peranan guru dalam pembentukan modal insan

21
AJEERAH BINTI YAHYA FATEHAH BINTI ZULKIFLI NUR FADHILAH BINTI ABDULLAH PISMP 1A IPG KAMPUS BAHASA MELAYU EDU 3101 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Upload: fatehah-zulkifli

Post on 20-Jun-2015

6.649 views

Category:

Documents


41 download

DESCRIPTION

Tajuk tutorial bagi subjek EDU3101 FPM.

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Guru Dalam Pembentukan Modal Insan

AJEERAH BINTI YAHYAFATEHAH BINTI ZULKIFLI

NUR FADHILAH BINTI ABDULLAH

PISMP 1AIPG KAMPUS BAHASA

MELAYU

EDU 3101 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Page 2: Peranan Guru Dalam Pembentukan Modal Insan

“Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan...Pendidikan dan latihan

kemahiran berkualiti yang berterusan juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran serta mampu berdepan

dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang kian meningkat.”

-YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi-(Perutusan Hari Perkerja, 1 Mei 2006)

Page 3: Peranan Guru Dalam Pembentukan Modal Insan

PENGENALAN

HARTA paling berharga bagi sebuah negara adalah memiliki warga

berkualiti yang disifatkan sebagai modal insan bagi memacu

kegemilangan.

Cabaran pembinaan modal insan juga terletak sebahagian besarnya

dalam kalangan pendidik yang relatifnya terbabit dengan dunia

pendidikan dan latihan untuk mengembangkan potensi, bakat dan

kualiti generasi muda.

Page 4: Peranan Guru Dalam Pembentukan Modal Insan

Pendidikan memainkan peranan amat

penting di dalam menyediakan negara

dengan modal insan berkualiti yang

memiliki sahsiah terpuji, berkemahiran

tinggi, serta mampu berfikir secara kreatif

dan kritis khususnya untuk mengisi arus

pemodenan menuju Wawasan 2020.

Page 5: Peranan Guru Dalam Pembentukan Modal Insan

Antara tugas penting warga pendidik di dalam membangun modal insan ialah membentuk personaliti unggul di dalam membina kepemimpinan yang kental.

Personaliti unggul inilah bakal diterjemahkan menerusi peribadi mulia, mempunyai sifat amanah dan kepemimpinan mulia serta berdisiplin dalam setiap tugasan yang dijalankan.

Page 6: Peranan Guru Dalam Pembentukan Modal Insan

Antara tugas utama warga pendidik ialah meningkatkan keupayaan, minat, dan bakat murid bagi menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Maka cabaran warga pendidik pastinya menyemai benih nilai murni ke arah pembentukan personaliti unggul. Perancangan rapi harus direncana bagi merealisasikan impian berkenaan.

Page 7: Peranan Guru Dalam Pembentukan Modal Insan

Penguasaan bahasa Inggeris sebagai penambah nilai modal insan dikenal pasti antara perkara dititikberatkan menerusi beberapa strategi di bawah:

Program bacaan awal berstruktur sekolah rendah bagi menanam minat membaca dan bertutur di kalangan murid;

Program sastera kontemporari sekolah rendah bagi meningkatkan minat membaca, bertutur dan memperluaskan kosa kata bahasa Inggeris di kalangan murid;

Rancangan aktiviti selepas peperiksaan UPSR bagi mempersiapkan murid Tahun Enam dengan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Page 8: Peranan Guru Dalam Pembentukan Modal Insan

Selain itu, pendidikan sains adalah usaha

memperkasakan minda saintifik di kalangan murid.

Rangsangan minda mampu melahirkan murid berfikir

secara kreatif dan inovatif serta mempunyai daya

inkuiri yang tinggi. Untuk itu, pengenalan Program F1

Technology Challenge and Robotic kendalian

Kementerian Pelajaran memberikan pendedahan minat

berfikiran ala saintifik dan berinovasi di kalangan anak

muda.

Page 9: Peranan Guru Dalam Pembentukan Modal Insan

Galakan penggunaan ICT dalam pengajaran

dan pembelajaran seperti pengenalan

pengajaran ICT Learning seawal peringkat

tahap satu di sekolah rendah pula dapat

merangsang minda murid untuk

menerapkan elemen teknologi maklumat

dalam pemikiran bercorak futuristik.

