asignmnt bm

of 35 /35
BILANGAN KANDUNGAN MUKA SURAT 1 PENGENALAN 2 2 TEORI HURAIAN BAHASA 2-5 3 TEORI PEMEROLEHAN BAHASA 6-10 4 KONSEP STRATEGI, PENDEKATAN, KONSEP, TEKNIK DAN ELEMEN BESTARI 10-18 5 RUJUKAN 19 6 TUGASAN B: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 20-26 7 REFLEKSI DIRI 27-29 1 | BMM3173E

Upload: janetthy-lurve-chai

Post on 15-Dec-2015

235 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kerja kursus sem 2

TRANSCRIPT

Page 1: Asignmnt Bm

1 | B M M 3 1 7 3 E

BILANGAN KANDUNGAN MUKA SURAT

1 PENGENALAN 2

2 TEORI HURAIAN BAHASA 2-5

3 TEORI PEMEROLEHAN BAHASA 6-10

4 KONSEP STRATEGI, PENDEKATAN,

KONSEP, TEKNIK DAN ELEMEN BESTARI10-18

5 RUJUKAN 19

6 TUGASAN B: RANCANGAN PENGA-

JARAN HARIAN

20-26

7 REFLEKSI DIRI 27-29

Page 2: Asignmnt Bm

1.0 PENGENALAN

Bagi meningkatkan produktif insan yang cemerlang pada masa hadapan, kerajaan telah

mengubah sistem pendidikan dan juga falsafah pendidikan sekali. Mengikut Falsafah Pen-

didikan Kebangsann (FPK) dalam (Choong, 2009), pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Sistem pendidikan juga diterapkan dengan teori pemerolehan bahasa serta teori huraian

bahasa khasnya dalam matapelajaran bahasa melayu. Perkara ini dilakukan untuk mem-

perkasakan lagi sistem pengajaran dan pembelajaran dalam dunia pelajar serta guru yang men-

didik. Hal ini juga penting kerana dapat memupuk semangat mencintai bahasa melayu se-

andainya pelajar dapat memahami dengan betul.

Oleh itu, dalam merialisasikan FPK dan menghadapi globalisasi pendidikan, Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil langkah proaktif memperkasa sekolah-sekolah ke-

bangsaan melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) 2006-2010. Dalam

konteks ini, seseseorang guru bertanggungjawab untuk meningkatkan prestasi murid dalam

pelajaran dan menghasilkan modal insan kelas pertama. Justeru, guru hendaklah mempelba-

gaikan strategi dan kaedah pengajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ( P&P).

Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggu-

nakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dica-

pai oleh murid (Mohamad Johdi, 2007).

2.0 TEORI HURAIAN BAHASA

Teori huraian bahasa ini membicarakan tentang bahasa yang ingin diperjelaskan dalam

teori yang terbahagi kepada empat aliran pemikiran iaitu Teori Tradisional (Panini) iaitu kajian

bahasa dibuat terhadap bentuk-bentuk tulisan. Teori Struktual (Bloomfield) pula mengatakan

bahawa bahasa merupakan kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, mor-

2 | B M M 3 1 7 3 E

Page 3: Asignmnt Bm

fem dan ayat. Manakala pula, teori Transformasi Generatif (Chomsky) telah membuat kesimpu-

lan bahawa bahasa adalah sistem tentang rumus-rumus bahasa dan Teori Fungsional yang

dipeloori oleh Halliday pula membuat kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur ba-

hasa ketika seseorang berkomunikasi. Perkara ini jelas mengatakan bahawa teori huraian ba-

hasa menjelaskan bahawa unsur-unsur bahasa yang diajarkan boleh dihurai. Penerangan ini

penting bagi menentukan butir-butir yang hendak dijadikan bahan pengajaran dan prosedur-

prosedur mengajar. Bahan dan prosedur pengajaran inilah yang digunakan untuk menyam-

paikan isi pengajaran.

2.1TEORI TRADISIONAL

Teori ini wujud sejak abad kelima sebelum masihi. Ahli-ahli falsafah Yunani seperti Plato

cuba menghuraikan bahasa dengan mengkaji bentuk-bentuk bahasa mereka sendiri

berdasarkan bahan-bahan tulisan. Kajian-kajian mereka dibuat berdasarkan falsafah, kerana

pada masa itu bahasa merupakan satu daripada cabang falsafah yang penting dan dianggap

satu bidang yang dapat membantu mereka menyelidik tabii alam. Kegiatan orang-orang Yunani

meliputi aspek-aspek tatabahasa yang terdapat ketika itu, contohnya penjenisan kata adverba,

kata sendi, kata seru dan kata partikel.

Kajian bahasa bentuk ini diteruskan oleh orang-orang Rom yang turut mengkaji bahasa lain

(selain bahasa mereka sendiri). Seterusnya sarjana-sarjana Arab juga menjalankan kajian den-

gan menggunakan kaedah yang sama terhadap bahasa mereka iaitu bahasa Arab. Kajian yang

serupa juga telah dijalankan oleh pendeta-pendeta India seperti Panini – yang menghuraikan

bahasa Sanskrit. Kajian dan penghuraian bahasa secara tradisional ini berlanjutan hingga ke

abad pertengahan dan abad ke-19. Kajian ahli-ahli bahasa tradisional juga mempunyai ciri-ciri

yang berikut:

3 | B M M 3 1 7 3 E

Page 4: Asignmnt Bm

2.2 TEORI STRUKTUAL

Aliran linguistik ini muncul pada abad ke-20. Ahli-ahli bahasa yang menganuti aliran ini

termasuklah de Saussure, Bloomfield, Otto Jespherson, Edward Sapir dan sebagainya. Ahli-ahli

bahasa struktural ini, menumpukan pengkajian mereka untuk menghuraikan struktur bahasa.

