sho assign 1(asmadi)

53
1.0 ABSTRAK Laporan kesihatan dan keselamatan pekerjaan ini melibatkan kerja – kerja pemasangan paip gas asli yang mendatangkan hazad baik pada pekerja dan orang ramai. Laporan ini bertujuan untuk menilai dan mengenalpasti risiko – risiko kesihatan dan keselamatan yang terdapat pada aktiviti ini. 2.0 PENGENALAN Embah Engineering Sdn. Bhd yang beralamat di No17G, Tingkat 7, Blok 2, Worldwide Business Centre, Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13 Shah Alam adalah sebuah syarikat yang terlibat didalam sektor minyak dan gas dan mempunyai pengkhususan di dalam pemasangan paip gas asli yang berukuran diameter dari 4 inci sehingga 16 inci. Pemasangan paip gas asli ini adalah di bawah kawalseliaan syarikat Gas Malaysia Sdn. Bhd yang beribu pejabat di Seksyen 26 Shah Alam, Selangor. Gas asli ini diperolehi daripada Petronas Gas Berhad dan dibekalkan kepada Gas Malaysia sebagai syarikat konsesenair. Gas asli ini adalah 90 % adalah sektor industri dan 10% adalah untuk kegunaan domestik. Untuk tujuan laporan ini, tapak kerja yang dipilih adalah di kawasan Damansara Utama. 1

Upload: halipzramlyz

Post on 15-Feb-2016

149 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

example assign sho

TRANSCRIPT

Page 1: Sho Assign 1(Asmadi)

1.0 ABSTRAK

Laporan kesihatan dan keselamatan pekerjaan ini melibatkan kerja – kerja pemasangan paip gas

asli yang mendatangkan hazad baik pada pekerja dan orang ramai. Laporan ini bertujuan untuk

menilai dan mengenalpasti risiko – risiko kesihatan dan keselamatan yang terdapat pada aktiviti

ini.

2.0 PENGENALAN

Embah Engineering Sdn. Bhd yang beralamat di No17G, Tingkat 7, Blok 2, Worldwide Business

Centre, Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13 Shah Alam adalah sebuah syarikat yang terlibat didalam

sektor minyak dan gas dan mempunyai pengkhususan di dalam pemasangan paip gas asli yang

berukuran diameter dari 4 inci sehingga 16 inci. Pemasangan paip gas asli ini adalah di bawah

kawalseliaan syarikat Gas Malaysia Sdn. Bhd yang beribu pejabat di Seksyen 26 Shah Alam,

Selangor. Gas asli ini diperolehi daripada Petronas Gas Berhad dan dibekalkan kepada Gas

Malaysia sebagai syarikat konsesenair. Gas asli ini adalah 90 % adalah sektor industri dan 10%

adalah untuk kegunaan domestik. Untuk tujuan laporan ini, tapak kerja yang dipilih adalah di

kawasan Damansara Utama. Projek ini diberi nama EPCC OF NGDS TO THE CURVE

DAMANSARA UTAMA, SELANGOR, ianya melibatkan pemasangan paip berukur lilit 8 inci

sepanjang 6 Km.

1

Page 2: Sho Assign 1(Asmadi)

Carta organisasi projek dan carta jawantankuasa keselamatan adalah seperti berikut:-

CARTA ORGANISASI PROJEK

2

PENGURUS PROJEKAZMAN ABU BAKAR

PEGAWAI KESELAMATAN & KESIHATAN

ASMADI WAHID

PENGURUS PEMBINAANARJUN BALACHANDRAN

JURUTERA PROJEKREYNOLD FONG

KAWALAN MUTUMOHD. AMIN

PENYELIA KERJAMOJUROL ALAM

PEKERJA

Page 3: Sho Assign 1(Asmadi)

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

WAKIL PEKERJA WAKIL PENGURUSAN

Aktiviti bermula daripada penghantaran paip ke lokasi kerja, menentukan kawasan laluan

paip, pengimpalan paip, pemasangan paip di bawah tanah dan seterusnya pengenalan gas asli ke

dalam paip baru. Pemasangan paip ini biasanya dibuat di tepi jalan yang mana Right Of Way

(R.O.W) disediakan oleh pihak berkuasa tempatan atau Jabatan Kerja Raya (JKR).

Kerja – kerja utama adalah seperti berikut:-

2.1 Menurunkan Paip (Off Load)

Kerja – kerja ini biasanya menggunakan kren berkapisiti dua puluh (20) tan. Purata berat

sebatang paip berukur lilit 6.5 cm dan panjang 12 meter adalah 600kg dan hazad yang terdapat

pada aktiviti ini adalah paip terjatuh / menimpa pengendali, orang awam atau harta benda .

2.2 Kerja – kerja Mengisar (Grinding)

3

PENGERUSIAZMAN ABU BAKAR

SETIAUSAHAASMADI WAHID

ARJUN BALACHANDRAN REYNOLD FONGMICHEAL DASS A. MOGAN

Page 4: Sho Assign 1(Asmadi)

Aktiviti ini dibuat pada setiap hujung paip, ianya dibuat untuk mendapatkan darjah (bevel) yang

betul sebelum kerja mengimpal dibuat. Sejumlah dua ribu (2,000) batu pengisar akan digunakan

di dalam projek ini. Hazad yang terdapat pada aktiviti ini adalah batu pengisar pecah dan terkena

pada pengendali atau orang yang berada di sekeliling.

2.3 Pengimpalan Paip(Welding)

Aktivti ini dibuat oleh pengimpal yang terlatih, untuk projek ini pengimpal akan di perlukan

membuat sekurang - kurangnya seribu (1,000) kimpalan dan purata jumlah pengunaan elektrod

adalah sebanyak sepuluh ribu batang (10,000). Hazad keselamatan yang terdapat pada aktviti ini

adalah seperti kejutan elektrik dan hazad pada kesihatan pula adalah seperti rasa pening,

kekeringan atau rasa gatal pada mata dan yang paling serius sekali ialah ianya boleh

mengakibatkan kanser dan mutasi pada janin jika terdedah pada gas dan asap secara berlebihan.

2.4 Kerja – Kerja Pemasangan Paip (Pipe laying)

Aktiviti ini biasanya dibuat di tepi – tepi jalan (Kawasan Rezab JKR). Apabila aktiviti ini di

buat papan tanda yang betul dan sesuai dan tidak mengelirukan orang ramai hendaklah diletak

kan di bahu jalan mengikut arahan teknik jalan 2C/85 dan 2A/85. Hazad yang terdapat pada

aktiviti ini adalah pekerja dilanggar oleh pengguna jalanraya .

2.5 Kerja – Kerja Pengorekkan (Pipe installation)

Aktiviti ini dibuat berberapa meter dari bahu jalan (Kawasan Rezab JKR). Kedalaman lubang

(Trench) ini kadangkala mencapai tiga perpuluhan lima (3.5) meter dan kedalaman minimum

adalah kosong perpuluhan sembilan (0.9) meter. Hazad yang paling besar adalah tanah runtuh

dan menimpa / menimbus orang yang berkerja di dalam lubang (Trench).

