tutorial 12 (edu 3043)

27
Tutorial 12 (EDU 3043) Tajuk : Perbincangan dan menganalisi kes lampiran 7. Memahami dengan kes yang dikajian Menganalisis konsep/model/teori yang perlu tahu untuk memahami dengan mendalam kes yang dikaji? Strategi-strategi yang mungkin untuk membantu menyelesaikan kes yang dikaji. DISEDIAKAN OLEH: C´HENG LIK KHENG TE BEE YONG

Upload: bernice-te

Post on 27-Dec-2015

77 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tutorial 12 (EDU 3043)

Tutorial 12 (EDU 3043)

Tajuk : Perbincangan dan menganalisi kes lampiran 7.

Memahami dengan kes yang dikajian

Menganalisis konsep/model/teori yang perlu tahu

untuk memahami dengan mendalam kes yang dikaji?

Strategi-strategi yang mungkin untuk membantu

menyelesaikan kes yang dikaji.

DISEDIAKAN OLEH: C´HENG LIK KHENGTE BEE YONG

Page 2: Tutorial 12 (EDU 3043)

RINGKASAN LAMPIRAN 7

John adalah seorang guru praktikum di sebuah sekolah. Dia telah ditugaskan untuk mengendalikan kelas yang terdiri daripada 15 orang pelajar. Terdapat perbandingan yang ketara diantara murid-murid kelas tersebut. Mereka berbeza dari segi bangsa dan pencapaian akademik. Pada suatu hari, John telah merancang satu aktiviti yang berbentuk kuiz. Tidak lama selepas itu, John menyedari bahawa pelajar-pelajar tersebut telah membentuk kumpulan berdasarkan kecemerlangan akademik dan bangsa.

Page 3: Tutorial 12 (EDU 3043)

RINGKASAN LAMPIRAN 7

Tiba-tiba terdapat pergaduhan antara pelajar cemerlang dengan pelajar yang kurang cemerlang iaitu Chris dan Richard. John segera meleraikan mereka. Namun pergaduhan terjadi semula selepas kelas tamat. John terpaksa meleraikan mereka sekali lagi. Di dalam kelas yang kosong, John memikirkan apa yang telah terjadi.. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mencari Richard di tempat meletak basikal. Selepas bertemu dengan Richard, John memberitahunya bahawa dia ingin bercakap dengannya, malangnya Richard berkata yang dia tidak ada masa untuk melayan John dan terus berlalu pergi. John berasa sangat marah, lalu bergegas ke Bilik Guru dan mengenakan tindakan disiplin terhadap John.

Page 4: Tutorial 12 (EDU 3043)

RINGKASAN LAMPIRAN 7

Pada keesokkan harinya, John memberikan tindakan disiplin tersebut kepada Richard dan mengarahkannya untuk berjumpa dengan penolong kanan hal ehwal murid. Entah bagaimana, Richard dibenarkan pulang ke kelas pada hari itu. Ini kerana En. Robert telah mengambil keputusan untuk menghukum Richard pada keesokan hari. John merasa kecewa

Page 5: Tutorial 12 (EDU 3043)

RINGKASAN LAMPIRAN 7

•Setelah selesai hukuman, Richard kembali ke kelas seperti biasa. Namun kelakuannya semakin buruk. • Apabila John cuba menerangkan bahawa tindakan disiplin tersebut adalah kerana dia melarikan diri semasa John berjumpa dengannya di tempat meletak basikal bukan kerana bergaduh di kelas. Richard berkata bahawa dia memukul Chris kerana, dia tidak berpuas hati mengapa Chris tidak mendapat tindakan disiplin sepertinya. John cuba menjelaskan perkara sebenar namun dia tidak mahu mendengarnya, sebaliknya, dia terus menyanyi sambil berkata “kenapa Chris tidak mendapat hukuman sepertinya”.

