pendahuluan assign bm

2
1.0 PENDAHULUAN Tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) ini hendaklah dilaksanakan oleh peserta Kursus PGSR Semester 5 (Matematik) bagi memenuhi Sukatan pelajaran Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM 3117). Tugasan ini dibahagikan kepada enam sub-topik iaitu pengetahuan tentang kemahiran mikro pengajaran, penjelasan konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik, penerangan tentang kemahiran bernilai tambah (KBT) dalam bilik darjah, penyediaan rancangan pengajaran harian (RPH), menjalankan pengajaran makro dan akhir sekali penulisan laporan refleksi. Tujuan tugasan ini diberikan adalah untuk menguji sejauh mana pengetahuan guru dalam menguasai dan memahami kemahiran mikro pengajaran yang merangkumi definisi dan kaedah pelaksanaan set induksi, kemahiran menerang, kemahiran menyoal, kemahiran variasi rangsangan, kemahiran menggunakan papan tulis, kemahiran penutup pengajaran dan pembelajaran dan juga pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah. Selain itu, tugasan ini juga meminta guru memberi penjelasan tentang konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dengan tepat. Guru juga dikehendaki menerangkan tentang kemahiran bernilai tambah (KBT) yang

Upload: juhana-mahat-ana

Post on 30-Jun-2015

3.960 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDAHULUAN assign bm

1.0 PENDAHULUAN

Tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) ini hendaklah

dilaksanakan oleh peserta Kursus PGSR Semester 5 (Matematik) bagi

memenuhi Sukatan pelajaran Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah

Rendah (BMM 3117). Tugasan ini dibahagikan kepada enam sub-topik iaitu

pengetahuan tentang kemahiran mikro pengajaran, penjelasan konsep strategi,

pendekatan, kaedah dan teknik, penerangan tentang kemahiran bernilai tambah

(KBT) dalam bilik darjah, penyediaan rancangan pengajaran harian (RPH),

menjalankan pengajaran makro dan akhir sekali penulisan laporan refleksi.

Tujuan tugasan ini diberikan adalah untuk menguji sejauh mana

pengetahuan guru dalam menguasai dan memahami kemahiran mikro

pengajaran yang merangkumi definisi dan kaedah pelaksanaan set induksi,

kemahiran menerang, kemahiran menyoal, kemahiran variasi rangsangan,

kemahiran menggunakan papan tulis, kemahiran penutup pengajaran dan

pembelajaran dan juga pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah.

Selain itu, tugasan ini juga meminta guru memberi penjelasan tentang

konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dengan tepat. Guru

juga dikehendaki menerangkan tentang kemahiran bernilai tambah (KBT) yang

dilaksanakan di dalam bilik darjah. Guru perlu menerangkan sekurang-

kurangnya empat kemahiran bernilai tambah (KBT).

Tugasan ini juga berkehendakkan guru menyediakan rancangan

pengajaran harian (RPH) Bahasa Melayu Tahap 1 yang lengkap untuk dua

waktu pengajaran. Selepas itu guru perlu melaksanakan pengajaran makro

berdasarkan RPH yang disediakan dan menggunakan strategi, pendekatan,

kaedah dan teknik yang bersesuaian semasa pelaksanaannya. Kemahiran-

kemahiran mikro juga hendaklah diaplikasikan di dalam RPH dan pengajaran

makro tersebut. Akhir sekali, guru perlu membuat refleksi tentang kekuatan,

kelemahan dan juga cadangan penambaikan bagi pengajaran makro yang telah

dilaksanakan.

Page 2: PENDAHULUAN assign bm