no. sebutharga : pns/sh/06/2017 - · pdf fileseperti nasi briani, nasi arab, nasi kerabu, nasi...
Post on 07-Feb-2018
282 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
Page | 1
DOKUMEN TAWARAN SEBUTHARGA
MENYEWA DAN MENGURUSKAN SATU (1) UNIT GERAI MENJUAL MAKANAN
DAN MINUMAN BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN DI KANTIN DAN KAFETERIA,
POLITEKNIK NILAI, NEGERI SEMBILAN
NO. SEBUTHARGA : PNS/SH/06/2017
TARIKH BUKA : 19 JULAI 2017 (RABU)
TARIKH TUTUP : 02 OGOS 2017 (RABU)
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT /
LAMPIRAN
1 Latar Belakang Politeknik Nilai 2-6
2 Kenyataan Tawaran Sebutharga 7
3 Borang Sebutharga (Lampiran A) 8-9
4 Keterangan Maklumat Syarikat /Pengusaha
(LAMPIRAN B)
10-13
5 Tawaran Harga (LAMPIRAN C) 14-19
6 Pengalaman Syarikat (LAMPIRAN D) 20
7 Surat Akuan Pembida ( LAMPIRAN E) 21
8 Syarat-syarat sebutharga 22-30
9 Senarai Semak 31-32
Page | 2
A. LATAR BELAKANG
1. Politeknik Nilai (PNS)
1.1 Politeknik Nilai, Negeri Sembilan (PNS) terletak di Kompleks Pendidikan Bandar Enstek,
Bandar Enstek, Negeri Sembilan. PNS pada masa ini menjalankan program pengajian di
peringkat Diploma dalam bidang kejuruteraan, Agroteknologi, Bio Industri dan
perdagangan di bawah jabatan-jabatan pengajian disamping jabatan sokongan seperti
berikut;
1.2
1.2.1 Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
1.2.2 Jabatan Agroteknologi dan Bio Industri
1.2.3 Jabatan Perdagangan
1.2.4 Jabatan Pengajian Am;
1.2.5 Jabatan Hal Ehwal Pelajar;
1.2.6 Jabatan Matematik, Sains dan Komputer;
1.2.7 Unit Pentadbiran;
1.2.8 Unit Perpustakan; dan
1.2.9 Unit Teknologi Maklumat (ICT)
1.3 Jumlah semasa keseluruhan pelajar kakitangan PNS adalah seperti berikut;
1.3.1 Jumlah keseluruhan pelajar PNS sepenuh masa mencecah angka 2500 orang.
1.3.2 Jumlah pelajar menghuni kemudahan asrama 1212 orang.
1.3.3 Jumlah kakitangan akademik dan bukan akademik seramai 191 orang.
1.4 Kemudahan asrama pelajar berkapasiti 1200 orang telah diisi penuh. Selain itu sebilangan
besar kakitangan akademik dan bukan akademik juga mendiami perumahan kakitangan di
dalam kampus PNS.
2. Kemudahan Bangunan Kantin dan Kafeteria, PNS
2.1 Bangunan KANTIN SRI SIANTAN
2.1.1 terletak bersebelahan Blok Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Blok Akademik /
Dewan Kuliah, Pusat Pelajar serta berhampiran dengan Pusat Islam PNS.
2.1.2 Kantin Sri Siantan menyediakan 6 unit / Lot Gerai.
2.1.3 Lot Gerai yang dibuka untuk sewaan sebanyak 6 unit sahaja.
Page | 3
2.2 Bangunan KANTIN SRI TANJONG
2.2.1 terletak bersebelahan Blok Pentadbiran yang menempatkan pejabat Pengarah,
Timbalan Pengarah, Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan serta beberapa unit
sokongan yang lain.
2.2.2 Kantin Sri Tanjong menyediakan 5 unit / Lot Gerai.
2.2.3 Lot Gerai yang dibuka untuk sewaan sebanyak 3 unit sahaja.
2.3 Bangunan KAFETERIA SRI LAWANG
2.3.1 terletak bersebelahan dan berhampiran Blok Asrama Pelajar (Blok Asrama
Pelajar Lelaki dan Perempuan) dan kediaman kakitangan. Kemudahan gerai
bersebelahan dengan Pejabat Warden dan Pusat Islam.
