resepi nasi beriani gam

34
Resepi Nasi Beriani Gam Bahan-bahan: 1 kg daging lembu – potong kiub 12 ketul 1 kg beras basmathi – besihkan dan tanak hingga masak 2.5 liter air 200 ml susu cair 150 ml minyak sapi 100 ml air mawar 150 gram dadih 300 gram bawang besar – dihiris bulat 8 ulas bawang putih - dikisar 4 cm halia – dikisar 5 sudu besar rempah beriani 5 biji buah tomato – belah 4 setiap satu 30 gram daun pudina 30 gram daun ketumbar 50 gram badam bakar Sedikit bawang goring, kismis dan gajus Garam secukupnya Cara membuatnya: Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Goreng bawang besar hingga lembut. Tos dan ketepikan. Bawang putih dan halia kisar ke dalam kuali tadi. Masukkan rempah beriani. Kacau hingga kering. Masukkan daging, tomato, badam, susu cair, dadih, separuh daun pudina, daun ketumbar serta air. Kacau sekali sekala hingga daging empuk. Dalam periuk nasi elektrik, ratakan 2-3 senduk nasi. Renjiskan air mawar, masukkan bawang bear yang telah digoreng, bawang goreng, kismis dan gajus. Kemudian masukkan sedikit kuah daging dan ratakan. Buat seperti ini hingga 3 lapis. Alaskan kain di permukaan atas dan tutup periuk. Letakkan benda berat seperti lesung batu di atas periuk. Tanak selama ½ jam atau hingga masak.

Upload: 2ways62

Post on 27-Jun-2015

677 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Resepi Nasi Beriani Gam

Resepi Nasi Beriani GamBahan-bahan:

1 kg daging lembu – potong kiub 12 ketul

1 kg beras basmathi – besihkan dan tanak hingga masak

2.5 liter air

200 ml susu cair

150 ml minyak sapi

100 ml air mawar

150 gram dadih

300 gram bawang besar – dihiris bulat

8 ulas bawang putih - dikisar

4 cm halia – dikisar

5 sudu besar rempah beriani

5 biji buah tomato – belah 4 setiap satu 

30 gram daun pudina

30 gram daun ketumbar

50 gram badam bakar

Sedikit bawang goring, kismis dan gajus

Garam secukupnya

Cara membuatnya:

Panaskan minyak sapi di dalam kuali.

Goreng bawang besar hingga lembut.

Tos dan ketepikan.

Bawang putih dan halia kisar ke dalam kuali tadi.

Masukkan rempah beriani. Kacau hingga kering.

Masukkan daging, tomato, badam, susu cair, dadih, separuh daun pudina, daun ketumbar serta air. Kacau

sekali sekala hingga daging empuk.

Dalam periuk nasi elektrik, ratakan 2-3 senduk nasi. Renjiskan air mawar, masukkan bawang bear yang telah

digoreng, bawang goreng, kismis dan gajus. Kemudian masukkan sedikit kuah daging dan ratakan. Buat

seperti ini hingga 3 lapis.

Alaskan kain di permukaan atas dan tutup periuk. Letakkan benda berat seperti lesung batu di atas periuk.

Tanak selama ½ jam atau hingga masak.

Tips: Jika masak menggunakan periuk biasa, masak menggunakan api paling perlahan.

Page 2: Resepi Nasi Beriani Gam

Daging Masak Halia

Bahan-bahan:

500 gram daging batang pinang (dihiris nipis dan direbus sehingga lembut)½ inci halia muda (dikisar)10 ulas bawang merah (dikisar)3 ulas bawang putih (dikisar)Sedikit serbuk lada hitam2 tangkai lada merah (dipotong nipis)2 tangkai lada hijau (dipotong nipis)Sedikit minyak masakGaram dan gula secukup rasa1 inci halia muda (dipotong halus)1 keping asam keping125 ml air2 biji buah tomato (dipotong bulat)1 inci kulit kayu manis

Cara Penyediaan:

Panaskan minyak masak di dalam kuali. Gorengkan daging yang telah direbus dan ketepikan seketika. 

Tumis bahan-bahan yang telah dikisar iaitu bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis dan lada hitam sehingga naik bau.

Masukkan bahan-bahan yang telah dipotong pula iaitu lada merah, lada hijau dan halia. Diikuti dengan memasukkan pula daging. 

Kacau sehingga rata. Tambahkan garam, gula, asam keping, buah tomato dan air. Biarkan mendidih seketika. Tutp api.

