waj 3143 bina insan guru- sek cemerlang

25
WAJ 3143 BINA INSAN GURU TUGASAN SEMESTER 5 TAJUK/AKTIVITI : LAWATAN ‘BENCHMARKING’ Lawatan ke sekolah Cemerlang / Sekolah Harapan Negara / Sekolah Inovasi. Ciri-ciri kepimpinan - Jenis kepimpinan Pengurusan - Sistematik - Misi sekolah - Visi sekolah Iklim sekolah / Budaya sekolah Infrastruktur / Infostruktur - Makmal : bahasa, sains, biologi, fizik - Pusat sumber - Pembelajaran kendiri - Bilik-bilik khas mata pelajaran - Kios pembelajaran

Upload: vickykt

Post on 21-Dec-2015

50 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

sekolah cemerlang

TRANSCRIPT

Page 1: Waj 3143 Bina Insan Guru- Sek Cemerlang

WAJ 3143 BINA INSAN GURU

TUGASAN SEMESTER 5

TAJUK/AKTIVITI : LAWATAN ‘BENCHMARKING’

Lawatan ke sekolah Cemerlang / Sekolah Harapan Negara / Sekolah Inovasi.

Ciri-ciri kepimpinan

- Jenis kepimpinan

Pengurusan

- Sistematik

- Misi sekolah

- Visi sekolah

Iklim sekolah / Budaya sekolah

Infrastruktur / Infostruktur

- Makmal : bahasa, sains, biologi, fizik

- Pusat sumber

- Pembelajaran kendiri

- Bilik-bilik khas mata pelajaran

- Kios pembelajaran

Page 2: Waj 3143 Bina Insan Guru- Sek Cemerlang

KERTASKERJA LAWATAN PENANDA ARAS

(BENCHMARKING)

LAWATAN PENANDA ARAS KE SEKOLAH

CEMERLANG

SEKOLAH KEBANGSAAN RANTAU PANJANG,

08500 KOTA KUALA MUDA, KEDAH.

TARIKH : 15.03.2015 (AHAD)

ANJURAN : PELAJAR PROGRAM

PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

TESL 6 G, IPSAH SUNGAI PETANI KEDAH.

Page 3: Waj 3143 Bina Insan Guru- Sek Cemerlang

KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENDAHULUAN

2. RASIONAL

3. MATLAMAT

4. OBJEKTIF

5. TARIKH

6. MASA

7. TEMPAT

8. SASARAN

9. ANJURAN

10. ANGGARAN KEWANGAN

11. PENGANGKUTAN

12. SENARAI NAMA PENSYARAH PENGIRING

13. JAWATANKUASA PENGENDALIAN PROGRAM

14. TENTATIF PROGRAM

15. BORANG SEMAKAN DAN SOKONGAN KETUA JABATAN

16. PENUTUP

17. SENARAI NAMA PELAJAR

Page 4: Waj 3143 Bina Insan Guru- Sek Cemerlang

PENDAHULUAN

Program Bina Insan Guru (BIG) telah mula dilaksanakan pada tahun 2001 untuk

memenuhi keperluan Latihan Perguruan di seluruh cawangan IPG di Malaysia. Pembinaan

Insan Guru adalah asas kepada pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada

pembentukan Negara Bangsa. Program ini adalah bertujuan untuk melahirkan guru yang

berkualiti, berilmu pengetahuan, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang

tinggi. Program ini juga adalah amat penting untuk membentuk ketahanan fizikal serta mental

para guru yang bakal berdepan dengan dunia yang penuh cabaran dan rintangan. Ini adalah

kerana program Bina Insan Guru meliputi semua aspek kepentingan yang perlu dipelajari oleh

seorang guru masa kini. Tanpa seorang guru, mustahil lahirnya seorang peguam, polis, ahli

bomba dan sebagainya yang berperanan membentuk seorang individu yang bersifat baru.

RASIONAL

Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga Model Konseptual

Pendidikan Guru, elemen-elemen yang meliputi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI)

perlulah diberi penekanan terutamanya dalam proses pembentukan insan guru yang

menyeluruh dan seimbang. Di atas kesedaran bahawa bidang keguruan ini adalah mulia dan

insan guru adalah penjana generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan sentiasa menjadi “role-

model” kepada masyarakat, guru seharusnya mampu untuk menangani cabaran era globalisasi.