2.3.2 Kafeteria Sri Lawang menyediakan 7 unit / Lot Gerai.
2.3.3 Lot Gerai yang dibuka untuk sewaan sebanyak 4 unit sahaja.
* Lot gerai yang dibuka akan ditentukan oleh pengurusan Politeknik Nilai
3. Maklumat Ringkas Pelajar PNS
3.1 Pelajar PNS terdiri daripada berbilang kaum terdiri daripada keturunan Melayu /
Bumiputera, keturunan India dan keturunan Cina dengan latar sosio ekonomi yang
berbeza.
3.2 Kebanyakan pelajar yang meneruskan pengajian di PNS ini adalah dari luar bandar atau
pinggir bandar dan dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana.
3.3 Sebahagian besar para pelajar di Politeknik ini adalah anak tempatan Negeri Sembilan dan
sebilangan lainnya datang dari negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia dan Negeri
Sabah dan Sarawak.
4. Sumber Kewangan Dan Perbelanjaan Pelajar
4.1 Sumber kewangan pelajar untuk pengajian di PNS ditanggung secara persendirian oleh
keluarga masing-masing. Sebilangan pelajar ada yang mendapat kemudahan pembiayaan
pinjaman pengajian atau biasiswa pelajaran.
4.2 Terdapat juga sebilangan pelajar daripada kalangan keluarga miskin mendapat bantuan
asnaf daripada pusat zakat.
4.3 Perbelanjaan pelajar yang dimaksudkan adalah melibatkan Yuran Pengajian, Yuran
Asrama, perbelanjaan buku / bahan kuliah setiap semester pengajian disamping
perbelanjaan sara hidup seharian pelajar di PNS.
Page | 4
4.4 Kemampuan kewangan pelajar dalam berbelanja adalah sederhana. Sebahagian besar
pelajar adalah dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana. Sementara itu terdapat
juga sebilangan pelajar dari kalangan keluarga miskin. Justeru pelajar perlu berjimat
cermat di atas Elaun Sara Hidup / Wang Saku yang disediakan oleh ibu bapa / penjaga
masing-masing atau pinjaman pendidikan atau bantuan zakat.
4.5 Pelajar yang meneruskan pengajian di PNS perlu menanggung sendiri perbelanjaan sara
hidup khususnya keperluan makan minum masing-masing.
4.6 Sebilangan lain pelajar pula adalah pelajar yang tinggal di luar (menyewa kediaman) yang
memerlukan perbelanjaan pengangkutan dan seumpamanya. Politeknik ini menyediakan
kemudahan asrama namun untuk penginapan pelajar yang melanjutkan pelajaran ke
Politeknik.Walau bagaimana pun, Politeknik kemudahan asrama adalah terhad berbanding
pertambahan bilangan pelajar dari semasa ke semasa setiap semester baharu.
4.7 Politeknik bukan seperti Sekolah Asrama Penuh yang menyediakan makanan minum
bermasak kepada para pelajar yang tinggal di asrama. Para pelajar bertanggungjawab
sendiri dalam menguruskan makan minum mereka.
5. Dasar Politeknik Menjaga Kebajikan Pelajar
5.1 PNS mengambil kira dasar menjaga kebajikan pelajar. Oleh itu pihak pengurusan PNS
mempunyai harapan yang tinggi supaya Syarikat / Pengusaha yang berminat mengambil
bahagian dalam sebut harga ini memahami dan mengambil kira dengan sebaik-baiknya
dasar kebajikan pelajar dalam mengemukakan tawaran sebut harga masing-masing.
