kompentasi bm

Upload: hazmir-a-hamid

Post on 03-Mar-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kompentasi

TRANSCRIPT

NO. MATRIK : 730611015805

KOMPETENSI DALAM BAHASA MELAYU

BilIsi KandunganMuka Surat

1.0PENGENALAN3

1.1Komunikasi Bertulis3

2.0Taksiran: Ciri-ciri teks yang jelas, tepat dan mudah difahamiKhalayak. 6

3.0Risalah panduan pengendalian pidato peringkat sekolah.7

4.0Implikasi aktiviti-aktiviti pidato bahasa Melayu kepada pelajar.14

5.0Kesimpulan16

6.0Rujukan17

1.0PENGENALANMenurut Dr. S.Nathesan (2013), di dalam Glosari Pendidikan, komunikasi adalah penghantaran dan penerima mesej yang berlaku antara penghantar dan penerima secara lisan atau bertulis. Ini bermaksud tanpa komunikasi memerlukan perantaraan diantara satu sama lain sebagai penguat kepada sesuatu apa yang mahu disampaikan dan bagaimana ia bermula. Malah di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), komunikasi diandaikan sebagai suatu alat perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan sebaginya. Melalui maksud kedua-dua di atas telah diperkuatkan lagi oleh Abdul Muati Ahmad (2003), menyatakan komunikasi merupakan satu proses penyampaian atau pemindahan mesej daripada seseorang yang lain. Komunikasi juga adalah satu proses perwujudan kefahaman orang lain terhadap mesej yang ingin disampaikan. Kedua-duanya mempunyai kefahaman yang boleh dikongsi bersama. Ia bermaksud komunikasi adalah persefahaman di antara pertutur atau penulis yang ingin menyampaikan sesuatu mesej yang hendak disampaikan melalui teks atau lisan yang membawa satu topik yang diharap memberi satu rangsang kepada pendengar menilai sesuatu perkara tersebut dengan teliti dan berkesan.Tugasan kali ini memerlukan takrifan berkaitan dengan komunikasi bertulis melalui tajuk berpidato dan mentaksirkan ciri-ciri penekanan penghasilan teks yang jelas, tepat serta mudah difahami khalayak. Juga satu risalah tentang pengendalian pertandingan pidato peringkat sekolah sebagai salah atu aktiviti yang dapat membantu pelajar mengembangkan idea dan sahsiah sebagai menu kepada tugasan kali ini.1.1Komunikasi BertulisKomunikasi bertulis boleh ditakrifkan sebagai salah satu cara yang berkesan menyampaikan sesuatu mesej melalui kaedah tulisan yang memerlukan format yang betul dan selaras dengan penggunaan bahasa yang sesuai dengan tajuk pidato. Komunikasi bertulis melibatkan penulisan berkaitan dengan surat-menyurat, e-mel, memorandum, laporan persatuan dan sebaginya serta penulisan blog di internet.Menurut Abdullah Hassan dan Ainon (2007), menyatakan komunikasi adalah salah satu penggunaan gaya bahasa yang digunakan menerangkan isu atau isi yang hendak disampaikan dapat mempengaruhi pendengar dengan gaya komunikasi atau ucapan yang disampaikan dengan berkesan. Ia bermaksud sesebuah teks pengucapan baik melalui komunikasi lisan mahupun penulisan penggunaan isu atau isi yang bernas membawa kepada satu keberhasilan pengucapan yang dapat menarik perhatian pembaca mahupun pendengar.Di dalam komunikasi penulisan juga merupakan satu proses atau kaedah penyampaian melalui mesej daripada seorang kepada seorang yang lain. Di mana kekuatan yang perlu ada di sini ialah persefahaman cara mesej itu disampaikan dapat dikongsi bersama penggunaan bahasa yang mudah difahami.Konsep komunikasi bertulis merangkumi dua bahagian di mana ia melibatkan