Seorang guru yang sepenuhnya menjunjung aspirasi negara amat diinginkan untuk lahir ke

dalam dunia pendidikan di negara kita.

MATLAMAT

Dengan adanya program lawatan penanda aras ini, para pelajar akan dapat

meningkatkan lagi kefahaman dengan adanya pendedahan cirri-ciri kepimpinan sekolah

cemerlang, system pengurusan serta infrastruktur dan budaya sekolah. Melalui program ini

juga para peserta akan lebih jelas bagaimana hendak mewujudkan satu suasana sekolah n

yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi juga seimbang dari segi aspek jasmani,

emosi, rohani dan intelek yang semestinya bersesuaian dengan kehendak Falsafah Pendidikan

Page 5: Waj 3143 Bina Insan Guru- Sek Cemerlang

Kebangsaan yang mengamanahkan anak-anak murid kepada para guru untuk di bimbing

sebaiknya.

OBJEKTIF

Program lawatan penanda aras ini dijalankan untuk memenuhi aktiviti Bina Insan Guru

yang diperlukan untuk seorang guru demi melengkapkan penganugerahan ijazah ke atasnya.

Walaubagaimanapun objektif utama adalah seperti berikut :

i) Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama serta memainkan peranan secara

aktif di dalam kumpulan.

ii) Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial

di dalam apa jua keadaan.

iii) Mewujudkan hubungan yang mesra dan kerjasama yang erat dengan komuniti pendidikan.

iv) Menunjukkan minat terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti dengan

menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan yang

terpuji.

v) Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran dengan

mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai budaya dalam komuniti

pendidikan.

TARIKH :

15.03.2015 (AHAD)

Page 6: Waj 3143 Bina Insan Guru- Sek Cemerlang

MASA :

10.00 PAGI - 02 PETANG

TEMPAT :

Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, 08500 Kota Kuala Muda, Kedah.

KBA 3031

No. Telefon : 04-4375487

Email : [email protected]

KUMPULAN SASARAN :

Kumpulan sasaran didalam program lawatan ‘Benchmarking’ ini adalah terdiri dari Pelajar

Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Khas Februari 2013 iaitu kelas TESL 6G

seramai 5 orang.

ANJURAN :

TESL 6G

Dengan kerjasama

SK. RANTAU PANJANG, KOTA KUALA MUDA, KEDAH.

Page 7: Waj 3143 Bina Insan Guru- Sek Cemerlang

ANGGARAN KEWANGAN

Dari segi kewangan, pihak organisasi pelajar telah bersetuju untuk mengumpul wang

daripada dana pelajar sendiri memandangkan kos yang ditanggung adalah tidak seberapa.

Jumlah anggaran kewangan adalah seperti berikut :

BIL PENDAPATAN RM PERBELANJAAN RM

1. RM 25.00 x 5 Orang 125.00 Frame Gambar (1 keping) 50.00

2. Mug (3 biji) x RM10.00 30.00

3. Banting (3 keping) x RM 12.00 36.00

HADIAH : 116.00

4. Lain-lain perbelanjaan 9.00

JUMLAH : 125.00 JUMLAH : 125.00

PENGANGKUTAN

Memandangkan ahli kumpulan kami adalah seramai 5 orang sahaja, maka kami

bersetuju untuk membawa 2 buah kereta sahaja iaitu :

a) Kereta Rafizah - PLH 2699

b) Kereta Suriyati - KDE 1311

dengan tanggungan sendiri.

