tugasan sdp (siap)

21
Penghargaan Bersyukur saya kepada Tuhan kerana dengan limpahan rahmatnya dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Dialah yang telah memberi kebolehan untuk melaksanakan kerja kursus ini dengan menganugerahkan nikmat masa, nyawa dan tenaga kepada saya. Sepanjang perlaksanaan kerja kursus ini, terdapat pelbagai pihak yang telah memberi sumbangan yang amat bernilai kepada saya. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan penghargaan kepada mereka. Pertamanya, ingin saya dedikasi penghargaan kepada pensyarah saya iaitu Encik Zelkepli Bin Shahron yang telah membimbing saya sepanjang perlaksanaan kerja kursus ini. Beliau telah memberi tunjuk ajar dan membetulkan segala kesilapan yang saya lakukan semasa membuat kerja kursus ini. Beliau juga tidak pernah memarahi saya semasa menanyakan sebarang keraguan yang saya hadapi semasa membuat kerja kursus ini. Beliau telah membimbing dan menerangkan cara membuat kerja kursus dengan penuh kesabaran. Seterusnya, saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah memberi sumbangan idea dalam perlaksanaan kerja kursus ini. Saya berpeluang untuk berbincang dan bertukar maklumat dan pengetahuan saya tentang cara membuat tugasan. Mereka telah berkongsi pengalaman tentang pelbagai cara yang digunakan oleh guru mereka bagi memulakan sesuatu pengajaran semasa waktu persekolahan dahulu. Hal ini menyebabkan saya mendapat idea baru semasa perlaksanaan kerja kursus ini. Tambahan pula, saya tidak lupa untuk berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana mereka telah memberi sokongan moral dan keyakinan kepada saya sepanjang perlaksanaan kerja kursus ini. Mereka

Upload: thilaga-arumugam

Post on 09-Apr-2016

315 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

SDP

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Sdp (Siap)

Penghargaan

Bersyukur saya kepada Tuhan kerana dengan limpahan rahmatnya dapat saya

menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Dialah yang telah memberi kebolehan untuk

melaksanakan kerja kursus ini dengan menganugerahkan nikmat masa, nyawa dan tenaga

kepada saya. Sepanjang perlaksanaan kerja kursus ini, terdapat pelbagai pihak yang telah

memberi sumbangan yang amat bernilai kepada saya. Oleh itu, saya mengambil kesempatan

ini untuk menyampaikan penghargaan kepada mereka.

Pertamanya, ingin saya dedikasi penghargaan kepada pensyarah saya iaitu Encik

Zelkepli Bin Shahron yang telah membimbing saya sepanjang perlaksanaan kerja kursus ini.

Beliau telah memberi tunjuk ajar dan membetulkan segala kesilapan yang saya lakukan

semasa membuat kerja kursus ini. Beliau juga tidak pernah memarahi saya semasa

menanyakan sebarang keraguan yang saya hadapi semasa membuat kerja kursus ini. Beliau

telah membimbing dan menerangkan cara membuat kerja kursus dengan penuh kesabaran.

Seterusnya, saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah memberi

sumbangan idea dalam perlaksanaan kerja kursus ini. Saya berpeluang untuk berbincang dan

bertukar maklumat dan pengetahuan saya tentang cara membuat tugasan. Mereka telah

berkongsi pengalaman tentang pelbagai cara yang digunakan oleh guru mereka bagi

memulakan sesuatu pengajaran semasa waktu persekolahan dahulu. Hal ini menyebabkan

saya mendapat idea baru semasa perlaksanaan kerja kursus ini.

Tambahan pula, saya tidak lupa untuk berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya

kerana mereka telah memberi sokongan moral dan keyakinan kepada saya sepanjang

perlaksanaan kerja kursus ini. Mereka juga telah berkongsi idea dengan memberi idea. Mereka

secara tidak langsung membentuk saya supaya boleh menjadi seorang guru yang mampu

berfikir dengan kreatif dan jimatkan masa saya membuat tugasan.

