cara memasak nasi arab chicken mandy dengan periuk noxxa yang sedap dan mudah

7
 CARA MEMASAK NASI ARAB CHICKEN MANDY DENG AN PERIUK NOXXA YANG SEDAP DAN MUDAH  Home » Resipi dan Sudut Kreatif  » SuperMom » Cara Memasak Nasi Arab Chicken Mandy Dengan Periuk Noxxa Yang Sedap Dan Mudah Hari tu mak saudara singgah sini berikan Rempah Ustazah Nasi Ayam Mandhy untuk kami. Katanya senang je nak masak Nasi Arab Chicken Mandy dengan menggunakan periuk Noxxa. Opah dengar ni memang suka bebenorlah kalau periuk Noxxa dia tu boleh masak macam-macam. Hehehehe! Bila tengok cara memasak nasi arab chicken mandy memang senang lagi-lagi menggunakan periuk Noxxa. Hanya perlu masak selama 4 minit sahaja dan resipi ini boleh cukup untuk 10 orang makan. Nasi arab chicken mandy ni juga dimakan dengan sos harrah dan salad arab. Amboi semua nak arab kan. Hehehe. Okay, jom tengok bahan-bahan dan cara penyediaan untuk ketiga-tiga resipi. Bahan-bahan Nasi Arab Chicken Mandy 4 gelas beras basmathi 4 gelas air 2 sudu minyak zaitun 2 sudu besar garam 1 kiub ayam 4 sudu besar yogurt 4 helai daun pandan Daun ketumbar Daun pudina 1 paket rempah ustazah nasi ayam mandhy

Upload: sabri-hussin

Post on 08-Oct-2015

176 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • CARA MEMASAK NASI ARAB CHICKEN MANDY DENGAN PERIUK NOXXA YANG SEDAP DAN MUDAH Home Resipi dan Sudut Kreatif SuperMom Cara Memasak Nasi Arab Chicken Mandy Dengan

    Periuk Noxxa Yang Sedap Dan Mudah

    Hari tu mak saudara singgah sini berikan Rempah Ustazah Nasi Ayam Mandhy untuk

    kami. Katanya senang je nak masak Nasi Arab Chicken Mandy dengan menggunakan

    periuk Noxxa. Opah dengar ni memang suka bebenorlah kalau periuk Noxxa dia tu boleh

    masak macam-macam. Hehehehe!

    Bila tengok cara memasak nasi arab chicken mandy memang senang lagi-lagi

    menggunakan periuk Noxxa. Hanya perlu masak selama 4 minit sahaja dan resipi ini

    boleh cukup untuk 10 orang makan. Nasi arab chicken mandy ni juga dimakan

    dengan sos harrah dan salad arab. Amboi semua nak arab kan. Hehehe. Okay, jom

    tengok bahan-bahan dan cara penyediaan untuk ketiga-tiga resipi.

    Bahan-bahan Nasi Arab Chicken Mandy

    4 gelas beras basmathi

    4 gelas air

    2 sudu minyak zaitun

    2 sudu besar garam

    1 kiub ayam

    4 sudu besar yogurt

    4 helai daun pandan

    Daun ketumbar

    Daun pudina

    1 paket rempah ustazah nasi ayam mandhy

  • Cara-cara Memasak Dengan Periuk Noxxa

    1. Masukkan air, minyak zaitun, kiub ayam, garam, daun pandan, yogurt dan rempah

    ustazah nasi arab mandhy. Kacau hingga sebati.

  • 2. Masukkan pula beras basmathi, ayam dan kacau sehingga sebati. Setting periuk Noxxa

    High Pressure selama 4 minit.

    3. Bila dah cukup 4 minit, keluarkan wap dan buka penutup periuk. Bancuh sedikit pewarna

    kuning telur dan renjis-renjis atas nasi. Kalau ada saffron lagi baik, tapi cuma ada pewarna

    sahaja. Taburkan daun ketumbar, daun pudina dan kalau ada gajus dan kismis pon boleh.

  • Bahan-bahan Salad Arab

    Timun Zuccinni didadu

    Daun salad

    Tomato cherry didadu

    Daun ketumbar

    Daun pudina

    1 cili merah di hiris

    1 botol yogurt

    Cara-cara Membuat Salad Arab

    1. Potong semua bahan-bahan di atas

  • 2. Letakkan yogurt dalam ni. Terus masukkan dalam peti ais biarkan sejuk. Bila nak makan

    nanti baru gaulkan.

  • Bahan-bahan Sos Harrah

    6 cili hidup merah + 1 cili padi

    4 biji tomato

    1 biji bawang besar bersaiz kecil

    Daun pudina sikit

    Garam sedikit

    Cara-cara Membuatnya

    1. Potong semua dan blend. Gambar sos di bawah ni yang warna merah tu.

  • Inilah hasilnya sepinggan Nasi Arab Chicken Mandy dimasak dengan rempah ustazah

    chicken mandydengan menggunakan periuk Noxxa. Senang sangat dan mudah.

    Kalau teringin nak makan Nasi Arab Chicken Mandy ni boleh lah buat sendiri pakai periuk

    Noxxa ni. Cepat, mudah dan senang. Kalau sesiapa nak dapatkan periuk Noxxa ni boleh

    hubungi Mummy =)

    Xoxo

    Mummy Akmar