3.0 OBJEKTIF

4

Page 5: Sho Assign 1(Asmadi)

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti hazad – hazad kepada kesihatan dan keselamatan,

hazad kepada pekerja dan hazad kepada orang ramai. Ianya juga bertujuan untuk menghuraikan

langkah – langkah kawalan kesihatan dan keselamatan yang sesuai dan perlu diambil seperti

penghapusan (Elimination) hazad tersebut, penukaran (Substitution) hazad tersebut, pengasingan

(Isolation), Kawalan Kejuruteraan (Engineering Control), Kawalan Pengurusan (Administrative

Control) dan pengunaan alat pelindung peribadi (PPE).

4.0 KAEDAH

4.1 Kaedah Mengenalpasti Hazad

Kaedah yang digunakan untuk mengenalpasti hazad kesihatan dan keselamatan di tempat kerja

adalah seperti berikut:-

- Merujuk kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, akta Kilang dan Jentera

dan garis panduan yang berkaitan

- Merujuk kepada maklumat yang dibekalkan oleh pengilang dan pembuat

- Menjalankan permeriksaan kesihatan dan keselamatan di lokasi kerja

- Menilai pengetahuan sesorang pekerja tersebut megenai kerja yang dibuatnya dari

aspek kesihatan dan keselamatan.

- Merujuk kepada garis panduan kesihatan dan keselamatan syarikat (Standard

Operating Procedure)

5

Page 6: Sho Assign 1(Asmadi)

Pengenalan hazad juga boleh diperolehi dengan memerhati, menilai dan membandingkan dengan

garis panduan yang digunapakai. Ianya mestilah mengambil kira hazad kepada pekerja, orang

yang berada di sekeliling yang terlibat dengan hazad tersebut. Maklumat yang diperolehi akan

diguna kan untuk menghasilkan “ Qualitative Risk Table”.

4.2 Penilaian

Penilaian kelima - lima hazad adalah berdasarkan kepada kriteria berikut:-

4.2.1 Hazad Paip Terjatuh / Menimpa Pengendali Atau Orang Awam

Di dalam projek ini ada terdapat lima ratus batang paip berukuran lilit 6.5 cm, berat setiap

sebatang paip tersebut adalah lebih kurang 600Kg. Paip ini diturunkan (Off Load) daripada lori

dan melibatkan 4 hingga 5 orang pekerja termasuk seorang pemberi signal (Signal Man) dan

seorang operator kren. Hazad utama daripada aktiviti ini adalah apabila tidak ada koordinasi di

antara pekerja, pemberi signal (Signal Man) dan operator kren, paip yang diangkat boleh

menghayun dan menimpa kepada pekerja. Sesuatu beban yang berat apabila terkena kepada

sesuatu objek akan memberikan impak yang kuat. Misalnya adalah apabila paip tersebut

menghayun dan terkena di bahagian badan pekerja boleh menyebabkan kecederaan yang teruk.

Hazad ini di pilih kerana kekerapan dan risiko yang tinggi boleh menyebabkan kecederaan teruk

(Major Injuries).

6

Page 7: Sho Assign 1(Asmadi)

4.2.2 Kerja – kerja Mengisar (Grinding)

Kerja mengisar (Grinding) di lakukan pada setiap hujung paip untuk mendapatkan darjah (Bevel)

yang sesuai sebelum kerja pemasangan paip (Fit-Up) dibuat. Untuk projek ini di jangka sebanyak

dua ribu (2,000) batu pengisar akan digunakan dan sebanyak seribu (1,000) aktiviti mengisar

akan dibuat dengan purata setiap kerja mengisar akan mengambil masa dari empat puluh lima

(45) minit sehingga satu (1) jam.

Hazad yang utama adalah batu pengisar ini pecah dan terkena pada pengendali atau orang –

orang yang berada di sekeliling. Semasa mesin pengisar ini digunakan, kelajuan maksimum batu

pengisar adalah dua belas ribu lima ratus pusingan seminit (12,500RPM).

Sesuatu objek yang bergerak pada kelajuan tersebut akan menyebabkan kecederaan yang teruk

apabila terkena pada anggota badan manusia. Hazad ini mesti dikawal kerana potensinya untuk

menyebabkan kecederaan adalah besar.

4.2.3 Kerja – kerja Mengimpal (Welding)

Aktivti mengimpal adalah satu aktiviti yang boleh mendatangkan hazad kepada kesihatan dan

keselamatan pengimpal. Untuk projek ini sebanyak seribu (1,000) aktiviti pengimpalan akan di

buat dengan purata penggunaan elektrod adalah sebanyak sepuluh ribu (10,000) batang elektrod.

Hazad kepada keselamatan untuk akiviti ini adalah kejutan elektrik. Kuasa diperloehi daripada

seunit mesin kimpalan yang berarus terus (DC). Mesin ini perlu dibumikan untuk mengelakkan

litar pintas.

7

Page 8: Sho Assign 1(Asmadi)

Walaupun pada amnya arus terus (DC) adalah lebih selamat tetapi langkah – langkah

keselamatan yang sama mestilah diambil seperti mana pengunaan arus ulang alik (AC). Kejutan

atau renjatan elektrik adalah apabila arus melalui badan dan mengganggu sistem badan seseorang

yang normal. Kebanyakkan kecederaan akibat arus elektrik menyebabkan kulit terbakar (Burns).

Kesan kejutan atau renjatan ini berbeza mengikut umur, jantina, tahap kesihatan badan dan kadar

rintangan di dalam badan.

Manakala hazad pada kesihatan pula adalaha seperti berikut :-

Kesan jangka pendek (Acute) – Dedahan lebih (Over Exposure) kepada gas dan asap kimpalan

boleh menyebabkan “Metal Fume”, pening, rasa muntah, kekeringan atau rasa gatal pada hidung,

telinga dan mulut.

Kesan jangka panjang (Chronic) - Dedahan lebih (Over Exposure) kepada gas dan asap kimpalan

boleh menyebabkan Siderosis ( habuk yang terkumpul di dalam paru – paru) yang boleh

menjejaskan keupayaan untuk bernafas. Dedahan lebih (Over Eposure) kepada mangan

(Maganese) boleh mengganggu sistem urat saraf dan menjejaskan keupayaan umtuk bercakap.

Gas dan asap yang terhasil dari aktiviti kimpalan juga boleh menyebabkan kecacatan pada janin

dan juga kanser.

