asingment bm

Upload: mgt-shafiq

Post on 10-Jul-2015

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN ASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT KOD KURSUS /COURSE CODE : TAJUK KURSUS /COURSE TITLE : SEMESTER /SEMESTER : HBML 4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU MEI/MAY 2011

ARAHAN KEPADA PELAJAR / INSTRUCTIONS TO STUDENTS 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. / This assignment contains only ONE (1) question that is set in the language of the printed module for the course. 2. Jawab dalam Bahasa Melayu. / Answer in Malay. 3. Muatturunkan templet tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. / Download the language version of the assignment template concerned from the MyVLE for preparation and submission of your assignment. Your assignment should be typed using 12 point Times New Roman font and 1.5 line spacing. 4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. / Your assignment should be between 2500 to 3000 words excluding references. The number of words should be shown at the end of your assignment. Do not copy the assignment question and instructions to your answer. 5. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ON-LINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur menghantar tugasan anda secara on-line. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. / You must submit your assignment ON-LINE via the MyVLE. Refer to the portal for instructions on the procedures to submit your assignment on-line. You are advised to keep a copy of your submitted assignment for personal reference. 6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. / You can submit your assignment ONCE only in a SINGLE file. 7. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 28 Jun 2011 hingga 10 Julai 2011. Serahan selepas 10 Julai 2011 TIDAK akan diterima. / Your assignment must be submitted between 28 June 2011 to 10 July 2011. Submission after 10 July 2011will NOT be accepted. 8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri. / Your assignment should be prepared individually. You should not copy another persons assignment. You should also not plagiarise another persons work as your own.

1

SOALAN TUGASAN /ASSIGNMENT QUESTION

Sejarah telah membuktikan bahawa tiada bangsa di dunia dapat mencapai kejayaan dan tamadun tinggi melalui bahasa asing dan bahasa penjajah. (Jeniri Amir: 2009) Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan Bahasa Melayu hilang upaya untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Dalam perbincangan anda, nyatakan juga peranan golongan intelektual untuk memperkasa bangsa Malaysia melalui Bahasa Melayu. Pelajar juga perlu menyediakan abstrak kertas kerja tidak lebih daripada 100 patah perkataan. [Jumlah: 30 markah]

Format tugasan ini mestilah merangkumi:

(i) (ii)Pemerengganan

Pengenalan / Pendahuluan Huraian / Perbincangan Kesimpulan / Penutup

(iii)

(Tugasan hendaklah dihasilkan dengan menggunakan laras bahasa ilmiah)

2

PENILAIAN / EVALUATION Tugasan ini akan menyumbangkan 30 % daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik / Skema Jawapan. / This assignment accounts for 30 % of the total marks for the course and shall be assessed based on the Rubrics / Answer Scheme. Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula / You would be given feedback of the assignment before the Final Semester Examination commences. PLAGIARISME : POTONGAN MARKAH / PLAGIARISM : MARKS DEDUCTION Amaran : Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: / Warning : The submitted assignment will automatically undergo a similarity check. If plagiarism is detected, marks would be deducted as follows: Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30 % : potongan 20% daripada jumlah markah yang diperolehi. Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 30 % : Markah sifar akan diberikan. Assignments with 10 - 30 % overlap with others : 20% deduction from the total marks scored. Assignments with more than 30% overlap with others : Zero mark would be given

MUKA SURAT TAMAT / END OF PAGESaya ingin memulakan makalah ini dengan nada pesimis. Nada pesimis boleh meletakkan kaki kita di dunia nyata, sementara sikap optimis tanpa alasan yang meyakinkan hanya memberi gambaran palsu serta kegembiraan sementara. Nada pesimis ini adalah tentang kepustakaan Melayu, jikalau kita percaya bahawa kepustakaan adalah elemen terpenting dalam pembinaan tamadun, akal budi, daya cipta dan daya saing bangsa. Kepustakaan di sini merujuk kepada semua bentuk penerbitan atau hasil karya, dalam bahasa Melayu, dalam semua bidang dan subbidang i1mu pengetahuan termasuk karya-karya kreatif. Nada pesimis ini berada di bawah permukaan kenyataan bahasa Melayu itu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, sebagai bahasa utama dalam sistem pendidikan, dan lebih-lebih lagi dengan ura-ura pemansuhan PPSMI mulai 2012, dan impian bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu serta antara bahasa terpenting di dunia. Akan tetapi cubalah kita singgah ke toko-toko buku terkemuka. Jumlah majalah, jumal dan buku kreatif serta non-kreatif dalam bahasa Melayu, amatlah kenit, seperti seorang Awang Kenit yang berada di tengah-tengah negeri yang dihuni oleh para gergasi. Pada hal ini negara bahasa Melayu. Dan orang Melayu adalah penduduk majoriti. Jumlah majalah Melayu bolehlah dianggap sebagai hujung-hujung beras yang hancur dalam gantang beras yang penuh, kerana masih terlalu banyak jumlah majalah dalam pelbagai bidang yang perlu diterbitkan. Jumlah jumal dalam bahasa Melayu juga seperti melukut, sehingga bagi mengikuti tulisan ilmiah terutamanya untuk isu atau penemuan terkini dalam bidang atau subbidang biologi, fizik, kimia dan malah ilmu kemanusiaan, pembaca masih bergantung pada jumal bahasa asing terutamanya Inggeris. Jumlah buku dalam bahasa Melayu juga ibarat menir, kerana Malaysia baru berupaya menerbitkan sekitar 8,000 - 10,000 judul buku baru setahun, dalam pelbagai bahasa dan untuk pelbagai peringkat pembaca, sedangkan Malaysia sepatutnya sudah mampu

3

menerbitkan sekurang-kurangnya 25,000 judul buku baru setahun, yang sebahagian besar hendaklah dalam bahasa Melayu, iaitu dengan mengambil nisbah normatif antarabangsa 0.01 % daripada jumlah penduduk negara. Beberapa bulan yang lalu YAB Timbalan Perdana Menteri mengumumkan hasrat kerajaan memansuhkan PPSMI mulai 2012. Pengumuman tersebut, memberi peluang kedua kepada bahasa Melayu untuk terus berkembang sebagai bahasa ilmu, setelah keupayaan bahasa Melayu disekat mulai tahun 2003. Akan tetapi sehingga kini kita belum mendengar atau membaca statu perancangan strategik pemerkasaan kepustakaan Melayu, meliputi penerbitan majalah, jumal, buku, kamus, ensiklopedia dan sebagainya, yang konvensional mahu pun yang elektronik, daripada pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan, yang boleh menukar nada-nada pesimis itu. Jikalau perancangan strategik itu ada, mengapa disembunyikan daripada pengetahuan umum? Agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan bagi membina dan mengembangkan kepustakaan Melayu itu menggunakan dana awam untuk emolumen dan operasinya. Justeru itu orang awam harus diberi tahu tentang nasib kepustakaan Melayu dalam jangka pendek dan jangka panjang. II Jikalau kita menyedari bahawa jumlah kepustakaan kita masih kecil, berbanding dengan kepustakaan dalam bahasa asing terutamanya Inggeris, dan usia kepustakaan ilmu moden kita secara relatif masih remaja, berbanding kepustakaan ilmu moden yang lebih 'tua' daripada tradisi barat, kesedaran tersebut sepatutnya menyuburkan semangat melawan berdasarkan 'kekuatan' yang kita miliki. Dalam konteks ini kita boleh mengambil semangat daripada Hang Tuah lima bersaudara yang masih remaja dan berjumlah kecil, melawan kumpulan lanun yang lebih banyak dan lebih tua daripada mereka di perairan Melaka; dan lima sahabat tersebut memenanginya. Keberanian Menteri Pelajaran sekarang untuk memansuhkan PPSMI mulai 2012 bolehlah dianggap sebagai memberikan 'peluang kedua' kepada bahasa Melayu bagi membentuk gelombang kedua dan seterusnya. Akan tetapi bahasa Melayu menghadapi cabaran hebat. Jikalau salah strategi bahasa Melayu tidak akan kekal sebagai bahasa utama di Malaysia, sebaliknya hanya akan menjadi bahasa kedua. Apakah perkara-perkara yang harus dimantapkan bagi memperkasakan bahasa Melayu supaya kekal sebagai bahasa pertama?

Pertuturan dan Pendengaran Dua perkataan ini saling berhubungan. Mungkin dianggap remeh. Akan tetapi pertuturan yang gramatis, lengkap, dan berkesan akan memberi citra baik terhadap sesuatu bahasa. Begitu juga sebaliknya. Jikalau bahasa Melayu dituturkan secara buruk, umpamanya tidak gramatis, pemilihan diksi yang salah, bercampur baur dengan bahasa lain, dan seumpamanya, sarna ada oleh menteri, pegawai kerajaan, dalam situasi rasmi atau tidak rasmi, dalam media elektronik, dan malah oleh pelajar, maka mereka memberi isyarat yang bahaya dan salah terhadap kemampuan bahasa Melayu. Yang tidak mampu berbahasa dengan baik adalah mereka, bukan kelemahan bahasa Melayu. Akan tetapi mutakhir ini, lebih-lebih lagi dalam situasi tidak rasmi, mutu bahasa Melayu yang dituturkan dan didengar, amatlah mengecewakan. Timbullah istilah 'bahasa rojak' dan sebagainya. 'Bahasa rojak' ini turut dipindahkan ke atas pentas, di rostrum ucapan, dan diudarakan dalam penyiaran elektronik seperti radio dan tv. Akibatnya, bahasa Melayu tidak ditampilkan dengan citra yang baik dan yang sepatutnya. 'Bahasa rojak' terjadi kerana kelemahan penutumya menguasai kosa kata, diksi dan aturan berbahasa dengan baik, bukan kelemahan bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu juga kerap kali dipinggirkan dalam ucapan atau acara yang sepatutnya menggunakan Bahasa Kebangsaan ini. Tokoh pemimpin pernah melakukannya. Agensi-agensi kerajaan pemah melakukannya. Syarikat-syarikat berhubung Kerajaan (GLC) pemah melakukannya. Pihak swasta pula memang tampaknya agak tidak menghiraukan Bahasa Kebangsaan, kerana kurangnya peraturan serta pengawalan, serta tidak diberi contoh teladan yang boleh ditiru. Gejala ini wajar diperbaiki dan dihindari, bagi menjaga taraf dan mutu bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Oleh itu wajar P & P bahasa Melayu turut menekankan cara berbahasa yang betul dan berkesan sedari awal lagi.

