assign 2 krz 3013 (2)

22
PEMARKAHAN 1 TUGASAN 1 2 TUGASAN 2 3 E-FORUM JUMLAH PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013 KRZ 3013 ASAS TEORI MUZIK TUGASAN 2 Sebagai seorang guru muzik yang kreatif, aktiviti-aktiviti muzikal boleh dilaksanakan untuk memperkukuhkan kefahaman teori dan amali. Huraikan langkah pengajaran anda dalam topic mengenai pic/mengenal nama not dalam satu aktiviti nyanyian dan cara mengajarnya dengan lebih berkesan. DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON 0

Upload: mihar-lutamaj

Post on 29-Dec-2015

60 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

muzik

TRANSCRIPT

Page 1: Assign 2 Krz 3013 (2)

PEMARKAHAN

1 TUGASAN 1

2 TUGASAN 2

3 E-FORUM

JUMLAH

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013

KRZ 3013

ASAS TEORI MUZIK

TUGASAN 2

Sebagai seorang guru muzik yang kreatif, aktiviti-aktiviti muzikal boleh dilaksanakan untuk

memperkukuhkan kefahaman teori dan amali. Huraikan langkah pengajaran anda dalam

topic mengenai pic/mengenal nama not dalam satu aktiviti nyanyian dan cara mengajarnya

dengan lebih berkesan.

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON

AMINAH TUN FAIZAH BT YEOP IBRAHIM D20112053359 0175198144

PUSAT PEMBELAJARAN : UPSI 01

0

Page 2: Assign 2 Krz 3013 (2)

NAMA TUTOR E- LEARNING : CIK ROZINAH BT MAZLAN

TARIKH SERAH : 5 MEI 2013

ISI KANDUNGAN HALAMAN

1.0 PENGENALAN 2

2.0 KOMPONEN ASAS NYANYIAN 3

2.1 PIC/NADA 3

2.2 RHYTHM/IRAMA 7

2.3 PERNAFASAN 8

2.4 SUARA 9

2.5 SEBUTAN 11

3.0 POSTUR 12

3.1 Postur Berdiri 13

3.2 Postur Duduk 13

4.0 KESIMPULAN 14

5.0 RUJUKAN 15

1

Page 3: Assign 2 Krz 3013 (2)

1.0 PENDAHULUAN

Menyanyi merupakan cara mudah untuk melahirkan perasaan. Secara tidak langsung,

Aktiviti menyanyi memenuhi keperluan untuk menyalurkan perasaan dan fikiran. Sejak zaman

dahulu lagi menyanyi menjadi medium untuk melahirkan perasaan dan berkongsi pengalaman

seseorang. Lagu menjadi kommunikator yang hebat terutama bagi kanak-kanak (Phillips, 1990)).

Proses menyanyi melibatkan tiga bentuk major pembelajaran iaitu : kognitif (pengetahuan),

psikomotor (kemahiran) dan afektif (perasaan dan sikap) Bagi kanak-kanak menyanyi adalah

satu aktiviti semulajadi yang boleh dilakukan secara spontan seperti bertutur. Menyanyi adalah

kemahiran yang kompleks kerana ia memerlukan masa untuk membentuk respons kedua-dua

koordinasi psikologikal dan motor dalam menghasilkan vocal yang baik.

Suara merupakan satu alat muzik yang semulajadi yang berkesan dan dimiliki oleh semua

orang. Kanak-kanak menggunakan suara sebagai alat untuk melahirkan perasaan gembira,

sayang, sedih, takut atau seronok. Cara yang baik bagi kanak-kanak menggunakannya untuk

menimba pengalaman muzikal ialah kegiatan nyanyian. Oleh itu nyanyian merupakan aktiviti

yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dan asas yang terbaik dalam

perkembangan dan kemahiran muzik.

Nyanyian adalah aktiviti muzikal yang paling awal. Dalam muzik, nyanyian dinamakan

vokal. Terdapat dua jenis nyanyian iaitu nyanyian secara humming dan nyanyian menggunakan

lirik lagu. Nyanyian secara humming adalah nyanyian menggunakan bunyi huruf vokal

contohnya La la la, Di di di, Mu mu mu mu, Ta ta, Ti ti ti dan sebagainya. Nyanyian dengan lirik

ialah nyanyian lagu menggunakan lirik lagu.

2

Page 4: Assign 2 Krz 3013 (2)

Nyanyian adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan pada kanak-kanak. Kanak-

kanak prasekolah mahupun kanak-kanak tahun 1 hinggalah ke tahun 6 berasa seronok menyanyi

bersama-sama atau dalam kumpulan yang besar. Mereka pada masa kini pandai menyanyi lagu

kompleks dan berbagai-bagai jenis lagu.

