resepi ramadhan quaker

15
Resepi Ramadhan Quaker Resepi Ramadhan Quaker Istimewa untuk Ramadhan ini, Quaker turut memberi beberapa resepi juadah bersahur & berbuka puasa yang mudah disediakan untuk semua. "Sayangi Jantungmu Nikmati Hidupmu". Selamat Mencuba! p/s: Klik link resipi untuk gambar. Nasi Goreng Seri Quaker Bahan-bahan: 3 mangkuk nasi 1 cawan Quaker Oat Quick Cook 100 gram ayam yang dipotong kecil ¼ sudu teh Garam ¼ sudu teh serbuk kunyit ¼ sudu teh serbuk cili 2 ulas bawang putih yang ditumbuk 3 ulas bawang merah yang ditumbuk 1 sudu besar the serbuk belacan 1 tangkai daun bawang dan daun sup 2 sudu besar minyak 1 biji telur 1 mangkuk sayur campur Hiasan: Salad Tomato Timun Cara penyediaan: 1. Gaulkan ayam bersama sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng sehingga rangup dan keemasan. 2. Angkat dan toskan.

Upload: hajarzamri

Post on 03-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

resepi untuk diet

TRANSCRIPT

Page 1: Resepi Ramadhan Quaker

Resepi Ramadhan Quaker

Resepi Ramadhan Quaker

Istimewa untuk Ramadhan ini, Quaker turut memberi beberapa resepi juadah bersahur & berbuka puasa yang mudah disediakan untuk semua. "Sayangi Jantungmu Nikmati Hidupmu". Selamat Mencuba!

p/s: Klik link resipi untuk gambar.

Nasi Goreng Seri Quaker

Bahan-bahan:

3 mangkuk nasi 1 cawan Quaker Oat Quick Cook 100 gram ayam yang dipotong kecil ¼ sudu teh Garam ¼ sudu teh serbuk kunyit ¼ sudu teh serbuk cili 2 ulas bawang putih yang ditumbuk 3 ulas bawang merah yang ditumbuk 1 sudu besar the serbuk belacan 1 tangkai daun bawang dan daun sup 2 sudu besar minyak 1 biji telur 1 mangkuk sayur campur

Hiasan:

Salad Tomato Timun

Cara penyediaan:

1. Gaulkan ayam bersama sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng sehingga rangup dan keemasan.

2. Angkat dan toskan.3. Tumis bawang putih, bawang merah dan sedikit serbuk belacan bersama oat

ke dalam kuali. 4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, sayur campur dan nasi.5. Pecahkan telur ke dalam kuali6. Masukkan sedikit garam dan kacau sehingga sebati.7. Angkat dan taburkan daun bawang, daun sup di atas nasi.8. Hiaskan dengan salad, tomato dan timun.

Page 2: Resepi Ramadhan Quaker

Ayam Goreng Berempah Oat

Bahan-bahan A  :

600 gram daging ayam,dipotong kecil berukuran 6cm  1 cawan Quaker Oat Cepat Dimasak 1 sudu teh serbuk kunyit 1 sudu teh serbuk cili 1 sudu teh garam  1/3 susu cair 500 ml minyak Salad Timun 1 biji Tomato (hiasan)

Bahan-bahan B   :

3 batang Serai (dikisar) 5 tangkai Cili Kering (dikisar) 2 biji Cili Merah (dikisar) 10 cm Halia (di kisar) 3 ulas Bawang Putih (dikisar) 3 ulas Bawang Merah (dikisar) 3 biji Badam (direndam) 3 biji Kurma(dicincang) 1 biji telur

Cara:

1. Gaul ayam bersama kunyit, serbuk cili dan garam. Celup di dalam telur. Angkat. Kemudian celup di dalam oat.

2. Goreng ayam tersebut sehingga rangup dan bertukar warna keemasan.3. Angkat dan kemudian toskan.4. Tumis kesemua bahan B hingga betul- betul masak. Masukkan sedikit susu

cair dan garam.5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam kuali. Kacau sebati6. Angkat dan hidangkan.