Resepi Sup Kambing Daha

Page 3: Resepi Nasi Beriani Gam

Bahan-bahan:

500 gram daging kambing, potong dadu, bakar hingga matang

1500 ml santan

5 sudu makan makan kicap manis

5 helai daun limau

3 helai daun salam

3 sudu makan makan minyak masak

Bahan Pelengkap:

150 gram taugeh, bersihkan

150 gram kobis, hiris halus

3 batang daun seleri, hiris halus

3 sudu makan makan bawang putih goreng

5 sudu makan makan bawang merah goreng

3 biji limau nipis

6 sudu makan teh sambal cili api

Kisar halus:

8 biji bawang merah

5 ulas bawang putih

1 sudu makan teh lada hitam

1 sudu makan teh ketumbar

½ sudu makan teh jintan

1 sudu makan garam (atu secukup rasa)

1 sudu makan gula merah

Seruas jari kunyit

Seruas jari halia

Seruas jari lengkuas

Cara Penyediaan:

Tumis bahan kisar hingga naik bau dan masak. masukkan santan, daun limau dan daun salam diikuti daging

Page 4: Resepi Nasi Beriani Gam

kambing. Masak hingga bahan kisar meresap. Angkat dan ketepikan seketika.

Satukan taugeh dan kobis dalam mangkuk. Tuang kuah panas panas tadi. Taburkan bawang putih goreng,

bawang merah goreng dan daun seleri sebelum disajikan.

Sajikan segera selagi panas dangan kicap, sambal lada api, dan potongan limau nipis.

Resepi Daging Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:

500 gram daging batang pinang (dipotong nipis dan direbus sehingga empuk)

15 gram serbuk lada hitam

Gula dan garam secukup rasa

5 ulas bawang merah (dicincang halus)

3 ulas bawang putih (dicincang halus)

½ inci halia (dicincang halus)

2 biji cili merah (dicincang halus)

1 kuntum bunga kantan (dicincang halus)

1 labu bawang besar (dicincang halus)

10 batang kacang buncis (dicelur sebentar)

4 batang kacang botol (dicelur sebentar)

2 helai daun kubis (dihiris halus)

15 ml air asam jawa

Cara penyediaan:

Dengan menggunakan mangkuk, gaulkan daging bersama lada hitam, garam, gula dan bahan-bahan yang telah

dicincang.

Page 5: Resepi Nasi Beriani Gam

Apabila bahan telah sebati, masukkan pula air asam jawa.

Hidangkan daging lada hitam ini bersama-sama sayur-¬sayuran seperti kacang buncis, kacang botoli dan kubis

yang telah dicelur terlebih dahulu.

Nasi Biryani Gam   Kiriman: Zura Sumber: Family secret (Muar Mari) Hits: 4307 Rating: 7.50 Review: 2

Email this Recipe Print this Recipe

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan (Untuk nasi) 1. 5 cawan* beras basmathi (or Beras Puteri) 2. 1 cawan ghee (minyak sapi) 3. 1 sudu teh buah pelaga 4. 1 inci kayu manis 5. 5 bunga lawang 6. 1 sudu teh jintan manis 7. setengah sudu teh koma koma (saffron) 8. 6 ulas bawang putih -hiris halus 9. 10 ulas bawang merah - hiris halus 10. 1 inci halia - hiris halus 11. 5 sudu makan rempah beriyani (pes) 12. Segenggam gajus 13. Segenggam raisins 14. 5 cawan air 15. Garam secukup rasa 

(*cawan = cawan kopi)

Bahan-bahan untuk lauk: 1. 1 kilo daging batang pinang, potong anggaran 6x6x5 cm 2. 5 biji kentang (belah dua) 3. 8 biji telur rebus keras 4. Setengah cawan ghee (minyak sapi) 5. 1 sudu teh buah pelaga 6. 1 inci kayu manis 7. 5 bunga lawang 8. 1 sudu teh jintan manis 9. 2 biji bawang besar (yang kuning), hiris 10. 5 ulas bawang putih - kisar 11. 10 ulas bawang merah - kisar 12. 1 inci halia - kisar 13. 6 sudu makan rempah beriyani (pes) 14. Segenggam gajus 15. Segenggam raisins 16. Air - cover daging + 1 - 2 cawan extra 17. Tairu (perahkan 2 biji limau nipis ke dalam 1 gelas susu dan biarkan 15 minit)/1 cawan yoghurt 18. Garam secukup rasa 19. 1 atau 2 sudu makan tomato puri

Cara:

Cara memasak nasi: 1. Pijarkan minyak sapi 2. Tumiskan bahan hiris beserta buah pelaga,kayu manis,bunga lawang dan jintan manis sampai berbau harum 3. Masukkan rempah beriyani dan biar sehingga naik bau 4. Seterusnya masukkan beras dan kacau rata 5. Masukkan air sehingga menutup paras beras dan kacau rata 6. Masukkan saffron, gula dan garam, kacau rata 7. Kecilkan api. Masak beras sehingga separa masak 

Cara memasak lauk: 1. Pijarkan minyak sapi, tumiskan bawang besar, bahan kisar dan semua rempah campak (kulit kayu manis etc) hingga naik bau 2. Masukkan pes beriyani dan biar terbit minyak 3. Masukkan daging dan kentang dan air (1 inci atas paras daging & kentang). Didihkan. 4. Kecilkan api dan masak hingga daging empuk 5. Masukkan bahan bahan lain dan 3 - 4 cawan air lagi. Kacau rata. 

Now this is where the name "Gam" comes in 

Peralatan: 1. Alat kukusan 2. Kain muslin, untuk mengalas kukusan 3. Kain kapas yang agak panjang (3 meter) 4. Kanji/perekat (masak tepung kanji) 

Cara: 

Page 6: Resepi Nasi Beriani Gam

1. Masukkan lauk yang separa masak kedalam periuk kukusan (tempat yang selalunya kita bubuh air). Tambahkan anggaran secawan air jika perlu dan gaul rata. 2. Alaskan periuk mengukus dengan kain muslin (buat 3 layers) 3. Masukkan nasi yang separuh masak ke dalam bekas kukusan 4. Tutupkan pengukus, Letak periuk mengukus atas periuk kukusan yang berisi lauk 5. Celupkan kain kapas dengan kanji 6. Lilitkan kain tersebut pada bahagian di antara periuk dengan pengukus. Pastikan iktannya agak kejap. No steam should be able to escape. 7. Letak atas api yang perlahan 8. Masak sehingga lebih kurang 1 jam 9. Buka lilitan dan buka tutup pengukus 10. Dengan menggunakan garpu, gemburkan nasi yang sepatutnya sudah masak by now. 11. Kalau nasi masih belum masak, ulangi proses kukusan.Tambah air untuk lauk jika perlu.

Cadangan Hidangan:

1. Sendukkan 4 senduk nasi ke dalam pinggan hidang yang besar, ratakan 2. Letakkan 4 ketul daging, 4 ketul kentang dan 4 biji telur di atas nasi tersebut 3. Sendukkan 4 senduk nasi lagi untuk menutup lauk tersebut 4. Taburkan bawang goreng, daun saderi, daun bawang dan hati ayam yang telah digoreng garing dan dicincang. 5. Kuah beriyani tadi di hidangkan berasingan 6. Selain itu acar buah juga boleh dijadikan hidangan sampingan

Tambahan:

Memasak nasi biryani gam ini perlu dicuba beberapa kali untuk dapatkan kepekatan kuah yang tepat. Kalau first time, perlu di check selalu lauknya, kalau agak kering, tambahkan air, gaul rata dan sambung proses mengukus.

AYAM BRIYANI- Resepi di ajar oleh kawan kita,ATI...nasi briyani simple

katanya...thanks...  

Bahan-bahan: 

1 ekor ayam dipotong dan dibersihkan. 

Bahan blend: 

1 biji bawang merah besar/ 5 biji shallots 3 ulas bawang putih 1/2 inci halia 

Bahan Tumis: 

bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga 2 biji bawang merah di mayang 5 sudu besar minyak sapi 3 sudu besar minyak masak 

4 biji tomato dimesin halus 4 sudu besar sos tomato/tomato puree 1 cawan susu cair 

Page 7: Resepi Nasi Beriani Gam

lada hijau daun ketumbar/daun bawang garam.gula secukup rasa 4-5 sudu besar rempah briyani 

Cara: 

1. Panaskan minyak sapi bersama minyak masak. Tumiskan bahan tumis bersama bawang merah yang dihiriskan. 2. Masukkan bahan blend dan tumis sebentar. 3. Apabila telah naik bau, masukkan rempah briyani. 4. Apabila rempah telah garing, masukkan tomato blend, tomato puree, lada hijau,garam, gula dan susu. Apabila telah naik minyak, masukkan ayam. 5. Masakkan atas api kecil sehingga naik minyak lagi. 6. Bila dah masak masukkan daun ketumbar/daun bawang tadi bersama kismis. 7. Apabila telah betul2 masak, ambil sedikit kuahnya utk memasak nasi. 

