tutorial 12

21
Membincangkan Aplikasi Analisis Wacana Berkaitan Dengan Isu-isu Kemasyarakatan Dan Cadangan Penyelesaian ISU PEMBUANGAN BAYI ISU PEMBUANGAN BAYI Ahli Kumpulan : Chan Chew Fong Kok Dyi En Nin Chiou Chee Tan Pei Sian PISMP PENGAJIAN SOSIAL SEM 8

Upload: joycelyn8999

Post on 23-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tutorial

TRANSCRIPT

Page 1: Tutorial 12

TUTORIAL 12Membincangkan Aplikasi Analisis Wacana Berkaitan Dengan Isu-isu Kemasyarakatan

Dan Cadangan Penyelesaian

ISU PEMBUANGAN BAYIISU PEMBUANGAN BAYI

Ahli Kumpulan :Chan Chew Fong Kok Dyi En Nin Chiou CheeTan Pei Sian PISMP PENGAJIAN SOSIAL SEM 8

Page 2: Tutorial 12

Wacana: Pembuangan Bayi Menuntut Penyelesaian Holistik

Page 3: Tutorial 12

Menganalisis PuncaMenganalisis Punca

•Persoalannya :▫Mengapa gegala tidak bermoral ini boleh

berlaku ▫Mengapa jenayah ini dilakukan oleh remaja

islam?▫Bagaimana dengan tidak

berperikemanusiaanya, seorang bayi boleh dibuang

begitu sahaja?

Page 4: Tutorial 12

•Mengapa perbuatan pertama yang membawa kepada lahirnya bayi yang dibuang seperti sampah ini tidak pula menimbulkan rasa malu dan berdosa? ▫Perbuatan pertama itu ialah hubungan seks

luar nikah atau zina. ▫Zina untuk merujuk pada punca masalah

pembuangan bayi.

Page 5: Tutorial 12

•Setelah kita mengetahui punca kepada pembuangan bayi ialah perbuatan zina, maka kita perlu melihat pula apakah faktor-faktor yang membawa kepada zina ini kerana apabila kita cuba mencari solusi bagi permasalahan, kita perlu melihat dari peringkat akarnya agar penyelesaian yang akan kita ambil dapat dibuat secara holistik dan menyerang segenap aspek yang menjadi punca kepada penyakit sosial ini.

Page 6: Tutorial 12

• Pendapat dan kritikan daripada pelbagai pihak yang diutarakan apabila gejala pembuangan bayi mendapat liputan meluas media. • Menyalahkan remaja yang tidak berupaya mengawal

tuntutan nafsu• Menuding jari kepada institusi keluarga yang goyah• Menyalahkan pihak sekolah yang gagal mengawal disiplin

pelajarnya • Mengkritik kementerian pendidikan yang gagal

memperkenalkan pendidikan seks kepada remaja berkenaan• Kesan akibat pembangunan pasca kemodenan• Pada era globalisasi dengan kecanggihan perkembangan

teknologi komunikasi turut mempengaruhi perlakuan seksual remaja

Page 7: Tutorial 12

Menuntut Penyelesaian HolistikMenuntut Penyelesaian Holistik

• Dalam menangani masalah pembuangan bayi ini, pendekatan yang perlu diambil ialah pendekatan “inside out” iaitu dari dalam diri sehingga merubah persekitaran dan pendekatan holistik yang melibatkan seluruh anggota masayarakat dan pihak berwajib iaitu institusi negara.

• Persoalannya yang utama sekarang bukanlah untuk kita menuding jari kepada siapa yang paling bersalah di dalam hal ini tetapi adalah bagaimana permasalahan ini boleh kita tangani bersama sehingga ke tahap sifar atau minima sekurang-kurangnya.