Ayam Quaker Masak Masam Manis

Bahan-bahan: 

500 gram daging ayam tanpa tulang

Page 3: Resepi Ramadhan Quaker

1 cawan Quaker Oats Cepat Dimasak ½ cawan tepung gandum Secubit garam Lada sulah mengikut rasa 1 biji telur yang telah dipukul 2 sudu teh sos ikan Minyak masak Daun kari 5 sudu teh sos cili Thai 1 sudu teh jus lemon

Hiasan:

2 ulas daun bawang 1 tangkai daun ketumbar - dipotong halus 5 biji cili padi - dipotong halus 1 biji lobak merah - dipotong halus ½ biji buah oren- dipotong nipis 1 sudu besar bijan

Cara penyediaan:

1. Gaulkan Quaker Oats Cepat Dimasak dan tepung gandum di dalam mangkuk.2. Potong ayam sepanjang 1/2 cm dan perap ayam dengan lada hitam, secubit

garam dan sos ikan. Masukkan telur dan gaul sehingga sebati.3. Celupkan ayam ke dalam campuran oat dan tepung gandum.4. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng sehingga masak.5. Masukkan ayam, lobak merah, daun bawang, daun ketumbar, bijan & cili

padi ke dalam mangkuk. 6. Hiaskan dengan buah oren. 7. Gaulkan sos cili Thai dan jus lemon. Tuangkan ke dalam campuran ayam tadi

dan hidangkan segera.

Fresh Oren Quaker Oats Malaysia

Bahan-bahan     :

5 biji buah Oren yang besar   3 biji buah limau Mandarin 50 gram Quaker Oats Segera Sedikit air Gula Beberap ketul ais kuib Sedikit Air

Hiasan  :

Page 4: Resepi Ramadhan Quaker

Bunga Bendera Malaysia (Kecil)

Cara     :          

o Kupas buah Oren & Limau Mandarin dan potong kepada bahagian kecil. Buang biji, sekiranya ada.

o Masukkan buah Oren & Limau Mandarin bersama sedikit air ke dalam mesin pengisar. Tambahkan Quaker Oat Segera dan kisar sehingga sebati. 

o Masukkan ke dalam gelas, tambah Quaker Q-Vital (Original) atau sedikit air gula (mengikut citarasa).

o Hidangkan sejuk.

Udang Quaker Masak Masam Manis

Bahan-bahan A:

1 cawan Quaker Oat Cepat Dimasak 500 g udang bersaiz sederhana ½ cawan tepung gandum Secubit garam Lada sulah mengikut rasa 1 biji telur yang telah dipukul Minyak masak 2 sudu teh sos ikan 2 ulas bawang putih - dihiris halus 2 ulas daun bawang - dihiris halus 1 tangkai  daun ketumbar 5 biji cili padi - dihiris halus 1 biji manga muda - dihiris halus 1 biji lobak merah 5 sudu teh sos cili Thai 1 sudu teh jus lemon

Hiasan:

Tomato Daun Salad Cili merah 1 biji timun

Cara penyediaan:

Page 5: Resepi Ramadhan Quaker

1. Campurkan Quaker Oat Cepat Dimasak bersama tepung gandum dalam satu mangkuk. Gaulkan sehingga sebati.

2. Perapkan udang bersama lada sulah, garam dan sos ikan. Masukkan telur dan gaulkan sehingga sebati.

3. Celup udang ke dalam campuran oat dan tepung gandum.4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng udang sehingga masak. 5. Masukkan udang yang telah dimasak, hirisan mangga, timun, lobak merah,

daun bawang, ketumbar dan cili padi ke dalam mangkuk.6. Gaulkan sos cili Thai dan jus lemon sehingga sebati. Tuangkan ke dalam

campuran udang dan bahan-bahan yang lain.

