ini masih menjadi bahan

    perbincangan. Berbagai pendapat telah dikemukakan oleh

    sejarawan dan arkeologi dari berbagai negara. Sesetengah

    pengkaji mengatakan bahawa keluarga ini berasal dari India

    seperti Majumdar, Moens dan Nilakanta Sastri, yang lain

    mengatakan dari Funan (Coedes), sementara yang lain

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    9/35

    mengatakan bahawa mereka adalah asli dari Kepulauan Melayu

    (Poerbatjaraka). Kita akan menyiasat satu persatu misteri asal-

    usul dinasti ini.

    Majumdar mengandaikan bahawa keluarga Sailendra di

    Indonesia, baik di Sriwijaya (Sumatera) atau Medang (Jawa),

    berasal dari Kalinga (India Selatan). Nilakanta Sastri dan Moens

    mempunyai pendapat yang sama. Moens menganggap bahawa

    keluarga ini berasal dari India dan tinggal di Palembang

    sebelum ketibaan Dapunta Hiyang. Pada tahun 682 Masihi,keluarga ini berangkat ke Jawa kerana tekanan Dapunta Hiyang

    dan tenteranya. Pada masa itu, pusat Sriwijaya berada di

    Semenanjung Tanah Melayu.

    Slametmuljana mempunyai idea yang sama berdasarkan gelaran

    'Dapunta' yang ditemui dalam Prasasti Sojomerto. Gelaran inijuga ditemui pada Prasasti Kedukan Bukit (Dapunta Hiyang).

    Kedua-dua inskripsi ini ditulis dalam Bahasa Melayu Kuno. Oleh

    kerana asal bahasa ini adalah dari Sumatera dan di sanalah

    wilayah berkembangnya Kadtuan Sriwijaya sekitar 680 AD

    bolehlah diandaikan bahawa 'Dapunta Selendra' adalah salah

    satu pegawai Sumatera Selatan yang melarikan diri ke pantaiutara Jawa di sekitar Pekalongan. Namun dalam teori

    Slametmuljana ini tidak jelas menyatakan adakah pegawai

    tersebut berasal dari India. Teori ini juga antara hujah sarjana

    lain yang mengatakan asal-usul dinasti ini adalah dari Sumatera,

    sekaligus pandangan Slametmuljana ini terkelompok dalam

    Teori Nusantara.

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    10/35

    Coedes pula memiliki kecenderungan untuk menganggap

    bahawa Sailendra di Nusantara berasal dari Funan (Kemboja).

    Jatuhnya Kerajaan Funan disebabkan oleh rusuhan telah

    mendorong keluarga ini ke Jawa, di mana mereka kemudiannyamenjadi penguasa di Medang (Mataram) pada pertengahan abad

    ke-8 menggunakan 'Sailendra' sebagai nama keluarga.

    Pendapat bahawa keluarga Sailendra ini berasal dari Nusantara

    (Jawa) dikemukakan oleh Poerbatjaraka. Menurut beliau,

    Sanjaya dan keturunannya adalah raja dari keluarga Sailendra,asal-usul dari Kepulauan Melayu dan beragama Hindu-Siva. Tapi

    kemudiannya Paamkaran (salah seorang kerabat Sailendra)

    menjadi pengikut Buddha Mahayana. Pendapat ini didasarkan

    pada Carita Parahyangan yang menyebutkan bahawa Rakai

    Sanjaya memerintahkan anaknya, Rakai Panaraban atau Rakai

    Tamperan untuk menukar agama kerana agama ini dihormatioleh semua orang.

    Pendapat Poerbatjaraka, adalah berdasarkan Carita-

    Parahyangan, kemudian disahkan oleh inskripsi yang ditemui di

    wilayah Kabupaten Batang. Dalam inskripsi ini, yang dikenali

    sebagai Prasasti Sojomerto, nama Dapunta Selendra disebutkan,juga nama ayahnya, Santanu, dan ibunya bernama Sampla (da

    p nta selendra namah santan nma da bapa da bhadrawati

    nma aya da sampla nma da). Menurut Boechari, tokoh

    yang bernama Dapunta Selendra adalah moyang dan pengasas

    kepada semua raja-raja dari keturunan raja Sailendra di

    Medang.

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    11/35

    Siapakah sebenarnya Sailendra?

    Prasasti Sojomerto

    Oleh kerana Prasasti Sojomerto ditulis dalam Bahasa Melayu

    Kuno, nama 'Dapunta Selendra' adalah jelas ejaan Melayu darikata Sanskrit 'Sailendra'. Jika keluarga Sailendra berasal dari

    India Selatan, sudah tentu mereka akan menggunakan bahasa

    Tamil atau setidak-tidaknya bahasa Sanskrit pada prasasti

    mereka. Penemuan Prasasti Sojomerto menunjukkan asal usul

    keluarga Sailendra dengan Dapunta Selendra sebagai moyang

    dan pengasas dinasti telah berjaya dijumpai. Berdasarkan gaya

    paleografiknya, Prasasti Sojomerto ditulis pada pertengahan

    abad ke-7 Masihi.