Mereka menganggap bahawa struktur bahasa merupakan kaitan antara fonem sebagai unit

bunyi dengan fonem sebagai unit tatabahasa. Asas pengkajian mereka berlandaskan perny-

ataan bahawa ‘tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur yang tersendiri’. Se-

mentera itu, tugas utama mereka ialah mengkaji unsur-unsur bahasa sebagai sebahagian dari-

pada satu keseluruhan sistem bukan sebagai unsur yang berasingan. Bagi ahli-ahli bahasa

struktural, ‘bahasa ialah satu sistem bunyi pertuturan yang arbitrari untuk menyatakan sesuatu

objek, keadaan atau konsep yang digunakan untuk berkomunikasi. Sebagai rumusan dapat

dikatakan bahawa;

Ahli-ahli bahasa struktural telah membuat kajian huraian bahasa secara empirikal/sain-

tifik. Setiap huraian yang dibuat berdasarkan contoh-contoh ujaran yang telah dikumpulkan

melalui satu pemerhatian. Tegasnya, huraian bahasa adalah semata-mata berdasarkan fakta-

4 | B M M 3 1 7 3 E

i. Kajian bahasa dibuat berasaskan bahasa

tulisan

Ii. Huraian bahasa juga bersifat rasional dan

berasaskan tiada disiplin lain berkaitan

dengan bahasa

Iii. Kajian dibuat secara deduktif

-Pemahaman dahulu baru contoh-

iv. Semua bahasa di dunia merupakan

variasi bahasa yunani dan latin

1.bahasa ialah satu sistem bunyi

2. bahasa bersifat arbitari

3. bahasa ialah alat perhubungan

Page 5: Asignmnt Bm

fakta bahasa yang dapat diperhatikan. Oleh itu, penerangan tidak dibuat terhadap fakta-fakta

yang tidak dapat dilihat. Jadi, pendekatan yang digunakan bagi menghuraikan bahasa ialah

pendekatan induktif. Oleh sebab ahli-ahli struktural berpendapat bahawa setiap bahasa terdiri

daripada satu pertalian struktur yang tersendiri, maka kajian bahasa dijalankan dalam pelbagai

peringkat morfologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam

kelas tertentu berdasarkan taburan kata-kata itu dalam struktur ayat.

2.2 TEORI TRANSFORMASI GENERATIF

Selepas aliran struktural, timbul pula satu aliran baru dalam tahun 1950-an iaitu aliran

TG. Pelopor aliran ini ialah Noam Chomsky dengan bukunya ‘Syntactic Structures’ (1957) dan

‘Aspects of the Theory of Syntax’ (1965). Kajian TG dibuat berasaskan kenyataan bahawa

seseorang penutur natif (jati) sesuatu bahasa berkebolehan membentuk dan memahami pertu-

turan yang belum pernah didengar kerana mereka dilahirkan dengan kemampuan semula jadi

untuk berbahasa. Kemampuan ini merupakan pengetahuan mengenai rumus-rumus tatabahasa

bagi bahasa tersebut. Jadi analisis TG bertujuan membentuk rumus-rumus sesuatu bahasa

dengan lengkap berdasarkan pengetahuan penutur natif sesuatu bahasa. Rumus-rumus yang

disediakan itu akan membolehkan orang lain yang tidak tahu bahasa itu membentuk ayat-ayat

dalam bahasa berkenaan. Rumus-rumus yang dimaksudkan itu ialah rumus-rumus struktur

frasa dan rumus-rumus transformasi.

2.4 TEORI HURAIAN BAHASA FUNGSIONAL

Teori ini berkembang dalam tahun 1960-an dan 70-an. Ahli-ahli bahasa fungsional iaitu

Halliday dan Wilkins, bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi struktur malahan mereka juga

memberikan perhatian terhadap fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Tegasnya, kajian ba-

hasa bukan semata-mata tertumpu kepada bentuk-bentuk bahasa bahkan juga terhadap pe-

rubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomu-

nikasi. Ahli-ahli bahasa fungsional mempunyai anggapan tertentu tentang bahasa, antara lain-

nya:

5 | B M M 3 1 7 3 E

Page 6: Asignmnt Bm

3.0 TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Setiap insan yang dilahirkan ke dunia dikurniakan bersama-samanya beberapa

alat fizikal yang sesuai untuknya memperolehi bahasa. Semua insan di dunia ini mem-

punyai alat fizikal yang sama untuk melakukan setiap perkara dan mengikut kepada

teori biologis, sejak lahirnya sesorang anak itu, sesungguhnya telah dikurniakan satu

kebolehan iaitu kebolehan berbahasa. Setiap kanak–kanak memperoleh bahasa per-

tama bukan melalui proses pembelajaran tetapi proses ini berlaku dengan tidak formal.

Teori pemerolehan bahasa berlaku sedikit demi sedikit dan secara berperingkat-

peringkat mengikut perkembangan otak, iaitu hasil perkembangan fizikal bayi sehingga dewasa.

Kanak-kanak dari peringkat bayi lagi akan belajar dan seterusnya memperoleh sesuatu bahasa

secara tidak formal dan tanpa disedari bermula dalam persekitaran keluarga dan kemudiannya

dalam kehidupan bermasyarakat yang didiaminya. Pemerolehan bahasa ini telah diterangkan

oleh beberapa teori pemerolehan bahasa. Antara teori tersebut ialah teori Behavioris, Mentalis,

Kognitif dan Interaksionalis. Dalam manjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas, terdapat empat cara yang dapat digunakan oleh seseorang guru iaitu dengan

menggunakan pendekatan, kaedah, strategik dan teknik dalam pembelajaran bagi diaplikasikan

dalam pembelajaran dan dikaitkan dengan teori aliran bahasa.

3.1 TEORI BEHAVIORIS

6 | B M M 3 1 7 3 E

-Sistem bahasa yang digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi ialah sistem yang terbuka dan dinamis

-Asas elemen: struktur bahasa semantik dan bukan sintaksis

-Terdapat variasi dlaam penggunaan bahasa dan timbul disebabkan tuntutan situasi sosial

-Bahasa berfungsi untuk menggambarkan fikiran dan juga penuturnya di samping sebagai alat perhubungan

Page 7: Asignmnt Bm

Menurut Mangantar Simanjuntak (1987:66) Teori behaviorisme pada asalnya

adalah lanjutan daripada teori pelaziman klasik Pavlov. Oleh kerana Watson (1930)

telah berjaya memperkenal satu prinsip pembelajaran yang baru maka beliau telah di-

gelar bapa behaviorisme terutama di Amerika Syarikat. Aliran behaviorisme yang telah

dianut oleh Watson mempunyai tujuannya yang tertentu. Psikologi memainkan peranan

yang penting, hal ini kerana peramalan dan pengawalan atau pengawasan perilaku

tidak mempunyai kaitan dengan kesedaran. Setiap apa yang dikaji oleh psikologi menu-

rut behaviorisme ialah setiap perkara yang diamati secara langsung iaitu gerak balas

sedangkan setiap yang berlaku tidak berkaitan untuk dikaji.

Bagi Mangantar Simanjuntak (ibid:67), Watson dalam kajiannya melibatkan seo-

rang bayi berumur 11 bulan yang bernama Albert. Eksperimen ini bertujuan bagi

memastikan teori behaviorisme yang diperkenal benar sama sekali. Bayi tersebut yang

tidak mempunyai rasa takut terhadap binatang berbulu putih seperti tikus putih. Proses

kajian bermula dengan Watson memukul batang besi dengan sebuah palu setiap kali

bayi tersebut memegang tikus putih itu. Akibat daripada pukulan Watson, tidak lama ke-

mudian bayi tersebut menjadi takut, bukan sahaja terhadap tikus tersebut malahan ter-

hadap semua benda yang berbulu putih. Oleh yang demikian Watson mendakwa teori

yang telah diperkenal olehnya telah berjaya.

Dalam aspek pengajaran pula, aliran behaviorisme merupakan salah satu aliran

yang mengutamakan bahasa lisan dan bahasa tulisan. Walau bagimanapun bahasa

tulisan merupakan bahasa kedua. Menurut Kamarudin Hj Husin (1986:43), ahli-ahli be-

haviorisme telah menegaskan bahawa setiap pengajaran bahasa haruslah bermula

dengan bahasa lisan kemudian diikuti dengan bahasa tulisan. Berdasarkan apa yang

telah dinyatakan oleh ahli-ahli behaviorisme ini, dalam setiap proses pengajaran dan

pembelajaran, guru haruslah memastikan murid-murid bertutur sebelum beralih kepada

kemahiran menulis. Hal ini kerana kemahiran lisan merupakan asas kepada kemahiran

yang lain. Jika murid tidak dapat menguasai peringkat asas, maka mustahil untuk

murid-murid menguasai kemahiran yang berikutnya.

Ahli-ahli behaviouris menyimpulkan bahawa penguasaan bunyi bahasa dan sis-

tem fonologi yang berkaitan ialah hasil proses rangsangan dan gerak balas. Orang-

7 | B M M 3 1 7 3 E

Page 8: Asignmnt Bm

orang dewasa memberikan rangsangan bahasa yang secukupnya dalam bentuk yang

mudah untuk ditiru. Kanak-kanak pula memberikan gerak balas kepada rangsangan ini

menerusi aktiviti cuba jaya dan akhirnya mereka dapat mengucapkan bunyi bahasa

dengan betul. Sistem fonologi pula dipelajari sedikit demi sedikit hingga dikuasai

sepenuhnya.

3.2 TEORI MENTALIS

Teori mentalis merupakan penentang kepada teori behaviorisme. Golongan

mentalis menentang hebat golongan behavoiorisme. Hal ini kerana Juriah Long, Rami-

nah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (1990:32) memetik pendapat Chomsky bahawa teori

behaviorisme tidak menghuraikan proses pemerolehan aspek bahasa secara menyelu-

ruh. Beliau juga menyatakan bahawa setiap pemerolehan bahasa adalah proses mental

bukan proses mekanis. Kenyataan Chomsky yang dipetik dalam buku Perkaedahan

Pengajaran Bahasa Malaysia bahawa seseorang kanak-kanak yang lahir secara semu-

lajadinya dapat menguasai bahasa ibundanya. Terdapat dua unsur penting dalam teori

ini iaitu competence (struktur dalaman) dan performance (struktur luaran). Struktur dala-

man adalah berbentuk makna manakala bagi struktur luaran adalah ujaran bahasa

yang dipertuturkan oleh kanak-kanak semasa mereka mempelajari bahasa.

Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (ibid:32) memetik kenyataan

Chomsky dan terdapat tiga sebab bagi mempertahan hipotesisi sejadi. Menurut Chom-

sky, bahasa mempunyai ciri-ciri tatabahasa sejagat iaitu kesemestaan formal dan

kesemestaan substantif. Kedua-dua perkara tersebut mempunyai maksud dan cara

tersendiri. Setiap bahasa di dunia ini mempunyai rumus-rumus dasar dan rumus-rumus

transformasi supaya dapat menggambarkan situasi bahasa itu. Ciri-ciri kedua men-

erangkan bahawa setiap ujaran yang terdedah pada pendengaran mungkin sukar un-

tuk diperolehi sekiranya kanak-kanak tidak mempunyai keupayaan sejadi. Ciri yang

ketiga, Chomsky menyatakan bahawa kanak-kanak memperolehi sistem bahasa

melalui ibunya dengan masa yang singkat. Proses ini berlaku di antara empat hingga

lima tahun.

8 | B M M 3 1 7 3 E

Page 9: Asignmnt Bm

3.3 TEORI INTERAKSIONALIS

Teori pemerolehan bahasa ini baru berkembang dalam bidang psikolinguistik

sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an. Ahli-ahli interaksionalis ialah seperti Bloom

(1970), Bowennan (1973), Cromer (1976) dan lain-lain sependapat bahawa kebolehan

kognitif semata-mata tidak akan dapat menjelaskan pemerolehan bahasa kerana

perkembangan kognitif hanya melengkapkan seseorang kanak-kanak dengan kebole-

han mentafsir makna tetapi tidak menjamin pentafsiran ini boleh dilahirkan dalam ben-

tuk bahasa. Kanak-kanak sebaliknya perlu didedahkan kepada interaksi linguistik su-

paya mereka boleh mempelajari cara-cara menggambarkan makna-makna kognitif

dalam bentuk-bentuk bahasa yang tepat.

Kamarudin Hj Husin (1998:38) dalam bukunya yang bertajuk Pedagogi Bahasa

menyatakan bahawa teori pembelajaran interaksionalis memerlukan kanak-kanak

didedahkan kepada interaksi linguistik. Dengan pendedahan yang diberi, murid-murid

boleh mengenal pasti dan mempelajari bagaimana untuk menggambarkan makna kog-

nitif dalam satu bentuk linguistik yang jelas dan tepat. Teori yang telah dikemukakan

oleh Halliday ini memandang pembelajaran bahasa adalah sebagai salah satu alat

berinteraksi dan proses ini melibatkan mental dan linguistik. Seseorang penutur jati

yang baik haruslah boleh untuk menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul sama

ada dari segi tatabahasa dan makna. Kamarudin Hj Husin (ibid:39) menyatakan ba-

hawa dalam setiap pembelajaran bahasa, setiap guru haruslah memberi latihan yang

banyak kepada murid-murid. Walaupun aliran interaksionalis ini menganggap penyam-

paian sesuatu bahasa itu lebih penting berbanding struktur bahasa namun kedua-dua

perkara harus dijalankan serentak supaya murid-murid menguasai dua perkara sekali-

gus. Hal ini akan dibuktikan dalam contoh aktiviti yang dipilih.

3.4 TEORI KOGNITIF

Menurut Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (1993:34) memetik

kenyataan salah seorang penyokong Piaget iaitu Sinclair. Beliau telah menjalankan ka-

jian terhadap teori pemerolehan bahasa kanak-kanak berdasarkan kerangka teori Pi-

9 | B M M 3 1 7 3 E

Page 10: Asignmnt Bm

aget. Bukti daripada kajian yang telah dijalankan oleh Sinclair menunjukkan Semua

kanak-kanak tidak mampu untuk mengungkapkan kata-kata atau bahasa yang kom-

pleks sehingga mereka mencapai ke paringkat perkembangan intelek yang tertentu.

Kesimpulan yang telah dibuat oleh Sinclair latihan lisan kurang berkesan terhadap pe-

merolehan bahasa jika seseorang kanak-kanak itu belum mencapai tahap intelek yang

tertentu.

Bagi Mangantar Simanjuntak (1987:97), apabila berlaku sesuatu gangguan lu-

aran makan seseorang individu akan melakukan satu aktiviti atau kegiatan supaya

gangguan tersebut dapat dihilangkan. Manakala Piaget pula ada berpendapat bahawa

kecekapan kanak-kanak untuk memperoleh bahasa adalah berdasarkan kognititf dan

setiap kanak-kanak akan melalui pengalaman mereka dengan objek dan tindakan

dalam persekitarannya. Pada kebiasaannya perkembangan bahasa bermula pada per-

ingkat deria motor yang terjadi ketika kanak-kanak berumur antara 18 bulan hingga dua

tahun.