Pelbagai muzik vokal boleh dilakukan iaitu nyanyian secara solo ataupun secara

berkumpulan ataupun nyanyian dua lapisan suara. Nyanyian dapat memberi respon kepada

pelbagai aspek tentang karya atau persembahan muzik vocal seperti konsep muzik iaitu

berbentuk irama, melodi, bentuk dan ekspresi. Ia juga berfungsi sebagai muzik perayaan, tarian

serta upacara dan digunakan sebagai teknik persembahan.

2.0 KOMPONEN ASAS NYANYIAN

Menyanyi adalah satu cara istimewa dalam penggunaan suara. Bahagian ini member

pendedahan tentang pengetahuan dan kemahiran teknik vocal seperti register/perletakan suara,

artikulasi, sebutan dan perlontaran suara yang baik sebelum menyanyi. Fokusnya ialah

mengenali alat-alat vocal dan anatomi manusia yang berkaitan dengan pernafasan dan fonasi

serta latihan-latihan vocal yang sistematik untuk menghasilkan sebutan yang jelas dan ton yang

berkualiti semasa menyanyi.

Pengetahuan asas mengenai asas nyanyian adalah amat penting bagi kita untuk menyanyi

dengan bagus. Dengan itu dipecahkan kepada beberapa komponen penting mengenai asas

nyanyian ini bagi memudahkan pemahaman anda ,seterusnya meningkatkan tahap kemampuan

suara anda.

5 Komponen Asas Nyanyian terdiri dari:-

2.1 PIC/NADA

Ramai yang tahu mengenai pitch ini sejak AF disiarkan pada 2002 yang lepas. Kalau kita

dengar si penyanyi itu sumbang dalam penyampaian lantas kita akan kata “pitching tak

kena”.Jadi jika pitching bagus maka penyampaian lagu akan bagus dan sedap didengar

3

Page 5: Assign 2 Krz 3013 (2)

Jadi disini kita nampak kepentingan pitch/nada ini dalam penyampaian nyanyian. Pitch merujuk

kepada nota dan bunyi yang kita dengar apabila seseorang itu menyanyi, dan ini akan

menentukan yang lagu itu akan kedengaran sedap atau menjadi sumbang.

Seseorang penyanyi itu perlu tahu cara untuk melontarkan suara mereka dalam kepelbagaian

nada yang tepat dalam sesebuah lagu bagi menyesuaipadankan dengan irama serta muzik secara

keseluruhan dalam sesebuah lagu itu tadi..Memahirkan diri kita dengan mengenal nada dan

interval, untuk menyanyikan not-not yang pelbagai dan memperbetulkan nyanyian bila kita

menyanyi dalam nada yang sumbang adalah sangat penting. Apabila mengajar sesuatu lagu perlu

kita menyentuh topik nyanyian solfa.  Murid-murid juga seronok menyanyikan keseluruhan

solfa dalam tangga solfa secara menaik mahupun menurun. Dengan cara ini memudahkan guru

mengiringi nyanyian dinyanyikan dengan iringan muzik kod C, D, E, F, G yakni dalam solfa

DO, RE, MI, FA, SO.

Berikut merupakan antara latihan solfa yang boleh dijalankan sebelum aktiviti nyanyian;

4

Page 6: Assign 2 Krz 3013 (2)

a)  Susunan Solfa secara menaik. ( DO, RE, MI, FA,SO, LA, TI, DO )

b)  Susunan solfa secara menurun ( DO, TI, LA,SO, FA, MI, RE, DO )

Setiap solfa mempunyai bunyinya yang tersendiri.  Semasa murid-murid menyanyikan solfa bagi

corak pic mudah yang di tunjukkan, saya selalu mengingatkan kepada mereka agar tidak

'mencuri' bunyi solfa lain..

Aktiviti menyanyi solfa bagi corak pic, semestinya memerlukan seseorang guru itu sendiri

menghafal bunyi setiap solfa, ini berdasarkan pengalaman saya yang kadang-kadang juga

'tercuri' bunyi solfa lain. 

5

Page 7: Assign 2 Krz 3013 (2)

AKTIVITI;A.  Cuba nyanyikan solfa berikut;

 1.

 2.

 3.

 4.

