assignment bm

35
PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SIDANG AKADEMIK 2010/2011 JUL 401 – BAHASA MALAYSIA KARANGAN SOALAN NO 4 – LEDAKAN REVOLUSI TEKNOLOGI MAKLUMAT MELALAIKAN GOLONGAN REMAJA. BINCANGKAN. Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu Pada era ‘dotcom’ ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba untuk memajukan bidang multi media mereka. Dalam hal ini Malaysia, sebagai harimau Asia tidak ketinggalan. Kerajaan sedang berusaha membangunkan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multi-media Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750 kilometer

Upload: munirah-talib

Post on 26-Jun-2015

265 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Bm

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SIDANG AKADEMIK 2010/2011

JUL 401 – BAHASA MALAYSIA

KARANGAN

SOALAN NO 4 – LEDAKAN REVOLUSI TEKNOLOGI MAKLUMAT MELALAIKAN GOLONGAN REMAJA. BINCANGKAN.

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat

dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan

teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas:

berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan

mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi,

memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan

waktu

Pada era ‘dotcom’ ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba untuk

memajukan bidang multi media mereka. Dalam hal ini Malaysia, sebagai harimau Asia

tidak ketinggalan. Kerajaan sedang berusaha membangunkan Koridor Raya Multimedia

atau lebih dikenali sebagai Multi-media Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750

kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang

Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Namun begitu, dalam keghairahan kita

menggunakan teknologi yang semakin canggih, seharusnya perlu dilihat kesan yang

memudaratkan jika pembangunan tidak mengikut acuan yang betul.

Page 2: Assignment Bm

Berdasarkan kajian oleh Norton Online Living Report 2009 di Malaysia tentang

tabiat penggunaan internet, pasti antara kita terkejut kerana sebenarnya remaja di negara

kita menghabiskan masa 16 jam seminggu untuk melayari internet. Jumlah itu sebenarnya

adalah 6 jam lebih banyak daripada masa purata Norton Online Report di peringkat

global yang menjalankan kajian ke atas 12 negara utama di dunia. Tempoh masa itu juga

adalah 4 jam lebih banyak berbanding ibu bapa mereka yang melayari internet. Menerusi

kajian yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pada

tahun 2008, pengguna internet majoritinya adalah daripada lingkungan umur 15 hingga

19 tahun iaitu 17.9% dan diikuti dengan lingkungan umur 20 hingga 24 tahun sebanyak

15.7%. Jika dilihat daripada perangkaan ini, jelas bahawa kelompok remaja dan belia

lebih ramai menggunakan internet, berkemungkinan ia menunjukkan bahawa golongan

tersebut menggunakan internet untuk proses pembelajaran sama ada di sekolah atau di

Institut Pengajian Tinggi. Namun kita harus sedar, situasi ini menyebabkan golongan

tersebut lebih terdedah kepada penggunaan internet yang lama dan yang menjadi

persoalannya, apakah yang dilakukan oleh remaja di dalam talian tersebut, adakah

mereka memanfaatkan kemudahan itu untuk sesuatu yang berfaedah atau sekadar

mencari keseronokan yang akhirnya menyumbang kepada permasalahan sosial negara

kita?

Komponen teknologi maklumat seperti internet menjadi wahana penyebaran

unsur-unsur lucah terutamanya dalam kalangan generasi muda. Gambar dan bahan

pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja

yang dahagakan pengetahuan seks menjadikan bahan pornografi ini sebagai bahan

rujukan utama ketika mengakses maklumat-maklumat yang terdapat di dalam internet.

Page 3: Assignment Bm

Masalah ini juga merebak dengan cepat dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira

lelaki atau perempuan. Ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir

semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Penggunaan internet

ini juga boleh mendatangkan banyak keburukan terutamanya kepada remaja yang terlalu

taksub dengan penggunaan internet ini dan pihak yang tidak bertanggungjawab pula akan

mengambil peluang yang ada untuk menyalahgunakan teknologi ini dan ianya akan

mendatangkan lebih banyak kesan buruk terutamanya kepada para remaja yang terlalu

asyik dengan penggunaan internet pada masa kini.

Selain itu, kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan lagi

keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat

negatif di kalangan remaja dan belia. Dari sini jugalah aktiviti-aktiviti negatif yang lain

seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di sanubari

anak-anak. Petikan akhbar Kosmo yang bertarikh 5 Februari 2010 baru- baru ini

membuktikan bahawa remaja sememangnya amat terpengaruh dengan penggunaan

internet”. Seramai dua puluh tiga orang pelajar termasuk tiga pelajar perempuan yang

ponteng sekolah dicekup polis ketika mereka sedang leka bermain ‘game’ di sebuah kafe

siber”.

Umum mengetahui bahawa penggunaan internet pada masa kini telah menjadi

‘kegilaan’ masyarakat terutama remaja sama ada dalam negara mahupun luar negara.

Akibat kegilaan ini, remaja mudah lupa diri. Internet boleh mengubah pemikiran manusia

yang waras menjadi kurang waras terutamanya mereka yang terpengaruh dan terlalu

taksub dengan kecanggihannya. Ia begitu berpengaruh dan sifatnya yang dapat memasuki

Page 4: Assignment Bm

mana-mana negara di dunia ini seperti tiada batasan sempadannya. Internet sukar disekat

apabila pintunya sudah dibuka. Ianya seolah-olah apa yang diperkatakan mengenai

kebebasan bersuara masyarakat hampir mencapai tahap mutlak. Akibat daripada

kecanggihan teknologi pada hari ini juga telah menyebabkan kegiatan jenayah semakin

berleluasa. Contohnya urusan jual beli senjata api dan kegiatan merompak juga boleh

dilakukan secara maya.

