qazaf menjawab fitnah

124
Bahagian Satu Hukum Qazaf Dalam Perundangan Islam Bab 1 Hukum Qazaf Dalam Islam Oleh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi Bab 2 Qazaf: Kesalahan Jenayah Hudud dan Prosedur Pembuktiannya Oleh Dr. Abdul Halim El-Muhammady Bab 3 Penyataan Sikap Terhadap Isu Jenayah Qazaf Oleh Sekretariat Bersama ABIM, WADAH dan PKPIM

Upload: angkatan-belia-islam-malaysia-abim

Post on 25-Dec-2015

94 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Himpunan tulisan serta rujukan mengenai jenayah Qazaf (menuduh orang berzina & meliwat tanpa 4 orang saksi). Menjawab pelbagai mengenai Qazaf: maksud, definisi, serta akibat. Bersandarkan rujukan Al-Qur'an dan As-Sunnah, tulisan ini disediakan oleh ulama terkemuka, Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi, Dr Taha Jabir Al-Wani, Dr Wahbah Az-Zuhaily, Dr Abd Halim El-Muhammady.

TRANSCRIPT

Page 1: Qazaf Menjawab Fitnah

Bahagian SatuHukum Qazaf Dalam Perundangan Islam

Bab 1Hukum Qazaf Dalam IslamOleh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi

Bab 2Qazaf: Kesalahan Jenayah Hudud dan Prosedur PembuktiannyaOleh Dr. Abdul Halim El-Muhammady

Bab 3Penyataan Sikap Terhadap Isu Jenayah QazafOleh Sekretariat Bersama ABIM, WADAH dan PKPIM

Page 2: Qazaf Menjawab Fitnah
Page 3: Qazaf Menjawab Fitnah

Bab 1Hukum Qazaf Dalam IslamProf. Dr. Yusuf Qaradhawi

epertimana yang kita maklum, Prof. Dr. Yusuf Qaradhawi ialah ulama semasa yang berkemampuan mengeluarkan pendapat syarak dengan berani dan

bebas, tanpa rasa takut kepada seseorang pemerintah ataupun negara. Beliau menganggotai beberapa lembaga, institusi ilmiah dan dakwah, antaranya adalah Lembaga Fiqh Rabitah ‘Alam Islami ke Makkatul Mukarramah, Lembaga Diraja Bagi Kajian Tamadun Islam di Jordan dan juga Markas Pusat Kajian Islam di Oxford. Beliau juga Ahli Majlis Amanah di Universiti Islam di Islamabad, Organisasi Dakwah Islamiah di Khartoum, Ketua Jawatankuasa Perunding Syariah di beberapa bank Islam, Ketua Pusat Kajian Sunnah dan Sirah di Qatar serta Pengerusi Majlis Fatwa dan Penyelidikan di Eropah.

Ada permintaan fatwa mengenai pendapat syarak tentang tuduhan-tuduhan terhadap Saudara Anwar

S

Page 4: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

4

Ibrahim. Berikut ialah fatwa Prof. Dr. Yusuf Qaradhawi tentang persoalan tersebut.

Soalan Pertama

Jika seseorang yang dikenali oleh khalayak ramai sebagai seorang yang istiqamah, berkeperibadian bersih dan soleh sepanjang hidupnya, tiba-tiba dituduh dengan tohmahan-tohmahan yang keji seperti berzina, melakukan perbuatan kaum Lut, membunuh dan lain-lain. apakah hukuman syariah bagi orang yang menuduh dan orang yang dituduh? Adakah orang yang dituduh wajib membela diri? Dan apakah kewajipan masyarakat Muslim dalam perkara ini?

Jawapan

Menuduh orang-orang yang bersih dengan tohmahan-tohmahan, terutama tohmahan-tohmahan yang besar seperti berzina, liwat dan membunuh merupakan satu perbuatan yang diharamkan secara tegas dalam Islam. Bahkan ia termasuk dalam dosa-dosa besar yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah S.W.T. dan azab-Nya. Ini kerana tohmahan-tohmahan seperti itu berupaya untuk menyerang kemuliaan diri orang-orang yang beriman sama ada lelaki atau perempuan. Ia juga boleh menyebabkan orang ramai buruk sangka terhadapnya.

Orang-orang yang rendah akhlaknya mungkin boleh melakukan tindakan-tindakan yang tidak diinginkan terhadapnya. Perkara sedemikian juga menyebabkan tersebarnya kejahatan di kalangan orang-orang yang beriman. Oleh itu, al-Qur’an mengecam keras perilaku seperti ini dan mengancam para pendusta yang melakukannya dengan seksaan di dunia dan di Akhirat.

Page 5: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

5

Firman Allah S.W.T.:

“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang Mukmin dan Mukminah tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.”

(al-Azhab (33): 58)

Firman Allah S.W.T.:

“Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik, yang lengah (tidak pernah terlintas untuk melakukan perbuatan keji) lagi beriman, (dengan tuduhan zina) mereka terkena laknat di dunia dan di Akhirat dan bagi mereka azab yang besar. Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. Pada hari itu Allah akan memberikan mereka balasan yang setimpal menurut

Page 6: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

6

semestinya, dan tahulah mereka bahawa Allah-lah yang benar; lagi yang menjelaskan (segala sesuatu menurut hakikat yang sebenarnya).”

(an-Nur (24): 23-25)

Para ulama telah sepakat (Ijma’) mengatakan bahawa dosa dan hukuman terhadap orang yang melemparkan tuduhan ke atas lelaki Mukmin adalah serupa dengan dosa dan hukuman terhadap mereka yang melemparkannya ke atas wanita Mukminah. Ayat di atas turun dalam bentuk seperti ini (menggunakan perkataan Mukminat) kerana ayat tersebut diturunkan khas sebagai pembelaan terhadap Ummul Mukminin Aisyah As-Siddiqah binti Abu Bakar As-Siddiq. Beliau merupakan salah seorang isteri yang paling dicintai oleh Rasulullah S.A.W. selepas Khadijah r.a.

Peribadi yang suci ini terpaksa berhadapan dengan tuduhan yang keji. Orang-orang munafik menyebarkan khabar angin tentangnya dan melemparkan tohmahan bahawa beliau telah melakukan skandal dengan salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang tidak pernah diragui kebersihan peribadinya. Orang-orang munafik telah menggunakan peluang ini dengan mengobarkan api fitnah. Demikianlah kisah Hadith al-Ifki yang telah mempermalukan dan meresahkan rumah Nabi S.A.W., rumah Abu Bakar As-Siddiq r.a. serta seluruh bandar Madinah.

Akhirnya turunlah ayat al-Qur’an tersebut secara jelas dan tegas dan mengembalikan keadaan seperti sediakala. Ayat tersebut juga telah membisukan lidah-lidah para pendusta dan membersihkan kembali nama Aishah r.a. yang jujur dan suci daripada segala tuduhan jahat. Selepas turunnya ayat-ayat tersebut, kaum Muslimin pun merasa

Page 7: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

7

lega kerana telah terkeluar daripada fitnah yang keras dan pahit itu.

Bacalah Firman Allah S.W.T. dalam surah an-Nur yang berikut:

“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu mengira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang daripada mereka mendapat balasan daripada dosa yang dikerjakannya. Dan sesiapa antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa pada waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang Mukminin dan Mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: Ini adalah suatu berita bohong yang nyata. Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta.”

( an-Nur (24): 11-13)

Page 8: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

8

Inilah hukum Allah yang tegas. Sesiapa yang menuduh orang lain melakukan perbuatan keji seperti berzina maka dia mesti mengukuhkan tuduhannya itu dengan mendatangkan empat orang saksi yang adil dan tidak cacat keperibadiannya. Kesemua saksi itu mestilah telah melihat yang tertuduh sedang melakukan perbuatan zina dengan perempuan secara jelas dengan mata kepala mereka sendiri. Demikianlah sebagaimana yang telah diterangkan secara kiasan dalam undang-undang syariah: seperti besi celak dalam botol dakwat.

Jika orang yang menuduh tidak berjaya mendatangkan empat saksi sebagaimana yang diterangkan di atas maka dia dianggap sebagai seorang pendusta di sisi Allah S.W.T. Allah menegaskan bahawa pendusta ini mesti dikenakan hukuman syariah, bahkan dia terkena tiga jenis hukuman yang tertera dalam al-Qur’an al-Karim, iaitu pada Firman Allah S.W.T.:

“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) 80 kali sebatan. Dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.”

(an-Nur (24): 4)

Ayat-ayat yang mulia di atas menyebutkan tiga jenis hukuman terhadap jenayah keji itu.

Page 9: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

9

Pertama: Hukuman fizikal, iaitu disebat sebanyak lapan puluh sebatan. Sebatan yang menyakitkan tubuh badannya itu merupakan balasan terhadap perbuatannya menyakiti peribadi orang-orang yang baik. Tuduhan yang telah disebarkannya itu juga boleh memusnahkan kehidupan orang-orang yang dituduh berserta kaum keluarganya.

Kedua: Hukuman moral dan sosial, iaitu dengan menggugurkan segala pertimbangan moral dan sosial orang yang menuduh. Kesaksiannya dalam urusan kewangan, sivil, sosial, politik tidak boleh diterima pakai. Perkataan ‘kesaksian’ dalam ayat di atas diturunkan dalam bentuk nakirah (am) dan berbentuk penafian. Oleh itu, ia mencakupi seluruh jenis kesaksian. Berdasarkan hal ini, orang itu wajib digugurkan haknya untuk mengundi dalam pilihan raya, terlebih lagi hak untuk diundi.

Ketiga: Hukuman agama, iaitu dengan menggelarnya sebagai orang yang fasik dan memasukkannya ke dalam golongan Fasiqun. Al-Qur’an menyebutkan kefasikan sebagai kepada lawan keimanan. Firman Allah S.W.T.:

“Maka adakah orang-orang yang beriman serupa dengan orang yang fasik? Mereka tidak sama.

Page 10: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

10

Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih, maka bagi mereka syurga-syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang mereka kerjakan. Adapun orang-orang yang fasik maka tempat mereka ialah neraka, setiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: rasalah azab neraka yang kamu sentiasa dustakan di dunia dahulu”

(as-Sajdah (32): 18-20)

Al-Qur’an juga telah melekatkan gelaran fasik ini kepada Iblis, makhluk paling durjana. Firman Allah S.W.T.:

“Dia adalah daripada golongan jin, maka dia berlaku fasik (derhaka) terhadap perintah Tuhannya.”

(al-Kahfi (18): 50)

Walau bagaimanapun dengan rahmat dan kasihnya Allah masih lagi membuka pintu taubat bagi mereka yang ingin mensucikan dan membersihkan diri. Firman-Nya:

“Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(an-Nur (24): 5)

Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa taubat hanya diperkenankan bagi memansuhkan hukuman terakhir, iaitu penggelaran dirinya sebagai fasik. Taubat tidak akan memansuhkan hukum ‘gugurnya kesaksian’ dalam ayat di

Page 11: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

11

atas disifatkan Allah sebagai kekal: “Dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya” (an-Nur: 5)

Jenayah melemparkan tohmahan itu boleh menjadi lebih besar jika orang yang dituduh dikenali oleh khalayak ramai sebagai orang yang istiqamah dan salih. Mereka mengenalnya sebagai orang yang baik dan tidak pernah menyaksikan sebarang kejahatan yang dilakukannya. Sesungguhnya suara orang ramai merupakan pena-pena kebenaran. Kesaksian yang boleh dipertimbangkan hanyalah kesaksian orang-orang yang salih dan baik. Sebab merekalah saksi-saksi Allah di atas muka bumi, seperti yang digambarkan oleh salah satu hadith Rasulullah S.A.W.

Pandangan dan sikap Islam menjaga maruah, kemuliaan dan kehormatan diri seseorang amat tegas dan keras. Islam tidak membenarkan seorang Muslim menyakiti perasaan seorang saudaranya sesama Muslim dengan perkataan menghina, sama ada di hadapannya atau di belakangnya. Firman Allah S.W.T.:

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah dari kebanyakan syak wasangka, sesungguhnya sebahagian daripada syak wasangka itu adalah dosa

Page 12: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

12

dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”

(al-Hujurat (49): 12)

Dalam satu hadith sahih Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya:

“Setiap Muslim diharamkan baginya darah, harta dan maruah saudaranya sesama Muslim.”

Jika Islam tidak menentukan sikap yang tegas seperti ini tentu akan berlaku perbalahan antara seluruh manusia, manakala kemuliaan serta maruah diri mereka pula akan tertindas. Akhirnya musnahlah seluruh hak dan kebebasan.

Bertolak daripada kesedaran ini pula Islam memerintah kita untuk tidak menceritakan aib orang lain demi menjaga maruah dan peribadinya. Rasulullah S.A.W. telah bersabda kepada seseorang yang menggesa Mais untuk mengaku berzina hingga dijatuhi hukuman rejam: “Jika engkau menutupinya dengan bajumu tentu lebih baik untukmu.” Rasulullah S.A.W. juga bersabda: “Seluruh umatku akan memperoleh pengampunan, kecuali orang-orang yang menyebarkan aib orang lain.” Dan baginda bersabda: “Sesiapa yang menutup kesalahan seorang Muslim, nescaya Allah akan menutupi (kesalahan)nya di dunia dan di Akhirat.”

Page 13: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

13

Allah S.W.T. berfirman dalam al-Qur’an al-Karim:

“Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di Akhirat.”

(an-Nur (24): 19)

Soalan Kedua

Adakah orang yang dituduh berhak untuk membela diri? Bolehkah dia dicegah daripada melakukan hal itu? Apakah kewajipan masyarakat Muslim di sekelilingnya? Bolehkah mereka berdiam diri dan membiarkan perkara tersebut berlalu begitu sahaja?

Jawapan

Hak seseorang yang dituduh dengan tuduhan melibatkan agama, maruah serta moral ialah: membela diri daripada tuduhan orang yang telah menzaliminya dan meninggikan suaranya untuk menyatakan kebenaran. Bahkan dalam satu ayat al-Qur’an Allah telah memberinya satu hak istimewa untuk melindungi kehormatan dan maruah dirinya. Firman Allah S.W.T.:

Page 14: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

14

“Allah tidak menyukai ucapan-ucapan buruk yang (diucapkan) dengan terus-terang, kecuali oleh orang-orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.”

(an-Nisa’ (4): 148)

Tidak boleh sesiapa pun mencegah atau melarang orang yang dituduh daripada membela dirinya. Ia merupakan hak yang biasa dan sah di sisi hukum syariah. Allah S.W.T. telah memberikan peluang kepada Iblis yang dilaknat untuk berdebat mempertahankan dirinya di hadapan Tuhan Seluruh Alam. Iblis dengan petahnya mempertahankan kesombongannya dengan mengatakan, “Saya lebih baik daripada Adam.” Bahkan pada Hari Kiamat, Allah juga memberi peluang kepada setiap diri untuk mengetengahkan pembelaan terhadap dirinya.

Oleh itu, masyarakat Muslim mesti memberikan peluang kepada orang yang dituduh dan melindungi hak dan kebebasannya seluas-luasnya dalam proses pembelaan itu. Dia mesti dibenarkan membela dirinya secara lisan, menulis di surat-surat khabar dan berucap di radio dan televisyen. Terutama jika pandangan umum akan memberi kesan yang cukup besar dalam kes tersebut.

Secara syariah, dia tidak boleh diserahkan kepada taring-taring para lawannya yang mencarik-carik kredibilitinya siang dan malam, dan membiarkan masyarakat awam hanya menjadi penonton tanpa mampu berbuat apa-apa. Akibatnya, pintu pun tertutup rapat di hadapan orang yang dituduh. Dia tidak mampu melawan sebab tidak memiliki sebarang kelengkapan, sedangkan para musuhnya memiliki seluruh jenis senjata. Mereka telah melucuti dirinya daripada sebarang kekuasaan,

Page 15: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

15

bahkan lebih daripada itu, mereka juga telah mengajak orang ramai untuk ikut serta dalam ‘angkatan dusta’ dengan menyebarkan perbuatan-perbuatan jahat yang tidak pernah diingkari. Firman Allah:

“Semasa kamu mengatakan dengan lidahmu apa yang tidak kamu ketahui kebenarannya, dan kamu menganggapnya sebagai sesuatu yang ringan sahaja, padahal dia pada sisi Allah adalah besar.”

(an-Nur (24): 15)

Masyarakat Muslim merupakan satu masyarakat yang saling bertimbang rasa dan penuh tanggungjawab antara satu sama lain. Ia tidak akan membiarkan seorang yang baik dan tidak bersalah menjadi korban satu kezaliman yang kuat, konspirasi dan makar (tipu daya) yang memusnahkan. Masyarakat Muslim tidak akan berdiam diri menyaksikan perkara itu semua, sebab seseorang yang berdiam diri terhadap kebenaran serupa dengan syaitan bisu. Allah S.W.T. berfirman:

“Mengapa semasa kamu mendengar berita bohong itu orang-orang Mukminin dan Mukminat tidak

Page 16: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

16

berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata, “Ini adalah satu berita bohong yang nyata.”

(an-Nur (24): 12)

Inilah sepatutnya sikap masyarakat Mukmin yang mengambil berat antara satu sama lain. Allah berfirman:

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain.”

(at-Taubah (9): 71)

Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya:

“Seorang Muslim itu merupakan saudara kepada Muslim yang lain. (Oleh itu), dia tidak boleh menzalimi atau membiarkannya terlantar.”

(Muttafaqun ‘alaihi)

Pengertian ‘tidak membiarkannya’ dalam hadith di atas adalah tidak melepaskannya atau meninggalkanya begitu sahaja dalam menghadapi kesukaran. Rasulullah S.A.W. juga bersabda:

“Tolonglah saudaramu sama ada dia zalim atau dizalimi. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, tentu kami akan menolongnya jika dia dizalimi. Tetapi bagaimanakah kami menolongnya jika dia sendiri berlaku zalim? Rasulullah bersabda, “Dengan mencegahnya daripada melakukan kezaliman. Begitulah cara menolongnya.”

(Munttafaqun ‘alaihi)

Page 17: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

17

Islam mewajibkan masyarakat Muslim untuk menolong orang yang dizalimi daripada mereka terus dianiayai oleh orang yang zalim tanpa mengira berapa tinggi darjat atau pangkat orang yang berlaku zalim itu. Hadith Nabi menjelaskan:

“Jika kamu melihat umatku telah takut untuk mengatakan kepada si zalim ‘wahai zalim’, maka mereka telah ditinggalkan (Allah).”

Setiap Muslim yang mengenal kebaikan peribadi saudaranya wajib membelanya jika ia mendengar saudaranya itu diberitakan secara buruk. Satu hadith menyebutkan:

“Sesiapa yang membantah untuk (melindungi) maruah saudaranya, nescaya Allah akan menolak api neraka daripada wajahnya pada Hari Kiamat.”

(Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Soalan Ketiga

Bagaimana caranya mewujudkan satu perbicaraan yang jujur, berkecuali dan adil, tidak dipengaruhi oleh kuasa pemerintah dan hanya menggunakan syariah sebagai landasan hukum yang sah, juga direstui oleh orang ramai sebagai hakim dalam memutuskan perselisihan dan pertelingkahan?