4

Penulisan dan Pembacaan Supaya terus berkembang, bahasa Melayu mesti mempunyai kepustakaan ilmu dan persuratan yang banyak. Dan dibaca secara meluas pula. Kepustakaan ini mesti memenuhi selera, minat serta tuntutan ilmu pelbagai golongan - kanak-kanak, remaja dan dewasa. Kepustakaan ini juga mesti meliputi semua bidang dan subbidang. Ketika merasmikan Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 di Kuching beberapa bulan lalu, Menteri Pelajaran menyarankan agar jumlah penerbitan ditingkatkan, begitu juga buku-buku ilmiah. Saranan atau gesaan tersebut amat penting bagi memperkasakan bahasa Melayu. Tetapi siapakah yang menyambut saranan atau gesaan tersebut? Tidak terbaca atau terdengar sebarang perancangan strategik oleh pihak-pihak yang sepatutnya menanggungjawab peranan tersebut. Gejala ini sewajarnya menggerakkan suatu kebangkitan kolektif bagi menyahut cabaran Timbalan Perdana Menteri itu. Sepatutnya pihak-pihak seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, penerbit-penerbit universiti, ITNM, pusat-pusat penyelidikan dan pengembangan bidang tertentu, penerbit-penerbit swasta, dan pihak-pihak berkepentingan lain, segera duduk semeja menentukan strategi jangka pendek dan jangka panjang bagi menerbitkan karya ilmiah bermutu tinggi. Ini termasuk penerbitan jurnal dan buku yang mampu menjadi wadah membicarakan isu atau penemuan baharu dalam pelbagai bidang sains dan ilmu kemanusiaan, agar dapat mengurangkan kebergantungan kepada penerbitan dalam bahasa Inggeris, di sam ping membuktikan bahasa Melayu benar-benar layak menjadi bahasa ilmu-i1mu moden dan mutakhir. Hal ini penting kerana massa perlu melihat kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi. Jikalau selama ini mereka boleh membaca buku ilmiah tentang pelbagai bidang dan subbidang dalam bahasa Inggeris, maka hasil pelan strategik itu nanti mestilah membolehkan mereka membaca pelbagai buku ilmiah pelbagai bidang dan subbidang dalam bahasa Melayu. Kadar penerbitan tahunan buku-buku judul baru di negara ini, seperti yang telah dinyatakan, masih amat rendah berbanding jumlah penduduk. Jumlah 8,000 - 10,000 masih tidak memuaskan. Daripada jumlah tersebut, jumlah buku ilmiah bermutu tinggi amat kecil bilangannya. Dalam penilaian memilih buku ilmiah terbaik, termasuk Anugerah Akademik Negara yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, saingan karya ilmiah terbaik amat kec.il dan tidak pernah sengit. Ini menandakan ramai sarjana, penyelidik dan orang yang mengaku dirinya penulis, tidak menulis, atau kurang produktif. Sehubungan itu P&P bahasa Melayu wajar turut menekankan aspek (penyerKfikan?) dan penulisan. Jumlah judul buku baru wajar mencapai 25,000 atau lebih setahun, iaitu kira-kira 0.01 peratus daripada jumlah penduduk negara, dalam upaya membentuk masyarakat lebih berilmu atau 'learned society', yang pembentukan masyarakat berilmu itu dipukuk melalui program sistematik seperti kempen membaca dan sebagainya. Sehubungan dengan itu pasaran harus dibanjiri dengan akhbar, majalah, buku, jurnal, ensiklopedia, dan penerbitan elektronik dalam bahasa Melayu. Cuba bandingkan semua ini dengan bahan-bahan yang terdapat di toko-toko buku yang besar di tanah air kita. Bahan dalam bahasa Melayu amat kecil! Sebagai contoh: majalah, buku, jurnal ensiklopedia di dalam bahasa Inggeris di toko-toko buku besar amat banyak. Penerbitan-penerbitan tersebut 99.9% bukan karya penulis tempatan, jikalau ada pun hanya seperti setitik air di lautan. Akan tetapi bahasa Inggeris dan penerbitannya telah digembeling untuk menjadi kuasa baharu wacana moden dan industri penerbitan global. Tidak mampukan bahasa Melayu melakukannya? Pada hemat saya kemampuan itu tetap ada, dan kita wajar memulakannya di dunia Melayu dahulu. Dalam hubungan ini kita mestilah terlebih dahulu menjawab serta meleraikan dua permasalahan berikut: Mengapa bahasa Melayu dan Indonesia mempunyai pelbagai perbezaan, walau pun wilayahnya relatif kecil berbanding dengan wilayah bahasa Inggeris? Perbezaan tersebut menyebabkan akhbar, majalah, jurnal dan buku yang diterbitkan di Malaysia umpamanya, sukar difahami oleh pembaca Indonesia, begitu juga sebaliknya. Bukan sahaja terdapat

5

kosa kata yang berbeza, malah istilah-istilah bidang i1mu yang telah dipersetujui oleh Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MABBIM), hampir tidak digunakan langsung di Indonesia. Pada hal tugas MABBIM sejak penubuhannya pada 24 Disember 1972 (maklumat dpd Prof. Abdullah Hassan) adalah bagi merancang dan menyelaraskan pembinaan bahasa Melayu khususnya hal-hal dasar, pedoman ejaan, dan pedoman pembentukan istilah. Adakah ini pertanda kegagalan MABBIM, bagi membina dan mengembangkan bahasa Melayu dalam konteks supranasional masing-masing negara? Ketaksuban terhadap bahasa Melayu di masing-masing negara, hanyalah akan membunuh bahasa Melayu dalam jangka panjang. Gejala ini hampir tidak wujud dalam tradisi wacana ilmu dalam bahasa Inggeris, akhbar yang diterbitkan di London boleh difahami oleh pembaca New Zealand. Jurnal yang diterbitkan di Amerika boleh difahami oleh pembaca di Filipina. Buku yang diterbitkan di Canada boleh difahami oleh pembaca Australia. Ensiklopedia yang diterbitkan di Afrika Selatan boleh difahami oleh pembaca di Denmark. Gejala ini juga hampir tidak wujud di dunia berbahasa Arab, Sepanyol. Perancis dan sebagainya. Mengapa lalu lintas buku bahasa Melayu di negara-negara yang menggunakan bahasa Melayu masih tidak bergerak lancar? Gejala ini harus diatasi segera, jika kita ingin melihat perkembangan bahasa Melayu yang lebih meluas, termasuk perkembangan bagi memahami perbezaan- perbezaannya. Gejala ini tidak berlaku pada penerbitan dalam bahasa Inggeris, Arab, Mandarin dan Jepun umpamanya. Cabaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, agar ilmuwan Malaysia menghasilkan dan memperbanyakkan karya ilmiah bermutu tinggi (Berita Harian, 7 Oktober 2009), kena pada masanya dan wajar disambut. Bola kini berada di gelanggang ribuan ilmuwan yang berada di IPTA awam dan swasta, institusi penyelidikan dan pengembangan, serta yang bergerak sendirian.

Cabaran Timbalan Perdana Menteri itu ketika merasmikan Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 tentulah ada kaitannya dengan karya ilmiah bermutu tinggi dalam bahasa Melayu. Pastilah beliau secara yakin menyedari tamadun rantau ini amnya, dan Malaysia khasnya, yang berpaksi pada bahasa dan kebudayaan Melayu. Mutakhir, juga beliau sering berbicara tentang usaha bagi memartabatkan bahasa Melayu, termasuk menghapuskan PPSMI mulai tahun 2012. Dapat juga diduga beliau meyakini bahawa bahasa Melayu akan menjadi lebih dinamik, relevan dan bermartabat sekiranya menjadi bahasa ilmu tinggi. Dalarn konteks inilah cabaran tersebut dizahirkan, dan sewajarnya disambut oleh para ilmuwan. Ciri bahasa moden, termasuk bahasa Melayu, adalah kemampuannya untuk menjadi bahasa ilmu. Bahasa Melayu dalam perkembangan ribuan tahunnya, mengalami evolusi kemajuan, daripada aspek yang paling asas iaitu pertuturan dan pendengaran, hinggalah kepada salah satu aspek penting pengisian tamadun bangsa iaitu penulisan yang dibaca, yang mampu menjana pemikiran dan penciptaan benda, bangunan, monumen dan sebagainya. Kemajuan dan perkembangan bahasa Melayu di Malaysia akan banyak bergantung pada dasar pembinaan dan pengembangan bahasa ini, di samping polisi serta persepsi kerajaan terhadap bahasa ini yang telah diangkat menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Alam Melayu di tanah lamanya sebelum kedatangan Islam turut mensisakan tinggalan sejarah berupa pelbagai jenis tulisan dan candi. Akan tetapi sejak disinari cahaya tauhid, umat Melayu-Islam memilih tulisan jawi, daripada tulisan Arab yang ditambah beberapa huruf bagi menyesuaikannya dengan lidah serta bunyi Melayu. Gelombang pertama kemunculan dan perkembangan bahasa Melayu bermula sejak orang Melayu menghuni gua purba, pesisir dan pulau; daripada masyarakat agrarian sepenuhnya, hinggalah kepada sebahagian masyarakat modennya yang mula menghuni kota. Gelombang pertama ini menyaksikan bahasa Melayu yang dituturkan dan didengar telah berhasil membentuknya sebagai sebuah bahasa yang dinamik. Telah tercipta karya kesusasteraan yang menjadi genius bangsa berupa pantun, serta hikayat-

6

hikayat yang agung seperti Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu. Kepustakaan Melayu terus diisi dengan buku-buku pelbagai bidang. Penubuhan UKM dapat dianggap sebagai puncak gelombang pertama perkembangan bahasa Melayu. Melalui pendidikan dalam bahasa Melayu, di institusi tersebut latihan i1miah, tesis, wacana, kuliah dan penerbitan pelbagai bidang dan subbidang dalam bahasa Melayu telah dihasilkan; di samping menghasilkan lulusan pelbagai fakulti. Bagaimanapun benteng penyekat gelombang pertama perkembangan bahasa Melayu telah dibina dan disiapkan dengan begitu cepat oleh seorang pemimpin negara yang menghadapi kerancuan fikiran tentang kedaulatan serta potensi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Benteng itu dibina sekitar tahun 2003 melalui dasar PPSMI. Jikalau dasar PPSMI diteruskan, bahasa Melayu perlahan-Iahan akan terhakis sebagai bahasa ilmu, bukan sahaja ilmu sains dan teknologi, malah ilmu-ilmu yang sedikit banyak memerlukan disiplin atau pengkaedahan sains. Terdapat empat elemen yang biasanya dikaitkan dengan bahasa. Elemen-elemen tersebut adalah bahasa yang didengar, bahasa yang dituturkan, bahasa yang ditulis, dan bahasa yang dibaca. Ketika zaman primitif, dan pada ketika sesuatu bahasa dituturkan oleh kelompok terpencil, hanya dua eleman bahasa sahaja yang hidup - iaitu bahasa yang dituturkan, dan bahasa yang didengar. Keperluan ilmu pengetahuan yang lebih canggih, yang mendorong kemunculan sesuatu tamadun, memerlukan dua elemen bahasa lagi iaitu bahasa yang ditulis, dan bahasa dan dibaca. Tulisan-tulisan kuno, piktograph, ideograms, rumi, jawi dan sebagainya, telah mentransformasi sesuatu idea yang abstrak dan berada dalam dunia fikiran, menjelma sebagai aksara dan wacana yang boleh dibaca dan difahami. Pangkal tamadun memerlukan pemikir yang boleh mencipta aksara, guru yang mengajar dan murid yang mempelajarinya. Aksara dan wacana telah berperanan meluahkan sesuatu catatan atau pemikiran yang mudah, hinggalah kepada penzahiran idea serta pemikiran yang kompleks. Demikianlah proses tamadun itu berkembang dan menjadi perkasa. Tamadun Malaysia kini terus memerlukan keempat-empat elemen tersebut bagi membolehkan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan Bahasa Kebangsaan. Sehubungan dengan itu mutu bahasa Melayu yang didengar, dituturkan, ditulis dan dibaca mestilah memperlihatkan peningkatan. Hal ini lebih mendesak dewasa ini, ketika perkembangan bahasa Melayu sedang menghadapi ancaman. Akan tetapi kesungguhan pihak kerajaan memperkasakan bahasa Melayu mutakhir ini harus juga dilihat sebagai suatu peluang keemasan, terutamanya oleh institusi-institusi yang dipertanggungjawabkan mengembangkan bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka sering mencanangkan bahawa mereka telah mencipta kira-kira sejuta istilah pelbagai bidang dan subbidang dalam bahasa Melayu. Akan tetapi peristilahan saja belum mencukupi bagi menyuburkan penulisan dan penerbitan karya ilmiah bermutu tinggi. Justeru pelan strategiknya wajar turut mengambil kira latihan yang sistematik dan tekal dalam usaha memberi kursus bahasa dan laras bahasa, melatih penulis, editor umum dan editor bidang, pereka, ilustrator dan sebagainya. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi sedang berada dalam kedudukan genting dan mencemaskan. Kerajaan melalui Timbalan Perdana Menteri bukan sahaja melontarkan cabaran, malah memberi 'peluang kedua' untuk bahasa Melayu bangkit mengisi kepustakaan ilmu moden. Harapannya, karya ilmiah bermutu tinggi terus menjadi petunjuk kepada pengembangan tamadun, dan dinamika bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu juga, di negara yang mendaulatkannya sebagai Bahasa Kebangsaan, sedang menghadapi krisis keyakinan oleh pelbagai pihak. Mengapa isu kedudukan dan masa depan bahasa Melayu di negara sendiri terus dipersoalkan? Sejak kira-kira sedekad yang lalu, isu bahasa Melayu ini adalah salah satu ujian besar bangsa Melayu sendiri. Segalanya bermula dan berpangkal pada ada atau tidaknya rasa bangga terhadap bahasa Melayu - terutamanya oleh pemimpin Melayu dan oleh orang Melayu sendiri. Apabila disebut 'pemimpin', secara spontan kebanyakan kita akan mengindentifikasikannya dengan pemimpin politik, terutama elit pemerintah. Sungguhpun takrifannya tidak semestinya menjurus ke situ sahaja, tetapi begitulah persepsi masyarakat Malaysia. Sejak sekian lama politik dan orang politik

