nota edu 3104

Upload: gbb21

Post on 20-Jul-2015

1.542 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Konsep pengurusan bilik darjah

Richard (1990) organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi Alberto & Troutman (1986) kemahiran guru mengurus masa, ruang , sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid

Menjalinkan hubungan interpersonal Meningkatkan penglibatan murid

Membentuk suasana pembelajaran positif

Mengurangkan masalah disiplin

Matlamat

Menggalak tingkah laku murid yang sesuai

Terdapat 2 pendekatan pengurusan bilik darjah:

Tradisionalberorientasikan kawalan iaitu modifikasi tingkah laku iaitu dengan mengambil tindakan terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Peraturan ditetapkan oleh guru dan sentiasa konsisten untuk memastikan proses P&P lancar. Murid menerima akibat positif sekiranya mematuhi dan sebaliknya.

Bersifat holistiklebih kepada pencegahan, bukan menyelesaikan masalah memerlukan guru mempunyai kemahiran yang pelbagai dalam pengurusan bilik darjah sikap guru (role model) untuk menghasilkan pembelajaran yang kondusifFaktor pengurusan bilik darjah berkesan a. Pengetahuan keperluan murid (Abraham Maslow) *Fisiologi-makanan, rehat, pembuangan kotoran, udara, rehat *Psikologi-keselamatan, kasih sayang, penghargaan diri, kesempurnaan diri, pengetahuan, estetik

Estetik Pengetahuan Kesempurnaan diri Penghargaan diri Kasih sayang Keselamatan Fisiologi

Sekunder

Primer

Guru harus peka dengan keperluan murid dengan memberi perhatian dan tumpuan semasa P&P. Pemerhatian sistematik dapat membantu guru. Guru boleh memantau tingkah laku murid dalam situasi berbeza sebelum membuat kesimpulan. Keperluan akademik

Memahami objektif pelajaranmurid akan melibatkan diri sekiranya jelas tujuan P&P

Melibatkan diri aktif semasa P&Ppembelajaran suatu proses konstruktif iaitu memberi peluang untuk membina pengetahuan sendiri. Murid kurang bosan dan berpeluang untuk bertanggungjawab atas pemebelajaran mereka. Guru sebagai fasilitator.

Berinteraksi secara positif dengan rakaninteraksi boleh mencabar pemikiran dan membawa kepada ketidakseimbangan kerana idea tidak dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah. Murid mengubah pemikiran ke tahap yang baharu melalui proses asimilasi dan akomodasi untuk membina pengetahuan yang baharu.

Pembelajaran berkaitan dengan kehidupan dan minat muridmurid dapat memahami dengan lebih jelas dan dapat mengaplikasi dalam situasi baharu. Ia dapat membantu mengingat dan mendorong murid belajar.

Masa untuk menyiapkan tugasan/berinteraksiguru perlu menentukan masa supaya murid berusaha menyiapkannya dan tahu had masa.

Pengalaman kejayaanaktiviti perlu mengambil kira pengetahuan sedia ada supaya mereka merasai kejayaan menyiapkan tugasan dan mereka dapat meningkatkan keyakinan diri.

Maklum balas yang jelas dan realistikpenilaian dan maklum balas yang tepat dapat meransang murid untuk memperbaiki kelemahannya.

b.

Pengurusan bilik darjah

Merancang guru merujuk sukatan pelajaran untuk menentukan objektif dan hasil pembelajaran seterusnya memilih topik, pendekatan, strategi, kaedah yang sesuai dan juga aktiviti, pengalaman pembelajaran, penetapan tempoh, membentuk penilaiaan, sumber P&P, pemulihan dan pengayaan. Mengelola arahan dan peraturan yang jelas perlu diberikan serta mengatur aktiviti dan membahagi kumpulan untuk memahami tujuan pembelajaran dan peranan mereka untuk kelancaran P&P. Mengawal guru perlu memantau dan memberi bimbingan supaya murid tidak menimbulkan masalah seterusnya memberi aktiviti pemuihan dan pengayaan. Membuat refkeksi guru menganalisis dan menilai keberkesanan (pendekatan, kaedah, strategi, BBM dan bentuk penilaian) P&P untuk menghasilkan alternatif lain sekiranya kurang berkesan dan dapat meningkatkan mutu P&P. Menjalin hubungan dengan murid guru sebagai penggerak dan pemimpin bilik darjah perlu menetapkan peraturan dan prosedur untuk mengelak tingkah laku negatif dan guru menggalakkan kerjasama antara murid. Guru perlu mengambil berat kebajikan murid supaya merasa selamat, yakin dan disayangi.Ciri-ciri guru efektif a. Kualiti peribadi-membantu melaksanakan tugas dengan baik dalam pengurusan bilik darjah Bersemangat dan proaktif Sensitif dan peka Peramah, mesra dan berusaha mengenali murid Dapat memotivasikan muridnya dengan kesungguhan guru tersebut. Murid berasa selamat dan percaya terhadap guru tersebut. Prihatin terhadap perbezaan cara belajar dan keperluan murid. Ia mendorong murid mengambil bahagian dalam aktivit pembelajaran. Murid akan merasa dirinya penting dan secara tidak langsun mewujudkan hubungan guru dan murid.

b.

Kompetensi P&P-keupayaan/kecekapan P&P yang merangkumi pengetahuan dan kemahiran guru. *Pengetahuan-am, ikhtisas, KBSR *Kemahiran-pedagogi dan TMK

Memahami objektif, pegetahuan, pengalaman dan kaedah penilaian.

