big ceramah 1 pembinaan insan guru

23
Pembinaan insan guru Guru dengan etiket sosial tidak dapat dipisahkan. Etiket sosial merupakanperilaku, budi bahasa, kebijaksanaan, imej, gerak-geri yang elok yang meyakinkanmengikut kesesuaian semasa berinteraksi sesuatu majlis rasmi d a n p e r g a u l a n sehariannya. Guru adalah agen pembangunan dan pembaharuan dalam masyarakat.Etiket sosial adalah untuk :Kemahiran guru dalam etiket sosial merapatkan hubungan guru dengan pelbagailapisan mesyarakat dan seterusnya memudahkan lagi tugas seorang guru dalam meraih jalinan kerjasama dengan pihak-pihak tertentu. Oleh itu, untukmempertingkatkanpengetahuan berkenaan prinsip-prinsip asas teori dan amalan dalam Tatacara MajlisSosial Etika dan Pengurusan Diri perlu dipraktikkan kerana ianya : Dapat meningkatkan kemahiran dalam mengamalkan etika sosial danpersonaliti seorang guru. Memberi lebih berkeyakinan dan bersikap positif terhadap gaya personalitiseorang guru. PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri) Dapat menerapkan nilai-nilai unggul di kalangan Penjawat Awam selarasdengan keperluan Sektor Awam, Negara di alaf baru.Seorang guru, kita mestilah melengkapi diri dengan pelbagai ilmu pengetahuandan kemahiran kerana guru akan menjadi idola kepada anak-anak muridnya sertamesyarakat. Oleh kerana guru menjadi idola dalam masyarakat, maka guru perlu menguasaietiket sosial. Guru yang mengamalkan etiket sosial merupakan platform untuk dirinyadalam menyesuaikan diri dalam apajua keadaan yang dihadapinya. Guru merupakanorang yang banyak berhadapan dengan situasi bersosial sama ada secara formal atautidak formal.Guru adalah orang yang selalu mendapat perhatian walau di mana dia berada.Segala tindak tanduknya sentiasa diperhatikan oleh masyarakat sekeliling. Adalahmenjadi satu kewajiban bagi guru-guru mengamalkan etiket sosial untuk melengkapiprofession perguruan.

Upload: wanie-segar

Post on 01-Dec-2015

42 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Big Ceramah 1 Pembinaan Insan Guru

Pembinaan insan guru

Guru dengan etiket sosial tidak dapat dipisahkan. Etiket sosial merupakanperilaku, budi bahasa, kebijaksanaan, imej, gerak-geri yang elok yang meyakinkanmengikut kesesuaian semasa ber interaks i sesuatu maj l is rasmi dan pergaulan sehariannya. Guru adalah agen pembangunan dan pembaharuan dalam masyarakat.Etiket sosial adalah untuk :Kemahiran guru dalam etiket sosial merapatkan hubungan guru dengan pelbagailapisan mesyarakat dan seterusnya memudahkan lagi tugas seorang guru dalam meraih jalinan kerjasama dengan pihak-pihak tertentu. Oleh itu, untukmempertingkatkanpengetahuan berkenaan prinsip-prinsip asas teori dan amalan dalam Tatacara MajlisSosial Etika dan Pengurusan Diri perlu dipraktikkan kerana ianya :Dapat meningkatkan kemahiran dalam mengamalkan etika sosial danpersonaliti seorang guru.Memberi lebih berkeyakinan dan bersikap positif terhadap gaya personalitiseorang guru.

PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)

Dapat menerapkan nilai-nilai unggul di kalangan Penjawat Awam selarasdengan keperluan Sektor Awam, Negara di alaf baru.Seorang guru, kita mestilah melengkapi diri dengan pelbagai ilmu pengetahuandan kemahiran kerana guru akan menjadi idola kepada anak-anak muridnya sertamesyarakat.

