bm kangges

of 23 /23
PENGHARGAAN Penyelidik menyatakan kesyukuran kerana dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Penyelidik juga ini merakamkan jutaan terima kasih kepada guru Bahasa Melayu Tingkatan 6 Atas Sekolah Menengah Kebangsaan Saint George, Puan Noorsinah Binti Saidin, yang telah banyak meluangkan masa untuk membantu penyelidik menyiapkan kajian sehingga selesai. Penyelidik juga ingin mengucapkan terima kasih kepada informan-informan yang turut meluangkan masa untuk memberi maklumat berkaitan kajian ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa penyelidik yang turut memberikan bantuan dari segi sokongan moral dan kewangan sepanjang menjalankan kajian ini. Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan kepada semua pihak sama ada terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang penyelidik menjalankan kajian ini dan diharapkan mereka yang terlibat dapat menambahkan informasi yang diperlukan untuk menjalankan kajian ini. Yew Ka Hui Nurul Nadhirah Kanggeswari 1

Upload: yew-hooi-kheng

Post on 12-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bahasa melayumelayu

TRANSCRIPT

Page 1: BM Kangges

PENGHARGAAN

Penyelidik menyatakan kesyukuran kerana dapat menyelesaikan tugasan ini dengan

sempurna. Penyelidik juga ini merakamkan jutaan terima kasih kepada guru Bahasa

Melayu Tingkatan 6 Atas Sekolah Menengah Kebangsaan Saint George, Puan Noorsinah

Binti Saidin, yang telah banyak meluangkan masa untuk membantu penyelidik

menyiapkan kajian sehingga selesai. Penyelidik juga ingin mengucapkan terima kasih

kepada informan-informan yang turut meluangkan masa untuk memberi maklumat

berkaitan kajian ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa penyelidik yang turut memberikan

bantuan dari segi sokongan moral dan kewangan sepanjang menjalankan kajian ini. Akhir

kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak sama ada

terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang penyelidik menjalankan kajian ini

dan diharapkan mereka yang terlibat dapat menambahkan informasi yang diperlukan

untuk menjalankan kajian ini.

Yew Ka Hui Nurul Nadhirah Kanggeswari Yong Siew Lee

1

Page 2: BM Kangges

1.0 PENGENALAN

Bahagian ini menjelaskan latar belakang kajian, iaitu keterangan tentang penggunaan ayat

majmuk dalam novel Yang Indah Hanya Sementara, serta definisi konsep-konsep yang

digunakan dalam kajian ini.

1.1 LATAR BELAKANG

Bagi kajian ini, ayat majmuk pancangan merupakan tajuk yang ingin dikaji secara

terperinci oleh pengkaji. Ayat majmuk pancangan boleh dibahagikan kepada tiga jenis

iaitu ayat majmuk pancangan relatif, ayat majmuk pancangan komplemen dan ayat

majmuk pancangan keterangan. Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat yang

menggunakan kata hubung relatif ‘yang’. Ayat majmuk pancangan komplemen ialah ayat

yang mengandungi klausa komplemen yang berfungsi untuk melengkapkan ayat tersebut.

Ayat komplemen ditandai oleh kata hubung bahawa, untuk, supaya, dan agar. Ayat

majmuk pancangan keterangan pula mengandungi satu klausa bebas dan satu atau lebih

klausa tak bebas yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Dengan ini,

penyelidik memilih novel “Yang Indah Hanya Sementara” untuk mengesan penggunaan

ayat majmuk pancangan kerana penyelidik mendapati bahawa novel ini banyak

menggunakan ayat majmuk pancangan.

2

Page 3: BM Kangges

1.2 Definisi Konsep

Menurut Nik Safiah Karim dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , ayat majmuk

ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan

pencatuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga terbina ayat baharu.

Beliau juga menyatakan bahawa sintaksis adalah cabang ilmu bahasa yang mengkaji

bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.

Farid Mohd Onn pula menyatakan dalam buku Tatabahasa Dewan bahawa ayat

relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan ‘yang’. Beliau juga

menyatakan bahawa ayat majmuk merupakan salah satu cabangnya. Ayat majmuk ialah

ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih dan percantuman

ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikan ayat baharu.

