assign kajian

45
ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 BAB I PENDAHULUAN LATAR BELAKANG KAJIAN Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia yang mewajibkan para pelajar lulus di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat PMR dan SPM adalah amat baik bagi memartabatkan Bahasa Melayu di negara kita. Ini kerana Bahasa Melayu bukan sahaja merupakan bahasa ibunda kita malahan ia merupakan bahasa utama yang sering diguna selain daripada bahasa Inggeris. BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 1 dipelajari sama ada di Sekolah Kebangsaan mahupun di Sekolah

Upload: abdul-hamid-marukin

Post on 16-Apr-2017

362 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

BAB I

PENDAHULUAN

LATAR BELAKANG KAJIAN

Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras yang perlu

Kementerian Pelajaran Malaysia yang mewajibkan para pelajar lulus di dalam mata pelajaran

Bahasa Melayu di peringkat PMR dan SPM adalah amat baik bagi memartabatkan Bahasa

Melayu di negara kita. Ini kerana Bahasa Melayu bukan sahaja merupakan bahasa ibunda kita

malahan ia merupakan bahasa utama yang sering diguna selain daripada bahasa Inggeris.

Sehubungan itu, asas utama dalam memartabatkan Bahasa Melayu ini ialah dengan

mewajibkan pengajaran Bahasa Melayu bermula dari sekolah rendah iaitu mendedahkan pelajar

dengan perkataanperkataan yang mudah dan senang untuk difahami sesuai dengan umur dan

tahap keupayaan mereka. Selaku guru Bahasa Melayu di sekolah saya mengambil kesempatan

untuk menjalankan kajian mengenai tahap penguasaan pelajar dalam kemahiran membaca

dengan menggunakan suku kata dan gambar.

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 1

dipelajari sama ada di Sekolah Kebangsaan mahupun di Sekolah Jenis Kebangsaan.

Saranan

Page 2: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan di dalam kelas saya, Kelas 1

Murni, didapati kebanyakan pelajar tidak pandai membaca, malah ada sesetengahnya tidak

pandai mengeja suku kata, terutamanya suku kata KV + KVK, dan KV + KVKK. Keadaan ini

menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan dengan lancar seperti yang

dirancang dan menimbulkan rasa bosan bagi pelajar yang sudah pandai dan tahu membaca ayat

mudah.

PENYATAAN MASALAH

Berdasarkan isu ini, saya telah membuat beberapa tinjauan awal. Antaranya ialah

menjalankan ujian pra bacaan kepada seramai 27 orang murid-murid di dalam kelas saya. Ujian

yang dijalankan adalah seperti membaca cerita pendek. Hasil daripada ujian tersebut, didapati 10

orang daripada mereka tidak pandai membaca cerita pendek tersebut. Ini disebabkan mereka

tidak pandai menyebut suku kata KV + KVK atau KV + KVKK yang terdapat di dalam cerita

tersebut. Keadaan ini menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam kemahiran membaca dan

mengeja adalah sangat lemah. Ini akan mengakibatkan mereka tidak tahu apa yang terdapat di

dalam petikan dan seterusnya tidak dapat menjawab soalan diberikan. Ini mengakibatkan mereka

gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 2

Page 3: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

Oleh yang demikian, fokus kajian saya ialah meningkatkan Kemahiran Membaca murid-

murid Tahun 1 dengan latih tubi menggunakan suku kata KV + KVK dan KV + KVKK serta kad

gambar.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1. Menentukan tahap kebolehbacaan di kalangan Murid-murid Tahun 1.

2. Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1 menggunakan kad

suku kata dan gambar.

3. Merancang tindakan untuk mengatasi masalah membaca.

4. Menilai keberkesanan penggunaan kad suku kata dan gambar dalam

meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dengan lancar.

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 3

Page 4: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

BAB II

SOROTAN KAJIAN

ISU-ISU DAN KEPENTINGAN KEMAHIRAN MEMBACA

Kemahiran membaca bukanlah kemahiran semulajadi. Membaca tidak sama dari segi

psikomotor tapi sebaliknya, kanak–kanak tidak boleh membaca secara semulajadi. Ini

bermakna , kemahiran ini perlu dipupuk dengan cara yang tersusun dan berkesan. Hakikatnya,

kemahiran membaca dan juga menulis, merupakan kemahiran peringkat tinggi. Pengalaman kita

sendiri jelas menyokong kenyataan bahawa kemahiran membaca dan seperkara yang mudah.

Masih ramai kanak-kanak di peringkat sekolah rendah dan juga menengah yang masih tidak

boleh membaca dan menulis dengan lancar dan baik.