Page 8: Tutorial 12

Dr  Faisal Tehrani seorang pensyarah dan penulis novel pernah mengupas isu ini dan mengatakan punca kepada

permasalahan yang melibatkan remaja ialah kegagalan remaja meletakkan sikap. Meletakkan sikap disini bermakna menolak

perkara-perkara yang bertentangan dengan prinsip dan pegangan hidup. Bagi meletakkan sikap ini, pemahaman

terhadap agama perlu diperolehi oleh remaja. 

Peranan Remaja

Pendekatan Sinergi Tahu, Mahu dan Mampu yang pernah disebut oleh penulis terkenal Pahrol Mohd juoi perlu

diterapkan. Dalam konteks ini, akal yang diberikan oleh Allah perlu digunakan untuk mencari ilmu dan berfikir kerana

dengan ilmu, manusia itu mengetahui apa yang dilarang dan disuruh agama. Maka 2 panduan utama iaitu Al-quran dan

sunnah perlu dijadikan rujukan.

Page 9: Tutorial 12

6 rukun iman perlu diimani dan apabila manusia beriman maka mereka akan meyakini bahawa setiap perkara yang

dilakukannya diperhatikan oleh Allah dan disaksikan malaikat serta setiap yang dilakukan akan diperhitungkan. Melalui iman

inilah seorang individu mampu untuk bertindak mengikut lunas-lunas agama.Setiap manusia diberikan akal untuk

berfikir

Selain daripada itu, remaja sendiri mestilah pandai menjaga diri masing-masing dengan memilih rakan-rakan yang baik

sebagai kawan sepergaulan mereka. Mereka seharusnya memiliki idola remaja yang boleh diikuti sebagai pemangkin

kepada kehidupan mereka yang yang bermotivasi yang berasaskan kepada contoh tauladan yang baik.

Page 10: Tutorial 12

Peranan Ibu BapaIbu bapa perlu bertindak mengukuhkan institusi kekeluargaan dengan menekankan aspek didikan agama dalam diri anak-anak sejak mereka dari kecil lagi, seperti mengadakan solat berjemaah, mengaji bersama-sama, mengunjungi masjid dan

menghadiri majlis ilmu serta menghadiri majlis kenduri sanak saudara atau jiran tetangga bagi mengeratkan ikatan

persaudaraan sesama ahli keluarga. Aktiviti sebegini juga dapat membantu mengisi masa lapang anak-anak dengan perkara yang berfaedah dan dapat mengelak anak-anak

daripada terlibat dengan kegiatan yang tidak berfaedah dan pergaulan bebas. Didikan agama yang kukuh dan mantap serta

teguh sejak dari kecil akan dapat membantu menghalang anak-anak daripada melakukan perkara yang tidak sihat

apabila mereka dewasa kelak.

Page 11: Tutorial 12

Ibu bapa adalah contoh tauladan kepada anak-anak dan berperanan untuk mendidik anak-anak dengan didikan Islam

dan akhlak yang terpuji semenjak mereka kecil lagi. Penegasan terhadap budaya yang bertentangan perlu

ditekankan agar kelak anak-anak akan dapat memilih cara hidup yang lebih sihat. Para ibu bapa yang tidak

berkemampuan mesti memohon bantuan dan pertolongan dari pihak-pihak lain yang boleh membantu mereka dalam

mendidik anak-anak. Aktiviti anak-anak serta keluar masuk mereka mestilah diperhatikan secara berpatutan sebelum nasi

menjadi bubur.

Page 12: Tutorial 12

Peranan Masyarakat Awam•Dalam konteks yang lebih kecil,masyarakat

awam juga melibatkan jiran tetangga maka, jiran turut berperanan penting bagi mengatasi masalah ini. Sikap “anak orang, anak kita” perlu ditanam dalam hati jiran tetangga supaya dapat menegur perbuatan remaja yang tidak baik di kawasan kejiranan atau pun membantu memaklumkan

kepada ibu bapa tentang sesuatu perbuatan yang tidak sihat.

