pentaksiran bm

Download Pentaksiran Bm

Post on 22-Dec-2015

49 views

Category:

Documents

10 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pentaksiran BM

TRANSCRIPT

(PISMP BM C)

TUGASAN 1

Soalan 1

1. Konsep pengujian, konsep pengukuran dan konsep penilaian dalam Bahasa Melayu.

(a) Konsep pengujianPembelajaran telah dikaitkan dengan perubahan tingkah laku. Dengan itu ujian adalah cara yang sistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang. Pengujian dikatakan mengukur tingkah laku kerana ia memerlukan seseorang pelajar menunjukkan (dengan cara menanda, mengisi atau mengarang) perkara-perkara yang telah dipelajarinya. Yang dimaksudkan dengan sistematik ialah perkara atau butiran di dalam ujian itu, haruslah dibina berpandukan kepada peraturan tertentu. Biasanya, cara menentukan ujian ataupun peperiksaan dilaksanakan berdasarkan Jadual Penilaian Ujian. Cara melaksanakannya juga harus ditetapkan, dan cara memberi markah ditentukan dengan terperinci. Semua pelajar akan mengambil ujian yang sama di dalam keadaan yang sama. Oleh kerana pembelajaran ialah perubahan tingkah laku, maka sudah tentu ujian hanya dapat meliputi contoh butiran semata-mata dan butiran itu adalah contoh yang mewakili bidang pembelajaran yang sedang diuji.Pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus. Pengujian dapat dianggar sebagai proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa, ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan tahap dan prestasi murid yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui proses pengujian inilah seseorang guru dapat mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai sebanyak mana kemahiran yang telah dipelajari.Pengujian mempunyai beberapa tujuan untuk menentukan cara dan tujuan pengujian yang baik. Ia melibatkan bagaimana dan apakah yang perlu dijalankan untuk membentuk satu ujian yang baik. Penganalisisan butir ujian dapat memberi maklumat yang diperlukan dan dijadikan dasar memperbaiki sesuatu pengujian itu. Selain itu, pengujian juga digunakan untuk menguji Kefahaman. Ujian kefahaman adalah untuk mengetahui sejauh manakah murid-murid telah memahami isi kandungan yang telah diajarkan khasnya ujian di dalam bilik darjah seperti ujian bulanan, adalah umumnya untuk mengenali kelemahan dan kekuatan pelajar-pelajar di dalam pembelajaran. Melalui pengujian juga dapat menilai kelemahan dan kekuatan pelajar. Makluman ini memberi maklumat balik kepada guru dari segi kelemahan dan kekuatan pengajarannya. Pengujian juga memberi makluman balik kepada murid. Hasil pengujian juga memberi makluman balik kepada pelajar dari segi kelemahan dan kekuatan pembelajarannya sepanjang tempoh guru itu mengajar.Kegunaan Pengujian pula mempunyai beberapa kegunaan penting. Antaranya ialah, mendapatkan pemerhatian objektif. Pengujian adalah berguna untuk membolehkan guru atau pemeriksa membuat pemerhatian objektif khasnya terhadap tingkah laku pelajar. Pengujian sebagai pengukur membolehkan pemerhatian ini dicatatkan supaya ciri-ciri atau tingkah laku yang dikehendaki dinilai mengikut sesuatu norma baku yang tetap. Selain itu, pengujian juga dapat menilai prestasi pelajar di kawasan terkawal. Pengujian membolehkan guru menilai prestasi pelajar supaya terkawal. Ada banyak variabel yang mengganggu prestasi pelajar, misalnya, keadaan alam, masa, bahan rujukan, bantuan nasihat dan sebagainya. Jenis-jenis variabel ini berubah mengikut tugasan yang dilakukan. Keadaan lingkungan sekeliling ujian merupakan salah satu daripada cara guru dapat memberi kawalan yang cukup untuk mengelakkan pengaruh variabel ini. Pengujian juga dapat membantu meramalkan tingkah laku masa depan. Ujian boleh dibentuk supaya berkait dengan hasil masa depan. Oleh itu pengujian digunakan untuk meramalkan kejayaan seseorang. Misalnya ujian ramalan di peringkat UPSR, PMR, SPM dan STPM digunakan untuk meramal prestasi pelajar di dalam peperiksaan sebenar nanti.Terdapat berbagai jenis ujian bahasa yang digunakan di sekolah. Jenis ini dapat digolongkan kepada tiga kumpulan besar, ujian pencapaian, ujian kemahiran dan ujian bakat. Ujian pencapaian ini boleh dibahagikan kepada dua jenis umum, iaitu Ujian kemajuan dan Ujian pencapaian. Ujian Kemajuan kerap digunakan di dalam bilik darjah. Tiap-tiap ujian kemajuan yang di gunakan di dalam bilik darjah adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru darjah itu sendiri, kerana dia mempunyai pengetahuan penuh mengenai keperluan ujian yang direka bentuk olehnya itu. Tujuannya adalah berasaskan kepada objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar dan pengetahuan pelajar yang ingin diuji. Adalah tidak wajar untuk menggunakan ujian umum untuk memenuhi keperluan sesuatu keadaan yang khusus di dalam bilik darjah. Jadi, guru digalakkan membentuk ujiannya bagi memenuhi keperluannya sendiri. Ujian kemajuan ini bertujuan untuk mengukur dan menilai, setakat manakah pelajar-pelajar telah menguasai bahan atau perkara-perkara yang diajarkan di bawah satu-satu tajuk tertentu. Ujian itu berasaskan kepada rancangan pelajaran yang telah diikuti oleh pelajar. Jadi ujian itu bukan saja penting untuk menilai kemajuan pelajar dalam pelajarannya, tetapi juga tugas-tugas guru itu sendiri dalam mengajar murid-muridnya. Hasil daripada ujian kemajuan ini membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap orang pelajarnya dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruhan. Satu ujian kemajuan yang tinggi mutunya dapat mengerakkan motivasi pelajar ke arah pencapaian yang lebih tinggi dengan cara yang lebih positif. Jadi ujian ini merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan mengukuhkan pembelajaran dan aspek-aspek tertentu yang telah dipelajari. Biasanya satu ujian kemajuan harus menghasilkan markah pencapaian yang tinggi dan ini akan mendorong pelajar untuk berusaha lagi. Seterusnya, Ujian pencapaian. Ujian ini tidak jauh berbeza daripada ujian kemajuan. Ujian pencapaian lebih rasmi dan bertujuan untuk mengukur pencapaian secara lebih menyeluruh, seperti ujian atau peperiksaan akhir tahun dan penggal sekolah. Ujian seperti ini adalah berasakan kepada apa yang dianggap telah dipelajari oleh pelajar. Ujian ini merupakan peperiksaan untuk menentukan penempatan jenis sekolah dan jurusan pelajar. Pembentukan ujian itu berasaskan kepada sukatan pelajaran rasmi yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Dalam peperiksaan umum seperti ini, bahanbahan yang dibentuk biasanya diperakui dulu. Tiap-tiap butiran peperiksaan dianalisis melalui proses analisis butiran. Butir-butir yang sesuai dikekalkan dan lain-lain, sama ada dibuang, diubah atau diperbaiki, berasakan analisis tersebut. Kadang-kadang ujian pencapaian digunakan juga sebagai ujian kemajuan, jika tujuannya ialah khas untuk melihat kemajuan pelajar di dalam pelajarannya. Ujian Kemahiran pula ialah untuk menentukan sejauh mana kemahiran bahasa seseorang pelajar dan bagaimana dia menggunakan kemahiran ini untuk menghadapi sesuatu tugas tertentu seperti pelajaran lain atau bidang-bidang tertentu. Misalnya, ada ujian lisan bahasa Malaysia pada peringkat SPM, dan ada ujian untuk menguji kemahiran pelajar di dalam pertuturan. Ujian bahasa Inggeris TOEFL (Test of English as a Foreign Language) bertujuan untuk menguji kemahiran seseorang di dalam bahasa tersebut. Jadi ujian seperti ini bukanlah untuk mengukur pencapaian am, tetapi kemahiran khusus yang diperlukan untuk menghadapi pembelajaran. Ujian bakat di dalam bahasa Malaysia ialah ujian yang dibentuk untuk mengukur prestasi yang mungkin dicapai oleh pelajar di dalam bahasa itu. Adalah dianggapkan bahawa bukan semua orang, khususnya bukan Melayu, mempunyai bakat untuk mempelajari bahasa Malaysia. Bakat untuk mempelajari bahasa sangat kompleks dan melibatkan berbagai faktor seperti kecerdasan, umur, motivasi kuasa ingatan, kebolehan mengenal pasti bunyi bahasa dan pola-pola tatabahasa. Dengan itu tidak mungkin dan tidak perlu diuji semua aspek bahasa di dalam satu ujian. Oleh sebab itu, biasanya ujian bakat dibahagikan mengikut kemahiran-kemahiran khusus yang ingin dipelajari oleh pelajar, umpamanya kemahiran bertutur.Beberapa ciri penting mengenai ujian diperlukan untuk memastikan bahawa ujian bahasa Malaysia yang dibentuk, dilaksanakan dan digunakan untuk menilai bahawa pelajar itu adalah benar-benar berfungsi demikian. Ciri-ciri utama yang harus ada adalah seperti berikut, kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan dan kemudahan tafsiran. Kesahan ujian bermakna kita memastikan bahawa sesuatu ujian bahasa Malaysia itu benar-benar menguji perkara-perkara yang harus diuji iaitu mencapai tujuannya. Bagi sesuatu ujian, ada tiga jenis kesahan yang harus diawasi iaitu, kesahan rup