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 4

pembentukannya seperti berjalan atau berlari. Kanak-kanak secara semulajadi boleh berkembang dari

Page 5: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

i. Isu- Isu Dalam Pendidikan

Pada 12 Oktober 2005, Kementerian Pelajaran menyedari wujudnya masalah murid yang

tidak tahu membaca, menulis dan mengira seperti yang dibangkitkan di Dewan Rakyat pada

masa itu. Menurut Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, usaha mengatasi masalah itu sedang

dilakukan termasuk persetujuan Kabinet supaya guru pemulihan khas segera ditambah segera ke

sekolah terbabit. Pada masa itu, lebih kurang terdapat 100,000 murid sekolah rendah dari tahun 2

hingga tahun 6 tidak tahu membaca, mengira dan menulis.terusnya menulis bukanlah satu

Namun begitu menurut beliau lagi, bilangan sebenar murid yang tidak dapat menguasai

kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) belum dapat disahkan sama ada benar 100,000

murid atau kurang daripada itu. Tetapi, jumlah ini pasti akan meningkat lagi jika langkah yang

sewajarnya tidak dipedulikan oleh semua pihak.

Selain itu, pada masa kini juga masih ramai lagi yang keciciran bukan sahaja dalam

kemahiran membaca malahan 3M juga. Pada 11 Disember 2007, kita dikejutkan dengan berita

dalam Utusan Malaysia yang mengatakan bahawa kini terdapat 3.1 juta murid sekolah lagi yang

masih belum menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira (Utusan Malaysia,

2007). Seorang ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) iaitu Fadillah Yusof (BN-Petra Jaya)

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 5

Page 6: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

mendakwa bahawa sebanyak 3.1 juta murid di negara ini masih belum dapat menguasai

sepenuhnya kemahiran

3M. Dalam berita ini, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar memberikan respon tentang

masalah ini dengan mengatakan bahawa pihak mereka sedar bahawa masih terdapat sebanyak

3.1 juta murid di negara ini yang masih belum dapat menguasai sepenuhnya kemahiran

membaca, menulis dan mengira namun beliau memberitahu juga bahawa kementerian telah

mengambil langkah untuk mengatasi masalah tersebut dengan melaksanakan Program

Bimbingan Kemahiran Asas Membaca dan Menulis yang dikenali sebagai Probim.

Menurut beliau lagi, bagi mengatasi masalah pelajar di peringkat menengah yang lemah

dalam bidang akademik, kementerian telah melaksanakan sebanyak 22 mata pelajaran

vokasional di sekolah menengah dan melalui mata pelajaran vokasional ini, para pelajar dapat

mempelajari kemahiran teknikal supaya mereka dapat berdikari atau memulakan perniagaan

Sehubungan itu, pelbagai pendapat dari mulut masyarakat tentang siapakah yang harus

dipersalahkan dalam masalah ini dan sudah pasti pihak yang disalahkan adalah pihak pendidik

yang dikatakan lemah dan cuai dalam menjalankan tugas mereka sebagai seorang guru. Menurut

Utusan Malaysia pada 20 November 2005, Guru-guru yang semakin lemah dan terhakisnya

budaya `kerja kuat' di kalangan mereka adalah punca murid-murid gagal menguasai kemahiran

3M serta mendapat gred corot dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2005.

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 6

Page 7: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

Sehubungan itu beberapa orang pakar pendidikan membidas Kesatuan Perkhidmatan

Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang menyalahkan faktor kekurangan guru di kelas-kelas

pemulihan sebagai punca kepada masalah itu. Menurut bekas Ketua Jemaah

Nazir Sekolah, Datuk Abd. Rahim Tahir juga berkata, budaya `kerja kuat' di kalangan guru-guru

dalam membantu memulihkan murid masing-masing semakin terhakis.

ii. Kepentingan Kemahiran Membaca

Membaca sudah lama menjadi topik yang diminati dan sering dibincangkan dari semasa

ke semasa di kalangan para pendidik terutama di Malaysia. Mereka yang berminat dalam bidang

ini sentiasa mengkaji berbagai-bagai perspektif dan pendekatan tentang pengajaran membaca,

sama ada di peringkat bacaan awal, di peringkat pertengahan ataupun di peringkat bacaan luas.

Mereka sentiasa mencari jalan untuk mencuba teknik membaca yang berkesan untuk golongan

sasaran yang tertentu. Kemahiran membaca merupakan komponen yang penting dalam sesuatu

kurikulum dan menjadi kunci kepada ilmu pengetahuan.

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 7

Page 8: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

Tanpa menguasai kemahiran membaca, seseorang itu tidak dapat meneroka buku ilmiah

ataupun buku bacaan berbentuk hiburan. Dalam sistem persekolahan di Malaysia, yang bermula

daripada peringkat sekolah tendah, kemahiran membaca sudah ditekankan dalam sukatan

pelajaran bahasa dan kepentingannya telah dirakamkan dalam penyataan objektif dan matlamat

sukatan pelajaran tersebut.