NASI BRIYANI 

Bahan-bahan: 

4 cawan beras - bersihkan,rendam 1 jam dan toskan 4 cawan air garam minyak sapi/butter/minyak- pilih je yg mana sesuai pewarna kuning 

Bahan Blend Kasar: 

Bawang besar bawang putih halia 

Bahan Tumis: 

Kayu manis,buah pelaga,cengkih,bunga lawang 

Cara: 

1. Cairkan minyak sapi/butter. 2. Tumis bahan tumis dan bahan blend sehingga naik bau. 

Page 8: Resepi Nasi Beriani Gam

3. Masukkan beras dan kacau sebentar. 4. Masukkan air, kuah briyani ayam dan daun pandan. 5. Masaklah seperti masak nasi biasa di dalam rice cooker. 6. Apabila nasi telah masak, titikkan bbp pewarna kuning dan gaulkan dengan nasi.Tutup periuk nasi dan biarkan sebentar. 7. Bolehlah taburkan bawang goreng bila nak menghidang. 

Acar Buah   Sumber: Jelita November 1987 Hits: 3550 Rating: 4.75 Review: 0

Email this Recipe Print this Recipe

Bahan-Bahan:

500 gm buah-buah jeruk limau, pala & sebagainya kismis, prun15 ulas bawang putih20 ulas bawang merah3 cm halia (dimayang)15-20 biji cili kering

30 sen cili padi, direndam dalam cuka 2 hari½ cawan cukaSedikit gulaGaramMinyak untuk menumis

Cara:

Cili dibuang biji & digiling. Panaskan periuk & tumis minyak. Masukkan cili, kacau sampai wangi. Masukkan cuka, gula, garam & kacau rata. Masukkan bawang putih, bawang merah & halia sambil dikacau. Akhir sekali masukkan semua buah-buahan & kacau sampai rata. Bila elok masaknya, angkat & sejukkan.

ACAR BUAH I LUV ISLAM

Bahan-Bahan: 

600 gm buah-buahan jeruk (asam boi, prun, aprikot dan ceri) 

2 sudu besar cili kisar 2

labu bawang besar 

4 ulas bawang putih 

4 cm halia 

1 tin kecil tomato puri 

2 sudu besar serbuk kari 

2 sudu besar gula 

2 sudu besar cuka 

Page 9: Resepi Nasi Beriani Gam

½ cawan minyak untuk menumis 

Cara: 

1. Bawang putih dan bawang besar serta halia dikisar halus. 2. Panaskan minyak, tumis cili kisar dan bawang putih, bawang besar dan

halia yang telah dikisar tadi hingga garing. 3. Kemudian masukkan tomato puri, rempah kari, gula, garam dan cuka. 4. Biarkan mendidih dan masukkan buah-buahan jeruk.5. Kacau rata dan bolehlah diangkat. 

ACAR BUAH @ ACAR TAHUN

Bahannya :

600grm buah2 campuran

2 sudu besar cili kisar

2 labu bawang besar

4 ulas bawang putih

4 cm halia

1 tin tomato puri

2 sudu besar serbuk kari

2 sudu besar gula

2 sudu besar cuka

1/2 cawan minyak utk menumis

Caranya :1. Kisar halus bawang besar, bawang putih, halia.

2. Pijarkan minyak tumis bahan kisar tadi hingga garing, masuk tomato puri, serbuk kari, gula garam dan cuka secukup rasa.

Page 10: Resepi Nasi Beriani Gam

3. Biar mendidih baru masukkan buah campuran masak hingga agak pekat dan kering

4. Matikan api, sedia utk dimakan.

DALCA DAGING LEMBU

> Resepi dari blog Bro Rozzan. Minta izin kopipes resepinya ya Bro ^_^ maleh la nak naip eheheh ..

Bahan-Bahannya

1 kg daging lembu/kambing atau rusuk - dipotong ikut suka, rebus hingga empuk [ zanie guna daging lembu ]

200 gm kacang dhal (rebus hingga empuk)

Bahan Kisar

3-4 sudu besar cili kisar (boleh tambah jika suka lebih pedas)

2 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

1½ inci halia

(Gaul bersama dgn 6 sudu makan (bumbung) rempah kari daging) 1 batang serai (dititik)

3 biji kentang (kupas kulit dan belah 2)

3 biji tomato (dibelah 2)

200 gm kacang panjang (dipotong kecil-kecil, anggaran 1- 1½ inci)

1 batang lobak merah (dipotong ikut suka)

Page 11: Resepi Nasi Beriani Gam

2 biji terung ungu yg kecil (bulat) -dipotong ikut suka

1 biji mangga muda (dipotong 4 bahagian)

