bm morfologi

36
NOR BAHIYAH) __________________________________________________________________________________________ _________________ Bahagian A Soalan 1 Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan jenis-jenis perkataan dalam bahasa Melayu. PENGENALAN MORFOLOGI Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu. Struktur bahasa yang dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambing (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentu dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau menjalankan tugas nahu. Perkataan juga adalah bentuk bahasa yang terkecil tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Morfem pula boleh bersifat bebas atau terikat. Morfem bebas ialah forfem yang dapat wujud bersendirian contohnya sekolah __________________________________________________________________________________________ __________________ HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU 1

Upload: bahiyah71

Post on 11-Jun-2015

4.442 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: bm morfologi

NOR BAHIYAH)___________________________________________________________________________________________________________

Bahagian A

Soalan 1

Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan jenis-jenis perkataan dalam

bahasa Melayu.

PENGENALAN MORFOLOGI

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan

penggolongan kata dalam bahasa Melayu. Struktur bahasa yang dimaksudkan ialah

susunan bentuk bunyi ujaran atau lambing (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang

bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau

hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata

ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentu dan fungsi dengan

anggota lain dalam golongan yang sama.

Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem.

Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau menjalankan tugas

nahu. Perkataan juga adalah bentuk bahasa yang terkecil tetapi mengandungi makna yang

lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Morfem pula boleh bersifat bebas atau

terikat. Morfem bebas ialah forfem yang dapat wujud bersendirian contohnya sekolah dan

laut. Sebaliknya morfen terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem

lain. Contohnya imbuhan ber- perlu wujud bersama-sama dalam bersekolah dan –an

dalam lautan. Unit-unit ini tidak boleh wujud tanpa kata dasar.

Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah

penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan

bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.

____________________________________________________________________________________________________________HBML2103

PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

1

Page 2: bm morfologi

NOR BAHIYAH)___________________________________________________________________________________________________________

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Asal usul orang-orang Melayu (penutur asli bahasa Melayu) amat kabur

kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Walau

bagaimanapun, kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakan

masyarakat Melayu kuno iaitu nenek moyang orang-orang Melayu.

Penutur-penutur asal bahasa Melayu berasal daripada golongan

Austronesia. Mereka dating dari daerah Yunan dan terdapat dalam beberapa bentuk

gelombang pergerakan manusia yang menduduki wilayah Asia Tenggara. Ini berlaku

sejak tahun 2500 sebelum masihi dengan kedatangan golongan pertama yang disebut

Melayu Proto. Kemudian datang pula golongan kedua yang dikenali sebagai Melayu

Deutro yang menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara.

Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh kepulauan

Melayu dan Lautan Pasifik, maka berkembanglah tiap-tiap bahasa di daerah masing-

masing. Walau bagaimanapun, antara bahasa-bahasa yang berlainan hari ini masih dapat

dilihat unsur-unsur persamaannya.

Bahasa Melayu sekarang menghadapi masa depan yang amat cerah.

Kedudukannya sebagai bahasa utama negara Malaysia sudah terjamin dari segi

penggunaan yang luas dan diperakui oleh rakyat Malaysia. Dasar Pendidikan Kebangsaan

Negara juga telah menghasilkan murid-murid yang mendapat keseluruhan pendidikan

dalam bahasa Melayu. Mereka telah menerima pendidikan dengan menggunakan bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu juga berupaya dan bersaing dengan

bahasa-bahasa moden yang lain di dunia ini seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis,

bahasa Rusia dan bahasa-bahasa lain.

Mungkin yang masih perlu dilakukan terhadap bahasa Melayu ialah

meningkatkan status penggunaannya, iaitu dari segi menimbulkan unsur-unsur

keindahan. Demi menjaga kedaulatannya, kita harus berusaha mengindahkannya,

mewujudkan unsur-unsur yang menjadikannya lebih murni, supaya apa-apa yang

diperkatakannya bukan sahaja tepat tetapi juga dalam bentuk yang menarik dan

____________________________________________________________________________________________________________HBML2103

PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

2

Page 3: bm morfologi

NOR BAHIYAH)___________________________________________________________________________________________________________

menyentuh cita rasa yang tinggi. Inilah cabaran yang harus diterima oleh rakyat Malaysia

pada tahun-tahun akan datang.