    Prasasti Sojomerto telah membenamkan semua teori-teori karut

    dari Nilakanta Sastri, Moens dan lain-lain yang mengatakandinasti ini berasal dari India Selatan. Prasasti ini memang kuat

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    12/35

    diyakini menetapkan asal-usul dinasti ini kerana menerangkan

    siapakah Dapunta Sailendra dan ibu bapanya dalam bahasa

    Dapunta Sailendra sendiri, bahasa Melayu.

    Rahsianya terletak pada gelaran 'Dapunta'. Gelaran ini adalah

    gelaran khas raja-raja Melayu Kuno dari keturunan

    Sriwijayamala. Dalam Prasasti Kedukan Bukit, tercatat nama

    'Dapunta Hiyang Jayanasa', seorang maharaja Sriwijaya yang

    menyerang Sumatera. Ketika itu, pusat empayar berada di

    semenanjung Tanah Melayu. Dapunta ialah gelaran tertua bagi

    keturunan Sailendra kerana selepas itu gelaran bagi raja-raja

    dinasti ini ialah 'Rakai' iaitu gelaran bagi raja-raja Jawa. Rakai

    pada asalnya ialah penguasa tempatan Jawa di bawah

    hemegemoni Sriwijaya sebagaimana jawatan 'Datu'. 'Dapunta'

    berasal dari 'Dapunta Hiyang' seperti mana perkataan 'DapuntaHiyang Jayanasa' dalam Prasasti Kedukan Bukit.

    Kedua-dua prasasti ini;Kedukan Bukit dan Sojomerto ditulis

    dalam bahasa Melayu Kuno. Prasasti Sojomerto telah

    membenarkan sekaligus mengesahkan dakwaan Poerbatjaraka.

    Sebab itu sejarah Melayu adalah sejarah yang tepat danterpahat pada batu bersurat. Bukan dongengan atau cakap-

    cakap mulut apatah lagi wasiat orang mati.

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    13/35

    Universiti Nalanda. Di sinilah seorang raja Melayumenghadiahkan sebuah biara sebagai asrama para pelajar.

    Nama 'Sailendra' menjadi terkenal kerana nama dinasti ini

    dijumpai terpahat pada prasasti tembaga di Nalanda, India. Di

    dalam prasti ini jelas merakamkan nama "ailendrawaatilaka'

    (permata dinasti Sailendra). Prasasti ini bertarikh 860 Masehi

    dan ditulis dalam skrip Devanegari dan proto-Bengali,menyatakan bahawa seorang raja Suvarnadvipa (Sumatera)

    bernama Balaputradeva memberikan anugerah untuk Nalanda

    (Universiti Nalanda). Prasasti itu juga mencatatkan bahawa

    Balaputradeva adalah sebahagian dari dinasti Sailendra di

    Javabhumi (Jawa, di sebelah timur). Anugerah itu berupa

    pembinaan biara untuk para pelajar tinggal. Prasasti tembaga

    itu mempunyai mohor berlambangkan dua ekor pelanduk,

    lambang Universiti Nalanda.

    Penguasa dan pengasas dinasti-dinasti Jawa

    Dinasti Sailendra adalah antara dinasti terawal yang

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    14/35

    menubuhkan Kerajaan Medang di Jawa. Malah menurut

    Poerbatjaraka, dinasti ini adalah perintis kepada dinasti-dinasti

    lain dalam Kerajaan Medang. Mengapa pakar sastera Jawa ini

    mengatakan yang demikian?

    Terdapat tiga dinasti yang pernah berkuasa di Kerajaan

    Medang, iaitu dinasti Sanjaya, dinasti Sailendra serta dinasti

    Isyana. Sanjaya dan Sailendra berkuasa ketika kerajaan Medang

    berpusat di Jawa Tengah sementara Isyana ketika pusat

    kerajaannya berpindah ke Jawa Timur. Teori awal mengatakanbahawa dinasti Sanjaya dan Sailendra sama-sama berkuasa di

    dalam kerajaan Medang. Ia dikemukan oleh Dr. Bosch. Beliau

    menyebutkan bahawa, di dalam Kerajaan Medang terdapat dua

    dinasti yang berkuasa, iaitu dinasti Sanjaya dan Sailendra.

    Istilah dinasti Sanjaya merujuk kepada nama pendiri Kerajaan

    Medang, iaitu Sanjaya yang memerintah sekitar tahun 732Masehi. Dinasti ini menganut agama Hindu aliran Siva.

    Ibu dari Sanjaya adalah Sanaha, cucu Ratu Shima dari Kerajaan

    Kalingga di Jepara. Ayah dari Sanjaya adalah

    Sena/Sanna/Bratasenawa, raja Galuh ketiga. Sena adalah

    putera Mandiminyak, raja Galuh kedua (702-709 Masehi).Dikemudian harinya, Sanjaya yang merupakan penerus Kerajaan

    Galuh yang sah, menyerang Galuh dengan bantuan Tarusbawa,

    raja Sunda. Penyerangan ini bertujuan untuk menyingkirkan

    Purbasora.