8

Page 9: Sho Assign 1(Asmadi)

4.2.4 Kerja – kerjaPemasangan paip (Pipe Installation)

Aktiviti ini biasanya dibuat di tepi jalan (Rezab JKR) dan semasa aktiviti ini dibuat papan tanda

yang betul, mengikut garis panduan dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kerja

Raya atau pihak berkuasa tempatan. Hazad yang terdapat pada aktiviti ini adalah pekerja

dilanggar oleh pengguna jalanraya akibat papantanda yang tidak mengikut spesifikasi,

papantanda yang mengelirukan. Penggunaan jaket pantulan cahaya juga amat penting terutama

sekali jika kerja – kerja tersebut dibuat pada waktu malam.

4.2.5 Kerja – kerjaPengorekkan (Trench)

Lubang (Trench) yang digali boleh mencapai kedalaman dari kosong perpuluhan sembilan (0.9) -

meter sehingga tiga perpuluhan lima (3.5) meter. Pada kebiasaanya mengikut kesesuaian dan

keadaan tempat, dua (2) batang paip yang berukuran dua belas (12) meter setiap satu akan di

kimpal terlebih dahulu (Above Ground Welding). Paip tersebut kemudian akan diangkat dan di

letakkan di dalam lubang (Trench).

Kawasan yang paling kritikal adalah kawasan penyambungan paip (Tie – In Point), di mana

seorang pengimpal, pembantu dan jurugegas akan berada di dalam lubang (Trench) untuk kerja

penyambungan paip (Fit – Up) dan seterusnya kimpalan. Purata masa yang diperlukan untuk

penyambungan paip (Fit – Up) dan kimpalan adalah tiga ( 3 ) jam. Seperti di dalam illustrasi 1

dan 2:-

9

Page 10: Sho Assign 1(Asmadi)

Illustrasi 1

( Pandangan Atas)

24 Meter

Kawasan pengorekkan (Trench)

Paip

Kawasan PenyambunganPaip (Tie – In Point)

Illustrasi 2(Pandangan Sisi) Tanah (Soil)

Kawasan Penyambungan Paip(Tie – In Point)

Kedalaman dari 0.9 M sehingga 3.5 M

Paip

10

Page 11: Sho Assign 1(Asmadi)

Tanpa sistem atau kawalan, tanah tersebut mungkin akan runtuh dan menimbus pekerja yang

berada di dalam lubang (Trench). Pada tahun 2001 satu kejadian tanah runtuh di mana telah

meragut nyawa dua (2) orang pekerja di Putrajaya. Ini adalah disebabkan tidak ada kawalan atau

sistem yang betul.

11

Page 12: Sho Assign 1(Asmadi)

4.3 Data

12

Page 13: Sho Assign 1(Asmadi)

5.0 HASIL DAN PERBINCANGAN

5.1.1 Hazad Pertama

Hazad yang pertama adalah apabila aktiviti mengangkat paip (Off Load) dari lori ke tempat

simpan paip. Paip tersebut boleh menghayun / menimpa pekerja. Langkah – langkah kawalan

adalah seperti berikut : -

i) Menyediakan alat perhubungan yang sesuai seperti “Walkie –Talkie” untuk

kemudahan.

ii) Memberi latihan yang secukupnya kepada pengendali, pemberi signal (Signal Man)

dan operator kren. Latihan tersebut hendaklah merangkumi:-

a) Cara – cara mengangkat yang betul dan selamat.

b) Kemahiran untuk memeriksa peralatan mengangkat termasuk sling, shackle dan

kren itu sendiri. Dan kebolehan untuk menggunakan sistem keselamatan di dalam

kren seperti “Boom Angle Indictor”, Limit Switch dan “Load Indicator”.

c) Mengetahui tanda – tanda isyarat yang betul dan difahami oleh operator kren.

Walaupun aktiviti ini boleh mendatangkan kecederaan teruk (Major Injuries) hazad ini di

kategorikan pada peringkat sedarhana kerana bilangan pekerja yang terlibat adalah sedikit hanya

dari 4 hingga 5 orang sahaja dan bilangan paip yang di turunkan (Off-Load) hanyalah 20 ke 30

batang sahaja dalam satu masa.

5.1.2 Hazad Kedua

Hazad yang kedua adalah aktiviti mengisar (Grinding). Batu pengisar tersebut boleh pecah dan

terkena kepada pengendali atau orang – orang yang berada di sekelilingnya. Langkah – langkah

kawalan yang perlu diambil adalah seperti berikut:-

13

Page 14: Sho Assign 1(Asmadi)

i) Pengendali mestilah memastikan putaran mesin pengisar adalah kurang daripada

putaran batu pengisar. Misalnya adalah jika pusingan seminit (RPM) mesin

pengisar adalah dua belas ribu lima ratus (12500), nilai pusingan batu pengisar

mestilah berada lebih seperti tiga belas ribu lima ratus (13500) pusingan seminit

(RPM).

ii) Jika membuat kerja – kerja mengisar di kawasan orang awam. Penghadang khas

(Partition) mestilah diletakkan di kawasan mengisar. Ini adalah kerana, jika batu

pengisar itu pecah kepingan batu pengisar tersebut akan berada di dalam kawasan

tersebut.

iii) Latihan yang mencukupi hendaklah diberikan kepada pengendali mesin pengisar

tersebut. Latihan tersebut hendaklah merangkumi cara – cara pemasangan batu

pengisar, risiko kejutan elektrik, cara – cara pemeriksaan mesin pengisar dan

faktor fizikal pengendali.

iv) Batu pengisar hendaklah dari jenis yang diperkuat (Reinforced). Batu pengisar

yang tidak diperkuat (Reinforced) akan mudah pecah dan penggunaannya adalah

tidak ekonomikal.

Aktiviti ini boleh mandatangkan kecederaan teruk (Major Injuries), tetapi ianya adalah di

kategorikan hazad sedarhana. Langkah – langkah yang perlu diambil adalah praktikal dan

ekonomikal.

14

Page 15: Sho Assign 1(Asmadi)

5.1.3 Hazad Ketiga

Proses kimpalan menghasilkan gas dan asap dan merupakan hazad yang paling kritikal untuk

kesihatan. Gas dan asap yang terhasil dari proses ini mengandungi bahan kimia seperti

Kromium (Chromium), Nikel (Nickel), Arsenik (Arsenic), Mangan (Maganese), Berillium

(Beryllium), Kadmium (Cadmium), Nitrogen Oksid (Nitrogen Oxide), Karbon Monoksid

(Carbon Monoxide), Plumbum (Lead) dan Zink (Zinc).

