guru sebagai insan mulia2

Upload: raharman

Post on 14-Apr-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Guru Sebagai Insan Mulia2

    1/7

    NURUL /BIG@FASA2/PJ 1/PPGIPTI/SEM4/2011-2015

    GURU SEBAGAI INSAN MULIA

    "penyampai ilmu, pemangkin minda ummah"

    Sesungguhnya kecemerlangan hidup seseorang di dunia ini tidak dapat lari dari sumbangandan pengorbanan orang lain sama ada ibu bapa, ahli keluarga, kaum kerabat, rakan-rakan,

    guru-guru dan sebagainya. Sumbangan dan pengorbanan tersebut sudah tentu tidak mampudibalas, lebih-lebih lagi sumbangan para guru yang membimbing kita ke arah kecemerlanganhidup di dunia dan di akhirat.

    http://mutiaraislam.wordpress.com/2010/05/16/selamat-hari-guru-16-mei-2010/selamat-hari-guru-16-mei-2010-6/https://www.facebook.com/photo.php?fbid=320738407977330&set=a.107079129343260.4304.106714432713063&type=1&relevant_count=1http://mutiaraislam.wordpress.com/2010/05/16/selamat-hari-guru-16-mei-2010/selamat-hari-guru-16-mei-2010-6/https://www.facebook.com/photo.php?fbid=320738407977330&set=a.107079129343260.4304.106714432713063&type=1&relevant_count=1
  • 7/30/2019 Guru Sebagai Insan Mulia2

    2/7

    NURUL /BIG@FASA2/PJ 1/PPGIPTI/SEM4/2011-2015

    Oleh itu, tanggal 16 Meisetiap tahun, warga guru diraikan dalam sambutan hari guru bagimenghargai dan mengenang jasa mereka yang mendidik anak bangsa menjadi insanberguna. Sememangnya guru adalah insan mulia kerana mereka telah diamanahkan untukmenyampaikan ilmu dan mentarbiah masyarakat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkanolej Anas bin Malik r.a. :Maksudnya :Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yangberilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang-bintang di langit yang menjadipetunjuk dan menerangi di dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun di lautan,apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan.

    Sirah Rasulullah s.a.w. juga memaparkan kepada kita bahawa disamping menjadi guru,baginda s.a.w. juga adalah merupakan pelajar yang sentiasa menerima didikan dan asuhandari Allah s.w.t, lantaran itu guru adalah sebagai pendidik dan pada masa yang sama guru

    juga merupakan pelajar yang sentiasa berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan selarasdengan perkembangan semasa. Budaya menuntut ilmu sepanjang hayat seharusnya dihayatioleh setiap guru dan segenap lapisan masyarakat.

    Ini menjelaskan bahawa tugas guru bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuantetapi ia juga mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berakidah, dinamik danberkualiti di dunia dan di akhirat.

    http://mutiaraislam.wordpress.com/2010/05/16/selamat-hari-guru-16-mei-2010/selamat-hari-guru-16-mei-2010-2/http://mutiaraislam.wordpress.com/2010/05/16/selamat-hari-guru-16-mei-2010/selamat-hari-guru-16-mei-2010-1-3/http://mutiaraislam.wordpress.com/2010/05/16/selamat-hari-guru-16-mei-2010/selamat-hari-guru-16-mei-2010-2/http://mutiaraislam.wordpress.com/2010/05/16/selamat-hari-guru-16-mei-2010/selamat-hari-guru-16-mei-2010-1-3/
  • 7/30/2019 Guru Sebagai Insan Mulia2

    3/7

    NURUL /BIG@FASA2/PJ 1/PPGIPTI/SEM4/2011-2015

    Maka, dalam merialisasikan harapan yang tinggi ini, guru terpaksa menempuh pelbagaicabaran dan dugaan dalam era pendidikan. Contohnya masalah gejala sosial dikalanganpelajar yang semakin parah, harapan yang mengunung daripada masyarakat kepada guru,sikap sebahagian ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik bulat-bulat kepada guruadalah merupakan cabaran semasa para guru. Namun biar sejuta cabaran mendatang, biarsejuta rintangan menghalang, bagi mereka yang bergelar guru tetap memikul tanggungjawabdengan penuh sabar dan tabah.

