sdp esei

11
Integrasi seni dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sememangnya tidak asing lagi terutama dalam pendidikan alaf baru. Sedar tidak sedar, sebenarnya banyak aktiviti dan corak pengajaran guru turut memuatkan elemen seni. 3 aspek utama dalam integrasi seni adalah seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Kesesuaian elemen-elemen seni ini adalah tidak terhad dan boleh diaplikasikan ke dalam semua subjek pengajaran. Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran, guru akan membenarkan murid menjalankan aktiviti yang pelbagai untuk mereka meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti dan daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Dalam menjalankan sesi pengajaran makro kami, kami telah memilih subjek major kami iaitu sains, dengan mengajar topik ‘Ciri- ciri Haiwan’ bagi tahun 3. Antara standard pembelajaran yang dipilih kami adalah murid dapat mengenal pasti ciri haiwan iaitu litupan badan: bercangkerang, berbulu, berbulu pelepah dan bersisik. Standard pembelajaran kedua yang dimuatkan dalam Rancangan Pengajaran Harian kami adalah murid boleh mengenal pasti anggota badan haiwan seperti berkaki, bersayap, berekor dan bertanduk. Integrasi seni amat sesuai digunakan kepada murid tahun 3 kerana pada tahap umur ini, mereka mempunyai tempoh perhatian yang singkat. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan seni akan membuatkan mereka tidak berasa bosan kerana sepanjang tempoh pembelajaran mereka akan terisi dengan pelbagai aktiviti menarik. Dalam sesi pertama iaitu set induksi, kami telah memilih untuk membawa masuk model haiwan ke dalam kelas. Set induksi membawa fungsi untuk menarik perhatian pelajar di awal kelas, memotivasikan mereka untuk belajar pada hari tersebut dan juga untuk membolehkan

Upload: afrina-nordin

Post on 09-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

seni dalam pendidikan

TRANSCRIPT

Page 1: SDP esei

Integrasi seni dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sememangnya tidak asing

lagi terutama dalam pendidikan alaf baru. Sedar tidak sedar, sebenarnya banyak aktiviti dan

corak pengajaran guru turut memuatkan elemen seni. 3 aspek utama dalam integrasi seni

adalah seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Kesesuaian elemen-elemen seni ini

adalah tidak terhad dan boleh diaplikasikan ke dalam semua subjek pengajaran. Semasa

menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran, guru akan membenarkan murid

menjalankan aktiviti yang pelbagai untuk mereka meneroka, mengalami dan mengekspresi

citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni

muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti dan daya

imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

Dalam menjalankan sesi pengajaran makro kami, kami telah memilih subjek major

kami iaitu sains, dengan mengajar topik ‘Ciri-ciri Haiwan’ bagi tahun 3. Antara standard

pembelajaran yang dipilih kami adalah murid dapat mengenal pasti ciri haiwan iaitu litupan

badan: bercangkerang, berbulu, berbulu pelepah dan bersisik. Standard pembelajaran

kedua yang dimuatkan dalam Rancangan Pengajaran Harian kami adalah murid boleh

mengenal pasti anggota badan haiwan seperti berkaki, bersayap, berekor dan bertanduk.

Integrasi seni amat sesuai digunakan kepada murid tahun 3 kerana pada tahap umur ini,

mereka mempunyai tempoh perhatian yang singkat. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan seni

akan membuatkan mereka tidak berasa bosan kerana sepanjang tempoh pembelajaran

mereka akan terisi dengan pelbagai aktiviti menarik.

Dalam sesi pertama iaitu set induksi, kami telah memilih untuk membawa masuk

model haiwan ke dalam kelas. Set induksi membawa fungsi untuk menarik perhatian pelajar

di awal kelas, memotivasikan mereka untuk belajar pada hari tersebut dan juga untuk

membolehkan mereka membuat perkaitan atau jangkaan awal akan apakah topik yang akan

dipelajari pada hari itu. Bagi set induksi kami, guru perlu memperkenalkan ciri-ciri haiwan,

dan antara model haiwan yang boleh gunakan adalah gambar gajah, harimau, burung, siput

dan kambing. Kesemua model haiwan ini akan dicetak berwarna dalam saiz A4 dan

ditampal di atas kertas keras dan digunting mengikut bentuknya. Elemen seni telah

diintegrasikan dengan gambar-gambar yang menggunakan warna-warna yang kontra pada

badan haiwan dan juga bentuk badan haiwan yang berbeza-beza mengikut spesisnya. Guru

akan menarik perhatian pelajar dan menggunakan aspek seni visual dengan meminta

mereka menyatakan warna yang dapat dilihat pada badan haiwan. Mereka juga boleh

memegang model haiwan dan merasakan dengan tangan akan bentuk-bentuk haiwan

tersebut.