Selain itu, ledakan revolusi teknologi maklumat terhadap remaja yang perlu

diperbahaskan juga adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya dalam kehidupan

seseorang remaja. . Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret dan leka di

dalam proses globalisasi sosio budaya. Melalui pelbagai saluran, golongan belia akan

menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-

syarikat multinasional dan transnasional. Sesungguhnya tidaklah mengejutkan apabila

sistem sosio budaya masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga segala nilai tradisi

kita kini sedang melalui proses penghakisan yang amat ketara. Di samping itu juga,

wujudnya keadaan di mana anak-anak muda semakin menunjukkan tanda tercabut dari

akar budaya, bangsa dan agamanya sendiri. Dalam keghairahan untuk mengejari gaya

hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat, anak-anak muda kita

secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah untuk meniru secara bulat budaya

hidup barat. Kita dapat saksikan globalisasi budaya ini dalam pelbagai bentuk kehidupan

golongan belia pada masa kini. .

Page 5: Assignment Bm

Selain itu juga, hubungan sosial di dalam masyarakat akan menjadi semakin

rapuh akibat terlalu memberi tumpuan kepada penggunaan Internet. Penggunaan internet

secara berleluasa dalam kalangan remaja banyak memberi kesan negatif dan

menyumbang kepada masalah sosial pada hari ini. Selalunya penggunaan internet ini

akan menyebabkan seseorang remaja itu terlalu asyik terhadapnya. Sebagai contoh,

apabila seseorang remaja itu meluangkan terlalu banyak masa dengan melayari internet

mereka tidak mempunyai banyak masa untuk bersama dengan keluarga mereka seperti

makan bersama- sama, berbual dengan ibu bapa atau adik beradik yang lain,beriadah dan

sebagainya. Masa yang ada semuanya digunakan untuk melayari internet. Kebanyakan

remaja ini kurang berkomunikasi dengan orang lain dan hanya berada dalam dunia

mereka sahaja. Masalah yang mungkin akan timbul ialah mereka akan menjadi orang

yang tidak bertanggungjawab dalam semua aspek kehidupan mereka.Selain itu, mereka

akan menjadi pelajar yang tidak bertanggungjawab terhadap pelajaran. Apa tidaknya

kebanyakkan masa dihabiskan dengan menghadap komputer sahaja. Mereka langsung

tidak mengambil peduli tentang pelajaran dan tidak melakukan kerja rumah yang

diarahkan oleh guru mereka. Mereka memandang hal tersebut sebagai hal yang remeh

dan tidak begitu penting bagi mereka. Mereka berpandangan dengan melayani kawan-

kawan online mereka adalah lebih penting berbanding dengan pelajaran mereka

Situasi ini dilihat sebagai suatu ketagihan kepada remaja sehinggakan mereka

merasakan bahawa komputer dan internet merupakan sebahagian daripada keperluan

asasi yang perlu ada di dalam hidup mereka.Tetapi keasyikan remaja terhadap komputer

dan internet ini menyebabkan mereka kadang kala tidak berfungsi dan berperanan dengan

masyarakat sekeliling. Kita dapat melihat situasi dimana seorang remaja yang dahulunya

Page 6: Assignment Bm

memiliki kehidupan sosial yang baik ´ditarik´ menjadi seorang remaja yang paranoid dan

obses terhadap internet sehinggakan mereka tidak sabar-sabar untuk menghabiskan jadual

persekolahan mereka semata-mata untuk memenuhi ´temu janji di alam maya´ mereka

dengan komputer di rumah.

Pada kesimpulannya, kemudahan teknologi pada masa kini terutamanya internet

telah membawa banyak perubahan dalam kehidupan masyarakat dan kepada

pembangunan negara. Di sini kita dapat melihat internet memberi kebaikan dan juga

keburukan kepada masyarakat. Ianya juga bergantung terhadap cara bagaimana

masyarakat menggunakannya sama ada menggunakannya ke arah kebaikan ataupun

menyalahgunakan teknologi ini.

Page 7: Assignment Bm

KEFAHAMAN BACAAN.

1) Pengguna perlu arif tentang hak-hak mereka. Jika ada peniaga yang menaikkan

harga barangan dengan sesuka hati, pengguna berhak melaporkan kesalahan itu

kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang

tertakluk di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. Selain itu, pengguna perlu

bijak membuat pilihan. Dengan kuasa beli yang dimiliki. Pengguna juga perlu

bijak memilih peniaga yang hanya menawarkan harga barang yang mengikut

peraturan sahaja. Contohnya sambutan dingin terhadap bekalan ayam yang dijual

lebih mahal di pasar basah berbanding di pasar raya besar dianggap petanda

bahawa orang ramai telah bijak menggunakan kuasa dan hak mereka selaku

pengguna. Dengan ini peniaga yang tegar menaikkan harga barang akan berfikir

dahulu sebelum menaikkan harga barang dengan sesuka hati mereka. Sekiranya

semua pengguna mempunyai pengetahuan tentang kuasa beli yang dimiliki, tidak

akan timbul lagi masalah pengguna ditipu oleh peniaga.

Page 8: Assignment Bm

2) Bersetuju kerana pada masa kini, urusan jual beli secara curang dan tidak sihat

seringkali berlaku dan memperlihatkan seolah-olah para pengguna masih tidak

dilindungi. Masalah yang dihadapi pengguna pada masa kini adalah sangat luas

dan mencabar seiring dengan kemajuan ekonomi yang dinikmati. Taraf hidup

masyarakat yang semakin meningkat menyebabkan kuasa beli dan citarasa

pengguna juga semakin bertambah. Para peniaga menggunakan pelbagai taktik

bagi menarik perhatian pengguna membeli barangan yang dijual. Antara usaha

yang sentiasa mendapat perhatian adalah melalui jualan murah. Melalui aktiviti

jualan murah ini, sesetengah peniaga mengambil kesempatan mengaut

keuntungan dengan cara yang salah. Walaupun telah wujud akta yang mengawal

aktiviti jualan murah, iaitu Akta Perihal Dagangan 1972, namun kegiatan peniaga

yang menyalahi undang-undang di dalam aktiviti ini masih tidak dapat dibendung.