Kemahiran membaca juga amat penting dalam semua aspek dan salah satunya adalah

aspek komunikasi. Membaca merupakan satu cara komunikasi di antara dua pihak iaitu pembaca

dan penulis. Penulis mempunyai objektif dalam penulisan yang mereka hasilkan iaitu

menyampaikan apa juga bentuk mesej sama ada berbentuk ilmiah ataupun hiburan semata-mata.

Sekiranya kemahiran membaca seseorang indivudu itu lemah, maka, mesej yang hendak

disampaikan oleh penulis itu, sukar difaham oleh pembaca. Selain itu, kemahiran membaca juga

penting dalam mencari dan mendapatkan pelbagai bentuk maklumat dan ilmu pengetahuan.

Sekiranya seseorang itu ingin mendapatkan maklumat berbentuk bacaan, kemahiran membaca

perlulah tinggi untuk memastikan maklumat yang dikehendaki mudah diperolehi. Menurut Prof.

DR. Henry Guntur Tarigan (1994), seseorang itu membaca untuk menemukan atau mengetahui

penemuan-penemuan yang telah dilakukan oleh penulis. Membaca seperti ini disebut membaca

untuk memperoleh perincian-perincian atau fakta-fakta (reading for details or facts).

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 8

Page 9: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama untuk membantu meningkatkan keupayaan

murid sekolah rendah bagi menguasai kemahiran membaca. Hal ini kerana terdapat banyak isu

dan masalah yang dihadapi oleh murid dalam penguasaan membaca tetapi kita tidak boleh

menunding jari kepada satu-satu pihak sahaja di atas kelemahan ini. Seharusnya kita perlu

mengambil langkah segera bagi mengatasinya memandangkan kemahiran membaca mempunyai

banyak kepentingan.

IMPAK KEMAHIRAN MEMBACA TERHADAP PERSEDIAAN

GURU DI DALAM BILIK DARJAH

Kemahiran membaca merupakan salah satu komponen penting yang perlu membaca

menjadi landasan kepada sekumpulan kemahiran yang perlu untuk menguasai kemahiran belajar.

Bagi membolehkan murid membaca dengan baik, asas membaca yang kukuh perlu dibina sejak

mereka di sekolah rendah lagi. Sehubungan dengan itu, Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia

Sekolah Rendah telah menyenaraikan sebanyak 124 kemahiran membaca untuk dikuasai oleh

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 9

dikuasai oleh murid bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Kemahiran

Page 10: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

murid dalam tempoh enam tahun persekolahan (Asas kemahiran berbahasa KBSR, 1994). Selain

itu, kemahiran membaca yang tinggi akan menyebabkan murid menguasai pelbagai aspek bahasa

dan penyusunan idea yang bernas dan teratur. Sebaliknya, murid-murid yang kurang minat

membaca akan menjadikan pengetahuan mereka tidak luas malah akan menjadikan

mereka kekurangan kosa kata (Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd.

Baharin, 2007). Kemahiran membaca yang dikuasai oleh murid akan memberi impak terhadap

persediaan guru di dalam bilik darjah.

Antara impak kemahiran membaca terhadap persediaan guru di dalam bilik darjah adalah

guru perlu menganalisis ciri-ciri murid. Hal ini bertujuan untuk mengetahui sama ada murid itu

sudah menguasai kemahiran membaca atau belum menguasai. Mengikut model ASSURE oleh

Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino (1996), guru perlu menganalisis ciri-ciri murid sebelum

merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Jika terdapat murid yang

belum menguasai kemahiran membaca dengan baik, ia akan memberi kesan terhadap persediaan

guru di dalam bilik darjah. Misalnya, guru tidak boleh mengubah pembelajaran dari satu unit ke

unit pembelajaran yang lain jika terdapat ramai murid yang belum menguasai sesuatu unit itu.

Penguasaan unit pembelajaran oleh murid terhadap sesuatu unit pembelajaran akan

bertambah rumit jika kemahiran membaca mereka adalah lemah. Sebaliknya mereka akan mudah

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 10

Page 11: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

menguasai sesuatu unit pembelajaran jika mereka dapat menguasai kemahiran membaca. Guru

juga mesti mempelbagaikan kaedah pengajajran mereka agar potensi murid dapat

diperkembangkan semaksimum yang mungkin (Shukri Zain, 2007). Hal ini kerana, di dalam

sesuatu kelas terdapat pelbagai tahap kemahiran membaca oleh murid. Oleh yang demikian, guru

perlu merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan berkesan bagi

membolehkan semua murid dapat menguasai perkara yang diajar. Keadaan ini akan menjadikan

murid yang lemah dapat menguasai pembelajaran dengan baik dan murid yang mahir tidak akan

bosan dengan pengajaran yang dilakukan oleh guru.

