hbml1103 bm
TRANSCRIPT
1. Pengenalan
Strategi pengajaran yang berkesan adalah penting dalam menghadapi realiti
kebolehan murid yang berbeza-beza. Ini memerlukan para guru merancang strategi atau
kaedah pengajaran yang baik supaya dapat memenuhi kehendak semua murid yang
mempunyai tahap kebolehan yang berbeza.
Mengikut Kamus Dewan (1998),strategi merupakan rancangan yang teratur untuk
mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga bermakna kebijaksanaan dalam mengurus
sesuatu perkara. Di dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan
memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dala pengajaran dan
pembelajaran berdsarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan kata lain, strategi
pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada teknik perancangan kaedah serta teknik
mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan untuk tujuan mencapai objektif pelajaran dengan
berkesan.
( Mok Soon Sang, , 2010, m.s 91 )
Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori
utama, iaitu strategi pemusatan guru, pemusatan murid dan pemusatan bahan. Dalam trend
pengajaran terkini bidang pendidikan lebih banyak menjurus kepada kurikulum yang
menekankan kepada persekitaran pengajaran dan pembelajaran dan penilaian yang
berfokuskan murid. Dalam jangka masa yang panjang persekitaran pembelajaran berpusatkan
murid dapat menghasilkan murid yang mempunyai kemahiran pembelajaran sepanjang hayat
dan membentuk murid yang berdikari. ( Dr.Abdullah Ibrahim, KUKTEM,2010 )
Guru yang berjaya adalah guru yang bijak dalam merancang dan melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaluinya. Perancangan yang baik akan
menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan. Bagi
setiap strategi yang dipilih hendaklah sesuai dengan teknik dan bahan bantu pembelajaran
yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya strategi
berpusatkan murid perlulah sejajar dengan pemilihan bahan bantu pembelajaran yang sesuai
bagi memastikan hasil pembelajaran yang ditetapkan berjaya dicapai.
1
2. Strategi Berpusatkan Murid
2.1 Definisi
Strategi berpusatkan murid bermaksud memberi tumpuan kepada perkembangan
pembelajaran murid sebagai individu, memberi pilihan kepada murid berkaitan jenis
pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari, dan mewujudkan kolaborasi iaitu membina
pengetahuan dan persekitaran positif serta terlibat dalam penilaian yang berterusan. Guru
adalah sebagai pendengar pandangan murid dan melibatkan murid untuk merancang. Dengan
kata lain guru hanya sebagai pembimbing kepada murid dalam aktiviti pembelajaran dan
murid adalah pelakunya.
Menurut Dr. Abdullah Ibrahim, KKUTEM (2010 ), pembelajaran berpusatkan murid adalah
satu pendekatan pendidikan dimana kurikulum, aktiviti pengajaran, pembelajaran dan
penilaian adalah berfokuskan kepada murid. Murid merupakan tumpuan utama dalam model
pembelajaran berpusatkan murid. Bagi model pembelajaran berpusatkan murid ini, fungsi
kurikulum bukan hanya membentuk asas yang kukuh dalam disiplin tetapi juga
mengembangkan kemahiran belajar dan self-awareness. Peranan guru pula berubah daripada
berperanan sebagai memberi kepada menjadi fasilitator.
Pendapat Mok Soon Sang,Pedagogi Untuk Diploma Peguruan,(2002) strategi pemusatan
murid ialah murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Murid-
murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam
bilik darjah guru merupakan seorang pemimpin yang membimbing murid-murid menjalankan
aktiviti pembelajaran, sama ada secara berkumpulan ataupun individu.
2.2 Konsep strategi berpusatkan murid
Berdasarkan definisi, strategi berpusatkan murid merupakan satu strategi yang
memerlukan murid sebagai pelaku semua aktiviti yang dirancang oleh guru, manakala guru
adalah sebagai fasilitator untuk memastikan aktiviti yang dijalankan dapat dilaksanakan
2
2.1 Definisi
2.2 Konsep
dengan betul dan berjaya. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa
akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid.
(Esah Sulaiman (2004).m.s 35)
Strategi berpusatkan murid ini selari dengan pembelajaran masteri yang menekankan
keperluan untuk memastikan murid dapat menguasai hasil pembelajaran yang ditetapkan.
Melalui pembelajaran ini murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan
mereka sendiri.Oleh itu, aktiviti penilaian,pemulihan, dan pengayaan perlu dijadikan
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembejalaran dalam strategi berpusatkan murid.
(Dr. Ali Mahmood, et al. ,Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu,2011,m.s 14)
Selain daripada itu, strategi pemusatan murid adalah merupakan salah satu ciri-ciri
utama KBSR dan KBSM. Murid menjadi pemain utama dalam sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran. Mereka digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran
mereka.Lebih banyak masa diperuntukkan kepada murid untuk meneroka dan menyelesaikan
masalah pembelajaran dengan bantuan guru yang bertindak sebagai pemudahcara.
(Shahcbudin Hashim,et.al, Pedagogi,Strategi&Teknik Mengajar Dengan Berkesan, 2007,m.s25)
Corak komunikasi yang digunkan juga adalah lebih aktif dengan interaksi antara
gurumurid dan muridmurid.