Page 2: SDP esei

Teori Seni Visual oleh Bersoon (1982) mendapati bahawa kanak-kanak

menggunakan deria dan respon emosinya dalam memperoleh pengalaman yang

disediakan. Menerusi kegiatan seni, kanak-kanak meningkatkan keupayaannya untuk

membuat pengamatan dan penaksiran. Apabila kanak-kanak melakukan aktiviti yang

sedemikian, otak kanan dan otak kirinya difungsikan. Oleh itu, dengan set induksi yang

melibatkan deria sentuh, penglihatan dan pendengaran, maka pelbagai rangsangan telah

diberikan dan dapat meningkatkan stimulasi murid di dalam kelas. Dalam fasa ini, guru akan

meminta murid menyatakan serba ringkas tentang ciri haiwan tersebut seperti warna dan

bentuk, dan membandingkannya bersama rakan. Salah satu prinsip seni iaitu harmoni

sebenarnya akan wujud dalam gambar model haiwan. Harmoni boleh dianggap sebagai

faktor kepada pertalian yang teratur yang berkaitan dengan bahagian-bahagian di dalam

gambar. Pengulangan elemen seperti warna, jalinan, nilai dan sebagainya memberi

penyesuaian kepada pertentangan yang wujud. Irama yang stabil wujud apabila unit-unit

visual yang teratur diulang-ulang. Pada corak badan harimau contohnya, murid akan dapat

melihat belang pada badan harimau yang kelihatan kontra, berwarna hitam dan oren, namun

tetap kelihatan harmoni dengan belang yang berulang-ulang dan teratur serta tidak serabut.

Begitu juga dengan bulu pelepah pada burung dan juga bulu pada badan haiwan mamalia

seperti kambing. Sesi ini akan berlangsung selama lebih kurang lima minit sebelum ke sesi

seterusnya iaitu fasa pencetusan idea.

Corak pada badan harimau yang kontra namun harmoni.

Setelah itu, dalam sesi kedua pula iaitu pencetusan idea, guru akan meletakkan

pelajar secara berkumpulan untuk menjalankan aktiviti dan mencungkil idea mereka secara

umum akan topik pada hari tersebut. Elemen seni visual turut dimuatkan pada fasa ini

dengan meminta salah seorang daripada ahli kumpulan untuk memakai kotak besar yang

tidak bercorak pada badan mereka. Murid ini juga akan memakai topeng wajah haiwan yang

mewakili haiwan kumpulan mereka. Seterusnya, mereka akan berbincang dalam kumpulan,

akan apakah ciri-ciri haiwan yang terdapat pada haiwan tersebut dan mereka perlu

Page 3: SDP esei

melukiskannya mengikut kreativiti di atas kotak. Sebagai contoh, sekiranya kumpulan

tersebut mempunyai topeng muka gajah, maka mereka perlu melukiskan bahagian badan

gajah yang ketara seperti ekor yang panjang dan mempunyai bulu di hujungnya, juga kaki

gajah yang pendek dan beberapa ciri lain.

Salah satu unsur seni yang banyak digunakan dalam aktiviti ini adalah unsur garisan.

