laporan bina insan guru fasa iii

8
Laporan Bina Insan Guru Fasa III Kumpulan PISMP G3.5 Muzik 2013 Tempat : Kg. Orang Asli Sungai Congkak Tarikh : 13 April 2013 Hari : Sabtu Masa : 7.00 pagi 6.00 petang Bilangan Yang Terlibat : 23 orang guru pelatih 2 orang pensyarah pengiring 20 orang kanak-kanak orang asli Bilangan Keseluruhan : 45 orang Pengenalan Unit Ko-kurikulum IPG Kampus Ilmu Khas telah memberikan tugasan Bina Insan Guru kepada guru pelatih PISMP semester 3. Untuk semester ini pihak Unit Ko-kurikulum telah mengarahkan setiap kumpulan membuat sendiri progam Bina Insan Guru ini di mana pensyarah mentor akan memantau setiap perancangan yang di jalankan. Oleh itu setelah proses perbincangan dijalankan, satu jawatakuasa yang diberi nama jawatankuasa BIG 2013 ditubuhkan di mana ahlinya terdiri daripada guru pelatih PISMP G3.5 muzik. Atas persetujuan semua pihak saya telah dilantik untuk menjadi pengerusi bagi program ini. Kami telah memilih tema Seni dalam pendidikan untuk program ini di mana mengeketengahkan unsur seni visual, muzik dan seni pergerakan. Untuk program ini ia adalah gabungan 2 kehendak tema bina insan guru yang dikeluarkan oleh pihak Unit Kokurikulum iaitu Bengkel Pendidikan dan Pengendalian Majlis Rasmi. Kami menggabungkan kedua-dua tema ini bagi menjimatkan masa dan memudahkan pengurusan. Secara keseluruhan jumlah waktu yang perlu dipenuhi untuk program ini adalah 10 jam. Oleh kerana waktu yang panjang maka perancangan rapi telah dibuat oleh organisasi yang telah dipilih atas dasar undi sukarela bagi menjayakan program bina insan guru ini. Cadangan tempat yang pertama adalah dikawasan berhampiran kampus iaitu TABIKA Kemas di kawasan perumahan flat DBKL Cheras. Namun hasil

Upload: farid-hasan

Post on 24-Dec-2015

64 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

free

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Bina Insan Guru Fasa III

Laporan Bina Insan Guru Fasa III

Kumpulan PISMP G3.5 Muzik 2013

Tempat : Kg. Orang Asli Sungai Congkak

Tarikh : 13 April 2013

Hari : Sabtu

Masa : 7.00 pagi – 6.00 petang

Bilangan Yang Terlibat : 23 orang guru pelatih

2 orang pensyarah pengiring

20 orang kanak-kanak orang asli

Bilangan Keseluruhan : 45 orang

Pengenalan

Unit Ko-kurikulum IPG Kampus Ilmu Khas telah memberikan tugasan Bina Insan

Guru kepada guru pelatih PISMP semester 3. Untuk semester ini pihak Unit Ko-kurikulum

telah mengarahkan setiap kumpulan membuat sendiri progam Bina Insan Guru ini di mana

pensyarah mentor akan memantau setiap perancangan yang di jalankan. Oleh itu setelah

proses perbincangan dijalankan, satu jawatakuasa yang diberi nama jawatankuasa BIG

2013 ditubuhkan di mana ahlinya terdiri daripada guru pelatih PISMP G3.5 muzik. Atas

persetujuan semua pihak saya telah dilantik untuk menjadi pengerusi bagi program ini. Kami

telah memilih tema Seni dalam pendidikan untuk program ini di mana mengeketengahkan

unsur seni visual, muzik dan seni pergerakan.

Untuk program ini ia adalah gabungan 2 kehendak tema bina insan guru yang

dikeluarkan oleh pihak Unit Kokurikulum iaitu Bengkel Pendidikan dan Pengendalian Majlis

Rasmi. Kami menggabungkan kedua-dua tema ini bagi menjimatkan masa dan

memudahkan pengurusan. Secara keseluruhan jumlah waktu yang perlu dipenuhi untuk

program ini adalah 10 jam. Oleh kerana waktu yang panjang maka perancangan rapi telah

dibuat oleh organisasi yang telah dipilih atas dasar undi sukarela bagi menjayakan program

bina insan guru ini.

