folio mata pelajaran sivik

13
PENGHARGAAN Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menyiapkan folio bagi mata pelajaran sivik yang bertajuk cerita rakyat pelbagai kaum. Pertama kali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu Cethrine guru mata pelajaran sivik kerana memberi tunjuk ajar bagaimana menyiapkan folio ini. Terima kasih juga diucapkan kepada sahabat saya Ambry Martin kerana sedikit sebanyak membantu saya memahami cara menyiapkan folio ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada abang saya iaitu Fridly kerana membantu menyediakan bahan cetak dan membantu memperkemas setiap perkataan dalam folio ini. Akhir sekali saya berterima kasih kepada ibu bapa saya kerana membantu dari segi kewangan dan dorongan dalam menyiapkan kerja ini semasa cuti sekolah. 1

Upload: anizdr

Post on 21-Jan-2016

41 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Mata Pelajaran Sivik

PENGHARGAAN

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua

pihak yang terlibat dalam menyiapkan folio bagi mata pelajaran sivik yang bertajuk cerita rakyat

pelbagai kaum.

Pertama kali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu Cethrine guru mata

pelajaran sivik kerana memberi tunjuk ajar bagaimana menyiapkan folio ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada sahabat saya Ambry Martin kerana sedikit sebanyak

membantu saya memahami cara menyiapkan folio ini.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada abang saya iaitu Fridly kerana membantu

menyediakan bahan cetak dan membantu memperkemas setiap perkataan dalam folio ini.

Akhir sekali saya berterima kasih kepada ibu bapa saya kerana membantu dari segi

kewangan dan dorongan dalam menyiapkan kerja ini semasa cuti sekolah.

1

Page 2: Folio Mata Pelajaran Sivik

PENGENALAN

Cerita Rakyat merupakan satu bentuk cerita yang popular di kalangan rakyat yang menjadi hiburan

penting di masyarakat berkenaan. Dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagai jenis cerita rakyat

seperti cerita binatang, cerita jenaka, cerita penglipur lara dan cerita pengalaman.

Cerita Rakyat juga adalah rekaan dari zaman dahulu yang disukai ramai dalam sesuatu masyarakat,

yang masih diceritakan atau diperdengarkan dan diturunkan daripada satu generasi kepada generasi

lain secara lisan. Salah satu tujuan kenapa wujudnya cerita rakyat adalah untuk memberi nasihat

dalam bentuk cerita.

2

Page 3: Folio Mata Pelajaran Sivik

DEFENISI

Cerita rakyat adalah cerita pada masa lampau yang popular di kalangan rakyat dan menjadi

hiburan penting dalam masyarakat berkenaan.

Cerita rakyat menjadikan setiap bangsa yang memiliki budaya yang beraneka ragam, kaya

dengan budaya dan sejarah yang dimiliki oleh setiap bangsa.

3

Page 4: Folio Mata Pelajaran Sivik

JENIS-JENIS CERITA RAKYAT

Terdapat beberapa jenis cerita rakyat

1. Cerita Hikayat

2. Cerita Binatang

3. Cerita Pahlawan

4. Cerita Kaum

5. Cerita Teladan

4

Page 5: Folio Mata Pelajaran Sivik

CERITA 1

ANJING DAN BAYANG-BAYANG

Pada suatu hari, seorang peniaga daging sedang sibuk melayan pelanggannya. Tiba-tiba

seekor anjing yang sedang kelaparan segera melompat menghampiri bangku penjual daging lalu

menyambar sepotong daging. Kemudian anjing yang sedang kelaparan itu segera melarikan diri.

‘’Eh, anjing yang jahat! Berani kau mencuri daging aku!’’Jerit peniaga dengan marah sambil

mengejar anjing liar dengan pisau pemotong dagingnya. Namun anjing liar itu berlari terlalu pantas

dan penjual daging yang sedang marah itu tidak mampu untuk mengejar anjing tersebut.

Anjing liar itu berlari sekuat hatinya sehinggalah ia tiba di sebatang sungai. Setelah pasti

keselamatannya terjamin, anjing yang kelaparan itu berhenti dengan termengah-mengah.

Anjing terbut melalui sebuah titi untuk menyeberangi sungai. Ketika ia menjenguk ke dalam sungai,

ia berasa sungguh terkejut apabila melihat seekor anjing lain sedang menggonggong sepotong

daging yang lebih besar. Ia tidak tahu bahawa itu adalah bayang-bayangnya sendiri.

“Aku mesti mendapatkan dagingnya itu. Daging itu pasti lebih mengenyangkan sebab ia lebih besar

dari daging yang saya curi ini,’ fikir anjing yang kelaparan dan tamak itu.

Tanpa berfikir panjang, ia pun menyalak kepada anjing yang dilihatnya di dalam sungai itu. Namun

malang baginya, sebaik sahaja ia membuka mulutnya, daging yang sedang digonggong itu terjatuh ke

dalam sungai tersebut.

‘’Ahhh…bodohnya aku! Aku sepatutnya bersyukur dengan makanan yang aku ada. Bersikap tamak

hanyalah merugikan diri sendiri…’’rungut si anjing yang lapar itu. Akhirnya anjing liar terpaksa

pulang dalam kelaparan.

Pengajaran

Cerita ini mengajar kita supaya tidak bersikap tamak dan mensyukuri dengan apa yang ada. Orang

yang tamak akan selalu mengalami kerugian akibat sikapnya itu.

5

Page 6: Folio Mata Pelajaran Sivik

CERITA 2

KERBAU DAN KANCIL

Pada suatu hari ada seekor kerbau jantan hendak minum air. Kerbau itu berjalan melalui

satu lorong menuju ke sungai. Sungai itu agak luas. Airnya cetek, jernih dan sejuk. Kerbau itu

menuju ke tengah-tengah sungai kerana air di bahagian tengah sungai agak jernih. Ketika menghirup

air, kerbau terdengar sesuatu di tepi sungai. Kerbau berpaling ke arah suara itu.

"Tolong! Tolong! Tolong aku, kerbau!" Tiba-tiba terdengar suara dari tepi sungai berdekatan dengan

rimbunan buluh. Kerbau mendekati suara itu. Rupa-rupanya ada seekor buaya ditimpa oleh sebatang

pokok kayu, betul-betul di tengah belakangnya. Oh, buaya! Kenapa ini?" Tanya kerbau. "Tolong aku,

kerbau! Aku ditimpa oleh pokok yang tumbang. Aku tidak boleh bergerak. Berat sungguh batang

kayu ini," jawab buaya. Kerbau kasihan melihat buaya. Kerbau cuba mengangkat kayu itu dengan

tanduknya. Apabila batang kayu berjaya diangkat, buaya segera melepaskan dirinya dan kemudian

membahan kaki kerbau untuk memakannya.

"Eh, buaya! Kenapa ini?" tanya kerbau apabila merasai kakinya digigit buaya. "Aku hendak makan

engkau. Hari ini engkau menjadi rezeki aku," jelas Sang buaya s. "Kaulah binatang yang amat jahat

dalam dunia ini. Tidak tahu membalas budi. Orang berbuat baik, kau balas jahat," kata kerbau.

"Sepatutnya buat baik dibalas dengan yang baik,’ sambung sang Kerbau. “Aku tidak peduli," jawab

buaya.Kerbau tidak mampu melepaskan diri kerana berada dalam air. Kalau buaya menariknya ke

bawah tentulah ia akan lemas. Kerbau merayu supaya buaya tidak membunuhnya. "Janganlah bunuh

aku, buaya! Aku pun mahu hidup. Kau makanlah benda lain," Kerbau merayu. Tetapi buaya tetap

tidak peduli. "Aku boleh melepaskan kau tetapi dengan satu syarat," kata buaya. "Apakah

syaratnya?" tanya kerbau. "Kita cuba dapatkan jawapan, betul atau tidak bahawa berbuat baik

dibalas baik? Kita tanya apa-apa yang lalu di sini," ujar buaya. "Kalau jawapannya sama sebanyak tiga

kali, aku akan bebaskan kau," ujar buaya lagi dengan penuh yakin.

Kerbau bersetuju dengan syarat yang dicadangkan oleh buaya. Mereka bersama-sama

menunggu sesiapa sahaja yang lalu atau yang hanyut di dalam sungai itu. Tiba-tiba mereka

ternampak sebuah saji makanan buruk yang hanyut di bawa oleh air. Buaya pun bertanya pada saji.

"Saji, betulkah berbuat baik dibalas baik?" tanya buaya. "Tidak betul. Berbuat baik dibalas jahat,"

jawab saji. Saji menceritakan kisah hidupnya. "Di rumah, aku digunakan untuk menutup makanan.