Guru memahami isi kandungan subjeknya dengan mendalam dan mengaitkan dengan kehidupan seharian (embelajaran bermakna).

Kemahiran menerangkan mengikut idea yang sistematik dengan bantuan BBM memudahkan murid menerima konsep yang diajar.

Kemahiran memilih strategi dan kaedah penting bersesuaian dengan tahap dan perbezaan murid, contohnya kaedah VAKT yang dapat menimbulkan minat.

Guru perlu mahir menggunakan teknik penyoalan untuk mencungkil idea dan melihat perkembangan pengetahuan murid.

Hasil pembelajaran dicapai dengan adanya kemahiran penilaian sama ada formal dan tidak formal secara berterusan. Ia membantu guru untuk merancang P&P yang seterusnya dan mengenalpasti murid yang memerlukan bimbingan.

*Kounin (1970)-kemahiran yang perlu ada dalam pengurusan bilik darjah i. ii. iii. Mengamalkan sikap peka Dapat melakukan lebih daripada satu perkara pada masa yang sama Mempunyai kemahiran mengendalikan aktiviti dengan lancar dan transisi dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain. c. Penghayatan dan amalan nilai

Kod Etika Keguruan Berbentuk ikrar bertujuan meningkatkan mutu profesion dan menyatakan nilai dan tingkah laku yang diterima.. Prinsip Kod Etika Keguruan-tanggungjawab terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara serta rakan sejawat dan profesion perguruan. FPG Merupakan panduan kepada guru tentang ciri-ciri kualiti guru yang ingin dibentuk. Mentafsir guru sebagai agen perubahan untuk menghasilkan generasi akan datang untuk merealisasikan FPK dan Wawasan 2020. Guru perlu meningkatkan pengetahuan dalam TMK, sentiasa memperkayakan diri dengan ilmu melalui pembacaan, kursus dan melanjutkan pelajaran serta mengamalkan nilai seperti penyayang, inovatif, adil dan peramah untuk menjadi rol model kepada murid dan bertanggungjawab melaksanakan tugas.

Persekitaran Pembelajaran Kondusif-tempat murid melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran perlulah dapat meransang minat dan semangat untuk belajar. Ia juga melibatkan pendekatan pengajaran, kemahiran, komunikasi dan personaliti guru. Persekitaran fizikal *Bilik darjah boleh memotivasikan, meningkatkan pembelajaran dan mengurangkan masalah tingkah laku murid. *Susunan yang teratur, kemas dan bersih memberi keselesaan kepada murid dan interaksi dapat berjalan dengan lancar. * Panduan penggunaan ruang:

Susunan yang membolehkan guru memantau.

Kedudukan guru hampir dengan murid.

Pemandangan murid jelas dan tidak terhalang.

Ruang aktiviti tertentu.

Ruang pada dinding.

Ruang trafik yang selesa.

Pencahayaan dan pengudaraan.

Kebersihan bilik darjah.

Susunan perabot.

Persekitaran Psikososial *Hubungan antara keperluan emosi dengan keperluan sosial. Ciri-ciri persekitaran psikososial yang sihat:

Suasana selesa dan mesra.

Bebas ancaman dan bahaya.

Perasaan diterima.

Suasana meransang pembelajaran.

Menggaalakkan pembelajaran koperatif.

Peluang sama untuk murid.

Peka terhadap perbezaan individu.

*Faktor kepada persekitaran psikososial:

Pendekatan pengajaran Mengambil kira keperluan, perkembangan kognitif dan gaya pembelajaran murid.

Kepimpinan guru Autokratik-guru memberi arahan, membuat keputusan sendiri dan menentukan hala tuju kelas. Demokrasi-berbincang dengan murid, memberi peluang murid bersuara dan membuat keputusan. Laize faire-guru memberi pilihan untuk membuat keputusan sendiri.

Komunikasi Kemahiran memberi maklumat-pertuturan yang jelas menggunakan bahasa yang sesuai. Contohnya semasa memberi teguran atau pujian. Kemahiran menerima maklumat-kemahiran mendengar untuk memberi respons pantas terhadap murid.Peraturan dan rutin bilik darjah Peringkat sekolah rendah-murid suka akan perhatian guru dan menunjukan respons positif apabila diberi ganjaran. Oleh itu, mereka memerlukan prosedur kerja yang jelas supaya gangguan dalam kelas dapat dikurangkan. *Peraturan-kenyataan yang memaklumkan tingkat laku dan sebagai peringatan. Panduan membentuk peraturan:

Bermakna dan dipersetujui.

Bilangan peraturan yang terhad. Selaras dengan peraturan sekolah.

Ayat yang ringkas dan jelas.

Panduan Membentuk Peraturan

Peraturan

Dipamerkan pada dinding dan dapat dibaca oleh murid.

Guru menyediakan langkah-langkah yang diambil sekiranya murid tidak mematuhi.

Mengingatkan semula sebelum P&P bermula untuk kelancaran P&P.

*Rutin-prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh murid dalam menjalankan aktiviti bilik darjah. Bertujuan melicinkan P&P. Contohnya, perhimpunan pagi, memeriksa kekemasan diri, mengambil kehadiran dan menghantar tugasan. Rutin boleh dibentuk melalui perbincangan bersama murid. Ia perlu sentiasa dipantau dan diberi peneguhan supaya menjadi amalan bilik darjah dan seterusnya sebagai budaya sekolah tersebut seperti budaya salam. Pengurusan pentaksiran dalam bilik darjah-pentaksiran melibatkan dua proses iaitu pengukuran (penggunaan alat untuk mengumpul maklumat pencapaian pembelajaran secara informal dan formal) dan penilaian (proses membuat keputusan berdasarkan hasil pengukuran dengan memberi gred, menilai tahap pencapaian dan membuat keputusan sama ada memerlukan aktiviti pemulihan atau pengayaan). *ciri-ciri-kesahan (ketepatan tujuan alat pengukuran) dan kebolehpercayaan (ketekalan ujian) * Dua jenis pentaksiran-formatif (bertujuan mengesan kelemahan dan kekuatan untuk merancang P&P seterusnya) dan sumatif (bertujuan untuk memberi gred atau sijil) *Pentaksiran dapat meningkatkan motivasi murid. Proses Penyediaan Ujian

Menggubal soalanberpandukan JSU berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang diajar jenis soalan yang pelbagai supaya murid tidak menghafal berbincang dengan guru lain yang mengajar subjek sama Biasakan murid dengan format ujian

Kekerapan ujian dalam satu penggal

Tarikh ujian

Pentadbiran Ujian

Persekitaran yang selesa Kemudahan cukup (meja dan kerusi) Kipas dan lampu berfungsi Jauh dari kawasan yang bising.

Benarkan murid masuk awal Guru-tulis tempoh masa, subjek dan menyediakan jam dinding.

Murid bersedia 10 minit sebelum ujian Guru memberi arahan dan peraturan memaklumkan m/p dan tempoh ujian peraturan ujian mengedar kertas, menyuruh membaca arahan dan menyemak kertas soalan.

Semasa ujian guru mencatat kehadiran murid mengawal sesama ada murid memerlukan bantuan memaklumkan masa mengumpul kertas jawapan dan memberi kebenaran untuk keluar

Pentadbiran yang baik membolehkan murid mengambil berat dan serius tentang pentaksiran yang dilaksanakan menyemai sikap kerjasama dan hormat-menghormati mengelak berlakunya masalah tingkah laku Pengurusan sumber maklumat murid

tanggungan

maklumat murid

maklumat ibu bapa/penjaga

Borang maklumat murid

maklumat bantuan murid

Penyimpanan data peribadi murid

maklumat borang pendaftaran

diisi ke dalam Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah 001R

disimpan di unit bimbingan dan kaunseling

dikemaskini guru kelas setiap tahun

maklumat tambahan (minat, kesihatan, berat, tinngi, rekod kedatangan, pencapaian)

tujuan kad dibuat: membantu guru menentukan aktiviti, mengenal pasti murid memerlukan bimbingan, memaklumkan keperluan murid, mengetahui kadar pertumbuhan murid.

sebahagian maklumat diisi dalam Buku Rekod guru kelas

tujuan Buku Rekod: untuk menghubungi ibu bapa

keputusan ujian dicatat dalam Buku Laporan

tujuan Buku Laporan: membatu ibu bapa memahami pencapaian, kekuatan dan kelemahan anaknya.

kehadiran murid dicatat dalam BUku Kedatangan Murid

tujuan Buku Kedatangan Murid: mengesan masalah kehadiran, mengetahui bilangan muridnya dan mengambil tindakan terhadap murid yang bermasalah.Hubungan guru dan murid-mempengaruhi perkembanan dan prestasi pembelajran murid. Membina hubungan guru-murid

Peka terhadap murid memahami masalah, kesukaran, kekeliruan Komuniksi lebihkan masa untuk berinteraksi untuk membantu dan memahami murid. Hormat guru perlu mesra dengan murid tetapi perlu tegas, sebagai contoh penetapan peraturan bilik darjah. Demokrasi guru dan murid sama-sama membuat keputusan Berkongsi tanggungjawab guru dan murid sama-sama memberi pendapat terhadap suasana pembelajaran dan guru memberi maklum balas, nasihat dan sokongan.

Kepentingan membina hubungan

Kebaikan kepada gurumenaikkan motivasi dan semangat untuk mengajar murid senang dikawal Senang untuk mendapatkan kerjasama menaikkan imej guruFaktor-faktor

Kebaikan kepada muridmurid lebih minat untuk belajar murid memberi kerjasama meningkatkan pencapaian akademik bermotivasi untuk belajar

Penampilan dan bahasa badan pakaian-melambangkan disiplin dan imej guru dan memberi persepsi yang baik kepada murid bahasa badan-dapat menunjukkan semangat guru dan bertujuan menyampaikan mesej Tingkah laku guru bersopan, hormat, berhemah tetapi tegas, menunjuk telada yang baik, sikap empati, bahasa yang sesuai, pujian yang menggalak. Menunjukkan teladan baik modelkan tingkah laku yang baik, guru memberi salam, bercakap dengan berhemah tetapi tegas, kepimpinan melalui teladan Persekitaran pembelajaran bilik darjah suasan yang kondusif, komunikasi, bersifat demokratik, tanamkan semangat kekitaanStrategi

Ingat nama murid

Tanamkan semangat cintakan kelas

Agihkan tanggungjawab bersama

Tunjukkan keprihatinan

Masukkan unsur kecindan dalam komunikasi

Amalan budaya penyayang *Larrivee (2005) terbentuk apabila mengutamakan kebajikan, bersikap terbuka dan jujur semasa perhubungan.

Budaya Penyayang di Sekolah

guru perlu bijak mempromosikan amalan dengan menerapkan dalam P&P

bermula dengan interaksi guru dan murid kerana guru adalah model.

diaplikasikan melalui 2 peringkatguru menunjukkan amalan guru mengawasi dan menerapkan amalan dalam kalangan murid

Larrivee (2005)-terdapat 4 ciri utama untuk membentuk budaya penyayang

Hormat berkaitan dengan interaksi bersama murid mengenal pasti perbezaan individu prihatin dan peka Autentik menjadi diri sendiri maklum balas jujur mengakui kelemahan diri bersikap terbuka untuk berkongsi pandangan kesedaran dalam emosi diri dan orang lain Keprihatinan mengambil berat masalah murid mengutamakan kebajikan murid bersikap empati sama-sama berbincang masalah Integriti emosi kejujuran dalam komunikasi dan saling percaya menegur kesalahan murid dengan cara yang yang boleh menimbulkan kesedaran murid secara spesifik kesalahan murid

Strategi mengamal budaya penyayang

mengambil berat masalah murid

membina semangat kekitaan dan kepunyaan

mengamalkan nilai murni dalam kelas

guru perlu komited untuk mewujudkan budaya penyayang

Dinamika bilik darjah

kuasa yang terdapat dalam kumpulan yang boleh mendorong ahli kumpulan untuk melakukan perubahanFaktor dinamika kumpulan

kumpulan yang mempunyai ciri, tingkah laku dan minat yang sama

boleh dikesan melalui kajian sosiometri

jantina

status sosioekonomi

agama/bangsa

Konsep disiplin bilik darjah *disiplin berasal dari perkataan Latin, disciplina yang bermaksud mengajar. *Kamus bahasa-disiplin bermaksud kawalan yang diperoleh daripada penguatkuasaan peraturan. *Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979)-kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undangundang. *Konteks bilik darjah-satu set peraturan yang dikenakan kepada murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. Model pengurusan disiplin a. Modifikasi tingkah laku (B. F. Skinner)

Menggunakan prinsip peneguhan yang menjurus kepada elemen-elemen luaran.

Elemen luaran merupkan peneguhan.

Dua jenis peneguhan iaitu positif (diberikan hadiah dan pujian) dan negatif (komik dan majalah dikeluarkan).

Peneguhan negatif (tindakan untuk meningkatkan tingkah laku diingini) berbeza dengan dendaan (mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini).Contoh situasi

Menekankan peneguhan perlu diberi selepas murid meraih kejayaan.

*menggunakan peneguhan tetap dan berkala

Membantu murid yang malu melibatkan diri dalam aktiviti kelas.

Memberi peneguhan setiap kali murid tersebut melibatkan diri (tetap).

Murid akan lebih berani melibatkan diri.

Apabila tingkah laku diingini berjaya, kurangkan peneguhan dan hanya memebri pada masa tertentu (berkala).

Sebelum melaksana: *guru perlu menganalisa tingkah laku murid sebelum menggunakan model ini *mengkaji tingkah laku dan akibat yang berlaku *membuat peraturan yang sesuai Kebaikan Senang digunakan dan hasil yang pantas Murid senang berpuas hati (motivasi ekstrinsik) Kelemahan Tidak kekal lama Murid tidak menunjukkkan tingkah laku diingini sekiranya tiada ganjaran Lebih teruja mendapatkan hadiah daripada ilmu Kurang berkesan kepada pelajar dewasa Tertumpu kepada pembetulan tingkah laku bukan pencegahan.

b.

Disiplin asertif Canter (Lee and Marlene Canter)

Berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku.

Lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid mematuhi peraturan dengan tegas.

Guru mengendalikan bilik darjah dengan tenang, serius dan konsisten.

Peraturan tingkah laku ditetapkan dan memberi peneguhan sama ada positif atau negatif yang berstruktur (murid sedaya upaya mengelak akibat tidak mematuhi peraturan).

Membimbing murid yang menunjukkan tingkah laku positif dan memberi perhatian kepada yang sebaliknya untuk mewujudkan kepercayaan dan hormat.

Guru berhak mengajar tanpa gangguan.

Murid berhak mendapat suasana pembelajaran yang tenang, selamat dan kondusif.

Hak ini mendorong murid dan guru melakukan tugas masing-masing.

Pentadbir sekolah dan ibu bapa perlu memberi sokongan terhadap sistem pengurusan guru.

Guru agresifGarang, kasar, tidak mesra, tidak bertimbang rasa. Bersifat autokratik. Ekspresi muka serius dan tegas. Arahan yang keras dan tegas.

Guru tidak asertifGuna pendekatan pasif terhadap murid. Tidak konsisten menangani tingkah laku tidak diingini. Membenarkan tingkah laku tetapi marah pada masa yang lain. Kelihatan kelam kabut. Mudah berputus asa dan menjadi sangat garang.

Guru asertifJelas, yakin dan memberi arahan yang konsisten dengan tegas. Membina hubungan saling mempercayai dan kerjasama. Penerangan peraturan yang jelas dan tegas. Guru bersifat adil dan mengambil berat. Memberi peluang kepada murid untuk memenuhi keperluan diri.Cara pengurusan disiplin asertif

Guru merancang disiplin secara bertulis (peraturan, rutin, pengiktirafan dan akibat).

Pengiktirafan merujuk kepada perhatian khusus apabila murid menunjukan tingkah laku diingini.

Ia perlu digunakan selalu untuk meningkatkan keyakinan diri dan membina persekitaran pembelajaran yang positif.