aspek pengguna dan juga cara penggunaan menggunakan bahasa tulisan. Melalui konteks pengguna, bahasa yang sering digunakan adalah bahasa seharian atau bahasa dialek di sesebuah tempat seperti bahasa dialek di Terengganu. Kebiasaannya penggunaan bahasa tulisan tersebut mengikut dialek di tempat tersebut sebagai salah satu cara menyampaikan maksud atau mesej yang tersirat.Konsep kedua pula ialah bahasa tulisan mengikut laras bahasa yang digunakan berdasarkan format tertentu. Contohnya penulisan menggunakan bahasa rasmi seperti laporan dan surat kiriman. Penggunaan laras bahasa mengikut format ini akan membezakan dari segi tujuan, objektif dan mesej yang hendak disampaikan.Komunikasi bertulis juga membabitkan pandangan dan pendapat serta memberikan idea yang bernas melalui penulisan dalam bentuk lambang grafik. Kekuatan melalui komunikasi bertulis ini ialah ia dapat mengekalkan daya ingatan dan penghasilan yang terancang melalui penulisan yang sarat dengan isi, hujah dan contoh yang terkini. Keberkesanan komunikasi bertulis dapat dilihat dari sudut cara penyampaian mesej yang mudah difahami pembaca atau pendengar. Olahan penulisan juga mudah disampaikan dan penuh bermakna mengikut penerapan isu-isu semasa masa kini dengan baik sekali.Komunikasi bertulis juga dapat disampaikan melalui bentuk-bentuk penulisan secara tidak formal dan formal seperti surat kiriman, memorandum, laporan, e-mel, dan sebagainya. Melalui bentuk komunikasi bertulis ini sesuatu mesej dapat disampaikan serta mudah difahami oleh pendengar atau pembaca. Apa yang penting di dalam komunikasi bertulis ini juga ialah segala fakta dalam penulisan tersebut dapat dikongsi bersama. Menurut Abdul Muati Ahmad (2000), di dalam buku bertajuk kompetensi dalam bahasa Melayu melalui penulisan Dr Adenan Ayob menyatakan bahawa mesej komunikasi berfungsi sebagai menggambarkan maklumat yang hendak disampaikan. Di mana terdapat lima etika yang perlu dipatuhi dalam sesuatu mesej komunikasi iaitu:i. Pemilihan sesuatu perkataan, simbol, isyarat atau ayat yang mudah ditafsir.ii. Gambaran yang jelas mengikut maksud mesej.iii. Penggunaan bahasa yang mudah difahami.iv. Sesuatu mesej itu adalah ringkas serta padat bersesuai dengan maksudnya.v. Mesej yang lengkap serta difahami bagi menggambarkan keseluruhan komunikasi tersebut.Penjelasan yang cuba digambarkan oleh Abdul Muati Ahmad di atas ialah bagaimana mesej sesuatu komunikasi bertulis itu begitu memainkan peranan di dalam hasil penulisan yang baik dan berkesan kepada penerima. Kekuatan di dalam komunikasi bertulis ini bergantung kepada cara mengolah dan menghuraikan isu-isu penting yang membawa kepada corak komunikasi bertulis ini dapat diterima semua berdasarkan kajian dan maklumat semasa.Kekuatan komunikasi bertulis ini juga berdasarkan beberapa bahagian yang mana ia melibatkan huraian sesuatu fakta itu diterjemahkan. Begitu juga dengan gaya bahasa yang ditampilkan banyak menyentuh tentang penggunaan tatabahasa yang betul bagi memantapkan lagi cara komunikasi bertulis ini disampaikan. Begitu juga dengan penggunaan laras bahasa yang sesuai dengan apa yang akan disampaikan.Rumusan yang dapat dinyatakan di sini ialah bagaimana komunikasi bertulis ini memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya bagi menghasilkan sesuatu yang terbaik dan dirumus dengan kaedah yang berkesan.