Nasi, lauk, kuih, dan apa-apa sahaja aku lindungi," jelas saji. "Pendek kata, aku banyak menolong dan

6

Page 7: Folio Mata Pelajaran Sivik

berbakti kepada tuan aku. Kucing dan tikus tidak boleh mencuri lauk. Aku lindungi," cerita saji.

"Tetapi aku amat sedih, apabila aku buruk dan koyak, tidak berdaya lagi menutup makanan, aku

dibuang ke sungai," ujar saji. "Itulah sebabnya aku berkata berbuat baik dibalas jahat," Saji

menamatkan ceritanya dan terus hanyut."Macam mana kerbau? Betul atau tidak apa yang aku

kata?" tanya buaya. Kerbau berdiam diri kerana berasa cemas dan sedih. Kerbau berdoa di dalam

hati supaya Tuhan menolongnya. "Tuhan tentu akan menolong orang yang baik," kata kerbau dalam

hatinya. Tidak lama kemudian, kelihatan sepasang kasut buruk pula hanyut di situ. Sebelah daripada

kasut itu tenggelam kerana tapaknya koyak. Tetapi kasut itu bergantung kepada pasangannya

dengan tali. Kedua-dua belah kasut itu bersama-sama hanyut. "Hah, itu satu lagi benda hanyut! Kita

cuba tanya," kata buaya. "Kasut, betul atau tidak berbuat baik dibalas baik?" tanya buaya. Kerbau

berdebar-debar menunggu jawapan kasut. Kalau kasut bersetuju dengan kenyataan itu bererti ia

akan selamat. Kalau kasut berkata tidak betul, habislah riwayatnya. "Tidak betul kerana berbuat baik

dibalas jahat," jawab kasut. Hancurlah harapan kerbau untuk hidup apabila mendengar kasut

memberi jawapan itu. Kasut lalu bercerita. Pada suatu masa dulu, kasut amat disayangi oleh

tuannya. Setiap hari kasut dibersihkan dan dikilatkan. Apabila malam, kasut itu disimpan di tempat

selamat. Kasut itu juga hanya dipakai oleh tuannya apabila pergi ke bandar sahaja. Kalau tuannya

pergi ke tempat berpasir atau berlumpur, kasut itu tidak dipakainya. Tetapi apabila sudah buruk,

kasut itu tidak disayangi lagi. Badannya tidak dikilatkan lagi. Kasut itu dibaling ke tepi tangga selepas

digunakan. Apabila malam, kasut itu ditinggalkan di halaman rumah. Kasut itu dibiarkan berembun

dan berhujan. Ketika itu juga, kasut itu menjadi tempat persembunyian katak puru untuk

menangkap nyamuk. Apabila sudah terlalu buruk dan koyak, kasut itu dibuangkan ke dalam sungai.

"Itulah sebabnya aku hanyut ke sini," kasut menamatkan ceritanya lalu pergi bersama-sama arus air.

"Sudah dua jawapan. Engkau kalah. Tetapi aku bagi satu peluang lagi," kata buaya. "Kalau datang

yang ketiga, sama jawapannya, engkau akan menjadi habuanku," jelas buaya kepada kerbau. Ketika

kerbau dan buaya menanti kedatangan benda yang ketiga, tiba-tiba datang seekor kancil hendak

minum air. Kancil itu pergi ke tebing tempat buaya dan kerbau. Kancil terkejut apabila melihat buaya

menggigit kaki kerbau. Kancil melihat air mata kerbau berlinang. Manakala buaya pula kelihatan

bengis. "Ada apa kerbau? Kenapa buaya gigit kaki engkau?" tanya kancil. "Mujurlah engkau datang,

kancil! Kami sedang menunggu hakim yang ketiga untuk mengadili kami," kata buaya. "Mengapa?"

tanya kancil. "Kami bertengkar, berbuat baik adalah dibalas jahat," kata buaya. "Tetapi kenapa kamu

gigit kaki kerbau?" tanya kancil. Buaya lalu bercerita mengenai dirinya yang ditindih batang kayu.