Pengiktirafan boleh diberi dalam bentu galakan, komen positif, memaklumkan kepada ibu bapa dan menghargai.

Akibat atau tindakan pembetulan dibuat secara konsisten.

Murid perlu diberitahu keselapan yang telah dilakukan.

Ia perlu ditangani dengan tenang dan pantas dan mempunyai prosedur bagi mengenakan sebarang tindakan.

amaran amaran & hukuman ringan amaran & lapor kepada ibu bapa amaran & lapor kepada guru besar

Langkah menerangkan pelan pengurusan disiplin

penerangan peraturan

cara pelaksanaan peraturan

semak kefahaman murid

maklumkan tentang ganjaran

penerangan tindakan pembetulan

cara tindakan pembetulan

semak kefahaman murid

Cadangan langkah mengambil tindakan pembetulan

kenakan tindakan dengan tenang.

konsisten (tindakan yang sama ke atas murid lain).

beri peneguhan sekiranya berubah.

beri peluang murid meluahkan perasaan.

teguran secara langsung kepada peringkat kanakkanak.

beri teguran secara individu kepada yang dewasa.

Cadangan menangani murid yang sukar dibimbing

dekati murid untuk mendapat kepercayaan.

beri perhatian untuk keperluan murid.

cari jalan dan berusaha untuk berkomunikasi lebih kerap.

c.

Model akibat logikal dreikurs (Rudolf Dreikurs) *menekankan kepentingan guru memberi kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid untuk menjaga disiplin. *murid-murid harus diberi peluang untuk membincangkan peraturan bilik darjah *menekankan guru perlu mengenal pasti punca masalah tingkah laku *mengemukan strategi disiplin kendiri berdasarkan persekitaran dan kefahaman murid

*berpendapat disiplin kendiri boleh dicapai melalui suasana demokratik (bertentangan dengan autokratik dan permisif) *matlamat utama ialah membentuk rasa kepunyaan (murid dan guru saling prihatin) *guru perlu memberi galakan yang sesuai bukan dendaan dan pujian kerana kedua-duanya akan mengakibatkan murid bergantung lepada tindakan guru bukanya kemahuan sendiri. *cadangan unuk berkomunikasi dengan murid:

berbual perkara positif

galakan murid bekerjasama

pamerkan hasil kerja murid untuk dikongsi

galakan murid menunjukkan peningkatan bukan kesempurnan

percaya kebolehan murid dan bantu menghadapi cabaran

guna frasa yang memberi galakan dan motivasi

kenal pasti kelemahan dan cara mengatasi

bantu murid belajar dari kesilapan

*dreikurs (1968) menyenaraikan 4 punca masalah tingkah laku:

Mendapatkan perhatian dilakukan secara aktif atau pasif contoh: membuat lawak bodoh, mengetuk meja, megusik murid lain, malas, mengambil barang orang lain cara menangani: menganalisa dan cari punca beri perhatian terhadap tingkah laku positif murid bukan negatif bertujuan untuk memberi pilihan kepada murid guru membimbing murid

Mencabar kuasa tindakan guru yang menyebabkan murid tertekan contoh: tidak bekerjasama, degil, melanggar peraturan, tidak mengikut arahan, menunjukkan kelakuan distruptif Cara menangani: elakkan lepas emosi kepada murid panggil murid secara individu kenal pasti punca ambil berat masalah yang dihadapi bincang dan tunjuk akibat sekiranya terus melakukan masalah.

Membalas dendam kekerasan dan autokratik-hasilnya bersifat luaran tindakan dendaan yang dikenakan menimbulkan dendam terhadap murid lain, guru dan sekolah contoh: mencuri, bergaduh, vandalisme membalas dendam secara pasif (murung, tidak ambil kisah, beremosi, degil, tidak menumpukan perhatian, tidak mendengar arahan) masalah paling sukar ditangani kerana terpendam lama dan bercampur emosi cara menangani: cuba kawal dan faham emosi murid bantu murid supaya menyedari tingkahlakunya salah dapatkan kerjasama murid lain supaya tidak meminggirkan murid tersebut.

Menunjukkan kekurangan disebabkan gagal mendapatkan pengiktirafan contoh: memencilkan diri, mengelak kerja kumpulan, tidak bergaul dengan murid lain tujuan tindakan sebegini supaya tidak dihiraukan berpendapat mereka tiada kebolehan seperti murid lain Cara menangani: guru perlu peka dan secara perlahan tarik perhatian mereka melalui aktiviti beri peluang untuk menunjukkan keupayaan kenal pasti minat guru perlu sabar minta kerjasama murid dan guru lain oleh itu, guru perlulah: belajar mengenal pasti matlamat murid yang salah berbincang dengan murid berbincang peraturan dan rutin bersama murid

Langkah-langkah menangani motif yang salah

kenal pasti motif murid

tunjuk dan beri kesedaran motif adalah salah

bantu murid tukar motif

galak dan bimbing murid untuk bertanggungjawab atas pilihannya

bantu murid untuk melihat akibat

d.

Model pengurusan kelompok kounin (Jacob Kounin)

kebolehan guru mengawasi perkara di dalam bilik darjah sebelum menjadi masalah disiplin.

elakkan penerangan yang meleret dan fragmentasi (memecahkan aktiviti kepada bahagian kecil)

menggunakan strategi yang pelbagai

kepekaan guruwithitness

kelicinan P&P memainkan peranan penting dalam mengawal tingkah laku

momentum ialah pemulaan guru mengajar hingga penutup yang menarik, berkesan dan lancar

menangani situasi serentak-overlapping

jangan legahkan teguran

kepekaan kelompokkebolehan guru mengekalkan penglibatan murid

cara guru menangani masalah ini akan memberi kesan kepaad murid lain-Ripple Effect

teguran perlulah jelas, tegas dan serius

e.