Guru mengamalkan corak kepimpinan demokratik dan murid bebas bertanya serta memberi
pendapat. Guru juga menggalakkan murid terlibat secara aktif mencuba dan melakukan
aktiviti pembelajaran sendiri. Yang diberi perhatian ialah pencapaian objektif pembelajaran.
Banyak teknik perbincangan dijalankan bagi memupuk sifat kerjasama dan toleransi
dikalangan murid yang mempunyai pelbagai corak kebolehan dan minat. Selain itu guru juga
lebih berpeluang berinteraksi dengan murid dan boleh mengesan kelemahan mereka di
3
GURU
MURID MURID
peringkat awal lagi. Langkah-langkah mengatasi kelemahan dapat dijalankan dengan cepat.
Hasilnya murid dapat berkembang mengikut kesediaan mereka.
Pelbagai kaedah dan teknik boleh diguna bagi melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan murid. Antaranya;
(Mok Soon Sang, Pendekatan dan Strategi Pengajaran-Pembelajaran,2010, m.s 93)
& ( Ang Huat Bin, Konsep & Kaedah Pengajaran, 1999,ms 29-31)
2.3 Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Murid
Terdapat beberapa ciri dalam strategi berpusatkan murid, antaranya ialah;
4
Projek Inkuiri-penemuan Perbincangan Penyelesaian masalah Simulasi(Sosiodrama/main peranan) Permainan Sumbangsaran Berkumpulan
1. Murid memainkan peranan penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Manakala guru hanya berperanan sebagai pemimpin atau
fasilitator yang membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran.
2. Komunikasi dan interaksi dalam strategi berpusatkan murid ini adalah bersifat dua
hala. Guru menggunakan kaedah menyoal untuk membimbing murid supaya berfikir dn
bertindak balas dengan memberi jawapan mereka.
2.3 Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Murid
5
3. Kepimpinan guru adalah bersifat demokratik. Murid-murid sentiasa digalakkan
memberi pendapat mereka. Guna harus banyak menggunakan kaedah perbincangan
dalam aktiviti pengajaran dn pembelajaran.
4. Dalam, strategi berpusatkan murid pencapaian objektif pembelajaran murid lebih
diutamakan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran.
5. Melalui aktiviti berpusatkan murid yang dilaksanakan akan dapat mengembangkan
potensi murid secara menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial.
6. Ujian formatif amat ditekankan. Manakala keputusan ujian akan kerap kali
digunakan untuk mengkaji kelemahan-kelemahan murid.
7. Selain daripada itu guru hendaklah menyampaikan pengajaran yang bermakna agar
murid-murid dapat memahamo fakta-fakta yang disampaikan dan mereka berupaya
membuat kesimpulan.
8. Melalui aktiviti berkumpulan peluang interaksi antara murid adalah banyak dan sifat-
sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong, bekerjasama dan bertolak ansur dapat
dipupuk.
9. Strategi berpusatkan murid ini sangat mementingkan pembelajaran yang
menggunakan kaedah kumpulan. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat
diberikan perhatian.
10. Murid-murid dapat menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif melalui strategi
berpusatkan murid.
3. Bahan Bantu Pembelajaran
“ Bahan bantu pengajaran ialah segala kelengkapan, perkara, atau benda yang
digunakan oleh guru untuk membantu murid, belajar dengan lebih berkesan dan menarik.”
(Dr. Ali Mahmood,et.al, Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu, m.s 152)
Bahan bantu mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru
untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran dibilik darjah. Alatan mengajar ini
tidak terhad kepada buku-buku teks, papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga
merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan sebagainya.
( Kamaruddin (1986),m.s214),
“ Bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk
membantunya dalam penyampaian pengajaran.Ia merangkumi semua benda yang boleh
dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya.”
http://ge2123.tripod.com/Norazura/nota1.html
Merujuk kepada definisi bahan bantu pengajaran dan pembelajaran dapatlah kita
ketahui bahawa bahan bantu pembelajaran ini sangat penting. Ia merupakan bahan yang
digunakan untuk membantu guru dan murid dalam mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.
Secara amnya murid merasakan bahawa pengajaran guru lebih menarik jika guru itu
menggunakan bahan bantu mengajar. Melalui penggunaan bahan bantu mengajar seseorang
guru itu lebih bersedia dan lebih kreatif untuk menyampaikan pelaran dengan baik.
( Kamal et.al,1987,m.s 227 )
6
3.1 Definisi
3.2 Konsep
Atan Long, (1981:179-203 ) telah membahagikan bahan bantu pengajaran kepada tiga
kumpulan, iaitu alat pendengaran, alat pandangan, dan alat pandang dengar. Manakala
Norziah Abdul hamid (1981) mengkategorikan bahan bantu pengajaran kepada dua kumpulan
iaitu, media elektronik dan media bukan elektronik. Bagi Hanapiah Sudin (1979:51-52) dan
Khairiah Ahmad (1980:13) mengkelaskannya kepada dua, iaitu bahan-bahan software dan
bahan-bahan hardware. Ngui Kuen Sang (1981:35) pula menerangkan bahan bantu mengajar
tidak dapat ditakrifkan dengan tepat, walaupun pada keseluruhannya, ramai pendidik yang
menyetujui bahawa penggunaan bahan bantu mengajar dalam situasi pengajaran dan
pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan atau pandangan
seseorang.
Kesimpulan daripada pernyataan di atas, bahan bantu pembelajaran dapat dikategorikan
kepada beberapa kumpulan;
7
i. Media elektronik
Contoh: Slaid, pita video/rakaman, perakan video/kaset, OHP, televisyen dan lain-lain.
ii. Media Cetak
Contoh: Buku, gambar, carta, akhbar, risalah, brosur dan lain-lain.
iii. Media Tiga Dimensi ( 3D )
Contoh: Realia, model, diodrama, mobil, topeng, boneka, akuarium, terrarium.
iv. Persekitaran
Contoh: Bunyi, warna, cahaya, bau, pergerakan dan lain-lain.
Fungsi utama bahan bantu pembelajaran adalah bagi memudahkan para pelajar
memahami isi pengajaran. Bahan bantu pembelajaran yang berkesan haruslah dapat
membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang mempunyai daya kreativiti,
bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar mendapat hasil
pembelajaran yang diingini. Walaupun pada masa-masa tertentu murid-murid memahami
pengajaran guru, namun keperluan kepada bahan bantu pembelajaran adalah penting tidak
kira sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik. Antara perkara
penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan
dapat memberi manfaat kepada guru dan murid-murid. Keberkesanan
bahan bantu pembelajaran bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi
juga oleh teknik penggunaanya dalam situasi bilik darjah.
( Rashidi Azizan,
et.al,1996,m.s145)
.Bagi memastikan kejayaan penggunaan bahan bantu dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran beberapa prinsip-prinsip pemilihan bahan
pengajaran perlu diambil berat oleh guru-guru agar dapat menggunakan
bahan bantu tersebut dengan lebih berkesan.Prinsip-prinsip pemilihan
adalah seperti berikut;
a. Bersesuaian
Bahan yang dipilih hendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat
mata pelajaran yang diajar. Selain itu guru perlu melihat
pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran, keadaan murid,
suasana pembelajaran, dan minat murid.
Aspek Kesesuaian dalam Pemilihan Bahan:
8
v. Manusia
Contoh:
Pengalaman, tingkah laku, tokoh dan lain-lain
3.3 Ciri-ciri Pemilihan Bahan Bantu Pembelajaran
Perkara Penerangan
Objektif dan matlamat mata
pelajaran
Bagi mencapai objektif P&P guru
hendaklah memilih bahan-bahan
yang sesuai agar dapat membantu
mencapai objektif tersebut.
Sesuai dengan hasrat dan nilai
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sesuai dengan kebudayaan, adat
resam, kepercayaan, dan situasi
tempatan.
Pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran.
Bahan yang dipilih hendaklah jelas
dan pemilihan dalam
penggunaannya hendaklah
ditentukan terlebih dahulu.
Keadaan murid Pemilihan bahan perlu disesuaikan
dengan keadaan murid yang
mengikuti mata pelajaran
tersebut.
Tentukan latar belakang
pengalaman sosial, pendidikan,
ekonomi, dan taraf pencapaian
murid ketika memilih bahan bantu
pengajaran.
Suasana pembelajaran Bahan-bahan yang sesuai dengan
suasana pembelajaran akan
meninggalkan kesan yang baik.
Elemen penting dalam suasana
pembelajaran ialah murid, isi
pelajaran, bahan dan guru.
9
Kesesuaian bahan yang dipilih
dapat mendorong, menggerakkan,
mengekalkan, mengarahkan, dan
menentukan reaksi subjektif yang
wujud dala organisasi pada masa
perkar iu berlaku.
Minat murid Bahan pengajaran yang dipilih
mesti disesuaikan dengan minat
murid.
b. Mencabar
Terdapat tiga konsep penting dalam proses pembelajaran, iaitu
ransangan ,pemikiran dan tingkah laku.Bahan-bahan yang dipilih
haruslah memberi ransangan untuk murid berfikir dan mendorong
mereka untuk terus belajar. Oleh itu ianya hendaklah mempunyai
ciri-ciri seperti berikut;
i. Bahan konkrit kepda abstrak.
ii. Bahan mudah kepada kompleks.
iii. Bahan yang mengandungi fakta terasing kepada yang
mempunyai hubungan bersepadu.
iv. Bahan khusus kepada umum ( induktif).
v. Bahan umum kepada khusus ( deduktif).
vi. Bahan umu kepada teori
vii. Bahan masa kini kepada masa akan datang.
c. Menepati
Ketepatan sesuatu bahan dengan kurikulum pengajaran bahasa
adalah berdasarkan ciri-ciri berikut:
10
i. Isi kandungan bahan sesuai dengan peringkat pencapaian
murid, kebolehan, minat, latar belakang, serta pengalaman
murid.
ii. Susunan bahan mengandungi isi-isi utama yang sesuai,
mempunyai hubungan antara bab dengan bab lainnya, dan
ada kaitan dengan pengalaman murid.
iii. Mengandungi maklumat atau fakta yang tepat.
iv. Fakta dipersembahkan secara objektif.
v. Isu, fakta, dan maklumat yang terdapat dalam bahan
pengajaran mestilah kemas kini dan memaparkan fakta
semasa.
vi. Perbendaharaan kata yang sesuai dengan peringkat umur
murid.
vii. Bahan mestilah mengikut prinsip pengajaran dan
pembelajaran, iaitu daripada sudah diketahui kepada belum
diketahui, mudah kepada susah, konkrit kepada abstrak,
khusus kepada umum, dan sederhana kepada rumit.
viii. Bahan pengajaran berbentuk buku teks mestilah yang telah
diperakui oleh Biro Buku Teks dan Kementerian Pelajaran.
ix. Bahan pengajaran mestilah mengandungi soalan-soalan
latihan dan soalan-soalan ulangkaji.
d. Menarik
Beberapa ciri fizikal perlu diambil kira bagi sesuatu, bahan, iaitu;
i. Reka letak seperti peta, lukisan, carta jadual, draf,
gambar,kartun atau penanda bab mestilah disusun
berhampiran maklumat yang berkaitan.
ii. Saiz huruf cetak atau saiz huruf haruslah sesuai dengan
peringkat umur murid.
iii. Illustrasi dan bahan grafik mestilah dapat menarik minat
murid.
iv. Kualiti kulit dan cara buku dijilid mesti kemas dan mampu
menarik minat murid untuk membacanya.
11
v. Arahan pada bahan pengajaran mestilah jelas.
e. Jimat dan Mudah
Bahan pengajaran boleh dihasilkan sendiri oleh guru atau murid-
murid dengan bimbingan guru. Ini dapat menunjukkan daya
kreativiti guru atau murid. Bagi bahan elektronik pula perlu dititik
beratkan soal keselamatan dan tidak merbahaya kepada
penggunanya. Pengendalian bahan itu juga mudah dan tidak perlu
kemahiran teknikal yang tinggi.
f. Praktikal
Bahan pengajaran hendaklah praktikal iaitu boleh digunakan oleh
sesiap sahaja sama ada murid mahupun guru.Bahan itu juga
mungkin boleh digunakan untuk pelbagai tahap umur, aras
pemikiran dan pencapaian, serta objektif pengajaran.
g. Mudah Alih
Bahan pengajaran hendaklah sentiasa berfungsi dan boleh dibawa
kemana sahaja dan tidak terlalu berat dan besar.
( Dr. Ali Mahmood,et al. 2011,m.s 154-158)
12
4. Faktor-faktor dan Cara-cara Sesuatu Bahan Pembelajaran DiSesuaikan Dengan Strategi Berpusatkan Murid.
4.1 Faktor-faktor untuk p
berpusatkan murid.
Strategi berpusatkan murid adalah merujuk kepada aktiviti yang
dilakukan oleh murid-murid manakala guru hanya sebagai pembimbing.
Dengan itu sudah pasti bahan bantu pembelajaran yang digunakan
mestilah sesuai dengan murid-murid dan bersifat membantu ke arah
pembelajaran yang berkesan. Dalam pemilihan dan kesesuaian bahan
bantu mengajar haruslah mengambil kira beberapa faktor di bawah;
Faktor-faktor
pemilihan dan
kesesuaian Bahan
Bantu
Pengajaran&Pembelaj
aran
Ulasan Ksesuaian Bahan BantuPembelajaran
dengan Strategi Berpusatkan Murid
1. Objektif
Pelajaran
Faktor utama dalam pemilihan kesesuaian bahan bantu
adalah objektif pelajaran. Melalui objektif pelajaran kita
akan tentukan kaedah dan teknik serta bahan bantu yang
sesuai digunakan untuk mencapai objektif tersebut.
Contohnya, dalam Rancangan Pengajaran Harian saya,
objektif utama saya ialah “Melakonkan semula watak dengan
menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi
yang baik dan jelas berdasarkan skrip cerita”. Saya memilih
teknik simulasi iaitu salah satu kaedah yang digunakan
dalam strategi berpusatkan murid bagi menyeronokkan lagi
keadaan pembelajaran. Untuk menjayakan lakonan ini agar
mudah difahami, saya menggunakan Media Tiga Dimensi
(3D) iaitu topeng mengikut watak dalam cerita yang
dilakonkan.(Katak, Bapa Katak & Lembu )dan juga skrip
lakonan. (BBM – Topeng &Srip)
13
4.1 Faktor-faktor untuk pemilihan dan kesesuaian bahan bantu mengajar
dengan strategi berpusatkan murid.
2. Tema Pelajaran Perancangan RPH adalah berpandukan Huraian Sukutan
Pelajaran yang mengandungi tema-tema yang perlu diikuti
untuk setiap minggu pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya, tema dalam RPH saya ialah : Kisah Dan
Tauladan. Selalunya tema ini berkaitan dengan kisah-kisah
tauladan manusia ataupun haiwan. Kisah-kisah ini lebih
difahami sekiranya diselitkan kaedah lakonan dan
perbincangan kumpulan yang merupakan pembelajaran
berpusatkan murid. Berdasarkan tajuk pada RPH saya “Bapa
Katak Yang Sombong” saya memastikan bahan bantu
pengajaran yang digunakan adalah sesuai mengikut tema dan
tajuk dan mudah digunakan oleh guru dan murid.
3. Penggabungan
Kemahiran
Dalam penulisan RPH, guru perlu menggabungkan aktiviti
pengajarannya dengan kemahiran mata pelajaran yang lain.
Contohnya Kemahiran Bahasa Melayu + Kemahiran Sains.
Saya telah memilih penggabungjalinan Kemahiran
Muzik , Sains dan Pendidikan Moral dengan Kemahiran
Bahasa Melayu. Penggabungjalinan adalah sangat penting
bagi mengembangkan potensi murid serta daya pemikiran
mereka serta ianya menimbulkan keseronokkan.
Saya menggunakan kemahiran Muzik dalam
pengajaran Bahasa Melayu saya dalam set induksi dan
penutup. Murid akan menyanyi sambil membuat gerakan
berpandukan tayangan video “ Katak Lompat”.
Bagi Kemahiran Sains pula saya selitkan pada isi
pelajaran tentang kisah Bapa Katak Yang Sombong yang
ditayangkan melalui Power Point. Murid dapat melihat
bentuk bentuk haiwan seperti katak dan lembu serta habitat
haiwan tersebut.
14
Pendidikan moral pula boleh didapati melalui nilai
dan pengajaran dari kisah dan lakonan yang mereka baca dan
lihat.
4. Sistem Bahasa Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
terdapat elemen sistem bahasa dan bahan bantu yang
digunakan juga perlu sesuai dan boleh digunakan dalam
strategi berpusatkan murid.. Contohnya,aktiviti kumpulan
membina ayat tunggal dan majmuk pada kad manila yang
diberi. Murid akan cuba membina ayat dengan struktur dan
tanda baca yang betul. Selepas itu murid akan membawa kad
manila di hadapan kelas untuk dibentangkan.
5. Murid Sebelum membuat perancangan dan membuat penetapan
bahan bantu pembejalaran, guru perlu mengenal pasti murid-
muridnya terlebih dahulu dari segi ;
1. Pencapaian dan kebolehan murid : Selidik pencapaian
dan kebolehan mereka melalui pemerhatian dan kaji
selidik serta keputusan ujian yang dibuat.
2. Pengalaman dan minat murid: Aktiviti yang dibuat
perlulah aktiviti yang difahami oleh murid.
Contohnya : Murid tahu menjalankan aktiviti lakonan
kerana mereka pernah lihat dikaca televisyen atau
pernah melakukannya. Bahan bantu pembejalaran
juga perlu sesuai dengan aktiviti.
3. Latar sosial: Guru perlu selidik latar sosial murid-
muridnya. Ini memudah guru untuk merancang
sesuatu aktiviti dan bahan yang sesuai digunakan.
4. Peringkat Umur: aktiviti dan bahan bantu yang
dirancang perlu sesuai dengan peringkat umur murid.
15
6. Sekolah Guru perlu peka dengan keadaan sekolah dalam membuat
pemilihan bahan bantu pembelajaran iaitu;
1. Kemudahan ; pastikan terdapat kemudahan yang
ingin digunakan oleh guru. Contoh guru ingin
menggunakan tayangan video, oleh itu guru perlu
pastikan di sekolah terdapat alat pemain video
ataupun computer/computer riba dan alat projector.
Selain itu pastikan keadaan kelas adakah sesuai untuk
aktiviti yang dirancang dijalankan di dalamnya.
2. Kewangan ; Rujuk kewangan sekolah untuk membeli
bahan bantu pembejalaran.Selalunya sekolah
memperuntukkan sejumlah wang untuk setiap panitia.
Bahan yang selalunya disediakan ialah kad manila,
dan alat tulis, computer, pencetak dan sebagainya.
7.Nilai
Nilai yang hendak diserap: Bahan bantu
pembelajaran perlulah selari dengan nilai yang
hendak diserap kepada murid-murid. Contohnya guru
meminta murid menyusun kad perkataan menjadi
ayat yang betul. Murid-murid di dalam setiap
kumpulan perlu bekerjasama menyelesaikan masalah
itu.
Nilai kemasyarakatan : Guru boleh menyerapkan
nilai mesyarakatan melalui aktiviti dan bahan bantu
pembelajaran yang digunakan. Antara nilai
kemasyarakatan ialah kerjasama, bantu-membantu,
toleransi dan sebagainya.
8. Bentuk Aktiviti Guru perlu menyediakan bahan bantu pembelajaran
mengikut aktiviti yang dirancang sama ada individu,
berpasangan ataupun berkumpulan.
16
9. Ketahanan bahan
Kegunaan semasa: Guru perlu meneliti ketahan bahan
bantu yang bakal digunakannya. Contohnya: Dalam
aktiviti lakonan topeng yang digunakan perlu
menggunakan kertas keras supaya tidak mudah koyak
kerana ianya akan digunakan berkali-kali dalam sesi
pembelajaran.
Kegunaan berpanjangan : Topeng yang telah
digunakan boleh digunakan semula untuk sesi
pembejalaran lain.
10. Cara Bahan
Diperolehi
Guru boleh memikirkan bagaimana cara bahan diperolehi
sama ada;
Sedia ada?
Perlu diubah suai?
Perlu dibuat sendiri?
Perlu dibeli?
Bagi memastikan kesesuaian bahan pembelajaran juga memerlukan
beberapa langkah pemilihan. Guru perlu meneliti perkara-perkara berikut;
1. Matlamat objektif
pengajaran
Bahan hendaklah menepati
kehendak matlamat dan
objektif pengajaran. Bahan
mestilah dapat membantu
murid dalam mencapai objektif
17
4.2 Cara-cara sesuatu bahan pembelajaran untuk disesuaikan dengan strategi
berpusatkan murid.
yang ditetapkan.