Antara aktiviti yang mesti dibuat oleh guru seperti aktiviti yang dapat memberi peluang

sepenuhnya kepada murid untuk mempraktikkan kecekapan berbahasa yang boleh menunjukkan

bakat dan mencabar pemikiran. Selain itu, guru juga hendaklah menyediakan aktiviti yang boleh

menyeronokkan murid supaya mereka tidak merasa bosan terhadap pengajaran dan pembelajaran

bahasa seperti berlakon, simulasi dan main peranan (Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa, 1992).

Selain itu, impak kemahiran membaca murid juga memastikan guru untuk melakukan aktiviti

pengayaan.

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 11

Page 12: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

Aktiviti pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas yang dijalankan

sama ada sekolah ataupun di luar waktu sekolah, daerah, negeri atau kebangsaaan. Aktiviti ini

hendaklah dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran bahasa

yang telah dan sedang dipelajari. Melalui aktivti ini murid mendapat peluang tambahan untuk

mengembangkan minat, daya kreativiti, perasaan ingin tahu, sikap berdikari dan bakat

kepimpinannya. Aktiviti pengayaan ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu pilihan murid atau

pilihan guru. Dalam aktiviti pengayaan pilihan murid, mereka bebas memilih dan menjalankan

sendiri sesuatu aktiviti mengikut minat dan kebolehan masing-masing. Guru boleh menyediakan

beberapa pukal bahasa yang boleh dipilih sendiri oleh murid. Manakala bagi pilihan guru pula

aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tertentu. Aktiviti ini dikendali secara

formal mengikut arahan, penentuan atau rancangan guru (Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa,

1992).

Impak kemahiran membaca juga memerlukan guru untuk melakukan aktiviti pemulihan

bagi murid yang mengalami masalah. Pemulihan mengikut Kamus Dewan bermaksud perbuatan

memulihkan, pengembalian kepada yang semula dan pemulangan atau pengembalian. Murid

yang lemah dalam kemahiran membaca boleh menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 12

Page 13: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

terganggu. Misalnya mereka membuat bising atau menganggu kawan lain yang hendak belajar.

Keadaan ini akan menyebabkan pengajaran guru tidak berkesan.

Oleh yang demikian, aktiviti pemulihan diperlukan bagi membantu murid yang

bermasalah ini. Aktiviti pemulihan merupakan langkah khas untuk membantu murid-murid

menghadapi masalah pembelajaran dan dijalankan dalam waktu yang pendek. Goleman (1995)

mengatakan bahawa seseorang yang mempunyai kecerdasan emosional yang tinggi mampu

mengenal emosi sendiri (self-awareness), menguruskan emosi (self-management), memotivasi

diri (motivation), memahami emosi dalam orang lain (empathy) dan dapat menjalin hubungan

dengan manusia (sosial skills). Sekiranya seseorang murid itu dapat mengenal pasti emosinya

sendiri, dia akan menyedari kelemahan dan kekuatannya dan membuat sesuatu keputusan dengan

bijak (Shukri Zain, 2007).

Hal ini menunjukkan bahawa guru hendaklah memainkan peranan dalam meningkatkan

tahap kecerdasan emosi murid bagi membolehkan mereka bersemangat untuk belajar membaca

dan lebih mahir. Kesimpulannya, kejayaan pengajaran guru-guru bahasa tidak hanya bergantung

kepada latihan mengenai cara-cara pengajaran, tetapi juga pengetahuan yang secukupnya tentang

bahasa yang menjadi bahan pengajaran mereka. Tetapi dengan penguasaan bahasa yang tinggi

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 13

Page 14: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

serta dibekalkan dengan kaedah pengajaran yang baik, belum tentu guru itu akan berjaya tanpa

disokong oleh sikap dedikasi, usaha dan inisiatif yang perlu dilakukan oleh guru itu (Azman

Wan Chik, 1986). Oleh itu, kemahiran membaca dalam kalangan murid sekolah rendah dapat

dipertingkatkan.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN

KEMAHIRAN MEMBACA

Kemahiran membaca merupakan kemahiran peringkat tinggi, kemahiran ini

pembacaan. Ramai pelajar sama ada di peringkat sekolah rendah atau peringkat menengah masih

lagi tidak boleh membaca dengan lancar (Dr. Syukri Abdullah, 2007). Kemahiran membaca itu

bukanlah kemahiran semulajadi. Membaca tidak sama pembentukannya seperti berjalan atau

berlari. Ini bermakna , kemahiran ini perlu dipupuk dengan cara yang tersusun dan berkesan.