Oleh kerana guru menjadi idola dalam masyarakat, maka guru perlu menguasaietiket sosial. Guru yang mengamalkan etiket sosial merupakan platform untuk dirinyadalam menyesuaikan diri dalam apajua keadaan yang dihadapinya. Guru merupakanorang yang banyak berhadapan dengan situasi bersosial sama ada secara formal atautidak formal.Guru adalah orang yang selalu mendapat perhatian walau di mana dia berada.Segala tindak tanduknya sentiasa diperhatikan oleh masyarakat sekeliling. Adalahmenjadi satu kewajiban bagi guru-guru mengamalkan etiket sosial untuk melengkapiprofession perguruan.

Dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, seseorang gurumestilah memperolehi beberapa kemahiran keguruan seperti:

Kemahiran belajar 

Kemahiran berfikir 

Kemahiran merancang  PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)

Kahiran menyediakan bahan pengaaran pembelajaran

Page 2: Big Ceramah 1 Pembinaan Insan Guru

Kemahiran mengajar 

Kemahiran mengurus

Kemahiran menilai

Kemahiran membuat kajian

Kemahiran berkomunikasi

Kemahiran mengendalikan aktiviti luar 

Kemahiran menjalinkan hubungan sesama manusia

Kemahiran menangani cabaran atau masalah dan sentiasa berusaha ke arahperbangunan kendiri

Guru harus mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

Mempunyai kuasa pakar dalam perbagai kemahiran.

Mempunyai kebolehan untuk memperoleh ilmu pengetahuan secara cekap danberkesan.

Mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan dan membuat keputusan denganbijak.

Mempunyai kebolehan untuk menyampaikan pelajaran atau maklumat dengancepat dan tepat serta berkesan.

Mempunyai komitmen dan kesungguhan yang kuat untuk mendidik anak bangsa.

Mempunyai kemahiran untuk membuat sebarang penilaian dengan tepat danbenar.

Mempunyai kemahiran berkomunikasi berkesan dalam proses pengajaran danpembelajaran.

Mempunyai kemahiran untuk mengguna teknologi dan menjadi penyumbangkepada kemajuan dan pengkayaan sains dan teknologi.

Mempunyai keberanian untuk menghadapi cabaran dan mampu membuatperubahan

Page 3: Big Ceramah 1 Pembinaan Insan Guru

Pendidikan merupakan alternatif terbaik untuk melahirkan insan yang memahami persekitaran, sensitif kepada keperluan semasa, serta mampu menangani pelbagai permasalahan. Semua ini dilaksanakan mengikut acuan sendiri supaya mempunyai jati diri yang bercirikan prinsip ketimuran agar mampu mengubah dan membina generasi yang produktif.

Pelbagai program dirancang bagi memperkasakan sistem pendidikan di Malaysia. Perancangan ini dilakukan untuk menyatupadukan sistem pendidikan agar selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Di samping itu, penumpuan juga diberikan kepada tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama. Antaranya termasuk meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu, mengukuhkan keupayaan sains, penyelidikan dan pembangunan (P&P), penerapan inovasi, memupuk masyarakat berbudaya, serta memiliki kekuatan moral. Strategi ini mampu menyuntik keupayaan seseorang pelajar supaya lebih dinamik dalam apa-apa jua bidang yang diceburi.

Bertitik-tolak daripada pendidikan prasekolah yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada kanak-kanak yang berusia seawal lima hingga enam tahun, kanak-kanak ini diasuh minda dan pemikirannya supaya menjadi insan yang memiliki nilai yang baik bagi membentuk nilai ketamadunan tinggi. Tambahan pula, pada ketika inilah pemikiran mereka mudah dipengaruhi dengan apa-apa sahaja − sama ada positif atau negatif.

Langkah ini diambil untuk memastikan bakal guru prasekolah yang benar-benar layak dari segi akademik dan sahsiah diri dipilih. Dalam mendepani globalisasi, hanya guru prasekolah yang benar-benar berkelayakan dipilih.

