kertas cadangan

7

Click here to load reader

Upload: qiya-mahmud

Post on 16-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kertas cadangan karnival permainan tradisional

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHASPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JANUARI 2013

PJM 3123 EPENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

KERTAS CADANGAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL: TUJU SELIPAR IPG KAMPUS ILMU KHAS

TARIKH:3 MAC 2015

TEMPAT:PADANG IPG KAMPUS ILMU KHAS

ANJURAN:PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JANUARI 2013KUMPULAN PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN G 5.2 (KUMPULAN 5)

1.0 RASIONAL PERTANDINGAN

1.1Penganjuran permainan tradisional merupakan aktiviti wajib yangterkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi guru-guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 5 Ambilan Januari 2013.

1.2Memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalamantentang perancangan, persediaan dan pengelolaan sesuatu pertandingan.

1.3Nilai kerjasama, saling membantu, toleransi, perpaduan, semangat kesukanan dan kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan ahli jawatankuasa dalam usaha untuk menjayakan karnival ini.

1.4Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara ke arah melahirkan insan yang seimbang daripada segi rohani, jasmani, emosi dan sosial, diharap penganjuran karnival ini mampu menjana jiwa guru yang matang dan sedia menghadapi cabaran pada masa hadapan.

1.5Selain itu, permainan ini juga diharapkan dapat menyemai kembali rasa cinta terhadap permainan tradisional yang menjadi warisan dalam kalangan seluruh masyarakat Malaysia sejak dahulu.

1.6Berdasarkan kepada keperluan inilah, kumpulan ini berusaha menganjurkan satu pertandingan permainan tradisional yang diharap dapat merealisasikan kemantapan rohani dan jasmani bagi melahirkan guru yang cemerlang.

2.0 OBJEKTIF2.1Memenuhi syarat kandungan kurikulum pembelajaran dalam PISMP Semester 5 Ambilan Januari 2013.

2.2Memberi peluang kepada bakal guru dalam menimba pengalaman baharu dalam menganjurkan karnival permainan tradisional agar dapat diaplikasikan ketika bertugas di sekolah kelak.

2.3Menimba pelbagai ilmu pengetahuan dalam bidang kemasyarakatan, sosial dan budaya.

2.4Mendapat gambaran dan pengalaman sebenar dalam menghayati dan jugamenghargai warisan permainan dari pelbagai bangsa di Malaysia.

2.5Mendapat pendedahan dan pengalaman secara langsung untuk menguasai latihan kemahiran aktiviti kebudayaan, kemasyarakatan, kebajikan serta aktiviti- aktiviti lain.

2.6Memupuk nilai kerjasama dan keyakinan diri yang tinggi ketika mengendalikan pertandingan seperti ini.

2.7Membina kerjasama dan hubungan erat antara para guru pelatih di institut atau dengan pihak luar.

2.8Melahirkan insan guru yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, sosial dan intelek.

3.0 BUTIRAN PROGRAM

3.1Nama program: Pertandingan PermainanTradisional: Tuju Selipar 3.2Penganjur: PISMP Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Semester 5 Kumpulan 5 3.3Tarikh: 3 Mac 2015 (Selasa) 3.4Tempat: Padang Bola IPG Kampus Ilmu Khas1.5 3.5Penyertaan: Pelajar PPISMP Semester 2 Pendidikan Khas Masalah Pendengaran dan Masalah Penglihatan

4.0JAWATANKUASAPERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL TUJU SELIPAR

Jawatankuasa Pelaksana

AJK Peralatan : Awang Hishamuddin bin Awang SabaeeAJK Persiapan Tempat : Nurul Fariha binti MuhamadAJK Pengurusan Peserta : Naqiyah binti MahmudAJK Teknikal Pertandingan : Mohd Arifudin bin BitanKetua Hakim : Syarifah Nursollehatun binti Syed Mohd Kher

5.0 JADUAL PERTANDINGAN(Rujuk lampiran)

6.0IMPLIKASI KEWANGAN

6.1 Sumber KewanganBil.

Sumber KewanganJumlah

1.

Yuran peserta RM 3.00 x 20

JUMLAHRM 60.00

6.2 Anggaran PerbelanjaanBil.

PerkaraJumlah

1.2.3.4.

Makanan peserta (roti) TepungTali rafia Hadiah RM 0.50 x 20 RM 2.00 x 2RM 3.00 x 2RM 2.00 x 20

JUMLAHRM 60 .00

7.0 PENUTUP Kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak yang terlibat secara langsung adalah amat diharapkan Pertandingan Permainan Tradisional Tuju Selipar ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Diharap semua objektif pertandingan permainan tradisional ini dapat dimanfaatkan oleh guru-guru pelatih yang terlibat di samping dapat mengetengahkan maklumat serta pengalaman yang diperoleh untuk diaplikasikan di sekolah kelak. Setinggi- tinggi harapan dari pihak tuan agar permohonan untuk menjalankan Pertandingan Permainan TradisionalTuju Selipar ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya. Semoga harapan kita untuk melahirkan para guru pelatih yang berketerampilan dan seimbang daripada aspek fizikal dan mental akan dapat direalisasikan selaras dengan matlamat Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Disediakan oleh:

(NAQIYAH BINTI MAHMUD)Setiausaha ProjekPertandingan Permainan Tradisional Tuju SeliparIPG Kampus Ilmu Khas.