Ahmad Khail Mohd Nor telah menyatakan dalam buku Tatabahasa Asas Edisi Kedua

bahawa ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan menggabungkan dua klausa. Beliau

juga menyatakan bahawa ayat majmuk dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu ayat majmuk

gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut :

a) menyenaraikan ciri-ciri ayat majmuk dalam bahasa Melayu

b) mengklasifikasikan ayat-ayat majmuk pancangan mengikut jenis yang terdapat dalam

novel.

c) mengesan kefahaman pelajar SMK ST. George tentang kepelbagaian ayat majmuk

pancangan.

3

Page 4: BM Kangges

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini penting untuk

i. menambah dokumentasi tentang kajian ayat majmuk

ii. dijadikan panduan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam membezakan

penggunaan ayat majmuk.

iii. memperlihatkan kefahaman pelajar SMK ST. George terhadap perbezaan penggunaan

ayat majmuk pancangan.

4.0 SKOP KAJIAN

Kajian ini berfokus kepada penggunaan ayat majmuk dari segi ciri-ciri dan bentuk serta

penggunaan ayat majmuk pancangan dalam novel “ Yang Indah Hanya Sementara”.

5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya berdasarkan ayat majmuk pancangan relatif dalam novel “Yang Indah

Hanya Sementara”. Pengkaji hanya memfokuskan kajian berdasarkan bab 1 hingga 4 bab

iaitu muka surat 9 hingga 38. Oleh itu, kajian ayat majmuk pancangan tidak

mengambarkan keseluruhan penggunaanya dalam novel “Yang Indah Hanya Sementara” .

Penulis novel ini iaitu Annur Puteri telah menggunakan banyak ayat majmuk pancangan

dalam penulisannya.

4

Page 5: BM Kangges

6.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian merupakan metodologi kajian yang akan digunakan dalam sesuatu kajian.

Kajian ini dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kajian penyelidik.

Bahagian ini akan menerangkan tentang kaedah kajian.

6.1 Mendapatkan Data

a) Kajian Kepustakaan

Kaedah ini telah digunakan oleh pengkaji dengan cara merujuk buku teks dan buku

rujukan yang terdapat di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan berkaitan

tajuk kajian iaitu teks yang berkenaan dengan penggunaan ayat majmuk.

b) Kajian Lapangan

i. Soal Selidik

Pengkaji telah menyediakan beberapa set soalan yang berkaitan dengan penggunaan ayat

majmuk. Pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik tersebut secara rawak kepada

pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Saint George.

c) Kajian Teks

i. Teks Moden

Pengkaji telah mengkaji teks moden iaitu novel “Yang Indah Hanya Sementara” hasil

karya Annur Puteri bagi mengkaji penggunaan ayat majmuk dalam novel tersebut.

6.2 Mengumpulkan Data

Untuk memudahkan penyelidik menganalisis data, penyelidik telah mencatat ayat-ayat

majmuk yang terdapat dalam novel “Yang Indah Hanya Sementara”. Pengkaji turut

mengkaji perbezaan penggunaan ayat majmuk pancangan dalam novel tersebut.

5

Page 6: BM Kangges

7.0 Dapatan kajian

Bahagian dapatan kajian merupakan bahagian penerangan analisis data yang diperoleh.

Bahagian ini juga akan membuktikan bahawa kajian tersebut dibuat dengan baik dan

dapat digunakan sebagai rujukan atau penambahbaikan kajian yang serupa pada masa

hadapan.

7.1.0 Ciri-ciri dan bentuk ayat majmuk dalam bahasa Melayu

Ciri-ciri umum

1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal

disambungkan oleh perkataan kata hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil,

seraya dan lain-lain.

2. Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan menggabungkan dua klausa atau lebih.Dua

atau lebih klausa itu digabungkan dengan cara tertentu untuk menerbitkan ayat baharu.

3. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat selapis.

