tutorial pembelajaran

Download Tutorial pembelajaran

Post on 19-Jul-2015

3.064 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Tutorial Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tutorial Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahMohd Fazri bin Rahim910427-06-5667PISMP BM1 SEM 3

CONTOH AYATKini dia terjebak dalam kancah penagihan dadah kerana nasihat ibunya hanyalah sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.BAHASA KIASANMASUK TELINGA KANAN,KELUAR TELINGA KIRI.Maksud:Janji yang diucap mestilah ditepatiBAHASA KIASAN

Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya

OBJEKTIFSimpulan bahasa digunakan bagi menggantikan sesuatu perkataan yang kasar, bertujuan untuk menegur tetapi dalam erti kata yang halus.

Antara tujuan penggunaan simpulan bahasa ialah, ia sinonim yang memperkaya gaya tulisan. Contohnya "anak tunggal" untuk menggantikan seorang anak, "iri hati" untuk dengki dan "berat tulang" untuk si malas.

Simpulan bahasa membungai gaya penulisan. Contoh: "bunting padi", "cupak hanyut", dan "bunga bangsa".SIMPULAN BAHASAMaksud:Sangat miskin sehingga tidak mempunyai tempat berlindung atau berteduh.

BAHASA KIASANMalam berselimutkan embun, siang berlindungkan awanPengenalanSimpulan bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan tersebut. Misalnya, kaki ayam, yang bererti tidak berkasut dan panjang tangan yang bererti suka mencuri. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat. Simpulan bahasa adalah gabungan dua perkataan biasa yang digunakan oleh orang-orang Melayu zaman dahulu untuk menggambarkan sifat-sifat, tingkahlaku, situasi dan perangai spontan manusia dalam menjalani kehidupan harian mereka.SIMPULAN BAHASAPengenalanMenurut Za'ba, terhasilnya simpulan bahasa adalah dengan berdasarkan empat perkara iaitu:

(a) Daripada perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyhur. (Contoh: Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang dan sebagainya.)

(b) Daripada benda atau kejadian yang berlaku di sekelilingnya. (Contoh: mandi kerbau, mata duitan, kutu embun dan sebagainya.)

(c) Daripada kepercayaan orang ramai (Contoh: harimau berantai, buruk siku, dimakan bulan dan sebagainya).

(d) Daripada kebiasaan atau resaman bahasa. (Contoh: ada hati, gila bahasa, beri muka dan sebagainya.)

SIMPULAN BAHASARUMUSANBAHASA KIASANPepatah ialah ungkapan yang berasal daripada pusaka adat resam Melayu dan biasanya terdapat pengulangan kata yang berperanan sebagai penegasan atau sebagai unsur-unsur pengajaran yang hendak disampaikan.

Pepatah juga merupakan sejenis peribahasa yang berangkap dan ungkapan tersebut tidak pernah berubah, malah mempunyai cari-ciri puisi tradisional Melayu.

Pepatah berfungsi sebagai panduan dan pedoman daripada orang tua-tua agar masyarakat masa kini dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna.

AKTIVITIBerikan maksud pepatah di bawah: (klik pada pepatah untuk lihat jawapan)

BAHASA KIASANCakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.2.Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.3.Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.4.Malam berselimutkan embun, siang berlindungkan awan.

CIRI-CIRITerbentuk daripada nilai kepercayaan. Contohnya: air pinang, batu buyung, dan makan bulan. (Semua ini ada kaitan dengan kepercayaan orang Melayu)

Simpulan Bahasa yang berkaitan dengan tubuh badanContohnya: Gigi air, Hati batu, kecil hati, dan anak mata. Lihat contoh, hati batu bermakna seseorang yang degil dan tidak mahu mendengar kata.

Simpulan bahasa yang berkaitan dengan haiwan.Contohnya: Saudara anjing, akal kancil, ajak-ajak ayam, biawak hidup, buaya darat, darah ikan dan sebagainya. Lihat contoh, akal kancil menggambarkan seseorang yang sangat pandai.

SIMPULAN BAHASAJENIS-JENISSimpulan bahasa yang memaparkan kelakuan dan perangaiseseorang seperti Berat tulang iaitu orang yang pemalas.

Simpulan bahasa jenis aktiviti pula menunjukkan aktiviti ataupun rancangan seseorang. Contohnya Makan angin yang bermaksud seseorang yang ingin melancong ke luar negara.

Simpulan bahasa jenis kebolehan pula digunakan bagi menunjukkan kepandaian dan ketidakpandaian seseorang. Contohnya, Ayam tambatan bagi mengambarkan seseorang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan

Budaya hidup seperti cara hidup yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat seperti Ajak-ajak ayam yang bermaksud seseorang yang tidak ikhlas memperlawa orang lain.

SIMPULAN BAHASAAKTIVITIBerikan peribahasa yang sesuai untuk gambar di bawah.

SIMPULAN BAHASASemak jawapan

AKTIVITIBerikan peribahasa yang sesuai untuk gambar di bawah.

SIMPULAN BAHASASemak jawapan

RUMUSANTetapi pada masa kini, pelbagai simpulan bahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar menghafalkan seberapa banyak simpulan bahasa seperti robot.

Simpulan bahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku masing-masing dengan mengisi buku masing-masing dengan simpulan bahasa moden yang janggal, dengan setiap penerbit menghasilkan simpulan bahasa masing-masing.

Selain itu, simpulan bahasa yang baru dicipta ini juga mendorong kepada merosakkan bahasa, kerana sesetengah daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa sebarang penyeliaan oleh sebarang pihak.SIMPULAN BAHASAPENGENALANBiasanya terdapat pengulangan kata yang berperanan sebagai penegasan atau sebagai unsur-unsur pengajaran yang hendak disampaikan.

Pepatah juga merupakan sejenis peribahasa yang berangkap.BAHASA KIASANCONTOHErtinya: Setiap negara ada undang-undang danadat resamnya masing-masing.Contoh ayat:Bila berada di rantau orang, jaga-jagalah diri itu supaya tidak menyalahi dengan kebiasaan di situ, kerana ada batang mati, adalah cendawan tumbuh.BAHASA KIASANAda batang mati,Ada cendawan tumbuhCONTOHErtinya: Makin diberi, makin banyak diminta.

Contoh ayat:orang yang bersifat tamak tentulah selalu makin murah makin menawar bila dituruti kemahuannya.BAHASA KIASANMakin murahMakin menawarCONTOHErtinya: Sesuatu yang sudah musnah tidak boleh dibaiki lagi.

Contoh ayat:

kami tidak mahu terjadi nasi sudah menjadi bubur suatu masa nanti.BAHASA KIASANNasi sudahMenjadi bubur