laporan bina insan guru 2 auto saved)

14
Laporan Bina Insan Guru Semester 2 PISMP Ambilan Januari 2010 di Sekolah Kebangsaan Sayong, Kuala Kangsar, Perak Pada 7 Ogos 2010, guru pelatih dari unit H2 dan H3 telah menjalani satu aktivti khidmat masyarakat di Sekolah Kebangsaan Sayong yang terletak di daerah Kuala Kangsar, Perak. Aktiviti khidmat mayarakat ini merupakan salah satu tema bagi Bina Insan Guru bagi Semester Kedua Ijazah Pendidikan Guru Malaysia. Aktiviti khidmat masyarakat ini diiringi oleh tutor unit H2, En Khairul Anuar dan En Yusri Bin Mat Johor yang menggantikan tutor kelas H3 Tuan Haji Mokhar Bin Rais . Pada pukul 6.30 pagi, semua guru pelatih telah berkumpul dan melapor diri di perkarangan garaj bas. Kami menuju ke Sekolah Kebangsaan Sayong sebaik sahaja semua guru pelatih berada di perkarangan garaj bas, kemudian kami bertolak menuju ke sekolah tersebut. Perjalanan menuju ke destinasi tersebut mengambil masa selama satu setengah jam. Semua barang yang melibatkan dengan program motivasi dibawa seperti hamper dan bahan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) telah dibawa bersama-sama. Setelah sampai di sekolah tersebut kami diperkenalkan dengan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sayong iaitu Tuan Hj. Abdul Rahaman Bin Mohamed Shah A.M.N dan mengalu-alukan kedatangan kami dengan hati yang terbuka. Kemudian kami meneruskan program motivasi tersebut mengikuti jadual yang telah ditetapkan dengan bersarapan terlebih dahulu di kantin sekolah. Kemudian kami memulakan program motivasi pada pukul 8.30 pagi dengan ‘ice breaking’ terlebih dahulu. Aktiviti ‘ice 1

Upload: amy-zack

Post on 05-Jul-2015

585 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Bina Insan Guru 2 Auto Saved)

Laporan Bina Insan Guru Semester 2 PISMP Ambilan Januari 2010 di Sekolah

Kebangsaan Sayong, Kuala Kangsar, Perak

Pada 7 Ogos 2010, guru pelatih dari unit H2 dan H3 telah menjalani satu aktivti

khidmat masyarakat di Sekolah Kebangsaan Sayong yang terletak di daerah Kuala

Kangsar, Perak. Aktiviti khidmat mayarakat ini merupakan salah satu tema bagi

Bina Insan Guru bagi Semester Kedua Ijazah Pendidikan Guru Malaysia. Aktiviti

khidmat masyarakat ini diiringi oleh tutor unit H2, En Khairul Anuar dan En Yusri Bin

Mat Johor yang menggantikan tutor kelas H3 Tuan Haji Mokhar Bin Rais .

Pada pukul 6.30 pagi, semua guru pelatih telah berkumpul dan melapor diri di

perkarangan garaj bas. Kami menuju ke Sekolah Kebangsaan Sayong sebaik sahaja

semua guru pelatih berada di perkarangan garaj bas, kemudian kami bertolak

menuju ke sekolah tersebut. Perjalanan menuju ke destinasi tersebut mengambil

masa selama satu setengah jam. Semua barang yang melibatkan dengan program

motivasi dibawa seperti hamper dan bahan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) telah

dibawa bersama-sama.

Setelah sampai di sekolah tersebut kami diperkenalkan dengan Guru Besar Sekolah

Kebangsaan Sayong iaitu Tuan Hj. Abdul Rahaman Bin Mohamed Shah A.M.N dan

mengalu-alukan kedatangan kami dengan hati yang terbuka. Kemudian kami

meneruskan program motivasi tersebut mengikuti jadual yang telah ditetapkan

dengan bersarapan terlebih dahulu di kantin sekolah. Kemudian kami memulakan

program motivasi pada pukul 8.30 pagi dengan ‘ice breaking’ terlebih dahulu. Aktiviti

‘ice breaking’ ini berlangsung hanya satu jam. Aktiviti ice breaking ini dikendalikan

oleh Mohd,. Syamil Bin Asanai dan Rabbiyatul Adawiyan Binti Pairon.

