14 prinsip pen gurus an kualiti menurut deming

5
14 prinsip pengurusan kualiti menurut Deming 1. Mewujudkan azam ke arah penambahbaikan produk dan perkhidmatan 2. Menghayati falsafah baru demi mewujudkan perubahan 3. Memberi tumpuan terhadap incoming-process dan bukannya end- process 4. Mencapai kualiti menerusi hubungan dua hala dengan pembekal 5. Meningkatkan usaha-usaha penambahbaikan proses dalam setiap aktiviti 6. Mengadakan kaedah latihan moden untuk melahirkan kakitangan yang terlatih dan berkemahiran 7. Mengadakan kaedah penyeliaan dengan cara moden untuk mengajar dan melatih pekerja 8. Memberi galakan kepada pekerja supaya berinovatif dan produktif 9. Mengatasi halangan komunikasi di antara jabatan 10. Memansuhkan matlamat berangka untuk tenaga kerja 11. Menghapuskan piawai kerja dan kuota 12. Mengalihkan rintangan yang menghalang pekerja bekerja mengikut masa 13. Mewujudkan program pendidikan dan latihan untuk pekerja secara berterusan 14. Mencipta struktur pengurusan atasan yang berupaya merealisasi kesemua 13 prinsip di atas di dalam organisasi Definisi Kualiti Secara ringkasnya, kualiti menurut pentakrifan konvensional ialah sesuatu yang dipandang baik. Ukuran baik tersebut pula dilihat dari sudut kebolehniagaan. Ini bermakna sesuatu produk itu dikatakan berkualiti apabila ia ada nilai-nilai komersil, sesuai dengan kemahuan pelanggan, kompetitif dan tidak mempunyai sebarang cela sehingga ia dapat diniagakan dan mendatangkan keuntungan kepada pihak yang menghasilkannya. Begitu juga dalam penawaran perkhidmatan. Perkhidmatan yang berkualiti bermaksud mendengar, memberi respons dan melakukan sebarang bentuk usaha untuk memenuhi kehendak pelanggan sehinggalah pelanggan benar-benar berpuas hati. Tujuannya

Upload: bahiyah-othman

Post on 12-Jun-2015

1.190 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 14 Prinsip Pen Gurus An Kualiti Menurut Deming

14 prinsip pengurusan kualiti menurut Deming

1. Mewujudkan azam ke arah penambahbaikan produk dan perkhidmatan

2. Menghayati falsafah baru demi mewujudkan perubahan

3. Memberi tumpuan terhadap incoming-process dan bukannya end-process

4. Mencapai kualiti menerusi hubungan dua hala dengan pembekal

5. Meningkatkan usaha-usaha penambahbaikan proses dalam setiap aktiviti

6. Mengadakan kaedah latihan moden untuk melahirkan kakitangan yang terlatih dan

berkemahiran

7. Mengadakan kaedah penyeliaan dengan cara moden untuk mengajar dan melatih pekerja

8. Memberi galakan kepada pekerja supaya berinovatif dan produktif

9. Mengatasi halangan komunikasi di antara jabatan

10. Memansuhkan matlamat berangka untuk tenaga kerja

11. Menghapuskan piawai kerja dan kuota

12. Mengalihkan rintangan yang menghalang pekerja bekerja mengikut masa

13. Mewujudkan program pendidikan dan latihan untuk pekerja secara berterusan

14. Mencipta struktur pengurusan atasan yang berupaya merealisasi kesemua 13 prinsip di atas di

dalam organisasi

Definisi Kualiti

Secara ringkasnya, kualiti menurut pentakrifan konvensional ialah sesuatu yang dipandang baik.

Ukuran baik tersebut pula dilihat dari sudut kebolehniagaan. Ini bermakna sesuatu produk itu

dikatakan berkualiti apabila ia ada nilai-nilai komersil, sesuai dengan kemahuan pelanggan,

kompetitif dan tidak mempunyai sebarang cela sehingga ia dapat diniagakan dan mendatangkan

keuntungan kepada pihak yang menghasilkannya. Begitu juga dalam penawaran perkhidmatan.

Perkhidmatan yang berkualiti bermaksud mendengar, memberi respons dan melakukan sebarang

bentuk usaha untuk memenuhi kehendak pelanggan sehinggalah pelanggan benar-benar berpuas

hati. Tujuannya juga masih sama iaitu memperolehi keuntungan menerusi kepuasan pelanggan.