PENSYARAH PENGIRING / PENSYARAH PENGENDALI

BIL NAMA PENSYARAH JABATAN

1. En. Sajahan bin Abdul Majid Unit Kokurikulum

Page 8: Waj 3143 Bina Insan Guru- Sek Cemerlang

JAWATANKUASA PENGENDALIAN PROGRAM

Penaung : Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Pengerusi : Penyelaras Program PPG

Naib Pengerusi : Ketua Unit Kokurikulum

Mentor : Pensyarah Penasihat

Encik Sajahan bin Abdul Majid (Unit Kokurikulum)

Bahagian Pelajar

Pengerusi : Pn. Rafizah binti Mohamad Sanusi

Naib Pengerusi : Pn. Suriyati binti Ahmad

Setiausaha : Pn. Vignesvri Nair a/p Krishnan

Naib Setiausaha : Pn. M.Shanti

Bendahari : Pn. Sharifah binti Hashim

JAWATANKUASA KERJA

Jawatankuasa Pengangkutan

1. Pn. Rafizah binti Mohamad Sanusi

Jawatankuasa Pendaftaran

1. Pn. Suriyati binti Ahmad

Page 9: Waj 3143 Bina Insan Guru- Sek Cemerlang

Jawatankuasa Brosur / Dokumentasi

1. Pn. Vignesvri Nair a/p Krishnan

2. Pn. M.Shanti

Jawatankuasa Hadiah / Cenderahati

1. Pn. Sharifah binti Hashim

TENTATIF PROGRAM

TARIKH MASA AKTIVITI

15.03.2015

(AHAD)

8.00 Pagi Bertolak dari rumah peserta lawatan ke SK. Rantau

Panjang, Kota Kuala Muda, Kedah.

9.45 Pagi Tiba di SK. Rantau Panjang.

10.00 Pagi Penerangan dan taklimat tentang sekolah dan

Program-program yang telah dijalankan.

11.00 Pagi Taklimat tentang corak kepimpinan dan sistem

pengurusan sekolah.

Iklim dan budaya sekolah

Infrastruktur dan infostruktur

12.00 Tengah hari Penerangan berkaitan kejayaan yang telah dicapai

oleh SK. Rantau Panjang menuju kecemerlangan.

1.00 Tengah hari Lawatan ke Perpustakaan, Makmal Sains, surau

dan kelas Tahun 6.

2.00 Petang Sesi pemberian cenderahati.

Bertolak balik ke rumah masing-masing.

Page 10: Waj 3143 Bina Insan Guru- Sek Cemerlang

BORANG SEMAKAN, RALAT DAN SOKONGAN KETUA JABATAN

Penyedia Kertas Cadangan Aktiviti :

Nama : Suriyati binti Ahmad

Unit / Opsyen : PPG TESL 6G Ambilan Khas Februari 2013 (Semester 6)

Tandatangan :

Tarikh :

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semakan oleh Pensyarah Penasihat / Mentor :

Nama : Encik Sajahan bin Abdul Majid

Jabatan : Unit Kokurikulum

Ulasan : ……………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………

Tandatangan :

Tarikh :

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semakan dan Sokongan Ketua Jabatan :

Nama :

Jabatan :

Ulasan : …………………………………………………………………………

………………………………………………………………………..

Tandatangan :

Tarikh :

Page 11: Waj 3143 Bina Insan Guru- Sek Cemerlang

PENUTUP

Program Bina Insan Guru (BIG) Peringkat keempat ini banyak memberi pendedahan

tentang bagaimana cara dan prosidur untuk menganjurkan sesuatu bengkel juga lawatan

penanda aras ke sekolah di luar kawasan IPG. Diharap program ini akan dapat mengeratkan

lagi kerjasama diantara pelajar dan pensyarah juga dapat menimba sebanyak mungkin sumber-

sumber ilmu yang ditemui sepanjang pengendalian program ini sama ada yang berbentuk

ilmiah ataupun riadah. Pihak jawatankuasa kerja yang terdiri dari pelajar PPG TESL 6G ingin

memohon kerjasama dan tindakan dari Unit Kokurikulum supaya dapat mempertimbangkan

permohonan Bina Insan Guru kami ini.

Kesimpulannya, dapatlah diambil iktibar bahawa segala faedah yang telah dinyatakan

diatas tadi mampu membentuk sahsiah terpuji seorang guru dalam mengemudi sistem

pendidikan di negara kita. Segala pengalaman yang akan dirasai oleh kami nanti akan menjadi

satu perkara yang penting di dalam kehidupan sebenar seorang yang bergelar guru. Adalah

diharapkan dengan penglibatan di dalam aktiviti yang positif ini negara akan terhindar dari

pelbagai gejala sosial yang acapkalinya dihebahkan melalui akhbar juga media massa terkini.