Pada pukul 9.30 pagi hingga 11.30 pagi satu ceramah yang bertajuk ‘Revolusi

Potensi Diri Meningkat Kejayaan’ telah diberikan kepada murid-murid tahun enam.

Motivasi ini telah dikendalikan oleh Mohd. Khairulddin Bin Mohd. Khalid dan Mohd.

Taufik Bin Ramli. Teknik-teknik bagi menjawab peperiksaan telah diberikan kepada

murid-murid tersebut bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang semakin

mendatang.

Selepas selesai aktiviti ceramah tersebut berlangsung, satu aktiviti yang melibatkan

Latihan Dalam Kumpulan (LDK) telah dikendalikan oleh Faridah Zainun dan Syed

1

Page 2: Laporan Bina Insan Guru 2 Auto Saved)

Anwar Bin Syed Mahamud. Aktiviti ini melibatkan satu permainan yang menguji sifat

kerjasama dalam kumpulan dan tahap pemikiran murid-murid. Aktiviti LDK ini

memakan masa selama dua jam.

Kemudian, fasilitator dan murid-murid berehat seketika bagi melaksanakan solat

zohor serta mengambil makanan tengah hari. Selepas selesai berehat, kami

meneruskan aktiviti dengan LDK 2 yang diuruskan oleh Azwan Hakim Bin Abdul

Halim serta rakannya Lela Binti Nuradin. Aktiviti ini melibatkan hanya satu jam yang

bermula pada pukul 2.00 tengah hari hingga 3.00 petang.

Berikutnya, satu sesi Muhasabah Diri yang dikendalikan oleh Mohd. Bukhari Bin

Abdul Rashid serta Mohd Hisyamuddin Bin Tolohah dari pukul 3.00 petang hingga

4.00 petang. Slot Muhasabah Diri dilaksanakan bagi meginsafkan murid-murid tahun

enam supaya berusaha bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR

serta dalam kehidupan seharian juga.

Akhirnya, Majlis penutupan berlangsung pada pukul 4.00 petang hingga 4.30 petang

yang memakan masa 30 minit. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sayong telah

mengucapkan ribuan terima kasih di atas khidmat masyarakat yang telah

dilaksanakan kami dalam Progaram Motivasi tersebut. Pihak sekolah juga turut

memberi cendera hati sebagai tanda terima kasih atas kerjasama yang diberikan

sewaktu berlangsungnya program BIG di sekolah tersebut. Tutor H2 telah bersama-

sama melakukan refleksi dan rumusan terhadap khidmat masyarakat yang telah

dilaksanakan oleh kami. Pada pukul 5.00 petang setelah selesai mengemas dan

menyimpan barang, kami bertolak pulang ke IPG Kampus Ipoh dengan 1001

kenangan.

Disediakan oleh,

…………………….

(FARIDAH ZAINUN)

Guru Pelatih Unit H3

2

Page 3: Laporan Bina Insan Guru 2 Auto Saved)

REFLEKSI

Sebelum melaksanakan Bina Insan Guru pada kali ini, satu taklimat tentang BIG

Semester 2 ini telah diberikan pada hari sebelumnya oleh Penyelaras BIG, En. Yusri

Bin Mat Johor. Kami telah diberitahu tentang peraturan, disiplin, lokasi dan aktiviti

yang akan dijalankan oleh kami bagi semester ini yang melibatkan khidmat

masyarakat. Setelah mendapat taklimat yang diberikan serta perkara dan aktiviti

yang akan dijalankan, satu perlantikan jawatankuasa bagi Program Motivasi

diadakan di dalam kelas H3.