Kebanyakan guru muda yang mengajar pendidikan prasekolah merupakan guru lepasan diploma, manakala guru sedia ada diberikan kursus tambahan supaya mereka cukup terlatih untuk mengajar kanak-kanak selaras dengan perkembangan teknologi.

Tambahan pula, penggunaan Kurikulum Kebangsaan Pendidikan Prasekolah bagi kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun diwajibkan di semua prasekolah mulai 2003 untuk menjamin kualitinya. Penetapan kurikulum ini penting untuk memperkasakan sistem pendidikan prasekolah.

Selepas melalui zaman prasekolah, pelajar memulakan alam persekolahan rendah dan menengah. Kerajaan menyusun satu strategi yang membolehkan sistem persekolahan rendah dan menengah dijalankan secara menyeluruh seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN). FPN menggariskan bahawa kaedah yang perlu dilalui ke arah mencapai matlamat berkenaan adalah secara berterusan, menyeluruh, dan bersepadu (Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010).

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Februari 2012.

Page 4: Big Ceramah 1 Pembinaan Insan Guru

MODAL INSAN Pendidikan memainkan peranan penting untukMerujuk kepada PIPP(2006) :9.

membina modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia , berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020.

10. CIRI-CIRI MODAL INSAN PENAMPILAN YANG UNGGUL KEMAHIRANILMU

Pembangunan modal insan juga termasuk melengkapkan diri seseorang11. dengan:• kemahiran komunikasi berkesan• kebolehan menggunakan ICT dengan baik• berfikir secara kreatif dan kritis• mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat• nilai yang tinggi supaya berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat

individu yangCiri-ciri modal insan yang berpenampilan unggul :12. berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan- santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat , bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. “KEPIMPINAN YANG UTUH”

berupaya untuk berfikirModal insan yang ingin dilahirkan akhirnya :13. berkeupayaan mencipta berkemahiran menyelesaikan masalah.kreatif dan kritis. mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapanpeluang-peluang baru. dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.

14. PERANAN DALAM PEMBINAAN MODAL INSAN• Bersama-sama Abdullah Ayob, mereka mengasaskan GPMS di Universiti Malaya Singapura sebagai pencetus kesedaran kepada pentingnya pendidikan di kalangan bangsa Melayu. GPMS sering mengingatkan ibu bapa Melayu ketika itu supaya mengambil berat pendidikan anak-anak. Orang Melayu yang berpelajaran tinggi pula digesa menumpukan perkhidmatan dalam bidang pendidikan.

15. PERANAN DALAM PEMBINAAN MODAL INSAN• Memperkenalkan Sejarah Islam tetapi tidak termasuk dalam sukatan pelajaran kepada guru- guru pelatih di Maktab Perguruan Sultan Idris.• Beliau cuba membawa dan membuka pemikiran pelajar-pelajar MPSI tentang soal ketuhanan dan falsafah Islam.• Melibatkan diri dalam penyediaan Penyata Razak.• Mewujudkan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) , Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

16. PERANAN DALAM PEMBINAAN MODAL INSAN• Mengaturkan pelbagai kelas bahasa Inggeris untuk anak-anak Melayu di beberapa tempat di Singapura dengan beliau sendiri mengajar di Sekolah Telok Belangah.• Mewujudkan aliran sains di sekolah menengah Melayu bagi memperbanyak lulusan aliran ini dalam kalangan anak Melayu pada peringkat yang lebih tinggi di universiti.• Menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

17. PERANAN DALAM PEMBINAAN MODAL INSAN• Aspirasinya untuk melihat sistem pendidikan di mana kanak-kanak belajar di bawah bumbung yang sama, kurikulum dan bahasa pengantar serta membuat aktiviti bersama telah melahirkan satu sistem iaitu Sistem Pendidikan Kebangsaan Tanah Melayu (The National School of

Page 5: Big Ceramah 1 Pembinaan Insan Guru

Malaya).• Pelaksanaan sistem ini hendaklah berlandaskan kepada prinsip bahawa tiap-tiap matapelajaran hendaklah menuju ke arah perkembangan peribadi dan intelek murid agar matlamat melahirkan warganegara yang baik tercapai.• Cadangan ini jelas menunjukkan beliau seorang yang progresif, semangat kesedaran dan keilmuan yang tinggi serta mempelopori sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai misi dan visi.• Visinya tentang peranan pendidikan ialah suatu penanaman modal ‘kepandaian rakyat” (human capital investment) dan bukannya sebagai suatu usaha kebajikan masyarakat.

