assign dr. ramlah (kgbk) 2

20
Prof. Emeritus Dr.Ishak Haron KAEDAH MEMBACA KAEDAH MEMBACA Kaedah Gabung Bunyi Kaedah Gabung Bunyi Kata Kata ( KGBK) ( KGBK)

Upload: julia-amir

Post on 08-Dec-2015

254 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kgbk

TRANSCRIPT

Page 1: Assign Dr. Ramlah (KGBK) 2

Prof. Emeritus Dr.Ishak Haron

KAEDAH MEMBACAKAEDAH MEMBACA

Kaedah Gabung Bunyi Kaedah Gabung Bunyi KataKata

( KGBK)( KGBK)

Page 2: Assign Dr. Ramlah (KGBK) 2

AHLI KUMPULAN :1. RUSMAWATI BINTI DEMAWI

(M20142002034)

2. FATIMAH BINTI ABD MAJID (M20142001325)

3.IDA SUHAILA BINTI MOHD RADZI (M20142001953)

4. NORLIZA BINTI MOHD NOOR (M20142001949)

Page 3: Assign Dr. Ramlah (KGBK) 2

• Kaedah Gabungan Bunyi-kata ini diilhamkan oleh Profesor Dato’ Dr. Isahak Harun yang dinyatakan melalui pembentangan kertas kerja di KONPEN IV anjuran Persatuan Suluh Budiman di Kuantan, pada 8 hingga 10 Disember 1979.

• Beliau telah memperkenalkan kaedah ini sebagai cadangan untuk mengatasi masalah membaca banyak murid di sekolah rendah, terutama di sekolah kebangsaan yang tidak boleh membaca.

• Kaedah ini turut dijadikan salah satu kaedah pilihan (ke-4) dalam buku panduan am, kurikulum baru sekolah rendah (KBSR) terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1981.

• Seterusnya kaedah ini telah dijadikan asas untuk panduan guru Bahasa Malaysia (KBSR) Tahun Satu untuk sekolah SRKJ Cina dan SRKJ Tamil pada Jun 1981.

Latar belakangLatar belakang

Page 4: Assign Dr. Ramlah (KGBK) 2

Definisi Definisi KGBKKGBK• KGBK ialah kaedah yang menggabungkan proses mengajar  mengenal

bunyi huruf dengan membina dan membaca perkataan serta dapat membaca frasa atau ayat.

• Kaedah ini merupakan satu alternative kepada kaedah abjad atau fonik dan kaedah seluruh perkataan.

• Kaedah ini merupakan kaedah yang mudah dan berkesan untuk memulihkan murid yang tidak menguasai kemahiran 3M atau lemah membaca.

• KGBK bermula dengan memperkenalkan huruf vokal kepada murid, diikuti dengan pengenalan huruf konsonan, pembentukan suku kata, dan pembentukan perkataan yangbermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja.

Page 5: Assign Dr. Ramlah (KGBK) 2

Ciri-ciri KGBK•Murid dibina kemahiran untuk mengesan (attack) sesuatu perkataan baru dengan menggunakan pengetahuan bunyi huruf dan suku kata yang dipelajari.•Murid tidak perlu diajar mengenal dan menghafal huruf abjad secara berturutan dari a, b, c sampai z.•Murid membaca perkataan yang bermakna yang dibina dalam suatu pelajaran•Murid diajar menulis apa yang dibaca unit: huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat.•Perkembangan unit-unit pengajaran dan pembelajaran 2M dibuat secara sistematik•Murid terus membaca ayat dan cerita mudah dalam beberapa pelajaran saja.

Page 6: Assign Dr. Ramlah (KGBK) 2

Prinsip KGBKPrinsip KGBKi.Memperkenalkan terlebih dahulu vokal dan konsonan yang kerap digunakan dalam ejaan Bahasa Melayu, kemudian baru perkenalkan yang kurang digunakan. Hal ini bermakna tidak perlu memperkenalkan huruf dan bunyi mengikut susunan biasa dalam abjad (a-z).

ii.Susunan nama-nama huruf dan cara menulis huruf besar boleh dibuat secara tidak langsung kemudian.

iii.Tidak perlu memisah-misahkan dengan jauh dan jelas antara langkah mengajar bunyi huruf, bunyi suku kata dan sebutan perkataan. Boleh digabungkan dalam satu pelajaran.

iv.Memerlukan latihan membunyikan dan memandang huruf, suku kata dan perkataan tertulis. Dengan itu penggunaan kad imbasan dan papan hitam amat diperlukan.