Udang Ranggup Quaker

Bahan-bahan: 

1 mangkuk Quaker Quick Cook 300 g udang bersaiz sederhana Daun kari 2 ulas halia yang dipotong halus Cili padi Marjerin Secubit garam Secubit gula Lada sulah

Hiasan:

Tomato Daun salad Cili merah

Cara penyediaan:

Panaskan 2 sudu marjerin di dalam kuali. Goreng dan kemudian keluarkan udang. Panaskan semula marjerin dan masak bersama cili, daun kari, bawang putih

dan garam selama 2 minit. Masukkan udang yang telah digoreng, gula dan sedikit lada sulah. Masak dan gaulkan di bawah api yang kuat selama 1- 2 minit. Hidangkan segera

Bubur Heart For Life Quaker

Page 6: Resepi Ramadhan Quaker

Bahan-bahan:  

90 g Quaker Oat Cepat Dimasak 50 g beras yang telah dibersihkan 750 ml air 250 ml susu rendah lemak 250 ml potongan strawberi 1 biji kiwi yang dipotong ½ cawan anggur Gula melaka secukup rasa

 

Cara penyediaan:

1. Masukkan beras dan air ke dalam kuali yang besar. Biarkan sehingga mendidih dan kecilkan api selama 30 - 40 minit sehingga nasi menjadi lembut.

2. Masukkan oat dan susu untk melembutkan nasi dan masak selama 10 minit lagi. Kacau sekali-sekala dan maniskan secukup rasa dengan gula melaka.

3. Hidangkan dan hiaskan dengan campuran buah-buahan tadi.

Resepi ringkas untuk quaker oat:

Bahan-Bahan:5 sudu besar oat segenggam ikan bilis ½ bawang besar-dimayang 500 ml air garam secukup rasa serbuk lada sulah   

Cara:1)didihkan air bersama ikan bilis 2)bila ikan bilis separa empuk, masukkan oat dan bawang. Kacau atas api perlahan. 3) masukkan garam 4)kacau perlahan sehigga oat masak sepenuhnya. tambah air sekiranya hampir kering. 5) masak dalam 5-10min 6)sedia dihidang- tambah kicap jika nak sedap

Cadangan Hidangan:1 orangssesua dimakan untuk sarapan pagi.

Page 7: Resepi Ramadhan Quaker

1 cawan Oat masakan (kalau quaker oat, warna biru)Sayur-sayuran - saya guna carrot, pak choy, cauliflower - untuk baby cincang halus/ kecilPerisa - saya guna ikan bilis, boleh guna udang, ayam, daging atau apa2 yang kalian suka2 hiris Halia1 ulas bawang putih bawang merah/ besarGaram - untuk baby bawah setahun tak payah2 cawan air

Masakkan oat dengan airMasukkan halia, bawang, bilisSudah mendidih, masukkan carrotSebelum tutup api, masukkan sayur-sayur lainPerisakan dengan garam

Hidangkan dengan ikan bilis dan bawang gorengDan boleh taburkan cili api, daun bawnag/ supLetak kicap pun sedap

Page 8: Resepi Ramadhan Quaker

Resepi Bihun Singapura Simple

1 bungkus bihun ( rendam hingga lembut dulu )1 biji bawang besar2 – 3 ulas bawang putihsegenggam ikan bilis/udang kering1/2 batang karot di potong22 pokok sawi/pak choy dipotong2sedikit taugeh ( tak letak… my daughter tak suka )10 biji cili api ( jika suka )sedikit serbuk lada hitamsedikit garam, gula dan serbuk perasa

Cara penyediaan

1. Kisar bawang besar, bawang putih, cili api, ikan bilis@ udang kering hingga hancur dalam blender.2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan naik minyak.3. Masukkan sedikit air ( jumlahnya agak2 dapat melembutkan bihun ), garam, gula dan serbuk perasa.4. Masukkan bihun dan sayur2an….5. Sesuaikan rasa bolehlah diangkat….

** oleh kerana bihun ni kosong kena letak ikan bilis @ udang kering banyak sikit, baru sedap….

Page 9: Resepi Ramadhan Quaker

o untuk makan malam Siti hari ni, Siti makan sup sayur + oat je. Sedap.... dan yang penting, mengenyangkan.

Bahan-bahan:

Sayur bayam Tomato (dipotong 4)

Oat segera Bawang merah (dihiris) Bawang putih (dihiris)

Ikan bilis @ ayam @ daging sedikit minyak untuk menumis

Lebih kurang 1 cawan air secubit garam sebagai perasa

Cara masak:Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis hingga naik bau, masukkan air dan tomato, biarkan mendidih. Gunakan api yang besar. Selepas mendidih, masukkan sayur bayam yang telah dicuci bersih dan kacau. Segera matikan api supaya daun bayam tidak terlebih masak dan masukkan oat segera. Kacau rata

Page 10: Resepi Ramadhan Quaker

supaya oat tidak berketul. Masukkan secubit garam sebagai perasa. Sedia untuk dihidang.