    MI  SO  LA  LA

    LA  SO  MI  MI

    LA  SO  MI  SO

    SO  MI  LA  LA  SO  MI

 

B.  Nyanyikan solfa bagi corak pic yang berikut;

6

Page 8: Assign 2 Krz 3013 (2)

2.2 RHYTHM/IRAMA

Setiap lagu mempunyai beat atau rentak yang tersendiri, dan adalah penting untuk kita

mengekalkan asas irama lagu tersebut, kalau tidak kita mungkin mendapati diri kita sukar untuk

menyanyi dengan sempurna,lirik berterabur dan tak kena dengan irama dan kita mungkin akan

ketinggalan dibelakang .Rentak juga lah menentukan ‘groove’ sesebuah lagu,dan ianya juga

membuatkan kita menghentakkan kaki atau mengangguk-anggukkan kepala bila kita

mendengarkan lagu lagu yang ber’tempo’ laju contohnya lagu-lagu rock!

Kemahiran ‘deria’ irama anda bermula dengan mempelajari bagaimana mengenali

kepelbagaian durasi rentak, untuk menyanyikan not dengan rentak yang berbeza2, begitu juga

kebolehan mengawal tempo asas sesebuah lagu. Pendengaran Dalaman ini dikenali sebagai

‘inner hearing’ dan ‘inner singing’ yang dapat menguji kesemua elemen muzik kanak-kanak.

Pendengaran dalaman memainkan peranan yang penting dalam kemahiran muzik seperti

nyanyian, permainan alat dan lain-lain bidang muzik. Berikut adalah beberapa aktiviti kemahiran

pendengaran dalaman yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran muzik:

Contoh 1

Gunakan lagu yang mudah seperti Lompat Si Katak Lompat, Bangun Pagi Gosok Pagi,

Jong-jong Inai dan sebagainya. Pelajar harus faham bahawa tujuan latihan ini adalah untuk

menguji tempo, melodi dan elemen-elemen muzikal lain yang telah mereka pelajari. Terangkan

kepada pelajar bahawa untuk lagu yang dinyanyikan, mereka dikehendaki untuk menyanyi frasa

pertama dan kedua dengan kuat dan nyanyikan frasa ketiga dalam kepala. Dengan erti kata lain

pelajar - pelajar dikehendaki untuk terus menyanyi dengan senyap. Kemudian frasa yang terakhir

perlu dinyanyikan kuat semula.

Contoh 2

7

Page 9: Assign 2 Krz 3013 (2)

Meneka lagu. Guru menggunakan isyarat tangan solfa kepada sesuatu melodi dan

meminta murid-murid menyanyikan dengan senyap di dalam kepala. Setelah guru memberi masa

untuk murid-murid merasai melodi itu, guru akan meminta murid menyanyikan keratan melodi

tersebut secara kuat

2.3PERNAFASAN

Pernafasan adalah sangat penting dalam nyanyian, dan ianya adalah perkara yang

pertama yang akan diajar oleh kebanyakan guru-guru vokal kepada anda jika anda mengambil

kelas latihan vokal. Ianya juga adalah soalan yang sering menjadi pertanyaan kepada kita-apa

kena mengena pernafasan dengan menyanyi ni?.

Apa yang kebanyakan kita tak tahu adalah yang pernafasan ini sebenarnya adalah proses yang

amat semulajadi, dan semestinya adalah amat senang sekali untuk mahirkan diri kita dengan

kawalan suara yang betul dalam menyanyi.Memahami cara pernafasan untuk nyanyian akan

menjadi ‘tool’ yang berguna bagi mencapai tahap ‘cemerlang’ dalam asas pernafasan untuk

menyanyi.

Seperti yang dinyatakan tadi perkara pertama yang ditekankan dalam teknik vokal ialah

pernafasan. Pada sesi ini pelajar diajar bagaimana menyimpan udara di dalam perut iaitu di

kawasan diafragma. Pada peringkat awal pelajar masih lagi menyimpan udara di dalam paru-

paru seperti pernafasan biasa. Ini dapat dilihat apabila disuruh mengambil udara, bahu mereka

terangkat. Ini membuktikan udara tidak sampai ke dalam perut.

Teknik Snatch Breathing juga diperkenalkan kepada pelajar. Pelajar diarah menyentuh

perut pada bahagian ulu hati dengan ibu jari. Kemudian mengisi angin di dalam perut dan seterus

diagfram akan mengembang. Mereka melepaskan angin dengan vokal kho dan kha. Sesetengah

pelajar tidak mempraktikkan kerana masih tidak memahami cara melakukan. Untuk lebih

berkesan lagi guru mengarahkan ianya melakukan secara berpasangan iaitu memegang perut

rakan.