Garisan merupakan cantuman satu siri titik dan boleh dihasilkan dalam bentuk tebal, tipis,

berbulu, putus-putus, bergerigi, beralun, zig-zag dan lain-lain lagi. Garisan merupakan unsur

yang terpenting dalam kerja melukis dan menggambar. Melalui garisan, murid boleh

menulis, melakar, membuat jalinan gambar, membuat rupa dan membentuk. Dalam aktiviti

ini contohnya, murid-murid akan menggunakan teknik garisan untuk melukis bahagian

badan haiwan seperti kaki, tangan, ekor dan juga sisik. Teknik garisan ini juga akan

dipelbagaikan bagi menampakkan elemen khas dalam lakaran mereka. Dalam melukis bulu

haiwan contohnya, murid boleh menggunakan garisan yang tebal dan nipis untuk

menampakkan bahagian badan yang kembung atau cengkung. Penggunaan teknik sebegini

akan menghasilkan efek yang cantik kepada lukisan mereka.

Penggunaan teknik garisan yang pelbagai mampu menghasilkan efek yang berkesan kepada lakaran.

Selain itu, unsur imbangan juga akan dapat dilihat ketika murid melukis anggota

badan haiwan. Imbangan menunjukkan agihan ruang dari segi kedudukannya. Jika ruang

kiri dan kanannya seimbang, ia bermaksud kedudukan objek berada keadaan yang stabil,

sama berat dan sifatnya harmoni. Imbangan boleh digunakan dalam melukis bahagian

seperti sepasang kaki dan sepasang tangan. Imbangan seringkali dikaitkan dengan saiz,

jarak, bentuk, jalinan, rupa dan warna. Murid akan memastikan lukisan tangan mereka

mempunyai saiz yang sama di kiri dan kanan, tidak terlalu besar atau kecil dan kelihatan

berbeza antara keduanya, juga mempunyai bentuk yang sama. Imbangan boleh jadi dalam

bentuk simetri atau bukan simetri. Imbangan simetri bermaksud pembahagian ruang yang

Page 4: SDP esei

seimbang (kiri dan kanan, atas dan bawah). Imbangan jenis ini akan terlibat dalam melukis

bahagian badan haiwan yang diciptakan sepasang tangan atau mempunyai 4 kaki. Murid

kemudian akan membentangkan hasil kerja kumpulan mereka kepada seisi kelas. Guru juga

akan dapat melihat idea murid dan menggunakan pengetahuan tersebut untuk ke fasa

pengajaran yang seterusnya.

Dalam fasa ketiga iaitu pengstrukturan semula idea, elemen seni seterusnya iaitu

seni muzik pula diintegrasikan. Seni muzik melibatkan irama yang pelbagai dan mampu

menarik perhatian murid. Menurut Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner (1983)

mengesyorkan bahawa terdapat sembilan jenis kecergasan pelbagai yang dimiliki manusia

dan salah satu kecerdasan tersebut adalah muzik. Pendapat yang dikemukakan oleh

Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan

dan latihan. Menurut Gardner, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza

kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti

yang bersesuian. Dalam konteks pendidikan, guru memainkan peranan penting untuk

merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan

kecerdasan murid. Oleh itu, aktiviti yang melibatkan muzik akan dapat membuatkan murid

yang mempunyai kecerdasan muzik lebih berminat untuk mengikuti pelajaran pada hari

tersebut.

Sembilan jenis kecerdasan pelbagai menurut Gardner.

Bagi fasa ini, video yang menerangkan mengenai ciri-ciri haiwan dengan bantuan

muzik yang menarik perhatian pelajar atau ‘catchy’ digunakan. Murid akan memberikan

perhatian sebaik sahaja mendengar bunyi muzik dan akan mengikuti sesi pembelajaran

dengan lebih baik. Pemilihan muzik yang bersesuaian dengan suasana dan mood kelas

Page 5: SDP esei

amat penting bagi menghilangkan kebosanan dalam kalangan murid. Muzik terdiri dari

susunan irama dan melodi yang boleh mendamaikan jiwa dan sesetengah muzik mampu

menaikkan semangat pendengar. Guru yang berjaya menaikkan semangat pelajar untuk

mengukuti pembelajaran di dalam kelas akan membuatkan pelajar ingin mengoptimumkan

penglibatan mereka dan tidak mahu ketinggalan dalam aktiviti yang dilakukan.

Video yang dipilih mengandungi lagu yang tidak menggunakan pitch yang tinggi

supaya pelajar tidak lari dari fokus utama mereka iaitu mempelajari ciri-ciri haiwan.