    Aspirasi negara dalam bidang pendidikan adalah untuk membina masyarakat yang sejahtera,harmoni serta mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah s.w.t. Maka bagi mencapaihasrat tersebut, tuntutan kepada ilmu pengetahuan yang berbentuk Fardhu Ain dan FardhuKifayah adalah amat diperlukan. Ianya hendaklah disepadukan agar kemajuan yang hendakdicapai itu dapat memenuhi tuntutan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Amalanmemisahkan antara pendidikan yang bercorak Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah akanmelahirkan sebuah masyarakat yang tempang sekaligus menggagalkan usaha membentukmodal Insan gemilang. Firman Allah s.w.t. dalam surah Ali-Imran ayat 18 yang berbunyi :

    Maksdunya :

    Allah menerangkan (kepada sekelian makhluknya dengan dalil dan bukti )bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan dia, yang sentiasamentadbir seluruh alam dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu ( mengakui dan menegaskan juga yang demikian ) tiadatuhan yang berhak disembah melainkan Dia Yang Maha Kuasa lagi MahaBijaksana .

    http://mutiaraislam.wordpress.com/2010/05/16/selamat-hari-guru-16-mei-2010/selamat-hari-guru-16-mei-2010-3/http://mutiaraislam.wordpress.com/2010/05/16/selamat-hari-guru-16-mei-2010/selamat-hari-guru-16-mei-2010-2a/http://mutiaraislam.wordpress.com/2010/05/16/selamat-hari-guru-16-mei-2010/selamat-hari-guru-16-mei-2010-3/http://mutiaraislam.wordpress.com/2010/05/16/selamat-hari-guru-16-mei-2010/selamat-hari-guru-16-mei-2010-2a/
  • 7/30/2019 Guru Sebagai Insan Mulia2

    4/7

    NURUL /BIG@FASA2/PJ 1/PPGIPTI/SEM4/2011-2015

    Sebagai anggota masyarakat kita seharusnya rasa terpanggil untuk bersama dengan wargaguru bagi menjayakan harapan negara ke arah melahirkan generasi modal insan kelaspertama yang berjiwa ULUL ALBAB. Tugas mendidik dan menangani gejala sosialsewajarnya dilakukan secara bersama antara ibu bapa, masyarakat dan guru seperti katapepatah BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING. Sebagimana firman Allahyang berbunyi :

    Maksudnya :

    ..dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan(kebaikan) dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan padamelakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepadaAllah, kerana Allah sesungguhnya Maha Berat Azab siksanya (bagi sesiapa)yang melanggar perintahnya.

    ( Surah al-Maidah : 2 )

    Ibu bapa dan masyarakat hendaklah seiring dan bersama-sama dalam menginstitusikankeluarga, masyarakat dan persekitaran sebagai sekolah. Disamping ibu bapa juga perlumewujudkan suasana pembelajaran di rumah dan persekitaran dengan memberi perhatian

    yang serius terhadap kehidupan seharian anak-anak. Ibu bapa juga hendaklah pekaterhadap perkara-perkara yang boleh merosakkan nilai dan jati diri anak-anak seperti gejalamerokok, suka membuang masa, sukakan hiburan yang melampau, penyalahan gunaandadah, amalan pergaulan bebas dan sebagainya. Kita semua sedia maklum bahawa akhlakmulia merupakan teras kepada pembinaan modal insan kelas pertama.

    http://mutiaraislam.wordpress.com/2010/05/16/selamat-hari-guru-16-mei-2010/selamat-hari-guru-16-mei-2010-4/
  • 7/30/2019 Guru Sebagai Insan Mulia2

    5/7

    NURUL /BIG@FASA2/PJ 1/PPGIPTI/SEM4/2011-2015

    Hubungan baik antara ibu bapa dengan pihak sekolah amat penting agar usaha mengasuh

    dan mendidik anak-anak berjalan dengan lancar dan sempurna. Persatuan ibu bapa danguru-guru seharusnya memainkan peranan penting demi membina kecemerlangan anak-anak. Ibu bapa dan masyarakat juga perlu menjalin hubungan yang erat dan berterusandengan pihak sekolah agar setiap permasalahan yang ditimbulkan oleh anak-anak dapatdiselesaikan secara muhibah.

    Pandangan negatif yang tidak berasas terhadap para guru perlu dikikis dan pada masa yangsama guru juga hendaklah sama-sama menilai diri jangan jadi seperti pepatah melayuKERANA SETITIK NILA ROSAK SUSU SEBELANGA ibu bapa juga sepatutnyabersungguh-sungguh dan sedia berkorban harta benda dan tenaga bagi mencapaikecemerlangan anak-anak. Ini bertepatan dengan apa yang ditegaskan oleh Imam Al-Syafie

    bahawa ilmu pengetahuan tidak akan dapat dicapai kecuali dengan 6 perkara iaituKECERDIKAN, KESUNGGUHAN, KEMAJUAN, PERBELANJAAN YANG CUKUP,SELALU MENDAMPINGI GURU Dan MASA YANG LAMA.

    Maka, bertepatan dengan sambutan Hari Guru yang juga disambut pada bulan MEI setiaptahun, peranan dan tanggungjawab guru mampu melahirkan pembangunan modal insankerana melalui sumbangan idea dan tenaga ke arah membina sebuah negara dan bangsayang dihormati serta disegani di persada dunia.