Page 6: Tutorial 12 (EDU 3043)

RINGKASAN LAMPIRAN 7

• Richard terus berperangai buruk sehingga John terpaksa memanggil guru lain untuk menenangkannya. Guru tersebut ialah guru Bahasa Inggeris Richard. Semasa John mengadakan perbincangan bersama guru lain, barulah dia tahu bahawa Richard adalah pelajar yang mengalami masalah tingkah laku.

Page 7: Tutorial 12 (EDU 3043)

KONSEP : KECERDASAN EMOSI

Individu yang mempunyai beberapa kemahiran sosial serta kemahiran mengawal emosi seperti kemahiran berempati, kemahiran mengenalpasti emosi orang lain dan lain-lain.

Contoh dalam kes: Cikgu John yang sanggup bertahan

dengan sikap Richard yang agak kasar dan gemar mengutuknya

Page 8: Tutorial 12 (EDU 3043)

MODEL DALAM LAMPIRAN

MODEL

Page 9: Tutorial 12 (EDU 3043)

Model Disiplin Asertif Canter

Peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan

Contoh dalam kes: Cikgu John ingin berbincang dengan Richard

mengenai tingkah lakunya didalam kelas sehingga mewujudkan pergaduhan tetapi sikap kurang ajar Richard yang enggan mengendahkannya menyebabkan Cikgu John mula naik angin. Cikgu John ingin mengubah tingkah laku Richard maka namanya dihantar ke atas meja guru disiplin.

Page 10: Tutorial 12 (EDU 3043)

Model Akibat Logikal Dreikurs

Guru perlu mengenal pasti punca kepada masalah tingkah laku.

Contoh dalam kes:Jika Cikgu John siasat dengan lebih

awal dan lebih mendalam, besar kemungkinan dia boleh mengatasi masalah yang dihadapi

Page 11: Tutorial 12 (EDU 3043)

Model Pengurusan Kelompok KouninGuru-guru yang yang berkesan

akan menggunakan strategi yang pelbagai utnuk menarik perhatian murid dan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Contoh dalam kes:Cikgu John telah melakukan

pembaharuan dalam pengajarannya dan menggunakan teknik kuiz dan kerja berkumpulan

Page 12: Tutorial 12 (EDU 3043)

Teori :

Teori-teori berkaitan

Teori Ekologi Branfenbren

er

Teori Pembelajaran

Behavioris

Teori Humanistik (Abraham Maslow)

Page 13: Tutorial 12 (EDU 3043)

Teori-teori berkaitan…Teori Ekologi Branfenbrener

Teori Pembelajaran Behavioris

Teori Humanistik (Abraham Maslow)

Penekanan tentang pengaruh persekitaran sosio-budaya mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

kesan atau akibat yang membawa kepada tingkah laku yang baharu.

Keperluan dalaman menyebabkan perlakuan seseorang individu.

Page 14: Tutorial 12 (EDU 3043)

Teori Ekologi Branfenbrener

Richard merupakan seorang murid berkulit hitam dan kurang cerdik jika dibandingkan dengan rakan kulit putihnya yang lain. Apabila berlakunya sesuatu keadaan yang tidak meyenangkan hati, pergaduhan akan berlaku dengan mudahnya. Dia merasakan dirinya tidak dihargai dan sentiasa dipersalahkan sedangkan Chris terlepas begitu sahaja dari hukuman.

Page 15: Tutorial 12 (EDU 3043)

Teori Pembelajaran Behavioris

Contoh dalam kes:ketidakpuasan hati telah berlaku

antara Chris dan Richard sehingga timbulnya pergaduhan antara mereka berdua. sikap Richard yang kuang ajar dan ingin membentuk tingkah laku yang diingini, Richard dikenakan kelas tahanan dengan harapan dia akan berubah sikap.

Page 16: Tutorial 12 (EDU 3043)

Teori Humanistik (Abraham Maslow)

Keperluan manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu keprluan kekurangan dan keperluan perkembangan.