7

mencitrakan diri sebagai panglima dan 'juru selamat' untuk apa-apa sahaja isu di bawah matahari Malaysia ini. Bukan tidak sering, pendapat pakar tentang sesuatu isu telah disisihkan oleh orang politik; dan mereka, secara demokratik atau pun sebaliknya mengetengahkan idea sendiri yang mesti diterima dan dilaksanakan. Dalam soal rasa bangga terhadap bahasa Melayu, orang Melayu terutamanya akan terlebih dahulu melihat sikap serta peranan pemimpin politik Melayu mereka. Masyarakat selalu bertanya, sejauh mana pemimpin politik Melayu yang berkuasa meneguhkan dan menterjemahkan rasa bangga bahasa Melayu dalam kapasiti mereka? Sejauh mana mereka memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan negara ini? Sejauh mana mereka memperteguhkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu moden? Sejauh mana mereka memanfaatkan bahasa Melayu yang sejak sekian lama menjadi lingua franca rantau ini untuk terus menjadi bahasa perpaduan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak? Sebanyak mana dana pembangunan dan pengembangan bahasa Melayu yang telah diumumkan kepada masyarakat? Sejak sedekad yang lalu, masyarakat Melayu pada umumnya meragui adanya rasa bangga bahasa Melayu dalam kalangan ahli politik Melayu yang berkuasa. Berucap dalam bahasa Inggeris dalam majlis rasmi atau majlis separa rasmi yang dihadiri oleh rakyat Malaysia, melonggarkan penggunaan Bahasa Kebangsaan ketika pihak swasta berurusan secara rasmi dengan kerajaan, menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik, yang akan merebak kepada ilmu-ilmu yang lain, menukar nama bahasa Melayu menjadi bahasa Malaysia, dan tiadanya usaha bersungguh-sungguh bagi membenihkan jati diri kolektif sejak di sekolah rendah bagi semua kaum melalui bahasa pengantar Melayu yang tunggal, sebagaimana Indonesia dan Thailand membangga-bahasakan bahasa rasmi mereka, adalah antara bukti bahawa pemimpin politik Melayu yang berkuasa kurang atau tidak memiliki sikap rasa bangga bahasa Melayu dalam diri mereka. Mereka mempunyai pertimbangan lain, termasuk politik, yang dilihat lebih besar dan wahid berbanding bahasa bangsanya. Hanya kebelakangan ini, sikap tersebut mula mahu diubah, dengan menekankan konsep pembudayaan bahasa kebangsaan. Adalah suatu ironi dan tragedi apabila bangsa yang sedang berkuasa di sesebuah negara, tidak menggariskan wawasan yang besar dan realistik tentang masa depan bahasanya, sebaliknya meminggirkan bahasanya ke sudut pentas kehidupan utama bangsa dan negara. Orang Melayu, termasuk pencinta dan pejuang bahasa Melayu tentu mengharapkan ahli potitik Melayu yang sedang berkuasa berbuat sesuatu bagi memperkasakan bahasa Melayu dalam pelbagai lapangan kehidupan. Bahasa Melayu telah berakar, tumbuh dan berkembang di Alam Melayu selama ribuan tahun, menjadi bahasa pengucapan seni dan pemikiran tinggi termasuk dalam bidang agama, ilmu pengetahuan dan falsafah. Sehubungan itu bahasa Melayu wajar disemarakkan sebagai bahasa rasmi, bahasa ilmu moden, sebagaimana UKM telah membuktikannya pada dekad 1980-an dan awal 1990-an, serta bahasa komunikasi dan perpaduan rakyat negara ini. Antagonis pemerkasaan bahasa Melayu yang kebanyakannya berselindung di balik nama samaran, khususunya yang melibatkan isu PPMSI, menggunakan alasan pentingnya bahasa Inggeris dalam kehidupan hari ini dan masa depan. Yang lebih ekstrim dan sinikal, menuduh pejuang bahasa Melayu sebagai antibahasa Inggeris dan tidak dapat melihat kepentingan bahasa Inggeris di dunia global hari ini. Jawapan tegas daripada pejuang dan pencinta bahasa Melayu, yang sering didengar, dan tidak pernah mencairkan semangatnya serta terasa kebenarannya adalah, mereka tidak sekali-kali antibahasa Inggeris. Hanya mereka mempersoalkan, mengapa dalam upaya mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris yang dijadikan mangsa serta korban adalah bahasa Melayu. Mereka berhujah lagi bahawa dengan meminggirkan bahasa Melayu dalam P&P sains dan matematik, yang akan merebak ke subjeksubjek sains yang lain, taraf bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu moden telah dinafikan oleh suatu dasar ciptaan ahli politik Melayu sendiri! Pejuang dan pencinta bahasa Melayu meneruskan hujah yang selalu didengar, bahawa subjek sains dan matematik bukanlah wadah yang sesuai bagi P&P bahasa Inggeris. Mengapa tidak P&P subjek bahasa Inggeris itu sahaja yang dimantapkan, termasuk mewujudkan sesi-sesi yang sistematik bagi menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi dan sebagainya. Pemantapan kaedah menguasai kemahiran bahasa asing - dalam tempoh kira-kira dua tahun sahaja, telah dilakukan dengan jayanya oleh para pelajar kita yang akan mengikuti pengajian di seberang laut, dalam pengantar bahasa Jepun, Korea, Jerman, Rusia dan sebagainya. Mengapa P&P bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kita tidak mencapai tahap kejayaan sedemikian?

8

Pendidikan harus kembali kepada fitrah manusia dan bahasa ibundanya. Fitrah ini lebih bermakna kepada para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Dengan ayat lain, pelajar sekolah rendah, terutamanya, lebih mudah memahami dan menguasai sesuatu ilmu yang disampaikan melalui bahasa ibundanya. Sebab itulah sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina berkeras mahu mengajar sains dan matematik dalam bahasa Mandarin. Bahasa Mandarin lebih merupakan 'bahasa ibunda' kepada para pelajar Cina. Memang terdapat juga pelajar Melayu dan India di sekolah Cina, tetapi mereka belajar bahasa Mandarin dalam kelas bahasa Mandarin, bukan belajar Mandarin melalui sains dan matematik.

Belajar menguasai ilmu dan belajar bahasa asing adalah dua isu yang berbeza. Segala ilmu pada hakikatnya lebih mudah dipelajari melalui bahasa ibunda. Akan tetapi dalam masa yang sarna para pelajar kita wajar digalakkan mempelajari dan menguasai beberapa bahasa asing, melalui kelas-kelas bahasa, bukan melalui subjek lain. Jika pelajar-pelajar kita mula menguasai bahasa asing seperti Inggeris, Mandarin, Arab dan sebagainya dengan baik, mereka bukan sahaja boleh berkomunikasi melalui bahasa ini, malah boleh melanjutkan pelajaran dalam apa jua bidang ilmu yang memerlukan penguasaan bahasa asing tersebut. Dalam konteks Malaysia, penguasaan bahasa asing, untuk pelajar Melayu khususnya, terutamanya penguasaan bahasa Inggeris dan Mandarin, memanglah penting. Oleh kerana kepentingan itu, subjek dua bahasa ini wajar diajar secara sistematik, menarik dan berkesan dalam kelas-kelas bahasa, bukan memparasit subjek sains dan matematik. Jangan sampai 'yang dikendong berciciran, yang dikejar tiada dapat' , atau seperti ungkapan pilu yang diubah suai 'Balik Pulau Bayan Lepas, ilmu terpelahau bahasa terlepas.' Berbeza daripada dekad 1950-an hingga 1980-an yang menyaksikan 'kerajaan' sebagai majikan terbesar untuk orang Melayu berkelulusan, kini pihak 'swasta' pula yang menjadi majikan terbesar. Senario ini menuntut orang Melayu berkelulusan supaya menguasai bahasa lingkaran bisnes tersebut, Inggeris, Mandarin dan sebagainya. Dengan ilmu yang dikuasai melalui bahasa ibunda, bahasa Melayu umpamanya, dan bahasa asing yang dipelajari secara sistematik di dalam kelas bahasa, gabungan i1mu dan bahasa ini boleh menjadi modal insan yang mengetegahkan 'towering personality'. Kembalikan ilmu ke lidah bahasa ibunda generasi muda kita. Kembalikan P&P bahasa asing ke dalam kelas-kelas bahasa yang sistematik. menarik dan berkesan, bukan membiarkannya memparasit subjek-subjek yang lain. Oleh sebab cabaran yang begitu penting sekarang, dan amat mendesak pula, maka langkah reformasi bahasa saja barangkali tidak mencukupi. Bahasa Melayu memerlukan gerak revolusi yang melibatkan dana besar, perancangan besar yang penuh ambisi namun realistik, serta pengisiannya dalam semua bidang dan subbidang ilmu-ilmu moden dan mutakhir, untuk semua peringkat pembaca. Hanya dengan citra yang demikian bahasa Melayu akan bermakna sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ilmu dan salah satu bahasa penting dunia. (Kertas ini dibentangkan dalam acara Syarahan Agung Sasterawan Negara dan Seniman Negara 2009 anjuran Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM), dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pada 16 Disember 2009, di Dewan Seminar, Tingkat 2, Menara DBP.

9

Memang, Bahasa Melayu adalah akar pada Bahasa Indonesia. Tapi, apakah yang membezakan suku Melayu, dengan suku jawa, Sunda, Bugis, Minang, dll? Sebab, kalau di Malaysia, kami memikirkan semuanya adalah dalam kata Melayu. Tapi, di sini ternyata tidak. Mungkin di sini lebih baik kita melihatnya dari sudut bahasa. Maksudnya saya, wilayah lingusitik adalah Austronesia, yang di sana terimpun bahasa-bahasa Austronesia. Bahasa suku yang asli di Taiwan selatan, itu sebenarnya dari Bahasa Melayu. Tapi, tentu sudah tidak sama dengan Bahasa Melayu seperti di Malaysia. Begitu juga Bahasa Melayu di beberapa suku di Vietnam. Demikian juga dari Filipina sampai ke Madagascar, itu dari sudut bahasa adalah satu ruang yang sangat besar. Mithal saja di Madagascar, rice itu maseh dikenali sebagai nasi. Saya juga bertemu seorang professor dari Filipina Utara, angka-angka mereka sama dengan angka-angka di Jawa dan di Sunda. Mithalnya tiga, itu pada mereka adalah telo. Dari sudut bahasa, kita memang bersatu. Tapi, Thailand dan sebahagian Indonesia Timur, itu tidak. Nah, di situ ada banyak sub-bahagian. Mithalnya saja lagi bahasa-bahasa di Sumatera, termasuk Bahasa Melayu itu, semuanya lebih dekat antara satu sama lain berbanding bahasa di Bali Lombok. Kalau di Bali Lombok itu ada lima bahasa, Bahasa Jawa (Jawa Timur), Bahasa Sunda (Jawa Barat), Bahasa Madura (Madura), Bahasa Bali dan Bahasa Sasak. Semua bahasa itu ada di Bali Lombok. Masing-masing, biarpun dekat, tapi ada perbezaan yang sangat ketara. Tidak seperti Bahasa melayu yang jauh lebih dekat dengan Bahasa Minang, dengan Bahasa Lampung, bahasa di daerah Jambi. Manakala Acheh sudah lebih jauh berbeza. Jadi, dalam erti bahasa ini, Melayu tidak khusus. Ini juga sebenarnya masalah bahasa. Kalau mahu kata Melayu dipakai dalam erti yang sangat luas, maka yang lebih tepat adalah Austronesia. Jadi, ini juga adalah masalah kebiasaan. Jadi, Melayu dalam erti sempit itu bererti mereka bicara dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa ibu, seperti yang terdapat di Malaysia, sebahagian Indonesia, Singapura, Brunei, dLl. Namun, kalau di Batak itu nyata berbeza. Di batak ada enam bahasa yang tidak saling mengerti di antara orang-orang batak itu sendiri.