18. PERANAN DALAM PEMBINAAN MODAL INSAN• Beliau telah berjaya meletakkan asas pendidikan nasional yang terus berkembang sejajar dengan aspirasi dan keperluan sebuah negara yang merdeka.• Asas-asas tersebut ialah menyediakan kemudahan belajar yang baik, pelajaran rendah percuma, pendidikan dalam aliran kebangsaan di peringkat rendah, menengah dan seterusnya ke peringkat pengajian tinggi, perkembangan institusi pengajian tinggi yang pesat, rancangan pendidikan guru yang tersusun, pertambahan bilangan guru dan lain-lain lagi.

Guru dan hubungan komuniti

Sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh masyarakat. Dengan kata lain, sekolah merupakan salah sebuah komuniti dalam masyarakat. Maka, perhubungan sekolah dengan komuniti boleh diibaratkan bagai isi dengan kuku, mereka saling berinteraksi dan saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Oleh sebab komuniti merupakan sebuah masyarakat kecil, jadi sekolah juga diertikan sebagai masyarakat kecil kerana sekolah merupakan sebahagian daripada masyarakat di mana semua anggota hidup bersama dalam kawasan sekolah, mengikut peraturan-pertauran dan cara-cara yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Bukan itu sahaja, sekolah juga berkonsepkan sebagai suatu sistem sosial iaitu salah satu institusi pendidikan yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan anggota-anggota masyarakat supaya membolehkan mereka menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk kemajuan dan perkembangan diri dan masyarakatnya.

Hari ini, sekolah dipertanggungjawabkan untuk memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan positif ke atas pelajar. Oleh itu, sekolah merupakan pengaruh yang utama sebagai satu aspek alam sekeliling yang mendatangkan kesan di dalam pembentukan sahsiah pelajarnya. Seperti yang sedia maklum, kebudayaan masyarakat sentiasa mengalami perubahan. Justeru itu, pendidikan sekolah tidak memadai lagi dengan penyampaian pengetahuan dan cara hidup tradisi sahaja malah ia perlu menyediakan ahli-ahli masyarakat untuk menghadapi dan menerima proses pembaharuan. Oleh itu, sekolah juga memainkan peranan sebagai agen memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang perkembangan dan kemajuan selari dengan keperluan-keperluan yang telah dinyatakan dalam Matlamat Pendidikan Negara.

Selain itu, kerjasama di antara sekolah-sekolah adalah lebih diutamakan untuk memupuk kesefahaman dan perpaduan di antara anggota-anggota yang terdiri daripada pelbagai kaum. Maka, di samping meningkatkan kerjasama dalam bidang aktiviti kurikulum dan kokurikulum di antara sekolah-sekolah daerah, negeri dan negara, konsep sekolah wawasan pula diperkenalkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, pada bulan Disember 1995 bertujuan memberi peluang kepada murid-murid daripada pelbagai kaum untuk belajar dan berinteraksi bersama dalam sesuatu kawasan yang sama demi memupuk

Page 6: Big Ceramah 1 Pembinaan Insan Guru

dengan lebih awal lagi perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat berbilang kaum.

Sekolah melahirkan pelajar-pelajar atau generasi yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Generasi-generasi yang berilmu pengetahuan seterusnya dapat memberi sumbangan yang amat bernilai untuk perkembangan dan kemajuan masyarakat dan negara. Kerjasama di antara sekolah dan masyarakat adalah penting untuk membawa sekolah dan masyarakat bersama-sama menuju ke arah kejayaan dan kegemilangan. Jika kedua-dua aset ini tidak saling berinteraksi sudah pasti remaja yang berilmu pengetahuan tidak akan terhasil. Oleh sebab itu, dalam pelaksanaan “Satu Malaysia” remaja dijadikan sebagai aset negara yang utama. Merekalah yang akan menentukan masa hadapan negara.