Page 2: Laporan Bina Insan Guru Fasa III

Cadangan tempat yang pertama adalah dikawasan berhampiran kampus iaitu

TABIKA Kemas di kawasan perumahan flat DBKL Cheras. Namun hasil perbincangan

semula kawasan program telah diubah ke kawasan perkampungan orang asli di Sungai

Congkak Hulu Langat Selangor. Ini adalah untuk menimba pengalaman yang lebih

mencabar dan membina keyakinan positif guru pelatih untuk bergaul dengan masyarakat

orang asli.

Berdasarkan pemerhatian saya, program ini dapat berjalan dengan lancar di mana

kanak-kanak di kawasan program memberikan kerjasama yang baik. Saya berasa berpuas

hati kerana terpapar senyuman dari wajah rakan-rakan guru pelatih dan kanak-kanak orang

asli. Berikut merupakan senarai penuh ahli jawatankuasa yang menjayakan program Bina

Insan Guru fasa 3:

Jawatan Nama

Pengerusi Muhammad Farid Bin Hasan

Naib Pengerusi Nur Amalina Binti Mohd. Isa

Setiausaha Meenaci A/P Rengasamy

Naib Setiausaha Tie Ping Ping

Bendahari Monica Carol Anak Lenggi

AJK Pengacaraan Muhammad Shafiq Bin Dolhalit

Rosmarina Binti Mamat

AJK Audio Muhammad Zaki Bin Mokhtar

Thillai Amuthan A/L Thallai Muthu

AJK Tempat Juliana Anak Pengabang

Yaki Tang

AJK Peralatan Zaim Zulhimi Bin Zailani

Yap Kee Siang

AJK Keselamatan Simon Wong Sie Tai

Norfazlie Bin Naji

AJK Makanan Tee Yi Hui

They Yi Yi

AJK Cenderahati Thesikga A/P Seloraji

Thamil Chelvi A/P Elengowan

AJK Aktiviti Yeo Hui En

Yap Phey Yoong

AJK Dokumentasi Yap Wan xin

Mahaletchumy A/P Keenasan

Page 3: Laporan Bina Insan Guru Fasa III

Kekuatan Program

Kekuatan utama program ini adalah dari segi aktiviti yang dicipta sungguh menarik.

Saya amat berterima kasih kepada AJK aktiviti saya kerana telah berusaha dengan

bersungguh-sungguh untuk menyediakan aktiviti yang menyeronokkan. Berikut merupakan

tentatif penuh bagi program ini:

Masa Program

7.00 pagi Berkumpul di kampus

7.30 pg Bertolak ke kawasan program

8.30 pg Dijangka tiba ke kawasan program

9.00 pg Ucapan pengerusi

9.15 pg Hiasan (booth)

10.00 pg Nyanyian lagu tema program

10.30 pg Permainan osom (gunting, kertas, batu)

11.00 pg Musical chair

11.30 pg Cup Game

12.00 tgh hari Rehat dan Makan Tengah Hari

2.00 ptg Pertandingan mewarna

3.30 ptg Sukaneka

- Tepung & gula

- Mangkuk berair

- Penuhkan botol

- Tuang air

- Bola bersarung

- Bola batik

4.45 ptg Minum petang

5.00 ptg Penutup

6.00 ptg Pulang ke kampus

Selain itu kerjasama yang diberikan kanak-kanak orang asli di kg orang Asli Sungai

Congkak amat memberansangkan. Ia memberikan kami pengalaman yang berbeza dari dari

program sebelum ini kami pernah anjurkan.

Saya telah mempersediakan jentara jawatankuasa saya lebih awal bagi

memudahkan melancarkan perjalanan program. Antara jawatankuasa yang menjalankan

Page 4: Laporan Bina Insan Guru Fasa III

tugasan awal, Setiausaha, Bendahari, AJK aktiviti, dan AJK tempat. Ini dapat memudahkan

urusan untuk mendapatkan kelulusan dari pihak-pihak tertentu untuk menjalankan program

dan kelulusan tapak bagi menjalankan program. Bendahari pula membuat anggaran

perbelanjaan keseluruhan program bagi memudahkan urusan untuk pengumpulan dana.

