resepi nasi ayam sedap

7
Resepi Nasi Ayam Sedap Resepi Nasi Ayam yang memang pasti sedap. Sangat berbaloi mencuba resepi ini walaupun nampak sukar dan munggunakan bahan yang banyak. Anda pasti puas hati dengan hasilnya! Ditulis oleh : Che' Nom Masa: Penyediaan: 40 Minit | Memasak: 60 Minit | Keseluruhan: 100 minit Jumlah Hidangan : 4 orang makan Bahan-Bahan: Bahan untuk ayam (direbus) : 1 ekor ayam dipotong 8 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus 2 cm halia, ditumbuk halus 1 kiub ayam Bahan untuk ayam (diperap) : 1 sudu besar kicap pekat 1 sudu besar sos tiram 1 cm halia, ditumbuk halus 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus 1 sudu besar kicap cair Sedikit madu untuk sapuan

Upload: zaliha-mamat

Post on 26-Dec-2015

58 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

recipe

TRANSCRIPT

Page 1: Resepi Nasi Ayam Sedap

Resepi Nasi Ayam Sedap

Resepi Nasi Ayam yang memang pasti sedap. Sangat berbaloi mencuba resepi ini walaupun nampak sukar dan

munggunakan bahan yang banyak. Anda pasti puas hati dengan hasilnya!

Ditulis oleh : Che' Nom

Masa:

Penyediaan: 40 Minit | Memasak: 60 Minit | Keseluruhan: 100 minit

Jumlah Hidangan : 4 orang makan

Bahan-Bahan:

Bahan untuk ayam (direbus) :

1 ekor ayam dipotong 8

2 ulas bawang putih, ditumbuk halus

2 cm halia, ditumbuk halus

1 kiub ayam

Bahan untuk ayam (diperap) :

1 sudu besar kicap pekat

1 sudu besar sos tiram

1 cm halia, ditumbuk halus

2 ulas bawang putih, ditumbuk halus

1 sudu besar kicap cair

Sedikit madu untuk sapuan

Page 2: Resepi Nasi Ayam Sedap

Bahan untuk nasi:

3 cawan beras

4 cawan air rebusan ayam

2 sudu besar butter

1 cm halia ditumbuk halus

3 ulas bawang putih ditumbuk halus

Sedikit garam

2 bunga lawang*

4 buah pelaga*

1 kayu manis*

1 batang serai ketuk

2 helai daun pandan

Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan untuk sos:

5 biji cili merah

3 ulas bawang putih

2 cm halia

1 sudu besar cuka

1 sudu teh garam

1 sudu teh gula

1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:

Air rebusan ayam

1 biji bawang besar, dikisar

Rempah sup bunjut

Garam

Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Bahan untuk kuah kicap:

Kuah kicap perapan ayam di atas

Kicap manis cap kipas udang

Sedikit garam

Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:

1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.

2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.

3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)

4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Cara untuk memasak nasi:

1. Basuh beras dan tos air.

2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga

garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan

ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Page 3: Resepi Nasi Ayam Sedap

Cara untuk memasak sup:

1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup

rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Cara untuk memasak sos:

1. Kisarkan semua bahan di atas.

2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Cara untuk memasak kuah kicap:

1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Tips:

Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam

akan mudah hancur ketika menggoreng.

Page 4: Resepi Nasi Ayam Sedap

NASI AYAM

3 pot beras (untuk keluarga kecilku)

basuh beras bersih-bersih dan toskan

lemak dan kulit ayam (jangan buang.. basuh bersih dan guna untuk masak nasi)

3 sudu majerin

(bahan tumbuk)

3 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci halia

* on kan rice cooker anda.. bila dah panas, masukkan majerin.. tumis bahan tumbuk hingga perang.. masukkan

lemak dan kulit ayam.. tumis sekali ya.. kemudian masukkan beras tadi dan kacau rata-rata hingga wangi..