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 14

merupakan bukan satu perkara yang mudah untuk dikuasai terutamanya pada peringkat awal

Page 15: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

Pelbagai kaedah telah digunakan untuk meningkatkan kemahiran membaca (Noor Fazrina

Kamal, 2007). Antara langkah yang boleh dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membaca

ialah:

i. Peranan guru

Guru memainkan peranan yang amat penting bagi meningkatkan kemahiran membaca

dalam kalangan murid sekolah rendah. Kita boleh perhatikan bahawa masih ada murid sekolah

rendah yang belum dapat menguasai kemahiran membaca dengan lancar. Bagi mengatasi

permasalahan ini, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk meningkatkan kemahiran

membaca. Menurut Azwan Wan Chik (1986), terdapat empat kaedah mengajar membaca Bahasa

Melayu yang biasa dilaksanakan dalam bilik darjah iaitu kaedah abjad, kaedah seluruh perkataan,

kaedah fonik dan kaedah eklektik. Setiap kaedah mempunyai cara penyampaian yang berbeza

dan guru boleh menggunakan kaedah-kaedah tersebut dalam proses pengajaran membaca kepada

murid.

Namun begitu, kaedah eklektik adalah paling sesuai digunakan untuk mengajar membaca

kerana ia menggabungkan terus kaedah fonik dan kaedah seluruh perkataan dan ayat dalam satu

pelajaran membaca. Selain penggunaan teknik yang betul dalam pengajaran membaca, alat

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 15

Page 16: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

bantu mengajar (ABM) juga memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu termasuk mengajar membaca. Setiap pengajaran yang telah dirancang oleh guru

bermula dari ‘set induksi’ sehinggalah ke penutupnya, seharusnya guru menyediakan ABM atau

media yang paling berkesan supaya objektif pengajaran tercapai (Syarifah Alwiah Alsagoff,

1984: 349 dalam Marzukhi Nyak Abdullah, 1994). Penggunaan ABM dapat memudahkan

murid-murid memahami atau membantu mereka ke arah pembentukan konsep yang betul.

Contohnya, penggunaan gambar dalam pengajaran membaca dapat membantu dan merangsang

minda murid untuk menyebut dan membacanya. Selain itu, untuk menjadi seorang pembaca

yang berkesan, murid juga perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca.

Oleh itu guru perlu membimbing murid untuk menguasai teknik-teknik tersebut dari

peringkat sekolah rendah lagi. Dalam konteks sekolah, murid membaca untuk tujuan-tujuan

seperti untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara,

untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara, untuk memahami

sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang sesuatu konsep dan untuk mengumpul

pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan. Secara umumnya, seseorang murid perlu

menguasai dua teknik membaca, iaitu membaca pantas dan membaca kritis.

ii. Peranan murid

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 16

Page 17: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

Kejayaan murid dalam bidang pelajaran terletak di tangan mereka sendiri. Murid perlu

rajin dan berusaha untuk memantapkan diri bagi mengatasi kelemahan yang dimiliki. Bagi

meningkatkan kemahiran membaca, murid perlu memperuntukkan masa yang sesuai untuk

membaca. Kebanyakan individu memberi alasan tidak membaca kerana kesuntukan masa.

Memang tidak dinafikan bahawa terdapat banyak alasan terhadap waktu, tetapi jika murid

berminat pada kemajuan diri dalam kemahiran membaca, maka mereka perlu mengatur masa dan

memperuntukan sedikt masa untuk membaca dengan baik. Prof. DR. Henry Guntur Tarigan

(1994) mengatakan bahawa masa untuk membaca tidak perlu lebih dari 15 hingga 30 minit,

tetapi kesetiaan murid terhadap pembacaan akan meningkatkan kemahiran membaca mereka.

Katanya lagi, orang yang tidak ingin maju sahajalah yang tidak menyediakan masa untuk

membaca dalam hidupnya.

Usaha yang paling efisyen untuk mengetahui segala kejadian pening di dunia moden

sekarang ini adalah dengan membaca. Selain itu, menyediakan masa untuk membaca

berhubungan rapat dengan salah satu aspek yang paling penting dalam membaca kritis iaitu

mengetahui apa yang baik dan bermanfaat untuk dibaca. Memang tidak mungkin muurid akan

membaca tentang semua perkara, oleh itu setiap murid perlu mengadakan prinsip-prinsip sendiri

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 17

Page 18: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

yang dapat membimbing mereka terhadap apa yang harus dibaca dan tidak perlu dibaca. Dalam

buku Azman Wan Chik (1986) ada diselitkan pesanan Sandra Loch kepada Encik Simkins yang

dinukilankan dalam buku Personalized Reading Instruction oleh Walter R. Barbe de Jerry L.

Abbott, terjemahannya lebih kurang begini:

”Saya suka waktu yang tuan tentukan untuk bacaan kerana saya boleh membaca apa-

apa buku yang saya suka dan saya tidak dipaksa membaca buku yang saya tidak suka,

saya juga suka kerana saya diberi masa untuk membaca. Saya suka menyatakan bahawa

sesungguhnya saya seronok membaca dan saya fikir anda akan belajar bagaimana

membaca dengan baik apabila anda membaca buku-buku yang anda suka, ini akan

menarik minat anda ingin membaca. Saya tulis suatu catatan berkenaan dengan buku-

buku yang saya sudah baca, dengan itu saya boleh memberitahu kepada semua orang

bahawa tidak ada sebuah buku yang baik tentang sebuah buku yang saya sudah baca, ini

menjadikan mereka akan berminat membaca buku-buku. Percayalah saya suka

membaca.”

Daripada pesanan di atas ternyata setiap murid boleh dipupuk minat membacanya

dengan memimpin mereka memilih buku-buku yang disukainya dan menentukan masa untu

membaca.

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 18

Page 19: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

iii. Peranan sekolah

Peranan pihak sekolah juga penting dalam meningkatkan kemahiran membaca dalam

kalangan murid. Bagi murid yang dikesan mempunyai kelemahan dalam kemahiran membaca,

mereka perlu diberi kelas pemulihan yang khusus untuk memahirkan mereka dalam bacaan.

Kelas pemulihan ini pula memerlukan guru- guru yang mahir untuk mengajar mereka supaya

mahir membaca. Di samping itu, persekitaran sekolah juga penting untuk memotivasikan murid

agar gemar membaca. Bernard (1965) berpendapat motivasi ialah penggerak yang melibatkan

proses membangkit, mengekal dan mengawal minat (Ramlah Jantan dan Mahani Razali, 2004).

Contohnya, pada dinding-dinding sekolah atau tugu perlu diletakkan motto atau renungan yang

berkaitan dengan kelebihan dan kebaikan amalan membaca.

Keadaan ini secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada murid untuk cuba

menghayati dan mengubah diri mereka ke arah suka membaca. Selain itu, sudut bacaan juga

perlu diwujudkan di dalam bilik darjah. Sudut ini perlu disediakan dengan buku-buku yang

sesuai dibaca oleh murid dan sudut ini juga perlulah senyap dan selesa supaya murid dapat

menumpukan perhatian mereka semasa mereka membaca (Nordin Mamat, 2005).

iv. Peranan ibu bapa

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 19

Page 20: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

Terdapat hubungan yang rapat antara peranan ibu bapa dan persekitaran rumah dalam

pemerolehan kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak. Kajian Durkin (1966) tentang

kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walaupun masih di dalam kelas-kelas tadika

mendapati bahawa faktor utama yang mendorong mereka cepat dan lancar membaca ialah

jumlah bahan bacaan yang mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa. Trelease (1989) (dalam

Lee Lai Guan, Rahman & Salihah, 2007) pula berpendapat membaca kuat kepada anak-anak

boleh mendatangkan banyak faedah. Ibu bapa yang membaca kuat kepada anak bukan sahaja

dapat meningkatkan kemahiran membaca anak tetapi kemahiran-kemahiran lain yang berkaitan

dengan kemahiran membaca. Antara lain, ibu bapa dapat meningkatkan daya mental anak-anak

mereka dengan meluaskan konsep, perbendaharaan kata serta meluaskan alam pengetahuan dan

pemikiran.

Dalam kajiannya, Hansen (1969) telah menggabungkan 4 faktor yang berkaitan dengan

persekitaran rumah. Faktor-faktor itu ialah terdapat atau tidak bahan bacaan yang sesuai di

rumah, masa yang diperuntukkan bagi membaca kepada kanak-kanak, masa yang diperuntukkan

bagi membimbing dan menggalakkan kanak-kanak membaca dan sama ada ibu bapa menjadi

contoh atau model yang baik kepada kanak-kanak. Keempat-empat faktor itu secara bergabung

didapati lebih mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca daripada secara berasingan.

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 20

Page 21: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

Ibu bapa juga perlu menunjukkan sikap suka membaca kepada anak-anak. Perkara ini

disokong oleh Rohani Rustam dan Jamiah A.Bakar (1995) menyatakan contoh melalui teladan

penting dan benar kerana sudah menjadi tabii anak-anak suka meniru. Apa yang dibuat oleh ibu

bapa atau orang-orang dewasa yang sentiasa berada dengannya, maka itulah yang akan cuba

ditirunya. Walaupun mereka bukan pembaca yang serius, namun perbuatan ibu bapa membaca

bahan-bahan itu menjadi contoh kepada anak-anak. Sebagai kesimpulan, faktor peranan ibu

bapa dan persekitaran rumah merupakan faktor utama dalam mempengaruhi sikap kanak-kanak

membaca. Ia merupakan faktor penentu sama ada seseorang kanak-kanak akan menjadi pembaca

yang berjaya atau sebaliknya.