Justeru itu, para pengguna di negara ini perlu sedar akan kewujudan undang-

undang yang mampu melindungi mereka dan memperuntukkan remedi tertentu

bagi mereka menuntut keadilan dalam transaksi jualbeli.

Page 9: Assignment Bm

Bagi melindungi pengguna, pelbagai akta telah digubal termasuklah Akta Kawalan Harga 1946, Akta

Kawalan Bekalan 1961, Akta Timbang Dan Sukat 1972, Akta Perihal Dagangan 1972, Akta Sewa Beli 1967,

Akta Hakcipta 1987, Akta Jualan Langsung 1993, dan yang terkini Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Namun demikian, sejauh manakah pengguna dilindungi oleh akta-akta yang dikuatkuasakan ini? Adakah

akta-akta yang ada ini mampu menyelesaikan masalah kepenggunaan seterusnya benar-benar melindungi

pengguna? Adakah pengguna di negara ini sedar akan kewujudan undang-undang yang melindungi

mereka dan memperuntukkan remedi tertentu bagi mereka menuntut keadilan dalam transaksi jualbeli?

Persoalan-persoalan ini perlu dirungkai bagi menjawab isu bahawa pengguna masih tidak terlindung.

3) Urusan jual beli secara curang dan tidak sihat seringkali berlaku dan memperlihatkan seolah-olah

para pengguna masih tidak dilindungi. Masalah yang dihadapi pengguna pada masa kini adalah

sangat luas dan mencabar seiring dengan kemajuan ekonomi yang dinikmati. Taraf hidup

masyarakat yang semakin meningkat menyebabkan kuasa beli dan citarasa pengguna juga

semakin bertambah.

4) Para peniaga menggunakan pelbagai taktik bagi menarik perhatian pengguna membeli barangan

yang dijual. Antara usaha yang sentiasa mendapat perhatian adalah melalui jualan murah.

Melalui aktiviti jualan murah ini, sesetengah peniaga mengambil kesempatan mengaut

keuntungan dengan cara yang salah. Walaupun telah wujud akta yang mengawal aktiviti jualan

murah, iaitu Akta Perihal Dagangan 1972, namun kegiatan peniaga yang menyalahi undang-

undang di dalam aktiviti ini masih tidak dapat dibendung. Dalam hal ini, pihak kementerian telah

menjalankan usaha mengkaji kemungkinan untuk memperketatkan kawalan jualan murah di

bawah akta tersebut. Penekanan diberi kepada beberapa aspek termasuklah tempoh jualan

murah itu diadakan, iaitu tidak melebihi 30 hari, jumlah kekerapan suatu jualan murah diadakan

dan jumlah barangan yang dipilih untuk jualan murah itu5.

Page 10: Assignment Bm

Kesimpulan

Pada kesimpulannya, kemudahan teknologi pada masa

kini terutamanya internet telah membawa banyak perubahan

dalam kehidupan masyarakat dan kepada pembangunan

negara. Di sini kita dapat melihat internet memberi kebaikan

dan juga keburukan kepada masyarakat. Ianya juga

bergantung terhadap cara bagaimana masyarakat

menggunakannya sama ada menggunakannya ke arah

kebaikan ataupun menyalahgunakan teknologi ini.

Page 11: Assignment Bm

, pihak tentera telah berikat dengan berbagai-bagai industri untuk membangunkan

elektronik, komputer, dan teori maklumat. Secara sejarah, pihak tentera telah mendorong

penyelidikan-penyelidikan tersebut dengan memotivasi dan membiayai inovasi dalam

bidang penjenteraan dan pengkomputan. Pada hari ini, istilah teknologi maklumat telah

diperluas untuk merangkumi banyak aspek pengkomputan dan teknologi, dengan istilah

ini lebih dapat dikenal, berbanding dengan dahulu. Payung teknologi maklumat adalah

amat besar, dan meliputi banyak bidang.

Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di suratkhabar baru-baru ini menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, “Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Inilah kelebihan teknologi multi media dalam bidang pendidikan.

Hadirin yang budiman,Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan multi media ini. Dunia hari ini heboh tentang ‘e-niaga’ atau ‘e-commerce,’ cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman web mereka beserta alamat mel elektronik (e-mail atau sedang diguna dalam bahasa Melayu sebagai emel!). Kini ‘www.sesuatu.com.my’ bukan lagi satu perkara yang baru. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari dalam negara malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di suratkhabar yang mengkhabarkan seorang surirumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui emel! Justeru, jelas bahawa perkembangan multi media membawa kesan positif dari aspek perniagaan.

Hadirin yang dimuliakan,Di samping itu, kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti dan produktiviti

Page 12: Assignment Bm

keluaran industri kita. Perkembangan multi media secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan multi media. Malah ketika melawat MSC, Bill Gates (Microsoft Corporation), insan terkaya di dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multi medianya. Beliau menambah, di luar Amerika Syarikat pembangunan seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. Jadi terbukti bahawa pembangunan multi media membolehkan Malaysia “berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah” dengan negara-negara maju yang lain.

Tuan-tuan dan puan-puan,Dari segi sosialnya pula, pembangunan multi media mengeratkan lagi hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk di kalangan rakyat pelbagai negara dan berbagai-bagai kaum. Bukankah multi media satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?

Hadirin sekalian,Walau bagaimanapun, pembangunan pesat multi media tidak bebas daripada implikasi negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. Malah di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Saya yakin kita masih ingat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku. Inilah aspek negatif internet yang sukar dibendung oleh sesiapa.

Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya di kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat di kalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Ini turut

Page 13: Assignment Bm

memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan belia. Dari sini juga lah aktiviti-aktiviti negatif yang lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak.