JENIS-JENIS PERKATAAN DALAM BAHASA MELAYU

Perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. Ia

terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dimulai dan

diakhiri oleh sempadan perkataan. Sempadan perkataan ini bersifat abstrak, iaitu hanya

wujud dalam fikiran kita. Ia tidak ditandai apabila kita menggunakan perkataan, baik

dalam tulisan atau pun pertuturan. Perkataan mengandungi berbagai-bagai bentuk yang

dapat dijeniskan seperti berikut:

i) Kata tunggal

ii) Kata terbitan

iii) Kata majmuk

iv) Kata ganda

i) Kata Tunggal

Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk

dasar. Ia tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal

terbahagi kepada dua jenis.

Jenis yang pertama merupakan unit yang bebas dan berdiri sendiri sebagai

satu ayat. Contohnya;

- makan

- saya

- sihat

- sungguh

- bahaya

____________________________________________________________________________________________________________HBML2103

PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

3

Page 4: bm morfologi

NOR BAHIYAH)___________________________________________________________________________________________________________

Jenis kedua ialah kata tugas iaitu unit-unit yang tidak dapat berdiri dengan

sendiri tetapi memerlukan sekurang-sekurangnya satu unit yang bebas untuk

melaksanakan tugas nahunya. Contohnya:

- di mana?

- untuk siapa?

- ke Johor?

Kata tunggal yang dilihat dari segi persukuana kata, boleh mengandungi

satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Sesuatu suku kata pula boleh dibentuk

oleh satu vokal (V) sahaja atau satu vokal disertai konsonan (K) atau beberapa konsonan.

Konsonan demikian hadir sama ada di hadapan vokal atau di belakangnya secara

serentak. Ia terdiri daripada satu suku kata, dua suku kata, tiga suku kata, empat suku kata

atau lebih dan akronim.

Jenis akronim ialah bentuk yang dihasilkan umumnya melalui pencatuman

bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan atau pencantuman bahagian-bahagian

daripada beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baharu. Contohnya:

- cerpen bermaksud cerita pendek

- jentolak bermaksud jentera tolak

- tadika bermaksud taman didikan kanak-kanak

- Petronas bermaksud Petroleum Nasional

- Proton bermaksud Perusahaan Otomobil Nasional

ii) Kata Terbitan

Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang

mendapat atau menerima imbuhan iaitu satu proses yang menambahkan atau

menggandingkan imbuhan pada kata dasar yang kemudiannya melahirkan kata terbitan..

Sama ada imbuhan itu di awal, sisipan, akhiran atau apitan.

____________________________________________________________________________________________________________HBML2103

PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

4

Page 5: bm morfologi

NOR BAHIYAH)___________________________________________________________________________________________________________

Kebanyakan kata dasar yang menerima imbuhan ialah morfem bebas

sementara imbuhan merupakan morfem terikat. Contoh kata terbitan yang mempunyai

kata dasar daripada morfem bebas seperti berjalan dan lukisan.

Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam

ayat. Ia harus diimbuhankan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar. Proses

pengimbuhan juga boleh berlaku pada kata dasar daripada jenis terbitan dan kata

majmuk. Contoh perkataan yang mengandungi kata dasar daripada jenis kata terbitan dan

kata majmuk ialah:

i) imbuhan dengan kata dasar terbitan.

- peN + ketua = pengetua

- meN + ketepi + kan = mengetepikan

ii) imbuhan dengan kata dasar majmuk.

- ber + darah panas = berdarah panas

- peN + kuat kuasa + an = penguatkuasaan

Kata terbitan awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan seperti pelari,

pendatang, pelajar, mahasiswa, juruterbang, tatacara dan sebagainya. Awalan dalam

bahasa Melayu yang wujud dalam kata kerja terbitan pula contohnya seperti melawan,

membawa, mendaki, berjalan, belajar, terjebak, disusun dan sebagainya. Manakala

awalan yang wujud dalam kata adjektif pula contohnya seperti terbesar, terputih,

terendah, secantik, secerah, setebal dan sebagainya.