Pendahuluan Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Tiga kaum terbesar bermastautin di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Di samping itu pula terdapat beberapa kaum yang kecil bilangannya seperti Arab, Thai, Portugis dan lain-lain lagi. Mereka ini semuanya menuturkan bahasa-bahasa yang berlainan. Terdapat juga di samping itu kaum bumiputera lain daripada kaum peribumi (atau asli). Bahasa Melayu (Malaysia/Kebangsaan) dipertuturkan dengan luasnya bukan saja oleh penduduk Melayu tetapi juga oleh kaum lain yang tinggal di Malaysia. Dengan kata lain, bahasa Melayu itu dipertuturkan oleh semua suku kaum dan tinggal di negara Malaysia ini. Suatu keadaan yang nyata terdapat di Malaysia ialah suku-suku yang berlainan bangsa ini tinggal agak berasingan antara satu sama lain, dan ini telah menyebabkan perpaduan kaum menjadi isu penting. Adalah menjadi suatu persoalan sama ada perpaduan kaum itu dapat dicapai di Malaysia melalui bahasa atau cara lain. Pertemuan mereka hanya terhad kepada pertembungan sosial seharihari. Keadaan begini tidak boleh dianggap sebagai sesuai untuk10

perkembangan bahasa Malaysia tersebut. Oleh yang demikian, kebanyakan daripada puak pendatang itu, lebih-lebih lagi mereka yang tergolong kepada generasi yang lebih tua, hanya dapat bertutur dalam bahasa Malaysia pasar saja. Sebenarnya bahasa pasar ini sudah agak mencukupi untuk keperluan mereka sehari-hari di dalam hal berjual beli dan perhubungan yang tidak begitu kompleks. Tetapi golongan yang lebih muda, lebih-lebih lagi mereka yang telah mendapat pendidikan di sekolah-sekolah di Malaysia, sudah boleh dikatakan mempunyai kemahiran yang agak baik dalam bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia menjadi mustahak kepada mereka demi kepentingan, peperiksaan, pekerjaan, pentadbiran kerajaan dan lainlain. Jadi, bahasa Malaysia memang memainkan peranan penting, di dalam konteks pembinaan negara Malaysia. Dari segi perangkaan, kaum Cina adalah yang paling ramai di antara kaum pendatang yang tersebut di atas. Mereka kebanyakannya tinggal di kawasan-kawasan perbandaran dan lombong. Sebenarnya mereka ini menuturkan beberapa buah dialek bahasa Cina. Setiap satu dialek itu tidaklah dapat dituturkan atau difahami oleh kaum yang menentukan suatu dialek yang lain. Di antara dialek-dialek yang dituturkan ini ialah Hokkien, Kanton, Hakka dan Tieuchiu. Dialek Mandarin pula sebenarnya, dituturkan pula sebagai suatu bahasa perantaraan oleh mereka yang telah terdidik melalui sekolah Cina. Bilangan penduduk India juga agak ramai. Sebagaimana penduduk Cina juga, mereka ini datang dari beberapa daerah India yang berlainan, jadi mereka juga menuturkan bahasa-bahasa yang berlainan bergantung kepada negeri tempat asal mereka di India. Bahasa-bahasa yang dituturkan oleh masyarakat India ini ialah, Tamil, Telugu, Malayalam, Punjabi, Urdu, Benggali dan Sinhali. Ternyata setiap orang daripada mereka ini bertutur dalam satu atau dua bahasa yang tertentu saja. Ada juga terdapat bahasa-bahasa minoriti yang lain. Salah satu daripada bahasa golongan minoriti ini ialah Thai yang dituturkan oleh masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan yang bersempadan dengan negara Thai. Di Melaka pula terdapat segolongan penduduk keturunan masyarakat Portugis yang menggunakan sejenis bahasa kacukan. Di samping itu terdapat pula segolongan kecil masyarakat Arab yang juga masih menggunakan bahasa mereka, tetapi golongan ini dapat dikatakan sedang diasimilasikan ke dalam masyarakat Melayu. Walaupun begitu, bahasa Arab terdapat diajar di semua sekolah Arab (agama) di negara ini. Tetapi sekolah ini semakin

11

kurang kepopularannya untuk menyebarkan bahasa tersebut. Bahasa Arab ini, tidaklah tersebar luar penggunaannya di luar daripada masyarakat Arab tersebut dan kegunaannya terbatas di dalam halehwal agama saja. Sebenarnya ada juga bahasa golongan bumiputera lain yang dituturkan oleh penduduk Malaysia. Di kawasan Semenanjung Malaysia kita akan dapati beberapa suku bangsa orang asli; yang kalau diperhatikan betul-betul, menuturkan tiga buah bahasa yang berlainan. Bahasa orang-orang Negrito adalah dipercayai bahasa yang paling tua di antara bahasa-bahasa orang asli ini. Bahasa yang kedua ialah yang dituturkan oleh orang-orang Senoi. Bahasa orang-orang Senoi ini ada hubungannya dengan bahasa-bahasa orang asli di negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Thailand, Vietnam, Laos dan Khmer. Akhir sekali terdapat pula golongan orang asli yang menuturkan bahasa Melayu kuno, atau lebih kerap dikenali sebagai bahasa orang Jakun. Sebenarnya setiap satu daripada bahasa orangorang asli ini, terbahagi pula kepada beberapa buah dialek yang berasingan. Bahasa bumiputera ini lebih banyak jenisnya di kalangan masyarakat bumiputera Sabah dan Sarawak. Ini juga adalah disebabkan oleh keadaan geografi negeri-negeri tersebut yang membahagi-bahagikan penduduk negeri itu sehinggakan mereka jarang bertembung antara satu sama lain dan menimbulkan keadaan bahasa-bahasa yang berbeza-beza dari satu daerah ke daerah yang lain. Antara bahasa-bahasa yang penting di Malaysia Timur ini ialah Iban, Kadazan, Bidayuh, Melanau, Bisaya, Murut, Kelabit, Kayan, Kenyah dan Penan. Di samping bahasa-bahasa masyarakat bumiputera, dan bahasa vernakular seperti Tamil dan Cina terdapat pula bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris ini agak luas penyebarannya baik dari segi penggunaannya mahupun dari segi bilangan penuturnya. Bahasa Kebangsaan Oleh sebab keadaan linguistik yang begitu berbagai di Malaysia, maka secara sekali imbas kita akan dapat melihat bahawa ada masalah yang nyata dalam menentukan yang mana satu untuk dipilih menjadi bahasa kebangsaan. Pilihan itu haruslah yang dapat memuaskan hati semua golongan, dan juga mesti dapat dihormati dan dijalankan dari semua segi, baik sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Semasa Malaysia (dulunya Malaya) masih terletak di bawah pemerintahan penjajah Inggeris, tidak pernah ada usaha yang dibuat untuk memilih12

sebuah bahasa kebangsaan. Bahasa Inggeris, pada masa itu telah digunakan seluas-luasnya sebagai bahasa pendidikan dan pentadbiran. Ternyata bahawa ini adalah merupakan satu dasar pemerintahan penjajah Inggeris. Untuk menguatkan dan meneruskan kuasa mereka di Malaysia, maka mereka telah dengan sengaja membiarkan penduduk-penduduk Malaya terbahagi dan tinggal berasingan dari segi kebudayaan, ekonomi dan bahasa. Keperluan untuk memilih sebuah bahasa Kebangsaan yang tunggal adalah menjadi mendesak selepas Malaya berkerajaan sendiri pada tahun 1957. tetapi sebenarnya, persoalan ini telah lama timbul dan difikirkan oleh golongan-golongan bumiputera yang tertentu, terutamanya, para pendidik dan penulis. Angkatan Sasterawan 50 telah menyuarakan bahawa kemerdekaan dalam pemerintahan tidaklah dapat dianggap berhasil atau bermakna sekiranya kaum bumiputera tidak dapat turut menyertai perbincangan atau mengambil bahagian untuk berbincang dalam dewan-dewan perundangan di Malaysia. Jadi mereka tidaklah akan dapat turut serta dalam menjalankan pemerintahan negara mereka. Perkara seperti ini dianggarkan akan berlaku kerana, sebab pada masa itu hanya lebih kurang 10% dari bilangan penduduk yang mampu bertutur dalam bahasa Inggeris, iaitu bahasa yang digunakan dalam pentadbiran negara. Keadaan begini sudah tentunya menghalang sebilangan penduduk Malaysia, biak dari apa suku bangsa sekalipun, daripada turut serta dalam mentadbirkan negara mereka. Oleh yang demikian, untuk membolehkan penduduk Malaysia menjalankan hal-ehwal pentadbiran diri dan negara mereka sendiri, makan amatlah penting mereka menggunakan sebuah bahasa yang lebih luas dipergunakan. Tambahan pula, sebagai sebuah negara yang baru merdeka, maka perlulah adanya sebuah bahasa Kebangsaan untuk kepentingan identiti yang sama bagi semua rupa bangsa yang tinggal di Malaysia. Jadi keperluan bagi sebuah bahasa Kebangsaan adalah amat mendesak. Dalam hal ini, bahasa Melayu telah difikirkan yang paling layak untuk dijadikan bahasa Kebangsaan Malaysia. Memang benar, ini suatu keputusan politik, tetapi memang tidak ada sebarang keraguan lagi mengenai keputusan ini. Begitu jugalah dalam kebanyakan negara yang baru merdeka, sekiranya, penduduknya terdiri daripada berbilang bangsa dan bahasa, maka keputusan untuk memilih sebuah bahasa Kebangsaan adalah suatu persoalan politik. Ada banyak faktor dan pertimbangan lain yang juga penting dalam memilih bahasa Kebangsaan ini. Dari segi peratus bilangan penduduk,

13

maka ternyata bahawa penduduk Melayulah yang ramai bilangannya iaitu membentuk 43% dari penduduk Malaysia, sementara penduduk Cina pula membentuk 36% dan India 8% dari penduduk Malaysia. Baki 10% yang lain itu adalah terdiri daripada berbagai-bagai suku bangsa yang boleh dianggap sebagai masyarakat minoriti. Walaupun penutur bahasa Melayu sebagai bahasa kandung itu terdiri daripada hanya 43% dari seluruh penduduk, tetapi bahasa Melayu itu adalah dipertuturkan oleh semua penduduk, tetapi bahasa Melayu itu adalah dipertuturkan oleh semua penduduk sebagai lingua franca termasuklah kalangan golongan masyarakat pendatang. Tetapi bahasa-bahasa pendatang, walaupun dituturkan oleh segolongan penutur yang agak besar bilangannya, tetapi setiap satunya tidaklah seragam. Bahasa Cina itu sebenarnya terdiri daripada beberapa buah bahasa (dialek) yang berlainan seperti Mandarin, Kanton, Hokkien, Tieuchieu, Hainan, Hakka, Kaysai, Amoi dan Foochow. Begitu juga bahasa India yang sebenarnya terbentuk dari beberapa buah bahasa yang berlainan seperti Tamil, Malayalam, Telugu, Sinhali, Punjabi, Benggali, dan lain-lain. Ternyata bahasa mendatang ini tidaklah dapat diterima sebagai suatu bahasa Kebangsaan. Ia bukanlah bahasa bumiputera dan setiap satunya hanya mempunyai bilangan penutur yang kecil, dan penyebarannya tidak luas dan tidak seragam. Hanya bahasa Melayu sajalah yang luas dipergunakan oleh penduduk Malaysia tidak kira apa rupa bangsa. Apa yang lebih penting untuk menjadi pertimbangan ialah bahawa bahasa Melayu dituturkan itu adalah agak seragam. Dalam istilah ini jelaslah bahawa bahasa Melayulah yang luas sekali digunakan, atau bahasa majoriti penduduk Malaya, pada masa itu. Pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bukanlah bermakna bahawa bahasa-bahasa pendatang di Malaysia ini didiskriminasikan. Hak setiap bahasa asing itu terpelihara dalam Perlembagaan Malaysia (1972:116-7). Bahasa-bahasa lain adalah dibenarkan untuk dipergunakan dan dipermajukan bersama-sama bahasa Malaysia. Sebenarnya, sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa asing itu tidak terganggu di Malaysia. Dasar kerajaan adalah untuk membolehkan bahasa-bahasa ini wujud bergandingan. Tetapi dalam proses membangun negara seperti ini, maka kewujudan bahasa-bahasa pendatang itu janganlah pula menghalang perkembangan bahasa Kebangsaan itu daripada menjadi maju dan kukuh.

14

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, maka secara perlembagaan bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan yang tunggal di Malaysia. Hasrat ini dirancangkan supaya dijalankan secara berperingkat-peringkat melalui sistem pendidikan negara. Bahasa Melayu dirancangkan supaya menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat dalam pendidikan dan pentadbiran. Walau bagaimanapun, pelaksanaan yang dijalankan oleh pemerintah tidaklah begitu tegas pada mulanya. Pelaksanaan itu seharusnya dijalankan secara berlembut dengan jalan meyakinkan bangsabangsa asing supaya mempelajari bahasa Malaysia tanpa paksaan. Ternyata bahawa cara ini telah tidak memberi kesan sebagai yang dirancangkan. Sepatutnya, dalam masa sepuluh tahun selepas merdeka, iaitu pada tahun 1967, bahasa Malaysia dijadualkan supaya dapat menggantikan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam bidang pentadbiran dan pendidikan. Walaupun kebanyakan warganegara Malaysia yang terdiri dari kaum mendatang ini bersimpati dan bersetuju dengan dasar ini, tetapi mereka tidaklah mengambil apaapa langkah yang konkrit kerana dasar pelaksanaan itu tidak mempunyai sebarang desakan. Walaupun demikian, usaha awal ini tidaklah pula boleh dikatakan gagal sama sekali. Kebanyakan penduduk Malaysia menyalakan pemerintahnya sendiri dalam kegagalan mereka melaksanakan dasar ini dengan lebih tegas lagi. Oleh sebab itu, selepas 1969, kerajaan telah mengambil sikap yang lebih berani dan tegas dalam melaksanakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di sekolahsekolah, untuk menggantikan bahasa Inggeris. Berikutan dengan itu juga , bahasa Malaysia dijadikan syarat untuk mendapat pekerjaan, lebih-lebih lagi dalam sektor kerajaan, dan juga guna untuk ketetapan dalam jawatan, serta kelulusan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Selepas lebih kurang tujuh tahun, Malaysia mulai dapat melihat hasil-hasil yang lebih tegas dan memuaskan menuju matlamat yang dirancangkan. Hasrat kerajaan ialah untuk menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar penuh di sekolah-sekolah dan universiti-universiti. Sebenarnya kalau ditinjau pula pelaksanaan bahasa Malaysia dalam bidang pendidikan, maka sebenarnya akan terdapat suatu hal yang amat menarik. Bahasa Malaysia sememangnya telah pun dipergunakan untuk menyampaikan kursus-kursus di peringkat universiti pada mas ini. Dalam hal ini dapat dikatakan yang hasrat dan tujuan kerajaan ini telah tercapai dalam beberapa hal, dan dasar ini sudah maju dan merupakan suatu feit accompli.