Jawapan

Orang yang dituduh melakukan perbuatan zina (al-maqzuf), liwat atau sepertinya tidak perlu dibicarakan. Sebaliknya yang perlu dibicarakan ialah orang yang menuduh. Sebab dia telah melemparkan tuduhan ‘Qazaf’ (melemparkan

Page 18: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

18

tuduhan zina) maka dia wajib mengemukakan bukti-bukti yang kukuh. Kaedah syariah berkenaan hal ini ialah: orang yang menuduh wajib mengemukakan bukti dan orang yang dituduh tidak wajib mengucapkan sumpah.

Dalam kes seperti ini, orang yang dituduh tidak dituntut untuk bersumpah. Sebab pada dasarnya setiap manusia itu bersih daripada sebarang tuduhan, sebagaimana yang secara hukum asalnya setiap Muslim mesti berbaik sangka dan memandang dengan pandangan yang baik sesama mereka.

Setiap orang yang dituduh dengan tohmahan keji ini mempunyai hak untuk menuntut orang yang menuduhnya dalam satu perbicaraan mahkamah syariah yang adil. Manakala kewajipan seorang kadhi Muslim yang menangani kes ini dengan cara yang diredhai Allah dan hukum syariah-Nya ialah: menuntut penuduh mengemukakan bukti berkenaan dakwaannya, iaitu empat orang saksi seperti yang diterangkan dalam al-Qur’an. Jika dia tidak berbuat demikian, maka gugurlah dakwaannya. Kadhi wajib menegakkan hukuman Allah ke atas dirinya, iaitu dengan menyebatnya sebanyak 80 kali sebatan, menghilangkan haknya dalam memberi kesaksian dan mengecapnya sebagai fasik, melainkan jika ia bertaubat.

Pengecualian untuk hukum tersebut hanya pada satu kes sahaja sebagaimana yang disebut dalam al-Qur’an, iaitu jika seorang suami menuduh isterinya sendiri melakukan perbuatan zina. Inilah ketentuan fardhu Allah terhadap mereka berdua yang dikenali dengan istilah al-Li’an. Dalam hal ini, suami tidak dituntut untuk mengemukakan empat orang saksi terhadap perbuatan zina yang dilakukan oleh isterinya sendiri. Dia juga tidak diwajibkan untuk terus bersama isterinya yang didakwa atau diyakini

Page 19: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

19

berkelakuan buruk itu. Itulah sebabnya Allah menentukan suatu prosedur hukum yang berakhir dengan penceraian abadi antara kedua-duanya. Firman Allah S.W.T.:

“Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), sedangkan mereka tidak mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka kesaksian orang itu ialah empat kali bersumpah atas nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar. Dan (sumpah) yang kelima: bahawa laknat Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta. Isterinya itu dihindarkan daripada hukuman oleh sumpahnya empat kali atas nama Allah, sesungguhnya suaminya itu benar-benar termasuk orang-orang yang dusta. Dan (Sumpah) yang kelima: bahawa laknat Allah atasnya jika suaminya itu termasuk orang-orang yang benar.”

(an-Nur (24): 6-9)

Soalan Keempat

Jika seseorang pemimpin negara di beberapa kawasan berselisih pendapat dengan timbalannya

Page 20: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

20

mengenai isu-isu kewangan, pentadbiran, politik dan lain-lain sehingga mereka berdua saling melemparkan tuduhan-tuduhan antara satu sama lain, maka apakah cara syariah untuk menyelesaikan pertelingkahan di antara kedua-duanya?

Jawapan

Cara yang terbaik berkenaan dengan perkara ini ialah melantik pihak yang berkecuali yang tidak akan dipegaruh dengan pujukan, ugutan, ganjaran atau ancaman daripada pihak penguasa. Dia mesti melihat kepada perkara ini dengan pandangan yang neutral, adil dan mementingkan maslahah umat. Dia juga mesti berusaha sedaya upaya untuk mencari petunjuk dan hidayah Allah dalam memutuskan perkara tersebut. Sesungguhnya Allah S.W.T. sentiasa berada bersama jemaah; perpaduan sentiasa mendatangkan kebaikan, manakala perpecahan adalah punca segala keburukan.

Inilah yang pernah dilakukan oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib Karramullahu Wajhah. Sebelum itu para sahabat yang berada bersamanya atau bersama Mu’awiyah juga telah melakukan perkara yang sama. Hanya kaum Khawarij yang menentang kebijaksanaan tersebut seraya melaungkan slogan: “Tidak ada hukum selain hukum Allah.”

Bagaimanapun, Abdullah bin Abbas r.a. berjaya membungkam mereka dengan hujah-hujah yang jelas dan tegas. Beliau menjelaskan bahawa usaha mencari orang tengah sebagai hakim justeru diperbolehkan oleh Allah dalam perkara-perkara yang jauh lebih remeh seperti perselisihan dalam keluarga antara suami isteri. Jika ia

Page 21: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

21

diperbolehkan dalam perkara-perkara yang melibatkan hubungan rumah tangga, tentu ia juga dibenarkan dalam perkara-perkara yang lebih besar melibatkan perselisihan faham di antara umat. Selanjutnya Abdullah bin Abbas r.a. membacakan Firman Allah berikut di hadapan mereka:

“Dan jika kamu khuatir akan berlakunya persengketaan di antara kedua-dua (suami-isteri), maka kirimlah seorang hakam (jurupendamai) daripada keluarga lelaki dan seorang hakam daripada keluarga perempuan. Jika kedua-dua orang hakam itu bermaksud mengadakan perbaikan, nescaya Allah memberi taufik kepada suami isteri itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.”

(an-Nisa’ (4): 35)

Saya berpendapat supaya diadakan satu jawatankuasa terdiri daripada cendiakawan Muslim yang bijaksana dari negara Indonesia, Pakistan, Arab Saudi atau lainnya yang mampu mengadili perselisihan ini dengan kebenaran-kebenaran yang Allah tunjukkan kepada mereka, diiringi dengan niat salih, keazaman yang benar dan usaha yang bersungguh-sungguh. Semoga dengan itu akan terlerailah segala kekusutan, terbukalah jalan dan timbullah kesepakatan (taufik) seperti pesan Allah S.W.T. berkenaan juru pendamai (hakam):

Page 22: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

22

“Jika kedua-dua orang hakam (juru pendamai) itu bermaksud mengadakan perdamaian, nescaya Allah memberi taufik kepada mereka berdua (suami isteri).”

(an-Nisa’ (4): 35)

Amat besar harapan saya terhadap saudara-saudara besar saya di negara Malaysia tercinta, agar mereka berusaha sedaya upaya untuk memadamkan api fitnah dan kembali bersatu padu memperkuatkan ketahanan bangsa, demi menghadapi pakatan-pakatan jahat yang dirancang oleh kuasa-kuasa besar bagi menghancurkan mereka secara khas dan kaum Muslimin secara am. Dan itulah cara termudah bagi mereka menikmati kekayaan dan khazanah negara pada saat umat sedang dalam kealpaan dan saling bercakaran sesama sendiri.

Jiwa saya seperti berkecai dan hati saya rasa seperti dihiris melihat kejadian-kejadian yang berlaku terhadap umat Islam. Allah telah menjadikan mereka sebagai umat terbaik untuk manusia, tetapi sayangnya mereka saling melancarkan tipu daya untuk menjatuhkan satu sama lain. Akhirnya yang rugi tentulah negara dan bangsa sendiri.

Sedangkan pihak yang memperoleh keuntungan daripada perselisihan tersebut ialah Israel, Amerika dan kuasa-kuasa lain yang menanti peluang untuk menyerang kaum Muslimin. Merekalah yang melaga-lagakan orang lain untuk memetik hasil yang maksimun daripada pergaduhan antara dua kelompok. La Hawla Wala

Page 23: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

23

Quwwata Illa Billah!

Saya mengingatkan saudara-saudara saya terhadap Firman Allah S.W.T.

“Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai. Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu semasa kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu, lalu jadilah kamu orang-orang yang bersaudara kerana nikmat Allah. Dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat kepadamu agar kamu beroleh petunjuk.”

(Ali ‘Imran (3): 103)

Page 24: Qazaf Menjawab Fitnah
Page 25: Qazaf Menjawab Fitnah

Bab 2Qazaf: Kesalahan Jenayah Hudud dan Prosedur PembuktiannyaOleh Dr. Abdul Halim El-Muhammady

PENDAHULUAN

azaf adalah satu daripada kesalahan jenayah Hudud yang dinyatakan secara qat’iy (pasti) dengan jelas oleh al-Qur’an dan Sunnah. Ia merupakan satu

jenayah khusus yang melibatkan penghinaan yang amat serius ke atas seseorang yang baik akhlaknya dengan tuduhan zina atau seumpamanya dan tuduhan anak luar nikah. Justeru, pembuktian untuk mensabitkan kesalahan jenayah ini amat ketat prosedurnya. Jika berlaku sebarang keraguan terhadap bukti maka hukuman asal boleh digugurkan berdasarkan hadith, gugurkanlah hukuman hudud dengan adanya kesamaran bukti.

TAKRIF QAZAF

Imam Nawawi daripada Mazhab Shafi’i mentakrifkan

Q

Page 26: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

26

Qazaf ialah tuduhan melakukan zina (ke atas seseorang) untuk menghinanya.1 Ibn Humam daripada Mazhab Hanafi mentakrifkan Qazaf ialah tuduhan melakukan zina (ke atas seseorang).2 Ibn Arafah daripada Mazhab Maliki pula mentakrifkan Qazaf ialah seseorang mukallaf menuduh orang merdeka, berakhlak baik, Muslim yang baligh atau kanak-kanak melakukan zina atau menafikan keturunannya yang sah.3 Ibn Quddamah daripada Mazhab Hambali pula mentakrifkan Qazaf ialah tuduhan melakukan zina4 (ke atas seseorang).

Memandang kepada takrif yang diberikan oleh ulama daripada pelbagai mazhab, Qazaf ialah tuduhan ke atas seseorang yang baik akhlaknya dengan berzina, atau menafikan keturunannya yang sah.

Manakala zina pula mengikut Mazhab Shafi’i bermaksud memasukkan kemaluan lelaki kadar hasyafah atau seumpamanya ke dalam faraj perempuan untuk kepuasan yang haram baginya tanpa ada sebarang syubhah.5 Mengikut Mazhab Hanafi pula, nama bagi persetubuhan haram dalam faraj perempuan yang hidup berlaku secara sukarela dalam negara Islam yang bebas daripada sebarang syubhah hamba miliknya atau perkahwinan.6 Manakala Mazhab Hambali pula mentakrifkan zina mengikut Ibn Quddamah ialah persetubuhan pada faraj perempuan yang haram baginya tanpa ada sebarang syubhah.7 Mazhab Maliki pula mengikut takrif yang diberikan oleh al-Dasuqi ialah memasukkan kepala zakar atau kadarnya dalam kemaluan perempuan, sekalipun beralas, tetapi tidak menghalang kepuasan dan ketegangannya.8

Berdasarkan takrif di atas bahawa penzinaan itu adalah persetubuhan haram yang dilakukan oleh seseorang dengan memasukkan kemaluannya sekadar hasyafah atau

Page 27: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

27

seumpamanya ke dalam faraj perempuan yang bukan isterinya dan bukan juga hamba miliknya, serta tidak ada sebarang syubhah pada perlakuan tersebut. Tuduhan zina adalah tuduhan ke atas seseorang yang melakukan persetubuhan haram ke atas perempuan yang tidak ada hak baginya yang bertujuan untuk mengaib dan menghina pihak yang dituduh.

LIWAT SAMA DENGAN ZINA

Takrif liwat mengikut Mazhab Shafi’i ialah memasukkan zakar ke dalam dubur lelaki, perempuan atau khunsa dikenakan hukuman had (hudud).9 Ibn Quddamah daripada Mazhab Hambali berpendapat bahawa persetubuhan di dubur sama dengan persetubuhan di faraj iaitu zina.10 Mazhab Maliki mengikut pendapat al-Dasuqi menyatakan bahawa seorang lelaki yang bersetubuh melalui dubur dengan perempuan asing baginya melakukan jenayah zina mengikut syarak dan dikenakan hukuman had ke atasnya.11 Mazhab Hanafi pula berpendapat bahawa persetubuhan pada dubur tidak diwajibkan hukuman had ke atas kedua-dua pelaku liwat dan penerimanya, lelaki atau perempuan, sekali pun hukumnya adalah haram. Ini disandarkan kepada hujah bahawa zina haram hukumnya kerana persetubuhan di faraj, tetapi bagi peliwat, yang berlaku bukan zina, ia adalah liwat.12

Berdasarkan penjelasan di atas, majoriti fuqaha’ daripada empat mazhab berpendapat bahawa liwat adalah sama sahaja dengan zina, kerana perbuatan liwat berlakunya kemasukan kemaluan dan berlakunya kepuasan seperti zina, maka ia sama dengan hukum zina.

AUTORITI PENGHARAMAN QAZAF

Fuqaha’ yang membincangkan tentang kesalahan jenayah

Page 28: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

28

Qazaf berdasarkan autoriti al-Qur’an, hadith dan ijmak. Mazhab Shafi’e13 menjadikan ayat 4 surah an-Nur sebagai dalilnya. Maksud Firman Allah:

“Mereka yang menuduh perempuan-perempuan suci dengan tuduhan zina dan mereka itu tidak dapat buktikan dengan empat saksi lelaki maka hendaklah mereka disebat sebanyak 80 kali. Saksi mereka tidak diterima selama-lamanya dan mereka itu adalah orang-orang fasik.14

(an-Nur (24): 4)

Tuduhan zina yang palsu terhadap perempuan-perempuan yang suci dan baik akhlaknya, hendaklah mereka dikenakan hukuman sebat sebanyak 80 kali, kesaksian mereka tidak diterima selama-lamanya dan mereka menjadi Fasik. Hadith Abu Hurairah ada meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya:

“Jauhilah tujuh perkara yang besar dosanya.” Sahabat bertanya, “Apa dia ya Rasulullah?” Katanya, “syirik kepada Allah, sihir, membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan hak, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan yang baik dengan zina.”15

Page 29: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

29

Hadith di atas menjelaskan bahawa antara kesalahan besar di sisi Allah S.W.T. ialah Qazaf ke atas seseorang perempuan yang baik dan suci peribadinya. Ia meliputi lelaki dan perempuan.16 Mazhab Hambali juga berdasarkan ayat al-Qur’an dan hadith di atas sebagai dalil kesalahan Qazaf ini17 dan Mazhab Hanafi juga berdalilkan hadith di atas dan ayat surah an-Nur, ayat 32,18 Allah berfirman:

“Mereka yang menuduh Qazaf perempuan-perempuan baik dan suci yang beriman, mereka itu dilaknat di dunia dan di Akhirat dan bagi mereka azab yang besar.”

(an-Nur (24): 23)

Ayat ini jelas menerangkan janji buruk ke atas mereka yang melakukan Qazaf ke atas orang wanita mukminah dan lelaki mukmin dengan menerima laknat Allah di dunia dan mendapat seksa di Akhirat.19

Tuduhan liwat ke atas seseorang mengikut Imam Malik, Imam Shafi’i dan Imam Ahmad sama dengan tuduhan zina (Qazaf) kerana mereka berpendapat bahawa liwat adalah zina dan peliwat adalah penzina sama ada ia sebagai pelaku atau penerima pelakuan itu, sama ada ia lelaki atau perempuan jika sabit penuduh berniat dalam tuduhannya itu bermaksud yang dituduh melakukan perbuatan kaum Lut, maka penuduh wajib dikenakan hukuman had, manakala Abu Hanifah berpendapat bahawa tuduhan liwat termasuk dalam hukuman ta’zir kerana beliau berpendapat bahawa liwat bukannya zina

Page 30: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

30

justeru tuduhan liwat tidak dikira sebagai tuduhan zina.20

AUTORITI KESALAHAN JENAYAH LIWAT DAN ZINA

Mazhab Shafi’i menyandarkan kesalahan liwat kepada al-Qur’an dan Sunnah.21 Dalam al-Qur’an Allah berfirman:

“Janganlah kamu menghampiri zina kerana zina itu adalah fahishah (perkara keji) dan sejahat-jahat jalan.”22

(al-Isra’ (17): 32)

Firman Allah lagi:

“Adakah kamu melakukan fahishah (perkara keji) yang tidak dilakukan oleh sesiapa pun sebelum kamu di dunia ini.”23

( al-A’raf (7): 80)

Ayat pertama menjelaskan Allah melarang melakukan zina yang disifatkannya sebagai fahishah (suatu perbuatan keji) dan ayat kedua pula Allah menyifatkan perbuatan liwat sifatnya fahishah (suatu perbuatan keji). Oleh sebab kedua-duanya bersifat fahishah (keji) maka kedua-dua hukumnya sama. Mereka juga berasaskan kepada Sunnah yang bermaksud: “Apabila lelaki bersetubuh dengan lelaki, maka kedua-duanya melakukan zina,”24 dan hadith riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibn Majah maksudnya: “Sesiapa yang mendapati antara kamu yang melakukan

Page 31: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

31

perbuatan kaum Lut maka bunuhlah yang melakukan dan yang kena lakukan.”25

Hadith ini menjelaskan tentang kesalahan jenayah liwat yang boleh dikenakan hukuman mati dibunuh dengan pedang seperti orang murtad.26 Mazhab Hambali juga berpendapat liwat sama dengan zina berdasarkan nas-nas al-Qur’an di atas yang difahaminya bahawa kemasukan zakar dalam faraj sama dengan kemasukan zakar ke dalam dubur.

Pada awalnya, kaum Lut memulakan liwat dengan perempuan mereka, kemudian melakukannya pula ke atas orang lelaki.27 Qadi Abu Hasan daripada Mazhab Maliki berpendapat persetubuhan lelaki dengan perempuan ajnabi pada duburnya adalah hukum liwat sebagaimana hukum liwat antara lelaki dengan lelaki.28

Dua murid Abu Hanifah, iaitu Abu Yusuf dan Muhammad berpendapat bahawa hukuman keseksaan jenayah liwat sama dengan zina. Dalil mereka ialah kesalahan zina adalah hukuman had mengikut ketetapan nas. Dari sudut nama, zina adalah fahishah (perbuatan keji), liwat juga fahishah mengikut nas “ata’tuna al-fahishah.”

Dari sudut makna, zina mempunyai makna yang maknawi, yang tersirat dan mempunyai tujuan mengeluarkan mani dengan memasukkan zakar ke dalam faraj secara haram tanpa sebarang syubhah. Tujuan itu didapati wujud pada kedua-dua perbuatan itu, iaitu kemasukan di faraj atau di dubur, yang kedua-dua anggota itu dianggap kemaluan yang wajib ditutup pada syarak dan kedua-dua anggota itu diingini oleh nafsu, terutamanya bagi orang yang tidak memahami hukum syarak. Keinginan

Page 32: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

32

nafsu itu ditinjau dari sudut kesuaman dan kelicinan salurannya. Kedua-duanya tidak ada beza antara faraj dengan dubur.