Moga dapatlah menjadi teladan dalam usaha membentuk generasi yang bakal memimpin

negara kearah satu matlamat yang gitu.

Page 12: Waj 3143 Bina Insan Guru- Sek Cemerlang

SENARAI NAMA

PESERTA

LAWATAN PENANDA ARAS

Page 13: Waj 3143 Bina Insan Guru- Sek Cemerlang

PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

TESL 6G AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013

PENSYARAH PENASIHAT / MENTOR :

ENCIK SAJAHAN BIN ABDUL MAJID

BIL NAMA NO KAD PENGENALAN

1. RAFIZAH BINTI MOHAMAD SANUSI 750828-02-5068

2. SHARIFAH BINTI HASHIM 740520-02-5804

3. SURIYATI BINTI AHMAD 670118-02-5880

4. VIGNESVRI NAIR A/P KRISHNAN 811215-14-5346

5. M.SHANTI 801117-08-5168

Page 14: Waj 3143 Bina Insan Guru- Sek Cemerlang

LAPORAN JAWATANKUASA PENDAFTARAN

Program Bina Insan Guru (BIG) Peringkat 4 (Semester 5) bagi aktiviti Lawatan Penanda

Aras telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kota Kuala Muda, Kedah iaitu

sebuah sekolah cemerlang dari segi pencapaian akademik yang mendapat anugerah NKRA

selama 3 tahun berturut-turut bermula dari tahun 2010, 2011 dan 2013. Pada pukul 9.45 pagi

para peserta lawatan berkumpul di laman perhimpunan untuk tujuan pendaftaran. Semasa

pendaftaran, setiap peserta lawatan telah diberikan sekeping brosur program lawatan

‘Benchmarking’ yang telah disediakan oleh jawatankuasa brosur dan dokumentasi.

Bagi sesi pendaftaran ini, saya Suriyati binti Ahmad dipertanggungjawabkan untuk

melengkapkan tugasan ini. Peserta program ini adalah terdiri dari pelajar Program

Pensiswazahan Guru kelas TESL 6G seramai 5 orang. Semua peserta hadir dengan menulis

nama, nombor Kad Pengenalan seterusnya menandatangani borang pendaftaran yang telah

disediakan oleh jawatankuasa pendaftaran.

Selepas pendaftaran, semua peserta lawatan menunggu kehadiran Tuan Hj Salim bin

Salleh iaitu Guru besar, SK Rantau Panjang yang dalam perjalanan untuk ke sekolah.

Seterusnya, menanti untuk mendengar taklimat dan penerangan tentang sekolah cemerlang itu.

Disediakan oleh :

…………………………………

(SURIYATI BINTI AHMAD)

JAWATANKUASA PENDAFTARAN

Page 15: Waj 3143 Bina Insan Guru- Sek Cemerlang

BORANG PENDAFTARAN

LAWATAN PENANDA ARAS SEKOLAH CEMERLANG

SK RANTAU PANJANG, KOTA KUALA MUDA, KEDAH.

TARIKH : 15.03.2015 (AHAD)

MASA : 10.00 PAGI - 2.00 PETANG

BIL NAMA PESERTA NO KAD PENGENALAN TANDATANGAN

1. RAFIZAH BINTI MOHD SANUSI 750828-02-5068

2. SHARIFAH BINTI HASHIM 740502-02-5804

3. SURIYATI BINTI AHMAD 670118-02-5880

4. VIGNESVRI NAIR 811215-14-5346

5. M.SHANTI 801117-08-5168

Page 16: Waj 3143 Bina Insan Guru- Sek Cemerlang

PELAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS KE SEKOLAH CEMERLANG

SK. RANTAU PANJANG, KOTA KUALA MUDA, KEDAH.

Dalam proses untuk melengkapkan diri menjadi seorang guru yang cemerlang dan

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan penglibatan yang penting

didalam beberapa aspek dan salah satunya adalah menghadiri program Bina Insan Guru yang

diwajibkan keatas setiap guru di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Program ini

diadakan untuk melatih seorang guru supaya berkebolehan didalam bidang akademik juga

kokurikulum dan tidak ketinggalan demi menggarab kemajuan era globalisasi. Demi mencapai

matlamat tersebut, seramai 5 orang pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) dari kelas

TESL 6G Ambilan Khas Februari 2013 telah berusaha menganjurkan lawatan penanda aras ke

sekolah cemerlang, SK. Rantau Panjang, Kota Kuala Muda, Kedah.