Pada amnya, gas dan asap kimpalan datangnya dari:-

- Bahan yang dikimpal

- Lapisan atau cat yamg berada di atas bahan yang hendak dikimpal dan salutan bahan

kimia pada elektrod

- Reaksi kimia dari tindak balas cahaya ultra ungu (Ultra Violet) dan daripada haba

- Bahan kimia yang terdapat di dalam udara misalnya wap yang terhasil daripada bahan

pencuci atau bahan petroluem

Kesan jangka pendek (Acute) dan kesan jangka panjang (Chronic) akibat terlebih dedah (Over

Exposure) adalah seperti berikut:-

Kesan Jangka Pendek (Acute)

Terdedah kepada gas dan asap kimpalan seperti Zink (Zinc), Magnesium (Magenesium), boleh

menyebabkan “ Metal Fume Fever ”. Ianya akan mula dikesan setelah 4 hingga 12 jam setelah

terdedah kepada gas dan asap kimpalan, simptom adalah seperti rasa pening, kekeringan atau

rasa gatal pada telinga, mata dan hidung, batuk, penat dan rasa nak muntah. Gas dan asap

kimpalan juga boleh menyebabkan rasa gatal pada mata, hidung, dada dan saluran pernafasan,

yang mana jika dibiarkan berlanjutan akan mengakibatkan batuk, susah nak bernafas, bronchitis

15

Page 16: Sho Assign 1(Asmadi)

(Bronchitis), cecair di dalam paru – paru (Pulmonary Edema), radang paru –paru (Pneumonitis).

Ianya juga boleh memberi kesan pada usus dan sistem penghadaman seperti rasa mual, hilang

selera makan, muntah dan kekejangan.

Bahan kimia yang terhasil dari proses kimpalan seperti kadmium (Cadmium), boleh

menyebabkan kematian pada masa yang singkat. Sinaran radiasi ultra ungu (Ultra Violet) yang

terhasil semasa kimpalan akan bertindak balas dengan oksigen (Oxygen) dan Nitrogen

(Nitrogen) di udara, ini akan menghasilkan Ozon (Ozone) dan Nitrogen Oksid (Nitrogen Oxide).

Pada kandungan yang tinggi gas ini boleh membunuh dan pada kandungan yang rendah ianya

boleh menyebakan rasa gatal pada hidung dan kerongkong.

Kesan Jangka Panjang (Chronic)

Kajian telah mendapati bahawa pengimpal mempunyai risiko yang tinggi untuk memperolehi

kanser paru – paru dan kemungkinan kanser pada peti suara (Cancer of Larynx) dan kanser salur

kencing (Urinary Tract). Meningkatnya risiko ini adalah kerana gas dan asap kimpalan

mengandungi Kadmium (Cadmium), Nikel (Nickel), Berillium (Beryllium), Kromium

(Chromium) dan arsenik (Arsenic).

Juru kimpal juga boleh mengalami berbagai panyakit kronik paru – paru dan sistem pernafasan

termasuk Bronkitis (Bronchitis), Asma (Asthma), Pneumoconiosis, lemah paru – paru, Silikosis

(di sebabkan oleh dedahan pada Silica) dan Siderosis (disebabkan oleh habuk Iron Oxide di

dalam paru -paru).

Masalah lain pada kesihatan yang selalu berkaitan dengan kimpalan adalah sakit jantung,

penyakit kulit, hilang deria pendengeran, kronik Gastiritis (Inflammation of the stomach),

Gastroduodentis (Inflammation of the stomach and the small intestine).

16

Page 17: Sho Assign 1(Asmadi)

Kimpalan juga memberi risiko kepada sistem reproduktif (Reproductive System) pengimpal.

Risiko ini terjadi kerana terlebih dedah (Over Exposure) kepada:-

i) Logam seperti Aluminium (Aluminum), Kromium (Chromium), Nikel (Nickel), besi

(Iron), Mangan (Maganese) dan tembaga (Copper)

ii) Gas seperti Nitrogen (Nitrogen) dan Ozon (Ozone)

iii) Haba (Heat)

iv) Radiasi (Ionizing Radiation)

Haba yang terhasil dari proses kimpalan boleh menyebabkan kulit terbakar (Sun Burn).

Kecederaan pada mata juga boleh terjadi apabila terkena logam panas, kepingan besi, percikan

api dan elektrod panas.

Cahaya Ultra – Ungu yang terhasil dari proses kimpalan ini boleh menyebabkan “Arc Eyes” atau

“Welder’s Flash”. Simptom adalah seperti kehadiran benda asing di dalam mata seperti pasir,

kabur, sakit yang teruk, mata berair dan sakit kepala. Pendedahan yang berterusan tanpa

perlindungan akan menyebabkan kecederaan mata kekal.

Terdedah kepada cahaya Ultra – Ungu (Ulrtra Violet) juga boleh menyebabkan radang kulit,

(Skin Burns), jika dibiarkan berterusan ianya akan meningkatkan risiko kanser kulit.

Pengimpal juga terdedah kepada kesakitan otot (Musculkeletal Injuries) seperti, kecederaan

belakang / pinggang, sakit pada sendi dan penyakit sendi yang lain. Masalah ini boleh diatasi

dengan:-

- Cara mengangkat yang betul (Proper Lifting)

- Tidak berada terlalu lama dalam satu posisi

- Kedudukan tempat kerja yang sesuai

17

Page 18: Sho Assign 1(Asmadi)

- Meletak / menyimpan peralatan kerja berdekatan dengan tempat kerja

Langkah – langhkah yang perlu diambil untuk mengawal hazad kepada kesihatan adalah seperti

berikut:-

- Oleh kerana aktivti kimpalan ini menghasilkan haba yang tinggi, pengimpal haruslah

mendapat pengudaraan yang cukup, masa rehat yang cukup dan pengambilan air yang

mencukupi untuk menggelakkan “Heat Stress”.

- Peralatan yang digunakan seperti pemegang elektrod, sarung tangan hendaklah

diperbuat dari bahan yang bebas asbestos.

- Pengudaraan yang baik (Local Exhaust Ventilation) dan mencukupi handaklah di

adakan untuk menjauhkan pengimpal dari gas dan asap kimpalan.

- Jika menjalankan aktiviti kimpalan di kawasan awam, penghadang (Partition)

hendaklah diletakkan di kawasan kimpalan untuk menghalang sinaran Ultra Ungu

(Ultra Violet) dan percikkan api dari terkena ke tempat lain.

- Salutan cat yang terdapat di atas bahan yang hendak dikimpal mestilah dibersihkan

terlebih dahulu.

- Pastikan kedudukan kepala pengimpal tidak berada tepat pada kawasan gas dan asap

kimpalan.

- Alat pelindung peribadi (PPE) adalah halangan terakhir untuk melindungi pengimpal.

Kawalan – kawalan lain seperti kawalan kejuruteraan dan garis panduan kerja selamat

hendaklah diambil kira terlebih dahulu.

- Pemeriksaan dan pengawasan keselamatan hendaklah dibuat sekurang – kurangnya

setahun sekali. Pemeriksaan hendaklah dibuat oleh doktor kesihatan pekerjaan

18

Page 19: Sho Assign 1(Asmadi)

(Occupational Health Doctor) yang merangkumi pemeriksaan ke atas paru – paru,

kulit, mata, hati, pendengaran dan apa – apa ujian yang dikira perlu pada masa itu.