Untuk itu, mereka perlu berketerampilan, mempunyai daya saing, kreatif dan inovatif. Remaja yang berilmu dan bijaksana juga merupakan golongan intelektual yang mampu berfikir dan menyumbang kepada pembangunan, kemajuan dan juga ketamadunan bangsa dan negara. Dalam merealisasikan “ Satu Malaysia” remaja seharusnya menghayati falsafah muhibah dan kerukunan serta keharmonian antara kaum.

Justeru itu, untuk menjayakan semua ini segalanya harus bermula di sekolah dan kerjasama sekolah itu sendiri dengan komuniti amat penting kerana hubungan kedua-duanya boleh diibaratkan bagai aur dengan tebing.

Guru dan akauntibiliti profesionalisme

Tajuk 1: Isu-Isu Profesion dan Profesional

GURU SEBAGAI SATU PROFESION

Profesion Pekerjaan yang khusus di mana ia dilaksanakan oleh orang yang berpendidikan tinggi atau mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu. Contoh: keguruan, peguaman, akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan dan perniagaan. 

Ciri-ciri Profesion

Page 7: Big Ceramah 1 Pembinaan Insan Guru

Konsep Perguruan Dan Keguruan Perguruan = pengajaran kepada guru pelatih, murid dan sebagainya. Keguruan = perkara yang berkaitan dengan guru, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru .

Konsep Profesion Perguruan Dan Keguruan Profesion perguruan = pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Profesion keguruan = satu pekerjaan yang membawa bersama tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti terhadap masyarakat.

Keguruan sebagai satu profesion Pekerjaan penting Bersifat autonomi Memerlukan kelayakan akademik dan latihan ikhtisas Guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan Mengutamakan perkhidmatan

Keguruan Bukan Satu Profesion Kelayakan akademik dan latihan yang berbeza Kuasa Kesatuan Keseragaman ahli Kesatuan Kuasa Autonomi Bidang ikhtisas yang lain

Konsep Profesional dan Bukan Profesional- Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan. Perguruan, menurut Kamus Dewan (1989), adalah diertikan sebagai PENGAJARAN, misalnya perguruan kepada guru-pelatih, murid dan sebagainya. Manakala, perkataan keguruan boleh diertikan sebagai PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN GURU, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru.

Maka, profesion perguruan: pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Profesion keguruan: pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru. Keguruan dalam konsep profesional. mempunyai latihan

Page 8: Big Ceramah 1 Pembinaan Insan Guru

ikhtisas dalam Latihan Keguruan. mempunyai autonomi menentukan kaedah-kaedah mengajar dalam bilik darjah. menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagai panduan guru dalam segala aktiviti profesionalnya.

Pekerjaannya merupakan perkhidmatan yang penting kepada individu dan negara. guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan. Keguruan dalam konsep bukan profesional. pekerjaan guru tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Orang yang tidak mempunyai latihan ikhtisas dalam bidang keguruan pun boleh digelar sebagai guru, selagi dia menjalankan tugas mengajar. Selain itu, seseorang tidak semestinya peroleh ilmu pengetahuan daripada buku sahaja, tetapi juga daripada televisyen, majalah, buku-buku dan sebagainya.

Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak banyak persaingan. autonomi seseorang guru adalah terhad. Kebanyakan keputusan tidak boleh dibuat oleh guru sendiri tetapi dibuat oleh pentadbir sekolah. kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru daripada mengajar di sekolah jika guru itu tidak mematuhi kod etika yang ditentukan oleh kesatuannya. bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli dalam kesatuan guru. Tambahan pula, terdapat banyak kesatuan guru yang mempunyai matlamat penubuhan mereka yang berbeza.

Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia etika ialah suatu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. setiap badan profesional mempunyai kod etika masing-masing. setiap profesion akan menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh

Page 9: Big Ceramah 1 Pembinaan Insan Guru

semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut. Ini disebut sebagai KOD ETIKA. justeru, etika profesional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh individu-individu mengikut profesion masing-masing.

Kod etika memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-individu dalam sesuatu profesion. tujuan kod etika ialah untuk mengekalkan integriti moral sesuatu profesion. setiap guru harus mematuhi kod etika yang terdapat dalam TATASUSILA PROFESION KEGURUAN seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, seperti berikut: tanggungjawab terhadap pelajar; tanggungjawab terhadap ibu bapa; tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara; dan tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan

Etika Suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi.  Meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan.

Kod Etika Memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-individu dalam sesuatu profesion. Bertujuan untuk mengekalkan integriti moral sesuatu profesion.

(a) Tanggungjawab terhadap Pelajar Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar Bersikap adil terhadap setiap pelajar Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar Menunjukkan suatu cara pakaian,

Page 10: Big Ceramah 1 Pembinaan Insan Guru

pertuturan dan tingkah laku yang baik Membimbing atau mengajar seseorang pelajar

(b) Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumah tangga Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

(c) Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara Menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara

(d) Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Kegurua n Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat Mengawal diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.  

Akauntabiliti Guru ‘ akauntabiliti’ = bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap

Page 11: Big Ceramah 1 Pembinaan Insan Guru

sesuatu. Konsep akauntabiliti satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut. Akauntabiliti keguruan tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru.  akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan.   

Kebaikan Akauntabiliti Memastikan semua pelajar belajar mengikut kemampuan mereka sendiri dan berfaedah bagi sekumpulan kecil pelajar yang lemah Pelajar akan mempunyai motivasi yang kuat untuk belajar Penekanan pada pencapaian memotivasikan guru untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang baru. Akauntabiliti dapat memberitahu orang ramai segala yang berlaku di sekolah

Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah Kaedah mengajar sejajar dengan perkembangan kognitif murid-murid. Bersifat optimistik dan menunjukkan minat yang tinggi di dalam pekerjaannya Kaedah mengajar yang terkini dan canggih Perhubungan sosial yang baik . Kawalan disiplin yang berkesan

Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah Membina satu program perkembangan ko- kurikulum yang dinamik Pembimbing kepada muridmurid untuk memotivasikan murid-murid bagi meningkatkan kemahiran pencapaian akademik Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah

Akauntabiliti Guru terhadap Tingkah Laku Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan Menjadi seorang 'role model' yang baik dalam masyarakat setempat

Page 12: Big Ceramah 1 Pembinaan Insan Guru

Mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana Mengamalkan nilai-nilai murni seperti ketatasusilaan, belas kasihan, kejujuran dan keikhlasan, kecekapan, pertimbangan memelihara penampilan diri Melibatkan diri dalam hobi aktiviti berfaedah pada masa lapang mengawal emosi ketika mengajar

 Akauntabiliti Guru terhadap Murid Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid Bersedia menyelesaikan masalah murid-murid dengan bersikap adil Ikhlas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan Bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa. Tidak mengharapkan sebarang balasan dan ganjaran

Akauntabiliti Guru terhadap Profesion Menjadi ahli kesatuan guru elak membuat sebarang kenyataan negatif tentang profesionnya dalam media tempatan elakkan daripada menganggotai parti haluan kiri/ kegiatan pengganas , dan politik Selalu bersedia membantu rakan sejawat elakkan daripada terlibat dalam sebarang kegiatan negatif atau merbahaya

Akauntabiliti Guru terhadap Komuniti Tidak menyebarkan ajaran negatif yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara Bersopan-santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial Mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat Sentiasa menghormati ahli-ahli masyarakat setempat Tidak mencemarkan nama baik rakan sejawat

_____________________________________________________Sambungan:

Page 13: Big Ceramah 1 Pembinaan Insan Guru

PROFESION GURU SEBAGAI KEPIMPINAN SEKOLAH DAN KOMUNITI

Pekerjaan yang dilakukan oleh individu berdasarkan ilmu PROFESION pengetahuan dan kemahiran yang dipunyainya. Perkara yang berkaitan dengan Pengajaran guru(kamus dewan 1989) KONSEP (peranan, tugas dan kelayakan) PERGURUAN KEGURUAN

CIRI – CIRI PROFESION-Mempunyai latihan khasMempunyai kawalan kemasukanMempunyai kebebasan untuk mengamalMempunyai autonomi untuk membuat keputusanTerdapat kod etika profesion

CIRI – CIRI PROFESIONAL-Merupakan organisasi profesional di mana terdapat badan yang mengawal ahli-ahlinyaKeadaan perkhidmatan yang ditetapkanDiiktiraf oleh awam sebagai profesionSeringkali dikaitkan dengan ganjaran material

ADAKAH GURU MERUPAKAN SUATU PEKERJAAN YANG PROFESIONAL - YA ATAU TIDAK?

Mempunyai kepakaran bidang yang khusus Mempunyai latihan khas.

Mempunyai organisasi sistem perkhidmatan yang ditetapkan

Mempunyai autonomi dalam bilik darjah Mempunyai kod etika keguruan.

Page 14: Big Ceramah 1 Pembinaan Insan Guru

Mempunyai sifat-sifat dan kualiti-kualiti peribadi,sosial dan profesional.

Mempunyai akauntabiliti Autonomi membuat keputusan di luar bilik darjah

Kelayakan akademik dan latihan yang berbeza Keseragaman ahli Kesatuan Kuasa Kesatuan Bidang

ikhtisas yang lain

MENGAPA TERDAPAT PERBEZAAN PENDAPAT ?    Tabiat membandingkan profesion ini berlaku dalam  kerjaya guru di negara maju dengan kerjaya seperti Amerika  Syarikat. Didapati bahawa guru gagal memenuhi beberapa kriteria profesion ygsetara dgn profesion lain

Tozer dan rakan-rakan (1998) Menyenaraikan tiga kekurangan profesion guru dibandingkan dengan kerjaya profesional lain ::

o Kualiti dan latar belakang kelayakan akademik calon bakal guru yang selalu dikatakan lebih rendah berbanding profesion lain.

o Kualiti program latihan pendidikan guru yang Disebabkan kualiti kelayakan akademik dantidak seketat program profesion lain kualiti program latihan yang kurang maka kualiti hasilan guru juga tidak cekap.

Amir Hasan Dawi (2009)• Melihat profesion guru dalam konteks dan ciri- cirinya yang tersendiri• Perbandingan hanya perlu dibuat dengan tujuan untuk memperbaiki kekurangan yang ada dalam sesuatu profesion

Page 15: Big Ceramah 1 Pembinaan Insan Guru

KOD ETIKA -  Suatu sistem yang   menjelaskan tindakan-tindakan berkaitan dengan betul yang perlu dasar akhlak dan diikuti dan tindakan- tingkah laku bagi tindakan salah yang sesuatu kumpulan perlu dihindari oleh manusia atau individu-individu organisasi dalam sesuatu profesion. Meliputi aspek- aspek moral yang baik dan yang buruk. Bertujuan untuk mengekalkan integriti moral dan memberi garis sesuatu panduan kepada profesion ahli-ahli berkenaan

TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR• Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar• Bersikap adil terhadap setiap pelajar• Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar• Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku  yang baik• Membimbing atau mengajar seseorang pelajar

TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA• Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa• Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumah tangga• Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka• Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar

Page 16: Big Ceramah 1 Pembinaan Insan Guru

• Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka  

TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA• Menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama• Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat• Menghormati masyarakat tempat berkhidmat• Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKANSEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN• Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru• Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat• Mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan• Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan diri sebagai guru