Pemilihan video yang disertakan dengan muzik juga dapat merangsang deria pendengaran

murid. Muzik juga dapat meningkatkan memori untuk mengingat maklumat yang

disampaikan. Kajian sains juga menunjukkan bahawa penggunaan muzik dalam

pembelajaran dapat menghasilkan gelombang di dalam otak yang dapat merangsang

pemikiran murid dan sekaligus membuatkan murid lebih fokus, lebih bersemangat dan

memberikan pengalaman pembelajaran yang melibatkan multi-sensori seperti pendengaran

dan penglihatan.

Aktiviti seterusnya yang dilakukan dalam sesi pengajaran makro kali ini adalah fasa

aplikasi. Fasa keempat ini merupakan fasa yang penting kerana ia mampu menunjukkan

kefahaman pelajar akan topik yang sudah dipelajari dan mengaplikasikan pengetahuan

mereka kepada suatu situasi yang lain pula. Bagi fasa ini, seni pergerakan diaplikasi dengan

menggunakan kaedah lakonan. Murid akan diminta ke hadapan kelas dan melakonkan

pergerakan haiwan seperti terbang, melompat, berjalan, berlari dan mengaum. Seterusnya,

murid lain di dalam kelas perlu meneka apakah haiwan yang dilakonkan rakan mereka dan

mereka perlu menyatakan anggota badan mana yang terlibat dengan pergerakan itu.

Contohnya, murid A melakonkan aksi melompat, maka murid yang ingin menjawab perlu

menyatakan jawapan “Kangaroo!” dan kemudian menyatakan bahagian badan yang

digunakan untuk melompat adalah kaki. Aktiviti ini akan berterusan selama lebih kurang 10

minit dengan beberapa murid yang berlainan diberi peluang untuk berada di hadapan dan

melakonkan aksi haiwan. Guru dicadangkan untuk memilih pelajar yang mempunyai

kecerdasan dalam bidang lakonan dan keyakinan untuk berlakon di hadapan selain memilih

mereka yang ingin ke hadapan secara sukarela. Pergerakan yang dilakonkan mereka pula

perlulah dengan bersemangat dan bertepatan dengan tema.

Page 6: SDP esei

Aktiviti seni pergerakan di dalam kelas dapat meningkatkan kreativiti pelajar dan meningkatkan keyakinan mereka.

Antara objektif aplikasi seni pergerakan dalam pembelajaran adalah dapat

mewujudkan pemikiran yang kreatif dalam pemikiran murid. Contohnya, ketika melakonkan

aksi yang agak sukar seperti terbang, murid perlu berfikir dengan kreatif bagaimana

pergerakan yang sesuai untuk menunjukkan aksi terbang kerana terbang merupakan

sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh manusia kerana tidak mempunyai sayap.

Kemungkinan antara reaksi yang dapat dilihat adalah akan ada pelajar yang menggunakan

kedua tanggannya untuk menunjukkan aksi mengepak keatas dan kebawah, mungkin akan

ada yang berdiri di atas kerusi untuk menunjukkan mereka sedang berada di tempat yang

tinggi dan mungkin juga akan ada murid yang berlari dengan laju bersama tangan yang

didepangkan untuk menunjukkan pergerakan terbang yang laju. Di sinilah guru akan dapat

melihat bahawa pelbagai bakat dan pemikiran murid yang menarik dan lucu sebenarnya

terpendam dalam diri mereka. Kemungkinan aplikasi dalam sesi sebegini akan menjadi

platform untuk guru memilih pelajar yang berbakat untuk dilatih dan dipertandingkan dalam

pertandingan seperti pertandingan bercerita atau ‘choral speaking’.

Daripada sudut teori pembelajaran juga turut menyokong aktiviti seni pergerakan.

Teori Konstruktivisme contohnya menyatakan bahawa kanak-kanak tidak beroleh

pengetahuan secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran

secara aktif dan interaksi sosial digalakkan dalam persekitaran yang selamat dan kondusif di

mana pembelajaran dicapai melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah topik

atau bahan. Oleh itu, seni dalam pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk

membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif dan guru menghargai

setiap reaksi dan respon mereka tanpa memperkecilkan murid yang berani memberikan

idea. Teori pembelajaran sosial pula menegaskan bahawa pembelajaran manusia boleh

berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu. Teori ini juga

menekankan konsep peniruan yang banyak memberikan kesan positif dan membantu murid

Page 7: SDP esei

belajar. Dalam aktiviti ini contohnya, murid meniru pergerakan haiwan dan melakonkannya

di dalam kelas kepada rakan-rakan yang lain.