2.0Taksiran : Ciri-ciri teks yang jelas, tepat dan mudah difahami khalayak.Penghasilan sesebuah teks memerlukan seseorang pelajar menepati ciri-ciri teks dan ketepatan yang jelas serta mudah difahami oleh khalayak sekiranya di baca akan mampu memberi kesan yang positif kepada pembaca. Ciri-ciri yang dimaksudkan adalah seperti berikut:2.1Menggunakan bahasa penulisan yang mudahDi dalam konteks ini, penggunaan bahasa penulisan haruslah standard dengan format yang diberi. Penggunaan istilah-istilah yang mudah akan dapat melancarkan keberkesanan penulisan di mana pendengar akan mudah mentafsir serta memberikan respon tentang teks yang akan disampaikan. Bahasa yang tidak berbelit-belit dan ringkas menjadikan teks lebih padat dengan isi serta huraian yang mampu memberikan impak yang positif menjadikan bahasa penulisan yang digunakan dijadikan panduan dalam mengukuhkan hujah-hujah yang bernas dan berkesan.

2.2Mesej yang jelas.Setiap satu penghasilan penulisan ini memerlukan keutuhan dari segi penyampaian mesej yang tersurat dan tersirat. Mesej adalah penting bagi memastikan tujuan dan objektif penulisan teks dapat menarik perhatian pembaca dan diterima semua.2.3Penulisan teks mengikut rentak dan gaya yang bernas.Penyampaian dalam bentuk rentak dan gaya bahasa yang baik memerlukan kekuatan dari segi penggunaan tatabahasa yang betul dan berkesan. Gaya penulisan juga mestilah kemas dan tidak meleret-leret hingga mengganggu kelancaran bacaan. Penghasilan penulisan yang berkualiti juga menjadikan bahasa yang digunakan menjadi mudah serta difahami mengikut perenggan isi penyampaian oleh pembaca.2.4Penulisan yang menyakinkan pembaca.Penulisan teks yang jitu memerlukan keyakinan dari sudut tajuk, tujuan serta objektif yang hendak disampaikan. Keberhasilan sesuatu teks penulisan juga perlulah mengikut garis panduan penulisan berformat yang betul. Penulisan teks yang jelas dengan kepadatan isi dan huraian yang menyakinkan akan dapat menghasilkan satu bentuk penulisan yang tersusun dan mudah difahami.2.5Berhasil mewujudkan fitrah kemanusian.Keberhasilan memainkan perasaan atau fitrah manusia di dalam melahirkan hujah-hujah yang bernas di dalam penulisan teks ini berjaya menghasilkan sebuah teks yang berkualiti dari sudut penceritaan dan rintihan kepada pendengar dan pembaca itu sendiri. Setiap olahan isi penulisan memerlukan kreativiti penulis menghasilkan sesuatu yang dapat mempengaruhi pendengar untuk terus menghayati setiap huraian mengikut intonasi serta corak yang disampaikan.2.6Teknik penulisan yang berkesan.Teknik penulisan sesebuah teks memerlukan kepakaran di dalam mengolah dan mengarap isi yang terbaik. Perkara yang perlu dikuasai ialah penggunaan kata seperti kata ganti, kata pemeri, kata sendi dan sebagainya dengan baik dan berkesan. Begitu juga cara pembinaan sesuatu ayat tidaklah terlalu panjang hingga menimbulkan kebosanan sesuatu penulisan. Ini dapat diperkukuhkan dengan penggunaan ayat serta imbuhan yang betul hingga menghasilkan teknik penulisan yang berkualiti.3.0Risalah Panduan Pengendalian Pertandingan Pidato Peringkat Sekolah.Berikut adalah panduan bagaimana mengendalikan sesuatu pertandingan pidato peringkat daerah yang melibatkan panduan pengurusan pertandingan, panduan pemarkahan dan panduan kriteria pemidato yang baik. Risalah ini adalah seperti berikut:

3.1Panduan Pengurusan Pertandingan PidatoKERTAS KERJA PIDATOPERINGKAT SEKOLAH DAERAH MUARKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA1.0PengenalanPidato adalah salah satu cara penyampaian mesej yang mengandungi mesej, menghuraikan permasalahan dan merumus sesuatu tajuk dengan berkesan. Mesej yang terkandung di dalam sesebuah pidato adalah berbentuk nasihat, sindiran yang membina, penegasan idea serta dapat mempengaruhi audien dengan isi-isi cerita yang menarik dan berwawasan. Pemidato perlu menarik perhatian audien dengan nada serta gaya yang baik ketika menyampaikan sesebuah pidato. Kesenian dan garapan idea yang berkarisma serta bermotivasi diharap dapat mengekalkan mutu penyampaian yang dapat melahirkan pemikir bijak pandai dengan aktiviti pidato sebagai wahana kesantunan bahasa yang cemerlang dan gemilang.2.0Objektif Pertandingan2.1Melahirkan sifat berkeyakinan tinggi dan berwawasan.2.2Dapat memotivasikan diri serta mampu menyampaikan isi penceritaan.2.3Memantapkan kemahiran Bahasa Melayu.2.4Memupuk semangat dan berdaya saing secara positif 3.0Peserta Pertandingan3.1Pertandingan terbuka kepada pelajar-pelajar Tahun lima dan enam.3.2Pertandingan terbahagi kepada dua bahagian iaitu;i.Bahagian A - Pidato persediaan awal ii.Bahagian B - Pidato secara spontan4.0Peringkat PertandinganPertandingan dijalankan dalam peringkat sekolah sahaja. Peringkat sekolah membabitkan beberapa pihak tertentu bagi mengelola pertandingan pidato ini antaranya ialah:i. Ketua panitia bahasa Melayuii. Peserta mewakili semua kelas yang terlibat.4.1Hadiah pertandinganDitaja oleh panitia Bahasa Melayu5.0Senarai Jawatankuasa Penaung : Tuan Haji Puneran AdenanPengerusi : Tuan Haji Lokman Simon Tim. Pengerusi : Puan Suraya Ithnin Penyelaras : Tuan Haji Mohamad YusofSetiausaha : Cik Normala AliBendahari: Puan Haslinda JohariPendaftaran Peserta : Cik Nora AhmadPengelola Peserta: Encik Yusak YusofPersediaan Tempat: Encik Mahat JonoPenjaga Masa: Cik Masitah SakinBacaan Doa: Tuan Haji Kamarudin JalaniSiaraya : Encik Fuad AhmadBuku Program dan Jemputan : Cik Junaidah JamianCenderahati dan Rozek : Cik Suzana RosliDokumentasi : Encik Razali IshakKetua Hakim : Tuan Haji Johari KomariHakim / Juri : i. Tuan Haji Abas Yusofii. Puan Erdayati Sulaimaniii. Puan Hajjah Dahlia KasminPengacara Majlis : Cik Rashidah Osman6.0Tentatif Program8.00 8.30 pagi-Pendaftaran8.30 9.00 pagi-Bacaan Doa-Ucapan Guru Besar9.00 11.00 pagi-Pertandingan Pidato11.00 11.30 pagi-Upacara penyampaian Hadiah11.30 pagi-Bersurai 7.0Format PertandinganPertandingan ini terbahagi kepada dua bahagian. Peserta yang mewakili sekolah terbabit dikehendaki bertanding di kedua-dua bahagian ini. Setiap peserta akan diberikan undian sebelum pertandingan bermula. Pengundian bermula dihadapan ketua hakim yang dilantik. Setiap peserta juga tidak dibenarkan mengenal perkenalan diri dan juga sekolah yang diwakili. Segala pindaan dan peraturan adalah dibawah tanggungjawab ketua hakim yang dilantik.