BAB III

METODOLOGI

REKABENTUK KAJIAN

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 21

Page 22: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

KUMPULAN SASARAN

Responden kajian saya terdiri daripada 10 orang murid iaitu 2 orang murid tahap

pencapaian mereka adalah sederhana dan amat lemah. Kumpulan ini dipilih melalui ujian

membaca dengan lancar yang telah diadakan pada 2 - 3 Februari 2010. Semasa ujian tersebut

diadakan terdapat seorang murid yang langsung tidak boleh membaca. Ini kerana murid tersebut

agak buta huruf dan mudah lupa apa yang telah dipelajari atau perkataaan yang telah disebut.

Keadaan ini betul-betul menuntut kesabaran dan komitmen yang tinggi dari pihak saya.

INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen yang saya gunakan dalam kajian ini ialah Ujian pra dan ujian pasca bacaan.

Instrumen ini dipilih berdasarkan perbincangan dengan rakan sejawat yang lain dan dilakukan

pada 2 – 3 Februari 2010. Bagi menilai instrumen ini, satu markah akan diberikan kepada setiap

murid yang boleh membaca setiap satu perkataan (sila rujuk Lampiran A ).

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 22

perempuan dan 8 orang murid lelaki Tahun 1 Murni dalam lingkungan umur 7 tahun, di mana

Page 23: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

TATACARA KAJIAN

Langkah-Langkah Tindakan

Setiap kali masuk kelas selama tiga minggu berturut-turut, saya telah menjalankan

aktiviti berikut:

Minggu pertama ( 6 – 10 Februari 2010 )

1. Ujian mengeja suku kata KV

2. Ujian mengeja 2 suku kata KV + KV

3. Ujian mengeja 3 suku kata KV + KVK + KV, KV K + KV + KV

Guru menunjukkan gambar dan minta murid menamakan gambar. Guru

mengedarkan kad huruf dan meminta murid munyusun huruf supaya menjadi

perkataan yang bermakna.

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 23

Page 24: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

Minta murid membaca perkataan yang telah disusun (sila lihat Lampiran B)

Minggu Kedua ( 13 - 17 Februari 2010 )

1. Pelajar diminta meneliti semula gambar yang diberi kemudian diminta mengeja

perkataan berpandukan gambar.

2. Latih-tubi mengeja perkataan berpandukan gambar.

3. Mengenalkan perkataan-perkataan baru.

4. Murid diminta mengeja perkataan sambil menutup mata (sila rujuk lampiran C)

Minggu Ketiga ( 20 – 24 Februari 2010 )

1. Mengenalkan kepada murid beberapa ayat mudah daripada perkataan yang telah

dipelajari.

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 24

Page 25: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

2. Bimbing murid membaca ayat mudah.

3. Latih-tubi murid membaca ayat mudah yang di beri.

4. Ujian membaca ayat mudah.

Aktiviti ini diteruskan kepada pelajar yang masih belum menguasai kemahiran

mengeja, membatang suku kata dan membaca dengan lancar. Manakala pelajar

yang telah menguasai kemahiran membaca akan diberika ayat pendek yang lain

(sila rujuk lampiran D).

PENGUMPULAN DATA

Kajian ini menggunakan instrumen-instrumen berikut:

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 25

Page 26: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

i. Ujian Pra

Tarikh : 22 – 23 Mac 2010

Masa diberi : 10 minit setiap orang

Jumlah suku kata : 10 suku kata

ii. Ujian Pasca

Tarikh : 29 – 30 Mac 2010

Masa diberi : 10 minit seorang

Jumlah suku kata : 10 suku kata

Soalan Pra dan Pasca adalah berbeza tetapi masih menggunakan kaedah mengeja suku

kata yang sama. Ini bertujuan untuk mengetahui sama ada murid dapat atau belum menguasai

kemahiran mengeja, membatang suku kata dan seterusnya membaca ayat pendek.

PENGANALISISAN DATA ( KEPUTUSAN )

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 26

Page 27: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

Jadual 1 menunjukkan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca yang telah dibuat pada 22 – 23

Mac 2010 dan 29 – 30 Mac 2010 yang lalu. Berdasarkan ujian pra dan ujian pasca yang telah

dibuat, jelas menunjukkan perbezaan keputusan yang diperolehi. Dalam ujian pra yang telah

dibuat, markah yang diperolehi bagi 1 suku kata ialah 26, 2 suku kata ialah 17 dan 3 suku kata

ialah 9. Ini menjadikan jumlah keseluruhannya ialah 52.