Bagi perlantikan Jawatankuasa kali ini, saya telah diberikan amanah oleh rakan-

rakan sekelas bagi memegang jawatan sebagai Bendahari. Bendahari memainkan

jawatan yang penting bagi sesetiap penubuhan, program, persatuan mahupun kelab.

Daripada perlantikan jawatan sebagai bendahari tersebut, saya dapat menguruskan

wang secara berhemah. Setiap guru pelatih diberikan RM 5 bagi menampung

makan tengah hari manakala pegangkutan diberikan secara percuma. Peruntukkan

yang diberikan sedikit sebanyak membantu guru pelatih dalam menjalani program

BIG ini. Selain daripada itu, daripada hasil perbincangan dan persetujuan rakan-

rakan sekelas, saya telah mengutip RM10 setiap orang bagi menampung

perbelanjaan bahan-bahan LDK , hamper kepada para pelajar, tag nama dan

cendera hati. Saya telah membahagikan wang tersebut kepada beberapa bahagian,

supaya bajet yang dilakukan mencukupi dengan kutipan wang tersebut.

Alhamdulillah, wang tersebut cukup bagi melaksanakan program motivasi tersebut.

Selain daripada itu, kelas kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu

kumpulan satu dan kumpulan dua. Saya terdiri daripada kumpulan satu yang

mengendalikan program motivasi bagi tahun enam. Manakala, kumpulan dua pula

akan mengendalikan murid-murid tahun tiga, tahun empat dan tahun lima. Setelah

berbincang saya dan Syed Anwar Bin Syed Mahamud ditugaskan untuk

mengendalikan LDK . Bagi melaksanakan LDK satu ini saya dan rakan saya telah

berkongsi pendapat dan idea bagi melaksanakan aktiviti yang dapat menarik minat

murid sewaktu aktiviti berlangsung. Setelah mencapai kata sepakat, kami

melaksanakan tugasan masing-masing. Saya telah menyediakan soalan yang

3

Page 4: Laporan Bina Insan Guru 2 Auto Saved)

berkaitan dengan bahasa Inggeris, Sains dan Sejarah. Bagi melaksanakan LDK ini

saya dapati semangat kerjasama, persefahaman pendapat, pemikiran kreatif dan

pembahagian tugas penting supaya sesuatu pekerjaan itu dapat berjalan dengan

lancar.

Program BIG untuk PISMP Unit H3 bagi Semester 2 2010 yang dijalankan

dari 8.00 pagi hingga 4.30 petang yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Sayong,

Kuala Kangsar, Perak telah memberikan saya 1001 kenangan sebagai seorang

bakal guru. Pengalaman ini mengingatkan saya betapa besarnya halangan dan

dugaan untuk menjadi seorang guru pada zaman moden ini. Semua aktiviti yang

dirancang berjalan dengan lancar dan penuh suka duka. Aktiviti-aktiviti bersifat

ilmiah yang dirancang mengikut modul telah berjaya membentuk satu personaliti dan

penampilan guru-guru pelatih di IPG Kampus Ipoh, Perak.

Pada pukul 8.30 pagi, satu program ‘ice breaking’ dijalankan di dalam sebuah

dewan terbuka yang melibatkan pelajar tahun enam. Aktiviti ini telah dikendalikan

oleh Mohd. Syamil Bin Asanai dan Rabbiyatul Adawiyah Binti Pairon yang

mengambil masa selama satu jam. Kemudian murid-murid tersebut dibahagikan

kepada kumpulan yang dikelaskan melalui undi yang telah dicabut. Saya telah

menjadi salah seorang fasilitator bagi salah satu kumpulan yang diberikan nama

‘SHOWDOWN’. Dalam sesi ini mereka perlu memberikan nama bagi kumpulan,

melukis logo kumpulan, mereka ‘cheers’ dan melakukan pembentangan di hadapan

dewan. Pada mulanya ahli kumpulan saya ini agak pemalu untuk bercakap dan

menyampaikan idea, tetapi saya atasi masalah ini dengan berkawan dengan mereka

serta sering bertanya dan berkongsi idea bagi membantu mereka menyelesaikan

tugasan yang diberikan. Malah mereka juga menunjukkan sifat kerjasama dalam

kumpulan apabila membahagikan tugasan mengikut kemahiran masing-masing.