3 batang lada hijau

3 senduk minyak masak

Rempah Campak

4-5 tangkai daun kari

5 biji bunga cengkih,

5 biji buah pelaga

2 inci kayu manis

1 biji bawang besar (dihiris )

1 biji bawang besar (hiris kasar2 –utk dilepaskan dlm kuah)

sedikit air asam jawa

200 ml santan kotak

garam secukup rasa

serbuk perasa (jika suka)

Cara:

1. Panaskan minyak dalam periuk besar dan tumis rempah campak (bawang besar hiris, cengkih, pelaga & kayu manis, daun kari) dan serai. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga rempahnya garing dan naik aromanya. Bubuh sedikit air jika perlu.

2. Masukkan pula daging/rusuk dan 2-3 mangkuk air. Kacau sebentar dan masukkan pula kacang dhal, kentang, lobak merah, mangga muda, kacang panjang, terung, lada hijau, bawang hiris dan air asam. Biarkan sehingga kentang empuk dan sayur2 layu sebentar. Masukkan pula santan, garam & perasa (optional). Kacau rata-rata dan biarkan mendidih. Kecilkan api dan biarkan sebentar (kira-kira 5 minit) sebelum dimatikan api.

SUP KAMBING SPECIAL

Page 12: Resepi Nasi Beriani Gam

Bahannya :

500 grm daging lembu

1 labu bwg merah

2 ulas bwg putih

1 inci halia

sebatang kulit kayu manis

4 kuntum bunga cengkih

2 kuntum bunga lawang

3 iji buah pelaga

2 bj kentang

1 btg lobak [ zanie x letak ]

1 mangkuk air panas br masak

lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam

daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.

2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. kentang dipotong 6

3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.

4. Masukkan daging dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit

5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.

Page 13: Resepi Nasi Beriani Gam

6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila daging dah empuk masukkan stok daging tadi, garam, aji & lada sulah. Suaikan mengikut selera

7. Padamkan api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang

DAGING HITAM MANIS* maaf gambar blur...

Bahan - bahannya

1 kg daging lembu

10 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

100 grm cili kering

3 cm halia

4 btg serai

*kesemua bahan ini dikisar halus

3 sudu besar kicap pekat

4 sudu besar kicap cair

4 sudu besar kicap masin

20 grm kismis hitam [ dikisar asing ]

150 grm kerisik

50 grm rempah kari daging

4 sudu besar minyak masak

garam dan gula secukup rasa

Cara - caranya1. Perap daging dengan bahan yang dikisar halus tadi. kismis, semua jenis kicap dan kerisik.

2. Panaskan minyak dan masukkan rempah kari. Kacau hingga pecah minyak kemudian masukkan daging yang diperap tadi.

3. Masak dengan api yang sederhana dan kacau selalu supaya tidak hangit.

4. Bila kuah agak kering dan daging sudah empuk masukkan garam, gula dan kacau lagi hingga sebati. Angkat dari api dan bolehlah dihidangkan bersama nasi himpit / ketupat / roti / nasi.

KOKTAIL NANAS

Koktail nanas ni tiada sukatan waktu zanie buat.. campur dan rebus aje

Page 14: Resepi Nasi Beriani Gam

Bahan - bahannya

Nanas masak ranum

Gula pasir ikut manis

air secukup merebus

kulit kayu manis

2 helai daun pandan

cara - caranya1. Kupas kulit nanas cuci dan potong2 kiub macam dalam gambar.

2. Ambil bekas agak besar masukkan kesemua bahan diatas tadi dan rebus hingga mendidih dan nanas masak.

3. Matikan api, sejukkan dahulu sebelum dimasukkan didalam peti ais

4. Enak dimakan waktu hari panas

KARI DAGING & ROTI JALAHari ini zanie sarap roti jala cicah kari daging..

Page 15: Resepi Nasi Beriani Gam

Kari daging ni lauk mlm tadi. Soo.. zanie pn buatlah roti jala utk matchingkan dgn kari daging tu..