Contoh dalam kes : Richard berasal daripada keluarga yang

miskin dimana keperluan perkembangannya tidak dipenuhi bagi membolehkannya untuk mengembangkan diri. Manakala Chris pula berasal dari keluarga yang berada danmampu memenuhi segala keperluan untuk mengembangkan potensi diri.

Page 17: Tutorial 12 (EDU 3043)

Cadangan menyelesaikan masalah berdasarkan logik-akal (relevan)

Perenggan 1Encik John sepatutnya mengambil peluang

tersebut untuk menunjukkan bakatnya dalam bidang perguruan sekaligus memperbaiki masalah interaksi dan pembelajaran murid – murid kelas tempoh 7.

Demi menyahut Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020 yang ingin melahirkan individu yang berkembang dari aspek JERIS secara menyeluruh.

Page 18: Tutorial 12 (EDU 3043)

sambunganPerenggan 3 Sebagai guru yang sedang berpraktikum.

Sepatutnya Encik John bertanyakan kepada guru kelas bagi kelas tersebiut tentang latar belakang murid – murid yang terdapat di kelas itu sebelum mula mengajar kelas tersebut. Ini sedikit sebanyak dapat memudahkan lagi proses penyampaian pengajaran beliau jika beliau sedia maklum akan apakah masalah bakal murid yang diajarnya. Rancangan Pengajaran Harian juga boleh diubahsuai mengikut keperluan dan juga kemampuan muridnya.

Page 19: Tutorial 12 (EDU 3043)

sambunganPerenggan 4 Sekiranya murid – murid di bawah jagaan

kelas kita telah bergaduh atau mengalami masalah, sebagai seorang guru perlulah cekap dalam menyelesaikan masalah tersebut semampu yang boleh kerana itu merupakan salah satu fungsi ataupun peranan sebagai seorang guru. Itulah kelebihan sebagai seorang guru. Guru boleh berperanan dalam pelbagai bidang dalam satu masa yang sama iaitu seperti kaunseling, motivator, pendidik, agen perubahan dan sebagainya.

Page 20: Tutorial 12 (EDU 3043)

sambunganPerenggan 5 Seorang guru seharusnya bijak dalam menangani

masalah muridnya. Terutama sekiranya kelas tersebut berahlikan murid – murid yang bermasalah tingkah laku. Cara layanan dan penyampaian isi pembelajarannya juga perlu dikelolakan dengan sebaiknya agar semua murid dapat memberi perhatian yang baik dan memahami apa yang diajar oleh guru. Penyelesaian sesuatu masalah juga sebaik – baiknya dibincangkan bersama orang lain kerana lain orang lain pengalamannya dan pendapat masing – masing. Sesuatu keputusan hanya dapat dilahirkan dengan cara yang relevan kerana idea tersebut dapat ditimbang baik buruknya sebelum ia dimuktamadkan.

Page 21: Tutorial 12 (EDU 3043)

Sambungan: Perenggan 6 Kempen Kepentingan Pendidikan perlulah dijalankan oleh

mana – mana badan yang bertanggungjawab secara lebih kerap lagi dan kempen ini nanti sebaik – baiknya dihadiri wajib oleh ahli PIBG, orang – orang kampung, ibubapa, orang yang tinggal di luar kawasan bandar dan sebagainya. pendedahan sebegini amat penting agar ibubapa dan sesebuah keluarga sedar akan kepentingan pendidikan kepada anak – anak mereka. Hal ini dapat diterapkan dengan lebih mendalam lagi sekiranya badan – badan berkepentingan seperti Polis, Askar, Doktor, Saintis dan lain – lain memberikan kempen dan kursus terbuka agar masyarakat bandar dan luar bandar dapat melihat kepentingan pendidikan buat jangka masa panjang khusus untuk kepentingan anak – anak mereka kelak.