Sememangnya aktiviti yang dijalankan ini memberikan pengalaman baru kepada

saya bagi bergaul rapat dengan murid-murid.

Pada pukul 9.30 pagi, satu ceramah telah diberikan kepada murid tahun enam

yang bakal menghadapi UPSR. Tips dan teknik menjawab soalan peperiksaan

dikemukakan kepada mereka. Satu sesi perbincangan di antara murid-murid dengan

penceramah iaitu Mohd. Taufiq Bin Ramli dan Mohd. Khairulddin Bin Mohd Khalid

4

Page 5: Laporan Bina Insan Guru 2 Auto Saved)

berlangsung selama 1jam 30minit. Daripada pengamatan saya, tips yang diberikan

oleh rakan saya tersebut boleh diaplikasikan di dalam kehidupan seharian kami

sebagai guru pelatih bagi menghadapi peperiksaan yang akan datang. Daripada

ceramah tersebut, saya dapati bahan bantu mengajar (BBM) seperti LCD, ‘speaker’

dan komputer riba dapat menarik minat murid bagi menumpukan perhatian

sepenuhnya semasa ceramah diberikan. Tambahan lagi, saya mendapati

pengawalan kelas yang telah dilaksanakan oleh rakan saya adalah berkesan kerana

apabila ceramah berlangsung murid menumpukan perhatian dengan mencatat idea

penting, berada dalam keadaan senyap dan bertanyakan soalan pada akhir sesi

ceramah.

Manakala aktiviti Latihan Dalam Kumpulan 1 (LDK) pula dilaksanakan pada

pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari. Aktiviti LDK ini dijalankan dan dikendalikan oleh

Syed Anwar Bin Syed Mahamud dan dibantu oleh saya. Aktiviti yang dijalankan

dalam LDK ini ialah permainan ‘bola beracun’, membina piramid menggunakan

straw dan telaga buruk. Aktiviti ini merupakan gabungan idea kami sebelum

bertapak di Sekolah Kebangsaan Sayong. Aktiviti yang dijalankan ini dibantu oleh

fasilitator yang lain dengan memantau dan mengawal pergerakkan murid-murid.

Murid-murid ini bersifat aktif apabila mereka menglibatkan diri di dalam aktiviti

tersebut. Semangat kerjasama, kemahiran dan kecekapan berfikir dapat dilihat

apabila mereka menyelesaikan sesuatu masalah tersebut. LDK ini telah membantu

saya bagi mengawal kelas dan pergerakkan murid sewaktu aktiviti berlangsung.

Aktiviti ini juga telah membentuk saya menjadi seorang yang lebih kreatif supaya

dapat menglibatkan murid dalam aktiviti tersebut. Semua ini penting bagi saya

kerana aktiviti seperti ini adalah satu perkara yang pasti dilalui oleh seorang guru.

Sebagai contoh, pengajaran bahasa adalah agak membosankan pada waktu tengah

hari, jadi teknik bermain adalah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang

boleh digunakan dalam kelas bagi mengelakkan pelajar berasa bosan dan

mengantuk. .