2. Pendekatan,
kaedah, dan teknik
pengajaran
Bahan juga perlu sesuai dengan
pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran. Contohnya :
Pendekatan berpusatkan murid dan
kaedah simulasi memerlukan bahan
bantu yang boleh digunakan oleh
semua murid yang terlibat. Seperti
topeng dan peralatan lakonan yang
lain. Bahan yang digunakan juga
perlu membantu dan memudahkan
proses pemahaman murid.
3. Aktiviti pengajaran Bahan yang hendak digunakan
perlu selari dengan aktiviti yang
akan dijalankan sama ada aktiviti
individu, berpasangan atau
berkumpulan.
4. Minat Pelajar Guru perlu menyediakan bahan
pembelajaran yang dapat
menimbulkan minat murid untuk
terus belajar. Ia akan menjadikan
pembelajaran murid adalah suatu
yang menyeronokkan. Contohnya
guru menggunakan radio dan cd
kerana murid suka menyanyi dan
menari beramai-ramai.
5. Jantina murid Guru perlu pastikan bahan yang
akan digunakan sesuai dengan
jantina mereka. Selalunya guru
18
akan memilih bahan yang sesuai
digunakan oleh kedua-dua jantina.
6. Keadaan murid Seperti yang telah dibincang dala
faktor-faktor pemilihan bahan
pembelajaran, guru perlu
mengenalpasti keadaan murid
meraka dari segi, kebolehan, latar
belakang dan peringkat umur
murid. Dengan itu guru lebih
mudah menyediakan bahan yang
sesuai untuk murid mereka.
7. Belajar cara belajar Setiap individu mempunyai cara
belajar yang berbeza. Oleh itu dala
satu sesi pengajaran dan
pembelajaran guru haruslah
menggunakan pelbagai bahan
pembelajaran untuk menampung
hampir semua cara belajar
muridnya. Contohnya ada murid
yang suka menyanyi, berlakon dan
ada yang suka aktiviti
berkumpulan, kuiz dan sebagainya.
8. Suasana
pembelajaran
Guru yang baik adalah guru yang
sentiasa memastikan suasana
pembelajarannya berada dalam
keadaan yang baik. Begitu juga
dengan penggunaan bahan
pembelajaran. Contohnya suasana
di dalam kelas guru perlu
menyediakan bahan yang sesuai
19
digunakan didalam kelas.
Tema : Kisah Dan Tauladan
Mata Pelajaran: Bahasa Melayu
20
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYUNama Guru : Dayangku Nuurul Fattihah Umi Qalthum
Tarikh / Hari : 05 Februari 2012 / Isnin
Tahun / Masa: 4 Cekal / 8.10 – 9.10
Tajuk : Bapa Katak Yang Sombong
Hasil Pembelajaran :
Fokus Utama :
2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat, serta sebutan dan intonasi yang baik dan
jelas.
Aras 3 (i) Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi, dan penghayatan yang sesuai.
8.1 Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat dengan struktur ayat yang betul.
Fokus Sampingan:
4.1 Mengemukakan idea, pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci,
tepat dan tersusun.
Aras 1
i. Mengamati idea dalam perbincangan untuk memberikan pendapat .
ii. Menerangkan idea yang dikemukakan dengan jelas.
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;
1. Melakonkan semula watak dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan
intonasi yang baik dan jelas berdasarkan skrip cerita yang diberi.
2. Menyatakan nilai murni yang diperolehi daripada lakokonan yang dipersembahkan.
3. Mengenalpasti kata lawan berdasarkan perkataan yang diberi.
21
4. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk daripada kata lawan yang diberi.
Aktiviti:
1. Menyanyi lagu ‘Lompat Si Katak Lompat’
2. Membaca dialog petikan ‘Bapa Katak Yang Sombong’
3. Melakonkan semua watak mengikut dialog ‘Bapa Katak Yang Sombong’.
4. Menyatakan nilai murni yang diperolehi daripada lakonan yang dipersembahkan.
5. Mencari kata lawan dan membina ayat daripada kata lawan yang diberi.
Kemahiran Bahasa : Kemahiran berutur, menulis dan mendengar.
Sistem Bahasa : Antonim, Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk, struktur ayat, tanda baca.
Penyerapan Ilmu : Pend. Muzik .Pend. Moral dan Sains.
Penerapan Nilai : Jauhi sikap sombong.
Kemahiran Bernilai Tambah :
1. Kemahiran Berfikir : Menjana idea, mengenalpasti
2. Teknologi Maklumat & Komunikasi
3. Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, interpersonal, muzik, visual, verbal linguistik/bahasa dan naturalis.
Bahan Bantu Mengajar :
1. Video klip lagu ‘Lompat Si Katak Lompat’
2. Komputer riba
3. Topeng
4. Paparan visual cerita ‘Bapa Katak Yang Sombong’
22
5. Kad Manila
6. Kertas Putih
7. Kad Gambar
Langkah/ Masa
Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran & pembelajaran
Catatan/Ulasan
Set Induksi( 5 Minit )
Lagu “Katak Lompat”
Soalan: Apakah binatang yang kamu sebut dalam lagu tadi?