Page 13: Tutorial 12

Peranan NGO• Boleh membantu remaja menghalatujukan

kehidupan mereka agar lebih terarah dan terurus. • Banyak ngo di malaysia yang bergiat aktif bagi

menangani permasalahan remaja melayu seperti ikatan muslimin malaysia (isma), persatuan belia islam nasional (pembina), abim, haluan, jim, yayasan amal dan lain-lain.

• Aktiviti-aktiviti dan program yang dianjurkan oleh ngo-ngo ini yang mengambil berat mengenai remaja seharusnya disokong oleh semua pihak termasuk dari pihak kerajaan sendiri. Bantuan teknikal dan kewangan yang diperlukan oleh NGO yang menangani remaja seharusnya disalurkan kepada mereka secara yang optima.

Page 14: Tutorial 12

 Peranan Guru dan Sekolah• Penting dalam pendidikan remaja. Fokus pendidikan tidak

hanya terfokus kepada pencapaian akademik semata-mata. Aktiviti-aktiviti dan program pelajar juga mestilah menjuruskan kepada pembinaan sahsiah yang terpuji dan pembinaan generasi muda yang cemerlang yang bakal menggantikan kepimpinan negara di masa akan datang. Pelajar-pelajar yang bermasalah mestilah dikenalpasti dengan lebih awal dan disalurkan kepada program pemulihan atau panambahbaikan secara sistematik.

Page 15: Tutorial 12

Unit bimbingan dan kaunseling perlu memainkan peranan dalam memberikan pendidikan kepada remaja. Kaunseling

kelompok secara berkala perlu diberikan dan ceramah penghayatan hidup islam perlu diberikan. Perkataan

“manusia” itu membawa makna lupa dan menjadi fitrah manusia untuk lupa. Maka melalui kaunseling kelompok dan ceramah inilah murid-murid dan guru itu sendiri sebenarnya

boleh mengingatkan antara satu sama lain tentang penghayatan hidup islam agar kemungkaran seperti

pembuangan bayi ini tidka berlaku.Konsep usrah sepatutnya perlu dibudayakan di sekolah

dengan meletakkannya di bawah unit bimbingan dan kaunseling. Usrah itu sendiri tidak banyak bezanya dengan

kaunseling kelompok namun pendekatan usrah lebih menyeluruh dan boleh mencakupi banyak aspek kehidupan

seperti keilmuan dan tarbiyah. Maka guru-guru perlu memainkan peranan menjalankan usrah ini di sekolah. Setiap murid perlu dididik agar dapat mendidik dan mengingatkan rakan-rakan yang lain. Selain daripada itu, aktiviti di dalam

usrah dapat mengisi jiwa dan masa-masa murid yang terluang.

Page 16: Tutorial 12

Peranan Kementerian Pelajaran

• Usaha Kementerian Pelajaran bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang merangka dan menyelaraskan Garis Panduan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan  (GPPKRSK) dengan peruntukan RM20 juta bagi menangani masalah terbabit adalah amat dihargai, namun usaha ini tidak membuahkan sebarang hasil yang positif

• Cadangan untuk memperkenalkan pendidikan seks kepada remaja di sekolah adalah cadangan yang baik tetapi mestilah dimulakan dengan kajian yang mendalam bagi memastikan keberkesanan penyampaian silibus tersebut. Penglibatan para ibu bapa dalam memahami isu ini dan sokongan terhadapnya pasti akan membantu keberkesanannya.

• Pekeliling perlu dikeluarkan kepada pihak sekolah untuk menjayakan kem-kem yang membudayakan cara hidup islam dan menolak zina.

Page 17: Tutorial 12

Peranan Media

• Peranan media massa, samada bercetak atau elektronik sebagai agen pembentukan keperibadian individu dan masyarakat juga tidak harus dikesampingkan.

• para petugas media massa hendaklah memiliki akauntabiliti dan lebih tanggungjawab.