Manakala pekerja yang berkualiti pula dikaitkan dengan tingkat produktiviti yang tinggi sehingga

dapat membantu meningkatkan pendapatan dan keuntungan yang menjadi matlamat institusi dan

syarikat. Persoalannya, apakah pengukuran kualiti sedemikian benar-benar mencukupi untuk

menjadikan sesuatu produk, perkhidmatan bahkan kakitangan sebagai yang terbaik, cemerlang

dan unggul.

Page 2: 14 Prinsip Pen Gurus An Kualiti Menurut Deming

Secara umumnya, pengertian kualiti yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh kualiti lazim tampak

cukup baik sekali. Sebagai contoh, pengertian kualiti yang dicirikan sebagai usaha memenuhi

kehendak pelanggan, memastikan produk yang dihasilkan sesuai dengan kegunaannya,

kompetitif, tanpa sebarang kecacatan dan menghampiri kesempurnaan merupakan nilai yang

dianggap universal dan diterima umum. Begitu juga matlamat untuk mencapai yang terbaik dalam

setiap pekerjaan yang dilaksanakan di peringkat institusi dan saling bekerjasama di antara ahli

institusi untuk mencapai matlamat tersebut

Qualiti Assurance

: KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN KUALITI

ASPEK-ASPEK UNTUK DILAPOR

a) Sokongan Pengurusan

i. Penglibatan pengurusan dalam aktiviti berikut:

Perancangan strategik

Pengkajian semula pelan kualiti serta kemajuannya

Penubuhan struktur bagi pengurusan kualiti

Pendidikan dan latihan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran

Pengiktirafan pekerja

Pembangunan daya kreatif pekerja

ii. Penggubalan dan penyebaran dasar kualiti USM kepada semua warga;

iii. Tindakan yang telah diambil untuk memperkukuhkan kepuasan hati pelanggan yang mana

merupakan matlamat akhir jabatan;

iv. Mekanisme yang diwujudkan oleh pihak pengurusan untuk memudahkan perhubungan antara

pihak pengurusan dengan pelanggan, pembekal dan pekerja; dan

Page 3: 14 Prinsip Pen Gurus An Kualiti Menurut Deming

v. Cara-cara yang digunakan oleh pihak pengurusan untuk menyebar maklumat tentang

kecemerlang kualiti Jabatan.

b) Nilai-Nilai Kualiti

i. Nilai-nilai kualiti yang diutamakan oleh Jabatan; dan

ii. Dokumen-dokumen yang menjelaskan nilai-nilai tersebut seperti dokumen dasar kualiti, ucapan,

peraturan dan lain-lain lagi.

c) Sistem Pengurusan

i. Objektif-objektif yang jelas bagi memenuhi kehendak-kehendak pelanggan;

ii. Penentuan peranan, tanggungjawab dan penglibatan;

iii. Peruntukan sumber untuk mewujudkan kesedarantentang kualiti di kalangan pekerja dan juga

untuk usaha-usaha peningkatan kualiti;

iv. Sistem pengesanan untuk mengesan dan menilaipelaksanaan program dan projek yang telah

ditentukan;

v. Jenis tindakan yang diambil untuk membantu bahagian, unit yang tidak mencapai tahap kualiti

yang ditetapkan;

vi. Cara-cara yang digunakan untuk memperkukuhkan pengalaman nilai-nilai kualiti di kalangan

pekerja seperti pengiktirafan dan lain-lain; dan

vii. Cara-cara yang digunakan untuk mengeratkan perhubungan di antara bahagian, unit, dan

individu di dalam Jabatan. Cara-cara tersebut adalah seperti mesyuarat, retreats, pasukan

pertugas, nota ucapan terima kasih dan sebagainya.

d) Tanggungjawab Awam

i. Penyiapan projek mengikut jadual;

ii. Peruntuksn dibelanjakan mengikut tujuan yang ditentukan;

Page 4: 14 Prinsip Pen Gurus An Kualiti Menurut Deming

iii. Arah aliran bilangan pertanyaan audit;

v. Arah aliran bilangan aduan dari orang ramai;

vi. Pembabitan kakitangan anggota-anggota organisasi dalam kegiatan rasuah;

vii. Kesan aktiviti organisasi terhadap masyarakat dari segi kesihatan, keselamatan dan

persekitaran;

viii. Penyimpanan rekod yang kemas bagi setiap transaksi khususnya dalam bidang pengurusan

kewangan, harta benda dan lain-lain; dan

ix. Pengurusan yang sempurna bagi harta modal, inventori dan bekalan pejabat seperti

penggunaan borang-borang yang telah ditetapkan.