1. Murid menyanyikan lagu “ Katak Lompat” sambil melakukan gaya.
2. Guru mengemukakan soalan tentang binatang yang mereka lihat dalam tayangan nyanyian tadi.
3. Guru menyatakan tajuk pelajaran yang akan mereka pelajari sebentar lagi iaitu “ Bapa katak yang sombong “
Strategi berpusatkan murid:Murid menyanyi beramai-ramai
BBM : Video “ Katak Lompat” : Sesuai dengan minat murid yang suka menyanyi dan sesuai dengan semua jantina& peringkat umur
Penggabungjalinan: Muzik
Langkah 1( 10 Minit )
KBT:
Kecerdasan pelbagai : Interpersonal, naturalis, visual & verbal linguistic.
Petikan cerita “ Bapa Katak Yang Sombong”
1. Guru memilih beberapa orang murid untuk membaca dialog “Bapa Katak Yang Sombong” dengan suara yang jelas serta sebutan dan intonasi yang betul.
2. Murid membaca mengikut watak yang diberi oleh guru.
-Strategi berpusatkan murid : Murid membaca dialog dihadapan kelas.
-BBM : Persembahan Power Point-Petikan Cerita – Membantu dalam mencapai objektif P&P, mudah dibaca, menarik, sesuai untuk semua jantina
-Nilai dapat diserapkan: berani membaca dihadapan kelas-Nilai Kemasyarakatan: Jangan bersikap sombong seperti bapa katak.
23
Penggabungjalinan:Ilmu : Sains & Pendidikan Moral
Langkah 2( 15 minit)
KBT:Kecerdasan pelbagai : interpersonal, visual,naturalis & kinestetik.
Lakonan “ Bapa Katak Yang Sombong “
1. Guru memilih beberapa orang murid untuk melakonkan semua watak dalam cerita “Bapa Katak Yang Sombong “. Termasuk murid yang membaca petikan (pencerita,anak katak, bapa katak).
2. Murid melakonkan semula watak dalam cerita “Bapa Katak Yang Sombong”. Setiap kumpulan memerlukan 4 pelakon:1. Pencerita2. Anak katak3. Bapa Katak4. Lembu
Strategi berpusatkan murid: Murid berlakon bersama rakan.
BBM : 1.Persembahan Power point- Dialog cerita.2.Topeng- bahan bantu sesuai, mudah difahami& diguna.- Ketahanan bahan sesuai, topeng dibuat daripada manila kad & boleh diguna berulangkali.Sesuai dengan matlamat&objektif p&p.- Sesuai dengan kaedah berkumpulan dan teknik simulasi yang digunakan.- Sesuai dengan cara belajar murid yang suka berlakon.- Aktiviti sesuai dengan semua jantina dan umur murid 10th.- Membantu dalam mencapai objektif pengajaran.- penggabungjalinan dengan subjek Sains.( Rupa bentuk binatang)
Langkah 3( 10 Minit )
KBT :Kemahiran Berfikir:
Menyenaraikan nilai murnidan pengajaran dalam kumpulan masing-masing.
1. Murid diminta menyenaraikan nilai murni dan pengajaran yang mereka dapati daripada persembahan lakonan tadi dalam kumpulan
Strategi berpusatkan murid: Murid berbincang dalam kumpulan
BBM : Kad Gambar
Katak, Bapa katak & Lembu
24
Menjana idea
masing- masing.2. Guru
memberikan sehelai kertas untuk catatan pada setiap kumpulan.
3. Wakil setiap kumpulan akan berdiri dan memberikan jawapan berpandukan gambar yang ditunjukkan oleh mereka.
Kertas putih
Nilai yang diserap: Kerjasama dalam kumpulanNilai kemasyarakatan:Kerjasama, tolong-menolong, prihatin, bertolak ansur.
Langkah 4 :( 15 Minit )
KBT :Kemahiran berfikir:Menjana idea, mengenalpasti.
Kecerdasan pelbagai:Interpersonal, kinestetik.
Sistem Bahasa: Antonim ( Kata lawan )
1. Kata lawan:2. Besar3. Takut4. Tajam5. Sedih6. Mati
4. Bina ayat tunggal dan majmuk daripada kata lawan yang diberi.
1. Guru menunjukkan beberapa perkataan melalui paparan power point.
2. Semua murid membaca perkataan yang terpapar diskrin.
3. Guru memilih wakil dari setiap kumpulan untuk memberi kata lawan bgi perkataan yang mereka lihat.
4. Guru meminta murid membina ayat tunggal & ayat majmuk daripada kata lawan yang diberi dalam kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan perlu menulisnya pada kad manila yang diberi oleh guru kepada setiap kumpulan.
5. Murid membuat
Strategi berpusatkan murid:Murid menjawab soalan pada paparan power point dihadapan kelas & murid membuat perbincangan dalam kumpulan untuk membina ayat tunggal dan ayat majmuk.Kemudian membuat pembentangan kumpulan.
BBM: Paparan Power
Point- Bahan mudah
dikendalikan& menarik perhatian murid.
- Menjimatkan masa
- Praktikal Kad manila- Mudah
digunakan- Sesuai dengan
penerapan nilai kerjasama dalam kumpulan.