    Ketika Tarusbawa meninggal dunia pada tahun 723 Masehi,

    kekuasaan Sunda dan Galuh berada di tangan Sanjaya. Di

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    15/35

    tangannya, Sunda dan Galuh bersatu kembali. Tahun 732

    Masehi, Sanjaya menyerahkan kekuasaan Sunda-Galuh kepada

    puteranya Rakai Panaraban (Tamperan). Di Kalingga, Sanjaya

    memegang kekuasaan selama 22 tahun (732-754 Masehi), yangkemudian diganti oleh puteranya dari Dwi Sudiwara, iaitu

    Rakai Panangkaran. Rakai Panangkaran dikalahkan oleh dinasti

    dari Sumatera (? ) yang bernama dinasti Sailendra. Pada tahun

    778 Masehi raja Sailendra, yang beragama Buddha aliran

    Mahayana memerintahkan Rakai Panangkaran untuk mendirikan

    Candi Kalasan.

    Sejak itu Kerajaan Medang dikuasai oleh dinasti Sailendra.

    Sehinggalah akhirnya seorang puteri raja Sailendra yang

    bernama Pramodawardhani menikah dengan Rakai Pikatan,

    seorang keturunan Sanjaya, pada tahun 840an. Rakai Pikatan

    kemudian mewarisi takhta mertuanya. Dengan demikian,Wangsa Sanjaya kembali berkuasa di Medang.

    Namun Poerbatjaraka menolak teori di atas. Bagi beliau dinasti

    Sanjaya tidak wujud. Menurutnya, Sanjaya tidak pernah ada,

    kerana Sanjaya sendiri adalah anggota keluarga Sailendra.

    Dinasti ini mula-mula beragama Hindu, kerana istilah Sailendrabermakna penguasa gunung iaitu sebutan untuk Siva.

    Selain itu, istilah 'Sanjayawamsa' tidak pernah dijumpai dalam

    prasasti mana pun, sedangkan istilah 'Sailendrawamsa'

    ditemukan dalam beberapa prasasti, misalnya prasasti Ligor,

    prasasti Kalasan, dan prasasti Abhayagiriwihara. Jika dinasti

    Sanjaya amat berkuasa sehingga dikatakan membina candi

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    16/35

    Prambanan, sudah tentu mereka mampu memahat nama

    keluarga pada batu bersurat. Realitinya tidak ada nama

    keluarga Sanjaya terpahat pada batu bersurat. Ini bermakna

    keluarga Sanjaya masih bernaung di bawah nama keluargaSailendra.

    Poerbatjaraka juga berpendapat bahawa, Sanjaya telah

    memerintahkan agar puteranya, iaitu Rakai Panangkaran

    bertukar agama, dari Hindu menjadi Buddha. Teori ini

    berdasarkan atas kisah dalam Carita Parahyangan bahawaRahyang Sanjaya menyuruh Rahyang Panaraban untuk bertukar

    agama. Dengan demikian, yang dimaksud dengan istilah raja

    Sailendra dalam prasasti Kalasan tidak lain adalah Rakai

    Panagkaran sendiri.

    Carita Parahyangan memang ditulis ratusan tahun sesudahkematian Sanjaya. Walaupun demikian, kisah di atas seolah

    terbukti dengan ditemukannya sebuah prasasti yang

    mengisahkan tentang seorang pangeran bernama Sankhara yang

    bertukar agama kerana ayahnya meninggal dunia akibat

    menjalani ritual terlalu berat. Sayangnya, prasasti ini tidak

    jelas angka tahunnya, serta tidak menyebutkan nama ayahSankhara tersebut.

    Jadi Poerbatjaraka menyebutkan bahawa hanya ada satu dinasti

    saja yang berkuasa di Kerajaan Medang, iaitu dinasti Sailendra

    yang beragama Hindu Siva. Sejak pemerintahan Rakai

    Panangkaran, dinasti Sailendra terpecah menjadi dua. Agama

    Buddha dijadikan agama resmi negara, sedangkan cabang

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    17/35

    Sailendra lainnya ada yang tetap menganut agama Hindu,

    misalnya seseorang yang kelak menurunkan Rakai Pikatan. Rakai

    Pikatan inilah yang dijadikan hujah wujudnya dinasti Sanjaya.

    Satu lagi dinasti yang dikatakan memerintah Medang ialah

    Isyana. Istilah Isyana berasal dari nama Sri Isyana

    Wikramadharmottunggadewa, iaitu gelaran Mpu Sindok setelah

    menjadi raja Medang (929947 Masehi). Dinasti ini menganut

    agama Hindu aliran Siva.

    Berdasarkan agama yang dianut, Mpu Sindok diyakini merupakan

    keturunan Sanjaya, pendiri Kerajaan Medang era Jawa Tengah.