4. Terdapat tiga jenis ayat majmuk iaitu:

i.    Ayat majmuk gabungan

ii.   Ayat majmuk pancangan

iii.    Ayat majmuk campuran

Ayat Majmuk Gabungan

Ayat majmuk gabungan atau ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua klausa

atau lebih dengan menggunakan kata hubung gabungan, seperti dan, tetapi, atau, lalu,

lagi, serta, malah, dan lain-lain. Contohnya :

1. Jamal menanam jagung dan kacang.

2. Zaki meminati badminton tetapi adiknya meminati bola sepak.

Ayat Majmuk Pancangan

6

Page 7: BM Kangges

Ayat Majmuk pancangan ialah ayat yang terdiri daripada satu klausa bebas dan satu atau

lebih klausa tak bebas. Klausa tak bebas itu dipancangkan pada klausa bebas untuk

menjadi sebahagian daripada ayat majmuk yang berkenaan.

Ayat majmuk pancangan terdiri daripada tiga jenis berdasarkan cara pembentukan dan

jenis kluasa yang dipancangkan.

1 Ayat majmuk relatif

2 Ayat majmuk komplemen

3 Ayat majmuk keterangan

Ayat Majmuk Relatif

Ayat majmuk relatif atau relatif ialah ayat yang menggunakan kata hubung relatif yang.

Ayat relatif juga dikenali sebagai ayat peluas kerana klausa relatif berfungsi meluaskan

frasa subjek atau frasa prediket. Klausa relatif ini kan menjadi klausa tak bebas yang

menerangkan klausa bebas.

Contohnya :

1. Baju yang berwarna merah itu sangat mahal.

2. Budak yang duduk di kerusi itu sedang membaca buku.

Ayat Majmuk Komplemen

Ayat majmuk komplemen atau ayat komplemen ialah ayat yang mengandungi klausa

komplemen dan berfungsi untuk melengkapkan ayat tersebut. Ayat komplemen ditandai

oleh kata hubung bahawa, untuk, supaya, dan agar.

Contohnya :

1. Pemimpin itu menyatakan bahawa rakyat negara ini perlu bersatu.

2. Saya beranggapan bahawa dia tidak bersalah.

Ayat Majmuk Keterangan

Ayat majmuk keterangan atau ayat keterangan mengandungi satu klausa bebas dan satu

atau lebih klausa tak bebas yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Klausa

yang berfungsi sebagai keterangan memberikan huraian lanjut dan menegaskan makna

klausa bebas. Contohnya :

7

Page 8: BM Kangges

1. Bapa menebang pokok kelapa dengn menggunakan kapak.

Klausa bebas : bapa menebang pokok kelapa

Klausa keterangan : dengan (bapa) menggunakan kapak

-Ayat di atas mengandungi satu klausa bebas dan satu klausa keterangan. Tugas klausa

keterangan itu adalah untuk menerangkan klusa bebas.

-Ciri yang jelas tentang ayat majmuk keterangan ialah kedudukan klausa yang menjadi

keterangn dalam ayat adalh tidak tetap. Klausa keterangan ini boleh hadir selepas klausa

bebas. Dalam tulisan bagi ayat susunan biasa, tanda koma tidak digunakan untuk

memisahkan klusa bebas dengan klausa keterangan. Sebaliknya, dalam susunan songsang

tanda koma digunakan jika ayat majmuk itu panjang.

Contohnya :

1.Kami bertemu semula setelah lima tahun berpisah.( susunan biasa)

1a. Setelah lima tahun berpisah, kami bertemu semula.( susunan songsang)

Jenis ayat majmuk keterangan

Jenis ayat majmuk keterangan bergantung pada jenis kata hubung yang digunakan dan

maksud yang terkandung di dalamnya. Antara makna yang dibawa oleh klausa

keterangan dan kata hubung keterangan tersebut adalah seperti yang berikut:

a) Keterangan waktu

Keterangan waktu menerangkan masa berlakunya sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata

hubung keterangan waktu seperti sejak, apabila, sewaktu, ketika, sssementara, hingga,

tatkala, sebelum, setelah, dan sebagainya.

Contohnya:

1. Musa duduk di rumah anaknya sejak isterinya meninggal dunia.

2. Setelah membeli baju itu, dia terus pulang.

b) Keterangan musabab

Keterangan musabab menerangkan sebab atau alasan berlakunya sesuatu kejadian atau

perbuatan. Kata hubung musabab adalah seperti kerana, oleh sebab, dan lantaran.