8

Page 10: Assign 2 Krz 3013 (2)

Pelajar didedahkan berkali-kali teknik mengambil udara. Latihan dibuat secara individu

dan berpasangan. Pelajar diarah mengambil udara sebanyak 4 kiraan dan melepaskan secara

terkawal sebanyak 8 kiraan. Kemudian menambah sebanyak 12 hingga 16 kiraan melepaskan

udara. Sesetengah pelajar tidak dapat mengawal cara melepaskan udara. Belumpun sampai 12

kiraan udara yang ada di dalam perut telah kehabisan. Ini berlaku kerana teknik mengawal udara

tidak dapat diaplikasi dengan tepat. Di akhir sesi ini didapati 70 % pelajar dapat mengaplikasikan

teknik pernafasan dengan betul.

Vowel Modification

Pada sesi ini pelajar didedahkan bagaimana membuat pengubahsuaian vokal dilakukan.

Penerangan diberi terlebih dahulu iaitu mengenai penghasilan suku kata. Pada sesi ini ada

beberapa maslah yang timbul iaitu pelajar agak sukar untuk membetulkan kedudukan lidah.

Lidah sepatutnya dalam keadaan flat dan mencecah belakang gigi. Pelajar telah diuji secara

berkumpulan dan individu cara penghasilan suku kata.

Pembentukan vowel amat dititik beratkan. Setiap kali sesi latihan guru mengingatkan pelajar

bagaimana melonggarkan rahang, merehatkan lidah, melapangkan kerongkong, membuka mulut

dan juga pembentukan lidah. Sesetengah pelajar merasa malu untuk membuka mulut dan ini

sedikit sebanyak mengganggu sesi latihan.

2.4 SUARA

Suara kita selalunya kita abaikan apabila kita menyanyi dan kita terlampau memfokuskan

perhatian kita kepada komponen-komponen nyanyian yang lain dari mencari bagaimana caranya

untuk menguatkan vokal bagi mengindahkan lagi mutu nyanyian kita.

Asas dalam memahami suara dan vocal cord atau lipatan suara amat mustahak bagi

membantu kita kearah menggunakan tabiat menyanyi yang baik, juga dalam melontarkan

bunyi/nyanyian yang lebih relax dan ‘sihat’. Kekuatan bunyi (volume) ditentukan oleh kuatnya

tekanan udara daripada paru- paru. Di dalam muzik kekuatan bunyi disebut sebagai dinamiks.

9

Page 11: Assign 2 Krz 3013 (2)

Istilah kuat atau lembut menunjukkan tahap dinamik pada muzik. Julat pic ialah jarak diantara

pic paling rendah dengan pic paling tinggi dapat dihasilkan oleh seseorang. Penyanyi yang baik

mempunyai julat pic yang besar.

Jenis Jenis Suara

Dalam nyanyian, terdapat 3 jenis suara iaitu

· Suara kepala

· Suara tengah

· Suara dada

Suara kepala ialah istilah yang digunakan bagi menerangkan suara yang dirasai dikeluarkan dari ruang di

kepada. Untuk mendapat suara kepala yang bermutu, kawalan pernafasan yang betul adalah perlu. Suara

kepada akan membantu pelajar lelaki semasa mengalami perubahan suara.Ia juga memberi persediaan

dalam penggunaan nyanyian falsetto.

Suara Tengah ialah istilah yang digunakan bagi menerangkan perletakan suara yang di rasai dikeluarkan

dari paras hidung ke kerongkong.

Suara dada adalah istilah yang digunakan bagi menerangkan suara yang dirasai dikeluarkan dari ruang

dada. Untuk merasai suara ini, nyanyi pic rendah dengan meletakkan tangan di dada. Getaran dada akan

dirasai pada tangan.

ALAT VOKAL

10

Page 12: Assign 2 Krz 3013 (2)

Rajah 1.1 Alat-alat Vokal

Selain dari itu, teknik memanaskan suara juga penting dalam mengajar sesebuah lagu

atau sesuatu nyanyian Pada sesi memanaskan suara pelajar diarah supaya menjaga posture

badan, merehatkan kerongkong, melonggar bahu dan dalam keadaan relax. Setelah selesai

pelajar memulakan dengan membunyikan pic yang dibunyikan oleh guru. Pada sesi ini guru

mengingatkan pada pelajar supaya dapat mengaplikasikan teknik yang telah dipelajari.

2.5 SEBUTAN

Belajar bagaimana cara untuk melontarkan nyanyian melalui suara kita saja tidak

mencukupi, tetapi kita perlu membentuk suara kita dalam bentuk patah perkataan bahasa yang

akan difahami oleh audience kita.

