documentbm

13
PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN ________________________________________________________________________ HBML2203 PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEPTEMBER 2013 ______________________________________________________________ __________ ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam bahasa Melayu. 3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. 5. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ON-LINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur menghantar tugasan anda secara on-line. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. 6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. 7. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 5hb-15hb November 2013 (ONLINE). Serahan selepas 15hb November 2013 TIDAK akan diterima. 8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

Upload: ehalee-leamal

Post on 27-Oct-2015

48 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ASGNMT JUNIOR SEM.SEPT.

TRANSCRIPT

Page 1: Documentbm

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN________________________________________________________________________

HBML2203PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SEPTEMBER 2013________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini.

2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.

5. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ON-LINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur menghantar tugasan anda secara on-line. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.

6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail.

7. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 5hb-15hb November 2013 (ONLINE). Serahan selepas 15hb November 2013 TIDAK akan diterima.

8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

Page 2: Documentbm

______________________________________________________________________________

PENILAIAN

Tugasan ini akan menyumbangkan 40% markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik.

Anda akan dimaklumkan tentang markah tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula.

PLAGIARISME : POTONGAN MARKAH

Amaran : Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut::

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30 % : potongan 20% daripada jumlah markah yang diperoleh.

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50 % : potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh.

Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

Page 3: Documentbm

SOALAN TUGASAN

Penerangan

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara bijak akan dapat

memperkayakan persekitaran pembelajaran dan membolehkan murid mencapai kemahiran

yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan kelak. Oleh itu golongan pendidik perlulah

menimbang potensi mengintegrasikan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran

khususnya di peringkat sekolah rendah dengan cara terbaik dan berkesan.

Soalan

Berkaitan dengan kenyataan di atas, anda dikehendaki untuk membuat suatu analisis tentang

penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat

sekolah rendah. Fokuskan penganalisisan anda tentang perkara-perkara berikut:

(a) Konsep penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

(b) Kekuatan dan kelemahan penggunaan mod tutorial, penerokaan, aplikasi dan

komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

(c) Aplikasikan salah satu mod dan membina rancangan pengajaran harian (RPH) untuk

pengajaran bahasa Melayu peringkat sekolah rendah Tahun Lima selama dua waktu

pengajaran (60 minit).

[Jumlah: 40 markah]

____________________________________________________________________________

MUKA SURAT TAMAT

Page 4: Documentbm

PANDUAN PELAJAR :

Anda dinasihatkan memahami:

1. Tugasan merangkumi TIGA bahagian;

Bahagian 1: Huraikan secara ringkas konsep penggunaan TMK dalam pengajaran

dan pembelajaran.

Bahagian 2: Memerlukan anda mengkaji dengan teliti dan jelaskan mod

penggunaan TMK seterusnya bincangkan kelebihan dan kelemahan

setiap mod tersebut dalam proses pembelajaran.

Bahagian 3: Rujuk dokumen standard mata pelajaran , sediakan satu rancangan

pengajaran bagi mengaplikasikan salah satu mod yang anda

bincangkan di atas.

Kematangan hujah dengan fakta yang relevan dan kreativiti anda amat diambil kira

dalam pemberian markah.

2. Berbincang dengan tutor anda bagi mendapatkan khidmat nasihat memahami kehendak

soalan meningkatkan pengetahuan dan membuat penghujahan yang relevan

3. Merujuk kepada modul, sumber-sumber bercetak lain diperlukan untuk memahami

konsep sebelum anda dapat menghuraikan maklumat yang tepat dan sesuai.

4. Buat pencarian di internet berkaitan untuk mendapatkan pelbagai maklumat tambahan

atau terkini berkaitan tugasan.

5. Menggunakan gambar foto/lakaran untuk membantu anda menjelaskan hujah jawapan

tugasan.

PANDUAN TUTOR

1. Membantu pelajar menyediakan tugasan dengan menjelaskan fakta secara jelas dan

relevan.

2. Mencadangkan format yang sesuai bagi setiap sub tajuk.

3. Ingatkan pelajar kaji, fahami Mod Penggunaan Teknologi Maklumat Komunikasi

(TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran dengan teliti. Bincangkan dengan jelas

setiap mod termasuk kelebihan dan kelemahannya.

4. Mohon pelajar rujuk dokumen standard membolehkan mereka menyediakan rancangan

pengajaran bagi mengaplikasikan salah satu mod yang dibincangkan di atas.

Page 5: Documentbm

5. Kematangan hujah dengan fakta yang relevan dan kreativiti amat diambil kira dalam

pemberian markah.

6. Cadangkan laman web untuk rujukan yang berkaitan dengan soalan tugasan. Cetak

serta lampirkan artikel bersama tugasan.

7. Tutor perlu bimbing pelajar tentang teknik menulis rujukan sama ada buku atau laman

web dengan betul. Guna gaya APA.

Page 6: Documentbm

RUBRIK TUGASAN

HBML 2203 PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SEMESTER SEPTEMBER 2013

Kriteria Pemberatan Amat Lemah

Lemah Sederhana Baik Cemerlang Markah

0 1 2 3 4

Pengenalan1

Tiada pengenalan

(a) Pengenalan tentang tajuk tugasan ringkas. (b) Objektif penulisan juga dinyatakan secara ringkas sahaja dan tidak menampakkan keseluruhan penulisan tugasan.(c) Definisi TMK dinyatakan secara ringkas sahaja.(d) Tiada sumber rujukan yang berkaitan dinyatakan dalam penulisan.

( a) Pengenalan tentang penulisan agak baik dan menampakkan sebahagian daripada keseluruhan penulisan. (b) Objektif penulisan tugasan agak baik.(c) Definisi TMK dinyatakan dengan agak baik.(c) Sekurang-kurangnya satu sumber rujukan yang berkaitan dinyatakan sebagai bahan sokongan penulisan pengenalan.

(a) Pengenalan tentang penulisan baik dan relevan. Penulisan pengenalan menampakkan keseluruhan penulisan. (b) Objektif penulisan dinyatakan dengan baik dan menjelaskan sebahagian daripada tujuan penulisan. (c) Definisi TMK dinyatakan dengan baik.(d) Sekurang-kurangnya dua sumber rujukan yang berkaitan dinyatakan sebagai bahan sokongan penulisan pengenalan

(a) Pengenalan tentang penulisan amat baik dan amat relevan. Mengemukakan ayat tesis dalam perenggan pertama penulisan yang memberikan impak kepada pengenalan keseluruhan penulisan.(b) Objektif penulisan dinyatakan dengan amat baik dan menjelaskan keseluruhan kandungan penulisan.(c) Definisi TMK dinyatakan dengan amat baik dan amat jelas. (d) Sekurang-

4

Page 7: Documentbm

kurangnya tiga atau lebih sumber rujukan dinyatakan sebagai bahan sokongan penulisan pengenalan.

Huraian konsep penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.5 Tiada berkaitan

(a) Huraian konsep TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dinyatakan secara ringkas sahaja. Huraian hanya berasaskan penulisan daripada modul.(b) Tiada sumber rujukan yang dinyatakan sebagai bahan sokongan penulisan.

(a) Huraian konsep TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dinyatakan dengan agak baik. Menjelaskan ciri-ciri TMK dalam pelaksanaan pengajaran secara umum tanpa sebarang contoh yang berkaitan.(b) Sekurang-kurangnya satu sumber rujukan dinyatakan sebagai sokongan bahan penulisan.

(a) Huraian konsep TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dinyatakan dengan baik. Menjelaskan sekurang-kurangnya dua ciri TMK dalam pelaksanaan pengajaran.(b) Sekurang-kurangnya dua sumber rujukan dinyatakan sebagai sokongan bahan penulisan.

(a) Huraian konsep TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dinyatakan dengan amat baik dan amat sempurna. Menjelaskan sekurang-kurangnya empat ciri TMK dalam pelaksanaan pengajaran.(b) Sekurang-kurangnya tiga sumber rujukan dinyatakan sebagai sokongan bahan penulisan.

6

Perbincangan penggunaan TMK Mod

Tutorial Mod

Penerokaan Mod

Aplikasi Mod

3 Tiada berkaitan

(a) Perbincangan tentang penggunaan TMK berasaskan mod tutorial,penerokaan, aplikasi, dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran

(a) Perbincangan tentang penggunaan TMK berasaskan mod tutorial,penerokaan, aplikasi, dan komunikasi agak baik. Sekurang-kurangnya dua fakta yang berkaitan dan relevan dinyatakan

(a) Perbincangan tentang penggunaan TMK berasaskan mod tutorial, penerokaan, aplikasi, dan komunikasi adalah baik. Sekurang-kurangnya tiga fakta yang berkaitan dan

(a) Perbincangan tentang penggunaan TMK berasaskan mod tutorial, penerokaan, aplikasi, dan komunikasi adalah amat jelas, amat baik dan amat sempurna. Sekurang-kurangnya

12

Page 8: Documentbm

Komunikasi dalam proses pembelajaran termasuk kelebihan dan kelemahannya.

secara umum sahaja. Kebanyakan fakta hanya diambil daripada modul.(b) Kekuatan dan kelemahan penggunaan setiap mod dalam TMK hanya disampaikan secara umum.(c) Tiada sumber rujukan dinyatakan sebagai bahan sokongan.

dengan sokongan sumber rujukan.(b) Sekurang-kurangnya dua kekuatan dan kelemahan penggunaan setiap mod dibincangkan dengan agak baik. Ada kesinambungan persembahan setiap fakta.

relevan dinyatakan dengan sokongan sumber rujukan. Hujah dan idea bernas.(b) Sekurang-kurangnya tiga kekuatan dan kelemahan penggunaan setiap mod dibincangkan dengan baik. Ada kesinambungan dan kejelasan persembahan setiap fakta.

empat fakta yang berkaitan dan relevan dinyatakan dengan sokongan sumber rujukan. Hujah dan idea bernas dan menampakkan kematangan penulis.(b) Sekurang-kurangnya empata kekuatan dan kelemahan penggunaan setiap mod dibincangkan dengan baik. Ada kesinambungan dan kejelasan persembahan setiap fakta.

Sediakan satu rancangan pengajaran bagi mengaplikasikan salah satu mod penggunaan TMK yang dibincangkan.

3 Tiada berkaitan.

(a) Rancangan pengajaran harian (RPH) ditulis secara umum sahaja. Tiada susunan bahagian pengenalan, perkembangan, dan penutup.(b) Objektif juga ditulis secara umum(c) Perkembangan pengajaran tidak menampakkan aktiviti penggunaan salah satu mod dalam proses pengajaran

(a) Rancangan pengajaran (RPH) disediakan agak baik. Ada susunan bahagian pengenalan, perkembangan, dan penutup.(b) Objektif ditulis dengan agak baik tetapi tidak ada kontinuiti dalam langkah-langkah atau bahagian perkembangan pengajaran.(c) Perkembangan pengajaran juga agak

(a) Rancangan pengajaran harian (RPH) disediakan dengan baik. Pengenalan, perkembangan dan penutup disediakan dengan baik.(b) Penulisan objektif juga baik dan selaras dengan bahagian perkembangan atau langkah-langkah pengajaran.(c) Perkembangan pengajaran juga ditulis

(a) Rancangan pengajaran harian (RPH) disediakan dengan amat jelas, amat baik dan sempurna. Pengenalan, perkembangan dan penutup disediakan dengan baik dan amat tersusun serta ada kontinuiti.(b) Penulisan objektif juga amat baik dan amat bertepatan dengan bahagian perkembangan atau

12

Page 9: Documentbm

dan pembelajaran.(c) RPH tidak menampakkan penggabungjalinan unsur nilai, bahasa, perkembangan diri dan kemahiran murid.

baik. Menampakkan sebahagian daripada aktiviti penggunaan mod dalam proses pengajaran dan pembelajaran.(d) RPH menjelaskan sebahagian daripada unsur penggabungjalinan unsur nilai, bahasa, perkembangan diri dan kemahiran murid.

dengan baik. Menampakkan sekurang-kurangnya dua susunan aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan mod dalam proses pengajaran dan pembelajaran.(d) RPH menjelaskan unsur-unsur penggabungjalinan nilai, bahasa, perkembangan diri dan kemahiran murid.

langkah-langkah pengajaran.(c) Perkembangan pengajaran juga ditulis dengan amat baik. Menampakkan sekurang-kurangnya tiga susunan aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan mod dalam proses pengajaran dan pembelajaran.(d) RPH menjelaskan unsur-unsur penggabungjalinan nilai, bahasa, perkembangan diri dan kemahiran murid dengan jelas dan sempurna.

Rumusan 0.5 Tiada

berkaitan.

Rumusan dan kesimpulan yang ringkas dan tidak menjelaskan perkara berkaitan dengan keseluruhan kandungan penulisan tugasan.

Rumusan dan kesimpulan yang agak baik dan menjelaskan hanya sebahagian perkara yang berkaitan dengan keseluruhan kandungan penulisan tugasan.

Rumusan dan kesimpulan yang baik dan mejelaskan keseluruhan kandungan penulisan tetapi tiada penambahan isu semasa sebagai nilai tambah penulisan.

Rumusan dan kesimpulan yang amat baik dan sempurna. Menjelaskan keseluruhan kandungan penulisan dengan teliti (koheran dan kohesi) dan memberikan penambahan isu semasa sebagai nilai tambah penulisan.

2

Page 10: Documentbm

Organisasi. 1 Tiada berkaitan.

Tugasan mengandungi pelbagai kesilapan tatabahasa, tanda baca dan ejaan. Bahasa yang digunakan sesuai. Penulisan tidak ada kesinambungan dan urutan yang betul (koheran dan kohesi).Gaya penulisan APA tidak digunakan dalam penulisan kertas kerja.

Tugasan mengandungi sebahagian kecil kesilapan tatabahasa, tanda baca dan ejaan. Bahasa yang digunakan dalam penulisan sesuai Kesinambungan penulisan (koheran dan kohesi) agak baik. Terdapat penulisan bahagian pengenalan, huraian dan perbincangan tentang tajuk serta rumusan tetapi kurang tersususun.Hanya sebahagian daripada penulisan mengikut gaya penulisan APA.

Peraturan tatabahasa, penggunaan tanda baca dan ejaan diikuti dengan baik. Bahasa yang digunakan dalam penulisan sesuai. Kesinambungan dan urutan penulisan (koheran dan kohesi) adalah baik. Terdapat bahagian pengenalan, huraian dan perbincangan tentang tajuk serta rumusan yang tersusun.Gaya penulisan APA diadaptasi sepenuhnya dalam kertas kerja.

Peraturan tatabahasa, penggunaan tanda baca dan sistem ejaan dipatuhi dan diikuti dengan amat baik. Bahasa yang digunakan dalam penulisan amat baik dan amat relevan. Kesinambungan dan urutan (koheran dan kohesi) penulisan dikawal rapi dan amat baik. Tentang tajuk serta rumusan yang amat tersusun dan berkaitan. Gaya penulisan APA diadaptasi sepenuhnya dalam kertas kerja. Penulisan bibliografi mengikut gaya APA sepenuhnya.

4

Jumlah 40