Kerbau datang menolong. Tetapi buaya tidak mahu membalas perbuatan baik kerbau. Buaya

menganggap kerbau itu patut menjadi rezekinya. "Tetapi sebelum aku memberikan keputusan, aku

7

Page 8: Folio Mata Pelajaran Sivik

mahu tengok kejadian asalnya," kata kancil. "Mula-mula aku kena timpa sebatang pokok yang

patah. Batang pokok itu jatuh menimpa belakang aku," jawab buaya. "Boleh aku tengok macam

mana pokok itu berada di atas belakang kau?" tanya Kancil. "Macam mana aku hendak tunjukkan,

kerbau sudah alihkan batang kayu itu," jawab buaya. "Baiklah! Sekarang engkau pergi duduk tempat

asal, di mana engkau ditimpa kayu," ujar kancil. Buaya mengikut sahaja arahan kancil. Buaya

melepaskan kaki kerbau lalu duduk dekat batang pokok. "Kerbau! Cuba engkau tunjukkan,

bagaimanakah kayu itu berada di atas belakang buaya? Tunjukkan padaku, bagaimanakah caranya

engkau mengangkat batang kayu itu?" Kancil mengarah seperti hakim. Kerbau melakukan apa yang

disuruh oleh Kancil. "Cuba engkau bergerak, buaya! Bolehkah kayu itu diangkat?" Kancil mengarah

buaya. Buaya cuba bergerak dan mengangkat batang pokok itu tetapi tidak berdaya. "Cuba lagi,

seperti engkau mula-mula kena timpa," kata Kancil. "Eghhh! Eghhh!" bunyi suara buaya cuba

mengalih batang pokok. "Kuat lagi! Kuat lagi!" seru Kancil. Buaya terus mencuba tetapi tidak

berupaya melepaskan diri.

Buaya cuba mengumpul kekuatan untuk mengangkat batang kayu itu, tetapi gagal. Ekornya

sahaja membedal air tetapi batang kayu tetap tidak bergerak. Buaya merasa sangat letih. Kerbau

pula menunggu arahan kancil. "Selepas itu apakah yang terjadi?" tanya kancil. "Selepas itu aku

datang menolong. Aku mengangkat batang pokok itu. Apabila buaya terlepas, ia gigit kaki aku,"

jawab kerbau. "Bagaimanakah cara kamu mengangkatnya?" tanya kancil. Kerbau segera mendekati

batang pokok itu. Kerbau menundukkan kepala hendak mengangkat batang kayu itu. "Sudah!

Setakat itu dulu. Aku sudah faham. Jangan angkat kayu itu," kata Kancil. "Habis tu, macam mana pula

dengan buaya? Tentu buaya akan mati," jawab kerbau. "Engkau ini sangat lurus dan jujur, wahai

Kerbau!" kata Kancil. "Biarlah buaya ini mati. Kalau buaya ini hidup, engkau tentu mati. Buaya yang

jahat ini patut menerima balasannya kerana tidak tahu membalas budi baik," kata Kancil lalu berlari

naik ke atas tebing sungai. Buaya bertempik apabila mendengar kata-kata kancil. Buaya tahu ia

sudah kena tipu. Buaya membedal ekornya dengan sekuat-kuat hatinya. Air sungai melambung naik.

Kerbau segera melompat lalu berlari naik ke atas tebing mengikut kancil. "Jaga, kancil! Kau tipu aku.

Ingat, kancil! Aku akan makan kau," pekik buaya. Namun, kancil dan kerbau tidak mempedulikan

buaya lagi. Kerbau mengucapkan terima kasih kepada kancil. Kedatangan kancil ke tebing sungai itu

telah menyelamatkan nyawanya. Buaya sudah menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan

jahatnya.

Pengajaran

8

Page 9: Folio Mata Pelajaran Sivik

Cerita ini mengajar kita supaya membalas kebaikan dengan kebaikan. Apabila kita berbuat

jahat, kita akan kehilangan kawan tetapi apabila kita berbuat baik, bukan sahaja kita mempunyai

ramai kawan tetapi juga kita akan disenangi oleh banyak orang.

PENUTUP

Sebagai kesimpulan, kebanyakan cerita rakyat bertujuan untuk menasihati dan mengajar

selain menjadi salah satu hiburan. Cerita-cerita rakyat ini sangat seronok pula untuk dibaca kerana

jalan penceritaan yang menarik.

Oleh yang demikian, saya dapat mempelajari bahawa nasihat boleh disampaikan melalui

cerita.

9

Page 10: Folio Mata Pelajaran Sivik

LAMPIRAN

Bahan rujukan

Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Tingkatan 1. Selangor. Abadi Ilmu Sdn Bhd. 2004

10