modal insan dan kerjaya guru

23
Kerjaya Guru Dan Perjuangan Insan Pendidik Modal Insan dan Kerjaya Guru

Upload: siaw-zhen-liew

Post on 17-Jan-2016

53 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modal Insan Dan Kerjaya Guru

Kerjaya Guru Dan Perjuangan Insan

Pendidik

Modal Insan dan Kerjaya Guru

Page 2: Modal Insan Dan Kerjaya Guru

Modal InsanModal insan (human capital) sering dikaitkan dengan kebolehan dan kemahiran manusia. Modal insan juga pernah dirujuk sebagai buruh (labour) atau sumber manusia iaitu salah satu daripada faktor-faktor pengeluaran yang terdiri daripada manusia (buruh), mesin dan modal.

Page 3: Modal Insan Dan Kerjaya Guru

• 'aset ketara’ (tangible asset) milik individu seperti akaun bank, saham syarikat dan kilang dianggap sebagai aset kerana berupaya menghasilkan pendapatan dan keluaran pada jangka masa panjang.

• ‘aset tidak ketara’ (intangible asset). Contohnya pendidikan formal, kursus-kursus kemahiran, perbelanjaan penjagaan kesihatan atau ceramah kepentingan masa juga dianggap sebagai modal kerana berkemampuan menjana pendapatan, meningkatkan kesihatan dan memperbaiki kelakuan/tabiat seseorang.

Page 4: Modal Insan Dan Kerjaya Guru

Ciri-ciri Modal Insan• Pengetahuan Luas: Spesifik dan umum• Berkermahiran Pelbagai: Spesifik dan insaniah.• Bersikap mulia, beretika dan bermoral.• Berdaya saing tinggi, inovatif dan progresif.• Keyakinan diri tinggi, tabah dan berdisiplin.• Bernilai mulia: amanah, rajin,

bertanggungjawab.

Page 5: Modal Insan Dan Kerjaya Guru

Konsep Guru• Keguruan sebagai satu kerjaya memberi guru

peluang yang istimewa untuk meninggalkan kesan dan pengaruh yang positif dalam diri murid-murid yang mereka ajar.

• Kamus Online Merriam-Webster– “Guru” didefinisikan sebagai “seorang yang

mengajar”. Sinonim-sinonim yang disenaraikan bagi perkataan guru termasuk “pendidik”, “instruktur”, “ahli pedagogi”, “jurulatih” dan “tutor”.

Page 6: Modal Insan Dan Kerjaya Guru

• Akta Pendidikan 1996– Guru diertikan sebagai seseorang yang

mengajar murid di suatu institusi pendidikan; atau

– Menyediakan atau mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa jawapan yang dikembalikan di, bagi atau melalui pusat pendidikan jarak jauh, dan termasuklah guru besar atau pengetua.

Page 7: Modal Insan Dan Kerjaya Guru

KONSEP KERJAYA GURU

• Keguruan adalah satu perkejaan yang mulia di mana tugas dan amanah yang diberikan, mereka mempunyai peluang untuk membentuk fizikal, emosi, rohani dan intelekpelajar selaran dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

• Keguruan sebagai satu kerjaya memberi guru peluang yang istimewa untuk meninggalkan kesan dan pengaruh yang positif dalam diri murid-murid yang mereka ajar.

Page 8: Modal Insan Dan Kerjaya Guru

KONSEP IBADAH

• Bahasa: memebawa erti “taat dan tunduk”, atau dalam bahasa Arab “al-ta’ah wal khudu”.

• Syarak: bermaksud “ketaatan dan kepatuhan yang harus disertai dengan perasaan kasih dan cinta kepada Allah S.W.T desebabkan Dialah yang berhak menerima kasih dan cinta yang sebenarnya.

• Berdasarkan penjelasan di atas, ibadah dapat diketegorikan kepada 2 unsur:– Tunduk dan patuh sepenuhnya kepada Allah; atau – Cinta sepenuhnya kepada Allah sesuai dengan tujuan

dijadikan manusia itu sendiri.

Page 9: Modal Insan Dan Kerjaya Guru

Perspektif Agama

Page 10: Modal Insan Dan Kerjaya Guru

Agama Islam• Guru juga mengamalkan konsep kerjayanya sebagai

suatu ibadah dalam melaksanakan prinsip-prinsip “Maqasid Assyariah” (menjaga, memelihara dan memperkasakan agama, akal, nyawa,keturunan dan harta).

• guru pergi ke sekolah dianggap sebagai pergi ke medan jihad kerana mereka mereka bertindak untuk menentang, membasmi dan mencegah kejahilan,kelemahan,kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan.