    Salah satu pendapat menyebutkan bahawa Mpu Sindok adalah

    cucu Mpu Daksa yang memerintah sekitar tahun 910an. Mpu

    Daksa sendiri memperkenalkan pemakaian Sanjayawarsa

    (kalender Sanjaya) untuk menunjukkan bahawa dirinya adalahketurunan asli Sanjaya. Dengan demikian, Mpu Daksa dan Mpu

    Sindok dapat disebut sebagai anggota dinasti Sanjaya.

    Namun Poerbatjaraka, Pusponegoro, dan Notosutanto menolak

    teori kewujudan dinasti bernama Isyana. Menurut mereka,

    dalam Kerajaan Medang hanya ada satu dinasti saja, iaitudinasti Sailendra, yang asalnya beragama Hindu. Kemudian

    muncul dinasti Sailendra yang beragama Buddha apabila

    terpecah dengan munculnya anggota yang beragama Buddha.

    Dengan kata lain, versi ini berpendapat bahwa Mpu Sindok

    adalah anggota Wangsa Sailendra yang beragama Hindu Siva,

    dan yang memindahkan istana Kerajaan Medang ke Jawa Timur.

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    18/35

    KESIMPULANYA, HANYA DINASTI SAILENDRA SAHAJA

    PEMERINTAH KERAJAAN MEDANG YANG SEBENAR.

    Teori Poerbatjaraka tepat setakat ini, kerana berdasarkan epikrakyat dan ditemui pula prasasti yang bersesuaian dengan epik

    tersebut. Ini bermakna sejak kita mengetahui bahawa Sailendra

    berasal dari dinasti Melayu, maka dinasti ini telah menurunkan

    beberapa keluarga pemerintah Jawa. Bagaimana?

    PERKAHWINAN CAMPUR. Kita tahu bahawa Majapahit yang

    muncul beratus tahun sesudah kerajaan Medang Kuno adalahberagama Hindu. Sebenarnya, yang menganut agama Buddha

    pada masa lampau ialah bangsa Melayu. Dan ini identiti

    negarakota Melayu Segenting Kra. Orang Melayu suka bertukar

    agama, di mana dirasakan agama asal terlalu banyak

    menyeleweng. Buddha adalah agama yang dilihat cuba

    membetulkan agama Hindu. Apabila tiba Islam, orang Melayubertukar agama lagi, kerana mereka mendapati agama ini

    adalah benar sebenar-benarnya;menyembah Tuhan Yang Esa,

    bukan patung-patung batu buatan tangan sendiri.

    Jadi jelas diyakini, keturunan Rakai Pikatan telah menjadi

    keturunan Jawa apabila unsur Melayu telah mula hilang sedikit

    demi sedikit. Ini terjadi pada pemerintah Melayu yang

    berkahwin dengan orang Khmer dan Lao di Indochina. Biasanya

    anak raja rapat dengan ibu mereka, sementara ayahnya;si raja

    Melayu selalu keluar untuk berperang atau berdagang. Ini

    selalunya memakan masa berbulan-bulan. Lama kelamaan, anaktersebut cenderung dengan bahasa atau budaya ibu mereka,

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    19/35

    tidak kira Jawa, Khmer atau Lao.

    Ini menunjukkan bahawa legenda Aji Saka itu adalah benar. Aji

    Saka ialah tokoh legenda Jawa, orang luar yang membawaperadaban pada bangsa Jawa. Dinasti Sailendra adalah dinasti

    Melayu Segenting Kra pada asalnya, menurut sumber dari

    Kemboja yang mengatakan wujud raja Aji Saka di mana 'Saka'

    merujuk kepada kaum 'Saka', rumpun bangsa Kamboja. Apa

    rahsia semua ini? Pada masa dahulu, yang membawa ajaran

    Veda ke Nusantara ialah kelompok Kamboja ini. Kemungkinanmereka mula-mula membawa ajaran Veda yang

    suci;menyembah satu Tuhan bernama Brahma. Kemudian hari

    berganti hari, ajaran asal Veda telah rosak dan menjadi agama

    Hindu yang menyembah beratus-ratus dewa. Apabila kelompok

    Kamboja yang mengajarkan agama Veda telah hilang meresap

    menjadi Melayu, tiada siapa yang membetulkan ajaran Veda,maka raja-raja Melayu mengikut sahaja kelompok Hindu yang

    baru. Ini ibarat apabila ulama-ulama kota Mekah semuanya

    menyeleweng, maka kemungkinan besar raja-raja Melayu juga

    cenderung untuk menyeleweng kerana kiblat agama Islam

    adalah di Tanah Arab. Begitu juga ajaran Veda berkiblatkan

    India. Perlu diingat, bangsa Kamboja bukanlah Dravidia sepertiTamil atau Telegu, mereka ialah puak-puak Aryan yang berkulit

    cerah. Wajah mereka iras-iras antara keturunan Greek dan

    Parsi, berkulit kemerah-merahan. Mereka berbahasa Parsi Kuno

    seperti Avestan.

    Nama kerajaan Medang pula ada tercatat dalam Prasasti Laguna

    (Laguna Copperplate) bertarikh 822 Saka (900 Masehi) yang

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    20/35

    ditemui di Manila, Filipina. Penemuan prasasti yang ditulis

    dalam skrip Kawi dalam bahasa Melayu Kuno yang mempunyai

    perkataan pinjaman dari Sanskrit dan beberapa elemen kosa

    kata bukan dari bahasa Melayu iaitu dari bahasa Jawa Kuno danTagalog Kuno. Ini menunjukkan bahawa orang-orang atau

    pegawai kerajaan Medang telah memulakan perdagangan antara

    pulau dan hubungan luar negeri di kawasan-kawasan sejauh

    Filipina, dan membuktikan hubungan antara kerajaan Melayu

    Kuno dan Filipina memang wujud. INI ADALAH BUKTI KUKUH

    HUBUNGAN ANTARA ORANG MELAYU DENGAN KEPULAUANFILIPINA. Sebab itu orang yang menafikan pengaruh Melayu di

    Filipina adalah bagaikan katak di bawah tempurung. Ahli

    sejarah Filipina sendiri mengakui asal-usul bangsa mereka

    adalah orang Melayu. Laguna Copperplate adalah surat hutang.

    Ini bermakna dalam urusan pentadbiran, bahasa Melayu adalah

    bahasa dominan. Kewujudan perkataan Jawa disebabkan olehkerana dinasti Melayu Sailendra memerintah dari Jawa. Istilah

    Tagalog kerana untuk memudahkan orang tempatan yang biasa

    bertutur dalam bahasa daerah mereka.

    Mengapa dinasti Sailendra menulis prasasti-prasasti

    dalam Bahasa Melayu?

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    21/35

    Prasasti Gondosuli

    Adakah hanya Prasasti Sojomerto sahaja yang dipahat oleh

    dinasti terkemuka ini yang menggunakan bahasa Melayu Kuno?

    Setakat ini terdapat enam prasasti termasuk Prasasti Sojomerto

    yang dipahat oleh dinasti Sailendra menggunakan bahasa Melayu

    Kuno di Indonesia tidak termasuk di Thailand dan India:

    -Prasasti Sojomerto, Desa Sojomerto, Kecamatan Reban,

    Batang, Jawa Tengah.

    -Prasasti Gandasuli I, Candi Gondosuli, Desa Gondosuli,

    Kecamatan Bulu, Temanggung, Jawa Tengah

    -Prasasti Gandasuli II, Candi Gondosuli, Desa Gondosuli,

    Kecamatan Bulu, Temanggung, Jawa Tengah

    -Prasasti Bukateja, Bukateja, Purbalingga, Jawa Tengah.

    -Prasasti Dewa Drabya, Dieng, Jawa Tengah.

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    22/35

    -Prasasti Majurighra, Candi Sewu, Prambanan, Klaten, Jawa

    Tengah

    Berbanding hanya tiga prasasti dalam bahasa Sanskrit:

    -Prasasti Tukmas, Dakawu, Grabag, Magelang, Jawa Tengah.

    -Prasasti Canggal, Candi Gunung Wukir, Desa Kadiluwih, Salam,

    Magelang, Jawa Tengah

    -Prasasti Tri Tepusan, Kedu, Temanggung, Jawa Tengah

    Ini menunjukkan di Kerajaan Medang sendiri, raja-raja

    Sailendra cenderung menuliskan prasasti dalam Bahasa MelayuKuno. Bayangkan, setelah Poerbatjaraka menafikan wujudnya

    dinasti Sanjaya, ini bermakna penguasa mutlak Kerajaan

    Medang adalah dinasti Sailendra yang menuliskan prasasti

    kemegahan dinasti mereka dalam bahasa Melayu Kuno.

    Prasasti yang paling penting kemungkinan setakat ini ialahPrasasti Sojomerto yang memberitahu nama pengasas keluarga

    Sailendra iaitu Dapunta Sailendra. Dalam prasasti ini

    menyebutkan:

    1. . . . ryayon r sata . . .

    2. . . . _ kot

    3. . . . namah vaya

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    23/35

    4. bhatra parameva

    5. ra sarvva daiva ku samvah hiya

    6. mih inan is-nda dap

    7. nta selendra namah santan8. namnda bpanda bhadravati

    9. namanda ayanda sampla

    10. namanda vininda selendra namah

    11. mamgappsar lempewngih

    Terjemahan prasasti dalam Bahasa Melayu moden:

    Sembah kepada Siwa Bhatara Paramecwara dan semua dewa-

    dewa

    . . . dari yang mulia Dapunta Selendra

    Santanu adalah nama bapanya, Bhadrawati adalah nama

    ibunya, Sampula adalah nama isterinya dariyang mulia Selendra.

