laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa

36
LAPORAN AKTIVITI PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SKGJ

Upload: norlela-abdrahman

Post on 14-Jun-2015

15.844 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa

LAPORAN AKTIVITI PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SKGJ

Tarikh : 28 September 2012 hingga 30 September 2012

Hari : Jumaat hingga Ahad

Tempat : Sek.Keb.Guar Jentik

Kehadiran : 84 orang murid dan 10 orang guru.

Page 2: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa

1. Pengenalan

Perkhemahan Unit Beruniform Tunas Kadet Remaja sekolah

merupakan aktiviti tahunan badan beruniform di Sekolah Kebangsaan

Guar Jentik. Perkhemahan ini disertai oleh murid-murid tahap 2.

Dalam perkembangan dunia pendidikan yang semakin

menitikberatkan aktiviti kokurikulum, kecemerlangan pelajar tidak hanya

bergantung kepada akademik sahaja tetapi pelajar perlu memiliki ciri-ciri

kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia dan

berkebolehan menyesuaikan diri di era globalisasi

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap murid sesuai dengan

Falsafah Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan

dihayati dan difahami sepanjang perkhemahan ini. Semua peserta

perkhemahan perlu menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan

setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, bak

kata perpatah

“ bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat ”.

Page 3: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa

2. Laporan hari pertama,Jumaat ( 28 September 2012 )

Aktiviti perkhemahan bermula dengan sesi pendaftaran peserta pada jam

3.00 hingga 3.30 petang. Seramai 84 orang murid menyertai perkhemahan

tersebut di bawah Badan Uniform Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ). Murid

yang terlibat terdiri daripada 42 orang lelaki dan 42 orang perempuan.

Perkhemahan ini dikendalikan oleh 10 orang guru yang diketuai oleh Puan Hjh

Nor Lela bt Abd Rahman

Page 4: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa

Setelah sesi pendaftaran selesai, murid dibahagikan kepada 10

kumpulan. Seterusnya, kem komanden iaitu Encik Ahmad Fuad bin Ishak

memberikan taklimat perkhemahan kepada peserta–peserta

perkhemahan.Aktiviti tunjuk cara bagi mendirikan khemah dikendalikan oleh AJK

Persiapan tempat iaitu Encik Mohd.Noor Hisham b.Mohd.Faudzi, Pn.Mazlina Bt

Mohamed dan Puan Norwahida Bt Din. Murid-murid bekerjasama dalam

kumpulan mendirikan khemah dalam masa yang ditetapkan .

Sesi Pendaftaran Peserta

Page 5: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa
Page 6: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa
Page 7: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa

Seterusnya, murid bersiap-sedia untuk menunaikan solat Asar secara

berjemaah di surau yang dikendalikan oleh AJK Kerohanian iaitu En.Ahmad

Fuad b.Ishak, Pn.Badariah bt Yahya, Pn.Nurul Hafizah bt Zuhari,

En.Mohd.Ansari b.Ahmad dan Tuan Syed Amiruddin B.Syed Ali.

Pada jam 6.30 petang hingga 9.00 malam, murid bersiap sedia untuk

makan malam serta membersihkan diri untuk menunaikan solat Maghrib

berjemaah.Kuliah maghrib dan bacaan Yassin menyusuri selepas solat

berjemaah sementara menunggu masuknya waktu Solat Isyak.

Kuliah Maghrib ini disampaikan oleh Encik Ahmad Fuad b.Ishak.

Page 8: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa

Selesai solat Isyak, murid berkumpul di dewan untuk aktiviti selanjutnya

iaitu “Pecah Bendungan ”atau sesi suai kenal.Peserta-peserta perkhemahan

saling berkenalan dan mengenali di antara satu sama lain.Dalam aktiviti pecah

bendungan ini, murid dikumpulkan mengikut bulan kelahiran.

Page 9: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa

Dalam kumpulan mengikut

bulan kelahiran, murid perlu saling

hormat-menghormati berdasarkan

perbezaan umur.Contohnya, murid

yang muda menghormati rakan yang

lebih tua di dalam kumpulan mereka,

murid sesama jantina perlu bersalaman dan bercium semut manakala murid

berlainan jantina dikehendaki membuat “ tabik spring ”.

Page 10: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa

Kami dapati terdapat juga murid yang agak malu untuk memperkenalkan

diri di dalam kumpulan . Namun begitu, setelah murid di beri motivasi mereka

menunjukkan sikap yang positif dan lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi.