- Latihan dan informasi hendaklah diberikan kepada pengimpal. Latihan tersebut

hendaklah merangkumi peralatan, proses, garis panduan keselamatan dan prosedur

kecemasan.

- Menghadkan dedahan kepada gas dan asap kimpalan kepada pengimpal dengan cara

menambah bilangan pengimpal dalam syarikat.

Aktiviti ini mendatangkan hazad yang paling kritikal kerana terdapat kesan jangka pendek

(Acute) dan kesan jangka panjang (Chronic) kepada kesihatan dan alam sekitar. Langkah –

langkah keselamatan di atas perlulah diambil untuk memastikan kesihatan dan kebajikan

pengimpal terjaga.

Hazad untuk keselamatan pula adalah kejutan elektrik, keadaan kawasan sekeliling yang sempit

dan basah mungkin menyebabkan meningkatnya risiko kejutan elektrik. Haba dan percikan api

yang terhasil dari proses kimpalan ini juga boleh menyebabkan kebakaran jika terdapat benda /

bahan yang mudah terbakar berada di sekeliling kawasan kimpalan. Kabel kimpalan juga boleh

mendatangkan hazad seperti terjatuh (Slip, Trip and Fall).

Langkah – langkah kawalan yang perlu diambil adalah seperti berikut:-

i) Pengunaan alat pelindung peribadi (PPE) adalah amat penting sekali, pengimpal

haruslah memakai kasut keselamatan bertapak getah (Rubber Sole Boot), sarung

tangan, apron kerja (Flame Proof Gauntlet).

19

Page 20: Sho Assign 1(Asmadi)

ii) Kerja – kerja kimpalan hanya boleh dijalankan di kawasan yang bersih dari

sampah, kayu, cebisan kain, plastik, bahan kimia, cecair dan gas mudah terbakar.

Benda – benda yang tidak boleh dipindahkan haruslah dilindungi dengan bahan –

bahan yang tidak mudah terbakar (Fire Blanket).

iii) Pengimpal haruslah membuat pemeriksaan terlebih dahulu untuk memastikan

percikan api yang terhasil dari proses kimpalan padam sepenuhnya sebelum

meninggalkan tempat kerja.

iv) Pemadam api jenis mudah alih hendaklah sentiasa berada di kawasan kerja – kerja

kimpalan.

v) Pengimpal hendaklah mendapatkan kebenaran untuk berkerja di kawasan

merbahaya (Permit To Work – Hotwork).

vi) Pastikan pemegang elektrod (Electrode Holder), kabel dan semua penyambungan

di dalam keadaan baik dan selamat.

Hazad kepada keselamatan untuk aktivti kimpalan ini dikategorikan di tahap sedarhana kerana

langkah – langkah kawalan yang perlu diambil adalah mudah, cepat dan tidak melibatkan kos

yang tinggi.

5.1.4 Hazad Keempat

Hazad yang keempat adalah aktiviti pemasangan paip (Fit – Up). Pemasangan paip (Fit – Up)

ini biasanya dibuat ditepi – tepi jalan (Rezab JKR). Pekerja - pekerja yang berada di tepi jalan

ini terdedah kepada dilanggar oleh kenderaan yang lalu – lalang di kawasan itu. Langkah –

langkah yang perlu diambil untuk mengawal hazad ini adalah:-

20

Page 21: Sho Assign 1(Asmadi)

- Meletakkan papan tanda keselamatan di tempat – tempat yang strategik yang supaya

ia boleh memberi maklumat kepada pengguna jalan.

- Untuk kerja- kerja di waktu malam pula, kawasan kerja hendaklah dilengkapi dengan

lampu arahan (Blinking light). Pekerja pula diwajibkan mamakai jaket pantulan

cahaya (Reflective Jacket).

- Kon dan penghadang jalan (Road Barrier) mestilah dipasang di tepi – tepi jalan dan

bilangan kon tersebut hendaklah mencukupi.

- Pengawal bendera mestilah ditempatkan di tempat yang betul untuk mengawal dan

memaklumkan pengguna jalan raya yang lain.

- Latihan hendaklah diberikan kepada penyelia dan pekerja. Latihan tersebut hendaklah

merangkumi aspek – aspek pengurusa traffik seperti mana yang terdapat di dalam

arahan teknik jalan (JKR) 2/C85 dan 2A/85.

Langkah – lamgkah tersebut hendaklah diambil dan dipraktikan secara proaktif oleh penyelia dan

pekerja untuk menggelakkan kemalangan kepada pekerja ataupun pengguna jalan raya yang lain.

5.1.5 Hazad Kelima

Hazad yang kelima adalah hazad yang paling kritikal untuk keselamatan pekerja, ini adalah

kerana lubang (Trench) yang digali boleh mencapai kedalaman sehingga tiga perpuluhan lima

(3.5) meter. Seorang pengimpal, pembantu (Helper) dan seorang juru gegas (Fitter) akan berada

di dalam lubang (Tench) selama lebih kurang tiga (3) jam untuk mebuat kerja – kerja

penyambungan (Tie – In). Pekerja tersebut tadi akan terdedah kepada hazad yang bahaya iaitu

tanah runtuh.

21

Page 22: Sho Assign 1(Asmadi)

Runtuhan tersebut boleh menimpa pekerja yang berada di dalam lubang (Trench). Keadaan akan

menjadi bertambah bahaya selepas waktu hujan, kerana tanah akan menjadi mudah retak.

Berikut adalah maklumat yang diperolehi daripada NIOSH, Columbia Parkway Cincinnati

Amerika Syarikat:-

- Pada tahun 1993 bulan Februari, seorang pekerja berumur 35 tahun mati tertimbus

semasa sedang bekerja membina sistem pembentungan. Mangsa ditimbus tanah

setinggi sepuluh (10) kaki apabila dinding lubang (Trench) runtuh.

- Pada Mac 12, 1993 seorang pekerja berumur 68 tahun mati tertimbus di dalam lubang

(Trench) sedalam enam belas (16) kaki. Ianya adalah kerana ketiadaan sistem

kawalan untuk menghalang tanah tersebut dari runtuh.

- Pada Mac 12, 1993 di Tucson Arizona. Lubang (Trench) sedalam empat puluh (40)

kaki telah menimbus seorang pekerja sedalam tiga (3) kaki.

- Pada April 2, 1993 di Pine Pensyalvania seorang penyelia binaan yang berumur 51

tahun telah mati tertimbus. Lubang (Trench) itu runtuh dan menimbus beliau.

- Pada April 13 1993 di Kansas, seorang pekerja yang berumur 29 tahun mati. Mangsa

yang sedang berdiri di tepi lubang (Trench) sedalam tujuh kaki telah terjatuh setelah

tanah tempat mangsa berdiri itu runtuh.