    Lihat perkataan-perkataan Melayu Kuno antaranya:

    1-ku samvah hiya (ku sembah dia)

    2-namanda (namanya)3-bapanda (bapanya)

    3-vininda (bininya)

    Prasasti Bukiteja pula berisi sebaris ayat yang pendek, tetapi

    punya erti yang besar:

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    24/35

    "ini padehanda Hawang Payangnan"

    Maksud:

    "ini sisa tubuhnya Hawang Payangnan"

    Kemungkinan besar prasasti ini adalah batu nisan bagi orang

    yang bernama Hawang Payangnan. Batu bersurat ini mempunyai

    usia dan gaya tulisan yang sama digunakan oleh dinastiSailendra. Perhatikan sebarisan ayat pendek ini menggunakan

    sepenuhnya tatabahasa Melayu seperti 'ini' dan '-nda' (-nya).

    Persoalannya, mengapakah dinasti Sailendra menggunakan

    bahasa Melayu Kuno dalam mengungkapkan kemegahan dinasti

    mereka? Terdapat dua kesimpulan:

    1-Dinasti Sailendra ialah berketurunan Melayu

    2-Dinasti Sailendra di bawah pengaruh kebudayaan dan bahasa

    Melayu

    Kesimpulan pertama memang tidak diragukan bahawa dinastiSailendra adalah dinasti Melayu. Semua prasasti di bawah nama

    keluarga Sailendra jika tidak berbahasa Melayu Kuno, dipahat

    dalam bahasa Sanskrit. Tiada prasasti yang di dalamnya tertulis

    nama Sailendra dalam bahasa Jawa kecuali Prasasti

    Kayumwunan yang dwibahasa (Sanskrit sepenuhnya kemudian

    disambung Jawa Kuno). Yang ada ialah prasasti yang berisi

    aktiviti raja-raja bawahan Sailendra atau dari keluarga

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    25/35

    Sailendra yang biasanya memakai gelaran 'Rakai'. Hanya bahasa

    Melayu Kuno dan Sanskrit digunakan untuk menuliskan prasasti

    yang membawa nama 'Sailendra'. Sepertimana dua prasasti yang

    dikaitkan dengan candi Sewu, Prasasti Manjusrigerha danPrasasti Kelurak. Uniknya, Prasasti Manjusrigerha memakai

    tulisan Jawa Kuno dan berbahasa Melayu Kuno, sedangkan

    Prasasti Kelurak beraksara Prenagari dan berbahasa Sanskrit.

    Kesimpulan yang kedua pula kemungkinan besar Dapunta

    Sailendra ialah pegawai atau gabenor Sriwijaya yangmemerintah Jawa. Jika beliau orang Jawa, maka oleh kerana

    beliau termasuk pegawai Sriwijaya maka kehidupannya telah

    dipengaruhi cara hidup Melayu, termasuk bahasa.

    Jadi walau apa pun kesimpulannya, kita tahu bahawa pada abad

    ke-8 Masehi, bahasa Melayu Kuno telah pun menjadi bahasastandard raja-raja Austronesia. Malah menjadi lingua franca

    empayar-empayar Asia Tenggara.

    Siapakah Poerbatjaraka?

    Ada sesetengah orang yang mempertikaikan prasasti-prasasti

    seperti Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Sojomerto dan lain-lain

    yang dilabelkan sebagai 'Bahasa Melayu Kuno'. Ini kerana

    terdapat campuran istilah Sanskrit di dalam prasasti-prasasti

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    26/35

    tersebut. Sebenarnya dalam prasasti Jawa Kuno juga bercampur

    perkataan Sanskrit. Jadi orang yang layak untuk membezakan

    yang mana bahasa Jawa Kuno, Melayu Kuno dan sepenuhnya

    Sanskrit ialah orang yang belajar ketiga-tiga bahasa itu.

    Siapakah Poerbatjaraka? Adakah beliau seorang Melayu? Tidak,

    beliau berketurunan Jawa dan pakar dalam kesusasteraan Jawa.

    Jadi mengapa beliau berhujah tidak wujud dinasti Jawa Sanjaya

    malah semua dinasti Medang berasal dari Sailendra? Sailendra

    pula dikatakan dinasti Melayu berdasarkan Prasasti Sojomertodan lain-lain prasasti? Bukankah lebih baik beliau berbohong

    sahaja mengatakan tulisan pada prasasti-prasasti tersebut

    berbahasa Jawa ataupun Sanskrit? Tiada siapa yang tahu.

    Mahaguru Sanskrit dari India pun tidak tahu. Ini kerana tulisan

    pada batu-batu bersurat ini punya variasi tulisan antaranya

    Kawi (tulisan ini tidak mampu dibaca oleh pakar dari Indiawalaupun berasaskan skrip Brahmi), Pallava, Pranagari atau

    Jawa Kuno. Jika pakar Sanskrit dari India boleh membaca

    sekalipun, mereka tidak mampu membaca sebahagian

    perkataan, yang merupakan bukan bahasa Sanskrit tetapi dari

    Melayu Kuno. Poerbatjaraka boleh membohongi semua orang,

    mengatakan semua prasasti Sailendra berbahasa Jawa Kuno.Tetapi realitinya beliau tidak berbuat demikian.

    Sebenarnya, beliau ADALAH SARJANA TULEN, BUKAN

    NASIONALIS JAWA. Beliau berpegang pada prinsip.