Hadirin yang dikasihi,Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih buruk boleh melanda sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman dan agama yang disebarkan dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Anasir-anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu sensitif tentang hak dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan huru-hara di dalam negara. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Oleh itu, kesan negatif multi media yang boleh mengheret rakyat ke kancah perang sivil dan kaum wajiblah dielakkan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Menjadi tugas kitalah bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh.Sekian, terima kasih.

KEBELAKANGAN ini hampir setiap hari kita mendengar orang menyebut dan memperkatakan teknologi maklumat atau IT. Apatah lagi dengan usaha kerajaan untuk merealisasikan Koridor Raya Multimedia (MSC) dan Cyberjaya. Seluruh MSC akan dilengkapi peralatan telekomunikasi, teknologi maklumat dan jaringan perkhidmatan digital dalam semua proses perkhidmatan dan perhubungan yang mempunyai sistem infrastruktur yang termoden. MSC ialah satu kawasan yang dibangunkan berasaskan

Page 14: Assignment Bm

industri IT dan telekomunikasi. Semua urusan yang dijalankan akan menggunakan komputer.

Komputer bukanlah satu perkara yang asing bagi masyarakat tidak kira di mana saja mereka berada. Di mana-mana komputer boleh didapati dan tidak semestinya di pejabat saja. Malah di kebanyakan rumah pun boleh dilihat ada komputer peribadi. Begitu juga dengan penggunaan Internet yang kini kian menjadi ‘kegilaan’ masyarakat hari ini terutama remaja baik dalam negara mahupun luar negara. Akibat kegilaan ini, remaja mudah lupa diri. Internet boleh mengubah pemikiran manusia terutama mereka yang terpengaruh dengan kecanggihannya. Ia begitu berpengaruh dan sifatnya yang dapat memasuki mana-mana negara di dunia seperti tiada batasan sempadan. Internet sukar disekat apabila pintunya dibuka seolah-olah apa yang diperkatakan mengenai kebebasan bersuara hampir mencapai tahap mutlak.

Internet bermaksud hubungan antara jaringan. Sebuah rangkaian komputer antarabangsa yang terbesar di dunia yang mengandungi berjuta-juta komputer di seluruh dunia. Melalui internet kita dapat berhubung antara satu sama lain walau di mana sekali pun kita berada dan pada bila-bila masa. Percambahan saluran internet ini mendedahkan masyarakat kepada pelbagai bentuk maklumat. Maklumat yang diperolehi ada antaranya positif dan ada yang meninggalkan kesan negatif. Oleh itu, pengguna media perlu mempunyai satu keupayaan untuk menilai maklumat yang diperolehi melalui Internet ini. Pengguna Internet perlu bersikap kritis supaya dapat memastikan tidak menerima sebarang maklumat secara bulat-bulat.

Tidak semua maklumat yang diperolehi melalui internet bermanfaat walaupun kebaikan sesetengah laman tidak boleh dipertikaikan. Bahan yang disebarkan mempunyai kesan positif dan negatif. Nilai yang dipaparkan lebih menggambarkan nilai penghasil bahan yang sesetengahnya terlalu asing bagi kita. Biasanya golongan remaja adalah golongan yang mudah terpengaruh dengan aspek sebegini. Oleh itu, perlu dirumuskan satu pendekatan yang sistematik untuk menangani kesan dan pengaruh internet ke atas masyarakat di negara ini.

Walaupun kerajaan sudah mengambil langkah seperti penapisan dan mewujudkan peraturan bagi menangani masalah ini, langkah juga perlu diambil untuk menimbulkan kesedaran di kalangan pengguna media khasnya internet. Mereka perlu diupayakan supaya mampu menilai kesan dan pengaruh media secara amnya. Satu cara yang agak berkesan sekali ialah celik media. Ia adalah keupayaan seseorang memahami sesuatu perkara atau kesan yang diterima dari media massa. Ini mencakupi memahami proses penyediaan dalam penyebaran maklumat oleh media. Seterusnya bagaimana menggunakan maklumat yang diperolehi dengan bijaksana.

Seseorang yang celik media mampu mengenal pasti peranan dan kesan media dalam kehidupan seharian. Mereka boleh menilai dan menguasai apa yang di lihat oleh mereka daripada apa yang diberi oleh media. Mereka bukanlah pengguna media yang pasif dan menerima apa saja yang dilihat dan dibaca. Mereka menjadi lebih kritikal terhadap apa yang mereka perolehi atau lihat. Celik media bukan satu kempen antimedia.

Page 15: Assignment Bm

Ia bertujuan mengembangkan keupayaan pengguna media untuk memanfaatkan media masa dan berupaya memberi maklum balas mengenai apa yang patut dilakukan secara lebih berkesan.

Ini adalah daya usaha untuk memupuk kepekaan pengguna media, khususnya kanak-kanak dan golongan remaja terhadap kesan dan pengaruh media. Ini dilakukan dengan membina kefahaman kepada mereka mengenai kesan dan pengaruh media. Mereka dididik supaya lebih kritikal dan mampu menilai bahan yang mereka tonton.

Sejak kebelakangan ini, kita kerap mendengar pelbagai gejala sosial yang melanda anggota masyarakat hari ini seperti bohsia, bohjan, lepak, sumbang mahram, homoseksual dan beberapa penyakit sosial yang lain. Sering pula kita dengar media dipersalahkan. Apakah media saja dipersalahkan? Bagaikan satu alasan yang mudah untuk dijadikan alat untuk menangkis sebarang persoalan.

Bila dikenangkan kembali perkembangan pada tahap awalnya, kemunculan media dihubungkaitkan dengan usaha membangunkan masyarakat ialah Unesco sendiri memberikan perhatian berat kepada media massa kerana berkeyakinan bahawa media boleh menyumbang kepada pembinaan masyarakat, mengurangkan buta huruf, meningkatkan hasil pertanian, nilai makanan dan kesihatan serta memperbaiki taraf hidup penduduk sesebuah negara yang sedang membangun ekonominya.