KARI DAGING

Bahan-bahannya :

1 kg daging

3 biji tomato ( belah 4 )

3 biji kentang ( kupas buang kulit dan dibelah 4 )

4 sudu besar rempah daging

1 cawan santan pekat

1 cawan santan cair

Garam secukup rasa

Bahan tumis :

2 labu bawang merah

4 cm halia

1 ulas bawang putih

4 cm kulit kayu manis

6 tangkai cili kering diblender halus

2 tangkai daun kari

1 batang serai yg dititik

1/2 cudu kecil minyak bijan / minyak masak utk menumis

Bahan rempah kisar :

1 sudu besar jintan manis

1 sudu besar jintan putih

1 sudu besar lada hitam

1 sudu besar ketumbar

Kisar semua bahan2 ini

Cara memasaknya :

1. potong daging ikut suka, cuci dan toskan airnya. Sediakan bekas panaskan minyak. Masukkan bahan2 tumis tadi goreng hingga naik wangi. Masuk pula rempah kari, rempah kisar, serai serta daun kari tadi kacau sampai terbit minyak.

2. Setelah itu masukkan pula daging, kentang juga santan cair masak hingga daging empok baru masukkan santan pekat, tomato garam dan serbuk perasa.

Page 16: Resepi Nasi Beriani Gam

3. Biar mendidih dan kuah agak pekat. angkat dan sedia utk di hidang.

RENDANG AYAM SERI MAYANGsalam bersua kembali, dah berapa hari x update blog, hehehe.... kemalazan melanda, lagi

pun dek di keranakan tgh keboringan neh soooo zanie N3kan saje menu2 yg terlepas tarikh tanpa bebel manjang ya!!

Rendang nie zanie masak masa nak sambut aidil adha. waktu memasak rendang nie zanie x bape sehat tapi tetap N

maintant sedap rasanya jom kite lihat resepinya. resepi di ambil dari Majalah Saji

Bahanya :

600 grm daging ( zanie guna ayam)

150 grm cili kisar

2 cawan pati santan ( zanie guna santan kotak saiz kecil )

1 keping asam gelugur

2 btg serai*

10 ulas bwg merah*

4 ulas bwg putih*

1 cm lengkuas*

1cm halia*

1 peket kecil rempah kari daging Faiza

Page 17: Resepi Nasi Beriani Gam

1 peket kerisik

gula & garam secukup rasa

minyak utk menumis

Beberapa helai daun kunyit > dimayang halus

Cara memasaknya :

1. Bersihkan ayam ketepikan.

2. Kisar yg bertanda *.

3. Panaskan minyak tumis bahan kisar tadi hingga naik wangi kemudian masukkan pula cili kisar kacau lagi masuk pula rempah kari kacau hingga naik minyak baru masukkan ayam didihkan hingga ayam empuk masukkan santan kotak tadi dan kacau rata.

4. Biar hingga kuah nampak pekat baru masukkan kerisik kacau rata2 biar sekata.

5. Sesuaikan rasanya dengan gula dan garam, akhirnya tabur hirisan daun kunyit .

AYAM PERCIK 1

Dah berapa hari asyik update cite bebel - bebel aje tentu jemu sesiapa yg ziarah rumah zanie kan? so hari ini zanie nak cerita plak, sebenarnya dah berapa hari zanie teringin nak makan ayam panggang, toleh

kiri kana macam x banyak kije hari ini so .. pepagi zanie dah kua beli ayam lepas tu bergegas ambil anak zanie di hostel sb dia outting hari ini. Anak2 zanie memang suka

makan ayam panggang HB plak kalau ayam tu di goreng laju la dia makan.Zanie try buat nie 1/2 ekor ayam je x hinggat cedok resepi dari mane tapi licin diaorg sapu. pada sesiapa

yg teringin nak cuba resepi ada zanie sertakan sekali di bawah ya!!!

Bahannya :

Page 18: Resepi Nasi Beriani Gam

1 ekor ayam - dipotong ikut suka hati

1 ltr santan - dari 2 biji kelapa

2-3 camb pes cili

1cm belacan

1 camt halba

2 keping asam keping

1 camt gula

garam secukupnya

Bahan kisar : 8 biji bawang merah

2cm halia

3cm kunyit

2cm lengkuas

2 batang serai

Caranya :1. jerang semua bahan atas api sederhana sambil dikacau hingga m endidih

2. bila kuah setengah pekat, keluarkan asam keping

3. masukkan ayam dan balik2kan hingga 3/4 masak

KEK CHOC MOIST

Page 19: Resepi Nasi Beriani Gam

Bahannya :

1 cawan tepung kek/tepung gandum*

1 sudu teh serbuk penaik * (digaul dan diayak 3x)

1 cawan gula halus

2 biji telor gred A

125 gm butter

1 sudu teh esen vanila

1/2 cawan serbuk koko *

1/2 sudu teh nescafe *

1/4 cawan gula halus *

Page 20: Resepi Nasi Beriani Gam

1/2 cawan air panas *

1/4 cawan susu cair * (* disatukan menjadi pes coklat)

Cara Membuat:-1. Panaskan oven pada suhuu 175C. Lenser tin berukuran 5x8x3 in dengan butter dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih.