15

Pembakuan Bahasa Malaysia Yang dimaksudkan dengan pembakuan ialah suatu norma penggunaan yang baku dan umum di dalam suatu kawasan yang menunjukkan perbezaan-perbezaan dalam penggunaan bahasa disebabkan oleh perbezaan sosial dan daerah yang wujud (Ray, P.S. 1963:12). Di Asia dan Afrika, iaitu di negara-negara yang baru merdeka, bahasa baku itu biasanya adalah juga merupakan bahasa rasmi negara itu. Apa yang dikatakan bahasa rasmi itu ialah bahasa yang digunakan sebagai bahasa penyampaian pengumummanpengumuman rasmi dan juga dalam pendidikan. Bahasa rasmi itu juga kerap kalinya menjadi faktor yang menggalakkan perpaduan, kesatuan dan pemodenan, (walaupun ada negara yang masih berpecah kerana bahasa rasmi, seperti India). Dalam kata lain, pembakuan ialah suatu proses perkembangan yang semula jadi untuk kepentingan sosial dan kebudayaan dan perpaduan politik negaranegara ini (Alisjahbana, S.T. 1965:15). Jadi, bahasa baku itu sebenarnya ialah suatu norma yang agak seragam, atau suatu dialek bahasa yang digunakan oleh sesuatu golongan penutur untuk berhubungan. Dalam hal ini, lebih seragam bahasa itu, maka lebih efisienlah, dan keadaan demikianlah yang diperlukan. Apa yang diertikan dengan efisien ialah kemampuannya untuk menerangkan apa yang dimaksudkan oleh penuturnya. Norma ini berubah-ubah dari sebuah wilayah ke sebuah wilayah lain, ataupun dari masa ke semasa. Walaupun di dalam sesuatu keadaan yang unggul, norma ini harusnya tidak berubah-ubah, tetapi memanglah diterima bahawa keadaan seperti itu adalah mustahil. Perbezaan norma baku sebuah bahasa itu seharunya berlaku akibat dialek geografis dan sosial, penutur-penutur bahasa Malaysia di daerah Semenanjung Malaysia Utara harus lebih biasa membunyikan huruf a di akhir perkataan dengan a, sementara penutur-penutur yang di selatan pula membunyikannya sebagai e (tanda). Dari segi tatabahasa pula, mereka yang di utara mungkin lebih cenderung menggunakan awalan per- untuk menerbitkan kata kerja transitif, di selatan pula lebih cenderung menggunakan akhiran kan untuk tujuan yang sama, misalnya dalam perkataan perhangat (Kedah) hangatkan (Johor). Dari segi sosial pula, harus ada keutamaan yang diberi kepada bahasa buku atau bahasa yang bersifat lebih formal di kalangan mereka yang datang daripada golongan atasan, dan bahasa basahan bagi golongan bawahan.

16

Bahasa juga sentiasa berubah kalau ditinjau dari segi masa. Sesuatu yang dianggap baku pada satu masa dulu harus tidak lagi dianggap baku pada masa ini. Apa yang baku pada masa ini harus tidak akan dianggap baku lagi pada masa hadapan. Paling mudah kita mengambil suatu contoh daripada kosa kata bahasa Malaysia; adalah kata-kata yang pada suatu masa dulu agak merupakan suatu penggunaan yang baku, tetapi tidak lagi pada masa ini. Malahan, anak-anak di sekolah tidak langsung menemui istilah: sifar, sifir, iktisad dan lain-lain, yang agak luas digunakan dalam dua puluh tahun dulu, tetapi sudah jarang digunakan sekarang. Begitu juga siasah telah lama digantikan oleh politik. Bukan bentuk kata saja mungkin berubah, erti kata juga boleh mengalami perubahan. Misalnya, menyeberang harus bererti khusus untuk menyeberangi sungai, tetapi pada hari ini ia juga digunakan dalam hal menyeberangi jalan. Perubahan ini berlaku kerana bahasa sebagai suatu alat yang hidup di dalam sesuatu kebudayaan adalah sentiasa berkembang. Bahasa juga turut berubah untuk sesuai dengan perkembangan kebudayaan, dan apa yang dianggap baku juga akan terus berubah-ubah dari semasa ke semasa. Kesedaran politik orang-orang Melayu telah membangkitkan langkahlangkah untuk memberi Malaysia sebuah imejnya sendiri, dan kebudayaannya sendiri, dan salah satu dari aspek kebudayaannya yang terang-terang akan memberi imej yang dikehendaki itu ialah melalui bahasa. Ini telah menimbulkan kemahuan untuk memperkembangkan bahasa Malaysia untuk menjadi bahasa Kebangsaan mereka (bandingkan, Ferguson, C.A. 1968:28). Walau bagaimanapun langkah yang konkrit dan berkesan hanya dapat dilihat dengan jelasnya selepas Malaysia mencapai autonomi di dalam politik. Sebaik saja bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan, beberapa masalah timbul dengan serta-merta. Ternyata bahasa itu tidak lengkap, dan kurang dalam banyak segi untuk mendukung peranannya yang baru sebagai bahasa Kebangsaan. Sebelum itu bahasa Malaysia hanya terhad dalam peranannya sebagai bahasa perantaraan dalam perhubungan sosial yang agak terhad. Bahasa Melayu digunakan di dalam pendidikan pada peringkat sekolah rendah saja. Ia tidak pernah diperlukan supaya digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi dan di dalam bidang peristilahan khusus untuk menjelaskan konsep-konsep baru. Oleh yang demikian, adalah paling penting yang bahasa itu harus diperkembangkan segera untuk tujuan itu.

17

Proses perkembangan sesebuah bahasa itu dapat dibahagikan ke dalam tiga komponen yang berlainan: (a) pengabjadan (b) pembakuan dan (c) modenisasi (bandingkan, Ferguson, C.A. 1968:34). Apa yang dimaksudkan dengan pengabjadan ialah penggunaan abjad penulisan. Pembakuan pula bermaksud penggunaan sebuah norma supra-dialek, dan modenisasi bermaksud penciptaan istilah-istilah untuk menampung konsep-konsep moden yang dibawa masuk ke dalam sesuatu bahasa itu. Walau bagaimanapun, keseragaman 100% di dalam mana-mana bahasa adalah mustahil. Bentuk ini hanyalah sesuatu yang harus dijadikan matlamat untuk dicapai, dan bukannya sesuatu yang mesti wujud. Tetapi persoalannya adalah bahasa Malaysia pada masa ini mempunyai norma supra-dialek tersebut untuk diperkembangkan. Jawapan kepada soalan ini ialah, tentu sekali ada. Bahasa Malaysia, memangnya sudah mempunyai sebuah rupa bahasa yang dipergunakan dengan agak luas dan boleh diterima sebagai model kebanyakan penduduk Malaysia. Misalnya, bahasa yang dipergunakan dalam radio dan televisyen, dan percetakan-percetakan awam, sudah boleh dianggap sebagai cukup sifatnya untuk diperkembangkan. Memang diakui bahawa suatu kodifikasi bahasa ini masih belum lengkap kemaskini, tetapi, ini tidak bererti yang ia tidak boleh diperkembangkan. Pada peringkat ini, saya ingin menumpukan perbincangan saya kepada langkah-langkah yang diambil dan dijalankan bagi menegakkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, iaitu salah satu dari aspek penting yang akan dapat mewujudkan suatu kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu, dan beralatkan bahasa Malaysia. Pengabjadan Sebelum ejaan bersama Indonesia-Malaysia diperkenalkan pada bulan Ogos 1972, Bahasa Malaysia menggunakan Ejaan Sekolah, iaitu suatu sistem ejaan yang mula-mulanya dibentuk oleh sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh ketua Nazir Sekolah di Malaya pada tahun 1904; iaitu R.J. Wilkinson. Kemudian sistem tersebut dibaiki oleh Za ba dan sistem Wilkinson-Za ba itulah yang kekal digunakan di Malaysia, di sekolah, kolej, universiti, jabatanjabatan kerajaan dan oleh sebaran am di seluruh Malaysia sehingga tarikh itu. Sistem ejaan yang digunakan tersebut agak stabil untuk beberapa lam. Tetapi, sebagaimana yang diterangkan oleh Alisjahbana(1965:25) ia mengandungi beberapa perkara yang tidak konsisten. Jadi masalah pengabjadan bukanlah merupakan suatu

18

yang menjadi persoalan rumit. Sementara itu, Indonesia pula menggunakan suatu sistem ejaan yang agak berbeza sekali dari yang digunakan di Malaysia. Memang senang dapat difahami kenapa perbezaan demikian terjadi. Malaysia sejak lama terletak di bawah pengaruh Inggeris dan sistem pendidikannya amat terang dipengaruhi oleh Inggeris. Dengan demikian sistem ejaan yang dipakai tersebut juga adalah kuat dipengaruhi oleh sistem pengabjadan Inggeris, manakala bahasa Indonesia pula dipengaruhi oleh bahasa Belanda. Inilah yang menyebabkan jarak perbezaan di antara dua sistem ejaan yang dipakai itu walaupun kedua-duanya merupakan bahasa yang hampir-hampir sama. Maslah berbezaan di antara kedua-dua sistem inilah yang menyebabkan Ejaan Bersama itu terbentuk. Ini bukanlah bermakna mana-mana sistem itu tidak lengkap. Tetapi adalah difikirkan lebih beruntung sekiranya kedua-dua bahasa ini menggunakan sistem ejaan yang sama, demi kepentingan lebih dari 120 juta orang penutur. Semasa sistem Ejaan Baru itu diperkenalkan, sambutan dari ahli linguistik di Malaysia agak baik, tetapi orang ramai seperti biasa agak hati-hati dalam menghadapi sesuatu yang baru. Apa yang menjadi kesukaran pada peringkat awal pelaksanaan sistem Ejaan Baru itu ialah, ketiadaan sebuah daftar ejaan lengkap atau sebuah kamus dalam sistem baru tersebut. Ini telah menimbulkan kesukaran yang amat sangat kepada pengguna bahasa. Apa yang ada ialah sebuah buku panduan kecil, yang pada mulanya nampaknya agak mudah, tetapi sebenarnya menimbulkan beberapa masalah rumit apabila ia dipelaksanakan. Pedoman tersebut ternyata tidak lengkap, dan terdapat beberapa kelonggaran, ada peraturan yang disalahterapkan, ada yang keterlaluan dalam menerapkan sesuatu peraturan, dan sebagainya. Hasilnya, sistem ejaan yang sudah agak mantap di Malaysia itu terus menjadi kucar-kacir. Hal ini memanglah bukan saja menimbulkan kesukaran dalam proses pembelajaran bahasa Malaysia oleh orang-orang yang bukan penutur bahasa Malaysia sebagai bahasa kandung, bahkan juga menyusahkan orang-orang Melayu sendiri dalam mempelajari bahasa Malaysia (bandingkan, Alisjahbana 1965:28). Beberapa kesukaran dalam hal ejaan ini dapat diperhatikan dan setengah daripadanya akan diperbincangkan di sini. Sistem Ejaan Baru ini menghendaki i atau u dipakai, kalau vokal dalam suku kata praakhir itu ialah i, a, u, atau e, misalnya bilek? bilik;