7.1Bahagian A pidatoSetiap peserta akan menyampaikan tajuk pidato yang telah disediakan oleh jawatankuasa pertandingan terlebih dahulu.7.2Bahagian B pidatoSetiap peserta akan menyampaikan pidato secara spontan mengikut tajuk yang disediakan oleh jawatankuasa pertandingan melalui sampul surat yang disediakan. Peserta akan diberikan masa selama satu minit bagi membuat persediaan di atas pentas tanpa bantuan mana-mana pihak. Peserta dikehendaki menyampaikan pidato spontan mengikut peraturan dan format pidato yang telah ditetapkan.8.0Syarat-syarat Pertandingan Pidato8.1Setiap peserta diberi masa selama tujuh minit bagi bahagian pertama dan empat minit bahagian kedua.8.2Loceng akan dibunyikan sekali sebelum tamat dan dua kali setelah tamat penyampaian pidato bagi setiap bahagian.8.3Penyampaian pidato tidak akan dikira markah selepas loceng kedua dibunyikan.8.4Setiap peserta tidak dibenarkan menyampaikan pidato berkaitan dengan isu sensitif berkaitan dengan agam, bangsa dan kebudayaan sesuatu kaum atau orang perseorangan.8.5Peserta dilarang membaca atau menggunakan sebarang alatan elektronik semasa menyampaikan pidato.8.6Peserta wajib menggunakan bahasa baku dengan gaya dan intonasi betul.8.7Peserta pidato hendaklah berpakaian seragam sekolah yang kemas dan bersih.8.8Peraturan adalah terpakai dan tidak boleh dipertikai oleh mana-mana pihak yang mewakili peserta. Keputusan ketua hakim adalah muktamad.9.0Panduan Peraturan Pemarkahan9.1Peraturan pemarkahan tertakluk kepada persetujuan yang telah dicapai oleh jawatankuasa pidato daerah yang telah dilantik. Berikut adalah peraturan pemarkahan yang telah dipersetujui mengikut bahagian-bahagian tersebut.9.1.1Pemarkahan Pitado Bahagian A.i.Isi Pidato (40 markah)Isi penyampaian sekurang-kurangnya meliputi tiga isi yang bernas dan logik mengikut huraian dan contoh yang tepat.ii. Pemarkahan Isi penyampaian pidato 4 markah Huraian 5 markah Contoh 3 markah Markah Keseluruhan 12 markah( 12 markah x 3 = 36 markah + 4 markah takrifan tajuk = 40 markah)iii. Bahasa (30 markah)Penggunaan bahasa baku yang jelas serta menepati dari sudut gaya bahasa dan maksud penyampaian yang bernas dan berkesan meliputi tajuk pidato.iv. Persembahan dan cara penyampaian (30 markah)Konsep persembahan dan kaedah penyampaian yang sempurna dari segi kelancaran berbahasa, intonasi serta nada suara yang sesuai dengan isi dan mukadimah permulaan penyampaian yang menarik dan teratur. Sekiranya penyampaian isi pidato melibatkan perkara yang sensitif dan menuturkan dengan nada yang kurang sopan markah akan dipotong sebanyak lima markah.9.1.2Pemarkahan Pitado Bahagian B (Spontan).i.Isi penyampaian (40 markah)Sekurang-kurangnya dua atau lebih isi pidato disampaikan dengan cemerlang.ii. Pemarkahan Isi atau idea 4 markah Huraian 6 markah Contoh 2 markah Markah keseluruhan 12 markah( 12 markah x 3 = 36 markah + 4 markah takrifan tajuk = 40 markah.iii. Bahasa ( 30 markah )Penyampaian dari segi penggunaan bahasa baku yang mantap dan jelas dari segi sebutan gaya bahasa mengikut peraturan yang telah digariskan.iv. Persembahan dan cara penyampaian (30 markah) Cara persembahan dan penyampaian yang tersusun, kemas dan lancar dari segi jalinan isi pidato yang disampaikan. Markah akan dipotong sekiranya penyampaian isi kurang tepat mengikut tajuk yang diberikan sebanyak 3 markah.10.0Panduan Penghakiman10.1Para hakim adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan penghakiman yang ketat di man para hakim tidak akan terpengaruh dengan sebarang reaksi peserta dan penyokong peserta hingga mengubah corak pemarkahan.10.2Panel hakim juga dilarang memilih dan menyokong tindakan peserta yang cuba merayu dari segi persembahan mahupun gaya penyampaian yang dirasakan menyentuh isu sensitif dan sebagainya.10.3Keputusan hakim adalah muktamad.11.0Panduan Kriteria Pemidato yang baik.11.1Kriteria pemidato yang baik bergantung kepada ketepatan isi, huraian dan contoh yang disampaikan menepati tajuk pidato.11.2Cara persembahan yang menyakinkan panel hakim.11.3Kekuatan isi penyampaian yang tersusun menggunakan gaya bahasa yang bersahaja serta mampu menarik perhatian audien.11.4Pemidato tidak menggunakan isu-isu sensitif dan berbaur perkauman ketika berpidato hingga menimbulkan ketidakpuasan peserta lain.12.0Tarikh Pertandingan12.1Tarikh:15 Ogos 2015Masa:8.00 pagi (pendaftaran peserta)Tempat:Dewan Sekolah Kebangsaan Sri Jamil, Muar13.0Perkara AmSebarang pindaan tentang perkara-perkara di atas akan diberitahu dari masa ke semasa bergantung kepada perubahan tarikh dan sebagainya.