Hukuman had pada kesalahan liwat adalah ketetapan nas-nas yang terdapat hukuman pada jenayah zina, maka nas didapati juga pada liwat.29 Abu Hanifah mempunyai pendapat yang berbeza di mana beliau membataskan persetubuhan itu pada faraj sahaja, tidak pada dubur. Maka peliwat tidak dikenakan hukuman had kerana zina itu ialah persetubuhan yang berlaku pada faraj, sedangkan apa yang berlaku pada peliwat itu bukannya zina, tetapi liwat. Sekiranya liwat itu sama dengan zina, tentunya para sahabat tidak berbeza pendapat tentang ini.

Dengan perbezaan pendapat itu menunjukkan bahawa liwat bukannya zina, kerana zina hukumannya mengikut ketetapan nas. Maka dengan itu, Abu Hanifah berpendapat bahawa tidak boleh menetapkan hukuman had zina terhadap perbuatan bukan zina, dan dengan itu hukum liwat tidak ada hukuman tetap pada nas, maka yang pastinya hukuman ta’zir dikenakan mengikut ketetapan imam.30

Berdasarkan perbincangan di atas, pandangan majoriti fuqaha’ daripada pelbagai aliran mazhab kecuali Abu Hanifah yang berpendapat bahawa kesalahan jenayah liwat sama dengan jenayah zina. Oleh itu, hukumannya sama dengan hukuman zina termasuk prosedur pensabitannya.

PROSEDUR PENSABITAN JENAYAH QAZAF

Jenayah Hudud merupakan jenayah yang hukumannya amat berat, yang hukumannya adalah antara sebatan, mati dan buang kawasan. Justeru, ia memerlukan prosedur yang ketat berdasarkan nas Qat’iy dari sudut

Page 33: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

33

pensabitan, kesalahan dan hukumannya. Prosedur untuk pensabitannya seperti berikut:

Pengakuan (Iqrar)

Pengakuan ialah menyatakan sesuatu tindakan atau hak terhadap diri seseorang,31 seperti A membuat pengakuan di mahkamah di hadapan hakim, “Saya mengakui bahawa saya yang melakukan jenayah zina/liwat.” Jika pengakuan itu telah jelas difahami, mencukupi sekali pengakuan sahaja mengikut Mazhab Shafi’i32 dan empat kali pengakuan dalam kes zina mengikut Mazhab Hanafi.33

Pengakuan penjenayah merupakan bukti yang paling kuat untuk disabitkan jenayah. Ia berbeza dengan dakwaan dan tuduhan seperti seorang berkata: “Saya disetubuhi oleh sipolan” atau “saya diliwat oleh sipolan.” Kenyataan ini berupa tuduhan dan dakwaan yang mesti dibuktikan dengan empat orang saksi, sebab ia bukan satu pengakuan tetapi, satu tuduhan terhadap orang lain yang melakukan jenayah tersebut ke atasnya yang memerlukan bukti tentang kebenaran dakwaannya itu.

Penyaksian (Bayyinah)

Penyaksian maksudnya ialah menyampaikan penyaksian untuk mensabitkan sesuatu hak atau kesalahan dalam majlis perbicaraan rasmi.34 Penyaksian merupakan satu daripada prosedur untuk mensabitkan jenayah Hudud.

Jenayah zina dan liwat boleh disabitkan dengan penyaksian yang bilangan saksinya mestilah empat orang lelaki yang layak (mukallaf), yang adil, menjelaskan dengan betul dan tepat perlakuan jenayah yang disaksikannya dan kenyataan mereka semua adalah seragam dan tidak ada percanggahan antara satu dengan yang lain, sama ada dilakukan secara berasingan antara mereka mengikut

Page 34: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

34

mazhab Shafi’i atau mereka melakukan serentak mengikut mazhab Hanafi.35

Berdasarkan keterangan dan pembuktian empat saksi lelaki itu, maka jenayah zina atau liwat dapat disabitkan ke atas penjenayah. Jika pendakwa atau penuduh tidak dapat membuktikan dakwaan zina atau liwat itu dengan empat saksi maka, dia boleh dituduh melakukan jenayah Qazaf disebabkan tidak cukup bukti ke atas yang dituduh untuk disabitkan.

Qarinah

Qarinah maksudnya sesuatu tanda atau perkara yang diyakini ada kaitan langsung dengan sesuatu tindakan jenayah yang berlaku, atau sesuatu yang dapat diambil kesimpulan daripadanya oleh hakim tentang berlakunya jenayah tersebut.36 Ia diambil kira sebagai satu saluran untuk mendapatkan kenyataan terhadap kesalahan jenayah ketika ketiadaan fakta-fakta atau bukti-bukti yang lain.

Qarinah dijadikan sebagai bukti jenayah jika tidak terdapat bukti-bukti lain yang lebih kuat. Ia dijadikan bukti dalam jenayah Hudud. Contohnya, perempuan yang tidak bersuami mengandung, maka bukti “mengandung” itu dianggap sebagai qarinah adanya persetubuhan haram. Begitu juga dengan bau arak di mulut sebagai qarinah untuk disabitkan kesalahan minum arak; dan carik atau luka pada faraj perempuan menjadi qarinah berlakunya persetubuhan.

Memandangkan jenayah zina dan liwat termasuk dalam kumpulan jenayah Hudud, maka ia terikat kepada nas qat’iy dari sudut kesalahan, pembuktian, dan hukuman keseksaannya. Oleh itu, tidak ada sebarang penambahan prosedur yang perlu dilakukan kerana pembuktian dalam

Page 35: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

35

jenayah Hudud adalah pembuktian yang tepat dan benar, dan tidak ada sebarang keraguan. Sekiranya ada sedikit keraguan, maka kes itu dan hukuman asalnya digugurkan. Adalah lebih baik membebaskan seseorang yang tidak jelas bukti kesalahannya daripada menghukum seseorang secara zalim.

APAKAH SUMPAH BOLEH DIJADIKAN ASAS PEMBUKTIAN DALAM JENAYAH ZINA DAN QAZAF?

Sumpah (al-yamin) sama pengertiannya dengan al-khalaf dan al-qasam. Pengertiannya mengikut penggunaan umum ialah penegasan terhadap sesuatu hak atau kenyataan sama ada pengakuan atau penafian dengan menggunakan nama Allah atau salah satu daripada sifat-sifatnya. Sumpah untuk penghakiman (al-Yamin al-Qadhaiyyah) ialah untuk mensabitkan pendakwaan bagi tujuan penegasan sabitnya hak atau penafian hak di hadapan hakim dengan menyebut nama Allah atau salah satu dari sifat-sifatnya.37

Autoriti Sumpah

Sumpah diharuskan berdasarkan al-Qur’an dan al-Hadith. Allah S.W.T. berfirman:

“Allah tidak mengambil kira sumpah kamu yang sia-sia tetapi, Dia mengambil kira sumpah kamu yang benar-benar.”38

Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya:

Page 36: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

36

“Kalau manusia itu dibiarkan membuat dakwaan, nescaya manusia akan mendakwa hak darah dan hak harta sesuka hati, tetapi ditetapkan bahawa ke atas pendakwa membawa bukti dan yang didakwa ingkar hendaklah bersumpah.”39

Hak sumpah adalah hak pihak yang didakwa, manakala yang mendakwa perlu mengemukakan bukti. Berdasarkan ayat dan hadith di atas menjelaskan bahawa sumpah adalah diharuskan dalam pertikaian hak. Ia menggunakan nama Allah atau salah satu daripada sifat-sifatnya. Jumhur fuqaha’ berpendapat bahawa sumpah penghakiman hendaklah orang yang bersumpah menyebut Wallahi, Wabillahi, atau Rabbul ‘alamin dan seumpamanya. Sumpah penghakiman hendaklah diberikan dengan perintah hakim atau wakilnya untuk menyelesaikan kes berdasarkan kehendak hakim, demikian pendapat jumhur fuqaha’.40

Hak-hak Yang Tidak Dapat Disabitkan dengan Sumpah dan Yang Dapat Disabitkan dengan Sumpah

Fuqaha’ sepakat berpendapat bahawa tidak diharuskan bersumpah dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan pensabitan Hak Allah semata-mata sama ada ia kesalahan Hudud seperti zina, mencuri, minum minuman yang memabukkan atau yang berkaitan dengan ibadah semata-mata seperti solat, puasa, haji, sedekah, nazar dan kaffarah, melainkan jika ia ada melibatkan hak manusia, kerana hudud tertolak apabila ada kesamaran bukti.

Fuqaha’ juga sepakat berpendapat bahawa diharuskan sumpah dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan harta dan seumpamanya. Pihak yang didakwa diberi hak bersumpah untuk memperakukan dakwaannya atau

Page 37: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

37

menafikannya. Demikian juga, fuqaha’ sepakat berpendapat bahawa diharuskan bersumpah dalam perkara jenayah, melibatkan kesalahan qisas dan kecederaan termasuk juga sebahagian daripada perkara-perkara yang berkaitan dengan kekeluargaan.41

Tuduhan zina antara suami isteri lebih kepada mencabuli keselamatan dan kesejahteraan rumah tangga yang lebih bersifat hak peribadi manusia daripada hak Allah kerana penglibatan tuduhan itu berlaku dalam keluarga tidak melibatkan masyarakat awam, tidak sebagaimana yang berlaku ke atas bukan keluarga.

Oleh itu bagi mensabitkan jenayah Qazaf yang berlaku antara suami isteri hendaklah pihak yang menuduh membuktikan tuduhan ke atas isterinya berzina, sekali pun didubur dengan bersumpah menyebut nama Allah, Wallahi, Wabillahi atau Watallahi sebanyak empat kali bahawa isterinya melakukan zina dan kali kelima hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah jika ia berdusta maka laknat Allah ke atas dirinya.

Bagi isterinya jika ia menyangkal dakwaan suaminya hendaklah ia bersumpah dengan menyebut nama Allah, Wallahi, Wabillahi, atau Watallahi, sebanyak empat kali bahawa dia tidak melakukan zina yang didakwanya, dan kali kelima ia bersumpah jika ia berdusta maka ia dilaknat oleh Allah S.W.T. Ini berdasarkan kepada Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Dan orang-orang yang menuduh isteri mereka (berzina) tidak mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar (an-Nur: 6). Dan sumpah yang kelima bahawa laknat Allah ke atasnya jika ia termasuk orang-orang yang berdusta (an-Nur: 7).

Page 38: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

38

Isterinya itu dihindarkan daripada hukuman oleh sumpahnya empat kali atas nama Allah bahawa sesungguhnya suaminya itu benar-benar termasuk orang-orang yang dusta (an-Nur: 8). Dan sumpah yang kelima bahawa laknat Allah atasnya jika suaminya itu termasuk orang-orang yang benar (al-Nur: 9). Dengan sumpah ini menjadikan mereka berdua terpisah dan gugur ke atas suami hukuman Qazaf dan gugur atas isteri hukuman had zina.42

Memandangkan jenayah Qazaf ini sebagai suatu jenayah yang serius dan terdapat nas qat’iy tentang ketetapan kesalahan, prosedur pembuktian dan hukuman keseksaannya, kerana ia diketegorikan sebagai kesalahan awam, maka sumpah tidak termasuk dalam prosedur pembuktian jenayah Hudud, kecuali dalam kes yang melibatkan tuduhan zina antara suami dengan isteri yang tidak diketegorikan sebagai kesalahan awam. Kerana ia lebih kepada kesalahan peribadi dan kekeluargaan, maka ia sebagai kes pengecualian maka pihak yang membuat dakwaan diminta bersumpah laknat dengan nama Allah demikian juga pihak yang engkar dakwaan itu diminta bersumpah laknat dengan nama Allah.

Berdasarkan pandangan jumhur fuqaha’ bahawa kesalahan jenayah Hudud tidak termasuk dalam perkara yang boleh menggunakan sumpah untuk mensabitkan atau menafikannya kecuali pada masalah li’an, tuduhan zina yang melibatkan suami isteri yang diperuntukkan khusus dalam al-Qur’an sebagai pengecualian daripada prosedur umum pensabitan zina dan Qazaf.

Page 39: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

39

KESIMPULAN

Jenayah zina dan liwat adalah termasuk dalam jenayah Hudud yang tidak ada peruntukan sumpah sebagai prosedur untuk membuktikan atau mensabitkan kesalahan. Penyelesaiannya setelah dibawa ke mahkamah ialah mahkamah menentukannya dan prosedur pembuktiannya harus dirujuk kepada peruntukan nas tentang pembuktian tuduhan Qazaf, iaitu mesti ada empat orang saksi yang adil, memberi penyaksian terhadap perlakuan jenayah yang didakwa di hadapan hakim dalam mahkamah. Sekiranya empat orang saksi tidak boleh dikemukakan, maka tuduhan itu dianggap palsu dan penuduh dikenakan kesalahan Qazaf.

Prosedur yang ketat dan hukuman yang keras diperuntukkan bagi mengelakkan manusia daripada membuat tuduhan menghina orang dengan kata-kata yang amat keji yang boleh meruntuh kerukunan hidup rumah tangga seseorang dan kehormatan diri yang dituduh serta seluruh keluarganya.

Jenayah Qazaf adalah satu jenayah serius yang melibatkan kehormatan diri individu, keluarga dan keturunannya. Justeru itu, Allah menetapkan nas secara qat’iy dari sudut ketetapan kesalahan prosedur pembuktian dan hukuman keseksaannya.

_________________________________

1 Ibn Humam, Fath al-Qadir, jilid 4, h. 190.

2 Sharbini, Mughni al-Muhtaj, jilid 4, h. 155.

3 Dasuqi, al-Sharh al-Kabir, jilid 4, h. 324.

4 Ibn Quddamah, al-Mughni, jilid 10, h. 201.

5 Sharbini, Mughni al-Muhtaj, jilid 4, h. 144.

6 Kasani, Badai’iy wa al-Sonai’, jilid 7, h. 33-34.

7 Ibn Quddamah, al-Mughni, jilid 10, h. 120.

Page 40: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

40

8 Ahmad al-Dirdir, al-Dasuqi ala al-Sharh al-Kabir, jilid 4, h. 213.

9 Sharbini, Mughni al-Muhtaj, jilid 4, h. 144.

10 Ibn Quddamah, al-Mughni, jilid 10, h. 151-152.

11 Ahmad al-Dirdir, al-Dasuqi ala al-Shahr al-Kabir, jilid 4, h. 213.

12 Kasani, Badai’iy al-Sana’i, jilid 7, h. 33-34.

13 Khatib Shorbimi, 2001, Mughni Muhtaj, Dar al-Filar Beirut, jilid 4, h. 192-193.

14 Al-Qur’an, an-Nur ayat 4.

15 Shaukani, Nail al-Awtar, jilid ( ), h. ( ).

16 Ahmad al-Husari, 1993, al-Siyasah al-Jazaiyyah, al-Hudud wa al-Ashribah, Dar al-Jil Beirut, Lubnan, jilid 2, h. 715.

17 Ibn Quddamah, al-Mughni, jilid 10, h. 201-202.

18 Kamal Ibn Humam, Fath al-Qadir, jilid 4, h. 190.

19 Ahmad al-Husairi, al-Siyasah al-Jaza’iyyah, jilid 2, h. 711.

20 Lihat Abdul Qadir Awdah, at-Tasyri’ al-Jinai al-Islami, Mu’assah al-Risalah, Beirut, jilid 2, h. 463.

21 Sharbini, Mughni al-Muhtaj, jilid 4, h. 177-178.

22 Al-Qur’an, al-Isra’ ayat 32.

23 Al-Qur’an, al-A’raf ayat 80.

24 Ibn Hajar, Talkhis al-Khabir, jilid 5, h. 55.

25 Ibn Majah, Sunan, Bab al-Hudud, h. 12.

26 Sharbini, Mughni Muhtaj, jilid 4, h. 177-178.

27 Ibn Quddamah, al-Maghuni, jilid 10, h. 151-152.

28 Ahmad Husari, as-Siyasah al-Jazaiyyah, jilid 2, h. 32-33.

29 Bada’iy al-Sona’iy, jilid 7, h. 33-34.

30 Ibid.

31 Mawardi, al-Ahkam al-Sultaniyyah, Beirut, h. 225.

32 Abdul Qadir Awdah, at-Tasyri’ al-Jinai al-Islami, jilid 2, h. 434.

33 Kasani, Bada’iy wa al-Sona’iy, jilid 7, h. 50.

34 Mawardi, al-Ahkam al-Sultaniyyah, h. 225.

35 Shirazi, al-Muhadhdhab, jilid 2, h. 333.

36 Bahansi, al-Qisas fi al-Fiqh al-Islami, h. 193-194.

37 Wahbah al-Zuhaili,1996, al-Fiqh al-Islami wa Adullatuh, Dar al-Fikr, Damsyik, Syria, jilid 6, h. 588.

38 Al-Qur’an, al-Ma’idah ayat 89.

39 Hadith Riwayat Baihaqi.

40 Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami, jilid 6, h. 590, 592.

41 Ibid., jilid 6, h. 608-609.

42 Wahbah al-Zuhaili, 1996, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dar al-Fikr, Damsyik, jilid 7, h. 580.

Page 41: Qazaf Menjawab Fitnah

Bab 3Pernyataan SikapTerhadap Isu Jenayah Qazaf

emi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata dan Kami

telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya

D

Page 42: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

42

mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia, dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

(al-Hadid (57): 25)

Petikan ayat 25 surah al-Hadid di atas seharusnya menyedarkan kita bahawa sesungguhnya keadilan (al-qist) adalah rumusan misi seluruh agama samawi. Demikianlah, Islam yang memang terumpun dalam warga agama-agama wahyu meletakkan keadilan di puncak hiraki sistem nilainya dan sekaligus menjadikannya salah satu maqasid (matlamat) utamanya. Selaras dengan itu umat Islam dituntut menegakkan keadilan (iqamat al-‘adl) sebagaimana yang tersurat dan tersirat dalam syari`at. Justeru, keadilan yang hakiki dan mutlak hanya ada dalam syariat, hukum-hakam Ilahi yang merupakan penjelmaan keadilan-Nya (‘adlu ‘Llah).

Komitmen keislaman hanya dapat menepati erti hakikinya apabila maqasidnya terlaksana. Maqasid al-shari’ah dalam erti objektif, tujuan dan matlamat syariat yang menjadi tema besar wacana usuli meliputi keperluan dan hak asasi yang mesti dipelihara dan dijamin demi martabat, maslahah dan survival kemanusiaan.

Antara yang terliput dalam cakupan maqasid tersebut ialah jaminan perlindungan terhadap maruah dan kehormatan diri. Dalam Pidato Haji Perpisahan yang merumuskan sari utama misi kerasulannya, Rasulullah

Page 43: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

43

S.A.W. menyebut maruah (al-a‘rad) sebagai suatu yang suci, suatu yang mesti dihormati tanpa kompromi.

Memang demikianlah hakikatnya, Islam melindungi maruah dan kehormatan diri umat menerusi hukum-hakamnya yang jelas dan tegas, cukup untuk mencegah kesewenang-wenangan mencemarkan maruah seseorang.

Dalam kaitan inilah motif hukum Qazaf dalam syariat Islam itu harus difahami. Mereka yang berleluasa menabur fitnah, melemparkan tuduhan keji (zina/liwat) tanpa pembuktian secara syar‘iy (menghadirkan empat orang saksi yang adil dan berwibawa) seharusnya menginsafi betapa buruknya perilaku mereka, dan betapa beratnya kesalahan jenayah Qazaf yang membawa hukuman deraan fizikal 80 sebatan, di samping sanksi sosial dan moral: hilang kelayakan menjadi saksi (tentang apa pun dan sampai bila pun), dan seterusnya terlempar ke dalam kelompok orang-orang fasiq sebagaimana yang disebut dalam surah an-Nur: 4-5.

Demikianlah ketetapan hukum syariat yang tidak boleh ditawar-tawar lagi. Cara pembuktiannya hanya satu: hadirkan empat saksi, dan tidak lain daripada itu. Dalam kes seperti ini pembuktian dengan cara bersumpah sama sekali tidak relevan.

Kedaulatan syariat adalah asas pembangunan umat dan masyarakat yang murni, bermaruah dan berintegriti. Masyarakat Islam dengan ciri-cirinya yang sedemikian itu tidak dapat menerima budaya fitnah, ghibah dan gosip yang membawa akibat fatal: keruntuhan martabat dan maruah umat keseluruhannya. Para pelaku dan penabur fitnah sebenarnya tidak layak hidup di tengah umat yang

Page 44: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

44

bermaruah dan berbudaya saling hormat.

Selaras dengan itu seluruh umat Islam yang setia kepada idealisme masyarakat bersyariat harus menolak gejala fusuq (kefasikan) yang menjelma dalam bentuk fitnah terhadap seseorang yang berintegriti moral. Dalam kaitan ini YB. Dato’ Seri Anwar Ibrahim, atau siapa sahaja yang dilempari tuduhan (Qazaf) tanpa pembuktian secara syar‘iy berhak membela diri dan menuntut keadilan berasaskan hukum syarak: penuduh yang gagal menghadirkan empat orang saksi harus didakwa di bawah hukum Qazaf. Demi menghormati kedaulatan Islam, tuduhan yang tidak memenuhi persyaratan syarak seharusnya digugurkan.

Dalam hubungan ini fatwa para ulama dunia yang berautoriti besar mengenai isu ini seperti al-Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan al-Sheikh Dr. Wahbah al-Zuhayli (kedua-duanya adalah penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah daripada kerajaan Malaysia) serta yang lain-lainnya harus dihormati dan didukung tanpa ragu. Fatwa-fatwa mereka cukup jelas, tegas, kuat, berwibawa dan meyakinkan.

Sesungguhnya kembali kepada syariat adalah satu-satunya jalan keluar yang adil dan selamat. Demikianlah petunjuk Ilahi yang terungkap dalam kitab suci-Nya, “… Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (al-Qur’an) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya” (an-Nisa’ (4): 59).

Apakah yang sebenarnya dicari oleh pendakwa dan

Page 45: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

45

penuduh? Andainya yang dicari adalah keadilan, bukankah ia wujud dalam hukum syariat? Apakah ada hukum lain yang lebih adil daripada hukum Allah? Apabila seseorang mengatakan “Aku redha dengan Allah sebagai Tuhan” bererti ia rela menerima hukum-hakam-Nya. Jika benar demikian, mereka harus membuktikan kejujuran menepati ikrar dan pengakuan tersebut. Ternyata kesediaan rujuk (kembali) kepada Allah (hukum-hakam-Nya) adalah ujian iman. Hanya yang benar-benar beriman (kepada Allah dan Hari Akhirat) sahaja yang akan dengan senang dan rela menerima hukum Allah. Demikianlah makna tersirat di balik kalimat-kalimat, “…, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian.”

Terlepas daripada maksud mencampuri konflik politik antara parti, dengan niat murni semata-mata demi amanatu ‘l-balagh serta tanggungjawab dakwah dan tazkirah, kita menyeru seluruh umat dan rakyat agar berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya, yang dalam hal ini pembuktiannya harus berdasarkan hukum syarak. Pembuktian yang tidak dilakukan secara syarak adalah tidak sah.

Dalam kaitan ini seluruh rakyat yang menginsafi hakikat kesucian maruah dan ketinggian nilai kehormatan diri harus sedia memberikan sokongan dan dukungan kepada perjuangan suci mempertahankan maruah, kehormatan dan nama baik daripada pencemaran fitnah. Sementara itu kita juga ingin mengingatkan bahawa dalam melaksanakan proses perundangan secara Islam, yang seharusnya dicari adalah kebenaran, keadilan dan keredhaan Tuhan, bukan loophole dalam teks undang-undang untuk dieksploitasi membela kezaliman.

Page 46: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

46

Demi tanggungjawab membina umat dan masyarakat bermaruah yang saling hormat dan saling percaya, setiap warga harus memiliki keberanian bersikap, menolak budaya fasiq, aib mengaibkan dan fitnah memfitnah. Masyarakat Islam bukan sebuah ladang fitnah, dan bukan juga sebuah pasar gosip. Al-Qur’an telah memberikan petunjuk jelas bagaimana menyikapi gejala fasiq seperti itu, iaitu dengan menolaknya secara jelas, tegas dan tanpa basa-basi, “… ini dusta yang nyata!,” “…ini pembohongan besar!”

Komitmen terhadap misi amar makruf nahi munkar menuntut setiap orang bertindak melawan gerakan penyebaran kebejatan (al-fahishah). Mereka yang terlibat dengan kegiatan jahat menabur fitnah dan menyebarkan berita bohong di kalangan umat seharusnya menyedari dan menginsafi amaran keras pembalasan Tuhan sebagaimana ditegaskan dalam kitab suci-Nya:

“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu (juga). Janganlah kamu mengira berita itu buruk bagi kamu bahkan itu baik bagi kamu. Setiap orang dari mereka akan mendapat balasan daripada dosa yang diperbuatnya. Dan barangsiapa di antara mereka yang mengambil bahagian terbesar (daripada dosa yang diperbuatnya), dia mendapat azab yang besar (pula).”

(an-Nur (24): 11)

Page 47: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

47

Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang sangat keji itu (berita bohong) tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, mereka mendapat azab yang pedih di dunia dan di Akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

(an-Nur (24): 19)

Demikianlah kerasnya amaran pembalasan Tuhan kepada perancang fitnah dan penyebar berita bohong. Malah sekadar “… ingin agar perbuatan yang sangat keji itu (berita bohong) tersiar…” sudah cukup untuk membawa akibat ditimpa azab yang pedih dua kali, di dunia sekarang dan di Akhirat nanti. Masing-masing akan merasakan kepedihan azab Tuhan mengikut kadar peranan yang dimainkan dalam kegiatan jahat tersebut.

Masyarakat Melayu-Islam adalah masyarakat yang bersusila dan beradab. Manusia unggul dalam ‘pandangan sarwa’ (worldview) Melayu diungkapkan dengan kata ‘orang budiman’, ungkapan yang melambangkan kesempurnaan watak manusia cendekia dan berakhlak mulia. Melayu yang hidupnya dikandung adat adalah bangsa yang sentiasa mengawal perilakunya dengan nilai dan norma agama dan budaya. Kesetiaan terhadap nilai-nilai itulah yang membentuk etos bangsa yang tersirat di

Page 48: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

48

balik kata ‘pantang Melayu’, ungkapan yang merujuk sikap ketidakrelaan melakukan atau diperlakukan di luar batas nilai-nilai budayanya.

Dalam kaitan ini perlu diingat bahawa antara pantang Melayu paling besar ialah mengaib atau diaibkan. Demikianlah sebagaimana yang dinyatakan secara eksplisit dalam dialog Seri Teri Buana – Demang Lebar Daun. Dialog yang disebut ‘wa‘ad’ oleh Tun Seri Lanang itu adalah sebuah dokumen budaya yang dimaknai sebagai kontrak sosial Melayu antara penguasa dan rakyat. Seri Teri Buana yang menyimbolkan penguasa Melayu menyetujui tuntutan Demang Lebar Daun yang bertindak sebagai jurubicara rakyat, agar rakyat Melayu walau apa pun kesalahannya, “jangan ia difadhihatkan dan dinista dengan kata yang jahat-jahat. Jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jikalau patut pada hukum syar‘iy.”

Memang kata-kata tersebut bukan teks suci keagamaan, tetapi ia tetap mempunyai makna dan significance kebudayaan yang istimewa. Justeru ia adalah pernyataan kesedaran Melayu tentang maruah dan karamah insaniah; bahawa manusia (Melayu) sekecil mana pun harus dihormati dan tidak boleh diaibkan. Sejarah Melayu (Sulalat al-Salatin) adalah karya agung yang mengungkapkan hikmah (wisdom) tradisi kepujanggaan bangsa tentang erti keluhuran etika sehingga “… segala raja-raja Melayu tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu, ...” Dengan gaya dan daya kepengarangannya yang istimewa Tun Seri Lanang menyuarakan ketajaman firasat dan sekali gus amaran, “Jikalau ada seorang raja memberi aib itu alamat negeri akan dibinasakan Allah Subhanahu wa Taala.”

Page 49: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

49

Demikianlah teks sebuah karya daripada khazanah kepujanggaan bangsa yang mengabadikan suara hati dan akal budi Melayu sebagai bangsa yang memiliki kehormatan dan harga diri, yang demi maruah sanggup menderhaka apabila diaibkan. Kontrak sosial Melayu memberikan isyarat jelas bahawa setia Melayu adalah setia bersyarat, sebagaimana derhakanya juga adalah derhaka bersebab. Setia Melayu yang tanpa syarat hanya kepada syariat, rela menerima sebarang keputusan dan tindakan “…jikalau patut pada hukum syar‘iy.”

Demi menghindari krisis yang diungkapkan oleh Tun Seri Lanang dengan kata “binasa” itu, jangan siapa pun melanggar pantang Melayu, dan jangan siapa pun menolak syariat. Bangsa ini jangan diajar menjadi liar, tetapi kembalikanlah ke akar – agama dan budayanya.

Sekretariat BersamaAngkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH),Kajang, 11 Rabiulakhir 1431H/ 27 Mac 2010.

Page 50: Qazaf Menjawab Fitnah
Page 51: Qazaf Menjawab Fitnah

Bahagian DuaBahaya Budaya Fitnah

Bab 4Menghina dan Mengaibkan SeseorangDaripada Perspektif IslamOleh Dr. Abdul Halim El-Muhammady

Bab 5Fitnah Lebih Dahsyat Daripada MembunuhOleh Dr. Taha Jabir al-Alwani

Bab 6Pegangan Menghadapi FitnahOleh Ustaz Rivai Batubara

Bab 7Jauhi Budaya FitnahOleh Prof Dr. Yusuf al-Qaradhawi

Bab 8Amanat Khusus Buat Masyarakat Islam MalaysiaOleh Dr. Wahbah al-Zuhayli

Page 52: Qazaf Menjawab Fitnah
Page 53: Qazaf Menjawab Fitnah

Bab 4Menghina dan Mengaibkan Seseorang Dari Perspektif Hukum SyarakDr. Abdul Halim El-Muhammady

PENDAHULUAN

ecenderungan sebahagian masyarakat kini menghina dan mengaibkan seseorang semacam menjadi sebahagian daripada budaya hidup

mereka. Malah kini terdapat ruang tertentu dalam setengah-setengah akhbar dan penerbitan yang memperuntukkan ruangnya untuk penulis-penulis tertentu yang ingin mengaibkan peribadi-peribadi tertentu, termasuk mereka yang mempunyai kedudukan yang dihormati dalam masyarakat.

Hal menghina dan mengaibkan seseorang ini lebih meluas lagi apabila atas nama demokrasi, parti-parti politik nampaknya berusaha untuk mengaibkan dan menjatuhkan

K

Page 54: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

54

maruah lawannya dengan apa cara sekali pun. Perkara ini dilakukan tanpa rasa bersalah dan tanpa memikirkan sempadan-sempadan akhlak, ukhuwah Islamiah dan hubungan kemanusiaan itu sendiri.

Perkembangan ini menimbulkan wabak fitnah dalam masyarakat sampai ke tahap yang sukar untuk dikawal. Demokrasi nampaknya telah menghalalkan segala-galanya. Justeru, bagi mendisiplinkan hidup antara Muslim sesama Muslim dan Muslim dengan bukan Muslim, Allah S.W.T. telah memberikan panduan tentang persoalan ini bagi menjaga keharmonian hidup Muslim dan manusia sejagat.

ASAS HUBUNGAN MANUSIA

Hubungan Muslim dengan Muslim berasaskan akidah, hukum syarak dan hukum akhlak yang diikat dengan asas akidah, iaitu keimanan kepada Allah yang Maha Esa dan keimanan kepada Rasul sebagai asas akidah. Kemudian diikat pula dengan prinsip ukhuwah Islamiah, ikatan kekeluargaan, ikatan kejiranan dan ikatan ummah dalam kesatuan politik negara.

Hubungan Muslim dengan Muslim1 adalah berasaskan ikatan akidah, demikian juga pemerintah; manakala hubungan bukan Muslim dengan Muslim pula berasaskan kepada ikatan kemanusiaan.2 Walaupun mereka berbeza dari sudut agama dan budaya, tetapi dapat bersama dalam perkara-perkara untuk kepentingan kemanusiaan. Dan hubungan bukan Muslim dengan pemerintah pula adalah berasaskan kontrak sosial, bukannya asas akidah. Oleh itu mereka mempunyai hak dan tanggungjawab dalam negara sama dengan Muslim.

Hubungan baik antara Muslim sesama Muslim ini

Page 55: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

55

berasaskan akidah yang sama. Bagi mengukuhkan ikatan itu, kegiatan-kegiatan kerohanian, tolong-menolong dan bantuan kebendaan dapat memupuk hubungan hati dan sosial. Kegiatan-kegiatan kemasyarakatan yang dilakukan secara bersama dan berterusan merupakan juga saluran untuk mengukuhkan hubungan masyarakat melalui upacara majlis keagamaan atau yang bercorak kemasyarakatan.

Dengan hubungan kemasyarakatan yang semakin kukuh sehingga menjadi satu budaya dalam kehidupan, maka terbinalah adab-adab dalam hubungan sesama manusia. Hasil daripada kegiatan kemasyarakatan ini juga maka timbullah sifat hormat-menghormati antara satu sama lain dan adab-adab hubungan antara yang tua dengan yang muda, ketua dengan orang bawahan, guru dengan muridnya, jiran dengan jirannya, dan pemerintah dengan rakyatnya.

Ia meliputi adab bergaul, adab bercakap dan adab berinteraksi antara kelompok-kelompok masyarakat yang berbeza dan berlainan itu, justeru ini dapat menimbulkan keharmonian dan ketenteraman dalam kehidupan masyarakat .

KAWALAN SYARIAH UNTUK MENJAGA KETENTERAMAN MASYARAKAT MEMUPUK IKATAN UKHUWAH SESAMA MUSLIM

Kawalan syariah terhadap ketenteraman masyarakat ialah dengan cara menjaga hubungan ukhuwah dan kemesraan antara individu Muslim. Allah berfirman:

Page 56: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

56

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”3

(al-Hujurat (49):10)

Rasulullah S.A.W. pula bersabda, maksudnya: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri”4 (Riwayat Bukhari).

Tuntutan ayat dan Hadis ini supaya Muslim mengukuhkan hubungan ukhuwah mereka yang berasaskan akidah agar tidak tercemar.

Menjauhkan Kebencian Antara Muslim

Selain daripada itu, Allah melarang keras daripada sangka buruk dan mencari aib saudara seagama. Firman-Nya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-

Page 57: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

57

rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”5

(al-Hujurat (49):11)

Firman-Nya lagi:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika

Page 58: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

58

demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” 6

(al-Hujurat (49):12)

Dua ayat di dalam surah al-Hujurat itu melarang menghina saudara seagamanya dan melarang buruk sangka terhadap mereka, bahkan Allah melarang mencari-cari aib saudaranya itu. Mereka yang mengaibkan saudaranya itu diumpamakan sebagai memakan ‘bangkai’ daging saudaranya sendiri yang amat menjijikkan.

Memupuk Dan Mengukuhkan Ikatan Jamaah

Ikatan ukhuwah merupakan asas kepada hubungan antara Muslim dengan Muslim yang lain, tetapi bagi mengembangkan ikatan ukhuwah ini supaya menjadi lebih kukuh dan lebih luas maka semangat jamaah perlu dibina dan diperkukuhkan bagi kepentingan penerusan hidup ummah, kerana melalui ikatan jamaah itu dapat melaksanakan tugas-tugas besar bagi kepentingan negara, untuk itu Allah berfirman:

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-

Page 59: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

59

berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayat-Nya”7

(Ali ‘Imran (3): 103)

Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya: “Pertolongan Allah berada sama jamaah Muslim.”8

Memupuk Hubungan Antara Penganut Agama Lain

Allah juga berfirman tentang hubungan Muslim dengan bukan Muslim, iaitu:

“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada Allah, kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap

Page 60: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

60

umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.9

(al-An’am (6):108)

Rasulullah s.a.w ada bersabda tentang hubungan Muslim dengan bukan Muslim maksudnya, “Sesiapa menyakiti kafir zimmi maka aku adalah musuhnya.”10

Memupuk Hubungan Kemanusiaan Sejagat

Demikian juga Allah menjelaskan tentang hubungan kemanusiaan antara satu dengan yang lain, Allah berfirman:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).11

(al-Hujurat (49):13)

Page 61: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

61

Meneliti ayat di atas Allah menjelaskan tentang adab hubungan sosial antara Muslim sesama Muslim yang berpaksikan kesatuan iman yang terjalin pada hubungan ukhuwah aqidiyyah yang mesti dijaga dan dilarang sama sekali mencari-cari perkara yang boleh membawa kerenggangan, kebencian dan permusuhan antara satu dengan yang lain.

Manakala hubungan Muslim dengan bukan Muslim supaya mengelak daripada timbulnya kata-kata dan tindakan yang boleh membawa kepada perbalahan dan permusuhan antara Muslim dengan bukan Muslim dalam isu-isu ketuhanan dan keagamaan mereka.

Selain daripada kawalan yang bercorak peringatan dan hukuman ta’zir di atas, maka ada satu lagi kawalan syariah untuk melindungi kemuliaan peribadi seseorang dalam bentuknya yang lebih tegas dan keras iaitu tuduhan Qazaf terhadap seseorang yang baik tanpa disertai dengan empat orang saksi yang adil. Maka jenayah ini dikenakan hukuman sebat mandatori 80 kali dan gugur kelayakan saksinya sepanjang hayat.

Allah berfirman:

“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya,

Page 62: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

62

kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (4) Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.12

(an-Nur (24):4-5)

Ayat ini menjelaskan bahawa menghina orang dan mengaibkannya dengan tuduhan zina, anak haram, anak luar nikah dan sebagainya tanpa dibuktikan dengan empat saksi lelaki yang adil maka hukuman hudud yang diperuntukkan oleh nas Quran dengan sebatan sebanyak 80 kali, dan kelayakannya untuk menjadi saksi adalah gugur secara automatik dengan pelakuan tuduhannya itu. Hukum tuduhan Qazaf ini boleh berlaku ke atas lelaki atau perempuan.13

Kerasnya hukuman terhadap kesalahan Qazaf dan ketatnya prosedur yang ditetapkan untuk pensabitan kesalahannya adalah bertujuan untuk mengelak manusia daripada menghina saudara seagamanya dengan tujuan yang keji ini yang membawa kepada penghinaan diri yang dituduh dan keturunannya sekali.