Sebelum sesi pelaporan ini, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat illahi kerana

dengan izin, limpah dan kurniaNya dapatlah juga saya menyiapkan tugasan lawatan penanda

aras ini mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Unit Kokurikulum dalam program Bina

Insan Guru dengan jayanya. Jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada Pensyarah

Penasihat untuk kumpulan TESL 6G, Encik Sajahan bin Abdul Majid di atas segala bantuan

serta tunjukajar beliau dari awal pembabitan kami di dalam program ini sehinggalah kami dapat

melaksanakan tugasan ini dengan sempurna. Juga kepada rakan sekelas yang telah banyak

memberi idea dan sumbangan demi menjayakan program ini. Pada semester lima ini, kami

diwajibkan untuk menjalankan program BIG iaitu mengadakan lawatan penanda aras ke

sekolah cemerlang. Dan pada hari Ahad 15.03.2015 yang lalu, terlaksanalah hasrat kami bagi

melaksanakan tugasan ini.

Pelaporan saya bermula disini, sebelum itu kumpulan TESL 6G telah beberapa kali

berjumpa dan bermesyuarat untuk menentukan organisasi bagi menguruskan aktiviti di dalam

program BIG ini. Perbagai persiapan telah dilakukan antaranya pemilihan tempat, kertaskerja,

bajet dan urusan surat-menyurat kepada pihak sekolah juga pensyarah penasihat. Setelah

perbincangan dibuat, kami sepakat umtuk memilih SK. Rantau Panjang, Kota Kuala Muda,

Kedah destinasi lawatan penanda aras kami iaitu sebuah sekolah cemerlang akademik yang

telah mendapat anugerah NKRA selama 3 tahun berturut-turut. Ahli jawatankuasa program ini

telah berbincang serta memohon kebenaran bagi mengadakan lawatan ke sekolah ini dan pihak

Page 17: Waj 3143 Bina Insan Guru- Sek Cemerlang

sekolah juga telah member maklum balas yang positif untuk kedatangan kami ke sana. Kami

juga merasa bangga dan terharu dengan penerimaan ini.

Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kota Kuala Muda, Kedah merupakan sebuah

sekolah cemerlang akademik. Untuk makluman sekolah ini telah mendapat anugerah NKRA

selama 3 tahun berturut-turut iaitu dari tahun 2010, 2011 dan 2013 di atas pencapaian yang

cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Dalam sesi lawatan ini, kami telah diberi peluang untuk

mengupas bagaimanakah sekolah ini dapat mengekalkan kecemerlangannya selama 3 tahun

berturut-turut serta mengenalpasti apakah program serta aktiviti yang telah mereka lakukan di

sekolah. Kami juga didedahkan kepada alam persekolahan yang sebenar yang mana

pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan akan menjamin

produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan.

Apabila sampai di SK Rantau Panjang, Kota Kuala Muda kami telah disambut dengan

ramah mesra oleh warga sekolah. Kami seterusnya dibawa ke Bilik Guru Besar untuk

mendengar taklimat dan penerangan. Sekolah ini diterajui oleh seorang guru besar yang

sangat berdedikasi serta mempunyai pengalaman yang sangat luas sebagai seorang pendidik

kerana beliau bermula sebagai seorang guru Bahasa Melayu. Beliau adalah Tuan Hj. Salim bin

Salleh berasal dari Pulau Pinang dan dalam masa setahun lagi akan menamatkan

perkhidmatan beliau sebagai guru besar. Beliau memberi penerangan tentang sejarah sekolah,

jenis kepimpinan, iklim dan budaya sekolah, jenis-jenis infrastruktur juga infostruktur yang

terdapat di sekolah tersebut. Sekolah ini mencapai kecemerlangan adalah hasil garapan

semua warga sekolah yang bertungkus lumus tanpa mengira penat dan wang ringgit. Guru-

guru memainkan peranan yang penting bagi menjayakan setiap program yang dirancang juga

dibantu sepenuhnya oleh waris murid terutamanya dari tahun enam. Dan tidak hairan lah jika

dilihat peratus pencapaian UPSR adalah seratus peratus (100%) dalam semua mata pelajaran.