Model terapi realiti (William Glasser)

tingkah laku didorong empat keperluan psikologi asas Teori Pilihan individu membuat pilihan berasaskan keperluan asas dipunyai dan disayangi mempunyai kuasa dan kawalan kebebasan keseronokan

Model Terapi Realiti

teknik kaunseling untuk membantu individu meneroka kemahuan diri dan membuat refleksi

membantu membuat pilihan yang sesuai

individu bertnggungjawab dengan tingkah laku sendiri*Glasser menekankan kurikulum yang berkualiti, kualiti pengajaran dan membina bilik darjah yang berkualiti.

Jenis-jenis masalah disiplin *Disiplin-sebagai latihan yang bertujuan membentuk tingkah laku diingini -sebagai satu cara kawalan semasa P&P dalam bilik darjah Disiplin wujud di dalam kelas wujud dalam 4 aspek iaitu:

Arahan guru Peraturan dan rutin sekolah atau kelas. Arahan rakan sebaya Dipinggirkan apabila hendak meniru dan berusaha menyelesakannya. Arahan tugasan Mempunyai arahan tertentu pada tugasan yang perlu diikuti. Diri sendiri Pengalaman, nilai dan asuhan dari kecil. Masyarakat setempat Dipengaruhi budaya, nilai dan norma masyarakat.

*Masalah disiplin-keadaan atau tingkah laku yang tidak mematuhi peraturan atau nilai yang diterima oleh masyarakat. Ia juga ditafsir sebagai keadaan yang tidak terkawal.

Destruktif Bermaksud menghancurkan atau memusnahkan. Membahayakan atau mencederakan diri atau orang lain. Contoh: memukul, mengedar dadah, vandalisme, membuli dan bergaduh.

Distruptif Bermaksud tindakan yang menganggu, mengacau atau mengendalakkan P&P. Contoh: bercakap, tidur, masuk lewat, tidak membawa buku, tidak siap tugasan, bermain, masalah kekemasan diri.Tingkah laku bermasalah *Tingkah laku merujuk kepada perlakuan yang baik atau yang tidak. *Tingkah laku bermasalah merujuk kepada perlakuan yang tidak mengikut norma, melanggar peraturan , etika atau kepercayaan yang diterima oleh masyarakat.

Senarai tingkah laku bermasalah

Kurang memberi perhatian Tidak fokus kerana membuat aktiviti lain. Hiperaktif Mengganggu perbualan dan aktiviti dilaksana serta mudah mengalih perhatian. Pendiam Tidak melibatkan aktiviti dan sentiasa berkhayal. Sensitif Mudah merajuk. Apati Bersikap tidak menghiraukan kepada arahan dan tugasan. Berbohong Cenderung tidak bercakap benar dengan memberi banyak alasan. Agresif Kurang sabar dan cepat marah. Gemar bercakap Sentiasa bercakap semasa guru mengajar.Sebab-sebab berlaku masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah

Murid Perkembangan kognitif, emosi, sosial dan fizikal yang berbeza. Keperluan fisiologi. Sifat ingin tahu. Pengaruh rakan, media masa dan masyarakat sekeliling. Kebosanan P&P. Guru Perancanagn yang tidak rapi. Penggunaan kaedah dan teknik. Pembelajaran bermakna yang tidak membosankan. Sikap dan kualiti peribadi guru. bertanggungjawab, prihatin, yakin, adil. Jelas dalam komunikasi dan memberi maklum balas yang berkesan.

Sekolah Harapan sekolah yang tinggi. Peraturan yang ketat. Mengambil berat kebajikan dan kemudahan yang cukup. Membina perasaan kemasyarakatan semasa Hari Sukan dan Hari Guru. Mengamalkan kolaborasi. Latar belakang murid Cara asuhan yang berbeza mempengaruhi sahsiah. Keengganan ibu bapa bekerjasama dengan pihak sekolah. Ibu bapa sibuk bekerja. Konflik keluarga seperti penceraian dan pergaduhan. Taraf sosioekonomi yang rendah. Pendedahan kepada pelbagai sumber maklumat. Aktiviti lapang diisi dengan kelas tuisyen.

Peranan dan tindakan guru mengurus masalah disiplin bilik darjah Peranan guru *Guru berperanan sebagai pembimbing. Apabila guru tidak dapat menangani atau menyelesaikan masalah tersebut boleh merujuk kepada kaunselor sekolah atau jawatankuasa disiplin sekolah. Langkah-langkah menangani masalah disiplin

Murid bermasalah ditangani oleh guru

Berjaya

Gagal

Kes tutup dan rekod disimpan

Guru kaunseling

Berjaya

Gagal

Kes tutup dan rekod disimpan

Jk disiplin

Berjaya

Gagal

Kes tutup dan rekod disimpan

Guru besar/pk

Berjaya

Gagal

Kes tutup

Tidakan lanjut (polis)

Tindakan guru *Memupuk tingkah laku yang baik-melalui perolehan pengetahuan yang mantap tentang murid-murid termasuk nama, latar belakang keluarga, pencapaian akademik dan maklumat umum. Penampilan guru dalam bilik darjah yang boleh dilihat dari dua aspek iaitu 5 atribut guru (Keprihatinan, Komitmen, Kerjasama, Konsensus, Kreativiti) dan body language.