• Guru hendaklah menyedari bahawa tugas mendidik anak bangsa merupakan suatu amanah Allah Taala yang tidak boleh disia-siakan.

Page 11: Modal Insan Dan Kerjaya Guru

• Mengajar dengan perasaan ikhlas dan tanpa sebarang muslihat dan tipu helah dianggap sebagai suatu ibadah. Oleh itu, keikhlasan guru dalam mencurahkan ilmu akan menjadi keberkatan kepada pelajar. wahyu yang

diturunkan dalam Surah Iqra, menyeru manusia untuk menuntut ilmu dan mencari keredaan Allah.

• guru merupakan murabbi, mualim, muadib, alim atau ulamak. Hal ini menunjukkan guru merupakan profesion yang mulia dalam perspektif agama islam.

• Ilmu membentuk keperibadian yang tinggi (bersih dan suci) serta minda yang terbuka yang diadun dari curahan ilmu dari guru dan pendidik yang mengajar. Ilmu ibarat mutiara yang bernilai tinggi apalagi ilmu yang bersangkutan dengan ilmu ketuhanan.

Page 12: Modal Insan Dan Kerjaya Guru

Agama Buddha

• Sebelum kedatangan Agama Buddha–pendidikan Brahmanic di rumah

seorang guru. –Kriteria kemasukan adalah berasaskan

sistem kasta dan dikhaskan untuk djivas (Brahmanas dan Kshatriyas) sahaja.

Page 13: Modal Insan Dan Kerjaya Guru

• Selepas kedatangan Agama Buddha– empat untuk belajar ajaran Buddha dinamakan Rumah

rahib atau disebut Sangha serta kemasukan bukan sahaja kepada rahib dan rahib perempuan sahaja tetapi kepada sesiapa sahaja yang berminat, termasuk mereka yang bukan penganut Buddha. Kaedah penyampaian adalah secara lisan sahaja.

– murid-murid dikehendaki menghafal segala yang terkandung dalam dhamma, iaitu kebenaran dan vinaya , iaitu disiplin atau peraturan.

– Teknik penyampaian yang digunakan oleh guru Buddha contohnya seperti; penggunaan jadual, ilustrasi dan ekperimen.

– Mereka dibenarkan untuk membuat penaakulan, kemudian berbahas dan bertengkar secara konstuktif seterusnya mengemukan idea masing-masing terhadap isu yang timbul

Page 14: Modal Insan Dan Kerjaya Guru

Agama Hindu

• Guru merupakan wakil yang dihantar oleh Tuhan ke dunia ini. Justeru,guru merupakan pekerjaan yang mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat Hindu.

• Dua jenis guru; acharyas dan upadhayas.• Hieraki sosial masyarakat hindu, guru diberi

penghormatan yang amat tinggi.

Page 15: Modal Insan Dan Kerjaya Guru

• Tanggungjawab ibu bapa hanyalah kepada kebajikan fizikal anak-anak, sementara guru bertanggungjawab terhadap kebajikan kerohanian anak mereka.

• Apabila guru sudah berpuas hati, barulah mereka dikatakan sudah menamatkan pengajian mereka, lalu dibenarkan meninggalkan guru mereka.

• Mereka menggunakan cara hafalan

Page 16: Modal Insan Dan Kerjaya Guru

AGAMA SIKH• Menurut agama sikh, guru merupakan jambatan yang

menghubungkan manusia dengan Tuhan. • Betapa mulianya profesion perguruan kerana guru dikaitkan

dengan Tuhan bagi perspektif agama sikh. • Guru Nanak adalah pengasas agama Sikh dan dikenali sebagai

guru pertama dalam rantaian 10 orang Guru. • Guru yang terakhir dalam rantaian itu ialah Guru Gobind Singh.• Guru merupakan orang yang sangat penting dalam masyarakat

sikh kerana mereka dianggap sebagai pelita jalan yang akan menunjukkan jalan yang benar kepada murid– muridnya. 

• Mereka juga mempunyai budi pekerti beliau yang baik dan ramah tamah. Oleh itu, murid-murid mereka akan menjadi sempurna, berupaya mengatasi sebarang masalah yang dihadapi, menjadi senang hati, dan bercantum menjadi satu dengan kebanaran.

Page 17: Modal Insan Dan Kerjaya Guru

AGAMA KRISTIAN• Yesus kristus merupakan seorang guru yang agung.

Yesus sentiasa berusaha untuk mengajar tentang pelbagai perkara merangkumi duniawi dan surgawi dan memberi nasihat kepada anak – anak muridnya supaya mereka dapat melakukan perkara yang baik berlandaskan firman Tuhan yang terdapat di dalam Alkitab atau Bible.

