nasi lemak

13
KURSUS: VEF 3013 – PENYEDIAAN MAKANAN GROUP: UPSI 01 (A142PJJ) NAMA: MOHD ADY ARMAN BIN MOHD ARSHAD NO. MATRIK: D20102040267 TAJUK TUGASAN:

Upload: armancrespo

Post on 06-Dec-2015

85 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

cara-cara menyediakan nasi lemak

TRANSCRIPT

KURSUS:VEF 3013 – PENYEDIAAN MAKANAN

GROUP: UPSI 01 (A142PJJ)

NAMA: MOHD ADY ARMAN BIN MOHD ARSHAD

NO. MATRIK: D20102040267

TAJUK TUGASAN: Laporan Pengurusan Sajian

(Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis)

PENSYARAH: CIK NUR AMILIN BINTI ABDUL HALIM

Pendahuluan dan Penerangan Menu

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Nasi Lemak lazim disebut demikian di Semenanjung Melayu dan pantai timur Sumatera. Sementara di Jakarta hidangan yang mirip nasi lemak dikenali dengan nama nasi uduk, sedangkan di Jawa Tengah dengan nama sega liwet atau nasi liwet. Di Aceh hidangan yang mirip nasi lemak disebut nasi gurih.

Nasi lemak bukanlah satu makanan sarapan harian pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bekalan kepada pesawah-pesawah padi mahupun yang mengusahakan kebun seperti getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Kebanyakan di Semenanjung Malaysia ,Selatan Thai, Brunei dan Singapura, bekalan Nasi Lemak sering dibekalkan, kerana ia mampu memberi tenaga kepada mereka ini yang membanting keringat.

Pada masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas tetapi lengkap lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini semakin mudah didapati di mana-mana sahaja.

Nasi untuk membuat Nasi Lemak boleh dimasak menggunakan periuk dapur biasa atau periuk elektrik. Nasi lemak menggunakan santan untuk melemakkan dan menyedapkan lagi serta menggunakan daun pandan untuk mewangikan lagi masakan. Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak turut dihidangkan dengan pelbagai lauk seperti daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu) namun kebiasaannya masyarakat Malaysia lebih gemar memilih Sambal Ikan Bilis sebagai lauk utamanya. Sambal Ikan Bilis di masak dengan cara menumis dan menggoreng dan dihidangkan bersama nasi lemak serta ikan bilis goreng, kacang goreng, timun dan telur yang telah direbus. Nasi lemak dikatakan sebagai menu sarapan yang lengkap dan seimbang kerana di dalamnya mengandungi kesemua kelas makanan iaitu karbohidrat, protein, vitamin, lemak dan mineral.

Resepi

Kuantiti Bahan-bahan Arahan penyediaan

180 g Beras Bersihkan dan toskan250 g Santan Digunakan untuk memasak nasi1 helai Daun pandan Simpulkan untuk memasak nasi

5 g Halia Digunakan untuk memasak nasi7 biji Bawang merah

Potong slice dan digunakan untuk menumis2 ulas Bawang putih

30 g Ikan bilis Digoreng dan sebgai hiasan tepi

20 g Garam Sebagai bahan perasa

5 g Asam jawa Sebagai bahan perasa

50 g Gula Sebagai bahan perasa

50 g Kacang tanah Digoreng dan sebagai hiasan tepi

30 g Timun Dihiris dan sebagai hiasan tepi

2 biji Telur Direbus, dipotong dua dan sebagai hiasan tepi

100 g Lada boh Digunakan untuk membuat sambal

150 ml Minyak masak Bahan untuk menggoreng dan menumis

Cara-cara Penyediaan:

Borang A : Borang Perancangan Kerja

Menu : Nasi Lemak sambal ikan bilis

Hari & waktu : Rabu / 2.00 pm - 3.15 pm

BIL MENU PILIHAN RAMUAN UTAMA KAEDAH MEMASAK PERALATAN/ALAT PENJIMAT MASA

1. Nasi lemak Bahan-bahan : 180 g beras Jati 250 ml santan 1 helai daun pandan ½ camt garam 5 g halia

Merendidih Alatan Dapur :1 Wooden spoon1 cawan penyukat1 periuk nasi

Alatan Memasak :Dapur

2. Sambal ikan bilis Bahan-bahan : 7 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 4 camb lada boh 1 camt asam jawa 50 g gula pasir 1 camt garam 3 camb minyak masak

MenggorengMenumis

Alatan Dapur :1 Chef knife1 paring knife1 papan pemotong1 wooden spoon1 mangkuk1 kuali