membunuh ok bau dia time ni.. hahah.. kemudian masukkan sup dari rebusan ayam.. jangan banyak sangat air

takut nasi menjadi lembik.. kurang tak pe.. Ok!! siap nasi ayam!!!! kalau sup tak cukup, pepandailah korang

tambah air biasa ke apa.. hehehe

SUP

potongan ayam

(bahan tumbuk)

4 biji bawang putih

2 biji bawang merah

2 inci halia

1 kiub ayam

Page 5: Resepi Nasi Ayam Sedap

daun sup

daun bawang 

bawang goreng

*tak perlu tumis.. didihkan air.. lebur je ayam ngan bahan tumbuk tu.. campak kiub ayam.. masukkan garam.. bila

ayam dah masak, tutup api.. keluarkan ayam dan toskan ayam.. sup tu bahagikan ye..separuh untuk masak nasi..

dan selebihnya untuk dimakan bersama nasi ayam.. campakkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng

sebagai hiasan ;)

AYAM

Bahan perap

sos tiram

kicap cair

kicap manis

madu

3-4 titik minyak bijan

Lepas perap/lumurkan.. panaskan minyak.. dan goreng ayam.. tak perlu lama.. sebab ayam dah masak.. sampai

nampak cantik je terus angkat.. potong-potong ayam macam kat stall nasi ayam :)

KUAH LADA

4-5 lada hidup (merah)

1 biji bawang putih

sedikit gula

sedikit garam

1/2 sudu kecil cuka

2 sudu makan cili sos

*blend kesemua bahan.. cili sos tak yah blend dulu pon takpe.. kemudian panaskan periuk.. tambah air dan cili

sos (ikut tahap kepekatan masing-masing)

KUAH KICAP

*Guna balance perapan ayam tadi.. campurkan dengan kuah sup.. kalau cair.. tambah lagi kicap manis.. 

Senangkan? InsyaAllah walaupon simple je.. tapi rasa dia mengagumkan.. ok, disebabkan tu juadah untuk

berbuka puasakan... rasa tak berapa best kalau menu itu je satu.. so aku buat cekodok bilis.. rangup-rangup

makan dengan cili sos.. Acih sorang je hadap berapa ketul.. puas hati tengok semua orang suka ;) aku tak makan

pon tak pe.. waaaahhh ibu mithali sangat ni.. hahahaha... 

Page 6: Resepi Nasi Ayam Sedap

Nasi Ayam Resepi TurunTemurun Oleh: Azie Kitchen

Nasi AyamBeras basmathi - basuh dan tos4 ulas bawang putih1 inci halia1 sudu besar mentegaMinyak ayam2 helai daun pandan Sedikit garam

Panaskan planta dan minyak ayam. Tumis bawang putih dan halia yang ditumbuk serta daun pandan sehingga wangi.Tuang bahan tumis ke dalam beras yang telah dibasuh dan tos. Kacau rata sebelum dimasukkan air secukupnya. Saya letakkan sedikit garam. Masaklah nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.

Page 7: Resepi Nasi Ayam Sedap

Ayam Madu1 ekor ayam dg kulit - potong 4 atau 6Serbuk kunyit Garam halusSedikit madu 

Lumur ayam dengan bahan di atas dan perap lama lama. Jika banyak, boleh disimpan di dalam freezer untuk kegunaan masa depan.

Goreng dengan minyak penuh sehingga ayam masak.

Sambal Cili6 - 8 tangkai cili kering3 ulas bawang putihGulaAir asam jawa

Masak cili dan bawang putih kisar sehingga mendidih dan agak agak cili masak. Kemudian masukkan gula dan terus masak sehingga bertukar warna gelap. Akhir sekali masukkan air asam jawa. 

Sambal KicapBawang putihKicap cap kipas udang Sedikit air

Tumbuk bawang putih dan satukan dengan kicap serta sedikit air. Masaklah sehingga mendidih.

Page 8: Resepi Nasi Ayam Sedap