• Guru sebagai seorang pemimpin dan menjadi role model kepada anak-anak murid hendaklah sentiasa berusaha untuk mendidik dan memberi ilmu pengetahuan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

Page 18: Modal Insan Dan Kerjaya Guru

Tanggapan penganut-penganut Kristian terhadap peranan serta ciri-ciri personaliti guru:

• Membimbing dan membantu murid mereka untuk melengkapi diri dengan ilmu yang sedang mereka cari seperti terkandung dalam kitab suci. Akan tetapi bukan menjadi tanggungjawab guru untuk membekalkan kesemua ilmu yang hendak dipelajari; malahan murid-murid perlu berusaha membuat rujukan yang sesuai berdasarkan bahan yang disyorkan.

• Melindungi murid-murid mereka daripada kumpulan-kumpulan tertentu yang cuba membawa pengaruh negatif dan ajaran sesat.

Page 19: Modal Insan Dan Kerjaya Guru

• Menunjukkan jalan yang tepat agar murid-murid mereka dapat bertemu dengan arah yang betul dan benar berpandukan kitab-kitab suci.

• Memberi dorongan yang wajar agar dapat meningkatkan pencapaian anak-anak murid dari segi carian ilmu kerohanian.

Page 20: Modal Insan Dan Kerjaya Guru

Socrates (469-399

SM)

Socrates (469-399

SM)

• Bersama dengan golongan muda berbincang sambil mengemukakan soalan-soalan tentang isu-isu berkaitan dengan ilmu, nilai, politik dan sebagainya.

• Keikhlasan beliau untuk berkongsi ilmu tanpa balasan wang ringgit telah menarik minat anak-anak muda yang telah berkumpul secara beramai- ramai

• Bersama dengan golongan muda berbincang sambil mengemukakan soalan-soalan tentang isu-isu berkaitan dengan ilmu, nilai, politik dan sebagainya.

• Keikhlasan beliau untuk berkongsi ilmu tanpa balasan wang ringgit telah menarik minat anak-anak muda yang telah berkumpul secara beramai- ramai

PERSPEKTIF AHLI FALSAFAHPERSPEKTIF AHLI FALSAFAH

Page 21: Modal Insan Dan Kerjaya Guru

Plato (427-

347 SM)

Plato (427-

347 SM)

•Seorang guru seelok-eloknya prihatin terhadap anak murid masing-masing dan menjaga kebajikan mereka demi masa depan yang cerah.•Pendidikan disifatkan sebagai satu entiti moral, maka para pendidik bertanggungjawab ke atas penyampaian ilmu yang berasaskan kepada kebenaran dan nilai.

•Seorang guru seelok-eloknya prihatin terhadap anak murid masing-masing dan menjaga kebajikan mereka demi masa depan yang cerah.•Pendidikan disifatkan sebagai satu entiti moral, maka para pendidik bertanggungjawab ke atas penyampaian ilmu yang berasaskan kepada kebenaran dan nilai.

Page 22: Modal Insan Dan Kerjaya Guru

Aristotle (384-322

SM)

Aristotle (384-322

SM)

• Aristotle menjalankan kajian terhadap pelbagai jenis mata pelajaran. Akhimya, beliau berjaya menubuhkan sebuah perpustakaan yang menyimpan bahan-bahan zaman purba kala.

• Beliau berpendapat tidak wujudnya persaingan antara budaya dengan Tuhan yang Maha Esa dan Maha Kuasa. Tuhan adalah yang paling agung sekali. Dialah sumber pertama yang berupaya menggerakkan mana-mana hati yang belum tergerak lagi.

• Aristotle menjalankan kajian terhadap pelbagai jenis mata pelajaran. Akhimya, beliau berjaya menubuhkan sebuah perpustakaan yang menyimpan bahan-bahan zaman purba kala.

• Beliau berpendapat tidak wujudnya persaingan antara budaya dengan Tuhan yang Maha Esa dan Maha Kuasa. Tuhan adalah yang paling agung sekali. Dialah sumber pertama yang berupaya menggerakkan mana-mana hati yang belum tergerak lagi.

Page 23: Modal Insan Dan Kerjaya Guru

Mahatma Gandhi (1869 - 1948)

Mahatma Gandhi (1869 - 1948)

• Beliau berupaya menyelami masalah-masalah orang awam di negara India seperti kemiskinan, konflik agama, eksploitasi dan sebagainya.

• Beliau dianggap suara golongan yang tertindas sama ada di negara India mahupun di luar negara.

• Beliau berupaya menyelami masalah-masalah orang awam di negara India seperti kemiskinan, konflik agama, eksploitasi dan sebagainya.

• Beliau dianggap suara golongan yang tertindas sama ada di negara India mahupun di luar negara.