Inilah yang menjadikan sebutan adalah asas penting dalam nyanyian,kerana ini adalah batu

pengukur samada audience kita faham atau tidak apa yg disampaikan melalui lagu yang kita

11

Page 13: Assign 2 Krz 3013 (2)

sampaikan, dan samada audience boleh ‘connect’ dengan kita melalui persembahan nyanyian

kita. Sebutan juga adalah kunci kepada penghasilan pitching yang tepat dalam nyanyian.

Sebutan adalah penting dalam nyanyian. Organ yang terlibat dalam menghasilkan sebutan

ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu sebutan itu bergantung kepada koordinasi

di antara organ-organ tersebut. Dalam nyanyian, sebutan bunyi vokal dan konsonan hendaklah

jelas. Bentuk mulut yang betul akan menghasilkan sebutan, kualiti ton dan intonasi yang baik.

Bunyi konsonan pada awal dan akhir sesuatu perkataan perlu jelas. Sebutan yang baik dapat

dihasilkan melalui latihan yang konsisten. Bentuk mulut bagi bunyi vokal:

AH (a) AE (e)

Oo (u)

12

Page 14: Assign 2 Krz 3013 (2)

Ee ( I ) Oh ( o )

3.0 POSTUR

Kedudukan badan juga adalah penting untuk menghasilkan nyanyian yang bermutu. Postur yang

baik akan membantu pernafasan dan pengeluaran suara semasa menyanyi.

3.1 Postur Berdiri

Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam

keadaan berdiri adalah seperti berikut:

Kaki - berdiri tegak dengan keadaan kaki direnggang sedikit.

Lutut - dilonggarkan (rileks), tidak kaku.

Badan - belakang badan serta kepala dalam keadaan lurus.

Dada - dinaikkan.

Bahu - ditarikkan ke belakang sedikit.

Dagu - selari dengan lantai.

Tangan - di sisi.

3.2 Postur Duduk

Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam

keadaan duduk adalah seperti berikut:

Bahagian badan hingga kepala - keadaannya sama seperti postur berdiri.

Belakang badan - tidak bersandar.

13

Page 15: Assign 2 Krz 3013 (2)

Punggung - terletak di tengah kerusi.

Kaki - diletak di atas lantai dengan satu kaki

ke hadapan sedikit.

Tangan - diletak di atas paha.

Sebagai panduan untuk mengajar kanak-kanak menyanyi, guru perlulah mengambil kira

beberapa perkara seperti berikut:

a) Pilihan lagu-lagu yang sesuai dengan julat suara (range) vokal murid.

b) Pilihan lagu-lagu yang menarik dari segi mud, tempo, bentuk irama, ekspresi dan lirik lagu.

c) Memastikan postur, pernafasan, penghasilan ton, ekspresi yang betul sewaktu menyanyi.

d) Mengenal pasti konsep muzik yang ingin difokuskan (contoh: irama, melodi, ekspresi dan

sistem notasi ).

e) Mengenal pasti kaedah mengajar menyanyi yang akan digunakan.

4.0 KESIMPULAN

Guru merupakan individu yang bertanggungjawab memainkan peranan yang

amat penting untuk mencapai objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pelbagai kaedah pengajaran perlu dilakukan agar murid tidak mudah berasa bosan

dalam P&P. Kaedah-kaedah pengajaran dapat membantu dan melatih guru membuat

perancangan dan rancangan pengajaran muzik ( nyanyian) berperingkat-peringkat dan

menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan secara menyeluruh.

Kepelbagaian kaedah mengajar, pendekatan dan teknik pengajaran dan

pembelajaran yang menepati gaya pembelajaran murid yang berbeza akan

menghasilkan pembelajaran yang efektif, menarik dan bermakna. Selain itu, guru juga

harus pandai memilih, menambah, menukar dan mengubahsuai kaedah-kaedah

14

Page 16: Assign 2 Krz 3013 (2)

pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap keperluan dan keupayaan murid-murid

di dalam bilik darjah.

5.0 RUJUKAN

Buku Modul Pembelajaran KRZ 3013 Asas Teori Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Buku Modul HBMS 1203 Pengajaran Muzik 1, Open University Malaysia.

Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik KBSR 2001- 2009. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik KBSR. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.

http://www.wangcyber.com/forum/sembang-umum/22452-5-perkara-asas-dalam-

nyanyian.html#.UYU0fEoXaA4

http://pgsripgmtuankubainun.blogspot.com/2011/06/asas-nyanyian.html http://

suhaily1975.blogspot.com/2011/12/teknik-nyanyian-dalam-muzik.html

http://www.scribd.com/doc/11623398/NYANYIAN-PERKUSI-PERGERAKAN

http://rosalinkulian.blogspot.com/2012/11/nyanyian-solfa-aktiviti-murid.html

15

Page 17: Assign 2 Krz 3013 (2)

16