5

Page 6: Laporan Bina Insan Guru 2 Auto Saved)

Aktiviti muhasabah diri dijalankan bagi memberi kesedaran kepada murid-

murid tahun enam supaya menyiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan UPSR

yang bakal menjelang serta mengenang jasa serta pengorbanan orang-orang

disekeliling iaitu keluarga dan guru-guru. Pembinaan moral dan sahsiah yang tinggi

ditekankan dalam slot tersebut bagi membantuk insan yang cemerlang dalam

pelbagai aspek. Murid-murid tersebut didedahkan dengan video gejala-gejala sosial

dan pengorbanan jasa ibu dan bapa. Daripada tayangan video tersebut, lahirnya

satu perasaan yang sebak dan sayu melihatkan gejala kuning tersebut telah

memudaratkan diri dan turut menyebabkan orang yang tersayang merana. Kesan-

kesan yang ditayangkan tersebut dijadikan ikhtibar kepada murid-murid supaya

mengelakkan diri daripada kancah bahana tersebut. Slaid pengorbanan jasa ibu dan

bapa adalah amat berkesan kepada murid-murid apabila mereka menitiskan air

mata bagi mengenangkan kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka. Saya

dapati, kita boleh mempengaruhi murid dengan menggunakan kaedah psikologi

pendidikan bagi membantu pembelajaran murid di dalam kelas. Saya juga turut

mengambil ikhtibar daripada slaid dan tayangan yang telah dipaparkan sebagai

sempadan dan pedoman. Kata-kata semangat dilemparkan kepada murid-murid

supaya yakin dan berusaha sehabis baik bagi menghadapi peperiksaan yang

penting dalam kehidupan mereka.

Sebelum majlis penutupan dirasmikan oleh Guru Besar, kami bekerjasama

menyusun atur kedudukkan kerusi, meja dan hamper. Guru Besar serta pensyarah

pengiring memberikan kata-kata semangat serta nasihat kepada guru pelatih supaya

berani menghadapi profession perguruan pada masa akan datang. Setiap teguran

dan nasihat yang diberikan oleh mereka, saya jadikan ia sebagai kata-kata

semangat bagi memotivasikan diri supaya menjadi guru yang mencakupi aspek

JERIS sejajar kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

6

Page 7: Laporan Bina Insan Guru 2 Auto Saved)

Selama setengah hari saya mengikuti program BIG bagi melaksanakan

khidmat masyarakat, saya dapat merasakan kekuatan mental dan fizikal saya telah

diuji. Murid yang pelbagai ragam, pihak pengurusan sekolah dan keadaan sekolah

merupakan satu cabaran kepada kami bagi mewujudkan hubungan sosial yang baik

dengan masayarakat sekolah. Pendedahan sebegini saya anggap satu pendedahan

yang amat baik bagi saya kerana dengan cara inilah saya dan rakan-rakan dapat

mengukur sejauh mana ketahanan diri kami sendiri. Persediaan dari segi mental dan

fizikal amat penting kerana kami semua sebagai bakal pendidik belum pasti lagi

kemana arah kami seterusnya apabila tamat belajar di institut perguruan ini.

Mungkin kami dihantar ke kawasan bandar, tetapi mungkin juga kami akan

diarahkan untuk mengajar di kawasan jauh ke pedalaman. Pendedahan sebegini

membolehkan kami semua mengukur sejauh mana tahap dan kemampuan diri kami

sama ada kami sudah bersedia untuk mengembara ke sekolah yang mungkin jauh

ke pelusuk rimba atau belum.

Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana telah melalui program BIG ini yang telah

banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya dan yang

paling penting dapat membantu diri saya bagi membina jati diri seorang pendidik

yang berkarisma tinggi. Saya berharap pada BIG yang seterusnya, saya akan lebih

banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat saya untuk menjadi

seorang pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

7

Page 8: Laporan Bina Insan Guru 2 Auto Saved)

8

Page 9: Laporan Bina Insan Guru 2 Auto Saved)

GAMBAR

Taklimat BIG Sem 2 diberikan oleh En Mohd Yusri Bin Mat Johor.

Perjalanan menuju ke Sekolah Sayong

9

Page 10: Laporan Bina Insan Guru 2 Auto Saved)

Slot Ceramah

Aktiviti Ice Breaking

10

Page 11: Laporan Bina Insan Guru 2 Auto Saved)

LDK

LDK

11

Page 12: Laporan Bina Insan Guru 2 Auto Saved)

Slot Muhasabah Diri

Majlis Penutupan

12