Akhir sekali, saya ingin tujukan penghargaan kepada pihak-pihak lain yang telah

memberi sumbangan secara langsung mahupun secara tidak langsung kepada saya sepanjang

perlaksanaan kerja kursus ini. Sekian, terima kasih.

Page 2: Tugasan Sdp (Siap)

BIL TAJUK M/S

1.0 JADUAL SPESIFIKASINUJIAN (JSU) 1-9

2.0 MEMBINA ITEM-ITEM SOALAN 10-13

3.0 CONTOH SOALN TAHUN 4 14-28

4.0 ALAT PENTAKSIRAN (PORTFOLIO) 29-55

5.0 REFLEKSI 56-59

6.0 RUJUKAN 60-62

Page 3: Tugasan Sdp (Siap)

1.0 PENGENALAN

Seni dalam pendidikan (SDP) memainkan peranan penting ke arah perkembangan

kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya adalah

untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian,

berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Penggabungan tiga jenis

seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu

pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.

Mengikut Teori Konstruktivisme, kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif dan

mempunyai interaksi sosial dalam persekitaran yang selamat dan kondusif melalui aktiviti

meneroka, bereksperimen dan mengolah objek. Oleh itu, Seni Dalam Pendidikan membolehkan

murid / kanak-kanak mengekspresikan idea-idea mereka secara bebas dan kreatif. Seni

menekankan unsur warna, muzik menekankan penggunaan irama manakala gerakan lebih

kepada penggunaan ruang. Unsur warna, irama dan pergerakan digabungkan untuk

menghasilkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Hal ini akan

mendorong guru dan pelajar lebih kreatif.

Seni dapat merangsang deria dan minda pelajar, membantu pelajar meningkatkan

pemahaman dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Kanak-kanak akan

meneroka warna, irama dan pergerakan untuk mendapat pengalaman baharu yang akan

meningkatkan kreativiti mereka. Seni Dalam Pendidikan memberi peluang kepada guru-guru

untuk mengesan kepekaan deria kanak-kanak dengan irama, warna dan ruang melalui

penerokaan, pengalaman dan ekspresi. Seni Dalam Pendidikan dilaksanakan di sekolah rendah

dengan menghubungkaitkan mata pelajaran PSV dengan mata pelajaran lain.

Tuntasnya, kesemua peranan SDP ini menunjukkan usaha guru dalam membantu murid

meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,

keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,

keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Page 4: Tugasan Sdp (Siap)

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MUKA HADAPAN

MATA PELAJARAN : Kajian Tempatan

TARIKH : 26 March 2015

MASA : 9.00 pagi – 10.00 pagi

TAHUN : 6 Mutiara

BILANGAN MURID : 25 Orang

BIDANG : 6.3b Warisan Kesenian - Seni Kraf

TAJUK : Mengenal Seni Kraf

AKTIVITI : Menghasilkan satu seni kraf tangan yang mudah

MASA : 60 Minit

OBJEKTIF PENGAJARAN : Guru dapat mengajar jenis-jenis seni kraf yang terdapat di Malaysia

HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pelajaran murid dapat:

Menyenaraikan beberapa jenis seni kraf yang terdapat di

Malaysia;

Menyenaraikan kegunaan seni kraf dalam kehidupan harian

kita;

Menghasilkan satu seni kraf yang mudah dan berguna

KEPERLUAN : Alat : gunting

Bahan : Gam, Kertas lukisan

Rujukan: HSP,Buku sumber Guru, Kajian Tempatan Tahun 6 KBSR, contoh-contoh seni kraf.

PROSEDUR : 1. Guru menentukan aras pembelajaran dan

pengajaran.