Pihak setiausaha pula menyiapkan segala urusan berkenaan dengan kertas kerja program,

permohonan pengangkutan institut dan juga juga urusan surat menyurat.

Saya telah membentuk jawatankuasa agar saling bekerjasama jika mahu program ini

berjaya. Saya meletakkan setiap AJK adalah penting dan mempunyai tugas tertentu, jika

salah satu AJK tidak bergerak maka keseluruhan organisasi akan terhenti. Oleh itu setiap

AJK harus memainkan tanggungjawab mereka dan alhamdulillah mereka berjaya berbuat

demikian.

Kelemahan Program

Setiap program tidak akan terlepas dari timbulnya beberapa kelemahan. Kelemahan

yang utama bagi program ini adalah berkenaan dengan kelulusan tempat untuk

menjalankan program dan pengangkutan untuk ke tapak program.

Berkenaan dengan tempat di mana kami perlu menghubungi beberapa kali pihak

ketua kampung orang asli berkenaan untuk mendapatkan maklumat untuk membuat

permohonan program. Setelah dijelaskan kami perlu menghubungi beberapa pegawai

kerajaan bagi mendapatkan kelulusan program. Ia merupakan salah satu proses yang rumit

kerana ia merupakan pengalaman pertama kami berurusan dengan pegawai berkenaan

dengan masyarakat orang asli di mana kami perlu menjalani beberapa prosedur sebelum

berjaya mendapatkan kelulusan.

Urusan pengangkutan sepatutnya tidak menjadi masalah kerana kami telah

membuat tempahan kenderaan institut 2 minggu sebelum tarikh program di jalankan, tetapi

pihak institut tidak mengambil serius berkenaan hal ini menyebabkan beberapa hari sebelum

kami dapati bahawa pihak institut tidak menyediakan kenderaan untuk ke program tersebut.

Ini berlakunya kekecohan di pagi hari program walaupun pihak institut telah menyediakan

bas yang di sewa khas tetapi bas tersebut lewat tiba di kampus menyebabkan kami lewat

bergerak ke tapak program.

Page 5: Laporan Bina Insan Guru Fasa III

Refleksi

Alhamdulillah program Bina Insan Guru Fasa 3 berjaya ditamatkan pada 13 April

2013 yang lepas hasil kerjasama keseluruhan organisasi yang dilantik. Secara keseluruhan

saya sangat berpuas hati dengan hasil program ini selain dapat menimba pengalaman yang

unik dan berbeza.

Untuk fasa 3 ini saya telah dilantik untuk mempengerusikan program ini. Saya tahu ia

adalah satu tugas yang berat namun, saya cuba dan berusaha untuk melakukan yang

terbaik. Saya menerima amanah ini dengan hati yang terbuka dan dengan sedaya upaya

menggerakkan organisasi yang dibawah tanggungjawab saya bagi memenuhi kehendak

proforma kursus Perguruan Ijazah Sarjana Muda.

Di awal organisasi ditubuhkan berlaku beberapa perubahan tempat, di mana

organisasi mengubah tapak program tanpa pengetahuan saya. Pada hari mereka

menjalankan sesi perbincangan bersama mentor Puan Nadiah Hayati Omar saya tiada di

dalam mesyuarat tersebut kerana mengalami masalah kesihatan. Saya berasa terkilan

kerana organisasi saya telah membelakangkan saya semasa proses pertukaran tapak

program. Maklumat pertukaran ini disampaikan oleh naib saya yang berada di dalam

mesyuarat tersebut. Oleh kerana pemelihan saya sebagai pengerusi di pilih atas suara

majoriti maka jika keputusan pertukaran tapak program saya terima. Saya menjadi situasi ini

sebagai satu cabaran kepada diri saya.

Di awal pengendalian saya ada beberapa ahli jawatankuasa yang tidak bertindak

mengikut arahan saya, maka saya terpaksa menggunakan pendekatan tegas saya kepada

mereka kerana dengan sikap mereka ini akan membebankan beberapa pihak lain iaitu

terpaksa melakukan tugas di luar skop jawatan mereka. Tetapi masalah ini dapat

diselesaikan dengan segera dan memberi kelicinan kepada proses pengurusan.