Tuan Hj. Salim iaitu guru besar di sekolah ini mengamalkan prinsip demokratik di dalam

pentadbirannya dimana beliau bebas dan sentiasa memberi peluang kepada guru-guru

dibawahnya untuk melakukan setiap aktiviti serta program demi mencapai kecemerlangan

akademik. Beliau sentiasa memberi sokongan padu di dalam setiap program yang dirancang

oleh guru-guru dan meluluskan setiap cadangan kertaskerja yang dibentangkan. Untuk

makluman, jumlah pelajar sekolah ini adalah sebanyak 213 orang, jumlah guru sebanyak 20

orang dan murid tahun enam seramai 41 orang yang ditempatkan di dalam satu kelas.

Persekitaran sekolah ini amat kondusif kerana di dalam kawasan kampung yang jauh dari

Page 18: Waj 3143 Bina Insan Guru- Sek Cemerlang

gangguan bising kenderaan. Suasananya aman damai dan sesuai sekali sebagai tempat untuk

menimba ilmu. Terdapat kemudahan kantin, pondok rehat, surau, padang untuk beriadah,

taman permainan, makmal sains, makmal computer dan pusat sumber sekolah. Walaupun

sekolah ini tidak mempunyai bilangan kelas yang mencukupi untuk dijadikan bilik-bilik khas

tetapi ia lengkap dengan kemudahan yang diperlukan.

Setelah itu, kami akhiri lawatan penanda aras ini dengan melawat kemudahan

infrastruktur dan infostruktur seperti perpustakaan, makmal computer, makmal sains, surau dan

juga kelas tahun enam ditingkat bawah. Sepanjang lawatan di sekitar sekolah tersebut, saya

amat tertarik dengan setiap lorong berbumbung yang dipamerkan pelbagai info dan maklumat

sebagai laluan ilmu. Ianya nampak begitu menarik dan ceria dan dapat mengundang

keinginan murid untuk mendekati dan membaca. Bilik khas yang menarik minat saya adalah

makmal komputer yang menempatkan meja bulat yang begitu ceria dan didinding dipamerkan

pelbagai info seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Aktiviti Hem dan Kokurikulum,

Peristiwa SKRP dan anugerah pencapaian mereka. Keadaan persekitaran sekolah tersebut

dapat menggambarkan betapa murid-murid sekolah itu juga amat berdisiplin dan mempunyai

daya saing yang tinggi untuk berjaya dalam peperiksaan UPSR nanti.

Dari segi kekuatan yang boleh dilihat di sekolah ini adalah konsep pentadbiran dimana

guru besar sekolah tersebut iaitu Tuan Hj. Salim bin Salleh adalah seorang yang merendah diri

dan berbudi pekerti mulia. Beliau menyatakan bahawa sebarang perubahan dan budaya

kecemerlangan yang diterapkan di sekolah perlu disokong sepenuhnya oleh guru-guru kerana

mereka lah tunggak pencetus kecemerlangan tersebut tanpa mereka sekolah tidak mampu

berdiri segagah ini. Slogan sekolah ini adalah “Keseragaman dan Kesepakatan Menuju

Kecemerlangan”, tepat sekali dengan budaya pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan

oleh mereka. Visi sekolah ialah “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”. Misi

sekolah ialah “Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi

Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara”. Sahsiah terpuji datangnya dari guru barulah dapat

diikuti oleh murid kerana guru adalah “role-model” yang terbaik. Guru juga menjadi agen

perubahan yang sentiasa mengikuti peredaran semasa dan bercampur dengan pelbagai lapisan

masyarakat serta dapat membetulkan sentimen minda masyarakat setempat.