Kata terbitan akhiran dalam bahasa Melayu hanya wujud dalam kata nama

terbitan dan kata kerja terbitan sahaja. Contoh akhiran kata nama ialah pakaian, jahitan,

sasterawan, seniwati, hadirin, ustazah dan sebagainya. Manakala contoh akhiran kata

kerja pula ialah buatkan, gunakan, besarkan duduki, dekati dan sebagainya.

Kata terbitan berapitan wujud dalam kata nama, kata kerja dan kata

adjektif. Contoh apitan kata nama ialah pelaksanaan, pembuatan, pendapatan,

penggunaan, kedukaan dan sebagainya. Contoh apitan kata kerja ialah memainkan,

mentakrifkan, menggunakan, berbantalkan, digunakan, diperdengarkan dan sebagainya.

____________________________________________________________________________________________________________HBML2103

PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

5

Page 6: bm morfologi

NOR BAHIYAH)___________________________________________________________________________________________________________

Manakala contoh apitan kata adjektif pula seperti kearaban, kecinaan, keinggerisan dan

sebagainya.

Akhir sekali kata terbitan bersisipan wujud dalam sisipan kata nama dan

sisipan kata adjektif. Contoh sisipan kata nama seperti kelengkeng, telunjuk,seruling dan

sebagainya. Manakala sisipan kata adjektif pula seperti selerak, gelembung, serabut,

gemilang dan sebagainya.

iii) Kata Majmuk

Kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau

lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu.

Proses pembentukan kata majmuk berlaku dalam banyak bahasa. Cara mengeja kata

majmuk berbeza-beza antara satu bahasa dengan bahasa lain.

Dalam bahasa Melayu, kata majmuk dieja terpisah, tetapi terdapat beberapa kecualian

oleh sebab kelaziman penggunaan. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan

kepada tiga kelompok seperti berikut:

a) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. Contoh kata majmuk

yang lazim:

- air mata

- meja makan

- sudut tepat

- kata kunci

- hati batu

Termasuk juga bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran contohnya:

- Perdana Menteri

- Raja Muda

- Setiausaha Politik

- Profesor Madya

- Ketua Setiausaha Negara

____________________________________________________________________________________________________________HBML2103

PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

6

Page 7: bm morfologi

NOR BAHIYAH)___________________________________________________________________________________________________________

b) Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus, contohnya:

- garis pusat

- hak milik

- segi tiga

- kertas kerja

- cari gali

- mata pelajaran

c) Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan iaitu simpulan bahasa, contohnya:

- kaki ayam

- anak emas

- manis mulut

- tumbuk rusuk

- berat tulang

- pilih kasih

Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang diberi pengecualian

dan dianggap sudah mantap sebagai satu perkataan walaupun bentuk kata tersebut nyata

mengandungi dua kata dasar. Contoh kata majmuk yang kecualian:

- antarabangsa

- bumiputera

- jawatankuasa

- kakitangan

- tanggungjawab

iv) Kata Ganda

Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau

mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau

pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

____________________________________________________________________________________________________________HBML2103

PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

7

Page 8: bm morfologi

NOR BAHIYAH)___________________________________________________________________________________________________________

Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata

dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan atau tidak. Contoh penggandaan

penuh seperti negara-negara, guru-guru, besar-besar dan sebagainya. Contoh kata ganda

penuh termasuk imbuhan seperti pemimpin-pemimpin, pelatih-pelatih, persatuan-

persatuan dan lain-lain lagi.

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata

dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan.

Penggandaan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. Penggandaan

separa yang berlaku pada kata dasar tunggal lazimnya melibatkan pengulangan suku kata

pertama. Contoh penggandaan separa adalah seperti lelaki, jejari, rerama, sesiku dan

sebagainya.

Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar

mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak,

seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Pengandaan

berentak terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

i) Penggandaan berentak pengulangan vokal contohnya sayur-mayur, kuih-muih,

selok-belok, lauk-pauk dan sebagainya.

ii) Penggandaan berentak pengulangan konsonan contohnya gunung-ganang, bukit-

bukau, mundar-mandir, mandi-manda dan sebagainya.

iii) Penggandaan berentak bebas contohnya anak-pinak, saudara-mara, lintang-

pukang, hiruk-pikuk dan sebagainya.

