taklimat dan mesyuarat bina insan guru

7
 1 TAKLIMAT DAN MESYUARAT BINA INSAN GURU (BIG) T a kl imat BI G Fasa 6 telah di ad akan pada 24 Januar i 2015 di Dewan  Aminuddin Baki oleh nit !okurikulum Institut "er#uruan !ampus Tua nku Bainun $ermula %am &'00 pa#i' (esi taklimat ini meli$atkan semua pela%ar ""G kohort satu' )el alui tak limat ini * para pel a%a r ""G tel ah men dap at peneran#an men#en ai pelaksanaan BIG Fasa 6' )enerusi Fasa ini* para pela%ar ""G dikehendaki melaks an ak an satu pr o# ram iaitu program Lawatan P enanda Ar as dan Bengkel Gur u Inovatif di sek olah yang dipilih yang mempunyai guru cemerlang, untuk fasa yang keenam ini. Ahli awatank uasa menetapk an program ini diadakan di !ekolah "e#angsan Permatang $anggus, Penaga, Pulau Pinan g. %elalui program Bina Insan Gur u ini, kump ulan kami t elah mendapat pel#agai pengalaman yang sangat #erguna untuk diaplikasikan dalam profesion perguruan dan uga dalam pem#elaaran di sekolah. )es+uarat kali pertama telah diadakan setelah selesai taklimat terse$ut' !ami telah memilih (ekolah !e$ an#saan (! " ermatan# Jan##us * "ena#a "ulau "inan# telah terpilih se$a#ai lokasi pro#ram BIG Fasa 6' Tarikh +an# di,adan#kan adalah pada 10 Fe$ruari 2015' "erlantikan ahli %awatankuasa telah di$uat pada mes+uarat kali pertama ini' "n -or .ini $t )ohamad /aid telah dipilih se$a#ai pen#erusi pro#ram pada kali ini' Alhamdulillah* hasil daripada mes+uarat ini* semuan+a $er%alan den#an lan,ar'

Upload: nor-eini

Post on 06-Oct-2015

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BIG FASA 6

TRANSCRIPT

6

TAKLIMAT DAN MESYUARAT BINA INSAN GURU (BIG)

Taklimat BIG Fasa 6 telah diadakan pada 24 Januari 2015 di Dewan Aminuddin Baki oleh Unit Kokurikulum Institut Perguruan Kampus Tuanku Bainun bermula jam 8.00 pagi. Sesi taklimat ini melibatkan semua pelajar PPG kohort satu. Melalui taklimat ini, para pelajar PPG telah mendapat penerangan mengenai pelaksanaan BIG Fasa 6. Menerusi Fasa ini, para pelajar PPG dikehendaki melaksanakan satu program iaitu program Lawatan Penanda Aras dan Bengkel Guru Inovatif di sekolah yang dipilih yang mempunyai guru cemerlang, untuk fasa yang keenam ini. Ahli jawatankuasa menetapkan program ini diadakan di Sekolah Kebangsan Permatang Janggus, Penaga, Pulau Pinang. Melalui program Bina Insan Guru ini, kumpulan kami telah mendapat pelbagai pengalaman yang sangat berguna untuk diaplikasikan dalam profesion perguruan dan juga dalam pembelajaran di sekolah. Mesyuarat kali pertama telah diadakan setelah selesai taklimat tersebut. Kami telah memilih Sekolah Kebangsaan SK Permatang Janggus, Penaga Pulau Pinang telah terpilih sebagai lokasi program BIG Fasa 6. Tarikh yang dicadangkan adalah pada 10 Februari 2015. Perlantikan ahli jawatankuasa telah dibuat pada mesyuarat kali pertama ini. Pn Nor Eini bt Mohamad Zaid telah dipilih sebagai pengerusi program pada kali ini. Alhamdulillah, hasil daripada mesyuarat ini, semuanya berjalan dengan lancar.

Suasana semasa Taklimat BIG dan mesyuarat pertama BIG Fasa 6 2015

LAPORAN SEMASA PROGRAMPada 10 Februari 2015 bermula jam 8.00 pagi, bermula peserta program sampai. Semua peserta dijamu dengan hidangan yang amat istimewa.

Bengkel Ciri-ciri Guru Inovatif Setelah selesai slot 1, sesi berikutnya adalah bengkel dan penerangan mengenai ciri-ciri guru inovatif. Encik Nazri bin Hasan menjelaskan tentang definisi inovasi iaitu sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan (Glosari Teknologi Pendidikan 1995).

Beliau juga menyatakan bahawa inovasi juga merupakan penghasilan baru berbentuk maujud dan berkesan berdasarkan proses penyusunan semula dengan menggunakan unsur yang sedia ada terjelma sebagai unik, memudahkan dan bernilai.Seterusnya Encik Nazri juga menerangkan tentangpenghasilan idea inovatif. Encik Nazri juga menyatakan tentang pelbagai pertandingan guru inovatif yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia setiap tahun yang mana boleh disertai oleh guru.

Seterusnya Encik Nazri menunjukkan penglibatan inovatif yang telah beliau sertai di peringkat negeri, Kebangsaan dan juga luar negara. Antara penglibatan beliau adalah sebagai ketua panel bagi penulisan Modul Progresif Sains tahun 2013, memberi ceramah Astronomi (sekolah-sekolah sekitar Pulau Pinang, Labuan, Kuala Lumpur, Kedah ( Pulau Langkawi) dan Perak, dan beliau juga mencadangkan pengubahsuaian silibus Sains tahun 4 dengan menggugurkan Pluto dari silibus tahun 4 (PPK @ BPK) melalui JPN, Pulau Pinang.Pada tahun 2012 beliau terlibat dalam Lesson Study dengan mengadakan satu amalan pengajaran dan pembelajaran kepada guru-guru Sains yang masih baru yang terdiri daripada 30 orang semuanya. Beliau menggunakan Kaedah Konstruktivisme dalam pengajaran tersebut dan satu Mikro Teaching telah dijalankan dengan menggunakan tajuk Sistem Solar Tahun 4.

Jemputan ke Hari Astronomi Anjuran Masjid Abdullah Fahim, Bertam Perdana

Lesson Study dengan menggunakan kaedah Konstruktivisme yang sedang dijalankan bersama-sama murid Tahun 4 dengan tajuk Sistem Solar

Lawatan Penanda Aras(pengajaran dan pembelajaran ke bilik sains)Apabila selesai slot bengkel ciri-ciri guru cemerlang dan guru inovatif, peserta BIG bergerak ke bilik sains SK Permatang Janggus untuk mengadakan lawatan penanda aras. Lawatan ini bertujuan untuk menimba pengalaman bagaimana perjalanan pengajaran guru cemerlang iaitu En ZAinol. Disamping itu juga En Nazri b Hasan memberi sedikit maklumat tentang bahan inovasi yang dihasilkan olehnya. Peserta tekun mendengar penerangan En Nazri b Hasan dengan penuh minat. Peserta BIG berkesempatan bertanya permasalahan pembelajaran dalam mata pelajaran sains. Peserta BIG mendapat banyak maklumat yang diperolehi hasil dari lawatan tersebut.

Disamping itu juga En Nazri b Hasan memberi sedikit maklumat tentang bahan inovasi yang dihasilkan olehnya. Peserta tekun mendengar penerangan En Nazri b Hasan dengan penuh minat. Peserta BIG berkesempatan bertanya permasalahan pembelajaran dalam mata pelajaran sains. Peserta BIG mendapat banyak maklumat yang diperolehi hasil dari lawatan tersebut.