3. Ikan bilis goreng Bahan-bahan : 30 g ikan bilis 50 ml minyak masak

Menggoreng Alatan Dapur :1 Wooden spoon1 kuali1 penapis

4. Kacang goreng Bahan-bahan : 100 g kacang tanah 50 ml Minyak masak

Menggoreng Alatan Dapur :1 Wooden spoon1 kuali 1 penapis

5. Telur rebus Bahan-bahan : 2 biji telur ayam

Merebus Alatan Dapur :1 Periuk1 penapis

Borang B : Senarai bahan dan harga

BAHAN KERING BAHAN BASAHBahan Kuantiti Kos Seunit

(RM)Kos Bahan (RM) Bahan Kuantiti Kos Seunit

(RM)Kos Bahan

(RM)Beras 180 gm 3.80/kg 1.00 Ikan Bilis 30 g 20.00/kg 0.60Minyak 150 ml 2.50/kg 0.40 Halia 5 g 9.00/kg 0.05Bawang merah 7 biji 4.00/kg 0.40 Santan cair 250 ml 1.50/250ml 1.50Bawang putih 2 ulas 8.00/kg 0.03 Asam jawa 5 g 4.00/200g 0.10Kacang tanah 50 g 4.50/500g 0.45 Timun 30 g 4.00/kg 0.12

Garam 20 g 1.00/350g 0.03 Daun pandan 1 helai 0.20/helai 0.20Gula pasir 50 g 2.50/1kg 0.13 Lada boh 100 g 0.40/100 g 0.40Telur ayam 2 biji 4.00/10 biji 0.80

Jumlah kos bahan kering (RM) 3.24 Jumlah kos bahan basah (RM) 2.97

JUMLAH KOS BAHAN (RM) 6.21

Kos Bahan Mentah = Kos bahan kering + Bahan basah= RM 3.24 + RM 2.97= RM 6.21

Kos Upah = Kadar upah x Bilangan jam x Bilangan pekerja

= RM 2.00 x 1 Jam x 1 orang

= RM 2.00

Kos Overhead = Gas + Air = RM 0.80 + RM 0.30 = RM 1.10

Kos Pengeluaran = Kos bahan mentah + Kos upah + Kos overhead

= RM 6.21 + RM 2.00 + RM 1.10

= RM 9.31

Borang C : Susunan kerja

MASA SUSUNAN KERJA CATATAN

2.00 pm - 2.10 pm(10 minit)

1. Menyediakan peralatan yang diperlukan.

2. Menyukat bahan

Membersihkan kawasan memasak dan

alatan memasak

2.10 pm – 2.20 pm

(10 minit)

Penyediaan nasi lemak

1. Masukkan santan dan beras ke dalam periuk

2. Masukkan juga daun pandan dan sedikit garam

3. Kacau dan biarkan sehingga masak

4. Hidangkan

Basuh beras sehingga bersih

Panaskan air di dalam periuk.

2.20 pm – 2.35 pm

(15 minit)

Penyediaan sambal ikan bilis

1. Panaskan minyak di dalam kuali

2. Masukkan bawang merah dan bawang putih serta tumis

sehingga bawang bertukar warna perang

3. Masukkan lada boh, garam dan gula

4. Masukkan air asam jawa dan kacau sehingga pecah minyak

5. Masukkan ikan bilis dan biarkan sehingga sambal kelihatan

sedikit kering

Cuci bawang merah dan bawang putih

Bawang dihiris

Cuci ikan bilis

2.35 pm – 2.45 pm

(10 minit)

Penyediaan telur rebus

1. Masukkan air ke dalam periuk.

2. Masukkan pula telur ayam.

3. Hidupkan api dan biarkan sehingga telur masak.

4. Sejukkan telur, pecahkan kulit telur dan dipotong dua

Telur dicuci sehingga bersih.

2.45 pm – 2.50 pm

(5 minit)

Penyediaan ikan bilis goreng

1. Panaskan minyak di dalam kuali

2. Masukkan ikan bilis dan goreng sehingga bertukar warna

keperangan

Cuci ikan bilis sehingga bersih. Ikan bilis yang siap digoreng ditoskan

2.50 pm – 2.55 pm

(5 minit)

Penyediaan kacang goreng

1. Panaskan minyak di dalam kuali

2. Masukkan kacang tanah dan goreng sehingga bertukar

warna keperangan

Kacang yang siap digoreng ditoskan minyak dan disejukkan.

2.55 pm – 3.05 pm

(10 minit)

Menghidang dan menghias

1. Setelah segala proses siap dimasak, Nasi Lemak

dihidangkan dan dihiaskan di dalam pinggan yang sesuai

dengan peranggu meja yang sesuai.

Peralatan disusun dan dikemas.

3.05 pm – 4.15 pm

(10 minit)

Mengemas dan membersihkan peralatan yang digunakan

1. Basuh peralatan yang telah di gunakan dengan air panas.

2. Simpan semula alatan yang telah dibersihkan.

3. Pastikan ruang kerja bersih.

4. Singki dibersihkan menggunakan air panas .

Semua peralatan dilap kering.

Dapur dibersihkan.

Stesen kemas.

Pastikan singki tidak tersumbat.

Borang D : Susun Atur dan Peranggu Meja

Dinner Plate

Lampiran

DVD Video Langkah Kerja Memasak –

Bil. Alatan Bilangan

1 Dinner Plate 1

2 Table Spoon and Table Fork 1