Seterusnya, murid di sajikan dengan minum malam yang dikendalikan

oleh AJK Makanan iaitu Puan Nur Ainun bt Osman, Pn.Zaripah bt Alshaari dan

Puan Salbiah bt Ab.Rahman.Semua peserta perkhemahan dikehendaki tidur

pada jam 11.00 malam.

Pada jam 1.30 pagi, semua peserta dikejutkan untuk menjalani sesi burung

hantu. Aktiviti ini dikendalikan oleh Kem Komanden .

Page 11: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa

Dalam aktiviti ini, peserta ditutup mata dengan sehelai kain , kemudian

ditempatkan secara berasingan di tempat-tempat tertentu . Murid menyusuri

jalan berhalangan seperti jalan berbukit dan kawasan berlongkang yang

bertujuan untuk menguji kekuatan mental dan daya tahan fizikal peserta-

peserta. Sepanjang melaksanakan aktiviti ini, terdapat peserta perkhemahan

yang menjerit ketakutan apabila ditinggalkan sendirian di dalam keadaan yang

gelap

3. Laporan hari kedua, Sabtu ( 29 September 2012 )

Page 12: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa

Aktiviti perkhemahan pada hari kedua bermula dengan aktiviti Solat

Subuh secara berjemaah, dan kuliah Subuh dikendalikan oleh Ustaz Mohd

Ansari bin Ahma(Guru SK Guar Jentik), Selepas itu semua peserta

perkhemahan berkumpul di tapak perhimpunan untuk sesi menaikkan bendera

dan aktiviti senamrobik. Aktiviti ini dikendalikan oleh AJK Riadah iaitu Encik

Mohd Noor Hissam bin Mohd Faudzi dan Pn. Salbiah binti Ab Rahman.

Page 13: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa
Page 14: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa

Seterunya, selepas sarapan pagi, semua peserta perkhemahan dikehendaki

berkumpul di dewan terbuka SK Guar Jentik dan bersiap sedia untuk

pertandingan gadjet. Sebelum pertandingan tersebut dimulakan, Kem Komanden

memberikan taklimat dan syarat-syarat pertandingan. Peserta diminta melakukan

aktiviti tersebut secara berkumpulan yang sedia ada. Setiap kumpulan peserta

dibekalkan dengan beberapa bilah kayu dan tali untuk menghasilkan gadjet

mengikut kreativiti masing-masing. Guru yang terlibat di ketuai oleh Pn Nor Lela

bt Abd Rahman.

Page 15: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa
Page 16: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa
Page 17: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa

Dalam pertandingan tersebut peserta dinilai dari segi kerjasama dalam

kumpulan, kekemasan gadjet dan kesesuaian fungsi gadjet tersebut. Setelah

dinilai oleh beberapa orang hakim, kumpulan Persona telah menjuarai

pertandingan gadjet tersebut. Kumpulan itu telah membuat gadjet untuk

Page 18: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa

meletakkan kasut dan peralatan dapur. Tempat kedua pula disandang oleh

kumpulan Saga, dimana kumpulan tersebut telah menghasilkan gadjet untuk

memasak air. Tempat ketiga pula disandang oleh kumpulan Kenari yang telah

menghasilkan gadjet untuk meletakkan pinggan dan cawan. Aktiviti tersebut

berjalan selama dua jam bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 10.00 pagi.

Selepas itu, murid dibekalkan dengan minum pagi iaitu air teh ‘o’ dan roti

sebelum menjalani aktiviti kawad kaki. Aktiviti kawad kaki diketuai oleh adik

Jasimin bin Hafiz dan adik Nur Zahirah bt Md Saad. Aktiviti ini mengambil masa

lebih kurang 1 jam 30 minit. Setelah selesai kawad sesi kawad kaki, semua

peserta bersiap sedia untuk makan tengahari dan solat Zohor.

Page 19: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa

Pada jam 2.00 petang semua peserta berkumpul didewan terbuka untuk

meneruskan aktiviti pertandingan kraftangan. Aktiviti ini juga dijalankan secara

berkumpulan dan setiap kumpulan dibekalkan dengan surat khabar lama.

Objektif aktiviti ini ialah untuk mencungkil bakat dan kreativiti semua peserta

dalam bidang seni kreatif. Guru yang mengendalikan aktiviti ini diketuai oleh Hjh

Nor Lela bt Abd Rahman.