____________________________________________________________________________________________________________HBML2103

PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

8

Page 9: bm morfologi

NOR BAHIYAH)___________________________________________________________________________________________________________

Bahagian A

Soalan 2

Pilih salah satu bahan mengajar yang sesuai untuk mengajarkan jenis-jenis perkataan

dalam bahasa Melayu kepada murid-murid tahun enam. Penggunaan bahan bantu

mengajar tersebut boleh disokong dengan penggunaan rajah, alat atau apa sahaja

bahan lain yang bersesuaian. Pemilihan strategi dan teknik juga amat penting untuk

merealisasikan pengajaran anda.

MORFOLOGI

PERKATAAN

KATA TUNGGAL KATA MAJMUK

KATA TERBITAN KATA GANDA

____________________________________________________________________________________________________________HBML2103

PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

9

DEFINISI

JENIS

DEFINISI DEFINISI

DEFINISI

JENISJENIS

JENIS

Page 10: bm morfologi

NOR BAHIYAH)___________________________________________________________________________________________________________

JENIS

PERKATAAN DEFINISI JENIS-JENIS CONTOH

i) Kata Tunggal - Kata tunggal ialah

bentuk kata yang terdiri

daripada hanya satu

bentuk kata dasar yang

tidak menerima apa-apa

bentuk imbuhan atau kata

dasar yang lain.

i) Bebas dan dapat

berdiri dengan sendiri.

ii) Tidak dapat berdiri

dengan sendiri tetapi

memerlukan sekurang-

kurangnya satu unit

bebas untuk

melaksanakan tugas

nahunya.

iii) Akronim

i) -kamu

-sudah

-makan

ii)-di mana?

-ke kuala Lumpur

-dari Terengganu

iii) –Mara

-Bernama

-Tadika

-ABIM

ii) Kata Terbitan - Kata terbitan ialah

bentuk kata yang

mengandungi kata dasar

yang mendapat atau

menerima imbuhan sama

ada awalan, akhiran,

apitan dan sisipan.

i) Kata terbitan awalan.

- Kata nama

- Kata kerja

- Awalan kata

ii) Kata terbitan

akhiran.

- Kata nama

- Kata kerja

iii) Kata terbitan apitan.

- Kata nama

- Kata kerja

- Kata adjektif

i) - pelajar, pesara

-merasa, berjalan

-terbesar, setebal

ii)-pakaian,seniman

-gunakan, besarkan,

turuti

iii) –permainan

- memainkan

- kecinaan

____________________________________________________________________________________________________________HBML2103

PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

10

Page 11: bm morfologi

NOR BAHIYAH)___________________________________________________________________________________________________________

iv) Kata terbitan

sisipan.

- Kata nama

- kata adjektif

iv) –telunjuk,kekabu

-gelembung,

gemilang

iii) Kata Majmuk - Proses yang

merangkaikan dua kata

atau lebih dan bentuk

yang terhasil membawa

makna tertentu.

i) Rangkaian kata bebas

termasuk gelaran.

ii) Berbentuk istilah

khusus.

iii) Mendukung

maksud kiasan.

i) - alat tulis, jam

tangan, air hujan dan

sebagainya.

ii) – hak milik, segi

tiga, kanta tangan.

iii) anak emas, buah

hati, berat tangan.

iv) Kata Ganda - Proses yang

menggandakan kata

dasar.

i) Kata ganda penuh

ii) Kata ganda separa

iii) Kata ganda

berentak

i) – buku-buku, guru-

guru, sekolah-

sekolah.

ii) – lelaki, lelangit,

tolong-menolong,

kasih-mengasihi.

iii) – cerai-berai,

bukit-bukau, mandi-

manda.

____________________________________________________________________________________________________________HBML2103

PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

11

Page 12: bm morfologi

NOR BAHIYAH)___________________________________________________________________________________________________________

Tuliskan perkataan yang diberi ke dalam kategorinya yang betul.

Kata Tunggal Kata Terbitan Kata Majmuk Kata Ganda

Guru memaparkan rajah jenis-jenis perkataan. Guru memberi penjelasan

tentang jenis-jenis perkataan dan contoh-contohnya. Murid-murid meneliti rajah yang

disediakan oleh guru. Dengan bimbingan guru, murid diminta memberikan contoh-

contoh lain. Guru bersoaljawab dengan murid selepas diberikan penerangan untuk

menguji kefahaman mereka.

Kemudian, murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap

kumpulan dikehendaki mengisikan jadual dengan perkataan-perkataan yang disediakan

ke dalam kategori masing-masing. Kumpulan yang cepat dan betul diberikan

penghargaan.

____________________________________________________________________________________________________________HBML2103

PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

kejar-mengejar lelangit juruterbang

bakul pameran garis pusat

jalan raya cantik-cantik pergaduhan

ombak

tadika

ringan mulut

12

bukit-bukau bidadariRaja Mudaberjalan

Page 13: bm morfologi

NOR BAHIYAH)___________________________________________________________________________________________________________

Bahagian B

Soalan 1

Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan

ragam ayat aktif dan ayat pasif dalam bahasa Melayu.

SINTAKSIS

Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji

bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Kita juga dapat memahami bidang

sintaksis sebagai kajian tentang hokum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah

penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk

ayat dalam sesuatu bahasa.

Sintaksis dapat melahirkan pelbagai jenis ragam dan ayat serta

pembentukannya. Kita perlu mematuhi peraturan atau rumus pembinaannya. Sebenarnya,

selain kehadiran unsur seperti subjek dan predikat sebagai penentu pembentukan sesuatu

ayat serta urutan perkataan, terdapat juga ciri-ciri lain yang harus diberi perhatian dan

pertimbangan dalam pembinaan ayat.

Ciri-ciri lain yang dimaksudkan ini sering dinyatakan dalam bidang

sintaksis sebagai penanda tatabahasa. Antara penanda tatabahasa yang sering terdapat

dalam pembinaan ayat termaksuklah penanda kasus, kala dan unsur keserasian.

Penanda kasus memainkan peranan penting bagi menentukan

kegramatisan sesuatu ayat. Perlu diingat bahawa dalam bahasa Melayu tidak terdapat

penanda kasus sebagaimana yang berlaku pada bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa

Rusia dan bahasa Turki.

Satu lagi penanda tatabahasa yang terdapat dalam proses pembentukan

ayat dalam beberapa banyak bahasa ialah penanda kala, iaitu penanda atau perubahan

yang terjadi pada bentuk kata kerja sebagai menentukan kala atau waktu kejadian, sama

ada akan, sedang atau sudah berlaku.

____________________________________________________________________________________________________________HBML2103

PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

13

Page 14: bm morfologi

NOR BAHIYAH)___________________________________________________________________________________________________________

Unsur keserasian juga menjadi salah satu ciri penanda tatabahasa dalam

pembentukan ayat sesetengah bahasa. Unsur keserasian antara kata nama subjek dengan

kata kerja adalah penting, sebab tanpa mempertahankan keserasian, ayat yang terbentuk

tidak akan menjadi gramatis.

Akhir sekali, satu aspek lain yang juga termasuk dalam analisis atau

persoalan sintaksis ialah ayat-ayat yang tidak menentukan maknanya atau terdapat binaan

yang menghasilkan ketaksaan ayat. Dalam hubungan ini juga daya pengetahuan atau

kecekapan berbahasa yang ada pada seseorang penutur tentang struktur unsur

membolehkannya mengatasi masalah ketaksaan ayat yang berlaku.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa bidang sintaksis yang mengkaji

persoalan bentuk, struktur dan binaan ayat, merupakan bidang yang amat penting dalam

penganalisisan sesuatu bahasa.

RAGAM AYAT

Ayat terbentuk daripada konstituen klausa. Ayat mengandungi unsure

klausa yang terdiri daripada frasa dan frasa pula terbentuk daripada bentuk-bentuk

perkataan. Oleh sebab bilangan ayat yang dapat dibentuk dalam sesuatu bahasa itu tidak

terhad, maka dapat diduga bahawa binaan-binaan ayat yang wujud dalam sesuatu bahasa

itu terdiri daripada berbagai-bagai jenis dan ragam. Bilangan klausa yang terkandung

dalam sesuatu ayat itu menentukan sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk.

i) Ayat Aktif

Jika dilihat dari segi ragamnya, ayat-ayat tunggal dalam bahasa Melayu

terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata

kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat

aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.