2. Guru merancang pengajaran dengan menerapkan strategi

KBKK, Teori Kecerdasan pelbagai, Pembelajaran

Konstruktivisme, Pembelajaran Akses Kendiri dan

Page 5: Tugasan Sdp (Siap)

Pembelajaran Kontekstual.

3. Guru memulakan pelajaran dengan menjalankan set induksi.

4. Guru memperkenalkan jenis-jenis seni kraf berserta contoh

bagi setiap jenis seni kraf.

5. Murid-murid dapat membanding bezakan setiap jenis seni kraf.

6. Menunjuk ajar cara menghasilkan salah satu seni kraf

(anyaman) dengan menggunakan kertas warna.

7. Pelajaran diakhiri dengan sesi apresiasi dan refleksi.

8. Penutup sosial.

Page 6: Tugasan Sdp (Siap)

BUTIRAN KEGIATAN HASIL PEMBELAJARAN STRATEGI PENGAJARANAkviti 1 (set induksi)1. Guru menayangkan beberapa

contoh gambar seni kraf yang

digunakan dalam kehidupan

seharian.

2. Guru menanyakan beberapa

soalan mengenai gambar yang

ditunjukkan.

3. Guru meminta murid-murid

meneka tajuk pengajaran.

Murid akan mendapat satu gambaran tentang seni kraf.

KBKK : - Menjana idea- Meramal

Aktiviti 2 (perkenalkan seni kraf)1. Guru dan murid berbincang

mengenai jenis-jenis seni kraf.

2. Guru memberi definisi berserta

contoh bagi setiap jenis seni

kraf.

3. Guru menerangkan

penggunaannya dalam

kehidupan seharian.

Aras 2Murid mengetahui jenis-jenis seni kraf yang terdapat di Malaysia.

Pembelajaran Kontekstual

Page 7: Tugasan Sdp (Siap)

Aktiviti 3 (permainan)1. Guru memisahkan murid-

murid kepada 5 kumpulan.

2. Kemudian, guru membuka

kotak yang disediakan.

3. Guru memberi beberapa kad

gambar kepada murid-murid.

4. Murid-murid harus

mengelaskan gambar-gambar

tersebut mengikut jenisnya.

5. Guru memanggil wakil

kumpulan untuk meletakkan

gambar pada kotak yang

sesuai.

Aras 3Murid dapat membezakan setiap jenis seni kraf mengikut jenisnya.

Kemahiran Intrapersonal

Kemahiran Berfikir– Menjana idea

Aktiviti 4 (amali seni kraf)1. Guru mengedarkan kertas warna

kepada murid-murid.

2. Guru menayangkan video

membuat anyaman.

3. Guru meminta murid-murid

membuat anyaman seperti

ditunjukkan dalam video.

4. Guru membimbing murid yang

belum mencapai tahap.

5. Guru membuat pengayaan

kepada murid yang sudah

mencapai tahap.

Aras 4Murid menjalankan aktiviti anyaman dengan bimbingan guru.

Pembelajaran Akses Kendiri- bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri untuk menghasilkan tugasan

Sesi Apresiasi dan Refleksi(Set Penilaian)

1. Guru memilih beberapa hasilan

murid untuk sesi perbincangan

- baik, sederhana dan kurang

mencapai tahap

Murid dapat menyatakan pelbagai jenis seni kraf yang terdapat di Malaysia.

Murid dapat menghargai hasil kraf seni.

Teori Kecerdasan Pelbagai- Kecerdasan Verbal linguistik- Kecerdasan Interpersonal dan Intra personal

Page 8: Tugasan Sdp (Siap)

2. Guru mempamerkan hasil karya

murid.

3. Guru merumus ketiga-tiga

kategori hasil kerja murid.

Penutup

- SosialGuru dan murid menyanyikan lagu seni kraf Malaysia.