19

hidong ? hidung; balek ? balik; batok ? batuk; buket ? bukit; buloh ? buluh; dan betek ? betik; telor ? telur. Hal ini memang dapat dipertanggungjawabkan dari segi fonemik, iaitu kontras di antara /i/ dengan /e/, dan /u/ dengan /o/ telah menjadi neutral di dalam lingkungan yang diberi di atas. Aturan ini memang baik dan kemas dari segi linguistik, dan merupakan kejayaan kepada ahli linguis. Tetapi, ia adalah amat mengelirukan para pengguna bahasa. Bersabit dengan peraturan ini, tiga kesalahan ejaan kerap berlaku. Pertama, rumusan ini diterapkan degan luasnya, termasuk kata-kata yang tidak mempunyai lingkungan fonemik yang serupa, walaupun rumusan ini hanya mengatakan bahawa /i/ dan /u/ dipakai di dalam suku kata akhir tertutup apabila vokal dalam suku kata praakhir itu ialah salah satu dari /i/, /a/, /u/ dan /e/. Sebenarnya, ialah vokalvokal ini dapat mempengaruhi vokal yang mengikutinya dalam suku kata tertutup. Tetapi kerap kali, apa yang berlaku ialah rumusan ini diterbalikkan, atau diterapkan seolah-olah vokal dalam suku kata akhir itu pula yang menentukan rupa bentuk vokal yang mesti hadir dalam suku kata sebelumnya. Akibatnya ialah dewan dijadikan *diwan, kecewa dijadikan *keciwa dan rosak dijadikan rusak. Kesalahan umum yang kedua ialah rumusan ini diterapkan secara meluas sekali, meliputi kata-kata yang mempunyai /e/ dan /o/ dalam suku kata praakhir seperti goreng ? *goring, boleh ? *bolih, dan belek?*belik, pendek?*pendik. Sepatutnya hal ini tidak berlaku demikian. Kesalahan ketiga yang sering berlaku ialah, kegagalan para pengguna bahasa dalam mengenali perbezaan di antara e (tanda) dan e dalam ejaan, kerana kedua-duanya diberi simbol e. Ini memanglah suatu daripada kekurangan dalam sistem perlambangan dalam Ejaan Baru tersebut. Bahasa Melayu mempunyai enam vokal, tetapi keenam-enamnya hanya diberi lima abjad saja, dan lambang e dipakai untuk kedua-dua /e/ dan /e/. Ini adalah suatu masalah besar, lebih-lebih lagi kepada orang-orang bukan Melayu. Dalam hal ini sistem ejaan sekolah yang menggunakan enam lambang vokal termasuk e (tanda) untuk /e/ adalah lebih sempurna. Pendek kata, penerimaan lambang /e (tanda) itu harus akan dapat menghindarkan masalah yang berlaku. Kesalahan yang kerap berlaku mengenai hal ini ialah bahawa penggunaan bahasa gagal untuk membezakan tempoh masa dan tempuh melanda, atau telor pelat dan telur telur. Begitu juga, dari segi bacaan, pelajar akan menghadapi kesukaran untuk mengenali sepak sama ada ia [sepak] atau [sepak]. Ejaan Baru yang diisytiharkan dalam tahun 1972 tersebut memang mempunyai beberapa kelemahan. Kalau tujuan ia dibentuk ialah

20

untuk menyeragamkan ejaan bahasa Indonesia dan Malaysia, maka dalam hal itu terdapat beberapa perkara yang menyebabkan wujudnya ketidaksamaan tersebut. Tanda baca, adalah salah satu daripada aspek yang masih berbeza di antara kedua-dua bahasa tersebut. Misalnya, penggunaan tanda baca; 1,780.43 di Malaysia dan 1.780,43 di Indonesia. Perkara ini telah diperbaiki, dan dalam bulan Ogos 1975, diisytiharkan Pedoman Umum Eaan Bersama Indonesia/Malaysia. Diharapkan, pedoman ini akan dapat dengan lebih baik menyeragamkan ejaan yang dipergunakan bagi bahasa Indonesia dan Malaysia tersebut. Walaupun demikian, ternyata hal ini masih belum selesai. Sistem Ejaan Baru itu masih belum sebati, atau betul-betul difahamkan oleh para pengguna bahasa Malaysia. Kesalahan ejaan masih luas berlaku walaupun sudah ada kamus ejaan baru yang dikeluarkan untuk menjadi pedoman ramai. Para guru yang mengajar bahasa pun kadang-kadang masih keliru dalam hal ini. Hal ini ternyata berlaku apabila kita meneliti ejaan-ejaan di akhbar dan majalah di dalam bahasa Malaysia. Lebih tepat lagi, kekeliruan yang lebih, merunsingkan dapat diperhatikan dalam kertas-kertas jawapan caloncalon peperiksaan. Di sini amat jelas terdapat kesalahan ejaan tersebut. Bahkan ada pula calon yang cuba melarikan diri dari melakukan kesalahan demikian dengan menggunakan ejaan Jawi. Malangnya calon demikian lebih banyak pula membuat kesalahan ejaan kerana kurang mahir dalam peraturan ejaan Jawi tersebut. Kesalahan dan ketidakstabilan sistem ejaan ini telah diakui berlaku oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Tan Sri Hamdan Tahir, di dalam ucapannya tatkala membuka persidangan Majlis Bahasa Indonesia/Malaysia yang ketujuh pada 4-10 Februari 1976 yang lalu. Pendek kata sesuatu langkah yang positif mestilah diambil dari sekarang untuk memperbaiki keadaan ini. Ucapan atau sebutan adalah suatu unsur penting di dalam usaha pembakuan bahasa. Dalam Ejaan Baru ini juga terdapat beberapa masalah ejaan yang melibatkan sebutan sesuatu perkataan itu. Walau bagaimanapun masalah sebutan ini tidaklah boleh dikatakan sebegitu berat. Ada dua masalah yang dapat diperhatikan mengenai ketidakkonsistenan sebutan yang berbangkit daripada sistem ejaan tersebut. Masalah yang pertama, telah disentuh di atas tadi. Ia terbit daripada akibat memakai huruf e untuk melambangkan dua fonem yang berlainan iaitu /e/ dan /?/ (schwa). Kamus-kamus yang baru dicetak dalam Ejaan Baru ini, melainkan Kamus Pelajar oleh Daud

21

Baharum, Advanced Malay-English Dictionary oleh Zainal Abidin Safarwan, dan kamus yang ditulis oleh R.O. Winstedt dan Wilkinson tidaklah menunjukkan perbezaan fonemik antara e (tanda) dan e ini. Winstedt dan Wilkinson, dengan menggunakan Ejaan Sekolah masih dapat menunjukkan perbezaan di antara kedua-dua fonem ini dengan jelasnya. Nampaknya, sejak akhir-akhir ini, perbezaan di antara kedua-dua fonem ini tidak diberatkan sangat. Ini adalah agak tidak bijak, lebih-lebih lagi pada masa bahasa Malaysia itu sedang dengan aktifnya dipelajari oleh penduduk bukan Melayu di Malaysia. Ini telah menyebabkan salah sebutan huruf e (tanda) sebagai e. Oleh sebab lambang kedua-duanya ialah e, mak e (tanda). Hal ini menjadi lebih rumit lagi dengan adanya kata-kata yang homografis tetapi takhomofon seperti sepak [sepak] dan [sepak], dan bela [bela] dan [bela]. Kata-kata yang mengandungi [e] ini selalunya dibunyikan sebagai [e] di dalam kedua-dua hal. Ini adalah kerana tidak ada tanda yang khusus untuk menentukan e itu adalah e. Demikian juga kesukaran dalam sebutan ini juga berjangkit kepada e yang semestinya e seperti dalam lebah dan dengan yang selalu saja disebut sebagai [lebah] dan [dengan]. Sebenarnya kesalahan ini akan dengan mudah dapat dihindari sekiranya huruf e itu diterima dalam sistem Ejaan Baru itu, ataupun sekurang-kurangnya, semua kamus memberi pedoman yang jelas tentang sebutannya dengan tiada sebarang ketaksaan. Masalah kedua tidaklah sebegitu berat jika dibandingkan dengan yang dibincangkan di atas. Ini ialah masalah sebutan yang melibatkan bunyi [?] di akhir kata. Bunyi ini biasanya dilambangkan dengan huruf k di akhir suku kata. Biasanya huruf k di akhir suku kata itu hendaklah disebut sebagai [?] seperti masak [masa?], makna [ma?na], dan letakkan [leta?kan]. selalunya kamuslah yang menjadi panduan dalam sebutan, dan ini mudah dilakukan dengan memberi pedoman lengkap mengenai sebutan. Selalunya seseorang yang bukan Melayu memerlukan pedoman yang agak khusus untuk sebutan. Dengan tiadanya pedoman khusus ini, harus mereka menyebut bunyi k itu sebagai k dalam semua hal, sementara k di akhir suku kata itu ialah [?]. Suatu hal lagi yang melibatkan sebutan adalah mengenai kata pinjaman. Banyak kata-kata asing, kebanyakannya dari bahasa Inggeris dipinjam dan dipakai di dalam bahasa Malaysia. Ada dua cara yang berlaku dalam hal ini untuk menjamin agar sebutan kata itu menjadi seragam. Pertama, melibatkan kata-kata pinjaman yang telah diasimilasikan dari segi bunyi ke dalam bahasa Malaysia semenjak beberapa lama. Dan sekarang telah menjadi agak sebati.

22

Golongan perkataan ini tidaklah membangkitkan sebarang masalah. Kebanyakan kata-kata ini telah lama dipinjam ke dalam bahasa Malaysia dan dari segi bunyi sebutannya. Ia telah diasimilasikan sepenuhnya dengan sistem bunyi bahasa Malaysia. Misalnya pencen, radio, stesen, lesen, adalah telah masuk ke dalam kosa kata bahasa Malaysia sepenuhnya. Dari segi sebutan ini tidak lagi menimbulkan sebarang masalah. Golongan kedua ialah kata-kata pinjaman yang baru dibawa masuk ke dalam bahasa Malaysia. Bagi kepentingan prinsip peristilahan, ejaan kata asal yang dipinjam itu hendaklah diubah ejaannya tetapi jangan sampai merasakan bentuk kata asalnya. Jadi apa yang diubah adalah sekadar yang perlu. Ini adalah untuk menjamin supaya bentuk visual atau ejaannya dapat menunjukkan asalnya. Ini adalah penting, lebih-lebih lagi dalam bidang sains yang apabila sedikit perubahan berlaku kepada lambang hurufnya, mungkin akan memberi pengertian yang lain sekali. Jadi kata factor dari bahasa Inggeris menjadi faktor dan bukan fakta, fekta atau fekte. Begitu juga psychology ? psikologi. Menukarkan psy menjadi sai akan membawa pengertian yang lain sekali. Dalam hal ini, apabila ejaan sesuatu kata itu telah disesuaikan, maka sebutannya uga haruslah disesuaikan. Dalam kata-kata yang telah diubahsuaikan ejaannya, maka sebutannya akan diubah menurut nilai bunyi huruf-huruf dalam sistem abjad bahasa Malaysia. Misalnya industry ? industri [industri] dan bukan [indastri]. Tatabahasa Sebuah tatabahasa bahasa Malaysia yang lengkap memanglah diperlukan supaya dapat diperkembangkan sebagai asas bahasa baku, dan dengan demikian akan dapat menimbulkan sebuah rupa bahasa yang digunakan dengan seragam. Ini amat penting, lebihlebih lagi kerana kebanyakan penutur bahasa Malaysia menuturkannya sebagai bahasa kedua. Mereka terpaksa mempelajari dan memperolehi kemahiran bahasa itu melalui latihan. Tiadanya sebuah tatabahasa untuk dijadikan model atau panduan dalam mempelajari bahasa Malaysia itu akan menimbulkan suatu kesukaran. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia pada masa ini amat berat bergantung kepada tatabahasa yang dikarang oleh Za ba dalam tahun 40-an dulu. Sudah banyak kali pengarang ini mengesyorkan supaya tatabahasa yang dikarangnya itu dikaji serta diperbaiki dan disusun semula. Tetapi nampaknya, sehingga masa ini syor ini belum pernah diberi perhatian yang serius oleh ahli-ahli