Contohnya:

8

Page 9: BM Kangges

1. Kerana wangnya hilangnya, dia pulang berjalan kaki.

2. Oleh sebab sifat egonya, Zainal tidak disukai ramai orang.

c) Keterangan akibat

Keterangan akibat menyatakan kesan atau hasil sesuatu perbuatan. Kata hubung akibat

antaranya ialah hingga, sehingga, dan jadi.

Contohnya:

1) Adiknya menangis terlalu kuat hingga suaranya serak.

2) Khairi tidak akan pulang sehingga Imran sampai.

d) Keterangan pertentangan

Keterangan pertentangan menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan.

Kata hubung keterangan pertentangan adalah seperti walaupun, meskipun, namun,

kendatipun, sungguhpun, biarpun, sekalipun,dan sedangkan.

Contohnya:

1) Walaupun demam, Sulaiman pergi juga ke sekolah.

2) Mereka datang meskipun tidak diundang.

e) Keterangan syarat

Keterangan syarat ialah keterangan yang menjelaskan tuntutan yang mesti diptuhi

sebelum melakukan sesuatu. Kata hubung bagi ayat jenis ini adalah seperti jika, kalau,

jikalau, asalkan, sekiranya, dan andai kata.

Contohnya:

1) Jika kita berdisiplin, kita pasti akan berjaya.

2) Nenek boleh makan makanan itu asalkan tidak terlalu banyak.

f) Keterangan cara

Keterangan cara ialah keterangan tentang cara pelaksanaan atau gaya sesuatu perbuatan

dilakukan atau bagaimana sesuatu kejadian berlaku. Kata hubung keterangan cara ialah

dengan.

Contohnya:

9

Page 10: BM Kangges

1) Saiful ke sekolah dengan menunggang basikal.

2) Orang tua itu menangkap ikan dengan menggunakan jala.

g) Keterangan tujuan

Keterangan tujuan ialah keterangan tentang suatu tujuan atau harapan bagi sesuatu

perbuatan dilakukan. Kata hubung keterangan tujuan adalah seperti bagi, demi, dan

untuk.

Contohnya:

1) Ali mengunjungi Osman untuk mengetahui perkara itu.

2) Kita tidak harus berkira bagi membantu golongan miskin.

h) Keterangan harapan

Keterangan harapan ialah keterangan tentang sesuatu yang diingini atau dihajati. Kata

hubung keterangan harapan antarannya ialah agar, supaya, semoga, moga-moga, dan

kalau-kalau.

Contohnya:

1) Wanita itu bekerja hingga malam agar anaknya hidup senang.

2) Kami sentiasa berharap semoga masalah tersebut cepat selesai.

i) Keterangan perbandingan

Klausa keterangan perbandingan ialah keterangan tentang sesuatu kejadian secara

perbandingan. Kata hubung keterangan perbandingan ialah bagai, seperti, laksana, ibarat,

sebagaimana, seolah-olah, seakan-akan, daripada, bagaikan, dan bak.

Contohnya:

1) Kamu lebih baik bekerja di kilang daripada bekerja di sawah.

2) Saya menyayangi anak saudara saya seperti saya menyayangi anak sendiri.

Ayat Majmuk Campuran

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis klausa,

iaitu terdiri daripada campuran klausa bebas dengan pelbagai jenis klausa tak bebas. Ayat

majmuk campuran merupakan ayat yang biasanya panjang kerana di dalamnya

10

Page 11: BM Kangges

terkandung beberapa klausa daripada pelbagai jenis.

Contohnya:

1) Lelaki itu menjolok buah kelapa untuk dijual bagi mendapatkan wang saku.

7.2.0 Penggunaan ayat majmuk pancangan yang terdapat dalam novel ‘Yang Indah

Hanya Sementara’

7.2.1 Penggunaan ayat-ayat majmuk pancangan relatif dalam novel ‘Yang Indah Hanya Sementara’

Bil Ayat majmuk pancangan relatif Halaman

Samwil merenung dalam-dalam isterinya, Syufiqa yang seakan-akan 1. tenggelam dalam dunianya tersendiri. 1 Syufiqa mempunyai koleksi novel yang cukup banyak hingga boleh2. dijadikan mini khutub khanah di rumah mereka. 13. Gadis yang dikenali semasa zaman persekolahan. 1