Page 9: Tugasan Sdp (Siap)

3.0 BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

3.1CD PENGAJARAN

Page 10: Tugasan Sdp (Siap)

Cara Menggunakan BBM

Page 11: Tugasan Sdp (Siap)

BBM saya merupakan bahan konkrit berbentuk 3 Dimensi. Secara kasarnya, ia kelihatan seperti sebuah buku, tetapi jika dibukanya ia kelihatan seperti sebuah bunga yang mempunyai 6 kelopak. Setiap kelopak tersebut dilabelkan dengan satu jenis seni kraf yang diajar pada hari tersebut. Penerangan kecil tentang setiap bidang ditampal pada ruang bawah kelopak bunga. Ini adalah kerana, sekiranya murid-murid tidak dapat membezakan jenis-jenis kraf, maka mereka boleh merujuk pada penerangan yang diberi. Hal ini akan menolong murid-murid mengingat kembali apa yang diajar.

Bagi menggunakan BBM Floral pot ini, BBM saya harus dibuka menjadi kotak dahulu. Kemudian, guru akan menunjukkan flower pot ini kepada murid-murid. Selepas itu, guru akan memberi taklimat cara bermain permainan ini. Selepas itu, guru akan memberikan kotak supaya murid-murid mencabut beberapa helaian kertas yuang mengandungi gambar-gambar seni kraf. Kemudian, mereka harus memasukkan helaian kertas ke dalam kelopak bunga yang berkenaan. Dengan ini, guru akan dapat mengetahui sama ada murid-murid dapat mengkategorikan seni kraf yang diajarnya itu.

1.1 Kelebihan BBM saya

Ciri-Ciri PeneranganMudah alih : BBM saya boleh dilipat dan ia kelihatan kecil selepas

dilipat. Oleh itu, ia mudah dibawa ke mana-mana sahaja.Kos rendah : BBM saya diperbuat daripada kertas manila dan kadbod

sahaja. Saya telah menggunakan gam biasa untuk menampal dan warna air untuk menghiaskannya. Maka, bagi membuat BBM ini, kita tidak perlu berbelanja lebih.

Keselamatan : BBM saya sangat selamat untuk digunakan kerana tidak menggunakan bahan yang tajam. Murid-murid tidak akan tercedera jika terlanggar BBM saya ini.

Kesesuaian : Ia sesuai dengan kandungan pelajaran yang diajar.Pelbagai Kegunaan : Ia juga boleh digunakan untuk topik-topik lain yang

memerlukan klasifikasi.Berkesan dan menarik : Warna-warna yang menarik perhatian murid-murid akan

menyebabkan mereka teruja untuk belajar.

Page 12: Tugasan Sdp (Siap)

4.0 REFLEKSI

Sepanjang melaksanakan kerja kursus ini, sebagai bakal pendidik saya dapat

memperoleh banyak informasi dan juga pengetahuan dari segi pelbagai aspek. Kerja kursus ini

bukan sahaja menjadikan saya lebih berpengetahuan tetapi memberikan saya pengalaman

yang tidak dapat saya lupakan. Walaupun pelbagai halangan dan rintangan telah saya hadapi

semasa melaksanakan kerja kursus ini, tetapi dengan bimbingan pensyarah Puan Izzatul

Ashikin Binti Ibrahim dan juga usaha saya yang kukuh menyebabkan saya menjayakan kerja

kursus ini dengan sepenuhnya. Antara halangan yang saya hadapi adalah kesuntukan masa

untuk merujuk buku-buku ilmiah di perpustakaan, kekeliruan terhadap tajuk tugasan dan

sebagainya. Akan tetapi, semua halangan ini merupakan satu cabaran bagi saya semasa saya

melakukan kerja kursus ini.

Tugasan ini mengandungi beberapa sub tugasan. Pada pertamanya ialah tentang

rancangan pengajaran harian. Rancangan Pengajaran Harian atau ringkasnya RPH digunakan

sebagai rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru-guru

di sekolah. Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu dokumen rasmi penting kepada

seorang guru profesional yang perlu disediakan sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan.