____________________________________________________________________________________________________________HBML2103

PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

14

Page 15: bm morfologi

NOR BAHIYAH)___________________________________________________________________________________________________________

Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang

diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya.

Walau bagaimanapun, ayat aktif transitif yang bersifat ayat tunggal terbentuk hanya

daripada ayat yang mengandungi frasa nama subjek asal sebagai judul dan frasa nama

objek sebagai unsure penyambut kata kerjanya. Contohnya:

- Ali menendang bola.

- Anjing itu mengejar kucing.

Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif

iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Ada dua jenis ayat aktif tak

transitif iaitu:

i) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan.

ii) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.

Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan ialah

ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif yang mengandungi frasa keterangan

secara pilihan. Contohnya:

A-i) Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu.

ii) Kanak-kanak sedang mandi.

B-i) Dia menangis sepanjang hari.

ii) Dia menangis.

C-i) Beberapa orang pengunjung masih bersiar-siar pada waktu senja.

ii) Beberapa orang pengunjung masih bersiar-siar.

Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan

ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mesti diikuti oleh unsur pelengkap untuk

____________________________________________________________________________________________________________HBML2103

PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

15

Page 16: bm morfologi

NOR BAHIYAH)___________________________________________________________________________________________________________

menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini berfungsi sebagai frasa keterangan

yang tidak boleh digugurkan. Contohnya:

A-i) Dia berada di Kuala Lumpur.

ii) *Dia berada.

B-i) Kebanyakan penganggur tinggal di rumah setinggan.

ii) *Kebanyakan penganggur tinggal.

C-i) Bas itu menuju ke utara.

ii) *Bas itu menuju.

ii) Ayat Pasif

Ayat pasif pula terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif. Ia

mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang

diterangkan. Contohnya:

- Bola ditendang oleh Ali.

- Kucing itu dikejar oleh anjing.

- Buku itu saya baca.

Ayat pasif dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada:

i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.

ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua.

iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif ini merupakan ayat yang kata

kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-. Contohnya:

____________________________________________________________________________________________________________HBML2103

PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

16

Page 17: bm morfologi

NOR BAHIYAH)___________________________________________________________________________________________________________

Subjek Kata kerja pasif oleh + frasa nama Keterangan

Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam.

Sampah-sarap dibakar oleh ayah pagi tadi.

Tembok itu terlanggar oleh lori pada bahagian

bawahnya.

Istana raja terbina oleh rakyat dalam masa satu

tahun.

Sekiranya binaan oleh+FN yang letaknya selepas kata kerja, kata sendi

oleh boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Contohnya:

- Barang itu sudah diambil Ali semalam.

- Sampah-sarap dibakar ayah pagi tadi.

Sekiranya binaan oleh+FN itu terletak jauh daripada kata kerja, maka oleh

tidak boleh digugurkan. Contohnya:

i) Barang itu sudah diambil semalam oleh Ali.

- Barang itu sudah diambil semalam Ali.

ii) Sampah-sarap dibakar pagi tadi oleh ayah.

- Sampah-sarap dibakar pagi tadi ayah.

Ayat pasif juga boleh dibentuk dengan kata kerja yang mengandungi

imbuhan ber- dan ke-…-an. Dalam ayat-ayat begini, bahagian oleh+FN biasanya tidak

diperlukan. Contohnya:

Subjek Predikat

Mereka kehujanan sepanjang hari.

Seluruh kampung kegemparan.

Baju itu berjahit dengan benang sutera.

Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua, kata

ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Hal ini demikian kerana kata ganti

nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan

pasif di-. Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua yang hadir di hadapan kata kerja

____________________________________________________________________________________________________________HBML2103

PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

17

Page 18: bm morfologi

NOR BAHIYAH)___________________________________________________________________________________________________________

dasar itu boleh berbentuk kata penuh ataupun kata ringkas. Kata ganti diri yang berbentuk

penuh adalah seperti saya, aku, engkau, awak, anda, kami dan kita. Manakala bentuk kata

ringkas ialah ku bagi aku, dan kau bagi engkau. Contohnya:

Subjek Frasa kerja dengan kata ganti nama

diri pertama/kedua

Keterangan

Kerja itu sudah saya selesaikan semalam.

Makanan itu belum kurasai lagi.

Hutang itu akan engkau jelaskan sepenuhnya.

Tugas ini mesti kami pikul dengan sepenuh tenaga.

Terdapat juga bentuk pasif songsang seperti:

- Saya tendang bola itu.

Ia berasal daripada ayat pasif susunan biasa:

- Bola itu saya tendang.

Ayat pasif dengan kata bantu pasif kedua mengandungi perkataan kena di

hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Binaan oleh+FN boleh secara

pilihan digugurkan seperti dalam contoh berikut:

Subjek kena Kata kerja dasar oleh+frasa nama

Pencuri itu kena tangkap (oleh polis).

Dia kena tipu (oleh pemuda itu).

Mereka kena hasut (oleh anasir luar).

Perajurit itu kena tembak (oleh pengganas).

____________________________________________________________________________________________________________HBML2103

PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

18

Page 19: bm morfologi

NOR BAHIYAH)___________________________________________________________________________________________________________

Bahagian B

Soalan 2

Bina satu rancangan pengajaran yang lengkap bagaimana anda boleh mengajarkan

penulisan ayat tunggal yang gramatis di dalam kelas tahun 5 yang

menggabungjalinkan dengan pengajaran bacaan dan kefahaman.

Rancangan Mengajar

Hari : Selasa

Tarikh : 17 Februari 2009

Masa : 8.45-9.45 pagi

Kelas : Tahun 5 Melur

Mata pelajaran: Bahasa Melayu

Tema : Keluargaku Berwawasan

Tajuk : Cerita Datuk

Kemahiran :

Fokus Utama

8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

(Aras 1) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan.

Fokus sampingan

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar

serta memahami perkara yang dibaca.

(Aras 3) Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.

Objektif :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat;

i) Menyusun perkataan menjadi 5 ayat tunggal yang betul dan tepat.

ii) Menjawab 5 soalan pemahaman dengan betul secara lisan.

Kemahiran Bernilai Tambah : Menghubungkait, mengecam, menyesuaikan,

menyusun atur dan mengkategori.

____________________________________________________________________________________________________________HBML2103

PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

19

Page 20: bm morfologi

NOR BAHIYAH)___________________________________________________________________________________________________________

Nilai murni : Semangat patriotik, bekerjasama, tekun dan tabah

Langkah/

Masa

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Impak/Catatan

Set induksi

5 minit

1) Guru memaparkan gambar tentera jepun sedang

menangkap sebuah keluarga.

2) Guru meminta murid memberikan pendapat

mereka tentang gambar yang dilihat.

3) Guru bersoaljawab dengan murid tentang

pahlawan-pahlawan dahulu.

4) Guru mengaitkan gambar dengan tajuk pada hari

ini iaitu ‘Cerita Datuk’.

BBM :

Gambar

Nilai murni :

Semangat patriotik

Langkah 1

(Bacaan)

10 minit

1) Murid-murid diedarkan petikan bertajuk “Cerita

Datuk”.

2)Seorang murid diminta berdiri dan membaca

petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul

3)Murid-murid lain pula diminta mengikut

bacaannya.

4) Guru akan membetulkan kesilapan bacaan

murid.

5) Murid lain akan dipilih untuk membaca

perenggan yang berikutnya.

BBM :

Petikan

Nilai murni :

Ketabahan

KBT :

Mengecam

Langkah 2

(Kefahaman)

10 minit

1) Guru meminta beberapa orang murid untuk

menceritakan semula secara ringkas apa yang telah

dibaca oleh mereka.

2) Guru memberikan 5 soalan pemahaman kepada

murid.

KBT :

Menghubungkait

Nilai murni :

Bekerjasama

____________________________________________________________________________________________________________HBML2103

PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

20

Page 21: bm morfologi

NOR BAHIYAH)___________________________________________________________________________________________________________

3) Murid diberi masa mencari jawapan.

4) Beberapa orang wakil murid membacakan

jawapan mereka.

Langkah 3

(Ayat tunggal)

10 minit

1) Guru memperkenalkan ayat tunggal kepada

murid dan memberikan contoh-contoh ayat tunggal

yang gramatis.

2) Guru meminta murid-murid mencari beberapa

ayat tunggal yang terdapat di dalam petikan.