4. Sikap macam-macam Mia Sara itulah sebenarnya mendorong Samwil yang pendiam dan agak susah untuk mendekati perempuan, mengenali seterusnya menyatukan hati mereka menjadi satu. 2

5. Kata orang jarang yang mahu kekal. 2

6. Bercakap dan ketawa dalam nada yang terkawal. 3

7. Syufiqa megejutkan Samwil yang sekejap tadi membiarkan fikiran terbang jauh.

3

8. Jarang ada kesudahan yang muktamad sebelum nafas terakhir. 3

9. Mia Batrisya, itulah versi wajah yang akan ditunjukkan Syufiqa. 310. Tanggapan seseorang yang buta pengetahuan tentang novel. 4

11. Sebuah novel tidak lebih daripada bahan bacaan yang melalaikan pembaca melalui kisah-kisah jiwa laranya. 412. Samwil cuba menenangkan syufiqa yang kelihatan agak tegang dan tertekan. 513. Dia enggan ketinggalan pesta buku yang sedang berlangsung. 5

14. Dia bimbang sesuatu yang bakal berlaku manti mengecewakan Syufiqa.

5

15. Samwil teruja melihat ramai pengunjung pesta buku yang berlangsung di situ.

5

16. Lalu dia membiarkan Syufiqa dan kawan-kawannya yang ketika itu masih ramai yang membujang menemani Syufiqa.

6

17. Ada bermacam jenis buku yang terpamer di situ. 6

18. Syufiqa mengeluarkan sesuatu dari beg yang disandang di bahu. 7

19. Samwil mula berperang dengan satu perasaan yang dia sendiri tidak betah untuk mentafsirkannya.

7

11

Page 12: BM Kangges

7.2.2 Penggunaan ayat-ayat majmuk pancangan komplemen dalam novel ‘Yang Indah Hanya Sementara’

Bil Ayat majmuk pancangan komplemen Halaman1. Dalam masa yang sama dia memang mengharapkan agar Syufiqa tidak akan hampa.

3

2. Kalau tidak kerana mahu menghormati isteri, tidak mungkin dia mencadangkan kepada Syufiqa agar mempelawa Noryani sama tadi.

4

7.2.3 Penggunaan ayat majmuk pancangan keterangan dalam novel ‘Yang Indah Hanya Sementara’.

Bil Ayat majmuk pancangan keterangan Halaman 1. Jika lebih bernasib baik, dia berpeluang pula bertemu penulis-penulis novel dan meminta tandatangan mereka.

5

2. Lagipun minat kau dan dia hampir sama. 5 Mungkin ada sebab biasanya penulis sering juga ke pesta buku untuk 3. menpromosikan karya baharu mereka.

6

4. Rupa-rupanya kerana dalam hatinya ada mengharapkan sesuatu. 11 5. Noryani memberi isyarat tangan agar tunggu dulu. 11 6. Dia tidak ada nafsu untuk ketawa bersama. 12 7. Sebelum ini dia tidak pernah memikirkan malah tidak pernah terfikir tentang perkara yang berlaku ketika itu.

14

8. Semangat Samwil untuk bersuka ria hujung minggu hilang dek pertemuan Syufiqa dan Mia Bastrisya di tempat pesta sekejap tadi.

16

9. Syufiqa yakin dengan kata-kata Samwil sementara jauh di dasar hati Samwil juga yakin dia tidak akan berubah semudah memetik jari.

16

10. Dia cuba untuk menyedapkan diri sendiri. 1911. Samwil setuju walaupun dia sebenarnya langsung tidak mengantuk dan tidak kepenatan walaupun tanpa rehat sepanjang rehat.

22

12. Syufiqa bahagia sekali dengan ucapan itu. 2313. Memang jika bersama Syufiqa, dia senang untuk berterus terang sahaja kerana dia tahu Syufiqa boleh menerima apa sahaja dengan fikiran terbuka.

26

14. Pada saya cukuplah kalau karya saya mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dan peminat hasil sastera.

27

15. Dia cuma peminat Mia Batrisya dan tidak perlu berasa kepiluan sehingga ke tahap sedemikian semata-mata kerana nasib dan perjalanan hidup Mia Batrisya tidak seindah mana sebelum ini.