Seorang guru perlu menguasai kemahiran merancang rancangan pengajaran yang akan

dilaksanakan dengan berkesan. Kejayaan sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru di

dalam kelas bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan guru membuat perancangan dan

persediaan rapi sebelum memulakan sesi pengajaran. Kesemua kepentingan RPH ini dapat

saya fahami apabila saya menulisnya. Saya memilih mata pelajaran Kajian Tempatan bagi

tahun 6 untuk melaksanakan tugasan ini. Walaupun, pada awalnya saya berasa keliru tetapi

dengan bimbingan pensyarah saya dapat membetulkan kesalahan saya.

Selain itu, sub tugasan seterusnya dapat mencungkil pemikiran kreativiti dan inovatif

saya sebagai bakal pendidik. Hal ini kerana sub tugasan ini ialah tentang alat bantu mengajar

yang berunsurkan kemahiran PSV, Muzik dan Pergerakan. Bagi sub tugasan ini, saya

dikehendaki melaksanakannya secara individu. Bagi sub tugasan ini, selepas saya mengumpul

maklumat dan mencantum semua idea, akhirnya saya mengambil keputusan untuk membuat

alat bantu mengajar iaitu buku bintang “star book”. Semasa membuat alat bantu mengajar ini,

dalam tugasan ini kami diarahkan untuk menghasilkan satu bahan bantu mengajar di mana

asasnya menggunakan perisian “Power point”. Sebelum ini, saya pernah membuat banyak

pembentangan “Power point”. Akan tetapi, apabila dalam tugasan ia digunakan sebagai bahan

bantu pengajaran, ia amat mencabar kepada saya semasa melaksanakan kerja Kursus ini.

Walaupun cabaran, saya suka dan minat akan membuatnya. Tugasan ini bukan sahaja

Page 13: Tugasan Sdp (Siap)

mengajar saya dari aspek bahan bantu mengajar bentuk 2D dan 3D tetapi dari aspek TMK juga.

Semasa membuat bahan bantu mengajar, saya mengalami kekangan seperti tidak mendapat

bahan yang mencukupi untuk melengkapkan BBM saya. Akhirnya, dengan kreativiti dan inovatif

saya menggunakan alat—alat yang lama yang masih boleh dipakai. Di samping itu, melalui sub

tugasan ini saya memahami bahawa sebagai seorang guru, guru hendaklah peka akan alat

bantu mengajar yang sesuai untuk menggunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Hal ini kerana ia tentu akan mempengaruhi murid dari segi minat dan semangat mereka untuk

belajar.

Tambahan lagi, dalam tugasan ini juga kami diarahkan untuk membina satu lirik lagu

yang relevan dengan tajuk yang kita pilih. Bagi tugasan ini juga, kemahiran PSV, Muzik dan

Pergerakan perlu beri penekanan. Oleh itu, saya memilih ketiga-tiga kemahiran ini dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran. Saya menerapkan unsur ini semasa set induksi hingga ke akhir

penutup. Buktinya, bagi memenuhi kemahiran PSV, dalam latihan dan juga kuiz saya

menerapkan unsur lukisan dan juga buat ancaman. Tambahan lagi, bagi kemahiran Muzik pula,

saya menambahkan video klip yang mempunyai audio dan juga ada lagu pada sesi penutup.

Bagi kemahiran pergerakan, saya menggunakan teknik pergerakan psikomotor murid pada

akhir sesi pembelajaran iaitu membuat pergerakan sambil menyanyi lagu yang dibina.

Walaupun semasa saya berasa susah dalam mereka sebuah lirik, akhirnya secara keseluruhan

saya dapat menghabiskan. Saya berasa bahagian sub tugasan ini iaitu membina satu lirik lagu

yang tersendiri dan juga menyanyikannya adalah satu kekuatan bagi tugasan ini. Hal ini kerana

ia dapat mencungkil idea kreatif dan inovatif seseorang guru pelatih. Oleh itu, saya bercadang

bahawa tugasan sebegini harus berterusan supaya minda guru pelatih lebih menjurus kea rah

kreatif dan inovatif.