Page 7: Assign Dr. Ramlah (KGBK) 2

iv. Memerlukan latihan membunyikan dan memandang huruf, suku kata dan perkataan tertulis. Dengan itu penggunaan kad imbasan dan papan hitam amat diperlukan.

v. Kaedah ini juga cuba untuk mengurangkan penggunaan gambar kerana mengganggu tumpuan murid membunyi dan memandang lambing-lambang bunyi, suku kata dan perkataan dengan cepat. Hal ini bertujuan supaya murid-murid mendapat kemahiran-kemahiran asas untuk membaca sendiri perkataan-perkataan baru dan seterusnya bahan-bahan bacaan secara berperingkat-peringkat.vi. Latihan dan ulangan yang munasabah dan beragam amatlah penting untuk mengukuhkan kemahiran.vii. Latihan menulis bolehlah dilakukan selepas tiap-tiap latihan membaca. Latihan menulis berdasarkan perkataan-perkataan yang dibaca supaya boleh meneguhkan kemahiran membaca.

Page 8: Assign Dr. Ramlah (KGBK) 2

Langkah-langkah Pengajaran KGBK

UNIT 1 – huruf dan bunyi huruf a i u; b c

Langkah-langkah:•Tunjuk kepada murid huruf a dalam kad imbasan•Guru sebut nama huruf ‘a’ dan bunyi huruf ‘aa…’ murid ikut, guru juga boleh tunjuk sebutan bunyi ‘a’ seperti dalam perkataan ayam, awan, abu, abang, adik.•Perkenalkan pula huruf vokal ‘i’ dan bunyi ‘ii…’•Beri contoh bunyi ‘i’ dalam perkataan seperti ikan, ibu, dan itik•Perkenalkan pula huruf vokal u sama seperti langkah-langkah di atas.

Page 9: Assign Dr. Ramlah (KGBK) 2

• Perkenalkan pula huruf konsonen ‘b’ dengan menyebut nama huruf dan bunyi huruf

• Guru boleh sebut bunyi ‘bh’ seperti dalam perkataan batu, baju, burung dan bola.

• Perkenal pula huruf konsonen ‘c’ dengan menyebut nama huruf dan bunyi huruf.

• Guru boleh sebut bunyi ‘ch’ seperti dalam perkataan cawan, cacing, ciku dan cari.

• Minta murid beri contoh-contoh lain.

Page 10: Assign Dr. Ramlah (KGBK) 2

UNIT 2 – membentuk suku kata terbuka kv dan membina perkataan kv+kv, v + kv huruf b

Langkah-langkah:•Ulang pelajaran lalu mengajar huruf ‘b’, sebut nama abjad dan bunyinya ‘bh..’•Ajar murid mencantumkan huruf ‘b’ dengan huruf ‘a’ dan membunyikannya ‘ba’ dengan menggunakan kad imbasan.•Murid ikut membunyikan ‘ba’•Ulang beberapa kali dan minta setiap murid menyebut ‘ba’, ‘ba’.•Cantumkan kad imbasan ‘ba’, ‘ba’ menjadi perkataan ‘baba’.•Ulang langkah yang sama dengan mencantum ‘b’ dan ‘i’ dan membunyikannya ‘bi’•Ulang beberapa kali.

Page 11: Assign Dr. Ramlah (KGBK) 2

• Cantumkan kad imbasan ‘bi’,’bi’ menjadi perkataan ‘bibi’.• Ulang langkah yang sama bagi perkataan ‘b’ dan ‘u’.• Latih murid membaca baba, bibi dan bubu.• cantum pula huruf vokal a dan ba menjadi ‘aba’ dan sebut. ‘a

+ bi’ menjadi ‘abi’ dan ‘a + bu’ menjai ‘abu’.• Bentuk rangkai kata dan latih murid membaca ibu abu babu baba ubi ibu abu.

Page 12: Assign Dr. Ramlah (KGBK) 2

UNIT 3 – membentuk suku kata tertutup: kvk. Membina perkataan kv + kvk. kvk + kv, v + kvk