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    27/35

    Nama penuhnya ialah Prof. Dr. Raden Mas Ngabehi (Lesya)

    Poerbatjaraka (Purbacaraka). Lesya ialah nama timangannya

    sejak kecil. Ayahnya Raden Tumenggung Purbadipura adalah

    sastarawan istana kesayangan Susuhunan Pakubuwana X, raja

    Surakarta. Bagaikan kuah tumpah ke nasi, Poerbatjaraka secara

    automatiknya, juga mempunyai minat terhadap kesusasterawan

    Jawa dan bahasa Jawa. Anak kepada pekerja istana

    membuatkan beliau senang untuk akses kepada khazanah

    kesusasterawan Jawa. Beliau belajar bahasa Melayu dan

    Belanda di sekolah Hollandsch-Indische School (bahasa Melayusebenarnya telah lama diajar di sekolah-sekolah Belanda,

    sebagai bahasa standard). Kepandaian beliau dalam bahasa

    Belanda menyebabkan beliau sering dilihat berbual dengan

    tentera Belanda malah orang Belanda amat senang dengan

    beliau.

    Poerbatjaraka mula belajar Sanskrit selepas terlibat dengan

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    28/35

    bahan-bahan kesusasteraan Jawa Kuno yang memerlukan

    kepakaran dalam bahasa Sanskrit. Ini adalah ketika beliau

    bertugas di Muzium Gajah.

    Oleh kerana kepakarannya dalam bahasa Jawa Kuno, Melayu

    Kuno dan Sanskrit serta mahir dalam beberapa tulisan seperti

    Kawi dan Jawa Kuno, maka beliau telah dihantar ke Belanda,

    untuk mengkaji 'khazanah' yang dirompak Belanda sebelum itu.

    Poerbatjaraka ditugaskan di Universiti Leiden di Belanda

    sebagai pembantu Prof. Dr. Hazeu, mahaguru kesusasteraanJawa. Kemudian pada tahun 1926, walaupun tidak pernah

    menghadiri kuliah, Poerbatjaraka diperkenankan untuk

    mendapatkan gelaran doktor dengan tesisnya,Agastya in den

    Archipel.

    Sekembalinya di Muzium Gajah pada tahun 1930-an, beliautelah diberi jawatan sebagai kurator manuskrip dan diberi tugas

    untuk mengkatalog semua manuskrip Jawa.

    Setelah kemerdekaan Indonesia, beliau dilantik sebagai

    profesor di Universiti Indonesia, Jakarta, Universiti Gajah Mada,

    Yogyakarta dan Universiti Udayana, Denpasar, Bali.

    Jadi Prof. Dr. Raden Mas Ngabehi Poerbatjaraka adalah orang

    yang paling tepat untuk kita rujuk. Bukannya sesetengah dari

    kita yang kononnya pakar bahasa tetapi rupa-rupanya hidung

    tak mancung pipi tersorong-sorong. Pakar bahasa, sejarahwan

    dan linguistik sememangnya maklum akan gaya bahasa Melayu

    Kuno. Cuma sesetengah orang yang tidak berpuashati dengan

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    29/35

    betapa banyaknya prasasti dalam bahasa Melayu Kuno, bukan

    bahasa sukukaum mereka, akan cuba menegakkan benang yang

    basah. Tiada siapa yang mahu menuliskan kemegahan

    kerajaannya dalam bahasa kaum mereka bahkan raja-rajaNusantara tahu bahasa mana yang standard untuk dipakai

    sebagai menunjukkan prestij. Jadi serahkan kepada yang pakar.

    Borobudur, 'Wonders' Melayu Sailendra

    Apabila membicarakan tentang Sailendra, sudah tentu kita akan

    teringatkan 'masterpiece' mereka;Borobudur. Bukanlah untuk

    membincangkan topik agama di sini, tetapi tentang

    kejuruteraan senibina dan seni ketukangan Melayu purba yang

    tiada tolok bandingnya.

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    30/35

    Borobudur adalah salah satu monumen Buddha terbesar di

    dunia, malah candi Buddha paling terbesar di dunia. Dibinakan

    oleh seorang raja dari dinasti Sailendra, ia dibina untuk

    menghormati kemuliaan Buddha dan pendiri candi tersebut,seorang raja. Nama Borobudur dipercayai berasal dari kata

    Sanskrit "vihara Buddha Uhr" , yang bererti biara Buddha di atas

    bukit. Candi Borobudur terletak di Muntilan, Magelang, dan

    berjarak sekitar 42 km dari kota Yogyakarta.

    Borobudur adalah kombinasi harmoni stupa, kuil-gunung dan

    diagram ritual. Kompleks candi ini dibina pada beberapa tingkatdi sekitar bukit yang membentuk pusat alam. Peringkat pertama

    di atas dasar terdiri daripada lima teras persegi, bersaiz tepat

    dan membentuk dasar piramid. Di atas peringkat ini adalah tiga

    platform lingkaran yang menonjolkan oleh stupa utama.