Kekuatan pelajar pula ialah sanggup mengikuti setiap aktiviti dan program yang dilakukan

di sekolah seperti mengikuti kelas tambahan dari petang sampai lah ke malam hari. Ini

bermakna sepanjang hari mereka akan duduk di sekolah, mereka datang ke sekolah dari pagi

Page 19: Waj 3143 Bina Insan Guru- Sek Cemerlang

untuk sesi pembelajaran normal, selepas sekolah rehat dan terus dengan kelas tambahan dan

pulang semula kerumah pada pukul 10.00 malam. Ditambah pula dengan kerjasama jitu para

waris yang sentiasa menyokong setiap program. Untuk Tahun Enam setiap waris akan

membayar RM300.00 untuk aktiviti yang dijalankan. Waris juga menyumbang tenaga

menyediakan makanminum pelajar apabila ada kem untuk pelajar sekolah ini. Prasarana waris

adalah amat menggalakkan dan ini juga menjadi faktor kecemerlangan sekolah ini.

Terdapat beberapa kekuatan dalaman yang boleh saya ambil iktibar sepanjang

melakukan lawatan penanda aras ini iaitu mempunyai semangat kerjasama dan bersungguh

dalam melaksanakan program ini. Kami telah berganding bahu dalam menyumbangkan idea,

fikiran dan tenaga supaya program ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekangan.

Selain dari itu, secara jujurnya dapat menambahkan pengetahuan saya tentang bagaimana

cara untuk menganjurkan lawatan juga berurusan dengan pihak luar. Sekiranya saya diberi

tugasan semasa di sekolah nanti maka dapatlah saya melakukannya tanpa teragak-agak

kerana saya telah mempunyai pengalaman yang sangat bermakna semasa sesi lawatan ini.

Dalam perjalanan menjadi seorang guru yang cemerlang, pengalaman menjadi sangat penting.

Ianya bermula dari dalam diri serta persekitaran guru itu sendiri barulah ia mampu

mengendalikan seterusnya menguruskan setiap perkara yang diamanahkan kepadanya.

Disamping kekuatan terdapat juga beberapa kelemahan yang terpaksa dihadapi oleh

kami iaitu lawatan ini tidak dapat dilakukan pada waktu persekolahan akibat dari kekangan

waktu juga jarak tempat tinggal kami yang terlalu jauh diantara satu sama lain. Oleh sebab itu

kami terpaksa melakukannya dalam waktu cuti persekolahan dan dengan demikian kami tidak

dapat untuk berjumpa dengan guru-guru dan murid-murid sekolah tersebut. Selain dari itu,

bilangan dan juga tenaga kami yang terlalu sedikit iaitu seramai 5 orang sahaja jadi kami

terpaksa berkorban tenaga yang berlebihan demi untuk menjayakan program ini. Bagi

mengatasi masalah dan kekangan ini kami berusaha untuk melakukan penambahbaikan tidak

kira dalam apa jua keadaan demi untuk menyiapkan tugasan ini. Kami juga telah cuba

menyiapkan segala kertas kerja serta surat menyurat yang diperlukan seawal mungkin supaya

tidak timbul masalah kelewatan yang akan menyukarkan tugasan kami. Kami juga berganding

bahu dan bergilir-gilir untuk menjalankan tugasan yang dipertanggungjawabkan supaya tidak

berlaku sebarang pertelingkahan sesama ahli kumpulan kami.

Alhamdulillah, segala tugasan yang diberikan dapat dijalankan dengan jayanya tanpa ada

yang tertinggal dan dapat diserahkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Ribuan terima

Page 20: Waj 3143 Bina Insan Guru- Sek Cemerlang

kasih saya ucapkan pada semua pihak terutama yang telah membantu secara langsung dan

tidak langsung bagi merealisasikan program ini. Pada pendapat saya, program Bina Insan

Guru ini dapat member pendedahan serta pengalaman kepada saya untuk lebih yakin dalam

profesion perguruan ini. Lawatan penanda aras ini juga dapat memberi ilham, info dan tips

kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bag memastikan institusi sekolah terus

berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya juga amat kagum dengan kesungguhan guru

besar sekolah ini iaitu Tuan Hj. Salim bin Salleh kerana amat tegas dengan prinsip hidupnya

untuk membawa sekolah ini supaya terus cemerlang walaupun secara dasarnya beliau akan

bersara dalam masa terdekat. Secara keseluruhannya, dapatlah dinyatakan bahawa objektif

Bina Insan Guru Peringkat 4 ini telah tercapai dan diharapkan ianya akan dapat diteruskan

pada masa akan datang.