Peringkat kedua pula ialah peringkat praoperasi. Pada peringkat lebih dikenali

sebelum peringkat sebenarnya terjadi. Di antara umur dua tahun dan tujuh tahun.Per-

ingkat operasi konkrit adalah peringkat ketiga dalam proses perkembangan kognitif.

Pada peringkat ini kanak-kanak akan berusaha untuk mengenali objek konkrit dan

proses ini berlaku pada umur tujuh hingga dua belas tahun. Kanak-kanak akan lebih

mudah memahami dan menguasai sesuatu perkara jika mereka diperkenal dengan

perkara yang berupa konkrit atau maujud. Aktiviti berbentuk hands-on memang sesuai

dalam membantu tahap perkembangan kognitif di usia ini. Peringkat yang terakhir ialah

peringkat operasi formal. Peringkat ini berlaku pada umur 12 tahun ke atas. Sesuatu

yang abstrak dapat dinilai dan murid akan cuba untuk menaakul setiap bentuk dan situ-

asi yang dirasai mereka.

4.0 KONSEP STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK, DAN ELEMEN

BESTARI

a. STRATEGI

10 | B M M 3 1 7 3 E

Page 11: Asignmnt Bm

i. Rancangan yang teratur untuk mencapai satu matlamat dan juga kebijaksanaan

dalam menguruskan sesuatu perkara.

ii. Pendidikan- kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang

kaedah dan teknik dalam satu PdP.

iii. Strategi dalam PdP merangkumi penentuan pendekatan berdasarkan objektif,

pemilihan kaedah dan teknik serta pengurusan masa dalam setiap langkah men-

gajar.

b. PENDEKATAN

.

i. Kamus Dewan (1998) – pendekatan sebagai cara atau langkah-langkah bagi

memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas.

ii. Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk

menuju sesuatu sasaran.

iii. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come

near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu.

11 | B M M 3 1 7 3 E

Penggabungjalinan

Dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran

PenyerapanMengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, sejarah, dan lain-lain.   

Penggayaan

Perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. 

Pemulihan

Disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan. 

Penilaian

Suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran

Page 12: Asignmnt Bm

iv. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau gener-

alisasi yang tertentu.

v. Jenis-jenis pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran bahasa ialah

deduktif, induktif, komunikatif dan elektik.

c. KAEDAH

i. Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan

untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan.

ii. Kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran

yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan sak-

sama bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran (Mangantar Simanjun-

tak, 1982:72).

12 | B M M 3 1 7 3 E

Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran merekaGuru berperanan sebagai pembimbing sahaja

Pendekatan berpusatkan murid

Guru atau murid bergantung dengan bahan untuk mencapai objektif Menekankan lebih kepada perkembangan kognitif, jasmani dan rohani

Pendekatan berdasarkan bahan

Membantu guru menjadikan PdP menjadi lebih berkesan dan menarik

Pendekatan berasaskan projek

Guru haruslah kreatif untuk menimbulkan situasi yang menarik minat murid menggunakan fikiran dan kemahiran berbahasa untuk selesaikan masalah

Pendekatan berasaskan masalah

Murid bergerak aktif secara fizikal dan mental bagi tujuan melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu

Pendekatan berasaskan aktiviti

Penggunaan objek secara konkrit, gambar-gambar dan bahan-bahan maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantu menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa

Pendekatan berasaskan permainan

Para pelajar mudah memahami apa yang guru ajarkan melalui permainan yang disediakan dengan menarik dan berkesan dan sosial pun berkembang

Pendekatan berasaskan situasi

Page 13: Asignmnt Bm

Kaedah Penerangan

Kaedah

Natural

Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif

seperti yang berlaku dalam pedekatan-pendekatan tradisional. Kaedah ini

kurang menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal

atau kepada teori tatabahasa tertentu.

Kaedah

Nahu Tra-

disional

Kaedah nahu tradisional ini diajar untuk membolehkan pelajar memahami

nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan ba-

hasa yang betul. Kaedah ini juga, membolehkan pelajar menterjemahkan ba-

hasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya. Ia juga bagi melengkapkan pela-

jar dengan perbendaharan kata yang luas yang dapat digunakan dalam

penulisan.

Kaedah

Terus

Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara

tahun1920-1935. Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah askar kerana

pernah digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam Perang

Dunia Kedua. Kaedah terus mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang

berdasarkan psikologi kanak-kanak.

Kaedah

Ajuk Hafaz

Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara demonstrasi dan

latih tubi. Pengajaran demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa, per-

tuturan, perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati. Tataba-

hasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan mak-

nanya diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda.

13 | B M M 3 1 7 3 E

Page 14: Asignmnt Bm

Kaedah Penerangan

Kaedah

Linguis-

tik

Kaedah ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik

iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa. Pengetahuan bahasa murid-

murid harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa itu disamping aspek-as-

pek lain seperti bunyi, susuk ayat, makna, dan lain-lain. Kaedah ini lebih men-

dahului bentuk daripada makna.

Kaedah

Kod

Kognitif

Kaedah ini lebih menekankan bentuk dan makna. Seseorang yang ingin mempela-

jari sesuatu bahasa harus mengetahui sistem bahasa berdasarkan kepada

hukum-hukum dan norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa.