Page 22: Tutorial 12 (EDU 3043)

sambunganPerenggan 7

Sepatutnya sebelum Encik Robert mengeluarkan notis rujukan tatatertib secara sah terhadap Richard, Encik Robert perlulah memastikan kesahihan dan sejauh mana betulnya dan relevannya tindakan mengeluarkan notis seperti itu terhadap Richard tanpa mengetahui hujung pangkal cerita kes tersebut. Encik Robert tidak boleh bertindaksambil lewa kerana hal pengeluaran dendaan tatatertib itu melibatkan perasaan murid terhadap guru, nama sekolah, guru unit disiplin dan tahap kebijaksanaan Encik Robert dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Page 23: Tutorial 12 (EDU 3043)

sambungan Perenggan 9 Tindakan Encik John adalah agak perit

untuk dia pendamkan sendiri akan tetapi itulah tindakan yang sebaiknya untuk dia lakukan pada saat itu. Selain dapat mencerminkan kewibawaan sebagai seorang bakal guru, beliau dapat dilihat sebagai seorang yang bijak dalam menangani emosi iaitu EQ. beliau secara langsung dapat melatih diri untuk menangani kawalan emosi dengan sebaiknya untuk masa akan datang.

Page 24: Tutorial 12 (EDU 3043)

Sambungan Perenggan 11 Encik John boleh mengendalikan maslaah

Richard sebenarnya iaitu dengan melihat kepada buku rekod atau mendapatkan alamat Richard secara terus dari Richard sendiri bagi mengetahui sejauh mana kebenaran alasan Richard tersebut. Selain itu, Encik John juga boleh mengambil dan menghantar Richard pada masa yang telah ditetapkan jika Encik John benar – benar ingin berlatih menjadi guru cemerlang dan seandainya Encik John mempunyai kereta sebagai pengangkutan untuk menghantar dan mengambil Richard dari rumah ke sekolah.

Page 25: Tutorial 12 (EDU 3043)

Sambungan Perenggan 14

Ketidakadilan dapat diatasi sekiranya pengurusan emosi dan juga pengetahuan dapat diseimbangkan sebaik – baiknya. Dari pihak Encik John, beliau boleh menyoal selidik dahulu guru kelas bagi kelas tempoh tujuh sebelum mula membuat sebarang tindakan susulan terhadap Richard. Dari sudut pandangan Encik Robert pula, sebaiknya beliau memastikan dahulu apakah latar belakang Richard dan apakah dirinya mempunyai catatan masalah tingkah laku di sekolah tersebut sebelum ini barulah beliau boleh mengeluarkan notis sah salahlaku pelajar.

Page 26: Tutorial 12 (EDU 3043)

Sambungan Perenggan 15

Encik John sepatutnya mempelajari seni mempertahankan diri sekurang – kurangnya beliau dapat keyakinan diri untuk berhadapan dengan pelajar yang bermasalah tingkah laku seperti Richard dan dikala situasi tidak terkawal terjadi beliau usah berasa gusar kerana adanya pertahanannya sendiri. Selain itu, Encik John sepatutnya dibantu atau ditemani oleh mana – mana rakan guru lain supaya sekiranya sesuatu yang buruk terjadi, Encik John masih mempunyai sokongan dan bantuan kecemasan untuk mengawal suatu keadaan kritikal bila bersama Richard. Mungkin ada baiknya juga sekiranya Encik John sediakan suatu alat mempertahankan diri ketika berhadapan dengan Richard demi menjaga keselamatan dirinya sendiri dan juga orang lain.

Page 27: Tutorial 12 (EDU 3043)

sambungan

Perenggan 18

Encik John telah memilih tindakan yang betul dan kebetulan terkena pada orang yang betul kerana guru tersebut sudah lama mengenali Richard, tahu akan kelemahan dan masalah Richard sebelum ini, pernah menjadi guru Bahasa Inggerisnya dan juga tahu mengendalikan situasi tegang Richard seperti yang berlaku pada ketika itu.