laporan big

12
BIG FASA 5: LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING) 1.0PENGENALAN Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikandiri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia disamping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.Program Bina Insan Guru (BIG) semester 6 berfokus kepada memberikefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang,hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikanserta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan.

Upload: yew-min-low

Post on 16-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

pismp sem5

TRANSCRIPT

BIG FASA 5: LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING)1.0PENGENALANPelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikandiri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia disamping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.Program Bina Insan Guru (BIG) semester 6 berfokus kepada memberikefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang,hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikanserta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan.

2.0: OBJEKTIF:Melalui lawatan ini, diharapkan guru pelatih akan dapat:4.1: Didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah.4.2: Memahami dan mengenal pasti bentuk-bentuk pengurusan cemerlang.4.3: Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian.4.4: Melibatkan diri secara aktif dalam sebarang aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini.

3.0 LAPORAN AKTIVITI:Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu lawatan penanda aras atauBenchmarking ke sebuah sekolah yang merupakan tugasan yang wajib dilalui olehguru pelatih PISMP Semester 6 di bawah Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5. Justeru, kami telah membuat beberapa siri mesyuarat bagi menubuhkan satuorganisasi untuk menguruskan program ini. Dalam mesyuarat yang diadakan ini, kami telah bersetuju melantik Chong Su Yee daripada unit L5 sebagai pengerusi BIG Fasa 5. Dalam mesyuarat tersebut juga, kami telah membuat perlantikan beberapa Ahli Jawatan Kuasa (AJK) seperti AJK Pengangkutan, AJK BukuProgram dan Aktiviti, AJK Makanan dan lain-lain. Perlantikan AJK ini adalah bertujuan bagi melicinkan program yang akan dijalankan. Selain itu, kami juga telah membincangkansekolah-sekolah yang sesuai untuk dijadikan penanda aras. Dengan sebulat suara kami telah bersetuju dengan cadangan pengerusi untuk memilih SJK (C) Hua Lian 3, Taiping sebagai tempat untuk kami membuat penanda aras. Program BIG Fasa 5 ini telah disertai seramai 46 orang guru pelatih yang terdiri daripada guru pelatih PISMP Bahasa Cina(SK), unit L1 dan PISMP Bahasa Cina (SJK), unit L5 ambilan Januari 2013. Lawatan ini juga telah diiringi oleh dua orang pensyarah iaitu Encik Mohammad bin Lani, tutor unit L1dan juga Cik Ng Poi Pick, iaitu tutor unit L5.Program ini telah dijalankan pada hari Jumaat, 6 Mac 2015. Pada pukul 5.45 pagi, kami telah berkumpul di garaj busi. Sebelum bertolak,pengerusi BIG telah memastikan bahawa bilangan guru pelatih yang menaiki bas telahmencukupi. Seterusnya, kami bertolak ke SJK(C) Hua Lian 3 pada pukul 6.00 pagi. Perjalanan kami ke SJK(C) Hua Lian 3 telah mengambil masa hampir satu setengah jam.Pada 7.30 pagi, kami telah tiba di SJK(C) Hua Lian 3. Kami telah disambut oleh Puan Intan Syuhada Mohamed Latifi selaku koordinator program bagi pihak sekolahtersebut serta beberapa orang guru yang lain. Selepas itu, kami pun medaftar di kaunter yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Selepas itu, majlis perasmian dijalankan oleh guru besar serta pensyarah pengiring kami. Selepas itu, taklimat telah bermula dan penceramah ialah guru besar iaitu Encik. Beliau telah berkongsi pengalaman tentang cabaran dan halangan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang pada masa dulu,kini dan akan datang. Seterusnya, beberapa soalan telah ditanya oleh guru pelatih kepada guru Besar bagi mengetahui sejauh mana usaha yang dilakukan oleh mereka bagi mendapat gelaran Guru Besar Cemerlang. Perkongsian yang diberikan sangat menarik dan telah membakar semangat kami untuk mengikuti jejak langkah mereka sebagai Guru Besar Cemerlang.Beliau memperkenalkan kepada kami tentag sekolah beliau. Beliau juga menyentuh tentang pengurusan dan pentadbiran sekolah beliau. Beliau juga menyenaraikan pencapaian murid sekolah tersebut dalam aspek kurikulum dan kokurikulum. Yang lebih istimewa ialah, pelajar mereka mencapai keputusan yang cemerang dalam bidang robotik. Ini memang menimbulkan perasaan hairan kami terhadap murid sekolah ini.Selepas itu, kami dijemput untuk menikmati sarapan pagi yang telah disediakan di kantin sekolah. Selepas sarapan pagi, gurus sekolah mengiringi kami untuk mengunjung ke kawasan sekolah. Infrastruktur sekolah memang cukup. Bilik muzik yang dipenuhi dengan alat muzik gitar, makmal komputer yang mempunyai pelbagai sudut pameran hasil kerja robotik murid. Guru juga menjelaskan kepada kami dengan jelas tentang sejarah dan perkembangan robotik di sekolah ini. Guru juga membimbing dua murid yang pekar dalam mmenghasilkan robotik untuk membuat demonstrasi kepada kami bagaimanakah mereka membuat alat robotik yang akan dipertandingkan dalam pertadingan robotik peringkat sekolah. Selain itu, sekolah ini juga menggunakan kemudahan IT yang canggih. Mereka menggunakan software belajar yang murid boleh menjawab di atas alat IT tersebut. Ini memang dapat meningkatkan minat murid untuk belajar dan menjadikan kelas jadi menarik. Setelah selesai sesi melawat ke kawasan sekolah, kami menjalankan majlis penutupan. Sesi penyampaian cenderamta kepada pihak sekolah dan gambar keseluruhan peserta juga diambil oleh AJK fotografi. Selepas itu, kami sekali lagi dibawa ke kantin untuk menikmati jamuan makan tengah hari yang telah disediakan.Sebelum pulang ke kampus, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru besar dan juga guru sekolahtersebut. Kami juga telah mengambil kesempatan untuk bergambar di hadapan pintu pagar keluar sekolah tersebut sebagai tanda kenang-kenangan. Saya berharap ilmuyang diperoleh sepanjang program ini berlangsung dapat saya gunakan pada masaakan datang sebagai seorang pendidik.Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

(LOW YEW MIN)AJK DokumentasiNo.KP: 911210-08-6138

4.0 REFLEKSI KESELURUHAN:Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakanbagi melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran sertamempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalamterhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akanmengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam dirisetiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. Sesungguhnya BIG seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidikmenjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat & berbakti kepada nusa,bangsa dan juga negara.Selain itu, program Bina Insan Guru Insan ini dapat membina insan guru yangberakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal mental ,rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras dengannilai-nilai keguruan.Program ini juga dapat membina daya kepimpinan dan memupuk sikapbertanggungjawab, berfikiran kritis dan kreatif serta menghayati misi dan visi FalsafahPendidikan Kebangsaan (FPK).Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang,hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikanserta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, saya telah didedahkan dengankeperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yangberkesan.Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan olehguru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada saya untukbersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar guru agar saya lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang.Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah-sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah masing-masing supaya terus cemerlang.

Gambar-gambar aktiviti:

Guru besar memilih beberapa orang pelatih untuk melakukan gerak badan mengikut irama muzik.

Guru pelatih membuat persembahan di atas pentas.

Guru pelatih memberikan perhatin yang sepenuhnya semasa taklimat diberikan.Guru besar memberikan taklimat kepada guru pelatih.

Guru pelatih mengedar daripada dewan dan bergerak ke kantin.Pensyarah pengiring mendengar taklimat yang diberikan bersama guru pelatih.

Gambar-gambar aktiviti:

Pensyarah pengiring bersama guru pelatih beratur untuk mendapatkan makanan.

Guru pelatih bersedia untuk menjamu selera di kantin sekolah.

Guru pelatih sedang menggunakan chrome book.Guru pelatih mendengar taklimat tentang penggunaan chrome book.

Guru pelatih berasa seronok dengan remote control yang canggih ini.Guru pelatih menggunakan remote control untuk menjawab soalan yang dipaparkan dalam skrin.

Sesi penggambaran guru pelatih sebelum program tamat.Penyampaian cenderamata kepada guru sekolah.Pekerja sedang menjelaskan ;software yang dikeluarkan oleh syarikat mereka.Bilik muzik yang digantung dengan gitar yang agak banyak.Murid sedang menghasilkan alat robotik yang mudah.Hasil alat robot yang dicipta oleh murid.