Keprihatinan peka kepada perbezaan individu. Komitmen tanggungjawab menjalankan tugas. Kerjasama Usaha guru mewujudkan persekitaran pembelajaran yang saling memerlukan. Konsensus interaksi positif untuk melibatkan murid dalam aktiviti. Kreativiti sifat inovatif melalui kata pujian.

Body language komunikasi bukan lisan seperti ekspresi muka yang menyampaikan maklumat penting. contoh: menguap, berkhayal, gelisah*Menangani tingkah laku bermasalah

Tidak panik, bertindak melulu dan beremosi. Elekan menghukum tanpa usul periksa.

Kaji latar belakang murid dan kerapkan berinteraksi.

Libatkan ibu bapa dalam menangani tingkah laku bermasalah.

Elakkan daripada mencabar murid. Panggil murid secara individu untuk mengelak pertelingkahan.

Berbincang dengan guru lain yang lebih mahir seperti kaunselor dan guru disiplin.

Semak semula cara pengajaran supaya lebih menarik dan tidak bosan.

Keutamaan guru ialah mengajar. Jadi, angan tangani masalah disiplin yang di luar kawalan sendirian.

Halangan pengurusan masalah disiplin bilik darjah

Ibu bapa tiada masa untuk berbincang kerana sibuk tidak percaya anak mereka menimbulkan masalah melenting apabila anak dikenakan hukuman

Cara menangani guru merekod sebagai bukti supaya ibu bapa percaya. melibatkan ibu bapa dalam pengurusan bilik darjah melalui perbincangan dan berkongsi kepakaran.

Pengaruh rakan sebaya Ia membentuk dinamika kumpulan yang mempunyai kecenderungan dan nilai yang sama. Timbul halangan apabila nilai yang terbentuk dalam kumpulan adalah negatif yang bertentangan dengan peraturan. Nilai ini akan menjadi ikutan dalam sesebuah kumpulan.

Cara menangani Guru perlu mengesan kumpulan dinamika melalui kajian sosiometri. Ini untuk medekatkan diri kepada ahli yang berpengaruh. Guru perlu mempunyai sikap dan niali yang diterima oleh kumpulan dinamika.

Persekitaran bilik darjah Persekitaran tidak kondusif. Susun atur tempat duduk dan perabot. Guru yang tidak prihatin dengan silap dan sahsiah murid. Sistem pengudaraan dan pencahayaan yang tidak baik.

Cara menangani Memisahkan kumpulan dinamika yang menimbulkan masalah. Murid bermasalah duduk di bahagian yang senang dipantau. Peraturan dan rutin dilekatkan pada tempat yang sesuai.

Masalah perkembangan murid Perkembangan fizikal yang tidak normal seperti pendek, gemuk yang membawa perasaan rendah diri. Perkembangan kognitif seperti kurang cerdas, lembab juga mempengaruhi. Melanggar peraturan untuk mendapat perhatian. Emosi tidak stabil. Masalah personaliti dan sikap.

Cara menangani Guru selidik latar belakang murid, keluarga dan akademik. Dekati murid unuk memberi keyakinan kepadanya. Beri mereka peluang untuk meraih kejayaan. Peka dan prihatin terhadap murid ini. Letakkan dalam kelompok sebaya yang boleh membantu menyeimbangi diri.

Salah laku yang tidak dijangka Masalah berlaku walaupun susun atur yang kondusif dan perancangan rapi dibuat. Emosi dan disiplin murid di luar jangkaan. Berlaku distruptif semasa P&P.

Cara menangani Mengambil tindakan berdasarkan peraturan kelas. Dipisahkan tempat duduk Berbincang dengan guru setelah kelas tamat.

Intervensi menangani masalah disiplin

Pastoral care Bentuk bimbingan meliputi seperti kesihatan, sosial, pendidikan agama dan moral, pengurusan tingkah laku dan emosi murid. Pendidikan menyeluruh serta berfokus kepada pembagunan keyakinan diri dan disiplin kendiri selaras dengan FPK dan PIPP (modal insan). Pendekatan berpusatkan murid. Penerapan nilai murni, moral dan gama melalui kem.

Bimbingan dan kaunseling Bimbingan proses yang berlanjutan dan berterusan. Dilakukan setelah dikenal pasti bermasalah. Membantu murid untuk mengetahu kelemahan dan kekuatan diri Membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran. Bimbingan membolehkan potensi murid dikembangkan. Kaunseling ialah bentuk perkhidmatan profesional yang dilakukan guru kaunselor Satu proses membantu murid memahami diri supaya dapat membuat keputusan. Membantu murid mencapai matlamat hidup. Juga satu proses penyelesaian masalah yang berbentuk nasihat, bimbingan dan bantuan.

Matlamat bimbingan dan kaunseling Mengenal potensi diri. Membina kemahiran pengurusan diri. Membina kemahiran mnyelesai masalah dan membuat pilihan. Mengurus tingkah laku. Membina sikap positif. Mempelajari cara menilai keupayaan diri.

Prinsip bimbingan Bimbingan untuk semua murid. Murid-murid bertanggungjawab terhadap pilihan msing-masing. Merupan proses pencegahan. Dijalankan secara kolaboratif. Guru mesti bersikap terbuka dan adil. Satu proses yang membantu murid secara menyeluruh.