31

16. Walaupun ikatan antara mereka masih baru, kasih sayang mereka begitu kuat dan tidak menyamai kasih sayang yang pernah Samwil curahkan kepada Mia Batrisya suatu masa dulu.

33

12

Page 13: BM Kangges

17. Dia terburu-buru keluar rumah untuk menyambut kedatangan tetamu. 3418. Samwil masih kurang senang kerana dia menjemput Mia Batrisya makan di rumah tanpa berbincang terlebih dahulu.

38

19. Syufiqa merampas buku yang sedang dibaca oleh Mia Batrisya 38

7.3.0 Mengesan kefahaman pelajar tentang kepelbagaian ayat majmuk pancangan.

7.3.1 Markah yang diperolehi oleh pelajar secara keseluruhan.

Secara keseluruhannya, pelajar yang mendapat markah tertinggi ialah 2 orang pelajar

iaitu sebanyak 10 markah manakala yang lain memperolehi markah rendah daripada

mereka. Dengan itu, hanya 2 orang pelajar

sahaja yang mendapat markah melebihi

50%. Seramai 4 orang pelajar didapati

gagal dengan memperolehi markahnya

6 ke bawah. Jadual dibawah

menunjukkan jumlah markah soal selidik.

Jadual 1 : Jumlah markah soal selidik

13

Jumlah Markah Jumlah Pelajar 10 2 6 3 4 1 3 3 2 1

Page 14: BM Kangges

1 2 3 4 5 6 7 8 9 100

2

4

6

8

10

12

Jumlah Pelajar

Jumlah Pelajar

Graf 1 : Graf Markah Soal Selidik7.3.2 Analisis soal selidik

Melalui dapatan kajian, pengkaji mendapati bahawa seramai 2 daripada 10 orang pelajar

mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 10 daripada 15 markah. 3 orang responden

pula mendapat 6 markah, seorang responden mendapat 4 markah manakala 3 responden

mendapat 3 markah. Seorang lagi responden mendapat markah terendah iaitu 2 daripada

15 markah. Majoriti pelajar didapati gagal untuk menjawab dan memahami ketiga-tiga

konsep yang dibincangkan dalam kajian ini iaitu komplemen, relatif dan keterangan.

Pelajar tidak dapat mengenalpasti penggunaan ayat majmuk dengan betul. Ini

menyebabkan 8 daripada 10 orang responden gagal untuk mencapai markah 50% dalam

soal selidik yang dijalankan.

8.0 RUMUSAN KAJIAN

Rumusannya, pengkaji mendapati bahawa tidak ada terlalu banyak ayat majmuk

pancangan komplemen iaitu hanya dua ayat sahaja dari bab1 hingga bab 4 dalam novel

yang dikaji iaitu ‘Yang Indah hanya Sementara’. Pengkaji juga mendapati penulis buku

14

Page 15: BM Kangges

iaitu Annur Puteri banyak menggunakan ayat majmuk pancangan keterangan dan ayat

majmuk pancangan relatif iaitu masing-masing 20 dan 19 ayat majmuk dari bab 1 hingga

4. Pengkaji turut menjalankan kaedah soal selidik dalam kalangan pelajar di sekolah

SMK St. George dan mendapati bahawa kebanyakannya tidak memahami konsep ayat

majmuk pancangan.

9.0 PENUTUP

Hasil kajian ini dapat menjelaskan ciri-ciri dan bentuk ayat majmuk pancangan. Ayat

majmuk pancangan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu ayat majmuk

pancangan relatif, ayat majmuk pancangan komplemen dan ayat majmuk pancangan

keterangan. Pengkaji berharap supaya segala usaha yang telah dijalankan akan memberi

manfaat yang sewajarnya kepada pelajar-pelajar khususnya bagi pelajar SMK St. George

dan harap dapat membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran mengenai

penggunaan ayat majmuk pancangan. Pengkaji juga mengharapkan supaya kajian seperti

ini akan diteruskan oleh pengkaji akan datang seiring dengan perkembangan bahasa

untuk terus memberi manfaat kepada generasi pelajar yang akan datang.

15

Page 16: BM Kangges

BIBLIOGRAFI

Nik Safiah Karim dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ,

Farid Mohd Onn …

Ahmad Khail Mohd Nor

16