    Dont try to fix the students, fix ourselves first. The good

    teacher makes the poor student good and the goodstudent superior. When our students fail, we, asteachers, too, have failed. ~ Marva Collins ~

    http://mutiaraislam.wordpress.com/2010/05/16/selamat-hari-guru-16-mei-2010/selamat-hari-guru-16-mei-2010-5/
  • 7/30/2019 Guru Sebagai Insan Mulia2

    6/7

    NURUL /BIG@FASA2/PJ 1/PPGIPTI/SEM4/2011-2015

    Apa yang ada didalam pemikiran sebahagian masyarakat terhadap kerjaya

    seorang GURU.

    1. Kerja cikgu ni senang jer.2. Kerja sikit. Cuti banyak.HANYA ORANG YANG TAK TAHU MENILAI PROFESSION PERGURUAN SAHAJA YANG AKANBERKATA DEMIKIAN. KERJA CIKGU NI BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DIGEMBARGEMBURKAN ATAU DIFIKIRKAN.Time pertandingan bola cikgu jd REFEREE

    Time budak nak bertanding apa2 acara ... cikgu jd JURULATIH

    Time aktiviti KH ... cikgu jd PETANI/

    TUKANG/WAYERMAN

    Time kutip yuran ... cikgu jd AKAUNTAN..

    Time RMT ... cikgu jd PELAYAN..

    Time budak sakit/demam ... cikgu jd DOKTOR

    Time budak sakit/ kecemasan ... cikgu jd DRIVER

    (kereta jdi AMBULANS)

    Time ceramah ... cikgu jd MOTIVATOR..

    Time hias kelas ... cikgu jd INTERIOR DESIGN

    Time persembahan hari guru ... cikgu jd KOMPOSER..

    Time baiki kerusi rosak ... cikgu jd TUKANG KAYU..

    Time budak muntah/berak dlm kelas ... cikgu jd TUKANG CUCI..Time budak mencuri ... cikgu jd DETEKTIF

    Time budak wat salah/bergaduh cikgu jd HAKIM

    Time budak wat persembahan ... cikgu jd JURUGAMBAR

    Time perkhemahan ... cikgu jd TENTERA..

    Time hari kantin ... cikgu jadi PENIAGA

    Time hari Guru ... cikgu jd PENYANYI..

    Time gotong royong sekolah ... cikgu jd TUKANG KEBUN

    Time masuk waktu solat ... cikgu jd TOK IMAM..Time parent amek lambat ... cikgu jd BABY SITTER..

    Time merentas desa ... cikgu jd POLIS TRAFIK..

    Time budak sedih ... cikgu jd PELAWAK..

    GURU ADALAH SEGALA SEGALANYA

  • 7/30/2019 Guru Sebagai Insan Mulia2

    7/7

    NURUL /BIG@FASA2/PJ 1/PPGIPTI/SEM4/2011-2015

    Blog di WordPress.com. Theme:ChaoticSoulbyBryan Veloso.

    Follow

    Follow mutiaraislam online

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 35 other followers

    Powered by WordPress.com

    http://ms.wordpress.com/?ref=footerhttp://ms.wordpress.com/?ref=footerhttp://theme.wordpress.com/themes/chaoticsoul/http://theme.wordpress.com/themes/chaoticsoul/http://theme.wordpress.com/themes/chaoticsoul/http://avalonstar.com/http://avalonstar.com/http://avalonstar.com/http://void%280%29/http://void%280%29/http://wordpress.com/signup/?ref=lofhttp://wordpress.com/signup/?ref=lofhttp://www.islamgrid.gov.my/quran/terjemahan.phphttp://www.e-fatwa.gov.my/http://mutiaraislam.wordpress.com/ensiklopedia/http://www.islamgrid.gov.my/quran/terjemahan.phphttp://www.e-fatwa.gov.my/http://mutiaraislam.wordpress.com/ensiklopedia/http://www.islamgrid.gov.my/quran/terjemahan.phphttp://www.e-fatwa.gov.my/http://mutiaraislam.wordpress.com/ensiklopedia/http://www.islamgrid.gov.my/quran/terjemahan.phphttp://www.e-fatwa.gov.my/http://mutiaraislam.wordpress.com/ensiklopedia/http://www.islamgrid.gov.my/quran/terjemahan.phphttp://www.e-fatwa.gov.my/http://mutiaraislam.wordpress.com/ensiklopedia/http://www.islamgrid.gov.my/quran/terjemahan.phphttp://www.e-fatwa.gov.my/http://mutiaraislam.wordpress.com/ensiklopedia/http://wordpress.com/signup/?ref=lofhttp://void%280%29/http://avalonstar.com/http://theme.wordpress.com/themes/chaoticsoul/http://ms.wordpress.com/?ref=footer