3. Masukkan esen vanila dan telor satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembag dan gula hancur.

4. Perlahankan speed, maskkan tepung berselang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul rata dan sebati.

5. Tuangkan adunan tadi ke dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 -50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache..

Page 21: Resepi Nasi Beriani Gam

Untuk Chocolate Ganache:-

100 gm coklat masakan

50 ml UHT Whipping Cream

1 sudu teh butter

Untuk Ganache:1. SAtukan coklat dan Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas, cairkan secara double-boiler. Bila semua larut, matikan api dan masukkan butter dan gaul rata. Biarkan suam an tuang atas kek coklat tadi...

MUFFIN COKLAT

Baru sempat update blog nie ..hehe ....apapn zanie ingin mengucapkanSELAMAT TAHUN BARU 2010

moga kejayaan milik bersama dan lebih mantap dalam bisnes masing2

Page 22: Resepi Nasi Beriani Gam

Menu yg dah tertinggal taun utk di N3kan disini...huhuhu.... x pe la kaann yg penting update tapi sori la ya x dapat nak sertakan sekali resepinya sb nak cepat, lein kali zanie tempek resepinya disini ya!!! appan tengkiu coz ziarah umah zanie N sudi tinggal jejak...sampai

disini dulu jumpa lagi dilain waktuuu... BYE - BYEE

Bahan:-

1 3/4 cawan tepung gandum

1/4 cawan serbuk koko

1 cawan gula kastor

1 sk baking powder

1 sk soda bikarbonat

1/2 sk garam

1 cawan fresh milk

1 biji telor - pukul sikit

1/3 cawan minyak

1 sk esen vanila

3/4 cawan choc chips

Cara Membuat:-

1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.

2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.

Page 23: Resepi Nasi Beriani Gam

3. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.

4. Masukkan choc chips.

5. Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)

KUIH TEPONG PELITA

Bahannya :

1 cawan tepung beras

1 cawan gula pasir

5 cawan air

4 s.b tepung beras

1 biji kelapa jadikan 4 cawan santan pekat

4 helai daun pandan kisar bersama air

sedikit air kapur juga garam

Page 24: Resepi Nasi Beriani Gam

Caranya :1. Dalam bekas satukan 1 cawan tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur. Bancuh sebati dan tidak bergentel, masak atas api hingga masak pekat dan kilat.

2. Terus tuang dalam acuan yg di sukai..ketepikan biar sejuk.

3. Dalam bekas lain satukan juga 4 s.b tepung beras , santan juga garam kacau sebati masak di atas api hingga pekat.

4. Tuangkan ke atas kuih yg berwarna hijau ( pandan )tadi..sejukkan dalam peti ais N sedia utk di hidang

PUDING KASTARD JAGUNG

Page 25: Resepi Nasi Beriani Gam

puding nie resepi zanie sendiri , pada yg inginkan pudingnya keras sedikit sila kurangkan kuantiti airnya ya tapi pada zanie, zanie

lebih suka jika pudingnya lembut tapi x hancur sooo pada yg ingin resepi dari zanie nie try la pasti x menghampakan sb inilah resepi yg selalu zanie gunakan utk jualan di bulan puasa

yg lepas2

Bahannya :

1 cawan tepung kastard

4 cawan air

4 s/m gula pasir

1/2 tin cream jagung dalam tin

Caranya :1. Satukan bahan diatas tadi rata2 pastikan tidak berbintil - bintil

2. Kacau atas api yg sederhana besar hingga bahan2 tadi pekat berkilat

3. Tuang dalam acuan yg disukai biar sejuk baru simpan dalam peti ais

Untuk kuah kastard :

1 tin susu cair

1/2 tin susu pekat

secubit garam

Page 26: Resepi Nasi Beriani Gam

tepung kastard / tepung jagung ikut pekat

secukup gula utk tambah rasa manis jika perlu

Caranya :1. Satukan bahan - bahan di atas tadi kacau sentiasa dengan api yang kecil hingga mendidih jangan guna api besar kerana kuah akan melimpah keluar bila mendidih dan kuah susu akan pecah. Seuaikan rasanya dan matikan api, sejukkan dahulu sebelum di curahkan atas puding tadi.

2. Selamat mencubaaa

** kalau nak lagi sedap tambahkan buah2an dalam tin juga potongan agar2 yg bewarna warni tapi hari ini zanie x bubuh sb x ada stok di rumah ...hehehe....