4.0Implikasi aktiviti pidato bahasa Melayu kepada pelajar.Setiap pidato yang disampaikan memerlukan cetusan idea melalui daya perkembangan minda yang peka dengan keadaan sekeliling. Begitu juga dengan sahsiah pelajar di mana aktiviti pidato dapat melahirkan kesinambungan generasi yang dapat menyumbangkan sesuatu untuk negara. Terdapat pelbagai implikasi atau kesan akibat daripada aktiviti pidato ini khususnya dalam mata pelajaran bahasa Melayu kepada perubahan dan sikap pelajar. Berikut adalah implikasi aktiviti pidato bahasa Melayu: 4.1Implikasi dari sudut perkembangan daya pemikiran pelajar. Sebagai seorang yang ingin berdaya saing khususnya dalam apa jua bentuk atau aktiviti luar sekolah seperti berpidato ini ialah perubahan sikap pelajar haruslah tertumpu kepada soal percambahan idea atau daya pemikiran. Kekuatan daya pemikiran menjadi penyumbang kepada keselarasan komunikasi bertulis. Pelajar haruslah sensitif mengenai isu-isu semasa yang semakin bercambah dan menjadi agenda dunia hari ini. Sebagai contoh, isu kebanjiran pendatang asing yang semakin ketara masa kini boleh dijadikan satu cara menyampaikan corak perihal atau keadaan kemelut dunia hari ini melalui isi-isi penting dengan lebih matang dan berkesan sekali. 4.2BerdisiplinDisiplin yang tinggi adalah salah satu cara memantapkan kemantangan pelajar dengan hujah-hujah yang bernas dan kekuatan daya pemikiran yang dapat menarik perhatian pendengar. Soal disiplin dapat mencerminkan kematangan dan kekuatan hujah yang disampaikan melalui daya pemikiran yang jitu dan bernas. Kesannya kepada pemidato ialah dapat mengekalkan keupayaan diri dengan menjadikan aktiviti pidato ini sebagai satu konsep pemikiran yang baik. Disiplin ini juga dapat menjaga sahsiah diri yang tekun dan sabar. Bersikap sentiasa ingin maju ke hadapan dan sebagainya.4.3Berkeyakinan tinggiAktiviti pidato juga menjadikan seseorang pemidato mampu mengasah bakat serta berkeyakinan tinggi dengan menyuarakan pandangan dan hujah yang berkauliti. Keupayaan diri juga dapat diterjemahkan melalui kekuatan semangat dan rasa ingin tahu menjadikan seseorang pemidato sentiasa berkeyakinan tinggi melunaskan tugasan yang diberikan.4.4Sentiasa berusaha melakukan yang terbaik.Objektif pidato antara lain ialah berusaha melakukan sesuatu perkara itu ditahap yang maksimum. Maksudnya di sini, keupayaan seseorang itu melakukan kesinambungan isi pidato dengan hujah berserta contoh yang relevan menjadi satu cara bagaimana keberkesanan aktiviti pidato ini akan melahirkan bijak pandai dan petah berucap dikhalayak ramai. 4.5Berupaya menghasilkan teks pidato.Melalui aktiviti pidato juga pelajar dapat menguasai dan meningkatkan lagi mutu penulisan secara ilmiah. Aktiviti latih tubi dan memberikan bimbingan yang berterusan mampu melahirkan pelajar yang dapat manghasilkan teks pidato dengan baik melalui hubungan yang baik antara rakan baya dan guru sebagai pemudah cara.4.6Minat dan kesungguhan diri.Aktiviti ini juga mampu mencermin kesungguhan dan minat terhadap keupayaan diri dalam berpidato. Rata-rata peserta pidato berperwatakan yang serius dan riak wajah yang sentiasa menunjukkan komitmen yang dapat memberikan kepuasan kepada mereka apabila berada di pentas.4.7Motivasi diri.Aktiviti pidato juga dapat memotivasikan diri untuk lebih berjaya di masa hadapan. Ia juga memberikan satu semangat dan keyakinan diri terhadap pelajar mengurus dan membina keyakinan diri. Pidato juga memberikan satu karisma terpuji di atas keberanian seseorang peserta menampilan bahasa dan juga gaya percakapan yang berkesan kepada pendengar.4.8Sahsiah diri dari segi penampilan.Seseorang pemidato haruslah menjaga penampilan diri supaya dapat menarik perhatian audien. Penampilan yang kemas dari segi perwatakan dan bahasa tubuh telah memberi kesan kepada aktiviti pidato ini. Mimik muka dan gaya percakapan yang bertenaga juga memberikan satu kepuasan dan impak yang positif kepada semua yang terlibat. 5.0KesimpulanKesimpulannya, komunikasi bertulis adalah salah satu cara pengajaran dan pembelajaran yang tidak dapat dipisahkan walaupun ia telah lama dilakukan sebagai salah satu cara penyampaian yang memerlukan kekuatan dari segi rohani, jasmani, intelek dan emosi. Penggunaan teknologi canggih dan mudah dapat mempercepatkan cara perhubungan dan penyampaian secara formal atau tidak formal melalui laras bahasa dan penggunaan kata yang bernas dan berkesan.Melalui kemahiran berkomunikasi bertulis ini juga ia berupaya menjana ilmu dan teori berkomunikasi yang berkesan. Di mana ilmu pengetahuan terutamanya dalam aktiviti seperti berpidato ini banyak dikaitkan penggunaan bahasa yang bersistematik dan mudah difahami. Secara mudah komunikasi bertulis ini juga merupakan satu mesej yang padat dengan cara penyampaian dan penggunaan laras bahasa yang memberi impak baik kepada penulis malah kepada pembaca atau audien secara total.( 3022 patah perkataan )6.0RujukanAbdullah Hassan dan Ainon Mohd. (2007). Teori dan teknik ucapan berpengaruh. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.Abdul Muati Ahmad. (2003). Komunikasi di tempat kerja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Dr. Adenan Ayob. (2014). HBML4403 Kompetensi Dalam Bahasa Melayu.Selangor: Meteor Doc. Shd. Bhd.Dr. S.Nathesan. (2013). Glosari Pendidikan. Kuala Lumpur: Percetakan Blue Hawk.Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Razali Osman. (2003). Panduan berdebat. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.Sumber Dari Internet :http://mohd-farid.weebly.com/uploads/1/2/7/4/1274031/asas_komunikasi.pdfhttp://serikandimuhibbah11.blogspot.com/2011/12/kemahiran-komunikasi.htmlhttps://ms.wikipedia.org/wiki/komunikasi