- Pada tahun 2001 di Putrajaya, dua (2) orang pekerja telah mati tertimbus di dalam

lubang (Trench). Mangsa yang sedang membuat penyambungan (Fit – Up) ke atas

paip mati setelah tertimbus didalam lubang (Trench). Mangsa tersebut sedang bekerja

pada kedalaman lubang dua puluh (20) kaki.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan tanah runtuh iaitu:-

22

Page 23: Sho Assign 1(Asmadi)

- Kestabilan tanah bergantung kepada jenis tanah. Kestabilan tanah ini boleh berubah

terutama sekali selepas perubahan cuaca seperti hujan. Apabila tanah yang lembab

terdedah kepada udara, ia akan menjadi kering dan mudah pecah.

- Satu faktor lagi adalah jika lubang (Trench) itu berdekatan dengan lebuhraya atau

berdekatan dengan jentera berat getaran dari kenderaan yang bergerak atau jentera

berat itu akan mengganggu kestabilan tanah tersebut.

Langkah – langkah kawalan yang perlu dibuat adalah seperti berikut:-

- Setiap lubang (Trench) yang mempunyai kedalaman melebihi satu perpuluhan (1.2)

meter hendaklah mempunyai kemudahan tangga.

- Sebelum kerja dimulakan, penyelia hendaklah mengenalpasti kedudukan utiliti lain

seperti paip air, kabel optik, kebal elektrik. Ini adalah untuk menggelakkan

kerosakkan harta benda.

- Lubang (Trench) hendaklah dipagar untuk menggelakkan orang awam terutama

sekali kanak-kanak daripada terjatuh.

- Pekerja tidak dibenarkan masuk ke dalam lubang (Trench) kecuali mendapat arahan

daripada penyelia.

- Jentera berat hendaklah berada satu perpuluhan (1.5) meter daripada tepi lubang

(Trench).

- Penyelia / Jurutera projek hendaklah membuat pemeriksaan ke atas lubang (Trench).

Setiap pagi terutama sekali selepas perubahan cuaca.

- Pekerja tidak dibenarkan berada di dalam lubang (Trenh) semasa kerja penggorekkan

sedang dijalankan.

23

Page 24: Sho Assign 1(Asmadi)

- Untuk setiap lubang (Trench) yang digali melebihi kedalaman 1.2 meter, “Sloping”

atau “Benching” hendaklah dibuat untuk melindungi pekerja yang berada di dalam

lubang (Trench).

Sila lihat illustrasi 1 & 2:-

1. Sistem Sloping

2. Sistem Benching

- Penggunaan alat pelindung peribadi (PPE) juga amat penting untuk menggelakkan

kecederaan ringan kepada anggota badan pekerja.

Hazad yang ada dalam aktiviti ini amat kritikal untuk keselamatan pekerja. Langkah – langkah

di atas perlu diambil dan perlu dipraktikkan untuk menggelakkan kemalangan.

5.2 HazadKritikal Kesihatan danKeselamatan

24

Page 25: Sho Assign 1(Asmadi)

Hazad Kesihatan

Hazad kepada kesihatan yang paling kritikal adalah gas ada asap kimpalan yang terhasil semasa

aktiviti kimpalan dibuat. Aktiviti ini juga dinilai sebagai kritikal kerana masalah – masalah

kesihatan untuk lebih tepat lagi kesan jangka pendek (Acute) dan kesan jangka panjang

(Chronic) hasil dari aktiviti ini..

Kesan Jangka Pendek (Acute)

Terdedah kepada gas dan asap kimpalan seperti Zink (Zinc), Magnesium (Magenesium), boleh

menyebabkan “ Metal Fume Fever ”. Ianya akan mula dikesan setelah 4 hingga 12 jam setelah

terdedah kepada gas dan asap kimpalan, simptom adalah seperti rasa pening, kekeringan atau

rasa gatal pada telinga, mata dan hidung, batuk, penat dan rasa nak muntah.

Gas dan asap kimpalan juga boleh menyebabkan rasa gatal pada mata, hidung, dada dan saluran

pernafasan, yang mana jika dibiarkan berlanjutan akan mengakibatkan batuk, susah nak bernafas,

bronchitis (Bronchitis), cecair di dalam paru – paru (Pulmonary Edema), radang paru –paru

(Pneumonitis). Ianya juga boleh memberi kesan pada usus dan sistem penghadaman seperti rasa

mual, hilang selera makan, muntah dan kekejangan.

Bahan kimia yang terhasil dari proses kimpalan seperti kadmium (Cadmium), boleh

menyebabkan kematian pada masa yang singkat. Sinaran radiasi ultra ungu (Ultra Violet) yang

terhasil semasa kimpalan akan bertindak balas dengan oksigen (Oxygen) dan Nitrogen

(Nitrogen) di udara, ini akan menghasilkan Ozon (Ozone) dan Nitrogen Oksid (Nitrogen Oxide).

Pada kandungan yang tinggi gas ini boleh membunuh dan pada kandungan yang rendah ianya

boleh menyebabkan rasa gatal pada hidung dan kerongkong.

25

Page 26: Sho Assign 1(Asmadi)

Kesan Jangka Panjang (Chronic)

Kajian telah mendapati bahawa pengimpal mempunyai risiko yang tinggi untuk memperolehi

kanser paru – paru dan kemungkinan kanser pada peti suara (Cancer of Larynx) dan kanser salur

kencing (Urinary Tract). Meningkatnya risiko ini adalah kerana gas dan asap kimpalan

mengandungi Kadmium (Cadmium), Nikel (Nickel), Berillium (Beryllium), Kromium

(Chromium) dan arsenik (Arsenic).

Juru kimpal juga boleh mengalami berbagai panyakit kronik paru – paru dan sistem pernafasan

termasuk Bronkitis (Bronchitis), Asma (Asthma), Pneumoconiosis, lemah paru – paru, Silikosis

(disebabkan oleh dedahan pada Silica) dan Siderosis (disebabkan oleh habuk Iron Oxide di

dalam paru -paru).

Masalah lain pada kesihatan yang selalu berkaitan dengan kimpalan adalah sakit jantung,

penyakit kulit, hilang deria pendengaran, kronik Gastiritis (Inflammation of the stomach),

Gastroduodentis (Inflammation of the stomach and the small intestine).

Kimpalan juga memberi risiko kepada sistem reproduktif (Reproductive System) pengimpal.

Risiko ini terjadi kerana terlebih dedah (Over Exposure) kepada:-

i) Logam seperti Aluminium (Aluminum), Kromium (Chromium), Nikel (Nickel), besi

(Iron), Mangan (Maganese) dan tembaga (Copper)

ii) Gas seperti Nitrogen (Nitrogen) dan Ozon (Ozone)

iii) Haba (Heat)

iv) Radiasi (Ionizing Radiation)

Haba yang terhasil dari proses kimpalan boleh menyebabkan kulit terbakar (Sun Burn).

