edu

Upload: sarveswary

Post on 10-Jan-2016

7 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

esei

TRANSCRIPT

Pengenalan Semester ini merupakan semester kelima bagi saya untuk melibatkan diri dalam praktikum fasa 1. Kali ini praktikum telah bermula selepas cuti semester. Saya telah menjalani latihan mengajar ataupun praktikum selama sebulan yang bermula pada 22 Jun 2015 hingga 17 Julai 2015 di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Perda. Sekolah yang saya telah berpraktikum terletak di kawasan Bandar. Disebabkan jumlah murid banyak, sekolah tersebut mempunyai dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan sesi petang. Murid yang belajar di sekolah tersebut semua terdiri daripada kaum Melayu. Walaupun semua murid berkaum Melayu, tetapi masih terdapat guru dari pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang bersedia untuk mengajar murid-murid di sekolah tersebut. Kali ini saya telah diberikan satu tugasan bagi subjek EDU 3063 untuk disiapkan dalam tempoh praktikum tersebut. Dalam tugasan tersebut saya telah memilih tajuk kedua daripada empat tajuk iaitu cabaran guru mengajar murid dari pelbagai sosio-budaya. Dengan itu, saya telah menjalankan pemerhatian dan mengumpul maklumat berkaitan dengan tajuk yang saya dipilih di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Perda demi menyempurnakan tugasan tersebut. Budaya seringkali dikaitkan dengan etnik, agama, jantina, sosio-ekonomi serta latar belakang keluarga. Aspek-aspek ini adalah saling berkait antara satu sama lain bagi menggambarkan akan kepelbagaian yang wujud di antara pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Sebagai guru, ia perlu tahu bahawa setiap individu pelajar itu mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosioekonomi yang berbeza-beza yang mana ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran mereka.Oleh yang demikian, pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian pelajar yang wujud bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang keluarga, sosioekonomi dan gaya pembelajaran pelajar itu sendiri. Kepelbagaian sosio-budaya di dalam bilik darjah menimbulkan banyak cabaran kepada guru untuk mengajar mereka. Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji dan difahami dengan sebaiknya dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan diselitkan dengan latar belakang budaya setiap orang pelajar dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Dengan itu, berkaitan dengan tajuk tugasan yang saya dipilih, saya telah menjalankan pemerhatian di sekolah tersebut untuk memastikan penyelesaiannya bagi cabaran guru semasa mengajar murid dari pelbagai sosio-budaya.

LAPORANSemasa saya menjalankan pemerhatian di sekolah tersebut, saya mendapati bahawa guru-guru di sekolah tersebut mengalami beberapa cabaran semasa mengajar murid di dalam bilik darjah walaupun kesemua murid tersebut dari budaya yang sama iaitu kaum Melayu. Saya telah memerhatikan guru-guru di sekolah tersebut menghadapi cabaran dari segi aspek gender murid, gaya pembelajaran dan gaya berfikir murid, kemahiran dan penggunaan bahasa serta penggunaan bahan bantu yang sesuai semasa menjalankan pengajaran di dalam bilik darjah. Daripada pemerhatian tersebut, saya telah mengenalpasti penyelesaian bagi guru yang menghadapi cabaran tersebut.Seperti mana kita tahu, dalam sebuah bilik darjah terdapat dua jenis gender iaitu pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Ia juga menjadi cabaran untuk guru mengajar di dalam bilik darjah. Semasa saya menjalankan pemerhatian di dalam bilik darjah, saya mendapati bahawa guru menghadapi cabaran semasa membahagikan kumpulan untuk menjalankan aktiviti kumpulan. Hal ini kerana kebanyakkan murid tidak suka dan berasa segan untuk gabungan gender dalam satu kumpulan. Mereka hanya memilih gender yang sama dalam menjalankan sesuatu aktiviti kumpulan. Sekiranya, guru gabungkan pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam satu kumpulan, mereka tidak dapat menunjukkan kerjasama yang optimum dalam kerja kumpulan. Dengan itu, guru terpaksa merancang terlebih dahulu tentang aktiviti yang bersesuaian dengan mereka. Hal ini kerana, sekiranya guru membahagikan kumpulan dengan mengikut gender juga akan memberi peluang kepada mereka membuat bising. Jadi, setiap guru seharusnya bertanya kepada murid sebelum membahagikan kumpulan supaya dapat megetahuai murid yang minat dan tidak minat dengan menjalankan aktiviti kumpulan ikut berlainan gender. Dengan itu, guru boleh agihkan murid dengan mengikut kehendak mereka. Hal ini kerana, setiap murid mempunyai kehendak yang berbeza.Di samping itu, walaupun semua murid beragama Islam di sekolah tersebut, tetapi gaya berfikir dan gaya belajar murid di dalam setiap kelas adalah berbeza. Ia menjadikan satu cabaran kepada guru di sekolah tersebut. Oleh yang demikian, di dalam bilik darjah terdapat pelajar yang memerlukan bantuan latar, tidak memerlukan bantuan latar untuk memahami pembelajaran serta terdapat juga pelajar berfikir secara pantas dan mengambil masa yang banyak untuk memahami pengajaran gurunya. Dengan itu, guru di sekolah tersebut mengalami kesukaran dalam memberi penerangan bagi sesuatu tajuk. Contohnya, semasa saya membuat pemerhatian kelas darjah 5 Efektif semasa waktu matematik, saya telah melihat guru cuba menerangkan konsep pendaraban kepada murid. Tetapi, pada masa itu terdapat juga murid yang masih tidak dapat mengikut pengajaran guru tersebut. Bagi menyelesaikan cabaran tersebut, guru seharusnya menggunakan tiga jenis gaya pembelajaran asas yang umum iaitu visual, audio dan kinestik semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Seterusnya, kemahiran dan penggunaan bahasa yang digunakan dalam kalangan murid juga menjadi cabaran bagi guru-guru di sekolah tersebut. Saya telah membuat pemerhatian semasa waktu matapelajaran bahasa inggeris di dalam bilik darjah. Pada masa itu, saya telah mendapati bahawa sesetengah pelajar hanya menguasai dialek atau bahasa ibunda sahaja. Oleh sebab itu, guru bahasa inggeris tersebut menghadapi cabaran semasa menerangkan pengajaran beliau. Mereka juga kurang faham bahan yang dibaca oleh guru tersebut. Justeru itu, mereka kurang memberi perhatian dalam pengajaran tersebut. Kesannya, mereka akan ketinggalan dalam pelajaran. Jadi, guru tersebut perlu menggunakan laras bahasa biasa untuk menjelaskan pengajarannya. Di samping itu, pembelajaran yang berkesan akan mudah berlaku sekiranya bahan sumber pembelajaran sesuai dengan pengetahuan dan budaya pelajar. semasa saya menjalankan pemerhatian di sekolah tersebut, saya mendapati bahawa dari segi penggunaan bahan bantu juga menjadi cabaran bagi guru di sekolah tersebut. Oleh itu, guru perlu berhati-hati dalam memilih sumber pembelajaran yang sesuai dengan sesuatu kaum etnik.Secara kesimpulannya, sebagai seorang pendidik sudah menjadi tanggungjawab guru untuk membimbing pelajar mencapai potensi diri dalam pencapaian akademik dan sosial. Guru perlu mengkaji dan memahami sosiobudaya setiap pelajar untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran supaya tidak ada murid yang merasa tersisih.

(600 Patah Perkataan)