Fasa terakhir dalam RPH yang dibina adalah fasa refleksi. Fasa refleksi bertujuan

untuk guru menilai sejauh mana murid memahami topik yang dipelajari dan dijadikan kayu

ukur untuk menentukan samada hasil pembelajaran pada hari tersebut dapat dicapai atau

tidak. Bagi aktiviti dalam fasa ini, unsur seni visual diterapkan pula dengan meminta pelajar

menyediakan buku skrap yang berkaitan dengan haiwan. Dalam buku skrap tersebut, murid

perlu menggunting gambar haiwan daripada lembaran kerja mereka, dan melukis bahagian

badan haiwan tersebut dan fungsinya, juga sebuah pantun ciptaan mereka berkaitan

dengan haiwan yang telah mereka pilih.

Menyediakan buku skrap merupakan salah satu cara untuk murid menzahirkan kefahaman mereka akan topik yang

dipelajari selain turut menggunakan salah satu cabang seni iaitu seni visual.

Mereka cipta pantun merupakan salah satu cabang seni yang menarik namun

seringkali dilupakan dalam arus kemodenan. Kebanyakan murid pada masa kini tidak

mempunyai pengetahuan untuk membina pantun termasuklah memikirkan iramanya.

Lazimnya pantun terdiri daripada empat baris, setiap baris terdiri daripada 8-12 suku kata

dan berakhir dengan pola a-b-a-b dan a-a-a-a (tidak boleh a-a-b-b atau a-b-b-a). Pantun

pada mulanya sering digunakan oleh masyarakat terdahulu dalam majlis-majlis keraian

seperti menyambut tetamu dan majlis merisik juga meminang masyarakat Melayu. Dengan

Page 8: SDP esei

mengintegrasikan pantun dalam pendidikan, guru dapat menghidupkan kembali seni pantun

yang kian pudar dan dapat menajamkan kreativiti pelajar dengan berfikir secara kreatif.

Selain itu, murid juga boleh menghias buku skrap mereka dengan menggunakan

pelbagai cara yang tentunya melibatkan seni visual. Mereka boleh mewarnakan buku skrap,

menampal pelekat yang pelbagai, melukis corak atau menggunakan warna air untuk

menghasilkan corak menggunakan pelbagai teknik menarik seperti catan atau tiupan. Murid

diberi kebebasan untuk menzahirkan kreativiti mereka dalam menyiapkan buku skrap. Murid

tahun 3 tentunya mempunyai imaginasi yang kadangkala tidak terfikir oleh guru yang sudah

dewasa ini.

Kesimpulannya, seni dalam pendidikan membolehkan guru melakukan pelbagai

aktiviti pengajaran yang melibatkan perasaan, pernyataan emosi, idea, kecerdasan muzik

dan pelbagai lagi keistimewaan dan kepelbagaian individu. Ia juga berlandaskan kepada

hakikat bahawa setiap insan berhak menerima pendidikan dan pemahaman tentang seni

tanpa mengira latar belakang, bakat dan kebolehan selain turut memberi peluang kepada

murid membina keyakinan diri dan meningkatkan kreativiti dan nilai estetik dalam diri

mereka. Seni juga terutamanya memberi peluang kepada murid untuk mengekspresikan diri

mereka dengan pelbagai cara dan cabang seni itu sendiri. Guru juga bertanggungjawab

untuk menyediakan medium pembelajaran yang pelbagai dan menyediakan suasana

pembelajaran yang menyeronokkan bagi murid mereka khususnya yang berada di peringkat

rendah. Guru yang penyayang dan ceria akan melahirkan murid yang juga ceria dan stabil

dari segi emosi dan intelek selain berupaya menerima ilmu dengan lebih baik berbanding

dengan guru yang menggunakan teknik pengajaran tradisional.