5.2 Pihak Pengurusan PNS tidak terikat kepada mana-mana tawaran harga makanan dan
minuman yang tidak munasabah daripada Syarikat / Pengusaha. Objektif memberikan
perkhidmatan kepada pelajar-pelajar yang kurang mampu akan menjadi salah satu kriteria
utama dalam pertimbangan pemilihan Syarikat / Pengusaha oleh Jawatankuasa Sebut
harga Politeknik Nilai, Negeri Sembilan.
5.3 Syarikat / Pengusaha dinasihatkan agar tidak memikirkan unjuran keuntungan yang tinggi
semata-mata sebaliknya harus juga mengambilkira aspek kebajikan kepada pelajar-pelajar
daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan sederhana.
6. Dasar Penjagaan Alam Sekitar
6.1 PNS juga mengambil kira dasar penjagaan alam sekitar atau Green Environment Policy
dengan menitikberatkan pengurangan penggunaan karung / pembungkus plastik dan
polistrina.
6.2 Syarikat / Pengusaha yang bakal menjalankan perkhidmatan jualan makanan dan
minuman dikehendaki tidak menggunakan bungkusan daripada bahan plastik atau
polistrina. Pembungkus daripada bahan jenis mesra alam adalah digalakkan.
7. Kriteria Perniagaan Menjual Makanan dan Minuman
Page | 5
7.1 Keseluruhan Lot Gerai yang akan dibuka untuk sewaan adalah sebanyak 14 Gerai.
Pecahan Lot Gerai mengikut Blok Kantin dan Kafeterian adalah seperti berikut;
7.1.1 Bangunan Kantin Sri Tanjong - 3 Gerai
7.1.2 Bangunan Kantin Sri Siantan - 6 Gerai
7.1.3 Bangunan Kafeteria Sri Lawang - 4 Gerai
7.2 Kriteria Perniagaan Menjual Makanan dan Minuman dibahagikan kepada 5 jenis
sebagaimana berikut;
7.2.1 Kriteria 1A - Gerai Minuman dan Kuih Muih
(Kriteria 1A hanya dibenarkan menjual minuman panas dan sejuk, minuman
dalam botol, tin dan kotak selain kuih muih dan menjual minuman sejuk seperti
Jus Buah-buahan, ABC, Cendol, Ice Block, Aiskrim, buah-buahan potong, dessert
seperti bubur kacang, salad dan seumpamanya)
7.2.2 Kriteria 2A - Gerai ala carte Aneka Nasi dan Roti Canai
(Kriteria 2A hanya dibenarkan menjual makanan secara ala carte aneka nasi
seperti nasi Briani, Nasi Arab, Nasi Kerabu, Nasi Goreng, Nasi Ayam, Roti Canai,
Murtabak, Capati dan seumpamanya)
7.2.3 Kriteria 2B - Gerai ala carte Aneka Mee dan Rojak
(Kriteria 2B hanya dibenar menjual makanan secara ala carte aneka mee dan
rojak seperti Mee Hailam, Mee Bandong, Mee Mamak, Mee Ladna, Kuetiaw
Udang, Pesembor, Rojak Ayam, Rojak Buah dan seumpamanya.)
7.2.4 Kriteria 2C - Gerai buffet Makanan Selera Kampung
(Kriteria 2C hanya dibenarkan menjual makanan secara Buffet makanan
bermasak selera kampong yang pelbagai seperti selera Nasi Padang dan
masakan minang dan Negeri Sembilan dan Gulai atau lain-lain masakan selera
kampung)
8. Waktu Perniagaan Bagi Kantin Dan Kafeteria
8.1 Waktu perniagaan bagi Kantin dan Kafeteria adalah mulai;
i. Kantin Sri Tanjung : 7.00 pagi hingga 5.30 petang setiap Isnin hingga Sabtu
ii. Kantin Sri Siantan : 7.00 pagi hingga 5.30 petang setiap Isnin hingga Sabtu
iii. Kafeteria Sri Lawang : 10.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari
9. Ringkasan Maklumat / Bilangan Lot Gerai Dan Lot Gerai Ditawarkan Untuk Sewaan
9.1 Bangunan Kantin Sri Tanjong Dan Kantin Sri Siantan
Page | 6