PUDING LABU

Bahannya :

300 grm labu - potong dadu - rebus lembut

2 cawan air

1/2 cawan gula

1/2 cawan santan pekat

2 sudu besar tepung kastard

Page 27: Resepi Nasi Beriani Gam

Cara membuatnya :1. Rebus labu selama 10 minit angkat asingkan dari airnya.

2. Sementara itu bancuh tepung kastard bersama 1/2 cawan air.

3. Satukan bahan yg lain kedalam manggkuk mesin masuk labu juga bancuhan tepung kastard tadi kisar hingga semuanya halus.

4. Tuang dalam periuk kacau di atas api sampai bancuhan tadi menjadi pekat dan agak likat berkilat.

5. Matikan api, masukkankan kedalam acuan yg disukai, biarkan sejuk baru masukkan kedalam peti ais.

6. Selamat mencuba

PUDING JAGUNG KUAH KASTARD

Page 29: Resepi Nasi Beriani Gam

puding lagik..hehehe...layan aje lah ya..nie atas permintaan anak daro zanie yg teringin nak makan puding, katanya asyik tengok blog mama je mcm2 mama masak tapi along x dapat nak makan sooo balik coti nie dia pn suroh la mamanya layan tekak dia cuma x dapat nak tempek gambar menu yg lain2 disini sb lupa nak snap daaa... along kata jgn lupa puding utk along tuu buh cekelet ya mama...ishish...anak daro den sorang nie manje lebeh2 plak. walllaaaa......

BAHAN UNTUK PUDING

1 cawan tepung kastad

1 cawan gula

5 cawan air

1 cawan santan - jgn terlalu pekat

1/2 tin jagung manis dalam tin

BAHAN UNTUK KUAH 1 tin susu cair

2 tin air masak ( gunakan tin susu )

1/2 cawan gula @ sesuai manis

Caranya :

UNTUK PUDING

Masukkan semua bahan gaul sebati

Masak atas api sedrhana hingga pekat dan likat

Angkat, masukkan dlm bekas biarkan keras dan sejuk. ( Dh sejuk boleh masukkan dlm peti ais )

UNTUK KUAH Panaskan susu, air dan gula dalam periuk

Page 30: Resepi Nasi Beriani Gam

Jangan mendidih sekadar panas dan gula hancur

Biarkan sejuk ( boleh juga masuk peti ais )

CARA PENYEDIAAN Potong puding kastad td mengikut bentuk yg disukai. Masukkan dlm mangkuk

Tambahkan buah-buahan dlm tin, nata de coco, jelly ( ikut suka berapa bnyk nk letak )

Tambah kuah pd mangkuk yg berisi puding dan hiasan

Sedia dinikmati. Best makan kalau baru keluar dr peti ais..sejuk jer

Selamat mencuba.

PUDING LAPIS COKLAT

Petang tadi terasa nak makan

Page 31: Resepi Nasi Beriani Gam

mendealah nie, godeh2 ada plak lengkong yg dah berapa hari beli tapi x bergerak dari gobok. kelebek2 kitab mutaalbadrain ada plak resepi yg dah lama zanie nak try... resepi

dari Majalah Saji taun bila pn zanie x hingat sb resepi nie zanie dah bukukan ( gunting dan tampal ikut ketegori menunya.) apapn resepi nie x menghampakan, pada yg ingin mencuba

sila lihat resepi dibawah ya!!

Sumber : Majalah Saji

Bahannya :

20 grm agar2

1 tin susu cair ( zanie guna santan)

1 cawan gula pasir

3 cawan air

3 s/b tepong jagung

3 s/b mentega

3 biji telor

6 s/k serbok koko bancuh dgn sedikit air panas

pewarna kuning

Caranya :1. Masak hingga hancur air + agar2 setelah hancur tapis.

2. Masukan gula pasir masak hingga gula tadi larut.

3. Pukol kembang telor, masukkan susu, tepung jagung kacau rata.

4. Tuang bahan tadi kedalam agar2 diikuti dgn mentega kacau rata2.

5. Bahagi kepada 2 bahagian 1) warnakan kuning 2) campur koko .

6. Sediakan acuan tuang 1 senduk kecil warna kuning biar sejuk seketika babu masukkan yg coklat pula, buat proses tu hingga habis.

7. Sejukkan dalam peti ais terlebih dahulu sebelum dihidangkan

** step 3 nie zanie x ikuti sb saje x nak buh telur tapi susu juga tepung jagung kena la letak kaaaannn kalau x lain la rasanya nanti