Kecederaan pada mata juga boleh terjadi apabila terkena logam panas, kepingan besi, percikan

26

Page 27: Sho Assign 1(Asmadi)

api dan elektrod panas.

Cahaya Ultra – Ungu yang terhasil dari proses kimpalan ini boleh menyebabkan “Arc Eyes” atau

“Welder’s Flash”. Simptom adalah seperti kehadiran benda asing di dalam mata seperti pasir,

kabur, sakit yang teruk, mata berair dan sakit kepala. Pendedahan yang berterusan tanpa

perlindungan akan menyebabkan kecederaan mata kekal.

Terdedah kepada cahaya Ultra – Ungu (Ulrtra Violet) juga boleh menyebabkan radang kulit,

(Skin Burns), jika dibiarkan berterusan ianya akan meningkatkan risiko kanser kulit.

Pengimpal juga terdedah kepada kesakitan otot (Musculkeletal Injuries) seperti, kecederaan

belakang / pinggang, sakit pada sendi dan penyakit sendi yang lain.

Masalah ini boleh diatasi dengan:-

- Cara menggangkat yang betul (Proper Lifting)

- Tidak berada terlalu lama dalam satu posisi

- Kedudukan tempat kerja yang sesuai

- Meletak / menyimpan peralatan kerja berdekatan dengan tempat kerja

Hazad Keselamatan

Hazad kepada keselamatan yang paling kritikal adalah daripada aktiviti penggorekkan / lubang

(Trench). Lubang (Trench) tersebut boleh runtuh dan menimbus pekerja yang berada di dalam

dan akan menyebabkan kematian.

Keadaan akan menjadi bertambah bahaya selepas waktu hujan, kerana tanah akan menjadi

mudah retak.

Berikut adalah maklumat yang di perolehi daripada NIOSH, Columbia Parkway Cincinnati

Amerika Syarikat:-

27

Page 28: Sho Assign 1(Asmadi)

- Pada tahun 1993 bulan Februari, seorang pekerja berumur 35 tahun mati tertimbus

semasa sedang bekerja membina sistem pembentungan. Mangsa ditimbus tanah

setinggi sepuluh (10) kaki apabila dinding lubang (Trench) runtuh.

- Pada Mac 12, 1993 seorang pekerja berumur 68 tahun mati tertimbus di dalam lubang

(Trench) sedalam enam belas (16) kaki. Ianya adalah kerana ketiadaan sistem

kawalan untuk menghalang tanah tersebut dari runtuh.

- Pada Mac 12, 1993 di Tucson Arizona. Lubang (Trench) sedalam empat puluh (40)

kaki telah menimbus seorang pekerja sedalam tiga (3) kaki.

- Pada April 2, 1993 di Pine Pensyalvania seorang penyelia binaan yang berumur 51

tahun telah mati tertimbus. Lubang (Trench) itu runtuh dan menimbus beliau.

- Pada April 13 1993 di Kansas, seorang pekerja yang berumur 29 tahun mati. Mangsa

yang sedang berdiri di tepi lubang (Trench) sedalam tujuh kaki telah terjatuh setelah

tanah tempat mangsa berdiri itu runtuh.

- Pada tahun 2001 di Putrajaya, dua (2) orang pekerja telah mati tertimbus di dalam

lubang (Trench). Mangsa yang sedang membuat penyambungan (Fit – Up) ke atas

paip mati setelah tertimbus di dalam lubang (Trench). Mangsa tersebut sedang

bekerja pada kedalaman lubang dua puluh (20) kaki.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan tanah runtuh iaitu:-

- Kestabilan tanah bergantung kepada jenis tanah. Kestabilan tanah ini boleh berubah

terutama sekali selepas perubahan cuaca seperti hujan. Apabila tanah yang lembab

terdedah kepada udara, ia akan menjadi kering dan mudah pecah.

28

Page 29: Sho Assign 1(Asmadi)

- Satu faktor lagi adalah jika lubang (Trench) itu berdekatan dengan lebuhraya atau

berdekatan dengan jentera berat getaran dari kenderaan yang bergerak atau jentera

berat itu akan mengganggu kestabilan tanah tersebut.

6.0 CADANGAN DAN KAJIAN SEMULA

6.1 Langkah – Langkah Kawalan

29

Page 30: Sho Assign 1(Asmadi)

Langkah – langkah yang perlu diambil untuk mengawal hazad kepada kesihatan adalah seperti

berikut:-

- Oleh kerana aktivti kimpalan ini menghasilkan haba yang tinggi, pengimpal haruslah

mendapat pengudaraan yang cukup, masa rehat yang cukup dan pengambilan air yang

mencukupi untuk menggelakkan “Heat Stress”.

- Peralatan yang digunakan seperti pemegang elektrod, sarung tangan hendaklah

diperbuat dari bahan yang bebas asbestos.

- Pengudaraan yang baik (Local Exhaust Ventilation) dan mencukupi handaklah di

adakan untuk menjauhkan pengimpal dari gas dan asap kimpalan.

- Jika menjalankan aktiviti kimpalan di kawasan awam, penghadang (Partition)

hendaklah diletakkan di kawasan kimpalan untuk menghalang sinaran Ultra Ungu

(Ultra Violet) dan percikkan api dari terkena ke tempat lain.

- Salutan cat yang terdapat di atas bahan yang hendak dikimpal mestilah dibersihkan

terlebih dahulu.

- Pastikan kedudukan kepala pengimpal tidak berada tepat pada kawasan gas dan asap

kimpalan.

- Alat pelindung peribadi (PPE) adalah halangan terakhir untuk melindungi pengimpal.

Kawalan – kawalan lain seperti kawalan kejuruteraan dan garis panduan kerja selamat

hendaklah diambil kira terlebih dahulu.

- Pemeriksaan dan pengawasan keselamatan hendaklah dibuat sekurang – kurangnya

setahun sekali. Pemeriksaan hendaklah dibuat oleh doktor kesihatan pekerjaan

30

Page 31: Sho Assign 1(Asmadi)

(Occupational Health Doctor) yang merangkumi pemeriksaan ke atas paru – paru,

kulit, mata, hati, pendengaran dan apa – apa ujian yang dikira perlu pada masa itu.

- Latihan dan informasi hendaklah diberikan kepada pengimpal. Latihan tersebut

hendaklah merangkumi perlatan, proses, garis panduan keselamatan dan prosedur

kecemasan.

- Menghadkan dedahan kepada gas dan asap kimpalan kepada pengimpal dengan cara

menambah bilangan pengimpal dalam syarikat.

Langkah – langkah yang perlu diambil untuk mengawal hazad kepada keselamatan adalah seperti

berikut:-

- Setiap lubang (Trench) yang mempunyai kedalaman melebihi satu perpuluhan (1.2)

meter hendaklah mempunyai kemudahan tangga.