23

bahasa. Memang ada percubaan dalam mengarang tatabahasa yang lebih kemaskini dijalankan oleh beberapa orang ahli tatabahasa. Di antara usaha ini dapatlah disebut karya-karya seperti An Introduction to Malay Grammar, (Asmah Hj. Omar dan Rama Subbiah, 1969). Sementara itu, terdapat pula percubaan teori transformasi generatif untuk menyemak dan menulis semula tatabahasa bahasa Malaysia. Antaranya terdapat dalam makalah-makalah dalam majalah Dewan Bahasa. Artikel demikian dikarang oleh Lutfi Abas dan Raja Mukhtaruddin, 1968: Mei-Oktober dan Liaw Yock Fang, 1969: MacJun. Tetapi apa yang terjadi ialah, oleh kerana deskripsi tatabahasa tersebut ditulis dengan cara yang tidak begitu dimengerti oleh ramai orang, maka ia menjadi sukar untuk difahami oleh orang-orang biasa. Oleh yang demikian kebanyakan pembaca tatabahasa ini mendapati deskripsi itu susah difahami dan dengan itu tidak ada hasil yang membawa kebaikan didapati daripada deskripsi demikian. Dalam tatabahasa bahasa Melayu, deskripsi morfologi adalah yang amat penting sebab boleh dikatakan tatabahasa bahasa Malaysia adalah lebih berdasarkan bentuk-bentuk katanya. Kebanyakan dari masalah yang terdapat di dalam tatabahasa bahasa Malaysia itu timbul daripada ketaksaan dalam pemerian fungsi-fungsi dan penggunaan imbuhan. Morfologi bahasa Malaysia sama rumitnya dengan masalah ejaannya. Sehingga akhir-akhir ini, guru-guru di sekolah, dan juga penulis buku teks untuk bahasa Malaysia memikirkan yang murid sekolah janganlah disukarkan dengan percubaan mengajar berbagaibagai jenis dan fungsi imbuhan. Tetapi sebenarnya kalau diamati betul-betul, bilangan imbuhan yang terdapat di dalam bahasa Malaysia itu tidaklah begitu banyak. Tetapi kesalahan anggapan ini, telah mengakibatkan banyak kecacatan. Umpamanya, imbuhan yang menunjukkan ragam seperti me- aktif di- pasif, dan ter- aktif atau pasif tak upaya menyebabkan imbuhan transitif seperti per-, kan, dan i selalu ditinggalkan di dalam proses penerbitan kata. Dengan itu terdapatlah buku-buku teks yang mencuba mengajar perbuatan seperti Ali panjat pokok, dengan tidak menggunakan me- pada perbuatan panjat, Dia membenar saya pergi, (sepatutnya membenarkan), dan Adik menyiram bunga (sepatutnya menyirami). Kesalahan seperti ini telah menimbulkan beberapa ketidak sempurnaan dalam kemahiran bahasa Malaysia sebagai yang dipelajari oleh orang bukan Melayu. Cuba misalnya kita perhatikan masalah imbuhan transitif kausatif kan. Ia selalu disalahfahamkan sebagai terkandung dalam me-, iaitu sebuah imbuhan yang menunjukkan ragam aktif. Ini telah menerbitkan kata terbitan

24

perbuatan yang tidak sempurna seperti mengguna dan membenar. Sepatutnya kata perbuatan ini mestilah dijadikan transitif dulu dengan menggunakan kan menjadi gunakan dan benarkan. Kemudian kata perbuatan transitif ini apabila dipakai haruslah menunjukkan ragamnya, iaitu seperti menggunakan aktif, digunakan pasif dan lain-lain lagi. Apa yang berlaku ini dapat disimpulkan dengan kata-kata Alisjahbana yang mengatakan bahawa morfologi bahasa Malaysia menjadi kurang stabil oleh kesalahan-kesalahan begini (1985:29). Ketaksaan yang terdapat dalam bidang tatabahasa bahasa Malaysia itu, bertambah kusut pula dengan adanya perbezaan di dalam struktur ayat dari satu dialek ke suatu dialek yang lain. Kalau diperhatikan, imbuhan -kan, di-, dan nya tidak terdapat dipakai di dalam dialek Kedah. Imbuhan -kan biasanya digantikan oleh awalan per- (misalnya perhangat, permain dan lain-lain). Dalam dialek Johor pula imbuhan yang sama kerap digantikan oleh -kan seperti hangatkan dan mainkan. Sementara itu imbuhan pasif di- kerap kali digantikan oleh kata sandang kena, misalannya: Ali dipukul oleh guru menjadi Ali kena pukul oleh guru. Dari contoh-contoh di atas, agak jelas ternampak bahawa memang ada perbezaan-perbezaan yang agak besar, dalam bidang tatabahasa di antara dialek-dialek bahasa Malaysia yang menyebabkan proses penyeragamannya menjadi sukar. Suatu aspek tatabahasa lain yang kerap kali membangkitkan masalah dalam usaha pembakuan ialah kenyataan bahawa ada sedikit saja bilangan imbuhan dalam bahasa Malaysia, tetapi setiap satunya mempunyai banyak fungsi, menurut konteks dan makna bentuk dasarnya. Misalnya me- dalam membawa menunjukkan ragam aktif tetapi dalam melayang ia menunjukkan keadaan yang aktif dan di dalam menggunung itu hanya menunjukkan keadaan dan dalam mengantuk pula ia menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan refleksif atau bagi diri sendiri. Jadi, memanglah ada suatu keperluan yang mendesak supaya fungsifungsi imbuhan ini dikaji dan dinilai semula supaya usaha penyeragamannya menjadi mudah. Sudah ada usaha yang dijalankan menuju matlamat ini seperti (Asmah, 1968; Abdullah, 1974), tetapi butir yang terdapat di dalam buku itu masih belum diperkembangkan. Kalau kandungan ini diperkembangkan mungkin ia dapat menjadi pengaruh supaya dapat menyeragamkan sedikit sebanyak morfologi

25

bahasa Malaysia. Suatu senarai imbuhan dan fungsi-fungsinya yang jelas haruslah dibentuk untuk menghilangkan perbezaan-perbezaan yang terdapat sekarang dalam tatabahasa bahasa Malaysia. Suatu buku tatabahasa baru juga dapat mengandungi semua maklumat ini dengan tiada sebarang ketaksaan harus dapat menjadi alat yang paling berkesan dalam membakukan bahasa Malaysia itu. Kosa Kata Ada dua golongan kata yang harus dipertimbangkan di dalam membincangkan masalah pembakuan kosa kata, iaitu kata-kata umum dan kata-kata istilah. Kata-kata umum ialah kata-kata yang selalu dipakai hari-hari dengan membawa makna yang umum juga. Sememangnyalah kata-kata ini membawa erti yang berbeza-beza daripada suatu dialek ke dialek yang lain, sama ada dialek geografi atau dialek sosial. Suatu contoh perbezaan erti suatu perkataan dari segi geografi ialah kata kelmarin. Bagi dialek bahasa Malaysia Utara ia bererti hari sebelum hari ini, tetapi di dalam dialek Selatan ia bererti suatu malam, atau suatu hari pada suatu masa dulu. Walaupun perkataan ini tentu tidak membawa apa-apa masalah pada peringkat dialek, tetapi ia patut diberi penentuan dalam bahasa Malaysia baku. Suatu alat media massa yang berkesan mungkin dapat memberi panduan kepada orang ramai bagaimana kata kemarin itu harus digunakan: jadi kelmarin itu dipakai khusus untuk hari sebelum hari ini dan semalam untuk malam semalam. Sebenarnya perkara yang paling penting di dalam pembakuan adalah melibatkan hal-ehwal peristilahan ataupun perkataan khusus untuk bidang ilmu tertentu. Hal ini semakin menjadi penting. Masyarakat yang menjadi moden lebih bergantung kepada industri dan menerima banyak konsep dan barang-barang baru pada setiap hari untuk membolehkan mereka menerangkan sesuatu dengan lebih jelas. Masyarakat yang moden juga memerlukan bahasa yang moden. Bahasa yang dituturkan oleh sebuah masyarakat moden perlulah juga moden. Negara Malaysia yang makin menjadi lebih maju dalam perindustrian ini adalah memerlukan bahasa yang lebih moden, yakni lebih lengkap untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Malaysia merdeka pada tahun 1957, dan telah menilai dan mencuba membentuk suatu sistem pelajaran yang baru bagi Malaysia dalam usaha untuk menerbitkan suatu rupa bangsa Malaysia. Dengan itu26

Laporan Razak dan kemudiannya Rahman Talib telah disusun. Suatu daripada perkara yang paling penting untuk dipelaksanakan ialah penggunaan bahasa Malaysia dengan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar di dalam bidang pendidikan. Bahasa Malaysia mestilah menggantikan bahasa Inggeris seluruhnya sebagai bahasa pendidikan. Dalam hal ini ternyata suatu kesulitan yang amat besar. Sebelum itu, bahasa Malaysia belum pernah digunakan sebagai bahasa pengantar di dalam pendidikan menengah dan tinggi. Sehingga hari itu bahasa Malaysia hanya bertugas sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah saja. Oleh sebab yang demikian maka bahasa Malaysia itu mengandungi beberapa kekurangan yang asas untuk menunaikan tugasnya yang baru untuk menyampaikan pelajaran. Agak lebih tepat lagi kalau saya katakan, kekurangan yang amat sangat, terdapat di dalam bidang sains dan teknologi. Memang benar kalau dikatakan, bahagian ini merupakan suatu akuan dalam bahasa Malaysia. Peristilahan dalam bidang ini amat-amat diperlukan. Peristilahan yang ada hanyalah merupakan segelintir kata-kata khusus dalam bidang sebaran am, dan politik (McHugh, 1948; dan Mohammad bin Haniff, 1949). Walaupun terdapat kekosongan seumpama ini tetapi ia tidaklah pula menumpulkan perasaan kebangsaan yang berkobar-kobar di kalangan orang-orang Melayu. Walaupun kesulitannya banyak, tetapi kesedaran untuk menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar adalah amat tepat. Dalam sebuah negara yang sedang mencuba membentuk perwatakannya sendiri, adalah amat perlu sebuah bahasa nasional diterima untuk memberinya identifikasi baru. Menggunakan bahasa Inggeris terus-menerus akan tidak dapat membuang imej keinggerisan negara ini, dengan mempunyai alat kebudayaannya tersendiri, dan suatu imej dan watak yang berasingan. Kedaulatan bahasa itu akan memberikan sesuatu negara itu wataknya pula. Sememangnya, bukan ini saja yang menjadi sebab kepada bahasa Malaysia diterima menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Tidaklah kena pada tempatnya sekiranya bahasa kebangsaan sesebuah negara tidak diberi penghormatan demikian. Soal pokoknya ialah, kenapa mesti anak negara di Malaysia harus mesti fasih dalam sebuah bahasa asing sebelum dia dapat belajar. Memang tidak sukar difahami bahawa membiarkan hal yang demikian berlaku terus adalah bermakna kita telah menyalahi hak-hak susila kemanusiaan. Kenapakah seseorang itu dibebankan dengan tugas untuk mempelajari sebuah bahasa asing sebelum ia mendapat peluang untuk menerima pelajaran dalam

27

bahasa kandungnya. Berikutan dengan itu pelajaran tinggi dalam bahasa Malaysia juga mestilah dilaksanakan, dan perkara ini memang sudah menjadi kenyataan pada masa ini. Walau bagaimanapun sekolah-sekolah yang dulunya dijalankan dalam bahasa Inggeris adalah sedang dalam proses penyesuaian menjadi sekolah aliran bahasa Malaysia. Setelah langkah pertama dijalankan untuk melaksanakan sistem pendidikan menengah dan tinggi dalam bahasa Malaysia, makan barulah timbul dua masalah besar. Masalah yang pertama mengenai bahan pembelajaran, iaitu buku teks dan rujukan bagi kedua-dua peringkat pengajian baik menengah mahupun tinggi amatlah berkurangan. Boleh dikatakan buku-buku dalam bidang tersebut tidak ada langsung. Suatu langkah untuk mengatasi masalah ini terpaksalah dicari dan dijalankan segera. Tidaklah ada cara lain yang dapat mengatasi masalah ini melainkan dengan cara individu menulis buku-buku teks tersebut diterjemahkan, daripada bahasa lain, dan sumber yang paling mudah didapati ialah daripada bahasa Inggeris. Masalah kedua adalah amat rapat berhubung dengan maslah yang pertama tadi. Walaupun mungkin ada individu yang sanggup menjalankan tugas ini, sama ada untuk menulis atau menterjemahkan buku teks, maka masalahnya masih belum selesai. Ini berbangkit kerana tiadanya istilah yang lengkap untuk menampung segala bidang ilmu yang dulunya diajar dalam bahasa Inggeris. Ini meletakkan seluruh masalah pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pendidikan dan pentadbiran dalam keadaan yang amat merumitkan, bahkan mungkin akan merosakkan langsung keseluruhan dasar yang dibentuk tersebut. Kekosongan dalam peristilahan ini mestilah terlebih dulu diatasi sebelum pelaksanaan bahasa Malaysia itu dapat dilancarkan. Sekurang-kurangnya, masalah ini harus dapat diselesaikan secara selari dengan pelaksanaan bahasa Malaysia seluruhnya. Oleh sebab itu langkah-langkah yang perlu untuk memperlengkapkan bidang peristilahan dalam bahasa Malaysia itu terpaksalah dijalankan dengan segera. Tanggungjawab untuk memperlengkapkan bahasa tersebut diberi kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),yang dibentuk pada tahun 1956, khusus untuk menampung keperluan tersebut. Dengan tidak payah diceritakan dengan panjang lebar, nyatalah bahawa DBP telah dengan serta-merta menjalankan tugas yang telah diberikan kepadanya tersebut dan menumpukan perhatiannya untuk memperlengkapkan bahasa Malaysia tersebut bagi menjadikannya