Etika bimbingan Menghormati murid & tiada unsur diskriminasi Kerahsiaan murid Bertanggungjawab

Kemahiran bimbingan kemahiran mendampingi dan membina hubungan secara fizikal dan psikologi. Bimbingan yang efektif akan memberi kesan. Asas kemahiran membimbing: kemahiran memberi perhatian (kedudukan, postur badan, ekspresi muka, tentangan mata, bertenang). kemahiran mendengar aktif (memerhati dan memahami kelakuan nonverbal, mendengar dan memahami mesejj verbal, mendengar dan memahami situasi sebenar murid, mendengar dan memahami salah tanggap murid) kemahiran berempati-keupayaan memasuki dunia murid (peringkat 1mendengar dengan sensitif, Peringkat 2-memahami situasi, Peringkat 3membantu menghubungkaitkan perasaan sebenar dengan situasi dihadapi) kemahiran menyoal-menggalak murid bercerita lebih lanjut (soalan terbuka dan tertutup)

Teknik modifikasi tingkah laku Menggunakan prinsip peneguhan yang menjurus kepada elemen-elemen luaran. Elemen luaran merupkan peneguhan. Dua jenis peneguhan iaitu positif (diberikan hadiah dan pujian) dan negatif (mengeluarkan ransangan negatif seperti komik dan majalah). Peneguhan negatif (tindakan untuk meningkatkan tingkah laku diingini) berbeza dengan dendaan (mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini). Menekankan peneguhan perlu diberi selepas murid meraih kejayaan.Prinsip Premack-menyatakan tingkah laku yang tidak diingini boleh dikurangkan dengan menggabung tingkah laku diingini dan peneguhan positif. Contoh situasi: *Tingkah laku tidak diingini-bercakap *Tingkah laku dingini-angkat tangan untuk menjawab soalan *Peneguhan-ganjaran

Setiap murid diberi 5 bintang.

Murid bercakap tanpa kebenaran akan membayar dengan bintang.

Setiap butang yang ada akan ditukar dengan ganjaran pada akhir kelas.

Hierarki peneguhan *terdapat 8 peringkat peneguhan (Larrivee, 2005) *bergantung kepada faktor umur, latar belakang, tahap pembelajaran, kemahiran murid dan tingkah laku yang ingin dibentuk. *peneguhan bermula daripada luaran (kebendaan) kepada pengiktirafan orang luar dan diakhiri peneguh dalaman (kekal). Peringkat 1 2 3 4 5 6 7 8 Peneguh Makanan Barangan Token Aktiviti Keistimewaan Pengiktirafan rakan Perakuan guru Kepuasan kendiri Contoh Gula-gula, coklat Pelekat, hadial kecil Lencana, bintang Bermain computer, membaca buku Rehat awal, kurang tugasan, menjadi ketua Diterima dan dipuji rakan sebaya Pujian dan perhatian guru Peneguh dalaman

Berbentuk kebendaan Minat murid Pengiktirafan sosial Dalaman murid

Prinsip penggunaan hierarki peneguhan

Prinsip 1 Menggunakan peneguh peringkat rendah untuk meneguhkan tingkah laku yang baru hendak dibentuk Prinsip 2 Peneguhan perlu ada kesinambungan (peneguhan peringkat rendah ke tinggi).Modifikasi tingkah laku berstruktur *sistem kontrak tingkah laku-kontrak sosial dan kontrak akademik *sistem token Pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas *pendidikan di bawah KPM (menyediakan perkhidmatan untuk pemulihan khas dan berkeperluan khas) dan KPWKM (menyediakan perkhidmatan untuk kanak-kanak cacat fizikal teruk dan terencat akal sederhana dan teruk yang tidak dapat belajar di sekolah) *murid berkeperluan khas-kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (sindrom down, autistic ringan, ADHD, terencat akal minimum dan disleksia) *program KPM-PPK bermasalah pendengaran, PPK bermasalah penglihatan, PPK integrasi, PPK prasekolah, PPK teknik & vokasional dan PP inklusif.

Pendidikan inklusif Kanak-kanak dimasukkan ke dalam sistem pendidikan bersama kanak-kanak biasa. Bertujuan: Memberi peluang dan pengalaman yang sama Peluang untuk bergaul dan pendidikan yang sama Membantu melibatkan diri dalam pembelajaran yang bermakna Peluang untuk interaksi dan perhubungan sosial Membantu kanak-kanak biasa menghargai dan menerima perbezaan individu, menyemai rasa hormat, memberi pengetahuan untuk membimbing kanak-kanak berkeperluan khas dan memupuk sikap sabar.

Terencat akalCiri-ciriSukar memahami idea abstrak Sukar membuat generalisasi Kemahiran bahasa rendah Sukar mengaplikasi pembelajaran Masalah ingatan Tingkah laku sosial kuarang matang

Cara membantuberi masa lebih untuk menyiapkan tugasan arahan perlu jelas dan ringkas ulang arahan kemahiran baharu perlu diulang aktiviti P&P menggunakan deria sensori guru menyediakan RPI

Masalah penglihatanCiri-cirimembaca dengan sangat dekat sering menggosok mata sukar membeza abjad kesilapan membaca maklumat pada papan tulis

Cara membantutempat duduk berhampiran dengan papan tulis bahan bacaan yang lebih besar tulisannya susunan perabot yang sesuai

Masalah pendengaranCiri-cirigagal ikut arahan. menghadap telinga ke arah pengucap tidak faham keliru sebutan perkataan baharu salah.

Cara membantutempat duduk hadapan disokong oleh bahan maujud/visual menggunakan TMK

`