Kaedah

Bahasa

Komuniti

Pembelajaran bahasa komuniti atau Community Language Learning merupakan

cara pembelajaran bahasa yang diasaskan oleh Charles A.Curran bersama den-

gan rakan-rakannya. La Forge (1983) murid Curran meluaskan teori CLL. Beliau

mengesahkan bahawa teori bahasa mestilah bermula daripada ciri-ciri bunyi, ayat

dan model-model abstrak bahasa. Seorang pelajar bahasa perlu memahami sis-

tem bunyi, makna yang ditetapkan dan tatabahasa bahasa itu.

Kaedah

Oral-

Aural 

Kaedah ini diajar adalah bagi tujuan membolehkan pelajar memperkembang

keempat-empat kemahiran bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertu-

tur, Kemahiran menulis dan Kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan kemahi-

ran lisan asas untuk pembelajaran membaca dan menulis. Ia membolehkan pela-

jar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.

14 | B M M 3 1 7 3 E

Page 15: Asignmnt Bm

d. KAEDAH

i. Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesu-

atu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.

ii. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau

strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera

yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

TEKNIK PENERANGAN

Teknik latih tubi Aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang

dipelajari.

Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahi-

ran disampimg menjamin kekekalannya.

Mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran

menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta

penting.

Teknik simulasi Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujud-

kan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan

pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan

masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan

masalah, isu atau tugasan semula.

Melalui teknik ini murid-murid dapat menggunakan

kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, men-

jalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat

isi-isi penting.

Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabung-

jalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran

lisan membaca dan menulis.

Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang

menjadi sumber motivasi kepada murid untuk meneruskan

15 | B M M 3 1 7 3 E

Page 16: Asignmnt Bm

proses pengajaran dan pembelajaran.

Teknik main peranan Dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip,

dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menje-

laskan situasi kepada kepada murid-murid lain supaya mem-

praktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang di-

mainkan secara spontan.

Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran

masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada murid

dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya

melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan seba-

gainya.

Teknik sumbangsaran Dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brain-

storming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang

membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan penda-

pat dan idea.

Boleh diaplikasikan sebagai aktiviti permainan bahasa

pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi ak-

tiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada per-

ingkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.

Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran

yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.

Teknik permainan bahasa Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang

kepada murid memperolehi latihan intensif, pembelajaran

bermakna dan sebagai alat dianogstik.

Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggu-

nakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya

kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang

bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan ne-

16 | B M M 3 1 7 3 E

Page 17: Asignmnt Bm

gara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. 

Teknik bercerita Pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina

kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang

dapat menarik minat dan perhatian pelajar.

Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata

dan tatabahasa dapat disampaikan.

Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran menden-

gar, bertutur, membaca dan menulis dalam diri pelajar.

PERBEZAAN ANTARA STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK

STRATEGI PENDEKATAN KAEDAH TEKNIK

Berdasarkan pertim-

bangan terhadap teori

pembelajaran, pen-

dekatan kaedah dan

teknik mengajar

Bercorak abstrak Bersifat konkritLebih khusus atau

spesifik

17 | B M M 3 1 7 3 E

Page 18: Asignmnt Bm

Rancangan yang ter-

atur untuk mencapai

matlamat atau ke-

jayaan

Satu pandangan,

pendirian, pegangan

atau falsafah bagi meli-

hat, memahami dan

mendekati sesuatu

perkara

Cara mengajar yang

disusun dan dilak-

sanakan untuk men-

gajar kemahiran ba-

hasa

Wujud dalam ben-

tuk aktiviti,

strategi atau tak-

tik dan bahan atau

alat yang berkai-

tan

Strategi penggabungja-

jalinan kemahiran 

-strategi 

penyerapan nilai-nilai

murini dalam penga-

jaran

Pendekatan empirisis 

-pendekatan rasiomalis

(mentalis 

-pendekatan komu-

nikatif

-Kaedah tubi 

-kaedah terus 

-kaedah dengar dan

sebut 

-kaedah bersiri 

-kaedah terjemahan 

-kaedah tentera

-teknik kloz 

-teknik bacaan

nyaring 

-teknik bercerita

-teknik drama

-teknik korus

-teknik dialog

18 | B M M 3 1 7 3 E

Page 19: Asignmnt Bm

RUJUKAN

Bibliography(n.d.). Retrieved from http://www.slideshare.net/yuvaranisubramaniam/nota-teori-pemerolehan-

bahasa-bmm3117.

(n.d.). Retrieved from http://atiqahaiza.blogspot.com/2013/03/teori-behaviorisme-perlakuan-dalam.html.

(n.d.). Retrieved from https://prezi.com/ioofmyowkyeg/pemerolehan-bahasa/.

(n.d.). Retrieved from (https://prezi.com/ioofmyowkyeg/pemerolehan-bahasa/, n.d.

(n.d.). Retrieved from http://catatannota.blogspot.com/2011/08/teori-pemerolehan-bahasa.html.

(n.d.). Retrieved from http://mashitohishak.blogspot.com/2012/09/strategipendekatan-dan-teknik.html.

(n.d.). Retrieved from http://mashitohishak.blogspot.com/2012/09/strategipendekatan-dan-teknik.html.

19 | B M M 3 1 7 3 E

Page 20: Asignmnt Bm

TUGASAN B: CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

KEMAHIRAN MEMBACA

Matapelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 2 Anggerik

Masa : 8.15 hingga 9.15 pagi

Bilangan murid : 28 orang

Unit : 10. Yang Baik Jadikan Teladan

Tajuk : Pak Senik Insaf

Standard Kandungan :

2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat

membaca.

Standard Pembelajaran :

2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan

meningkatkan kelancaran bacaan.

Objektif :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,murid dapat:

1. Membaca dengan lancar petikan yang diberi dengan menggunakan sebutan dan intonasi

yang betul.

2. Menyatakan antonim kepada kata adjektif yang disediakan berdasarkan teks cerita Pak

Senik Insaf.

20 | B M M 3 1 7 3 E

Page 21: Asignmnt Bm

Sistem bahasa 

Kosa kata :luas, kering, miskin, bakhil, gelagat.

Tatabahasa : Kata adjektif

Kemahiran bahasa :Kemahiran membaca dan menulis.

Pengisian kurikulum

Ilmu : Budaya dan Amalan Hidup

Nilai : Murah hati, tolong menolong.

Kemahiran bernilai tambah (KBT)

i) Belajar cara belajar

ii) Kecerdasan pelbagai

a. Interpersonal

b. kemahiran berfikir

c. verbal linguistik

Elemen Merentasi Kurikulum

Kreatif dan Inovatif

Bahanbantu mengajar (BBM)

Teks cerita, kad ayat dan lembaran kerja.

Pengetahuansedia ada

Murid pernah mendengar cerita-cerita teladan yang lain dan kata adjektif.

Langkahpengajaran dan pembelajaran

Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan

Tajuk cerita haiwan

dan cerita rakyat.

1. “Sang Kancil Dengan

Harimau.”

2. “Pak Pandir”

Set induksi (5 minit)

Murid diminta menyatakan tajuk-tajuk

cerita haiwan dan cerita rakyat yang

diketahui.

Guru menyatakan bahawa setiap cerita

BBB : Buku Cerita

Nilai : Keyakinan

KBT : Kemahiran

Berfikir

21 | B M M 3 1 7 3 E

Page 22: Asignmnt Bm

3. “Lebai Malang” mempunyai pengajaran tertentu.

Teks cerita “Pak

Senik Insaf”

Penilaian Kemahiran

Membaca Mekanis

Langkah 1 (20 minit)

- Murid diedar teks cerita “Pak

Senik Insaf”

- Murid ditunjukkan cara mem-

baca cerita dengan kelan-

caran, sebutan dan intonasi

yang betul.

- Murid membaca teks cerita

secara bergilir-gilir.

Guru mengambil markah untuk tujuan

penilaian membaca secara mekanis.

BBB : Teks cerita

Nilai : Berani, tekun.

KBT : KBCB

1.  Kata adjektif

2.  Perkataan

berlawanan.

Langkah 2 (10 minit)

- Murid diterangkan tentang

maksud kata adjektif.

- Dalam kumpulan, murid dim-

inta mencari perkataan adjek-

tif yang terdapat dalam teks.

- Murid mencari perkataan an-

tonim dengan kata adjektif

yang telah dicari dalam teks

dan diisi dalam lembaran

kerja.

Wakil setiap kumpulan memben-

tangkan hasil perbincangan di hada-

pan kelas.

BBB : teks cerita, lem-

baran kerja.

Nilai : kerjasama, be-

rani.

KBT : KBCB, KB, TKP

Keusahawanan:

Etika Kerja

Berkumpulan

1.  Menyusun urutan

cerita.

2.  Nilai yang terdapat

dalam cerita.

Langkah 3 (10 minit)

- Murid diedar ayat yang tidak

tersusun tentang cerita “Pak

Senik Insaf”.

- Murid menyusun ayat tersebut

secara berpasangan dan

membuat kesimpulan tentang

BBB : lembaran kerja,

kad ayat.

Nilai : berani, tekun.

KBT : KBCB, TKP

22 | B M M 3 1 7 3 E

Page 23: Asignmnt Bm

cerita tersebut.

- Beberapa orang murid tampil

ke hadapan kelas untuk

menyusun ayat-ayat yang be-

tul mengikut urutan cerita di

papan tulis.

Murid membuat kesimpulan cerita

dengan membacakan nilai yang ter-

dapat dalam cerita tersebut dengan

bantuan guru.

Pemulihan dan Pen-

gayaan

Langkah 4 (10 minit)

Pemulihan: Mengeja dan membaca

kata adjektif dan antonimnya.

Pengayaan: Mencipta serangkap

pantun berkaitan teks dan memba-

cakannya di hadapan kelas

BBB : Kertas Manila

Penutup Kognitif:

Soal jawab

1. Apakah perkara

penting yang perlu

dikuasai dalam pem-

bacaan mekanis?

1.  Apakah kata adjektif

yang terdapat dalam

cerita?

2. Apakah nilai yang

kamu peroleh dalam

cerita?

Penutup (5 minit)

- Murid menjawab setiap

soalan yang disampaikan oleh

guru.

Guru merumuskan pengajaran dan

pembelajaran.

BBB : Kertas sebak

Nilai : tekun.

KBT : TKP, KBCB.

23 | B M M 3 1 7 3 E

Page 24: Asignmnt Bm

Petikan cerita “ Pak Senik Insaf ”

         PAK SENIK INSAF

        Pada zaman dahulu, ada seorang kaya bernama Pak Senik. Kebun getahnya luas.

Haiwan ternakan juga banyak. Ada lembu, kambing, ayam dan itik. Walaupun kaya na-

mun dia sangat kedekut. Dia  sanggup makan nasi berlaukkan  ikan kering sahaja. Dia

juga tidak pernah  bersedekah kepada orang-orang miskin.

        Pak Senik mempunyai seorang anak  perempuan bernama Gayah. Suami  Gayah 

Dolah, Tidak suka akan sifat bapa mentuanya yang bakhil itu. Dolah dan Gayah  telah

menjemput Pak Senik Ke rumah mereka.

        Pada hari  tersebut, Gayah memasakkan Pak Senik gulai kambing yang lazat.

        “ Wah, sedap sungguh gulai kambing ini! Baunya pun harum dan menyelerakan,”

kata Pak Senik sambil makan.Dia makan dengan berselera sekali kerana dia tidak per-

nah menikmati lauk-pauk yang sedap. Mereka memperhatikan sahaja gelagat Pak

Senik.

        “ Dari mana kamu dapat daging kambing ni?” Tanya Pak senik.

        “ Saya sembelih seekor kambing ayah,”jawab Dolah ,selamba. Pak Senik sangat

marah.

        “Kamu mesti bayar ganti ruginya,” jerit Pak Senik  dengan kuat.

        “ Kami tidak makan daging kambing itu, mengapa kami mesti  membayarnya ?”

balas Dolah.Pak Senik terdiam.

        “ Ayah sudah tua. Harta ayah banyak.Kalau ayah murah hati dan suka bersedekah

tentu  orang kampung menghormati ayah.Tuhan juga menggandakan rezeki ayah,” je-

las Dolah dengan lembut.

        Sejak peristiwa itu, Pak Senik insaf. Dia tidak kedekut lagi. Dia sentiasa

bersedekah lagi. Dia sentiasa bersedekah kepada fakir miskin.

24 | B M M 3 1 7 3 E

Page 25: Asignmnt Bm

KATA ADJEKTIF

PAK SENIK INSAF

        Pada zaman dahulu, ada seorang kaya bernama Pak Senik. Kebun getahnya luas.

Haiwan ternakan juga banyak. Ada lembu, kambing, ayam dan itik. Walaupun kaya na-

mun dia sangat kedekut. Dia  sanggup makan nasi berlaukkan  ikan kering sahaja. Dia

juga tidak pernah  bersedekah kepada orang-orang miskin.

        Pak Senik mempunyai seorang anak  perempuan bernama Gayah. Suami Gayah 

Dolah, Tidak suka akan sifat bapa mentuanya yang bakhil itu. Dolah dan Gayah  telah

menjemput Pak Senik Ke rumah mereka.

        Pada hari  tersebut, Gayah memasakkan Pak Senik gulai kambing yang lazat.

        “ Wah, sedap sungguh gulai kambing ini! Baunya pun harum dan menyelerakan,”

kata Pak Senik sambil makan.Dia makan dengan berselera sekali kerana dia tidak per-

nah menikmati lauk-pauk yang sedap. Mereka memperhatikan sahaja gelagat Pak

Senik.

        “ Dari mana kamu dapat daging kambing ni?” Tanya Pak senik.

        “ Saya sembelih seekor kambing ayah,”jawab Dolah ,selamba. Pak Senik sangat

marah.

        “Kamu mesti bayar ganti ruginya,” jerit Pak Senik  dengan kuat.

        “ Kami tidak makan daging kambing itu, mengapa kami mesti  membayarnya ?”

balas Dolah.Pak Senik terdiam.

        “ Ayah sudah tua. Harta ayah banyak . Kalau ayah murah hati dan suka

bersedekah tentu  orang kampung menghormati ayah.Tuhan juga menggandakan

rezeki ayah,” jelas Dolah dengan lembut.

        Sejak peristiwa itu, Pak Senik insaf. Dia tidak kedekut lagi. Dia sentiasa

bersedekah lagi. Dia sentiasa bersedekah kepada fakir miskin.

25 | B M M 3 1 7 3 E

Page 26: Asignmnt Bm

SUSUNAN CERITA

26 | B M M 3 1 7 3 E

Pak Senik orang kaya tetapi kedekut dan tidak pernah bersedekah dengan fakir miskin.

Pak Senik ada anak perempuan yang bernama Gayah dan menantunya Dolah yang tidak suka dengan sikapnya yang kedekut.

Gayah masak gulai kambing dan memanggil bapanya Pak Senik untuk makan dan membiarkan Pak Senik makan seorang.

Pak Senik makan dengan berselera sebab selama ini dia hanya berlaukkan ikan kering sambil bertanyakan mana anak dan menantunya dapat seekor kambing.

Menantunya Dolah menjawab bahawa kambing Pak Senik lah yang disembelih oleh mereka dan menimbulkan kemarahan dalam Pak Senik.

Pak Senik meminta mereka berdua membayar ganti rugi kambing tersebut tetapi Dolah mengatakan dia dan isterinya Gayah tidak makan kambing tersebut jadi mereka tidak akan membayar ganti rugi.

Pak Senik terdiam kerana berasa malu apabila sedar akan hakikat tersebut. Sejak hari itu, Pak Senik tidak kedekut lagi dan dia menjadi seorang yang pe-murah hati.