28

sebuah alat yang mampu untuk menjalankan peranannya yang baru. Oleh sebab perkara ini adalah amat mendesak dan mesti diselesaikan dengan segera, suatu perancangan yang rapi mestilah dibuat. Dengan mengenali keperluan yang mendesak dalam pembentukan istilahistilah sains ini, maka projek penciptaan istilah telah dibentuk. Sistem yang dibentuk itu hendaklah boleh bergerak dan dapat menyelesaikan kesulitan yang dihadapinya supaya jangan menjahanamkan seluruh projek tersebut. Dengan hal yang tersebut, jawatankuasa pembentukan istilah pun dibentuk untuk bidang-bidang ilmu yang berlainan. Pada peringkatnya yang paling sibuk terdapat 27 buah jawatankuasa yang berjalan serentak. Setiap satu jawatankuasa ditugaskan untuk mencipta istilah bagi suatu bidang ilmu yang tertentu. Ahli-ahli yang berkhidmat dalam sesuatu jawatankuasa tersebut terdiri dari sarjana-sarjana dalam bidang tertentu iaitu seorang ahli sains dalam bidang kimia akan berkhidmat di dalam jawatankuasa kimia termasuk ahli bahasa. Usaha mereka itu memang tidak dapat dinafikan, telah membawa hasil yang amat menggalakkan. Demi kepentingan untuk memperlengkapkan bahasa Malaysia menjadi bahasa kebangsaan bagi mendukung satu rupa pendidikan dan kebudayaan, mereka ini telah bertugas dengan penuh minat dan usaha. Hasilnya ialah, sebagai yang terlapor dalam Dewan Bahasa Sa-puloh Tahun ialah, terdapat 71,000 patah istilah yang telah dicipta selepas sepuluh tahun DBP tertubuh. Pada hari ini, hasil istilah yang dibentuk berjumlah lebih dua kali ganda bilangan tersebut. Penilaian yang agak mudah dapat dibuat dengan tidak payah meneliti keadaan ini lebih jauh lagi, kerana sudah menjadi kenyataan pada hari ini bahawa bidang ilmu telah pun dapat disampaikan dengan menggunakan bahasa Malaysia baik di peringkat sekolah mahupun di peringkat universiti, baik dalam bidang sastera mahupun dalam Malaysia, telah pun mula menjadi suatu kenyataan. Kalau dulunya, dengan banyaknya dalam bahasa Malaysia. Serentak dengan itu, bahasa Malaysia telah pula mula dipergunakan sebagai bahasa pentadbiran. Pendek kata, hasrat ahli-ahli politik dan pendidik untuk melaksanakan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan Malaysia, telah pun mula menjadi suatu kenyataan. Kalau dulunya, bahasa Malaysia agak janggal kalau digunakan dalam bidang ilmu, tetapi, pada hari ini, ia sudah merupakan suatu keadaan biasa. Bahagian istilah DBP adalah mendukung tugas untuk menyelaraskan istilah-istilah yang telah dicipta oleh jawatankuasa-jawatankuasa

29

yang berlainan itu. Tugas penyelarasan dalam bidang pengajian tinggi pula dijalankan di institusi-institusi pengajian tinggi yang berkenaan. Jabatan tersebut telah bertugas selaku sekretariat bagi kesemua jawatankuasa istilah. Jabatan ini juga diberi tanggungan untuk menyebarkan istilah-istilah yang telah dibentuk itu. Ini dijalankan dengan tujuan supaya istilah-istilah yang dipakai adalah seragam. Sehingga hari ini DBP telah pun mencipta, mencetak dan menerbitkan istilah dalam bidang berikut: Perjawatan dan Jawatan (1960); Pentadbiran (1961); Ekonomi (1965); Pendidikan (1966); Geografi (1967); Biologi, Perhutanan, Pertanian, Fizik, Matematik dan Kimia (1968); Kejuruteraan (1970); Undang-undang, Linguistik, Kesusasteraan, dan Pos (dan Perhubungan) (1972); Perniagaan, Industri, Perakaunan, Sejarah dan Sains Rumahtangga (1973); Muzik dan Seni (1974). Istilah yang tercetak ini adalah peristilahan yang rasmi dan diterima oleh Kementerian Pelajaran dan digunakan dengan luasnya oleh sekolah, maktab dan universiti, serta institusi lain yang berkenaan. Sememangnya, DBP mungkin tidak akan berjaya melaksanakan projek yang sedemikian besar secara bersendirian. DBP sentiasa mendapat bantuan dari pihak-pihak lain. Misalnya, ada bidang ilmu yang baru diajar di peringkat universiti, dan juga peringkat pengajian tinggi itu dengan sendirinya akan menyebabkan tugas penciptaan istilah tersebut tidak dapat dijalankan oleh DBP tanpa bantuan tenaga sarjan-sarjan dari universiti tersebut. Dalam hal yang demikian, DBP tidaklah akan dapat menyediakan istilah-istilah tertentu yang berkenaan, dan oleh sebab itu maka sarjana-sarjana di universitilah yang mampu memainkan peranan yang aktif dalam pembentukan istilah demikian juga; keperluan istilah di universiti-universiti terlalu mendesak dan terletak di luar kemampuan DBP untuk memberi pertolongan. Oleh yang demikian, pihak universiti juga terpaksa membentuk jawatankuasa istilah masing-masing. Berbangkit dari keperluan universiti-universiti yang berlainan itu untuk membentuk istilah masing-masing, maka timbullah pula keperluan bagi mereka menyeragamkan istilah-istilah yang dicipta supaya percanggahan tidaklah berlaku dan mengelirukan penggunaan bahasa Malaysia. Usah menyelaraskan istilah yang dicipta itu dilakukan seterusnya. Usaha untuk menyelaraskan istilah yang dicipta dan dipakai di institusi pengajian tinggi ini memang sentiasa berlaku seperti yang diterangkan di atas tadi.

30

Proses pembentukan istilah ini bukanlah semudah yang diperikan. Banyak masalah dan penyelewengan telah berlaku dalam usaha penciptaan istilah ini. Pada peringkat awal, segala usaha membentuk istilah ini berjalan tanpa pedoman yang rapi, dan kaedah yang dipergunakan tidaklah mempunyai prinsip-prinsip yang seragam. Kecenderungan ahli jawatankuasa yang bertugas membentuk istilah ialah supaya istilah yang dicipta itu mestilah bersifat Melayu seluruhhannya. Pendek kata mereka ini bersikap tulen. Oleh yang demikian pinjaman unsur bahasa asing tidaklah digalakkan. Sebarang unsur dari luar adalah dianggap atau difikirkan akan membawa kerosakan kepada bahasa Malaysia. Jadi, unsur yang harus dipergunakan dalam penciptaan istilah itu dijaga supaya bersifat Melayu seratus peratus. Peminjaman unsur atau kata-kata asing dihindari. Akibat yang berbangkit ialah, hasil istilah yang dicipta melalui pendekatan demikian menerbitkan istilah-istilah yang berupa terjemahan terus, tidak dapat mendukung konsep yang sepenuhnya dari istilah asal yang tertentu. Keburukan kedua yang timbul ialah, oleh sebab keengganan meminjam atau menerima unsur dari bahasa lain, menyebabkan istilah berupa akromim dicipta sebagai jalan keluar. Gabungan bahagian perkataan dari kosa kata bahasa Malaysia digunakan untuk menerbitkan istilah baru. Masalahnya ialah, setengah-setengah dari istilah ini, bukan saja tidak tepat, tetapi dari segi bentuknya pula, ia tidak dapat dikenali. Kata-kata akronim ini lebih menyulitkan penggunaan bahasa, kerana terpaksa pula mempelajari kata-kata baru tercipta, yang sama sekali asing. Oleh yang demikian barulah timbul kesedaran, bahawa sikap dan pendekatan tulen ini, bukanlah melicinkan perkembangan bahasa, yakni memodenkan bahasa, tetapi adalah menambahkan kesukaran dalam usaha mempermodenkan bahasa. Halangan ini cepat difahami oleh ahli-ahli jawatankuasa istilah tersebut. Mereka mulai menyedari bahawa perlulah ada pedoman yang lebih liberal dalam usaha pembentukan istilah ini. Sikap dan pendekatan yang demikian sudah semestinyalah akan dapat mempermudahkan usaha pembentukan istilah tersebut. Ini lebih progresif dan berkesan. Oleh sebab itu, proses pembentukan istilah menjadi lebih licin. Oleh sebab adanya sikap liberal dan juga sikap konservatif yang lebih awal dulu, telah menimbulkan istilah yang berupa sinonim dalam bahasa Malaysia. Dari puak yang bersikap konservatif pada masa awal-awal usaha pembentukan istilah, timbul istilah seperti maun (makan daun), maging (makan daging), dan jabanah (jalan bawah tanah) dan lainlain. Anehnya pula unsur bahasa Arab tidaklah dianggap asing oleh puak konservatif ini. Jadi terdapat istilah seperti mentasih sunting,

31

suhu, dan lain-lain. Hanya setelah beberapa lama baru timbul sikap yang lebih liberal dan peminjaman dari bahasa Inggeris dibolehkan. Dari puak yang liberal pula timbul istilah yang berupa pinjaman, seperti horvivore, karvonivore dan temperatur untuk istilah di atas tadi. Adanya dua tiga patah perkataan bagi konsep yang sama tidaklah menimbulkan masalah. Ini tidaklah dapat dianggap sebagai sesuatu yang tidak baik, kerana, dalam kebanyakan bahasa, sinonim selalunya dapat memberi pengertian yang lebih khusus bagi sesuatu konsep. Memperkembangkan Bahasa Malaysia Baku dalam sebutan negara yang baru merdeka dan mahu mempelopori suatu rupa bahasa dan kebudayaan, maka tentulah perlu supaya bahasa kebangsaannya itu diperluaskan bagi membolehkan kesefahaman berkembang di kalangan rakyatnya. Telah dibincangkan di atas apa yang dimaksudkan dengan bahasa baku, iaitu apa yang dianggap baku itu adalah berdasarkan suatu norma yang dipegang ramai demi untuk melicinkan komunikasi di kalangan penuturnya. Setelah, konsep apa yang dianggap baku itu menjadi jelas, maka langkah yang berikutnya ialah untuk memperkembangkan dialek baku tersebut. Dialek yang baku itulah yang menjadi dasar untuk mengajar bahasa tersebut kepada seluruh masyarakat di Malaysia. Apabila bahasa Melayu (Malaysia selepas 1970) diterima dan diisytiharkan sebagai bahasa Kebangsaan pada tahun 1957, maka matlamat negara yang dituju ialah untuk mempelaksanakan bahasa tersebut menjadi bahasa Kebangsaan yang tunggal selepas sepuluh tahun, iaitu pada tahun 1967. kegagalan dalam mempelaksanakan bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 1967 itu dapat dengan mudah difahami. Pertama sepuluh tahun adalah suatu jangka masa yang amat pendek untuk mempelaksanakan sebuah bahasa yang masih pada peringkat yang serba kurang untuk mengambil alih sistem pendidikan dan pentadbiran bagi seluruh negara. Tetapi, sebab yang keduanya mungkin merupakan masalah yang sebenarnya. Walaupun kerajaan bertujuan untuk mempelaksanakan bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan yang tunggal, bagi mencapai perpaduan di kalangan rakyat, supaya berkiblat kepada kebudayaan yang sama, tetapi dasar kerajaan itu tidak dilaksanakan dengan jujur dan tegas. Kekurangan ketegasan inilah yang menimbulkan atau menyebabkan sikap yang tidak jujur pula di kalangan masyarakat Malaysia yang tidak menuturkan bahasa Malaysia. Mereka tidaklah

32

merasa diperlukan untuk mempelajari bahasa Malaysia. Lebih-lebih lagi adanya sistem pendidikan di dalam bahasa Inggeris yang diteruskan itu telah menyebabkan bahasa Malaysia terpaksa bersaing dengan sebuah bahasa asing yang lebih efisien, dan tinggi nilainya dari segi ekonomi dan politik. Ini menyebabkan mereka mengambil keputusan, yang dapat difahamkan sebagai amat lojik, iaitu mengutamakan pendidikan anak-anak mereka dalam bahasa Inggeris. Bahkan anak-anak bumiputera yang mempunyai ibu bapa yang berkemampuan, telah tidak menaruh kepercayaan penuh kepada nilai ekonomi pendidikan dalam bahasa Malaysia, dan terus mengambil kesempatan memberi pendidikan anak mereka dalam bahasa Inggeris. Bahkan, ramai pula yang menghantar anak-anak mereka ke negara lain untuk belajar di sana. Salah s