Ujian pasca dilakukan selepas ujian pra. Berikut adalah hasil pencapaian yang telah

didapati yang mana bagi ujian 1 suku kata, markahnya ialah 36, 2 suku kata 31 dan 3 suku kata,

markahnya 17. Jumlah keseluruhan markah yang didapati ialah 84.

Dari keputusan di atas, didapati ada keberkesanan dan peningkatan dalam mengeja

perkataan yang mengandungi suku kata dan perkataan yang telah diberikan. Ini dapat dilihat

pada peratusan markah pada Jadual 2. Dalam ujian pra, peratusan yang diperolehi bagi 1 suku

kata ialah 50%, dua suku kata 20% dan tiga suku kata 0%. Manakala dalam ujian pasca pula,

peratusan bagi ujian satu suku kata telah meningkat kepada 90%, dua suku kata 60% dan tiga

suku kata 20%. Ini menunjukkan peningkatan yang agak memberangsangkan.

Jadual 1 : Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 27

Page 28: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

Bila

ngan Nama Murid

Sebelum Tindakan Selepas Tindakan

1

Suku

Kata

2

Suku

Kata

3

Suku

Kata

Jum

1

Suku

Kata

2

Suku

Kata

3

Suku

Kata

Jum

1 Alieysa Balqis 2 1 1 4 3 2 2 7

2 Ali Daniel 4 3 2 8 5 4 3 12

3 Bibi Syahirah 3 2 2 7 4 4 3 11

4 Mohd Amzar 2 2 0 4 3 3 1 7

5 Mohd Zuhairy 3 2 1 6 4 4 2 10

6 Muhd Syafiq Nazwan 3 1 1 5 4 4 2 10

7 Sharifah Nur Azla 4 3 2 8 5 5 2 12

8 Syarifah Adawiyah Putri 2 1 0 3 3 2 1 6

9 Syed Mohd Ariffin 2 1 0 3 3 2 1 6

10 Yasmin Adilah Safwah 1 1 0 2 2 1 0 3

26 17 9 52 36 31 17 84

Jadual 2 : Analisis Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 28

Page 29: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

Gred

Ujian Pra Ujian Pasca

1

Suku

Kata

2

Suku

Kata

3

Suku

Kata

1

Suku

Kata

2

Suku

Kata

3

Suku

Kata

Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

Cemerlang ( 5 ) 0 0 0 0 0 0 2 20 1 10 0 0

Baik ( 4 ) 2 20 0 0 0 0 3 30 4 40 0 0

Sederhana ( 3 ) 3 30 2 20 0 0 4 40 1 10 2 20

Lemah (1 & 2 ) 5 50 8 80 10 100 1 10 4 40 8 80

Jumlah 10 50 10 20 10 0 10 90 10 60 10 20

BAB IV

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 29

Page 30: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

PENUTUP

REFLEKSI TINDAKAN

Melalui kajian tindakan yang telah dijalankan saya dapati ada menampakkan

membaca dengan menggunakan kad suku kata dan gambar telah dapat ditingkatkan.

Ketika saya menjalankan kajian ini terdapat pelbagai rintangan yang terpaksa dihadapi.

Antara masalah yang saya hadapi ialah kekangan masa. Seperti mana yang diketahui, masa

sangatlah penting dan ianya merupakan satu perkara yang amat terbatas dalam menjayakan

program kajian ini. Saya terpaksa membahagikan masa untuk pengajaran dan pembelajaran di

kelas biasa, kursus-kursus dan kajian tindakan ini.

Pada peringkat awal juga, tiada kerjasama daripada rakan sejawat dan murid-murid yang

terlibat bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Terdapat pelajar yang buta huruf, tidak

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 30

hasil yang agak membanggakan. Pencapaian dan penguasaan pelajar terhadap kemahiran

Page 31: Assign kajian

ZAIRUDIN BIN ALI670610115677002

boleh membatang perkataan, mudah lupa apa yang telah dibaca dan tidak memberi tumpuan

terhadap aktiviti yang dijalankan. Namun segala rintangan itu dapat diatasi dan saya amat

gembira dan berbangga kerana kajian tindakan yang dijalankan telah menampakkan hasil yang

agak memberangsangkan.

RUMUSAN

Dalam melaksanakan kajian tindakan ini, banyak pengalaman yang dapat dikutip.

Antaranya ialah kesabaran dan komitmen guru yang tinggi yang bertindak sebagai pengkaji

sangatlah diharapkan. Selain itu, kerjasama dari semua pihak sangat diperlukan terutamanya

daripada pihak sekolah, rakan sejawat dan yang paling penting dari murid-murid itu

sendiri.Perkara yang paling penting sekali ialah dapat membantu murid meningkatkan kemahiran

membaca dengan lancar.

BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 31