edmodo assigment

Upload: mei-jiun-chong

Post on 06-Oct-2015

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Teknologi Maklumat25 Jan 2015Sila rujuk blendspacehttps://www.blendspace.com/lessons/Gf-uLZHp3r....Fokuskan kepada Nota dan aktiviti F2F - TP.

Ramai berpendapat tahap celik teknologi adalah tinggi dalam kalangan murid pada masa kini. Walau bagaimanapun, pakar dalam bidang reka bentuk pengajaran tetap mempertahankan bahawa Teknologi Pendidikan itu penting dan perlu dikuasai oleh guru. Berikan pandapat anda.

Reka Bentuk PengajaranSila rujuk blendspacehttps://www.blendspace.com/lessons/Gf-uLZHp3r....Fokuskan kepada Nota dan aktiviti F2F RBP

Media PengajaranCadangkan kepada saya bagaimana menggunakan media pengajaran dengan berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran.Media bermaksud segala sesuatu yang digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengiring kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran. Terdapat beberapa kategori media pengajaran iaitu media tayangan bergerak. Contohnya pita video, cakera padat digital dan filem. Bahan grafik. Contohnya poster, lukisan, kartun, carta, dan graf. Bahan pameran 3D. Contohnya, model, boneka, diaroma, puppet. Gambar kaku. Contohnya gambar foto, kad imbas, poskad. Heinich, Molenda dan Russel (1981), mendefinisikan pengajaran sebagai penyusunan dan pengumpulan maklumat untuk menghasilkan pembelajaran. Namun, media pengajaran ialah peralatan atau perkakasan dan bahan (perisian) media yang telah dikenal pasti, dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran (Yusup Hashim,1992). Heinich (1994), juga mendefiniskan media pengajaran ialah media yang membawa mesej bertujuan untuk pengajaran, Penggunaan media pengajaran melibatkan komunikasi dua hala, iaitu murid dan guru. Media pengajaran merupakan salah satu faktor yang menjadi penentu kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ini ditambah lagi dengan adanya bahan media yang sesuai bagi mendekatkan pelajar kepada konsep yang disampaikan oleh guru.Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam memastikan para pelajar dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan ( Muhd. Fauzi et al., 2008). Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melibatkan tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru atau pensyarah dan muridnya. Pengajarandan penggunaan media pengajaran perlu dirancangkan oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Guru memerlukan kemahiran asas supaya dapat menggunakan media pengajaran dengan berkesan bagi menjalankan satu proses pengajaran yang baik seterusnya membawa kepada proses pembelajaran murid-muriBahan grafik seperti lukisan, poster, kartun, carta dan graf berkaitan dengan tajuk yang hendak diajar. Contohnya, guru boleh menggunakan poster berkaitan dengan keselamatan jalan raya boleh digunakan untuk mengajar mata pelajaran kemahiran hidup. Poster juga dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kerana ia mempunyai warna yang pelbagai yang dapat menarik minat murid. Selain itu, poster juga dapat memberikan kefahaman dan gambaran kepada murid-murid. Seterusnya, media tayangan bergerak juga dapat meningkatkan p & p guru dan murid. Contohnya, media tayangan bergerak ialah pita video, cakera padat digital dan filem. Pita video yang boleh digunakan dalam mata pelajaran bahasa Melayu ialah berkaitan dengan haiwan. Media tayangan bergerak ini dapat meningkatkan keberkesanan murid kerana video yang digunakan dapat diulang agar dapat meningkatkan daya ingatan murid.Penggunaan media melalui teknologi maklumat dapat juga membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.Pendidikan masa kini berkembang seiring dengan kepesatan sains dan teknologi.Kelahiran bidang teknologi maklumat (ICT) melalui sistem pengkomputeran sebagai wadah baru era globalisasi telah mempertingkatkan lagi usaha penyebaran ilmu kepada generasi baru dan masyarakat umum di serantau dunia. Melalui kepesatan dan perkembangan bidang pengkomputeran, aliran akademik semasa juga turut melebarkan lagi gerbang ilmiahnya menerusi capaian kepantasan kuasa teknologi ini . Khususnya dalam bidang pendidikan, penggunaan media dalam proses pengajaran sememangnya memberi implikasi baru yang lebih efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus menyumbang kepada kelancaran dan kedinamikan dalam lapangan pendidikan.

Ledakan multimedia dalam dunia pendidikan tidak dinafikan merupakan sebahagian daripada faktor yang turut menyumbang ke arah kemajuan dan prestasi di kalangan guru dan pelajar.Tidak ketinggalan,kemudahan peralatan multimedia terkini dan jaringan internet yang telah dibekalkan kepada pihak sekolah bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.Guru boleh mempersembahkan isi kandungan pelajaran dengan menggunakan power point. Guru juga boleh menggunakan teknik video dan audio semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan, bergantung kepada kesesuaian tajuk yang diajar.Sebagai contoh, apabila guru mengajar tajukTarian di Malaysia, maka saya akan mencari video-video pendek di internet melaluiyoutube.comdan memuatturunkannya dengan menggunakan perisianInternet Download Manager (IDM)bagi membantu kefahaman pelajar terhadap isi kandungan pelajaran.Untuk menjadikan pengajaran guru lebih berkesan maka guru telah masukkan nota-nota penting ke dalam blog (albesuty.blogspot.com) sebagai bahan rujukan pelajar. .

Penggunaan media pengajaran yang berulang dan dilihat berkali-kali dapat mempertingkatkan daya ingatan dan kemahiran pelajar.TV atau Video dikatakan dapat digunakan untuk tujuan pengayaan dan pemulihan.Malah TV atau video yang direka bentuk secara khusus dan sistematik boleh menyatukan semua peringkat perkembangan pengajaran dan pembelajaran ke dalam persembahannya.Penggunaan unsur gerak bunyi, warna dan cahaya pada video secara langsung dapat menarik minat perhatian pelajar.Unsur ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat mempertingkatkan kefahaman dan menghindar salah anggapan dan pentafsiran.

Menurut Alessi et al. (1991)televisyen dan video perlu dilihat sebagai media yang dinamik yang dapat meransang tindakbalas luaran atau dalaman yang kadang-kadang mempengaruhi psikologi seseorang.Sebagai media pengajaran yang menghampiri konkrit video yang digunakan secara sistematik dapat merangsang daya imaginasi dan perbincangan.Ia dapat menjamin proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar di samping meningkatkan kefahaman dan menghindar salah tanggapan dan pentafsiran. Manusia dikatakan makhluk yang visually oriented dan mereka banyak belajar melalui penglihatan.Walaupun mereka mendengar dan membaca, apa yang didengar dan dibaca biasanya akan divisualkan dalam pemikiran mereka untuk mendapatkan konsep atau makna yang lebih jelas.Ini selaras dengan kata-kata yang pernah dimadahkan oleh Kung Fu Tze,

kalau saya dengar, saya lupa; kalau saya lihat saya ingat; dan kalau saya buat saya tahu

Kajian ini juga telah menunjukkan betapa pentingnya peranan guru dalam memastikan keberkesanan media dalam pengajaran.Misalnya jika guru menayangkan filem serta mengaitkan dengan objektif-objektif pembelajaran, maka maklumat yang terima oleh pelajar akan bertambah.Misalnya, Ausuble (1968) mengemukakan konsep maklumat awal sebagai bantuan untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.

Contoh maklumat awal ini ialah satu tinjauan, pengenalan kepada ringkasan penting kepada isi pelajaran, satu pernyataan tentang prinsip-prinsip yang terkandung dalam maklumat yang akan disampaikannya.

Model Reka Bentuk PengajaranBandingkan Model ASSURE dengan Model ADDIE. Jelaskan perbezaan dan persamaan antara keduanya.Pada pendapat saya, kedua-dua model ini mempunyai pelbagai perbezaan dan persamaaan. Persamaan antara kedua-dua model ini adalah memberikan pendekatan yang sistematik bagi membantu guru membina pembelajaran yang interaktif, inovatif dan mementingkan prestasi pengajaran dan pembelajaran guru serta murid. Persamaan yang kedua bagi kedua-dua model ini adalah berfokus kepada pencapaian pelajar dan perkembangan guru. Selain itu, kedua-dua model ini juga mempunyai satu kesamaan yang ketara iaitu ia dimulakan dengan peringkat analisis.Model ASSURE dan ADDIE juga mempunyai beberapa perbezaan antara satu sama lain. Pertama, dari segi aspek pemilihan media atau objek pembelajaran, Model ASSURE lebih terperinci dalam pemilihan penggunaan media dan bahan untuk pengajaran manakala Model ADDIE pula kurang perincian dalam pemilihan media dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan model ini adalaah berpusatkan guru atau murid.Dalam aspek penilaian pula, Model ASSURE menilai murid dengan mengambil gaya pembelajaran yang terbaik untuk mereka selepas proses penyemakan dibuatkan sahaja manakala Model ADDIE pula tiada proses penyemakan selepas penilaian dibuat.Perbezaan yang ketiga adalah Model ASSURE berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan skalanya lebih kecil manakala Model ADDIE pula berskala besar dan bersifat generik dan ia asas kepada pembangunan reka bentuk pengajaran secara keseluruhan dari segi mereka bentuk, perkembangan dan implementasi.Perbezaan yang menyentuh kepada aspek penglibatan pelajar pula, Model ASSURE memperincikan cara pengllibatan pelajar di dalam kelas manakala Model ADDIE pula tidak memperincikan cara bagaimana pelajar terlibat di dalam kelas hanya cara reka bentuk yang telah dibina itu dilaksanakan sahaja.