Betapa besar harapan yang diletakkan kepada media sehingga dijangkakan akan dapat menyelesaikan semua masalah pembangunan negara. Media massa boleh dijadikan sebagai alat utama yang mampu memberi kesan dan mempengaruhi pemikiran masyarakat, baik di kalangan kanak-kanak, remaja atau golongan dewasa.

Ada golongan tertentu yang mengambil kesempatan untuk mempergunakan media massa dalam membawa cerita atau berita yang berunsur negatif bagi mempengaruhi masyarakat. Penggunaan tipu daya secara halus untuk mengaburi masyarakat dengan kebenaran. Kebanyakannya menjanjikan program yang berbentuk keganasan, keruntuhan moral dan unsur-unsur lain yang tidak sesuai dengan norma masyarakat kita.

Sebaliknya pelajar dan generasi muda wajar melayari laman web yang informatif dan bersifat ilmiah. Mereka sepatutnya mencari maklumat baru atau mendalami pengetahuan. Mereka perlu dilatih sama ada di rumah atau melalui sistem persekolahan supaya lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masyarakat.

Disiplin diri penting untuk memanfaatkan dan menangani unsur-unsur negatif IT kerana pada akhirnya pengguna sendiri yang perlu membuat pilihan sama ada membuang masa dengan melayari laman yang tidak berfaedah atau memanfaatkan maklumat melalui Internet. Pilihan terletak di tangan mereka sama ada untuk memanfaatkan IT untuk kemajuan diri, masyarakat dan negara atau sebaliknya.

Jika generasi muda mahu terus terperangkap di bawah pengaruh unsur-unsur negatif dalam internet yang boleh merosakkan pemikiran mereka, itu adalah pilihan

Page 16: Assignment Bm

mereka. Selain budaya kuning yang diketengahkan sesetengah laman web, ada juga pihak yang menyebarkan dakyah palsu yang menggembar-gemburkan isu untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Dari segi penerimaan, mereka perlu menilai terlebih dahulu mesej yang dipaparkan sebelum membuat keputusan sama ada menerimanya atau tidak. Soal sebegini juga memerlukan pengetahuan yang luas yang dapat membantu mereka memilih agenda dan maklumat yang perlu diterima atau tidak. Pengguna internet wajar membebaskan diri mereka daripada dikongkong atau dibelenggu laman web yang boleh meracuni pemikiran, hati dan naluri mereka.

Apakah globalisasi?

Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah

satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan

geografi sesebuah negara Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi

mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah

negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang

disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti

internet,media elektronik,dan teknologi siber. Perkembangan ini

memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan

negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan

dalam tempoh yang singkat.

Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena

yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia

disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.

Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu

proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala

aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh

dirasai oleh seluruh umat manusia didunia ini. Ini bermakna segala-

galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.

Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya

daripada yang asal. Jika dulu dunia ini seluas saujana mata

Page 17: Assignment Bm

memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan namun kini ia

tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita telah dapat merasakan

apakah dia itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat yang pesat

merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini.

Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh

globalissasi menjangkau sempadan ekonomi,teknologi ,bahasa,

budaya, ideologi, politik dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah

masyarakat.

Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi.

Disamping itu, ia memberi perhatian besar kepada globalisasi

maklumat dan ilmu dan globalisasi saintifik serta teknologi

Kesungguhan Kerajaan dalam menangani tiga jenis globalisasi ini

jelas kelihatan pada berbagai-bagai bentuk wacana di peringkat

nasional dan peringkat antarabangsa seperti dialog, seminar,

persidangan dan forum dan juga pada penubuhan berbagai-bagai

jenis institusi dan projek. Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah

simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam menyahut

panggilan globalisasi.

Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara

berfikir & gaya bertindak dari satu daerah dunia kpd daerah dunia yg

lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang

tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud

sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi

boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia.

Lodge (1993) mendefinisikan globalisasi sebagai:

"... a process forced by global flows of people, information, trade and

capital. It is accelerated by technology, which is driven by only a few

hundred multinational corporations and may be harmful to the

environment. There in lies the conundrum of whether it is wise to

leave globalization in the hands of these few corporations, or might it

Page 18: Assignment Bm

not make more sense to seek greater involvement from the global

community.

Apakah impikasi serta kesan globalisasi terhadap:

(A) Ekonomi

Dalam globalisasi ekonomi, telah berlaku peningkatan dalam

kebergantungan perniagaan terhadap ekonomi. Firma-firma dan

perniagaan terus meningkat dan berlakunya peningkatan dalam

pelaburan asing secara langsung di dalam aktiviti ekonomi sesebuah

negara. Globalisasi ekonomi dapat di lihat melalui perluasan

perusahaan melampaui sempadan negara .

Perspektif ini dapat dilihat melalui tiga tahap.

* Pertama ialah perusahaan antarabangsa yang mempunyai aktiviti

diluar sempadan nasional dan meliputi eksport,import dan

penghasilan bukan mentah.

* Kedua ialah perusahaan multi nasional, iaitu perusahaan yang

menjalankan aktivitinya di berbagai negara.

* Ketiga ialah perusahaan global yang melihat ekonomi dunia sabagai

satu. Perusahaan tersebut mendapatkan bahan mentah dan menjual

barangan secara global.

Di samping perdagangan bebas, globalisasi ekonomi juga boleh

dikaitkan dengan perkembangan syarikat-syarikat korporat di dunia.

Syarikat-syarikat korporat juga menuju ke arah globalisasi. Telekom

Malaysia Berhad juga mempunyai matlamat ke era globalisasi iaitu

menjadi Syarikat bertaraf dunia "world class telecommunications"

Apakah impikasi serta kesan globalisasi terhadap

(B) Teknologi

Page 19: Assignment Bm

Kehidupan manusia di masa akan datang banyak bergantung kepada

teknologi. Teknologi akan menjadi begitu canggih hinggakan

komputer yang ada pada hari ini yang mempunyai sistem yang

berubah dengan cepat dan laju. Era globalisasi yang sedang berlaku

hari ini pasti akan memberikan peningkatan dan perubahan yang

lebih ketara dalam bidang teknologi.

Antara bidang teknologi yang cepat maju dan canggih adalah bidang

teknologi maklumat dan komputer. Bill gates (1996), peneroka bidang

komputer yang terkenal, dapat memasarkan aplikasi keluaran

Window ke serata dunia . Perkembangan teknologi yang begitu pesat

pada masa ini di seluruh dunia memerlukan tindakan segera

pembangunan sumber manusia untuk memberi latihan, pengetahuan

dan kemahiran tentang teknologi maklumat, robotik dan

sebagainya.Kehidupan manusia semakin banyak bergantung kepada

komputer dan teknologi di era globalisasi hari ini

Pembangunan sumber manusia menjelang tahun 2000 akan

mencapai nisbah tenaga manusia saintifik dan teknologi yang lebih

tinggi daripada sekarang iaitu kira-kira 1000 bagi setiap sejuta

penduduk di Malaysia .

Pengetahuan dan kemahiran pula akan berorientasikan gabungan

disiplin teknikal, statistik dan berasaskan komputer. Gabungan

disiplin ini akan melengkapkan tenaga manusia masa hadapan untuk

mengendalikan teknologi baru dan yang akan muncul seperti

teknologi pembuatan berautomasi, bahan-bahan terbaru, bio-

teknologi, elektronik dan teknologi maklumat.

Di samping itu, kegiatan institusi pendidikan dan latihan akan

ditumpukan ke arah menghasilkan kemahiran dalam bidang teknologi

maklumat dan literasi komputer. Langkah kerajaan Malaysia

membina Lebuh Raya Multi Media , Universiti Multi Media dan Pusat

Pentadbiran Kerajaan Berelektronik yang kita telah maklum sekarang

adalah langkah yang bijak untuk persediaan tenaga manusia yang

Page 20: Assignment Bm

akan menggunakan teknologi maklumat dalam tugas-tugas harian

dan juga dalam kehidupan seharian nanti di dalam era globalisasi.

Apakah impikasi serta kesan globalisasi terhadap

(C) Kebudayaan sebuah negara

Kebudayaan merupakan cara hidup seharian manusia dalam

sesebuah masyarakat atau organisasi. Pada zaman dahulu manusia

dalam sesebuah masyarakat itu sanggup berperang kerana

mempertahankan budaya hidup mereka yang dicemar atau

dicerobohi oleh pihak lain. Bagaimana pun cara hidup manusia hari ini

sudah banyak berubah dan menuju globalisasi.

Terdapat beberapa kategori kebudayaan di dunia ini yang telahpun

berada dalam bentuk globalisasi.

Budaya Makan

Makanan Jepun sudah ada di Amerika. Makanan Amerika pula

semakin popular di JepunMc Donald mempunyai 10,500 restoran di

50 buah negara di dunia Kentucky Fried Chicken mempunyai lebih

daripada 7,750 restoran di 58 buah negara.

Budaya Fesyen

Antara jenis fesyen pakaian yang digemari di seluruh dunia adalah

seperti : seluar Jean Levi, Pierre Cardin (pakaian perempuan), Yves

Saint Laurent, pakaian sukan Esprit dan pakaian Laura Ashley.

Budaya Kerja

Syarikat pengeluaran di era globalasasi juga terdiri daripada

berbilang kaum dari negara-negara di dunia. Umpamanya, syarikat

Page 21: Assignment Bm

Esprit - di mana ketua grafiknya dari Jepun, juru gambarnya dari Itali,

arkiteknya dari Perancis dan Itali.

Budaya Muzik dan Hiburan

Muzik Jazz dan disco telah menguasai dunia. Tempat hiburan seperti

Disneyland juga diadakan di negara di luar Amerika , seperti di Jepun

dengan panggilan Tokyo Disneyland (1987) dan di Marne-la-Valle di

Paris dengan panggilan Euro Disneyland (1992).

Budaya Bahasa

Pada masa ini, bahasa Inggeris adalah alat yang penting untuk

perhubungan secara global. Sekarang terdapat satu bilion manusia

yang bercakap dalam bahasa Inggeris dan pada tahun 2000 jumlah

tersebut meningkat kepada 1.5 bilion.

Kesimpulan

Cabaran globalisasi masa kini memerlukan pembentukan generasi

muda yang berdaya tahan melalui ilmu dan kemahiran Berdasarkan

beberapa aspek globalisasi yang telah dibicarakan dapatlah

dikatakan bahawa dunia hari ini atau di abad ke-21 sedang

menghadapi satu cabaran dan perubahan yang sangat hebat yang

belum pernah berlaku di abad yang lalu. Cabaran globalisasi dan

implikasi terhadap ekonomi, budaya dan teknologi adalah luas dan

mempunyai kesan yang negatif dan positif. Penerimaan terhadap

perubahan haruslah difikirkan dan diterima secara positif dan

membina untuk kemajuan diri,keluarga,agama,bangsa dan negara.

 

Hero Senget

Subyek: Re: Apakah Itu Globalisasi?    Sun May 06, 2007 1:47 am

CABARAN GLOBALISASI: KESANNYA KEPADA

REMAJA

Page 22: Assignment Bm

Jumlah posting: 36Registration date: 06.05.07

DUNIA kini semakin rumit dan berserabut. Jika ada dua

perkataan yang dapat menggambarkan situasi yang kini

sedang berkembang dalam dunia dewasa ini adalah

"kekeliruann dan "kepalsuan".

Apakah yang lebih mengelirukan bagi generasi pewaris

jika mereka dalam suatu keadaan sedang menyaksikan

kehidupan manusia yang berada di dalam kekaburan dan

kesamaran untuk menentukan destinasi hidup yang

sebenar? Di suatu waktu golongan muda kita

diperdengarkan mengenai slogan keadilan dan

kebenaran tetapi di waktu yang lain mereka

menyaksikan perbuatan yang zalim dan pemalsuan di

atas nama keadilan dan kebenaran itu sendiri.

Sesungguhnya kekeliruan dalam pemikiran dan

tanggapan terhadap erti kesejahteraan dan kemakmuran

hidup telah membawa kepada krisis yang semakin kusut

dan tragedi yang amat besar kepada kemanusiaan di

waktu ini. Komplot dikelirukan di atas nama

kebersamaan, monopoli kekayaan di atas nama

pertumbuhan ekonomi, dominasi budaya di atas nama

liberalisasi, penindasan golongan lemah di atas nama

demokrasi, hedonisme di atas nama kebebasan individu

peminggiran di atas nama urbanisasi dan penjajahan di

atas nama pasaran bebas.

Semua ini sedang dihidangkan kepada generasi pewaris.

Dalam jangka masa panjang yang palsu jika diulangi dan

diperkukuhkan dengan kenyataan yang tidak disanggah,

akhirnya akan menjadi persepsi yang dianggap benar

dan terus dilanjutkan serta kadangkala dipertahankan

tanpa soal.

Page 23: Assignment Bm

Kita kerap memperkatakan sesuatu yang sering tidak

kita fahami tetapi akibat dari sogokan yang bertubi-tubi

melalui pelbagai media ia sudahnya diterima. Di zaman

ini tidak ada ungkapan dan laungan yang paling tertonjol

dan didengari dan dianggap sebagai benar oleh hampir

semua pemegang kuasa dan khalayak awam melainkan

Globalisasi.

Ramai yang sudah hampir yakin dengan penuh taqlid

bahawa fenomena globalisasi adalah suatu realiti yang

perlu diakui. Sejauh mana dan ke mana arah sebenarnya

globalisasi akan membawa kita hampir tidak dapat

diteliti dengan waras dan saksama oleh pelbagai pemikir

dan perancang.

Kita sekarang sebenarnya sedang berada di suatu zaman

di mana proses penyeragaman yang amat ketara sedang

berlangsung. Akibat dari apa yang dikatakan globalisasi,

kita sudah hampir pasti mengatakan kepelbagaian

adalah satu ketidaksempurnaan. Oleh yang demikian

kita semakin akur mengatakan bahawa globalisasi

adalah suatu konsep yang benar dan tepat walaupun

natijahnya jelas membawa banyak kesan negatif

daripada positif. Kita akan perhatikan bahawa hampir

semua aspek kehidupan kita sedang menjalani proses

globalisasi yang sebenarnya adalah untuk mengheret

kita ke dalam suatu sistem hidup yang diseragamkan di

seluruh dunia.

Tidak ada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh

proses globalisasi. Tidak ada sektor pembangunan dan

kemajuan sesebuah negara yang sepi dari sentuhan

glabalisasi. Namun begitu kita tidak pula nampaknya

mengambil sikap yang kritikal terhadap proses ini.

Dalam keghairahan untuk diglobalkan, kita semakin

Page 24: Assignment Bm

terputus dari budaya dan akar sejarah kita sendiri. Suatu

tanggapan yang tidak disedari sedang menjadi asas

pemikiran kita masa kini ialah semua sejarah bangsa

mahupun negara tidak lagi bermakna melainkan proses

globalisasi adalah satu-satunya fenomena yang harus

membentuk seluruh tamadun hidup semasa.

Murni

Itulah hakikat globalisasi sebenarnya di mana ia adalah

suatu proses penyeragaman dan penyamarataan "semua

untuk satu dan satu untuk semua". Globalisasi dilihat

sebagai suatu faham bahawa di dalam kehidupan ini

tidak wajar lagi diiktiraf tanggapan nilai murni dan mulia

secara objektif. Akibat dari "nilai-nilai global" yang

dibentuk serta didalangi dan didukungi oleh faham dan

pandangan hidup barat, maka kehidupan yang

dilandaskan oleh nilai-nilai mutlak berdasarkan

pegangan agama tidak lagi dapat diterima.

Apa yang disogokkan melalui globalisasi ialah

segalagalanya perlu disamaratakan. Dengan lain

perkataan ia bermakna seluruh pandangan hidup dan

nilai hidup hendaklah diseragamkan tidak kira dari mana

asas nilainya yang dibentuk. Ini diterjemahkan dalam

pelbagai dimensi hidup dari sekecil-kecil perilaku seperti

berpakaian sehinggalah ke sebesar-besar agenda di

peringkat perhubungan antarabangsa.

Lantaran globalisasi mempunyai Jentera penjananya

sendiri iaitu badan-badan konglomerat dunia yang sekali

lagi berpaksi dan berpusat di barat maka kepentingan

globalisasi pada hakikatnya tidak lain daripada

kepentingan barat jua. Globalisasi pada hakikatnya tidak

lebih daripada maksud dominasi. Laungan keadilan dan

Page 25: Assignment Bm

kesaksamaan universal yang cuba dikaitkan dengan

proses globalisasi hanya merupakan suatu pemalsuan

dan penyembunyian hakikat sebenar.

Kita sering tenggelam dan lemas dalam kejahilan yang

amat ketara. Hampir jelas globalisasi sebagai suatu

istilah baru kepada gerakan yang lama tidak lagi dapat

difahami apatah lagi dianalisa dengan kritikal.