Langkah-langkah :1.Guru mengulang mengajar murid suku kata terbuka (kv) yang lalu, seperti

ka ki ku sa si sula li lu ma mi mu

2. Suruh murid membaca perkataan dan ayat yg mengguna suku kata terbuka kv ini.

kuku kaki titi batu mata siti3. Tambah huruf n kpd setiap suku kata terbuka di atas supaya menjadi suku kata tertutup, dan latih murid membacanya, contoh

kan kin kun san sin sunlan lin lun man min mun

4. Latih murid menyebut suku kata di atas. Tentukan setiap murid boleh membezakan sebutan kata kv dan suku kata kvk.

Page 13: Assign Dr. Ramlah (KGBK) 2

5. Tunjuk murid cara membina beberapa perkataan kv + kvk daripada suku kata tertutup di atas, misalnya

ma + kan = makan bu + lan = bulansa + bun = sabun i + kan = ikan

6. Bina pula perkataan kvk + kv , contohnyakun + ci = kunci ban + tu = bantu

7. Bina frasa atau ayat, contohnya Hasan makan ikan.

8. Murid salin frasa dan ayat yang mereka bina.9. Kemudian latih murid membentuk dan menyebut suku kata tertutup kvk dengan menambah konsonan ‘t’ dan ‘k’ atau huruf konsonan lain.

Page 14: Assign Dr. Ramlah (KGBK) 2

UNIT 4 – memperkenalkan huruf vokal o dan e

Langkah-langkah:1. Perkenalkan huruf ‘o’ dan bunyinya2. Bina suku kata dan sebut berulang kali bo to ko ro po lo mo so kok tok rom tom sok lok3. Bina perkataan dengan suku kata di atas roti bola kopi lori soto otak obor pokok pondok polis kotak kolam ombak4. Bina frasa dan ayat berdasarkan perkataan yang murid bina makan roti main bola lori bapa pondok polis oli makan roti. Mayo makan soto dalam lori itu ada kotak itu pondok polis

Page 15: Assign Dr. Ramlah (KGBK) 2

Memperkenalkan huruf ‘e’1. Minta murid membaca beberapa kali dua jenis ‘e ’ iaitu e

taling dan e pepet2. Bina suku kata dan perkataan menggunakan e taling ke kera dan ketam be beli , beras dan bela3. Bina suku kata dan perkataan menggunakan e pepet ce cetek, cebok be belek, besok4. Minta murid beri contoh lain

Page 16: Assign Dr. Ramlah (KGBK) 2

UNIT 5 – diagraf atau konsonen gandingan dan suku katanya

1. Memperkenalkan diagraf atau konsonen gandingan dan suku katanya seperti: ‘ng’ bang bing bung yang ying yung cang cing cung ‘ny’ nya nyi nyu ‘ng’ nga ngi ngu ‘sy’ sya syi syu

2. Bina perkataan dengan mencantumkan suku katasa + yang kam + bing bum + bung

3. Bina ayat dan frasa contohnya: Anak kambing abang Di tebing parit Makan rumput kering

Page 17: Assign Dr. Ramlah (KGBK) 2

UNIT 6 – vokal gandingan au ai ua geluncuran dan diftong

Geluncuran1. Di tengah perkataan: geluncuran (gandingan dua vokal di dalam perkataan)

Contohya, daun, buat, baik, naik, kuih, duit, niat, liat2. Guru hendaklah mengajar murid membaca setiap perkataan secara geluncuran, tidak menyebut terpisah-pisah suku katanya3. Buat latihan membaca fara dan ayat

buat kerja kuih talam duit syiling naik bukit badan kuat buah duku

Page 18: Assign Dr. Ramlah (KGBK) 2

Diftong1.Gandingan dua huruf vocal pada hujung perkataan, contoh:

sungai pandai amboi pulau pantai harimau

2. Guru eja perkataan di atas dan murid ikut sebutannya. Guru hendaklah mengajar murid membaca setiap perkataan dengan jelas.

Su nga i pan ta i pu la u

3. Bimbing murid mencipta frasa dan ayat

Pulau Jerjak murid itu pandai lambai tangan

Kami bermain di tepi pantai Kami lihat laut permai

Page 19: Assign Dr. Ramlah (KGBK) 2

UNIT 7 – penggunaan imbuhan mudah’ber’ ‘me’ ‘men’ ‘meng’

1. Beri dulu perkataan asas kemudian beri imbuhan ‘me’, ‘men’, ‘mem’, ‘meng’, ‘ber’ contoh: ‘me’ lipat melipat tukar menukar ‘men’ cari mencari cukur mencukur ‘mem’ bela membela bakar membakar ‘meng’ harum mengharum hantar menghantar ‘ber’ lawan berlawan kawan berkawan

2. Jelaskan kepada murid bila me + tukar, me + tutur, me + tulis, ejaan perkataan dan sebutannya bertukar. me + tulis menulis me + tukar menukar me + tutur menutur

Page 20: Assign Dr. Ramlah (KGBK) 2

3. Bina rangkai kata dan ayat mengguna perkataan berimbuhan

Berjalan-jalan melukis gambar mengambil buku

Adnan berhenti di bawah pokokElla membeli sebatang pensel