3) Murid-murid diminta menyenaraikan ayat

tunggal yang telah mereka cari di dalam petikan.

KBT :

Mengecam

Mengkategori

Langkah 4

(Tatabahasa)

10 minit

1) Guru meminta murid menyenaraikan kata

hubung yang mereka tahu.

2) Guru menunjukkan beberapa contoh ayat tunggal

yang disambungkan menjadi ayat majmuk dengan

menggunakan kata hubung tersebut.

3) Guru meminta murid mengisi tempat kosong

dengan kata hubung yang sesuai supaya menjadi

ayat majmuk yang lengkap.

4) Guru membincangkan jawapan bersama-sama.

KBT :

Menghubungkait

Menyesuaikan

Langkah 5

(Pengayaan)

10 minit

1) Guru memberikan 5 ayat tunggal yang tidak

tersusun perkataannya.

2) Guru meminta murid-murid menyusun semula

ayat tunggal menjadi ayat tunggal yang sempurna

dan gramatis.

KBT :

Menyusun atur

Nilai :

Kerjasama

____________________________________________________________________________________________________________HBML2103

PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

21

Page 22: bm morfologi

NOR BAHIYAH)___________________________________________________________________________________________________________

3) Murid-murid membincangkan jawapan bersama-

sama guru.

4) Murid-murid diminta menulis jawapan mereka di

dalam buku latihan.

Penutup

(5minit)

1) Guru meminta murid-murid menjelaskan semula

tentang penulisan ayat tunggal yang gramatis.

2) Guru mengulang semula apa yang dicakapkan

oleh murid-murid.

3) Guru memberikan pujian kepada murid-murid

kerana memberikan jawapan yang baik.

Nilai :

Tekun

Bersungguh-sungguh

Petikan Cerita Datuk.

Malam telah larut. Semua tahanan telah tidur. Datuk bangun lalu berjalan

terbongkok-bongkok kea rah pintu. Pintu bilik berkunci. Datuk menuju ke tingkap

sebelah kanan. Datuk cuba menolak daun tingkap itu perlahan-lahan. Datuk menoleh ke

belakang. Tiada sesiapa yang melihat pergerakan datuk. Daun tingkap terkuak. Datuk

memanjat daun tingkap itu perlahan-lahan.

Tiba-tiba datuk terasa sesuatu terkena pada lutut kirinya. Datuk terlanggar kawat

duri. Kaki datuk terasa pedih. Datuk berhenti merangkak. Ada darah keluar daripada luka

itu. Datuk membuka baju lalu mambalut luka. Datuk terus merangkak.

Ada longkang di hadapan datuk. Bau dari longkang itu sungguh meloyakan.

Datuk tiada pilihan. Datuk masuk ke dalam longkang untuk keluar daripada kawasan

markas.

“Aku berjaya!” bisik hati datuk.

Datuk nampak beberapa orang askar Jepun sedang meronda di sekitar kawasan

tempat tahanan. Datuk merangkak perlahan-lahan ke pagar kawat berduri. Datuk pun

menyusup keluar dari situ.

____________________________________________________________________________________________________________HBML2103

PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

22

Page 23: bm morfologi

NOR BAHIYAH)___________________________________________________________________________________________________________

Hati datuk masih berdebar-debar. Dalam suasana yang gelap itu, datuk

berjalan perlahan-lahan di celah-celah pokok. Setelah jauh berjalan, datuk ternampak

sebatang jalan. Tanpa membuang masa, datuk berlari sekuat-kuat hati. Akhirnya datuk

tiba di sebuah surau. Beberapa orang jemaah sedang menunggu masa untuk menunaikan

solat subuh. Mereka terperanjat apabila melihat datuk. Mereka telah menempatkan datuk

di satau tempat persembunyian.

Jawab soalan pemahaman di bawah.

1.) Mengapakah kaki datuk terasa pedih?

2.) Apakah yang dilakukan oleh datuk apabila melihat darah keluar dari lukanya?

3) Bagaimanakah datuk melepasi pagar kawat berduri itu?

4) Pada pendapat kamu, mengapakah hati datuk berdebar-debar?

5) Apakah yang dilakukan oleh jemaah apabila melihat datuk?

____________________________________________________________________________________________________________HBML2103

PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

23