• Pada masa yang sama, para pengguna terutama ibu bapa hendaklah lebih bijaksana dalam memilih dan memantau siaran yang ditonton oleh anak-anak.

• Semestinya perlu ada pengawalan media terhadap semua filem luar mahupun tempatan agar tidak bersifat keterlaluan dalam usaha untuk menghiburkan masyarakat umum.

• Majalah dan penerbitan lucah mesti dihentikan seberapa segera oleh pihak berwajib agar tidak terus menyuburkan budaya yang negatif ini.

Page 18: Tutorial 12

 Peranan KerajaanPermasalahan salah laku seksual remaja dan belia kini sudah sampai ke tahap yang kritikal. Isu ini mestilah dibincangkan

secara serius di peringkat parlimen tanpa memandang kepada mana-mana latar belakang parti politik. Ahli politik dan ahli parlimen mestilah mengenepikan pandangan peribadi dan

kepartian bagi menangani isu nasional ini. Permasalahan remaja dan belia ini adalah agenda bersama yang mesti

diperjuangkan oleh semua pihak.

Pelbagai kempen dan program kesedaran perlu terus dilaksanakan oleh kerajaan seperti  Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat badan bukan kerajaan, anggota masyarakat, dan PDRM bagi

membangkitkan kesedaran tentang kepentingan membanteras isu ini agar tidak terus merebak dan merosak generasi yang

bakal menjadi pemimpin negara pada suatu masa kelak.

Page 19: Tutorial 12

Inisiatif Baby Hatch atau Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini oleh  Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat (KPWKM) serta OphanCARE bagi menangani gejala pembuangan bayi yang semakin serius pada hari ini

telah dijalankan.Bayi-bayi yang dipelihara sementara itu diserahkan kepada ibu bapa angkat mengikut agamanya.

Walaubagaimanapun mencegah lebih baik dari mengubati.Usaha ini sangat baik dan dapat menangani isu pembuangan bayi namun bukan punca masalah iaitu zina.

Mengikut undang-undang sivil, Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan denda tidak melebihi RM20 ribu atau

penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali kepada pembuang bayi namun, kes pembuangan bayi terus berlaku. Selangor mencatatkan kes yang tertinggi dengan

jumlah 127 kes, diikuti Johor, 104 kes; Sabah, 73 kes; Sarawak, 42 kes,dan Negeri Sembilan 30 kes.

Page 20: Tutorial 12

Kerajaan hendaklah mengenakan tindakan yang tegas kepada pasangan yang melakukan zina dan sanggup membuang bayi yang tidak berdosa. Hukuman sebat ke atas pasangan zina

yang belum berkahwin  dan rejam kepada pasangan yang telah berkahwin seperti yang dianjurkan oleh syariat islam adalah

jawapan yang paling tegas bagi menangani isu yang tidak pernah berkesudahan ini.

Page 21: Tutorial 12

Penutup Penutup 

Remaja dan belia adalah agen perubahan. Remaja dan belia hari ini

adalah pemimpin yang akan memimpin negara di masa akan datang.

Permasalahan remaja hari ini yang semakin kritikal memerlukanusaha yang menyeluruh lagi bersepadu daripada semua pihak.Bukanlah masanya yang tepat untuk kita menuding jari kepada

pihakpihak yang tertentu bagi memikul beban dan tanggungjawab

ini. Iniadalah isu nasional yang mesti ditangani oleh kita semua

sebagaiagenda bersama. Semua pihak perlu bahu – membahu dalam

menyelesaikan permasalahan ini. Dalam apa isu sekalipunwalaubagaima cara sekalipun kita mahu mengelak untuk

bercakaptentang perkaitan masalah ini dengan agama kita sebenarnya

perludiam seketika dan berfikir, jauh sudah kita meninggalkan

agamadalam mencari penyelesaian. Maka berbaliklah pada agama

kerana dalamnya ada jawapan untuk penyakit-penyakit sosial

masyarakat kita.