- Sebelum kerja dimulakan, penyelia hendaklah mengenalpasti kedudukan utiliti lain

seperti paip air, kabel optik, kebal elektrik. Ini adalah untuk menggelakkan

kerosakkan harta benda.

- Lubang (Trench) hendaklah dipagar untuk menggelakkan orang awam terutama

sekali kanak-kanak daripada terjatuh.

- Pekerja tidak dibenarkan masuk ke dalam lubang (Trench) kecuali mendapat arahan

daripada penyelia.

- Jentera berat hendaklah berada satu perpuluhan (1.5) meter daripada tepi lubang

(Trench).

- Penyelia / Jurutera projek hendaklah membuat pemeriksaan ke atas lubang (Trench).

Setiap pagi terutama sekali selepas perubahan cuaca.

31

Page 32: Sho Assign 1(Asmadi)

- Pekerja tidak dibenarkan berada di dalam lubang (Trenh) semasa kerja penggorekkan

sedang dijalankan.

- Untuk setiap lubang (Trench) yang digali melebihi kedalaman 1.2 meter, “Sloping”

atau “Benching” hendaklah dibuat untuk melindungi pekerja yang berada di dalam

lubang (Trench).

Sila lihat illustrasi 1 & 2:-

1. Sistem Sloping

2. Sistem Benching

Penggunaan alat pelindung peribadi (PPE) juga amat penting untuk menggelakkan kecederaan

ringan kepada anggota badan pekerja.

6.2 Langkah – Langkah Semakan Semula

32

Page 33: Sho Assign 1(Asmadi)

Langkah – langkah semakan semula untuk hazad kesihatan yang terhasil dari gas dan asap

kimpalan hendaklah dibuat untuk memastikan bahawa semua kawalan atau cadangan telah di

ikuti. Langkah – langkah semakan semula ini harus dibuat oleh Pengurus Projek, Pegawai

Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dan Jawatan Kuasa Keselamatan & Kesihatan, ianya

adalah seperti berikut:-

- Iaitu dengan memeriksa jumlah cuti sakit (MC) yang dimilki oleh juru kimpal, tujuan

ini adalah untuk mengenalpasti jenis – jenis sakit yang selalu dialami oleh juru

kimpal. Jika jenis – jenis sakit itu ada berkaitan dengan hazad yang terhasil dari gas

dan asap kimpalan, juru kimpal tersebut hendaklah mendapatkan pemeriksaan

peubatan penuh dari doktor kesihatan pekerjaan (Occupational Health Doctor). Ini

juga akan membantu megenalpasti simptom awal jika ada terdapat tanda – tanda

daripada hazad gas dan asap kimpalan. Rekod perubatan jurukimpal mesti diperiksa

oleh doktor kesihatan pekerjaan untuk mengenalpasti apakah masalah kesihatan yang

selalu dialami jurukimpal tersebut. Maklumat – maklumat di atas ini akan membantu

majikan untuk mengambil langkah – langkah tambahan jika perlu.

- Membuat pertukaran jenis elektrod yang digunakan, iaitu kepada jenis yang kurang

mengeluarkan gas dan asap dan sentiasa mengemaskinikan informasi mengenai hazad

– hazad kimpalan dan teknologi terbaru yang dapat membantu jurukimpal tersebut

33

Page 34: Sho Assign 1(Asmadi)

bekerja dengan lebih selamat dan dengan itu akan menambahkan lagi produktiviti dan

mutu kerja.

- Menerangkan hazad – hazad yang kimpalan, cara – cara untuk meminimakan hazad

yang terdapat pada aktiviti kimpalan kepada jurukimpal dan pekerja lain. Terutama

sekali di dalam taklimat keselamatan setiap pagi.

- Membuat lawatan ke tapak dari masa ke semasa oleh Jawatan Kuasa Keselamatan

syarikat memerhati, memeriksa dan menilai dan membuat perbandingan dengan garis

panduan, peraturan dan undang – undang yang digunapakai.

Langkah – langkah semakan semula untuk hazad keselamatan yang terdapat pada aktivti

pengorekkan (Trench) hendaklah di buat untuk memastikan bahawa semua kawalan atau

cadangan telah di ikuti. Langkah – langkah semakan semula ini harus dibuat oleh Pengurus

Projek, Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekejaan dan Jawatan Kuasa Keselamatan &

Kesihatan, ianya adalah seperti berikut:-

- Membuat lawatan ke tapak dari masa ke semasa oleh Jawatan Kuasa Keselamatan

syarikat memerhati, memeriksa dan menilai dan membuat perbandingan dengan garis

panduan, peraturan dan undang – undang yang digunapakai.

- Membuat lawatan “follow – Up” untuk memastikan semua langkah –langkah yang

telah dicadangkan diikuti. Jika terdapat sebarang keadaan tidak selamat pada lubang

(Trench) tersebut, laporan segera akan dibuat untuk tindakan pembetulan.

- Sentiasa mengemaskinikan informasi mengenai hazad – hazad baru dan teknologi

terbaru yang dapat menjadikan kerja tersebut dibuat dengan lebih selamat dan dengan

itu akan menambahkan lagi produktiviti dan mutu kerja.

34

Page 35: Sho Assign 1(Asmadi)

- Menerangkan hazad – hazad, cara – cara untuk meminimakan hazad yang terdapat

pada aktiviti pengorekkan kepada penyelia dan pekerja. Terutama sekali di dalam

taklimat keselamatan setiap pagi.

6.3 Manfaat

- Tujuan langkah – langkah kawalan adalah untuk menggelakkan / meminimakan risiko

dari terjadinya kemalangan. Dan tujuan semakan semula pula adalah untuk

memastikan semua langkah – langkah kawalan yang telah ditetapkan telah

dipraktikkan.

- Cadangan atau langkah kawalan akan memberi manafaat kepada pekerja dan

majikan. Pekerja akan merasa bahawa majikan benar – benar mengambil berat

terhadap kesihatan dan keselamatannya. Manakala majikan pula akan memperolehi

maklumat – maklumat yang penting untuk mempertingkatkan tahap kesihatan dan

keselamatan di tempat kerja. Ianya juga boleh menghindarkan kemalangan dan ini

akan menambahkan produktiviti dan mutu. Setiap kemalangan yang terjadi akan

mengambil masa, tenaga dan kewangan untuk diselesaikan.

7.0 Rujukan / Sumber

i) Rujukan buku - Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ACT514) 1994

Akta Bekalan Gas

35

Page 36: Sho Assign 1(Asmadi)

The Handbook of Safety & Health Practice (Pearson Education

2000)

ii) Rujukan Laman OSHA Technical Manual, Section V: Chapter 2

Web Excavation Hazard, Recognition in Trenching and

Shoring.

American Welding Society

WWW. ASME.COM

Lincoln Electric U.S

WWW. LINCOLN ELECTRIC.COM

American Federation Employee

Welding Hazards

WWW.AFCSME

36