Page 20: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa

Setelah menunaikan solat Asar dan minum petang, semua peserta bersiap

sedia untuk melakukan aktviti sukan dan permainan. Aktiviti ini dijalankan di

padang SK Guar Jentik. Antara aktiviti yang dijalankan ialah permainan “kereta

sorong”dan mengolek bola dengan mengunakan kepala, bagi peserta lelaki, bagi

peserta perempuan aktiviti sukaneka yang sama juga di jalankan, secara

berkumpulan. Tujuan aktiviti ini ialah untuk memupuk semangat kerja

berpasukan dan merapatkan hubungan silaturrahim antara semua peserta

perkhemahan dan guru. Aktiviti sukan dan permainan ini tamat pada jam 7.00

petang.

Page 21: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa
Page 22: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa
Page 23: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa

Setelah selesai makan malam, semua peserta menunaikan solat Maghrib secara berjemaah

dan mendengar kuliah Maghrib. Seterusnya tepat jam 9.00 malam, semua peserta berkumpul di

dewan untuk aktiviti Pertandingan Kebudayaan. Antara persembahan yang ditunjukkan oleh

peserta ialah lakonan, pantun dan persembahan seni silat.

Page 24: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa

Aktiviti ini bertujuan untuk mengcungkil bakat terpendam yang ada dalam diri setiap peserta

serta meningkatkan keyakinan diri untuk tampil membuat persembahan di hadapan khalayak

ramai. Aktiviti ini berakhir pada jam 11.00 malam. Semua peserta perkhemahan dikehendaki

tidur pada jam 11.00 malam.

4. Laporan hari ketiga, Ahad ( 30 September 2012 )

Aktiviti ketiga dimulakan dengan solat Subuh secara berjemaah dan Kuliah subuh yang

disampaikan oleh Tuan Syed Amiruddin Syed Ali.Pada jam 7.00 pagi, semua peserta

perkhemahan dikehendaki berkumpul di dataran perhimpunan untuk menaikkan bendera dan

menyanyikan lagu Negaraku.

Page 25: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa

Kami mendapati peserta masih bersemangat menyanyikan lagu negaraku walaupun

pada hari terakhir perkhemahan.Seterusnya, aktiviti senamrobik dilaksanakan oleh AJK Riadah

selama lebih kurang 30 minit. Pertandingan memasak bermula pada jam 8.00 pagi setelah murid

disajikan dengan sarapan pagi iaitu nasi lemak dan air milo suam.Dalam pertandingan memasak

ini, semua peserta perkhemahan dikehendaki membuat sandwich. Sebelum pertandingan

memasak ini bermula, peserta perkhemahan diberikan taklimat ringkas dan syarat – syarat

pertandingan oleh para juri. Antara kriteria-kriteria yang diambil kira ialah cara penyediaan,

keenakan, hiasan dan kerjasama di antara ahli kumpulan.

Page 26: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa
Page 27: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa
Page 28: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa

Aktiviti pertandingan memasak ini selesai pada jam 10.00 pagi. Peserta diminta untuk

menyediakan sandwich, Sandwich yang disediakan juga untuk minuman pagi. Aktiviti

meruntuhkan khemah dijalankan tepat jam 12.00 tengah hari.Semasa menjalankan aktiviti ini,

kami dapat melihat kerjasama yang padu di antara setiap murid di dalam kumpulan khususnya

serta pembinaan jati diri dalam setiap diri peserta perkhemahan.

Page 29: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa
Page 30: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa

Aktiviti Penutup dan penyampaian hadiah kepada kumpulan yang telah memenangi

pertandingan membuat gajet dan membuat sandwich. Kumpulan yang memenangi bagi acara

membuat gajek adalah kumpulan Perdana,

Pemenang bagi acara kraftangan adalah kumpulan Persona

Page 31: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa

Pemenang bagi acara Kebudayaan Kumpulan Waja

Pemenang membuat sandwich adalah kumpulan Wira

Page 32: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa

Konklusinya, matlamat dan objektif perkhemahan dapat dicapai daripada pemerhatian

dan aktiviti yang dijalankan sepanjang hari perkhemahan ini di mana semangat kerjasama dan

silaturahim di antara peserta perkhemahan yang terjalin erat.

Page 33: Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa