34714 bm

Upload: felix

Post on 05-Mar-2016

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

TUGASAN

________________________________________________________________________

HBML2203

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SEMESTER SEPTEMBER 2015________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam bahasa Melayu. 3. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan dalam format MsWord melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda tidak dibenarkan untuk menukar teks/frasa tugasan tersebut kepada format grafik seperti .jpeg / .gif / print screen / dan lain-lain format berkaitan.

4. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

5. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.

6. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan secara online. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang dihantar dan bukti penghantaran untuk rujukan sendiri.

7. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. Fail tugasan yang dihantar mestilah dalam format MS-WORD (filename.doc). Sila pastikan fail adalah VERSI TERKINI yang BETUL. Fail yang tersalah hantar hendaklah dihantar semula secara on-line sebelum tamat tempoh penghantaran.

8. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 2hb 15hb November 2015. Serahan selepas 15hb November 2015 TIDAK akan diterima.

9. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri. 10. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat tugasan seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrars Announcement di myVLE).

11. Anda perlu memastikan RESIT yang dikeluarkan bagi penghantaran tugasan disimpan sebagai bukti penghantaran. Kegagalan mengemukakan resit dalam sebarang isu yang timbul berkaitan penghantaran tugasan akan mengakibatkan tugasan dianggap TIDAK dihantar.

PENILAIAN Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan. Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula. PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: Bil.Kadar PertindihanPotongan Markah

1.0 300

2.30.01 505

3.50.01 70 10

4.70.01 - 100100

_____________________________________________________________________________SOALAN TUGASAN

_____________________________________________________________________________

Sekolah Kebangsaan (SK) merujuk kepada sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah yang menggunakan BAHASA MELAYU sebagai bahasa pengantar. Sekolah-sekolah ini ditubuhkan sebagai sekolah aliran perdana bagi memupuk perpaduan rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi supaya SK menjadi sekolah pilihan utama masyarakat.

Sediakan sebuah laporan yang menghuraikan dengan jelas dan lengkap tentang bagaimana memperkasa SK supaya setanding dengan sekolah-sekolah lain seperti sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil serta sekolah agama. Huraikan juga bagaimana dasar memperkasa SK dapat memupuk dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan pelajar serta menjadi sekolah pilihan utama masyarakat Malaysia.

Laporan anda perlulah disokong dengan fakta dan rujukan daripada sekurang-kurangnya EMPAT buah teks yang berkaitan.

[Jumlah : 40 markah]RUBRIK TUGASANKriteria

WajaranWajaranTidak Berkaitan

LemahSederhana

Baik

Cemerlang

Markah

Penuh

01234

Pengenalan

1.5Tiada sebarang pengenalan atau latar belakang kajian dan tidak membincangkan tentang definisi pemerkasaan SK di Malaysia. Pengenalan atau latar belakang kajian yang sederhana dan tidak membincangkan tentang definisi pemerkasaan SK di Malaysia dengan baik.

Pengenalan atau latar belakang kajian yang menarik tetapi perbincangan tentang definisi pemerkasaan SK di Malaysia dibuat secara sederhana sahaja.

Pengenalan atau latar belakang kajian yang menarik dan membincangkan secara jelas tentang definisi pemerkasaan SK di Malaysia dengan baik dan berkesan.

Pengenalan atau latar belakang kajian yang sangat menarik dan membincangkan secara jelas dan lengkap tentang definisi pemerkasaan SK di Malaysia dengan sangat baik dan berkesan.6

Isi Kandungan

3Tiada langsung analisis dan perbincangan tentang usaha dan cara memperkasakan SK supaya setanding dengan sekolah-sekolah lain, memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan menjadi pilihan utama masyarakat Malaysia.

Perbincangan ringkas tentang sekurang-kurangnya tiga usaha dan cara memperkasakan SK supaya setanding dengan sekolah-sekolah lain, memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan menjadi pilihan utama masyarakat Malaysia.

Perbincangan yang memuaskan

tentang sekurang-kurangnya empat usaha dan cara memperkasakan SK supaya setanding dengan sekolah-sekolah lain, memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan menjadi pilihan utama masyarakat Malaysia.Perbincangan yang baik dan menarik tentang sekurang-kurangnya lima usaha dan cara memperkasakan SK supaya setanding dengan sekolah-sekolah lain, memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan menjadi pilihan utama masyarakat Malaysia.Perbincangan yang sangat baik, jelas, teratur dan terperinci tentang

lebih daripada LIMA USAHA dan cara memperkasakan SK supaya setanding dengan sekolah-sekolah lain, memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan menjadi pilihan utama masyarakat Malaysia. 12

Maklumat Sokongan (Sorotan Kajian)

2.5Huraian tidak dijelaskan dengan baik. Tiada maklumat sokongan.Huraian disertakan dengan maklumat sokongan yang kurang tepat dan memerlukan penerangan.Huraian dijelaskan secara terperinci dan disertakan dengan maklumat sokongan yang umum.Huraian dijelaskan secara terperinci dan disertakan dengan sekurang-kurangnya tiga maklumat sokongan yang terperinci.

Huraian dijelaskan secara terperinci dan disertakan dengan sekurang-kurangnya empat maklumat sokongan yang jelas dan terperinci.10

Kesimpulan

2Kesimpulan yang tidak jelas dan tidak menjawab persoalan tugasan.Kesimpulan yang boleh diterima tetapi tidak menjawab persoalan tugasan dengan baik.

Kesimpulan yang boleh diterima. Ia menjawab persoalan tugasan.Kesimpulan yang jelas dan menjawab persoalan tugasan dengan baik. Kesimpulan yang sangat jelas dan padat serta menjawab persoalan tugasan.8

Organisasi

1Kebanyakan keterangan tidak disusun mengikut logik dan penulisannya adalah tidak bermakna.Beberapa keterangan tidak disusun mengikut logik dan cara penulisannya adalah tidak memuaskan.

Penulisan tidak mengikut kriteria yang dikehendaki dan format yang ditetapkan. Penulisan bibliografi tidak mengikut gaya APA.

Kebanyakan keterangan disusun mengikut logik dan cara penulisannya adalah memuaskan.

Penulisan tidak mengikut kriteria walaupun mengandungi bahagian pengenalan, huraian dan pelaporan tentang tajuk tetapi rumusan kurang tersusun. Penulisan bibliografi tidak mengikut gaya APA. Keterangan disusun mengikut logik dan penulisannya adalah bermakna.

Penulisan mengikut kriteria iaitu mengandungi bahagian pengenalan, huraian dan pelaporan tentang tajuk tetapi rumusan kurang tersusun. Penulisan bibliografi tidak mengikut gaya APA sepenuhnya.

Kebanyakan keterangan disusun mengikut logik dan penulisannya jelas, menarik dan bermakna.

Penulisan mengikut kriteria iaitu mengandungi bahagian pengenalan, huraian dan pelaporan tentang tajuk serta rumusan disusun mengikut format. Penulisan bibliografi mengikut gaya APA sepenuhnya.

4

Jumlah Markah

40