Muslim Dikehendaki Meneliti Berita Sebelum Diputuskan Penerimaannya

Muslim diingatkan oleh Allah S.W.T. supaya meneliti berita yang diterimanya untuk menentukan status berita itusama ada benar atau palsu. Ia perlu kepada penilaian terhadap sumber berita dan kandungan berita itu sendiri sama ada

Page 63: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

63

rasional atau tidak, ada asas fakta atau tidak. Dengan demikian ini dia dipertanggungjawabkan terhadap berita itu sama ada ia menerima atau menolaknya lebih-lebih lagi jika dipanjangkan berita itu kepada pihak lain sebagai suatu berita yang benar, tetapi ternyata pada hakikatnya ia suatu berita palsu.

Allah S.W.T. berfirman memberi peringatan kepada Muslim tentang hal ini:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”14

(al-Hujurat (49):6)

Allah juga menjelaskan tentang aspek tanggungjawab seorang Muslim terhadap sesuatu sikap yang diambil dan tindakan yang dilakukan terhadap sesuatu di mana ia dipertanggungjawabkan di hadapan Allah S.W.T. Allah berfirman:

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau

Page 64: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

64

tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”15

(al-Israk (17): 36)

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Allah S.W.T. mengingatkan seseorang Muslim supaya lebih teliti memeriksa berita yang diterimanya untuk menentukan penerimaan dan penolakannya berdasarkan ilmu dan rasional dan ia dipertanggungjawabkan terhadap sikap dan keputusan yang diambilnya di hadapan Allah S.W.T. kelak.

PANDANGAN FUQAHA’ TENTANG MENGHINA DAN MENGAIBKAN SESEORANG MUSLIM

Kata-Kata Yang Dianggap Menghina

Pandangan fuqaha’ dalam membincangkan tentang menghina dan mengaibkan seseorang Muslim dapat dikategorikan kepada dua; pertama menghina dan mengaibkan seseorang dengan kata-kata dan tuduhan menghina yang tidak ada kaitan dengan seksual, dan kedua ialah tuduhan menghina yang dikaitkan dengan kata-kata berunsur seksual. Ia termasuk dalam kategori jenayah Hudud iaitu Qazaf yang jelas peruntukan kesalahannya dan hukumannya dalam nas.

Sesiapa yang membuat tuduhan ke atas seseorang yang baik akhlaknya dengan melakukan zina atau seumpamanya tanpa membawa empat orang saksi lelaki yang adil untuk mensabitkannya maka ia disabitkan dengan kesalahan jenayah Qazaf dan dikenakan hukuman sebat sebanyak lapan puluh kali dan kelayakan saksinya gugur selama-lamanya kerana pembohongan dan sikap menghina orang

Page 65: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

65

dengan kata-kata yang keji itu.

Adapun tentang menghina seseorang dengan kata-kata atau tuduhan menghina yang lain daripada seksual maka para ulama cuba mengulasnya dengan mengambil beberapa contoh perkataan yang mempunyai makna penghinaan ke atas seseorang. Perkataan-perkataan itu seperti ghibah (umpatan), buhtam (dusta), shatm (cacian), namimah (mengadu dumba), hasad (dengki) dan hiqd (dendam).

Apa yang dimaksudkan dengan ghibah (mengumpat) itu ialah menyebut keaiban seseorang dengan perkara yang tidak disenanginya secara tidak benar; buhtam (dusta) pula ialah tuduhan palsu ke atas seseorang yang ia tidak menepati dengan apa yang dituduh; shatm (cacian) menyebut tentang kekurangan seseorang untuk menghinanya; perkataan namimah (mengadu domba) pula membawa maksud berusaha untuk menarik seseorang ke dalam kancah fitnah dan kebencian; manakala hasad (dengki) ialah ada keinginan dan cita-cita supaya hilang nikmat yang didapati oleh seseorang; dan hikd (dendam) pula ialah timbul keinginan bermusuhan dan kebencian terhadap seseorang.16

Semua perkataan-perkataan yang disebutkan itu ada kaitannya dengan ghibah dari sudut maknanya iaitu menyebut aib seseorang dengan cara tidak benar dengan perkataan yang tidak disenanginya.

Hukum Menghina SeseorangDengan Kata-Kata Di Atas

Ghibah menyebut keaiban seseorang dengan perkara yang tidak disenanginya secara tidak benar yang bertujuan untuk menghina dan merendahkan kedudukannya. Maka kata-

Page 66: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

66

kata menghina sebegini adalah hukumnya haram mengikut kata sepakat ulama dan sebahagian ulama berpendapat ia termasuk dalam kategori kesalahan dosa besar.

Kata Imam al-Qurtubi:17 “Tidak ada khilaf di kalangan ulama bahawa ghibah adalah termasuk kesalahan dosa besar, bagi sesiapa yang melakukannya maka hendaklah ia memohon taubat daripada Allah S.W.T.” Ini berdasarkan kepada Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Hujurat ayat 12 dan sandaran kepada beberapa hadith antaranya Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya antara dosa besar itu ialah seseorang yang menyebut tentang keaiban seseorang Muslim secara tidak benar” (riwayat Abu Dawud). Qarafi pula menyebut bahawa diharamkan ghibah itu kerana ia merosakkan kehormatan diri seseorang18. Imam Shafi’i pula menyebut bahawa ghibah jika dilakukan oleh ahli ilmu dan penghafaz al-Qur’an adalah dosa besar dan menjadi dosa kecil kepada golongan lain.19 Ghibah boleh berlaku dengan kata-kata, perbuatan dan isyarat yang membawa kepada maksud menghina dan mengaibkan seseorang.20

Golongan Yang Boleh Dilakukan Ghibah Ke Atasnya

Sesungguhpun pada dasarnya ghibah ini diharamkan ke atas seseorang Muslim, tetapi syariat dalam keadaan tertentu membenarkan supaya seseorang itu didedahkan keburukan daripada keaibannya demi untuk kepentingan tertentu, antaranya mendedahkan keburukan dan keaiban seseorang untuk menegakkan keadilan di mahkamah sebagai saksi, atau mencegah kemungkaran daripada berlaku atau memahami keputusan sesuatu fatwa yang mengenai diri seseorang.

Mendedah keburukan dan kejahatan seseorang yang

Page 67: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

67

terkenal jahatnya untuk mengelak masyarakat daripada terjebak dengan kejahatannya, atau kefasikan yang nyata bagi seseorang dan menyebut gelaran seseorang dengan kata-kata yang kurang manis yang ia dikenali demikian adalah harus. Adalah harus mendedahkan keburukan peribadi periwayat hadith yang mencipta hadith demi untuk menjaga kebenaran hadith.21 Demikianlah golongan yang diharuskan syariat untuk mendedahkan keburukan dan keaiban dirinya.

Mereka yang melakukan ghibah kepada golongan selain daripada yang disebutkan di atas hendaklah ia segera bertaubat kepada Allah S.W.T. dengan sebenar-benar taubat mengikut pendapat Imam al-Ghazali dan Imam Nawawi. Bagi membendung gejala menghina dan mengaibkan orang-orang yang baik maka pemerintah juga mempunyai kuasa untuk mengadakan peruntukan undang-undang ta’zir bagi kesalahan menghina dan mengaibkan orang.

KESIMPULAN

Pada prinsipnya menghina seseorang Muslim yang baik akhlaknya adalah hukumnya haram sama ada tuduhan menghina itu dengan kata-kata yang tidak ada unsur seksual atau yang ada unsur seksual. Tetapi tuduhan menghina ke atas seseorang dengan unsur seksual tanpa dibuktikan dengan empat saksi lelaki yang adil adalah melakukan kesalahan jenayah had (Hudud) yang hukuman sebat adalah mandatori, dan kesaksiannya tertolak selama-lamanya. Manakala kesalahan menghina orang dengan kata-kata yang lain adalah termasuk dalam kesalahan ta’zir yang hukumannya dapat ditetapkan oleh pemerintah.

Hukuman ini semua adalah bertujuan untuk mengawal kehormatan diri individu, keluarga dan masyarakat supaya

Page 68: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

68

tidak terjebak dengan fitnah yang boleh membawa kepada kemusnahan keluarga dan masyarakat serta merebaknya budaya fitnah yang akhirnya boleh menghancurkan negara. Setiap individu Muslim dingatkan supaya menolak berita palsu yang tidak rasional dan tidak berasaskan fakta yang benar kerana sebarang sikap yang diambil menerima atau menolaknya adalah merupakan tanggungjawab peribadinya terhadap Allah S.W.T.

_________________________________

1 Lihat Muhammad Mubarak dan, Nijam al-Islam, al-Hukm wa al-Dawlah, Dar al-Fikr, Qahirah, h. 100.

2 Ibid., h. 101.

3 Al-Qur`an, al-Hujurat (49): 10.

4 Khalid al-Bitar, al-Bayan fi Sharh al-Arba’in al-Nawawiyyah, Maktabah al-Manar, al-Urdun, h. 89.

5 Al-Qur`an, al-Hujurat (49): 11

6 Al-Qur`an, al-Hujurat,(49):12.

7 Al-Qur`an, al-Imran (3): 103.

8 Winsinck, al-Mu’jam al-Mufahraz li al-Fas al-Hadith al-Nabawi, jilid 1, h. 371.

9 Al-Qur`an, al-An`am, 108.

10 Sakhawi (1996), al-Maqasid al-Hasanah fi Bayan kasir min al-Ahadis al-Mushtahiroh ala al-Alsinah, jilid 3, h. 459.

11 Al-Qur`an, al-Hujurat (49):13.

12 Al-Qur`an, an-Nur (24): 5.

13 Ahmad al-Husairi, al-Siyasah al-Jazaiyyah, jilid 2, h. 711.

14 Al-Qur`an, al-Hujurat (49): 6.

15 Al-Qur`an, al-Isra’ (17): 36.

16 Wizarat al-Awqat wa al-Shu`un al-Islamiyyah (1994), al-Mausu`ah al-Fiqhiyyah, Wizarat al-Awqaf, Kuwait, jilid 31, h. 330, 331.

17 Qurtubi, Ahkam al-Qur’an, jilid 16, h. 336, 337.

18 Qarafi, al-Furuq, jilid 4, h. 205, 209.

19 Sharbini, Mughni Muntaj, jilid 4, h. 427.

20 Ghazali, Ihya Ulum al-Din, jilid 3, h. 142, 143.

21 al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, jilid 31, h. 335, 336.

Page 69: Qazaf Menjawab Fitnah

Bab 5Fitnah Lebih DahsyatDaripada MembunuhOleh Dr. Taha Jabir al-Alwani

pabila kita membaca al-Qur’an kita akan menemui pelbagai kisah yang menceritakan tentang kehidupan para nabi bersama musuh dan

penentangnya. Kebanyakan kisah-kisah ini menceritakan para penentang tersebut yang mengaku diri mereka sebagai orang yang salih, bertakwa, kasih kepada orang ramai, ikhlas membantu mereka, teguh pegangan agama dan ikhlas mengamalkan ajarannya. Pada masa yang sama mereka menuduh para nabi a.s., sebagai musuh agama yang ingin mengubah ajarannya serta menimbulkan kerosakkan di atas muka bumi. Bahkan Firaun sendiri berani menuduh Nabi Musa a.s. dengan tuduhan tersebut, ketika memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak mendengar dakwah baginda:

A

Page 70: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

70

“Dan berkatalah Firaun (kepada orang-orangnya): Biarkanlah aku membunuh Musa, dan biarlah dia memohon kepada Tuhannya (meminta pertolongan)! Sesungguhnya aku bimbang dia akan menukar agama kamu atau dia menimbulkan kerosakan di muka bumi. Aku khuatir dia akan menukar agamamu atau menimbulkan kerosakan di muka bumi.”

(Ghafir (40): 26)

Musuh-musuh para nabi terdiri daripada para penguasa zalim ini sering pula menuduh mereka sebagai fasik, melakukan zina atau menyeleweng daripada ajaran moral dan kejujuran yang mereka serukan. Padahal setiap nabi telah menegaskan kepada umatnya bahawa mereka tidak akan melakukan perbuatan-perbuatan yang bercanggah daripada apa yang mereka sampaikan, dalam apa jua bentuk sekali pun. Maryam a.s. telah dituduh melakukan zina, manakala Isa a.s. pula telah dicap sebagai anak zina.

Aisyah r.a. juga telah dituduh dengan tuduhan yang sama. Mereka ingin mencoreng aib di muka Rasulullah S.A.W. dengan memfitnah keluarganya. Kekejian fitnah itu telah dihapuskan oleh Allah S.W.T. daripada keluarga Nabi S.A.W. Allah telah membersihkan nama keluarga Rasulullah, sepertimana Allah juga telah membersihkan peribadi Ummul Mukminin dengan menurunkan ayat-ayat yang menjelaskan Aisyah tidak bersalah. Allah juga telah membersihkan peribadi Maryam a.s. dengan menjadikan

Page 71: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

71

bayinya petah berkata-kata membela ibunya daripada dalam buaian.

Allah membersihkan nama Maryam a.s. dengan

menunjukkan mukjizat tersebut, sebab zaman Bani

Israel merupakan zaman yang penuh dengan perkara-

perkara yang luar biasa. Sukar meyakinkan mereka tanpa

menggunakan fenomena keganjilan dan mukjizat. Bani

Israel merupakan satu bangsa yang sering menerima

kurnia Ilahi bersifat mukjizat, sebagai ganjaran bagi beban

dan tugas-tugas berat yang Allah berikan kepada mereka.

Bagi Bani Israel, mukjizat dan perkara-perkara luar biasa

ini telah menjadi satu ciri-ciri am daripada kehidupan

masyarakat mereka.

Dalam sejarah umat Islam, Allah S.W.T. telah mencela

sebahagian kaum Mukminin akibat sibuk membincangkan

perkara ‘Hadith al-Ifki’ (isu fitnah terhadap Aisyah r.a.)

antara satu sama lain. Allah mencela mereka kerana

tidak menolak Hadith al-Ifki tersebut secara serta merta.

Dan Allah juga mencela mereka kerana di antara mereka

yang ada yang berpendapat bahawa perkara sedemikian

mungkin boleh berlaku. Allah S.W.T. mencela sikap-sikap

tersebut dalam Firman-Nya:

“Mengapa semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, tidak menaruh baik sangka terhadap sesama sendiri,

Page 72: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

72

dan berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.”

(an-Nur (24): 12)

Orang-orang Mukmin yang sedar akan pengaruh buruk daripada tersebarnya berita keji ini terhadap perpaduan umat serta keutuhan masyarakat tentu tidak akan menerima atau mempercayainya. Mereka tidak akan mempercayai orang yang datang membawa berita dan tidak akan membiarkan berita tersebut tersebar luas. Orang yang menyebarkan khabar angin tersebut adalah sekutu dalam dosa jenayah dengan orang yang membuatnya.

Oleh yang demikian, Islam mengambil langkah sangat berhati-hati dalam menjaga maruah dan kehormatan seseorang. Islam berpendapat bahawa penjagaan dan perlindungan terhadap maruah diri adalah salah satu dari lima prinsip asas hak-hak kemanusiaan yang tidak boleh diremehkan.

Tidak ada satu jenayah pun dalam Islam yang hukumannya digandakan kepada tiga jenis melainkan hukuman terhadap Qazaf (menuduh orang lain melakukan zina), iaitu disebat, digugurkan kesaksiannya dan dijatuhkan nilai dirinya dengan mengecapnya sebagai fasik, meskipun selepas dia bertaubat.

Pada zaman ini, golongan yang memusuhi Islam menggunakan taktik yang keji, yang tidak boleh diterima oleh orang Muslim. Cara keji mereka ialah dengan menyerang musuh politik mereka walaupun terhadap orang yang kuat berpegang kepada agama, atau orang yang kuat berpegang kepada prinsip akhlak dan moral, dengan tuduhan melakukan zina atau perilaku seksual di luar tabi’i.

Page 73: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

73

Mereka juga akan menyebarkan khabar angin tentang hubungan musuh politik mereka dengan orang tertentu, semata-mata agar orang ramai meninggalkannya dan menolak kepimpinannya. Jika musuh-musuh politik itu terdiri daripada para pemimpin kebangsaan yang terkenal peribadinya menerusi baktinya kepada negara dan rakyat, mereka akan melemparkan tuduhan bahawa dia adalah tali barut asing. Dia telah mengadakan perhubungan dengan pihak asing dan memberi mereka maklumat-maklumat sulit yang boleh menjejaskan kemaslahatan rakyat dan bangsa sendiri.

Mereka menggunakan pelbagai cara untuk menyebarkan pembohongan yang disertakan dengan fakta dan gambar-gambar rekaan yang boleh menyebabkan orang ramai tertipu. Di Iraq, kami sering mengalami perkara seperti ini. Ramai di antara para ulama yang pernah dituduh dengan tohmahan-tohmahan yang keji. Di antara mereka ialah Allahyarham as-Syeikh Muhammad Mahmud as-Sawwaf. Beliau dituduh dengan penyelewengan perilaku, melakukan hubungan seks di luar tabi’i dan lain-lain, padahal beliau sama sekali tidak bersalah dan bersih daripada segala tuduhan itu.

Terdapat juga sebahagian pemimpin yang dikenali kuat menentang kuasa asing tetapi akhirnya dituduh sebagai tali barut kepada kedutaan-kedutaan asing tersebut. Mereka menyebarkan gambar-gambar dan fakta-fakta palsu yang direka-reka untuk mengukuhkan dakwaan dusta tersebut.

Dalam kes Saudara Anwar, jelas sekali bahawa musuh-musuh telah menuduhnya dengan kedua-dua kategori di atas. Orang ramai mengenali biografi Saudara Anwar sejak zaman belia sebagai seorang tokoh pendidik. Beliau memulakan kerjayanya dengan bergiat mengasaskan

Page 74: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

74

sekolah dan yayasan untuk bangsanya di bandar-bandar dan di desa-desa. Aktiviti tersebut dilancarkannya daripada sebuah pertubuhan belia yang serba kekurangan dari segi kemudahan dan potensi.

Sebelum berusia 30 tahun lagi, Anwar sudah dikenali sebagai orang yang berusaha menyebarkan nilai-nilai murni dan kuat berjuang untuk menjunjung tinggi institusi akhlak dan moral. Beliau merupakan contoh dan teladan bagi anak watan negara ini yang cinta kepada negara dan sanggup berkhidmat bagi menjunjung tinggi nilai-nilai luhur. Itulah sebabnya parti-parti politik di negara ini berlumba-lumba menariknya untuk menyertai mereka. Sebabnya Anwar bepotensi menjadi teladan kepada lapisan pemuda dan mampu menjadi pemimpin mereka.

Pada usia 30-an, beliau memutuskan untuk terjun ke dunia politik. Sejak itu karier politiknya terus meningkat dan berpindah-pindah memegang satu jawatan kepada jawatan yang lain. Bermula dari Timbalan Menteri pada Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pertanian, Menteri Pendidikan dan Menteri Kewangan, sehingga terhimpun dalam diri beliau pelbagai kemahiran dan kepandaian yang tidak terdapat pada sekelompok manusia pun.

Semasa uban mula menghiasi pelipis dan usia beliau telah melewati lima puluhan, ada orang mengatakan bahawa beliau diragui tentang kejujuran, akhlak dan perilakunya. Bolehkah hal ini diterima? Padahal sepanjang usianya berada bersama kita tidak pernah sekalipun beliau melakukan perkara jahat atau dituduh melakukannya. Maha Suci Allah, ini adalah satu dusta yang nyata!

Islam memandang bahawa perbuatan melemparkan tuduhan itu sahaja boleh menyebabkan seseorang itu

Page 75: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

75

dianggap sebagai penjenayah. Gelaran penjenayah itu tidak akan dicabut daripadanya melainkan dia berjaya mengukuhkan dakwaannya terhadap orang yang dituduh dengan mengemukakan saksi-saksi dan bukti-bukti yang jelas dan meyakinkan.

Bahkan dalam perkara sedemikian pun, sebahagian ulama berpendapat bahawa hukuman yang digugurkan hanyalah hukuman sebat sahaja. Adapun hukuman-hukuman yang lain iaitu pengguguran hak sivilnya (kesaksian) dan menganggapnya sebagai orang yang fasik merupakan dua perkara yang kekal mengiringi si penuduh sampai mati, sebab Islam memerintahkan kita untuk menutup aib orang lain.

Keberanian seseorang menuduh orang lain, walaupun setelah mengemukakan bukti-bukti yang sah, adalah satu perkara yang menunjukkan kesediaan si penuduh untuk menyerang peribadi, maruah dan kemuliaan diri orang lain. Ada pun orang yang dituduh, dia tidak bersalah dan tetap memiliki hak-hak khasnya. Salah satu daripada lima prinsip kemanusiaan dalam dirinya telah dicabuli. Padahal kelima-lima prinsip tersebut merupakan lima matlamat utama syariah Islam.

Rakyat Malaysia yang dikenali sebagai rakyat yang jujur, baik hati, indah budi bahasanya dan menghormati kepimpinan yang amanah dan ikhlas, dituntut untuk menolak tuduhan terhadap orang yang dizalimi dan orang yang menzaliminya dengan mencegahnya daripada melakukan kezaliman, terutama penganiayaan seperti ini.

Perpaduan bangsa Melayu khasnya dan perpaduan rakyat Malaysia amnya merupakan matlamat kebangsaan yang utama. Tidak ada sesiapa pun berhak untuk

Page 76: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

76

mencabulinya. Sepertimana keadilan dan usaha untuk melindungi nilai-nilai murni dianggap sebagai salah satu matlamat syariah, tidak sempurna kedudukan satu negara tanpanya.

Oleh itu, kami menyeru anak-anak kami dan saudara-saudara kami serta segenap lapisan rakyat Malaysia, untuk berusaha mengatasi krisis yang berlaku serta kesan-kesannya. Saya juga menyeru mereka semua untuk kembali kepada syariah Allah, menjaga nilai-nilai luhur, mengatur barisan, dan menyatu padukan rakyat untuk menghadapi krisis ekonomi serta risiko-risikonya. Semua ini kita lakukan agar tidak terhimpun ke atas negara yang baik ini masalah ekonomi serta masalah-masalah perpecahan dan pertelingkahan dalaman.

Firman Allah:

“Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan Rasul-Nya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dihimpunkan.”

(al-Anfal (8): 24)

Page 77: Qazaf Menjawab Fitnah

Bab 6 Pegangan Menghadapi FitnahOleh Ustaz Rivai Batubara

erjalanan dakwah sungguh panjang. Penuh dengan onak dan duri, berpasangan dengan ujian dan dugaan, sudah menjadi lumrah bagi seorang da’i

yang memikul tugas risalah. Hampir genap empat puluh tahun kita meniti arus perjuangan memikul amanah suci ini. Banyak halangan dan rintangan, berdepan dengan mehnah dan fitnah. Tetapi dengan taufiq dan ‘inayah Allah kita berupaya menghadapinya.

Hari ini kita menghadapi ujian yang lebbih berat, apabila Saudara Anwar Ibrahim menghadapi pertuduhan liwat, yang menyebabkan sikap dan pandangan segelintir pendukung dakwah berkocak, yang sudah tentu menjejaskan perjalanan dakwah yang sudah kita mulai semenjak empat puluh tahun yang lalu. Atas dasar tanggungjawab kita kepada Allah S.W.T., kita wajib mencari penyelesaian. Sebagai pendukung dakwah kita mesti yakin bahawa

P

Page 78: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

78

penyelesaian daripada setiap persoalan yang kita hadapi ialah Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Apabila kita menghadapi masalah sesama kita, al-Qur’an menarik perhatian kita kepada Surah al-Hujurat (49), ayat 10, Firman Allah S.W.T.:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

Ayat ini menegaskan tentang ukhuwah yang dijalin oleh iman dan dipateri oleh takwa kepada Allah untuk meraih rahmat Allah S.W.T. Penegasan ayat ini diperkuat oleh beberapa hadith Nabi S.A.W. Di antaranya:

“Bandingan seorang Mukmin dengan Mukmin yang lain seumpama sebuah bangunan yang saling menguatkan di antara satu sama lain dan baginda menjalinkan di antara jari-jarinya.”

(Hadith Muttafaqun ‘alaih)

Dan Sabda Rasulullah S.A.W.:

“Bandingan di antara sesama Mukmin dalam saling mencintai, berkasih sayang, berhubung mesra sesama mereka, adalah bagaikan satu tubuh badan bila mana satu anggota mengeluh kesakitan, maka sakitlah seluruh badan dengan tidak dapat tidur

Page 79: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

79

serta merasa demam.”

(Hadith Muttafaqun ‘alaih)

Dan Sabda Rasululllah S.A.W.:

“Seorang Muslim itu adalah saudara kepada Muslim yang lainnya. Dia tidak boleh menzaliminya dan membiarkannya dizalimi orang. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya nescaya Allah akan memenuhi hajatnya. Dan sesiapa yang melapangkan penderitaan seorang Muslim, nescaya Allah akan melapangkan penderitaannya di Hari Kiamat. Dan sesiapa yang menutupi aib seorang Muslim nescaya Allah akan menutupi aibnya pada Hari Kiamat.”

(Hadith Mittafaqun ‘alaih)

Dan Sabda Rasulullah S.A.W.:

“Seorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lainnya. Dia tidak boleh mengkhianatinya, tidak boleh mendustakannya, tidak boleh membiarkannya dihina orang. Allah menjadikan kewajiban sesama Muslim menjaga kehormatannya, hartanya dan darahnya. Taqwa adalah di sini (sambil baginda mengisyaratkan ke dadanya). Sudah cukup seseorang itu dianggap jahat bila ia menghina saudara Muslimnya.”

(Riwayat at-Tirmizi)

Demikianlah teguhnya persaudaraan di antara sesama Mukminin dan Muslimin serta tingginya nilai kehormatan seorang Mukmin, sehingga Rasulullah pernah menyatakan seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abdullah bin Umar r.a., katanya:

“Aku melihat Nabi S.A.W. sedang tawaf di Kaabah

Page 80: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

80

dan bersabda: Alangkah cantik dan harumnya engkau. Alangkah agungnya engkau dan besarnya kehormatan ( kata-kata ini ditujukan Baginda kepada Kaabah). Demi Allah, yang diriku dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya kehormatan Mukmin lebih besar di sisi Allah Taala daripada kehormatanmu, iaitu darahnya dan hartanya. Dan hendaklah meletakkan prasangka kepadanya dengan perkara yang baik sahaja.”

Prasangka buruk yang dimaksudkan ialah meletakkan sangka buruk kepada orang yang baik, atau orang yang beriman, kerana kehormatan orang yang beriman itu lebih mulia di sisi Allah daripada Kaabah, sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. dalam hadith tadi. Rasulullah menegaskan lagi dalam sabdanya:

“Jauhilah prasangka itu, kerana sesungguhnya prasangka itu sesuatu yang paling bohong. Janganlah kamu mencari-cari aib orang, janganlah kamu mencari-cari berita buruk, janganlah kamu saling bersaing di antara sesama kamu, dan janganlah kamu berhasad dengki, janganlah kamu saling membenci di antara sesama kamu. Tetapi jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara.”

(Riwayat Malik, Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Pernah diriwayatkan bahawa Saidina Umar r.a. mendapat laporan bahawa Abu Mihjan al-Thaqafi minum arak bersama rakan-rakanya di rumahnya. Lalu Saidina Umar pergi ke rumah itu dan memasukinya. Tetapi hanya menemui seorang lelaki di dalamnya. Maka Abu Mihjan berkata (kepada Saidina Umar): “Sesungguhnya (perbuatan) ini tidak halal bagimu, kerana Allah telah

Page 81: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

81

melarang engkau daripada mencari-cari aib orang, yakni merujuk kepada ayat ini.” Lalu Saidina Umar keluar dan meninggalkannya (Lihat Tafsir al-Munir, Jld.26, h.256).

Demikianlah pentingnya tuntutan menjauhi prasangka buruk dan mencari-cari aib seorang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, yang wajib diambil berat oleh setiap orang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Satu perkara lagi yang ditekankan dalam ayat ini ialah larangan daripada mengumpat atau bergunjing. Beratnya jenayah mengumpat ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah S.W.T. “bagaikan makan bangkai saudaranya yang sudah mati”, yakni satu perbuatan yang amat jijik.

Apa yang dimaksudkan dengan mengumpat ini telah diterangkan oleh Rasulullah dalam hadithnya :

Bahawa Rasulullah S.A.W. berkata:

“Adakah kamu mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan mengumpat itu? Para sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahuinya: Baginda bersabda: Iaitu engkau menyebut tentang apa yang dibenci oleh saudaramu. Ditanya lagi: Apakah pendapat tuan, jika apa yang saya katakan itu benar-benar ada pada saudaraku itu? Baginda menjawab: Jika terdapat apa yang engkau katakan itu ada padanya, maka sesungguhnya engkau telah mengumpatnya. Jika tidak ada padanya sebagaimana yang engkau katakan itu, maka engkau telah berdusta ke atas dirinya.”

(Riwayat Muslim)

Dalam hubungan ini, Rasulullah S.A.W. menasihatkan:

Page 82: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

82

“Jagalah lidahmu, berikan perhatian yang secukupnya kepada rumah tanggamu dan tangisilah kesalahanmu.”

(Riwayat at-Tirmizi)

Arahan dan keterangan ayat 10, 11 dan 12 Surah al-Hujurat dan hadith-hadith Nabi yang mulia ini sudah cukup menjadi pegangan kita dalam menghadapi fitnah yang menimpa kita dan sebagai orang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kita yakin sepenuhnya bahawa hanya dengan berpegang sepenuhnya kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W. kita akan selamat di dunia dan Akhirat.

PANDUAN DARIPADA SURAH AN-NUR (24)

Sekiranya berlaku pertuduhan zina atau liwat yang belum disahkan oleh mahkamah syariah, maka pendukung dakwah perlu mengambil panduan dari beberapa ayat surah an-Nur (24) dalam peristiwa Hadis al-Ifki, atau berita bohong yang direka-reka kaum Munafikin untuk mencemarkan nama baik Ummul Mukminin Saidatuna Aisyah r.a.

Di antara yang penting:

Bersangka baik terhadap orang-orang Mukmin dan 1. Mukminat. Firman Allah S.W.T. pada dalam surah an-Nur (4) ayat 12:

“Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu,

Page 83: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

83

orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.”

Berusaha menghadirkan empat orang saksi. Firman 2. Allah pada surah an-Nur (24) ayat 13:

“Mengapa mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.”

Jangan disebarkan, di sambung daripada mulut ke 3. mulut, tanpa ada pengetahuan mengenainya, dengan menganggapnya perkara remeh, pada hal di sisi Allah adalah perkara yang amat besar. Firman Allah surah an-Nur (24) ayat 15:

“Berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya

Page 84: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

84

perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.”

Tidak sepatutnya melibatkan diri untuk membicarakan 4. hal yang seperti ini apatah lagi terhadap orang yang dikenal kebaikan dan kehormatannya. Firman Allah surah an-Nur (24) ayat 16:

“Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan.”

Jangan mengulangi perbuatan itu lagi selama-lamanya. 5. Firman Allah surah an-Nur (24) ayat 17:

“Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.”

Allah menegaskan bahawa orang-orang yang menyukai 6. perbuatan yang sangat keji itu (berita bohong) tersiar di kalangan orang-orang yang beriman akan mendapat azab yang pedih di dunia dan Akhirat. Firman Allah surah an-Nur (24) ayat 19:

Page 85: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

85

“Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di Akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).”

Seperti dimaklumi bahawa penggerak utama berita bohong ini ialah Abdullah bin Ubay, ketua munafiqin. Di dunia ini dia telah mendapat azab tersingkir daripada masyarakat kerana telah mendapat laknat daripada Allah dengan sifat munafiknya. Manakala di Akhirat ditempatkan di lapisan yang paling bawah di neraka. Dalam sejarah Islam terdapat tiga orang yang terlibat dalam penyebaran berita bohong ini, iaitu Misthah bin Uthathah, Hassan bin Thabit dan Hamnah binti Jahasy. Mereka telah dijatuhi hukuman Qazaf. Kemudian Misthah menjadi buta, manakala Hassan buta dan lumpuh kedua tangannya. (Lihat Tafsir al-Munir, Jilid. 18 mengenai penafsiran surah an-Nur).

Dengan panduan ini pendukung dakwah diharapkan mempunyai pendirian yang jelas dalam menyikapi fitnah yang sedang dihadapi dan tidak terpengaruh dengan pelbagai pemikiran yang mengelirukan, kerana panduan ini datang daripada Allah S.W.T. Firman Allah:

Page 86: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

86

“Allah berfirman: Turunlah kamu berdua daripada syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk daripada-Ku, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu nescaya dia tidak akan sesat dan dia pula tidak akan menderita azab sengsara. Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada Hari Kiamat dalam keadaan buta.”

(Taha (20): 123-124)

Page 87: Qazaf Menjawab Fitnah

Bab 7 Jauhi Budaya FitnahOleh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi

yariat Islam diturunkan adalah untuk melindungi kepentingan manusia, menjaga agama, nyawa, harta dan maruah serta nama baik seseorang. Islam

menyanjungi apa yang disebutkan sebagai kepentingan-kepentingan asas manusia seperti nyawa, akal, harta, keturunan dan nama baik orang ramai sehingga Rasulullah S.A.W. pernah menegaskan bahawa setiap orang Islam haram menceroboh orang Islam yang lain, haram menceroboh nyawa, harta dan maruahnya.

Baginda dalam hadith tersebut menegaskan tentang haramnya perkara ini, Islam menjelaskan tentang perlu setiap orang melindungi dan menjaga maruah orang Islam yang lain. Justeru Islam sangat prihatin untuk melindungi keperibadian orang-orang Islam atau umat Islam satu sama lain.

S

Page 88: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

88

Malah kalau pun benar seseorang itu terlibat melakukan kesalahan, Islam menggalakkan agar perkara itu disimpan dan tidak dihebahkan, tidak digembar-gembur atau diwar-warkan kepada orang ramai. Sebaliknya Islam menuntut agar dilindungi atau didiamkan setakat yang boleh, demi menjaga integriti maruah dan nama baik seseorang. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, baginda berkata kepada orang yang mendorong seorang lelaki bernama Mais yang datang menemui Rasulullah S.A.W. untuk mengaku bahawa dia telah melakukan perbuatan zina. Baginda menegur orang berkenaan dengan, “Mengapa tidak engkau tutupi sahaja perkara itu dengan pakaianmu? Kalau engkau sembunyikan sahaja perkara itu, itu lebih baik bagimu.” Al-Quran menjelaskan dalam surah an-Nur ayat 19:

“Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di Akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).”

(an-Nur (24): 19)

Sebab itulah Islam menetapkan hukuman yang berat terhadap orang yang mengaibkan orang lain atau menceroboh nama baik orang Islam yang lain. Islam meletakkan tiga jenis hukuman terhadap orang yang

Page 89: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

89

berkenaan iaitu dari segi fizikal, moral dan sosial dan hukuman spiritual atau keagamaan. Allah berfirman dalam surah an-Nur ayat 4:

“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.”

(an-Nur (24): 4)

Memang lumrah tuduhan berzina ini ditujukan kepada golongan wanita, namun jika ada sesiapa yang menuduh orang lelaki yang berbuat demikian maka menurut ijmak ulama ia tetap termasuk dalam lingkungan ayat ini.

Orang-orang yang melemparkan dengan tuduhan memfitnah kepada golongan Muslimah yang beriman, kemudian tidak menampilkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan dan jangan kamu menerima daripada mereka kesaksian mereka selama-lamanya. Hukuman fizikal ialah 80 kali sebatan, hukumaan sosial dan moral adalah dengan menolak kesaksiannya serta tidak menerima pakai kesaksian orang tersebut. Malahan Imam Abu Hanifah menegaskan sterusnya

Page 90: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

90

bahawa walaupun orang berkenaan sudah bertaubat, namun hukuman itu tetap berlaku dan berkuatkuasa kepada orang berkenaan. Hukuman agama pula adalah dianggap seorang itu adalah fasik.

Sebenarnya tiada orang yang berani berbuat demikian kecuali orang-orang yang fasik, orang-orang yang begitu mudah menuduh dan memfitnah orang lain tanpa usul periksa.

Pernah diturunkan ayat-ayat yang agak terperinci dalam surah an-Nur (24) iaitu tentang peristiwa di mana berlaku di Madinah, di mana isteri baginda Rasulullah S.A.W. difitnah, anak Abu Bakar as-Siddiq r.a. difitnah, padahal beliau adalah Ummul Mukminin, ibarat ibu untuk seluruh kaum Mukminin. Isteri kesayangan Rasulullah S.A.W., Saidatina Aishah r.a. dituduh secara melulu dan dusta oleh orang yang tidak bertanggungjawab melakukan sebagai melakukan mukahah dengan seorang sahabat yang salih, yang baik dan tidak pernah bersikap serong dan tidak pernah berbuat jahat.

Cerita palsu ini berkembang dan berleluasa serta diwar-war oleh lidah orang ramai di beberapa tempat dan majlis sehingga turun ayat al-Qur’an yang membersihkan Saidatina Aisyah r.a. daripada fitnah itu. Ayat tersebut menyelar golongan munafik yang melakukan kerja jahat ini. Ayat ini menegur umat Islam ketika itu kerana tidak bertindak membendung fitnah tersebut dari awal dengan tegas dan tuntas. Berikutan itu, turunlah Firman Allah dalam surah an-Nur (24) ayat 11, iaitu:

Page 91: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

91

“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di Akhirat).”

Memikul dosa besar dalam hal ini adalah kepala mereka sendiri, pemimpin mereka iaitu Abdullah bin Ubay ketua kaum munafik atau munafiqin. Dialah yang mengheboh-hebohkan khabar angin tersebut. Dialah yang memandai-mandai menyebut kata-kata: “Demi Allah, Aishah tidak selamat daripada rangkulan orang itu dan orang itu pun tidak selamat daripada godaan Aishah.” Cerita-cerita bohong ini berterusan malah menjatuhkan nama baik Saidatina Aishah ra.a untuk beberapa lama.

Al-Qur’an menegaskan dalam surah an-Nur (24) dalam ayat 12, sepatutnya apabila orang Mukmin lelaki dan perempuan bila mendengar cerita-cerita ini perlu menyangka baik atau menyangka yang baik terhadap sesama sendiri dan mengatakan ini adalah satu pembohongan yang nyata semata-mata.

Dalam al-Qur’an menegaskan kamu sepatutnya menolak sejak awal-awal lagi dan kemudian menekankan

Page 92: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

92

tentang perlunya orang berkenaan membawa empat orang saksi. Ayat ini jelas menekankan betapa besarnya dosa melakukan perkara itu dan perlunya mereka membawa empat orang saksi. Sebab itu Allah menegaskan dalam ayat berikut:

“Mengapa mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.”

(an-Nur (23): 13)

Jelaslah al-Qur’an mensyaratkan empat orang saksi khasnya dalam kes-kes yang berkaitan dengan maruah dan usaha menjatuhkan nama baik orang lain. Memang Islam bersikap keras dan ketat dalam hal-hal seperti ini. Tetapi dalam kes berkaitan harta, maka Islam, memadai dengan dua orang lelaki atau seorang lelaki dan dua orang perempuan sebagai saksi. Al-Qur’an menjelaskan seandainya mereka tidak menampilkan empat orang saksi, maka merekalah golongan pembohong. Alangkah baiknya yakni ketika kita mula-mula mendengar yang kamu mengatakan tidak wajar kita menghebahkan perkara buruk yang seperti ini.

Maha Suci Allah, ini semata-mata pembohongan yang besar. Al-Qur’an menyatakan lagi, kalaulah tidak kerana

Page 93: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

93

rahmat Allah kepada kamu di dunia dan Akhirat nescaya kamu ditimpa azab yang besar kerana perbuatan kamu itu. Jelas kerana rahmat Allah kepada kamu, maka kamu tidak ditelan bumi mahupun dilanda dengan taufan dan sebagainya sepertimana yang dialami oleh umat-umat sebelum ini. Al-Qur’an menegaskan lagi dalam surah an-Nur (24) ayat 15:

“Semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.”

Allah seterusnya menegaskan dalam surah an-Nur (24) ayat 16-17:

“Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: Tidaklah layak bagi kami

Page 94: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

94

memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah daripada mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan. Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.”

Kes pertuduhan seperti ini adalah satu perbuatan yang sangat besar dosanya, suatu yang sangat serius dalam pengamatan Islam, lebih-lebih lagi terhadap orang Islam. Perbuatan melemparkan pertuduhan palsu dan secara ‘sembrono’ seperti ini menurut Islam adalah merupakan dosa besar dan haram hukumnya. Umat Islam perlu mencegah diri daripada mencemarkan maruah dan nama baik orang lain yang tidak bersalah, kecuali kalau benar-benar ada bukti dan keterangan yang sah dan nyata, tetapi mereka perlu membawa saksi-saksi yang cukup seperti yang dikehendaki oleh syarat.

Inilah nasihat saya kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Takutlah kepada Allah, janganlah menuduh, fitnah secara membuta tuli, merosakkan maruah dan nama baik orang, kerana hanya menurut hawa nafsu atau menurut golongan politik dan golongan-golongan tertentu yang suka mendorong orang lain melakukan kejahatan dengan menggunakan media massa dan sebagainya.

Kalau tidak, mereka harus ingat bahawa Allah, dan bahawa penguasaan dan pengawasan Allah terhadap kejahatan seperti itu tidak pernah kendur dan luntur. Allah mungkin membiarkan atau memberi tempoh, masa untuk menjatuhkan hukumannya namun Allah tidak pernah lupa, tidak pernah cuai untuk menghukum bila sampai masanya.

Page 95: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

95

Allah befirman dalam surah Ibrahim (14) ayat 42:

“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).”

Dalam kesempatan ini saya menasihatkan anak-anak saya, rakyat Malaysia amnya lelaki dan perempuan agar janganlah kalian mudah menceroboh maruah orang Islam yang lain. Lebih-lebih lagi terhadap orang yang terkenal, baik, yang dihormati, berakhlak mulia dan merupakan seorang yang tergolong sebagai pendakwah yang berbudi pekerti tinggi di dunia Islam seperti Saudara Anwar Ibrahim dan lain-lain.

Adalah jelas bahawa pertuduhan terhadap beliau adalah bermotifkan muslihat politik seperti dilakukan orang-orang yang memandang ringan perbuatan yang mengaibkan orang lain dengan jahat seperti itu. Allah befirman dalam surah al-An’am (6) ayat 144:

Page 96: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

96

“Dan daripada unta dua ekor (sepasang jantan betina) dan dari lembu dua ekor (sepasang jantan betina). Tanyalah (wahai Muhammad): Adakah yang diharamkan Allah itu dua jantannya atau dua betinanya atau yang dikandung oleh rahim dua betinanya? Ataupun kamu ada menyaksikan ketika Allah menyuruh serta menentukan kepada kamu (atau kepada datuk nenek kamu) dengan yang demikian ini? Oleh itu, siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.”

Saya berdoa agar Allah mendedahkan hakikat yang sebenarnya. Saya bermohon agar Allah S.W.T. memenangkan yang haq dan benar serta menumpaskan kebatilan yang batil. Saya berdoa agar Allah Azzawajalla menyertakan kebenaran Saudara Anwar Ibrahim, agar Allah bebaskan beliau daripada pertuduhan jahat yang ditujukan kepada beliau.

Biarlah Allah dedahkan konspirasi orang-orang yang berniat buruk dan yang memburuk-burukkan beliau serta yang menyebarkan pembohongan yang keji di kalangan orang ramai secara tidak bertanggungjawab dan tidak takut melakukan dosa serta penderhakaaan nyata kepada Allah S.W.T.

Insya-Allah, kebenaran tidak akan hilang atau tumpas,

Page 97: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

97

justeru Allah S.W.T. pasti akan memenangkan yang hak dan benar, Allah akan menumpaskan kebatilan walaupun golongan petualang tidak suka dan benci. Allah berfirman dalam surah al-Isra’ (17): 81:

“Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.”

Memang kebatilan selama-lamanya akan tumpas dan pupus!

(Terjemahan oleh Ustaz Abdul Ghani Shamsudin).

Page 98: Qazaf Menjawab Fitnah
Page 99: Qazaf Menjawab Fitnah

Bab 8 Amanat Khusus Buat Masyarakat Islam MalaysiaOleh Dr. Wahbah al-Zuhayli

esungguhnya saya merasa sungguh gembira pada malam yang bersejarah ini dapat menziarahi dan bertemu wajah dengan Saudara Dato’ Seri Anwar

Ibrahim dan saudara-saudara yang budiman. Saya sungguh tertarik dengan tokoh pejuang Islam yang berperibadi mulia ini kerana niatnya yang suci mengundang saya hadir ke sini. Saya terharu dan berasa terangsang dengan iltizam Saudara Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang tokoh ilmuan Islam yang dikenali ramai di dunia Islam dan di lain-lain tempat serta istiqamahnya dalam memperjuangkan kebenaran.

Justeru, kepimpinan Saudara Dato’ Seri Anwar Ibarahim dapat diibaratkan sebagai cahaya yang menyinari di dunia Timur dan Barat. Bagi saya Dato’ Seri Anwar

S

Page 100: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

100

Ibrahim telah banyak menabur jasa bukan sahaja untuk Malaysia, tetapi juga untuk dunia Islam dan lain-lain negara di dunia.

Saya berpandangan kerana keperibadian mulia serta kewibaan kepimpinannya yang beristiqamah, maka saudara-saudara Muslimin di Malaysia bertanggungjawab untuk mendukung perjuangan suci beliau. Saya berdoa ke Hadrat Allah S.W.T. agar Dato’ Seri Anwar Ibrahim akhirnya dapat melepasi segala fitnah jahat yang sedang ditimpakan keatas dirinya. Saya sungguh yakin bahawa dunia Islam tidak percaya dengan fitnah yang jahat ini.

Saya hadir di sini untuk adalah untuk merealisasikan kesucian ajaran suci Islam dengan al-Qur’an, al-Sunnah dan al-Sirah al-Nabawiyyah sebagai panduan kukuh dalam menyelesaikan fitnah yang telah berlaku ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya ingin menyatakan bahawa Islam sangat mementingkan prinsip ukhuwah Islamiyyah (persaudaraan Islam). Oleh yang demikian, saya menyeru atas nama persaudaraan Islam, Dato’ Sri Anwar Ibrahim wajib dibantu kerana beliau sedang berhadapan dengan satu musibah.

Junjungan Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Seorang Muslim dengan seorang Muslim yang lain adalah bersaudara, apabila anggota dalam tubuh badan merasa kesakitan, maka seluruh tubuh badan terasa.” Saya menyeru supaya kalian semua dapat berjihad bagi membela Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana ini adalah tanggungjawab bersama. Kita tidak boleh melarikan diri daripadanya. Dalam hubungan ini, saya menyeru para ulama di Malaysia bersatu membela saudara Dato’ Sri Anwar Ibrahim.

Page 101: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

101

Saya berpandangan insiden tragik yang telah berlaku ke atas diri Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah satu perbuatan yang keji dan jijik. Justeru, perbuatan fitnah tersebut tidak sewajarnya berlaku di bumi Malaysia. Saya berpendapat pertuduhan yang sangat keji ini jelas membuktikan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim sangat-sangat dicemburui oleh musuh-musuhnya kerana kewibaan beliau sebagai seorang pemimpin.

Saya amat yakin bahawa isu Dato’ Seri Anwar Ibrahim hendaklah dijadikan sebagai satu persoalan yang serius. Bagi saya, di sisi Islam, isu ini adalah persoalan kebenaran (al-haq). Pada hemat saya, kita boleh berbeza pendapat dalam perkara-perkara yang tidak berat, tetapi dalam perkara-perkara ‘aqidah dan syari’ah, tiada sebarang perbezaan pendapat dapat dibenarkan. Oleh yang demikian, saudara-saudara hendaklah menolak dakwaan-dakwaan yang telah direka-reka ke atas Dato’ Seri Anwar dengan hujah-hujah syarak.

Saya juga ingin menyatakan bahawa dalam menghadapi ujian yang berat ini, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hendaklah bersabar dengan ibtila’ (ujian) Allah S.W.T. Pengalaman dan kesabaran para Rasul, Nabi-Nabi dan para syuhada wajar dijadikan teladan. Saya ingin mengingatkan anda sekelian bahawa jangan sekali-kali membandingkan penderitaan yang kita alami sama dengan para Nabi dan Rasul yang telah menderita dengan pelbagai bentuk kesengsaraan dalam masa yang lama.

Justeru, kita wajib bersabar untuk menunggu apa jua ketetapan daripada Allah S.W.T. Lihatlah contoh Sayyidina Musa a.s. dan Sayyidina Harun a.s. yang hanya direstui oleh Allah S.W.T. dalam masa 40 tahun. Al-Qur’an mengkisahkan kebangkitan semula bangsa Rom setelah

Page 102: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

102

tewas sebelumnya. Firman Allah S.W.T.:

“Alif, Laam, Miim. Orang-orang Rom telah dikalahkan; di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya dalam masa beberapa tahun lagi. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira.”

(ar-Rum (30): 1-4)

Saya juga ingin mengingatkan saudara-saudara sekelian bahawa pemenjaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim bukan satu penghinaan. Saudara-saudara hendaklah faham bukan semua yang diperosokkan ke dalam penjara adalah seorang penjenayah. Saya amat yakin bahawa pemenjaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah ibarat satu batu loncatan untuk beliau mendapat kurniaan yang lebih mulia di sisi Allah S.W.T. Sesungguhnya ia adalah satu ketetapan Ilahi.

Ambillah ‘ibrah daripada pemenjaraan Sayyidina Yusuf a.s. yang akhirnya menatijah kebaikan berlaku ke atas diri Nabi Yusuf a.s. Al-Qur’an menyatakan:

Page 103: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

103

“Yusuf (merayu ke Hadrat Allah Taala dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara daripada apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku akan tergolong dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya.”

(Yusuf (12): 33)

Saya begitu yakin bahawa insiden yang telah berlaku dapat menambahkan kekuatan saudara dan rakan-rakan. Sebenarnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memulakan satu kehidupan baru yang lebih bermakna – meneruskan satu perjuangan bagi mengatasi kebatilan. Kita hendaklah beriman dengan qada’ Allah S.W.T. dan kesan kebaikan bagi orang-orang yang bertakwa.

Saya meminta Dato’ Seri Anwar Ibrahim sentiasa bertawakal kepada Allah, beristiqamah dan banyak berdoa kerana seperti yang disabdakan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. bahawa doa kepada-Nya adalah ibadah yang dituntut. Marilah sama-sama kita berdoa’ kepada Allah S.W.T.

Saya berdoa kepada Allah S.W.T. untuk memberi kemenangan kepada saudara dengan satu kemenangan yang mulia, semoga Allah S.W.T. menganugerahkan kebaikan (khairat) untuk diri saudara. Saya berdoa supaya Allah S.W.T. mengangkat saudara sebagai seorang tokoh mithali yang dapat diteladani dengan kesebaran, kekuatan,

Page 104: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

104

istiqamah dan ‘azimah (keyakinan).

Saya berdoa supaya Allah S.W.T. memberi kesabaran ketika menempuh detik-detik yang getir; mudah-mudahan Allah S.W.T. menganugerahkan hikmah dan ‘inayah bersama dengan rakan-rakan saudara dengan meraih kemenangan daripada Allah S.W.T. bagi menewaskan musuh-musuh saudara. Saya berdoa kepada Allah S.W.T. supaya Allah S.W.T. menambahkann pelbagai nikmat kebaikan (al-hasanat) kepada diri saudara, kaum keluarga dan semua rakan-rakan yang berjuang bersama saudara.

Saya berdoa semoga Allah S.W.T. memelihara saudara, meneguhkan pegangan yang mantap, menghancurkan segala usaha jahat musuh; semoga Allah S.W.T. segera menjawab doa saudara, mudah-mudahan saudara menempuh satu kehidupan baru yang lebih bermakna, semoga Allah S.W.T. menganugerahkan taufik dan hidayah-Nya.

(Tulisan ini disesuaikan daripada ucapan khas Dr. Wahbah al-Zuhayli ketika berkunjung ke rumah Dato’ Seri Anwar, diterjemahkan oleh Dr Muhammad Nur Manuty).

Page 105: Qazaf Menjawab Fitnah

Lampiran KhasBeristiqamah Menjayakan IslahSurat Syeikh Dr. Taha Jabir al-Awani kepada Anwar Ibrahim

engan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Yang dikasihi saudara Abu Ihsan Pemimpin Reformasi-Islah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya doakan saudara sihat dan sentiasa berada dalam keadaan baik. Saya juga mengharapkan saudara sedang menuju ke arah keadaan yang lebih baik. Semoga Allah S.W.T. akan segera melepaskan kita semua daripada segala kesulitan ini dengan menyelamat, melindungi dan membebaskan saudara daripada segala percubaan jahat musuh-musuh yang terdiri daripada pelbagai jenis syaitan – JIN dan MANUSIA.

Saudara yang dikasihi.

Saya sungguh sedih tidak dapat menemui saudara dan

D

Page 106: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

106

tidak mendengar suara saudara sejak kita berpisah pada pertengahan September 1998 sehingga hari ini. Demikianlah, Ramadhan al-Mubarak berlalu tanpa kesempatan bertemu atau memberi ucap selamat. Begitu pula setelah menyusul ‘Id al-Fitr, saudara masih terus terkurung dalam jerejak-jerejak besi penjara. Bagaimanapun dapat juga saya mendamaikan hati saya dengan membayangkan bahawa saudara sebenarnya berjalan menapak jejak para pejuang islah (al-muslihin) sebelum saudara.

Memang, sesungguhnya saudara sedang menempuhi jalan yang dilalui oleh para anbiya dan muslihin yang pernah tampil dalam sejarah kemanusiaan. Mereka, sama ada yang disebut atau yang tidak disebut dalam al-Qur’an semuanya telah menempuh tribulasi, baik sendirian atau pun secara kolektif bersama umat mereka sekali.

Demikianlah ketentuan Sunatullah dalam kehidupan duniawi ini. Untuk dapat berdiri tegak di bumi, ternyata tidak mudah. Ia harus dicapai menerusi ranjau-ranjau ujian dan tribulasi. Firman Allah:

“Alif Lam Min. Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman’, sedangkan mereka tidak diuji? Dan demi sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-

Page 107: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

107

sebenarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta.”

(al-Ankabut (29): 1-3)

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum sampai kepada kamu ujian dan dugaan, seperti yang berlaku kepada orang-orang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapan, kemusnahan harta benda dan serangan penyakit berjangkit serta digoncangkan oleh ancaman bahaya dan musuh sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang ada bersamanya, ‘bilakah datangnya pertolongan Allah?’ Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah.”

(al-Baqarah (2): 214)

Sunnatullah yang sedemikian itu adalah abadi, terus-menerus berlaku di sepanjang sejarah: orang-orang Mukmin diuji dengan aniaya musuh-musuhnya yang terdiri daripada orang munafiqin, musyrikin dan golongan perosak di bumi (al-mufsidhin fi al-ard). Tujuannya adalah untuk menyaring orang-orang Mukmin,

Page 108: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

108

memberikan pengalaman kepada mereka, menyediakan mereka memikul beban berat serta memberikan ketahanan menanggung derita tribulasi. Kerana sesungguhnya beban melaksanakan islah itu jauh lebih berat daripada derita ujian mempersiapkan para juruislah memikul tanggungjawab berat pada masa hadapan.

Saudara yang dimuliakan.

Saudara telah diuji dengan pesona dunia ketika saudara menyertai kerajaan untuk melakukan pembaikan dari dalam. Ternyata goda pesona kuasa tidak sedikit pun merubah saudara atau membawa sebarang kesan kepada perilaku dan kemurniaan peribadi saudara. Telah terbukti bahawa saudara tetap saudara, manusia ikhlas dan tawaduk, manusia Muslim beriltizam dengan nilai-nilai agamanya, nilai-nilai ketinggian moral yang dibawa oleh para Rasul, berpegang teguh dengan idealisme dan segala cita-cita unggulnya.

Saudara tidak pernah menyimpang dan tidak pernah melakukan sebarang penyelewengan moral atau perilaku meskipun berada di puncak kekuasaan. Sebenarnya sudah cukup lama syaitan dan konco-konconya menunggu saat saudara berubah. Namun itu tidak pernah terjadi. Malah penantian mereka hanya membawa kepada kecewa dan putus asa kerana ternyata iman dan keyakinan saudara tidak pernah goyah.

Dengan sedemikian, syaitan-syaitan itu menjadi marah dan sekali gus kecewa. Sejak itulah mereka betekad utuk menghabisi saudara dengan tidak lagi menyerah kepada faktor masa atau mengharapkan kemungkinan kuasa dan kemewahan yang mengitari saudara akan menjadikan saudara lupa daratan.

Page 109: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

109

Kali ini syaitan mengarahkan seluruh bala tenteranya mengeksploitasi apa jua kelemahan dan kecuaian musuhnya. Mereka pun mulalah melancarkan gerakan konspirasi jahat mereka dengan cuba memaksa saudara berlembut dan mengalah. Mereka mengharap-harap berkata, “kalau ketegasan dan kemurnianku tidak juga dapat memelihara nama baikku kenapa tidak aku menjadi seperti mereka sahaja!” seperti yang pernah dikatakan oleh Nabi Yusuf a.s.:

“Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku akan tergolong dikalangan orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya.”

(Yusuf (12): 33)

Tetapi saudara tidak mengambil sikap demikian. Sebaliknya saudara telah mempertahankan diri sebagaimana Aisyah r.a. mempertahankan dirinya dalam peristiwa al-Ifk (berita bohong). Beliau menyikapinya dengan tabah dan sabar. Demikian jugalah saudara telah bersabar. Malah iman dan kepasrahan saudara kepada Allah S.W.T., keyakinan terhadap kesucian dan kemurnian diri saudara menjadi kian mengental, lalu saudara katakan kepada musuh-musuh saudara itu –“lakukan apa yang kalian mahu, katakan apa yang saudara suka! Saya tetap

Page 110: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

110

tegak dan tegar sebagai hamba yang beriman dan manusia yang bertaqwa. Saya tidak pernah dan tidak akan pernah merubah moral dan nilai-nilai murni saya.”

Dalam situasi sedemikian ini berlaku pula tribulasi kegawatan ekonomi serantau yang meliputi juga Malaysia. Rupa-rupanya ia dilihat sebagai satu peluang bagi musuh-musuh saudara sehingga mereka hilang sabar, lalu terserlahlah niat jahat mereka. Seandainya tidak terjadi kegawatan ekonomi serantau itu, tentulah akan tertunda pertarungan sengit antara saudara dengan gerombolan syaitan dan konco-konconya itu. Namun penundaan itu sama sekali tidak menguntungkan saudara sebagaimana terbukti daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku. Mereka merancangkan sesuatu, tetapi Allah S.W.T. menghendaki yang lain.

Rupa-rupanya kegawatan ekonomi yang melanda negara saudara itu telah mendedahkan hakikat sebenarnya, siapa saudara dan siapa pula mereka. Hingga ke saat-saat tersebut musuh-musuh saudara masih belum berputus asa sepenuhnya daripada usaha menghancurkan saudara.

Mereka menyangka bahawa setelah menabur fitnah dan menimbulkan keraguan orang ramai terhadap kemurnian dan kewibawaan moral saudara, maka saudara akan berlembut dan seterusnya sedia tunduk kepada kemahuan dan tekanan mereka, terutama setelah kegawatan ekonomi mendorong mereka menyerlahkan niat dan tujuan sebenar mereka serta mendesak mereka menyatakan tuntutan untuk menguasai dan membolot kekayaan negara saudara dan mengagih-agihkannya di kalangan semua mereka, sehingga akhirnya nanti seluruh kekayaan negara hanya berkisar di kalangan sekelompok opportunist dengan menafikan hak rakyat mendapatkan bahagian yang telah

Page 111: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

111

diperjuangkan selama bertahun-tahun melalui pelbagai strategi perekonomian di bawah seliaan saudara.

Dalam situasi demikian itu saudara telah tampil berdiri bersama rakyat kecil dan miskin untuk cuba mempertahankan hak dan hasil titik-peluh mereka. Malangnya saudara sendirian sedang mereka adalah kelompok besar. Kerana itu mereka cuba menghancurkan saudara. Lalu mereka gunakan cara dan gaya yang mereka warisi daripada syaitan-syaitan yang terdahulu iaitu mencemarkan kehormatan dan menjatuhkan maruah dengan lemparan tuduhan keji yang pada hakikatnya tidak lain daripada kekejian mereka sendiri.

Mereka mengharapkan orang akan mahu mendengar dan percaya, lalu terjerutlah leher seorang manusia bersih iaitu saudara sendiri, dengan tali nilai-nilai yang cuba diketengahkan dan dimantapkan di negara ini.

Mereka menyangka apa yang mereka lakukan itu merupakan satu pukulan maut. Ketika saudara diheret ke penjara pada malam itu – 20 September 1998 – yang ditakuti dengan pukulan bertubi-tubi ke tubuh saudara, tahukah saudara khayalan apa yang berputar dalam benak syaitan? Mereka menyangka saudara akan menjadi mayat!

Selama ini mereka biarkan saudara dalam keadaan senang dan selesa. Tentunya saudara akan menjadi amat lemah dengan pukulan-pukulan kencang yang bertubi-tubi itu. Dan besok paginya mereka akan mengumumkan setelah dikemukakan bukti-bukti nyata tentang pelbagai keburukan moral yang telah saudara lakukan, saudara menyesal dan malu, lalu membunuh diri. Maka dengan itu tamat dan tertutuplah lembaran riwayat saudara selama-

Page 112: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

112

lamanya. Dengan itu tertutuplah satu babak saudara yang cukup gemilang.

Tetapi sebenarnya babak itu tertutup dengan kesudahan yang tragik. Mereka tidak tahu bahawa keimanan saudara, keyakinan terhadap kesucian diri saudara dan keunggulan idealisme saudara serta perlindungan Tuhan terhadap saudara, semuanya itu tidak akan mengizinkan saudara memberi kesempatan tersebut untuk rebah di hadapan mereka atau tersungkur dengan pukulan-pukulan mereka. Berapa dasyatnya pukulan-pukulan yang memang telah mencederakan tubuh saudara, namun ia tidak akan mungkin sampai menembusi hati dan nurani saudara yang kental dengan iman itu.

Mereka benar-benar tidak menduga bahawa segala perancangan dan usaha mereka mengupah saksi-saksi dusta bagi mereka perkara mudah dan murah dan tidak ada nilainya. Tidak juga dapat merubah ketegasan dan kekuatan pendirian saudara. Dengan mendadak segalanya telah runtuh, lalu tampaklah belang mereka masing-masing. Mereka pun berkatalah seperti yang pernah dikatakan para pendahulu mereka:

“Dan tidak ada jawapan daripada kaumnya selain daripada berkata: Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri.”

(al-A’raf (7): 82)

Page 113: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

113

Setelah itu sebahagian daripada kalangan pendukung mereka sendiri ada yang mula menyuarakan keyakinan terhadap kebersihan saudara, lalu mereka mencari pula tuduhan lain, konon jika saudara memimpin negara, itu bererti kemenangan bagi golongan pelampau. Di sini nada suara mereka telah berubah dan para syaitan pun mengumumkan perubahan taktik serta pindaan strateginya dengan cuba memencilkan saudara daripada simpati dunia yang telah berjaya saudara raih, sehingga mereka yang tidak pernah diduga bersimpati dengan orang-orang seperti saudara, juga ikut membela saudara.

Kali ini syaitan dan konco-konconya cuba menghalang saudara daripada mendapat simpati dan sokongan mereka dengan cara yang membayangkan keadaan ‘putus asa’ iaitu dengan melemparkan tuduhan yang bukan lagi berupa kekejian-kekejian yang mereka sendiri lakukan, tetapi berupa kesucian yang menyelamatkan saudara daripada terjerumus bersama mereka dalam jurang kebejatan. Lalu merekapun berkata persis sebagaimana yang dikatakan oleh kaum Lut mengenai nabi Allah Lut dan keluarganya, “….keluarkan mereka dari kampung kalian, sesungguhnya mereka adalah orangorang yang bersih.” Mereka (Lut dan keluarganya) menolak kekejian, enggan melakukan rasuah dan tidak sanggup bersekongkol dalam sistem yang serba bejat.

Nyatalah bahawa sebenarnya ‘kesucian’ mereka itulah yang menjadi ‘dosa’ mereka itu pulalah yang ‘mewajarkan’ penyingkiran, pengusiran dan pemenjaraan mereka.

Saudara yang dikasihi.

Saya telah mengikuti perbicaraan saudara (atau apa yang mereka namakan ‘perbicaraan’). Sepanjang waktu-

Page 114: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

114

waktu itu saya menjadi bertambah-tambah yakin terhadap kebenaran. Firman Allah:

“Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.”

(an-Nisa’ (4): 76)

Memang benar tipu daya mereka lemah sekali. Segala yang mereka rencanakan selama bertahun-tahun itu kini mula runtuh dan menampakkan kerapuhannya. Dengan itu saya menjadi bertambah yakin terhadap saudara, keluhuran moral dan wibawa saudara. Saya juga bertambah yakin bahawa kesudahannya nanti saudara akan menang, sebagaimana saya yakin bahawa ujian yang sedang saudara hadapi ketika ini adalah merupakan proses mempersiapkan saudara untuk peranan besar yang akan saudara mainkan insya-Allah, peranan menyelamatkan negara dan bangsa serta rantau ini seluruhnya dari cengkaman golongan perosak di bumi.

Peranan saudara pada masa mendatang ialah membina dan memperhebatkan gerakan islah serantau. Saya telah menelaah catatan-catatan jejak para nabi, khususnya sejarah konflik mereka dengan golongan al-

Page 115: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

115

mufsidin (perosak) lalu saya temukan suatu perbandingan yang cukup sesuai untuk saudara iaitu Nabi Yusuf a.s. yang diuji, dipenjara dan didera. Ternyata rupa-rupanya penjara dan segala tribulasi yang dilaluinya adalah persiapan menghadapi tugas-tugas baru yang segera menyusul.

Walau apa pun yang sedang dilakukan oleh musuh-musuh saudara, Tuhan sendiri sedang mempersiapkan saudara untuk peranan yang dengan izin Allah, akan saudara jayakan iaitu reformasi korektif terhadap sistem negara saudara dan rantau sekitarnya. Sesungguhnya memang saudaralah orangnya yang layak dan mampu untuk peranan tersebut.

Ketika buku saudara Kebangkitan Asia itu terbit, ramai di kalangan pendukung saudara (termasuk saya) yang berasa khuatir dan cemas terhadap diri saudara. Ini kerana selama ini dunia Islam belum pernah mempunyai pemimpin – tokoh islah dan pemikir berwawasan luas yang sekaligus mampu beraksi di pentas politik kotemporer. Tetapi buku saudara itu telah menyerlah sebahagian daripada ciri-ciri keperibadian saudara serta potensi dan kualiti kepimpinan saudara.

Justeru, saya menjadi bimbang, sesuatu akan terjadi kepada diri saurdara. Rasa bimbang itu terus bertambah, lebih-lebih lagi kerana pemikiran dan kandungan buku itu memperlihatkan kekuatan sahsiah penulisnya. Rata-rata orang percaya bahawa buku itu mengekspresikan pemikiran yang asli, bahawa penulisnya tidak mengupah seseorang menulis untuknya, tetapi saudara sendiri memang berkemampuan mengekspresikan pemikiran, falsafah, wawasan dan agenda saudara.

Sesungguhnya, Barat sangat mengagumi Leopold Sedar

Page 116: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

116

Snghur, seorang tokoh Senegal yang pernah memimpin negara tersebut selama satu jangka masa yang panjang. Meskipun 93% rakyatnya beragama Islam, tetapi tokoh yang beragama Kristian itulah yang dipilih untuk memimpin Senegal. Para pengamat dan penganalisis berpendapat bahawa kearifan dan keintelektualnyalah faktor utama yang menjadikan kepimpinan itu sebagai suatu kekuatan pemersatu Senegal dan tonggak kemerdekaannya.

Dalam kaitan ini ramai yang melihat dan menilai saudara – menerusi pemikiran sebuah negara berbilang budaya, agama dan bahasa di rantau yang juga serba majmuk – bahawa saudara akan memainkan peranan seperti Leopold Sedar Snghur, malah jauh lebih besar lagi.

Ada pula setengah kalangan lain yang membandingkan saudara dengan Nelson Mandela. Bagi saya memang beliau seorang tokoh yang dihormati ramai. Tidak ada salahnya jika orang membandingkannya dengan saudara.

Bagaimanapun perlu dicatat bahawa Nelson Mendela memperjuangkan satu nilai asasi iaitu persamaan di antara golongan berkulit putih dan golongan berkulit hitam di Afrika Selatan. Nilai (persamaan) yang diperjuangkan oleh Mandela itu memang menempati posisi yang tinggi dalam urutan nilai-nilai.

Tetapi perjuangan saudara jelas lebih besar daripada itu. Saudara memperjuangkan sejumlah nilai-nilai yang diliputi oleh istilah islah. Nilai-nilai yang saudara perjuangkan dengan mempertaruhkan seluruh jiwa raga itu sebenarnya tidak lain adalah nilai-nilai yang diperjuangkan oleh para Nabi dan pejuang-pejuang islah umumnya.

Justeru, saudara tentunya tidak mahu menumpu hanya pada sesuatu nilai tertentu sahaja, tanpa yang lain-

Page 117: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

117

lain. Sebaliknya saudara menyerahkan hidup saudara demi perjuangan mendaulatkan nilai-nilai yang diwariskan oleh para anbiya’ dan pejuang-pejuang islah, iaitu seperangkat (satu set) nilai yang terliput dalam Firman Allah:

“Nabi Syuaib berkata: Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku berdasarkan bukti yang nyata daripada Tuhanku dan Dia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai pemberian daripada-Nya, (patutkah aku berdiam diri daripada melarang kamu) sedang aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki (islah) sedaya upayaku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepada-Nyalah aku kembali.”

(Hud (11): 88)

Yang saudara mahu adalah islah, dengan nilai persamaan sebagai salah satu komponen nilai yang membentuknya. Dalam konteks inilah saudara akan meungguli mereka yang berjuang hanya untuk mendaulatkan sesuatu nilai tertentu sahaja.

Page 118: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

118

Saudara yang tercinta.

Peranan saudara dalam konteks negara saudara sendiri ditentukan berdasarkan masalah-masalah besar yang dihadapi, iaitu kebobrokan sistem politiknya. Keperluan mereformasikannya serta agenda bertindaknya telah saudara jelaskan sendiri dalam ucapan-ucapan dan pidato-pidato saudara. Selain itu sebenarnya saudara punya peranan yang lebih luas dari daerah geografis negara saudara.

Peranan saudara adalah meliputi seluruh wilayah serantau yang memang sangat memerlukan suatu gelombang besar reformasi-islahi sebagaimana yang saudara sebutkan sendiri dalam pelbagai pertemuan, khususnya dalam persidangan-persidangan di mana saudara telah berjaya menghimpunkan buat kali pertama ratusan pemikir serantau daripada pelbagai agama dan budaya untuk mencari unsur-unsur positif yang dapat dikongsi demi kesejahteraan bersama kini dan nanti. Unsur-unsur positif yang dimiliki bersama di kalangan pelbagai agama dan budaya negara-negara Asia Tenggara itu dapat menyumbang ke arah penciptaan rantau makmur dan sejahtera demi kepentingan rantau ini sendiri, malah dunia seluruhnya.

Pada waktu yang sama saudara juga punya peranan lain yang memang dapat dibaca oleh siapa sahaja yang mengikuti gerak langkah saudara dan usaha-usaha gigih saudara menyerlahkan unsur-unsur positif tamadun serantau dan mengimbau perhatian umum kepada isu-isu tersebut terutama sepanjang tempoh saudara memimpin UNESCO dan institusi-institusi antarabangsa lainnya yang memberikan perhatian istimewa kepada isu-isu seperti itu.

Page 119: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

119

Dengan demikian, saudara telah memperlihatkan keluasan wawasan saudara yang meliputi pemikiran-pemikiran berskala global. Sekali gus saudara juga telah menyerlahkan kefahaman saudara yang cukup mendalam, yang lahir daripada kefahaman saudara terhadap ciri kesejagatan Islam, agama yang sememangnya saudara fahami dan hayati dengan penuh iltizam.

Seperti yang kita sedia maklumi bahawa kesejagatan Islami ini tidak bertolak daripada suatu kuasa yang terpusat daripada diri sendiri lalu mengembang merentasi batasan-batasan bangsa, negara, budaya atau agama. Sebaliknya ia adalah kesejagatan yang bertitik tolak daripada hakikat Tuhan Yang Maha Esa dan bapa yang sama sebagaimana yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. dalam Haji Perpisahannya bahawa semua manusia seluruhnya berasal daripada Adam, dan Adam pula daripada tanah. Semua manusia bersaudara, sama taraf bak gigi sikat, tidak ada lebihnya orang Arab dari ‘Ajam (bukan Arab), juga yang putih daripada yang hitam, kecuali kerana takwa. Sementara takwa adalah prestasi usaha manusia yang dibina di atas nilai-nilai unggul agama samawi. Bumi ini pula adalah rumah yang dikongsi bersama oleh sesama manusia yang merupakan sebuah keluarga besar.

Kesejagatan yang bertitik tolak daripada nilai-nilai inilah – sebagaimana yang sama-sama kita fahami – satu-satunya jalan keluar daripada lingkaran dominasi pusat-pusat kuasa yang memecah-belahkan manusia, mengadu domba dan menyeret mereka ke kancah silang sengketa dan peperangan. Mereka jugalah yang membelah-belah dunia ini kepada Dunia Pertama, Dunia Kedua dan Dunia Ketiga; Negara-negara Utara, Negara-negara Selatan dan demikianlah seterusnya.

Page 120: Qazaf Menjawab Fitnah

Qazaf

120

Bilangan orang-orang yang punya pengalaman dan wawasan seperti saudara memang amat sedikit. Walhal orang-orang seperti itulah yang amat diperlukan untuk melindungi dunia ini daripada kerosakan, menyelamatkan manusia daripada kesesatan dan membawa mereka keluar menuju alam nilai-nilai yang dapat menyatukan manusia menjadi keluarga besar yang sejahtera, hidup rukun di dunia yang merupakan rumah bersama yang diciptakan oleh Allah S.W.T. untuk mereka melaksanakan misi kekhalifahan di bumi-Nya dengan memelihara nilai-nilai yang diamanahkan-Nya – nilai-nilai Tauhid, kesucian dan ketamadunan atas kesedaran bahawa segala yang terjadi adalah hasil interaksi antara Tuhan, manusia dan alam.

Sesungguhnya saya amat meridui saudara, rindu untuk menemui saudara dan keluarga di rumah saudara. Saya juga amat merindui Malaysia. Tetapi saya telah bertekad untuk tidak mengunjunginya sebelum Tuhan membebaskan tuan daripada bencana dengan pengembalian saudara ke tampuk kepimpinannya.

Ya Tuhan! Seandainya rakyat Malaysia seluruhnya sedar apa kehilangan mereka dan apa kerugian mereka sejak 2 September 1998 hingga sekarang, pasti tidak seorang pun di antara mereka yang dapat menikmati makan minum, tidur lena atau merasa lapang sebelum kembalinya hak ke tempatnya dan kembalinya Putera Terbaik Malaysia ke tampuk kepimpinanya.

Saya berdoa agar Tuhan yang maha berkuasa melindungi saudara daripada angkara manusia, memelihara saudara sebagaimana Dia memelihara hamba-hamba-Nya yang salih, melepaskan kita semua daripada bencana dengan kurnia keselamatan, pembebasan, kemenangan dan kepulangan saudara ke pangkuan keluarga kecil saudara

Page 121: Qazaf Menjawab Fitnah

Menjawab Fitnah

121

isteri dan anak-anak; keluarga besar saudara – warga Malaysia serta para aktivis islah penentang kebejatan seluruhnya.

Selamat tinggal, semoga Allah sentiasa bersama saudara.

Wassalam.

Saudaramu,

SYEIKH TAHA JABIR AL-ALWANI

Page 122: Qazaf Menjawab Fitnah
Page 123: Qazaf Menjawab Fitnah
Page 124: Qazaf Menjawab Fitnah