Kesimpulannya, sebagai bakal pendidik saya dapat memperoleh banyak pengetahuan

yang mendalam serta pengalaman semasa saya melaksanakan kerja kursus ini. Peranan yang

dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan, selain menyebar ilmu, guru haruslah peka akan

perancangan serta memilih alat bantu mengajar yang sesuai kepada murid. Nilai-nilai keguruan

yang saya peroleh daripada tugasan keseluruhannya ialah bertanggungjawab, akauntabiliti,

bekerjasama dan sebagainya. Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru

mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Oleh itu, sebagai seorang bakal

guru, saya akan sentiasa berusaha menjalankan tugasnya dengan sempurna. Hal ini

disebabkan atas proses pembinaan negara bangsa. Memandangkan bidang pendidikan

merupakan salah satu aspek penting dalam menjayakan harapan dan aspirasi negara untuk

menjadi negara maju dan bertaraf dunia, guru-guru juga perlu menyiapkan diri mereka dengan

Page 14: Tugasan Sdp (Siap)

ciri-ciri pendidik yang terbaik yang dapat membantu proses pembinaan negara bangsa yang

cemerlang. Keseluruhan tugasan ini membantu saya menjadi seorang guru yang mempunyai

ciri-ciri personal, ciri interpersonal, ciri profesional, ciri intelektual yang baik, berkemahiran

dalam pengurusan, kreatif dan inovatif, menguasai ilmu pedagogi, dapat mengaplikasikan teori

kepada amalan dan mengamalkan pembelajaran ilmu sepanjang hayat.

Saya ingin ambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua

pihak yang turut banding bahu dan kongsi maklumat untuk menyiapkan tugasan ini. Terutama

kepada pensyarah saya Puan Izzatul Ashikin Binti Ibrahim yang sudi memberi penjelasan serta

memberi bimbingan dalam pelaksanaan tugasan ini. Merakam ribuan terima kasih saya kepada

kedua-dua ibu bapa saya yang sudi memberi nasihat dan membantu saya bila-bila masa. Tidak

lupa juga mengucapkan terima kasih kepada semua rakan sekelas saya yang sering kongsi

maklumat serta bincang idea berkaitan tugasan ini.

Sekian. Terima kasih.

Page 15: Tugasan Sdp (Siap)

5.0 Bibliografi / Rujukan

.

Elsie Tan, 1998, Pendidikan Seni KBSM Tingkatan 1, Cemerlang Publications Sdn. Bhd, Seri Kembangan Selangor

Hassan Mohd Ghazali, 2007, Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1, Creative Enterprise Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Jabatan Warisan Negara, 26 Ogos 2014, Tekat - Jabatan Warisan Negara, http://www.heritage.gov.my/index.php/warisan-tidak-ketara/seni-halus/tekat diakses pada 18 Ogos 2014

Kathleen Chee, 1991, Sri Modul Pelangi- Pendidikan Seni, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, Johor Bahru.

Kerajaan Negeri Kelantan, 2011, Pertukangan Perak,Emas,Tembaga - Kelantan , http://pptn.kelantan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=128&Itemid=167&lang=bm diakses pada 17 Ogos 2014

Mohd Sawari, 28 July 2010, TEMBIKAR- Kraf Tradisional, http://wareyzseni.blogspot.com/2010/07/pengenalan-tembikar-ialah-barangan-kraf.html diakses pada 18 Ogos 2014

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH , Seni Anyaman Tradisional - Pengenalan - Memori Kedah, http://memori-kedah.com/page_pengenalan.php?p=1&idstopic=5&mtopic=1 diakses pada 18 Ogos 2014

Sheila, 11 December 2012, KRAF TRADISIONAL TENUNAN, http://sheilaakmar.wordpress.com/ diakses pada 19 Ogos 2014