- Sesuai dengan objektif
25
pembentangan di hadapan kelas.
pembelajaran
Penutup( 5 minit )
KBT :Kecerdasan pelbagai :Muzik, Kinestetik, visual.
Lagu “ Katak Lompat” 1. Murid merumus topic yang dipelajari.( Murid dipilih oleh guru secara rawak )
2. Murid menyanyikan semula lagu “Katak Lompat” dengan gaya.
BBM:Tayangan Video lagu “Katak Lompat”.
-Penggabungjalinan : Muzik- Bahan praktikal- Sesuai dengan minat murid, umur dan cara belajar murid yang suka menyanyi.
Refleksi :
Kekuatan:
Kelemahan :
Penambahbaikan
26
Strategi berpusatkan murid dapat mencungkil keyakinan dalam diri murid melalui kaedah simulasi
dan nyanyian. Aktiviti berkumpulan juga menunjukkan kerjasama yang baik antara murid-murid.
Kekuatan ini banyak membantu dalam mencapai objektif p&p.
Terdapat sebilangan kecil murid yang tidak memberikan kerjasama yang baik dalam aktiviti
kumpulan.
Dimasa akan datang guru perlu merancang aktiviti yang boleh melibatkan semua murid bergerak
aktif sama ada secara individu ataupun berkumpulan.
Berdasarkan laporan perbincangan berkaitan dengan strategi berpusatkan murid
dapatlah disimpulkan bahawa strategi berpusatkan murid adalah strategi yang menjadi trend
atau diguna pakai pada masa kini sama ada dalam pengajaran Bahasa Melayu mahupun mata
pelajaran lain serta di tempat-tempat pengajian tinggi strategi ini sangat memperlihatkan
kemajuan dan peningkatan murid dalam pembelajaran mereka. Ini kerana ianya dapat
mendatangkan beberapa kebaikan antaranya, dapat mewujudkan pengalaman pembelajaran
yang dapat menarik minat murid serta menggalakkan penglibatan murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ia juga membri peluang kepada murid belajar secara individu,
kumpulan dan kelas. Selain itu ia dapat meujudkan prosedur pemantauan agar murid
bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari serta ia dapat mencungkil bakat murid
dari segi akviti lakonan, nyanyian dan sebagainya. Dengan itu kita dapat melihat kekuatan
strategi berpusatkan murid yang membantu guru untuk mencapai objektif pengajarannya.
Penggunaan strategi yang baik tidak akan berjaya sekiranya tidak dibantu
dengan penggunaan bahan bantu pebelajaran yang sesuai. Pemilihan bahan bantu
pembelajaran haruslah tepat dan sesuai dengan setiap aktiviti yang dirancang. Pemilihannya
juga perlu dilihat berdasarkan faktor-faktor yang mempengaruhinya begitu juga dengan cara-
cara pemilihannya mengikut kesesuaian beberapa elemen penting seperti objektif pengajaran,
minat murid, pendekatan dan kaedah yang digunakan, keadaan murid dan sebagainya.
Dengan adanya perancangan pengajaran yang baik dan berpusatkan murid serta bahan
bantu pembelajaran yang memberansangkan akan dapat menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.
27
RUMUSAN
RUJUKAN:
Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran Dengan Pendidikan Inklusif.(1st ed.) Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Dr. Abdullah Ibrahim.(2010). Pembelajaran Berpusatkan Murid Pelajar dan Kaitannya Dengan Pembangunan Diri dan Peluang Pekerjaan. Selangor Darul Ehsan: KUKTEM.
Dr. Ali Mahmood, et al.(2011).HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu.(2nd ed.) Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia.
Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan Pedagogi. (1st ed.) Johor Darul Takzim: Universiti Teknologi Malaysia.
Kamal Basha Madarsha, et. Al. (1987). Pola Penggunaan Alat Bantu Mengajar olehGuru Pelatih UTM Semasa Latihan Mengajar. Kertas Kerja dibentangkan padaBengkel Latihan Mengajar Antara Universiti Kali Keempat, 7 – 8 Dis, 1987.
Kamaruddin Hj Husin. (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. KualaLumpur: Longman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2002). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan.(4th ed.) Subang Jaya Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang.(2010). Pedagogi Untuk Pengajaran-Pembelajaran.Subang Jaya Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Rashidi Azizan & Abd. Razak Habib. (1996). Pengajaran Dalam Bilik Darjah: Kaedahdan strategi. Kajang: Masa Enterprise.
Shahcbudin H, et al.(2007).Pedagodi, Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. (1st ed.)Kuala Lumpur: PTS Professional Sdn. Bhd.
28
Norazura. Konsep dan Kategori Bahan Bantu Mengajar.(n.d). [Online]. Available: http://ge2123.tripod.com/Norazura/nota1.html.[ 2012, Februari 23].
Pengajaran Berpusatkan Murid.(n.d). [Online]. Available: http://alberangque.wordpress.com/2008/06/16/pengajaran-berpusatkan-murid/.[2012, Februari 22].
Pembelajaran Berpusatkan Murid.(n.d).[Online]. Available: http://whatta.ipgmksm.edu.my/pdf/PEMBELAJARAN%20BERPUSATKAN%20PELAJAR.pdf.[2012, Februari 23]
29