Semakin ramai penganalisis dunia kini telah memperakui

globalisasi sebagai satu kenyataan yang diterima dan

perlu dijadikan premis yang benar dan tidak boleh

dipersoalkan lagi. Keghairahan pemikir-pemikir dan ahli-

ahli akademik untuk menerima globalisasi kini

diperkukuhkan oleh badan-badan antarabangsa di atas

pelbagai nama yang amat mengkagumkan. Tanpa segan

silu lagi mereka mengatakan bahawa fenomena

wujudnya "rakyat global" adalah suatu bentuk idealisme

yang perlu diterima oleh semua negara.

Demikianlah mendalamnya pemikiran globalisasi yang

dijiwai oleh perancang-perancang pembangunan di

seluruh dunia sehingga tidak wujud lagi rasa curiga

terhadap kesan prosesnya yang dijana dan dicanangkan

oleh kuasa-kuasa barat.

Tidaklah menghairankan kalau penganut-penganut

globalisme ini akhirnya akan mengatakan, kedaulatan

sesebuah negara bangsa tidak perlu diwujudkan lagi

kerana mereka terus beranggapan bahawa apa yang

dipanggil "dunia tanpa sempadan" adalah kemuncak

kemajuan. Dengan demikian mereka berasa puas untuk

menjadi alat dan hamba kepada pelbagai institusi global

yang mengeksploitasi seluruh kepakaran dan keahlian

mereka bagi membuka dan merungkai segala halangan

Page 26: Assignment Bm

yang menyebabkan sesebuah negara tidak memperakui

globalisasi sebagai satu kemestian.

Kita menjadi semakin terhimpit apabila negara

dankebanyakan pemimpin sudah membuat komitmen

untuk menyertai proses globalisasi ini. Apakah makna,

ke arah manakah tujuan dan apakah implikasinya, tidak

menjadi persoalan penting. Apa yang diutamakan adalah

semua pihak perlu menyertai dan menyesuaikan diri

untuk menjadi lebih global.

Jika benarlah global itu bermakna lebih menyeluruh dan

mengambilkira semua aspek dan kepentingan setiap

warga dunia, kenapakah realiti globalisasi yang sedang

berjalan kini tidak menunjukkan tanda tersebut

melainkan semakin ketara fenomena dunia yang bersifat

unipolar sedang dikuasai oleh hanya satu blok kuasa

iaitu blok barat sahaja. Yang semakin jelas ialah bukan

konsep menyeluruh itu yang sebenarnya ditekankan

tetapi sebaliknya konsep "semua untuk satu" jualah yang

kini menjadi agenda barat.

Apabila kita ingin menyinggung persoalan cabaran dan

kesan globalisasi ke atas golongan remaja, sebenarnya

kita sudah agak lewat untuk membuat suatu penilaian

kritikal bagi mempersiapkan golongan tersebut

menghadapi fenomena ini. Malah kesan globalisasi

sudah terlalu awal lagi berada dalam kawalan kuasa

besar dalam pelbagai bentuk seperti badan ekonomi,

badan korporat dan konglomerat teknologi.

Cabaran

Satu-satunya cabaran globalisasi yang perlu

diperbahaskan di agenda paling atas adalah cabaran ke

Page 27: Assignment Bm

atas aspek sosial budaya. Cabaran ini adalah suatu

persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah

terlerainya benteng sosio budaya sesuatu kelompok

masyarakat belia dapat disempurnakan maka segala

usaha untuk menerobos bidang — bidang yang lain akan

menjadi lebih mudah.

Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di

dalam proses globalisasi sosio budaya. Melalui pelbagai

saluran, golongan belia akan menjadi dan terus menjadi

sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-

syarikat multinasional dan transnasional. Sesungguhnya

tidaklah mengejutkan apabila sistem sosio budaya

masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga segala

nilai tradisi kita kini sedang melalui proses penghakisan

yang amat ketara.

Adalah terlalu ketara untuk menafikan mengenai

wujudnya keadaan di mana anak-anak muda semakin

menunjukkan tanda tercabut dari akar budaya, bangsa

dan agamanya sendiri. Dalam keghairahan untuk

mengejari gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai

ciri kehidupan barat, anak-anak muda kita secara

umumnya kini sudah tidak merasa bersalah untuk

meniru secara bulat budaya hidup barat. Kita dapat

saksikan globalisasi budaya ini dalam pelbagai bentuk

kehidupan golongan belia.

Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena di

atas boleh disaksikan dengan insiden-insiden dan trend

berikut:

* Pakaian jenama barat.

* Makanan segera keluaran barat.

* Minuman global yang ditaja oleh barat.

Page 28: Assignment Bm

* Hiburan yang menonjolkan budaya barat.

* Media barat yang semakin membanjiri masyarakat

muda.

* Rekreasi yang meniru ala barat.

* Dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat

* Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala

barat.

* Produk rokok yang menajakan budaya hidup barat.

Kesimpulan Akhir

Demikianlah antara fenomena globalisasi yang kini

sedang mencabar seluruh jati diri golongan muda. Dari

globalisasi kepada dominasi, golongan muda semakin

terdedah kepada kehidupan dan nilai keperibadian yang

terputus dan terpisah jauh dari budaya hidup timur.

Kita tidak mempunyai pilihan melainkan untuk meneliti

secara kritikal dari implikasi globalisasi yang semakin

rancak dan tidak terkawal. Golongan muda seharusnya

berani untuk menyanggah arus globalisasi bagi

memastikan jati diri kita yang sebenar tidak akan

digadai. Hanya golongan muda yang mempunyai

keberanian dan keyakinan diri bahawa sementara kita

ingin berinteraksi dengan dunia luar kita tetap akan

terus yakin dan tegas dalam mempertahankan kejatian

diri kita. Tanpa kesedaran ini globalisasi akan

menenggelam dan melemaskan golongan muda dengan

nilai dan pegangan hidup yang sangat mengelirukan dan

palsu.