Page 10: Peranan Guru Dalam Pembentukan Modal Insan

Pembangunan modal insan juga dititikberatkan

melalui pembentukan keterampilan dan sahsiah

unggul. Di peringkat Kementerian Pelajaran,

usaha itu digarap melalui pemantapan

kurikulum sedia ada. Rentasan nilai murni

banyak diterapkan melalui mata pelajaran

Pendidikan Islam dan Moral.

Page 11: Peranan Guru Dalam Pembentukan Modal Insan

Pada 2005, pemerkasaan pengajaran Pendidikan

Islam diserlahkan melalui pelaksanaan program j-

QAF. Penulis adalah guru yang melaksanakan

program cetusan idea Perdana Menteri ini.

Matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan pula

diperkenalkan pada 2005 kepada murid tahun

empat dan pelajar tingkatan satu bagi

meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab

dan peranan warga negara yang berkualiti.

Page 12: Peranan Guru Dalam Pembentukan Modal Insan

Pemantapan aktiviti kokurikulum pula bakal melonjakkan

potensi kepemimpinan dalam memastikan keseimbangan

potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan

intelek.

Memorandum Langkah Untuk Memantapkan Program

Kurikulum pada 2005 memutuskan pembabitan pelajar

dalam aktiviti kokurikulum menyumbang 10 peratus

kepada syarat kelayakan memasuki Institut Pengajian

Tinggi Awam, Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah

Teknik.

Page 13: Peranan Guru Dalam Pembentukan Modal Insan

Pembabitan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat membina modal insan cemerlang dari segi:

Meningkatkan kemahiran sosial dan interaksi seterusnya memperkukuhkan integrasi kaum.

Melengkapkan diri pelajar dengan kualiti kepemimpinan, jati diri dan daya tahan.

Page 14: Peranan Guru Dalam Pembentukan Modal Insan

Memperkukuhkan disiplin diri melalui penyemaian sahsiah diri dan pematuhan kepada konsep rukunegara.

Mencungkil bakat dan potensi diri.

Menyingkap minat murid terhadap kepelbagaian aktiviti luar dan mencabar.

Page 15: Peranan Guru Dalam Pembentukan Modal Insan

Modal insan kelas pertama tidak hanya

hebat dengan kepakaran dan kemahiran,

tetapi harus mengamalkan budi bahasa

dan pekerti mulia. Untuk itu, Kempen Budi

Bahasa dan Nilai Murni menjadi teras

pembinaan modal insan berbudaya

unggul.

Page 16: Peranan Guru Dalam Pembentukan Modal Insan

Penganjuran kempen itu dengan harapan

murid dapat menghayati rukunegara

serta dididik agar menghayati amalan

hidup berbudi bahasa, menghormati

orang lain serta meneguhkan pengajaran

nilai merentas kurikulum.

Page 17: Peranan Guru Dalam Pembentukan Modal Insan

Bagi memperkukuhkan jatidiri, aspek

pengukuhan disiplin juga menjadi keutamaan

warga pendidik. Melalui kempen Anti Buli,

Anti Ponteng dan pembabitan ahli

masyarakat dalam kempen pencegahan

salah laku murid, diharapkan sedikit

sebanyak membantu usaha mendisiplinkan

murid.

Page 18: Peranan Guru Dalam Pembentukan Modal Insan

Berdasarkan statistik daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 di bawah sub Membangun Modal Insan, kes disiplin sekolah sudah menurun.

Penurunan sebanyak 0.04 peratus iaitu daripada 2.11 peratus pada 2003 kepada 2.07 peratus pada 2004 manakala penurunan sebanyak 0.33 peratus iaitu daripada 2.07 peratus bagi 2004 kepada 1.74 peratus bagi 2005.

Page 19: Peranan Guru Dalam Pembentukan Modal Insan

Ini adalah hasil permuafakatan semua

pihak memastikan modal insan yang

dilahirkan berdisiplin tinggi serta

bermaruah

Page 20: Peranan Guru Dalam Pembentukan Modal Insan

RUJUKAN

http://www.anakku.my/artikel.php?ar=4

http://pkgcheras.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=130&lang=ms&Itemid=184

Page 21: Peranan Guru Dalam Pembentukan Modal Insan

SEKIAN, TERIMA KASIH