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    31/35

    Tangga disediakan menuju ke stupa besar. Tapak

    pejalan kaki melampirkan teres persegi dihiasi deterpahat di batu. Mereka menggambarkan berbag

    perkembangan jiwa menuju penebusan dan episo

    kehidupan Sang Buddha. Teras melingkar yang dih

    tidak kurang dari 72 kerawang stupa masing-masi

    mengandungi patung Buddha. Dinding-dinding Bor

    terpahat oelh khazanah 'bas-relief' yang memukajumlah panjangnya kira-kira 6 kilometer! Ini tela

    sebagai koleksi terbesar dan paling lengkap 'relief

    dunia, tak tertanding dalam apa jua karya seni in

    di mana di dunia ini. Penceritaan 'relief' pada din

    dibaca dari kanan ke kiri, mereka pada koridor da

    kanan. Hal ini dilakukan untuk tujuan Pradaksina,yang membuatkan para pelawat akan bergerak m

    jam. Borobudur mengandungi sekitar 2670 'bas-re

    (1460 naratif dan 1212 panel dekoratif), yang mel

    depan bangunan dan koridor. Jumlah luas permuk

    ialah 2500 meter persegi (26, 909. 8 sq ft) dan ia

    di tapak tersembunyi (Kamadhatu) dan lima platf(Rupadhatu). Borobudur adalah galeri 'relief' palin

    dan koridor

    ngan 'relief'i tahapan

    dari

    iasi dengan

    g

    obudur

    , hinggadikatakan

    ' Buddha di

    ividu walau

    ing utama

    ri kiri ke

    satu ritual,ngikut arah

    ief' individu

    iputi bahagian

    aan 'relief'

    nya terdapat

    rm persegig

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    32/35

    menakjubkan di dunia.

    Seperkara yang menarik, struktur Borobudur tidak memakai

    simen atau bahan perekat sama sekali, melainkan sistem

    tanggam (interlock) iaitu seperti mencantum blok-blok Lego.

    Teknik tanggam memang menjadi kepakaran orang Melayu.

    Anda boleh ke Muzium Negara untuk menyaksikan sebuah pintu

    istana dari Kerajaan Setul (Satun, di Thailand sekarang) yangtidak menggunakan sebarang paku. Begitu juga istana Sri

    Menanti. Senibina perahu dan kapal Melayu awal juga tidak

    menggunakan sebarang paku.

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    33/35

    Borobudur bagaikan 'puzzle' yang dibina dalam skalabesar. Tidak ada candi atau kuil di mana-mana hattadi India sekalipun yang berkonsepkan seperti

    Borobudur.

    Borobudur dibina antara 750 dan 842 Masihi;300 tahun sebelum

    pembinaan Angkor Wat di Kemboja dan 400 tahun sebelum

    katheral-katheral besar mula tegak di Eropah. Sesungguhnya

    orang-orang Melayu adalah pembina yang unggul pada zaman

    dahulu. Namun kita tahu, apabila kerajaan Melayu runtuh danketurunan dirajanya lupus, segala kepandaian orang Melayu

    juga lupus. Melayu memerlukan kepimpinan baru, bermula dan

    membina keagungan kembali. Jatuh. . . dan bangkit kembali.

    Namun harganya amat mahal perlu dibayar;jatidiri. Dalam

    keterlupaan orang Melayu akan keagungan silam mereka, hanya

    prasasti dan bahasa mereka yang menyelamatkan maruah dankebanggaan mereka. Mujurlah raja-raja Melayu bijak

    merakamkan bahasa mereka dalam prasasti.

    Menariknya, Slametmuljana di dalam bukunya Asal Bangsa dan

    Bahasa Nusantara mengemukakan pandangan bahawa bahasa

    Melayu berasal dari bahasa yang ada di daerah sekitar Indochinameliputi Champa, Mon-Khmer, Bahnar, Rade, Jarai, Sedang,

    Mergui, Khaosan, Shan, dan sejenisnya. Jika mengikut

    pandangan beliau ini, maka sememangnya Sailendra adalah

    dinasti Melayu yang berasal dari semenanjung. Rahsia dinasti ini

    malah disimpan oleh satu lagi dinasti pemerintah Asia Tenggara

    yang amat kental kemelayuannya serta empayar maritim tertua

    di Asia Tenggara. Kita akan menggali apakah dinasti yang

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    34/35

    namanya masih terlekat dalam mantera-mantera Thai dan

    dipuja-puja. Dari sini mereka membina empayar, menguasai

    lautan dan memonopoli pardagangan. Semua ini bermula dari

    nama sebuah keluarga diraja, Sriwijayamala.

    -------------------------------------------Next. . .

    Alter Terahsia Bangsa Melayu XX"The Srivijayan"

  • 8/6/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

    35/35

    Petunjuk sudah hilang!Tiada lagi peti-peti misteri. Gua Rahsia

    sudah tertutup!

    Apa yang akan berlaku seterusnya?

    Nantikan episod terakhir "The House of Bani Jawi" dalam

    keluaran akan datang!

    Semestinya di MistisFiles. . .