Walau saya dilantik menjadi pengerusi bagi program ini tetapi saya masih lagi

seorang guru pelatih biasa. Kerana tugasan harian sebagai guru pelatih, latihan amali, kerja

kursus menyebabkan organisasi ini terhenti untuk beberapa kali. Perancangan awal

program ini akan dijalankan sebelum kami keluar untuk melakukan Latihan amalan

profesional – Pengalaman Berasaskan Sekolah. Tetapi kerana kecuaian saya dan beberapa

masalah lain, saya telah berbincang dengan seluruh organisasi untuk mengubah tarikh

kepada 13 April 2013 iaitu 2 minggu selepas cuti intra-semester.

Sebelum kami berjaya keluar untuk menjalankan program saya menghadapi maslah

dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli. Oleh itu perkara ini saya rujuk kepada mentor saya

Page 6: Laporan Bina Insan Guru Fasa III

iaitu Encik Razak Bin abdul Kadir bagi memecahkan kebuntuan yang organisasi saya

hadapi. Alhamdulillah dengan bantuan beliau pihak JAKOA telah meluluskan program kami

dan kami terus membuat persiapan awal iaitu dengan pergi ke lokasi program bagi

mendapatkan gambaran sebenar dan situasi yang akan berlaku.

Malangnya, walaupun kami telah membuat temu janji dengan pihak Tuk Batin iaitu

Ketua Kampung Orang Asli Sungai Congkak, tetapi beliau keluar kawasan kerana tugasan

lain. Oleh itu kami terpaksa berurusan dengan wakil beliau iaitu anak beliau sendiri. Saya

akui di sini adalah kesilapan saya kerana saya lewat mendapatkan kelulusan dari pihak

JAKOA dan lewat membuat temu janji dengan tuk batin tersebut. Walabagaimanapun,

urusan bersama wakil beliau tidak memberi banyak masalah dan segala urusan dapat

diselesaikan dengan segera.

Secara jujurnya dengan melihat keadaan tapak program kami, saya berasa sangat

terkejut. Ia merupakan salah satu perkara baru yang saya hadapi di mana kemudahan yang

terhad, lokasi yang kotor ia benar-benar membuatkan saya bersyukur dengan apa ytang

dikurniakan oleh tuhan kepada saya. Melihat keadaan lokasi Monica Carol mencadangkan

agar menjalankan kerja permbersihan pada petang 12 April 2013 dan saya setuju. Tetapi,

saya berasa sedikit terkilan kerana kebanyakan ahli lain tidak dapat turut serta dalam kerja

pembersihan ini. Walaubagaimanapun saya tetap meneruskan usaha tersebut bagi

mewujudkan suasana selesa pada hari program dijalankan.

Di dalam keseluruhan program saya sangat terasa hati dengan pihak pentadbiran

institut kerana mereka gagal menyediakan perkhidamatan pengangkutan dengan baik. Ami

telah membuat tempahan yang terawal dari peserta lain iaitu terdapat peseta lain yang turut

memohon perkhidmatan bas institut, tetapi borang kami telah di letakkan pada bahagian

bawah menyebabkan pegawai yang menguruskan pengangkutan terlepas pandang. Saya

berasa amat kecewa kerana pihak pentadbiran tidak bersikap serius dalam menjalankan

tugas mereka. Kami hampir membuat keputusan muktamad iaitu akan menaiki kenderaan

sendiri ke lokasi program. Tetapi mentor kami mencadangkan agar kami tunggu sehingga

kenderaan yang disediakan tiba.

Secara keseluruhan saya telah timba banyak pengalaman yang luar biasa ketika

menjawat jawatan pengerusi. Ia telah melatih saya sifat sabar yang tinggi. Saya harap ia

mampu memberikan yang positif terhadap guru pelatih yang lain. Segala masalah yang

timbul semasa program ini adalah kerana kegagalan saya menguruskan dengan baik.

Walaubagaimanapun saya telah cuba sedaya upaya untuk menjayakan program ini.

Page 7: Laporan Bina Insan Guru Fasa III

Lampiran

Selitan gambar semasa program

Page 8: Laporan Bina Insan Guru Fasa III