Rendang Daging IstanaResepi : Pak EngkuSumber : Azlita Masam ManisBahan2 1 kg daging - dipotong kecil 15 biji cili padi - dikisar3 inc kunyit hidup - dikisar4 labu bawang besar - dikisar2 inc halia - dikisar2 inc lengkuas - dikisar10 batang serai - dikisar5 gm lada hitam - dikisar2 btg kulit kayu manis3 biji buah pelaga3 kuntum bunga lawang4 kuntum bunga cengkih1 kg santan50 gm kerisik2 keping asam gelugur2 helai daun kunyit - dihiris rampaigaram dan gula secukup rasa1/2 ketul gula melaka - ita tambah (MaDiHaA letak 1/4 gula kerek & omit gula pasir)

Cara2 Menyediakan1. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang bersama2 dgn bawang besar, halia, serai, lengkuas dan lada hitam.  Bila sudah kekuningan, masukkan cili padi, kunyit hidup dan daging.  (MaDiHaA kisar campur je semua cili padi & kunyit hidup tu.. cuma lada hitam je dikisar guna blender kering jadi masa menumis terus cebur je semua dlm kuali) Masak hingga daging empuk / kering air dagingnya.2. Kemudian masukkan santan secukupnyer dan masak hingga kuah pekat.  Bila sudah pekat masukkan daun kunyit, kerisik, asam keping dan kacau rata.3. Perasakan garam dan gulanyer secukup rasa.4. Masak lagi hingga naik minyak dan hampir kering barulah diangkat.

Page 11: Resepi Ramadhan Quaker

Daging Goreng KunyitResepi MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2500 gm daging ~ hiris nipis melintang urat (supaya daging cepat lembut)garam & serbuk kunyit secukupnya1 biji bawang besar ~ mayang2 ulas bawang putih ~ hiris1 inci halia ~ hiris nipis batang mancis 2 biji cili besar/5 biji cili padi ~ dihiris (tak letak kali ni sebab dua budak kecik yg tak tahan pedas nak makan juga..)1 biji capsicum ~ potong persegi (optional ~ sekadar nk meriahkan warna masakan)1 cawan airbahan perasa jika suka ½  cawan minyak atau secukupnya

Cara2 Menyediakan1. Daging yang dipotong dicuci & ditos. Gaulkan dengan garam & serbuk kunyit.  Masukkan dalam kuali tanpa air atau minyak. Masak hingga daging kecut & air daging yang keluar mengering. Pastikan dikacau2 daging supaya masak rata.2. Masukkan minyak masak dalam kuali berisi daging & goreng daging sehingga nampak garing. Mesti sentiasa dikacau supaya garing sama rata.3. Tanpa dikeluarkan daging... terus masukkan bawang putih, bawang besar, halia & cili hiris. Goreng lagi hingga bawang & cili layu.4. Masukkan air, garam, bahan perasa & jika perlu serbuk kunyit  lagi & renihkan sekejap.  Masukkan cili capsicum & kacau hingga

Page 12: Resepi Ramadhan Quaker

air agak kering.  Pastikan daging cukup lembut & secukup rasa.  Sedia dihidangkan.

Daging Masak HitamResepi : Majalah Mingguan WanitaSumber : Fotopages Ida Marlida

Bahan21 kg daging (dipotong nipis)3 ulas bwg merah (dihiris)2 ulas bwg putih (dihiris)3 kuntum bunga lawang2 inci kulit kayu manis1/2 cawan kicap pekatair asam jawa secukupnyagaram secukup rasa Minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar4 biji bwg besar3 inci halia4 ulas bwg putih20 biji cili kering1 sudu kecil jintan manis1 sudu kecil jintan putih1 sudu kecil ketumbar - Ida tambah ~ MaDiHaA letak jugak

Cara1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak. 2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)