tutorial m5

43
Pembinaan Jadual Penentuan Ujian

Upload: jeevithra-significa-beleza

Post on 10-Nov-2015

41 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

b

TRANSCRIPT

  • Pembinaan Jadual Penentuan Ujian

  • Pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU)Pengukuran adalah satu proses yang penting ketika membuat sesuatu penilaian khususnya dalam proses p&pAlat pengukuran yang kurang berkualiti akan menghasilkan penilaian yang meragukanPembinaan JPU untuk memastikan pembinaan alat pengukuran yang sah dan boleh dipercayai

  • Jadual Penentuan Ujian (JPU)Dikenali juga sebagai jadual spesifikasi ujian (JSU)Satu blue print ujian / test specificationSatu matrik yang terdiri dua paksi iaitu paksi kandungan dan paksi aras kemahiranKandungan merupakan topik dalam sukatan pelajaran manakala aras kemahiran merupakan taksonomi penguasaanDibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujianMembantu penggubal membina item soalan

  • Tujuan JPUUjian tidak dibina secara sembaranganDapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujianPanduan kepada penggubal soalanMenstabilakan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasaMenentukan bidang dan pemberatan ujian yang seimbang

  • Siapa yang membuat JPUPenggubal kurikulum dan sukatan pelajaranGuru-guru yang mengajar mata pelajaran

  • Ciri-ciri Utama JPUAda tajuk yang hendak diujiSenaraikan aras kemahiran yg hendak diujiPaksi menegak mengandungi tajuk yang hendak diuji dan paksi mendatar , jenis kemahiran yang diujiGambaran tentang bilangan soalan dan aras kesukaran dalam satu ujianMerangka secara nyata bidang yang akan diuji

  • Langkah-langkah Pembinaan JPUPilih hasil pembelajaran yang hendak diujiSenaraikan isi atau kandungan pembelajaranBina carta dua halaTentukan nombor item yang akan dibina mengikut aras kemahiranTentukan bilangan item soalan mencukupi untuk mengukur pencapaian muridSemak semula jenis item/soalan yang telah ditetapkan samada menepati kehendak objektifkurikulum

  • DIMENSI DALAM JPUKandungan ujian berdasarkan sukatan pelajaran atau huraian sukatan pelajaran dan buku teks yang digunakan, meliputi i skop atau kedalamannya ii bilangan item untuk setiap tajuk iii wajaranKemahiran meliputi aras kemahiran yang diuji ( selalunya menggunakan teksonomi Bloom)

  • Jenis dan jumlah item berdasarkan tujuan ujian, kegunaan ujian, siapa yang mengambil ujian, jenis soalan ( samada item objektif, struktur atau esei ) dan aras kesukranWajaran peratusan item ikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran bagi setiap tajuk

  • Dalam konteks pendidikan di Malaysia kebanyakan ujian bilik darjah adalah berbentuk pencapaian iaitu ujian untuk menentukan setakat mana murid telah menguasai apa yang telah diajar. Oleh itu ujian mestilah bersifat representative kurikulum sekolah

  • Jenis Item Ujian

    Ujian objektif

    Ujian subjektif / esei

  • Item Ujian ObjektifCalon dibekalkan dengan satu tugasan berstruktur yang menghadkan tindak balas dengan cara menanda, membulat atau menggaris gerak balas (respons) yang tepatJawapan pendek berbentuk perkataan, angka atau frasa.Hanya satu jawapan yang betulMengikut Gronlund ujian terbahagi kepada item yang memerlukan calon membuat pilihan yang diberi dan memberi jawapan yang diperlukan

  • Jenis-jenis item ujian objektif

    Item pilihan jawapan bebasItem pilihan jawapan tetap

  • Item pilihan jawapan bebasMemerlukan murid memberi jawapan bukan memilih jawapan yang diberikanSoalan boleh berbentuk soalan atau pernyataan tergantungSoalan berbentuk item jawapan pendek atau item melengkapkanArahan yang diberi seperti isikan tempat kosong dengan lenkapkan pernyataan berikut

  • contohItem jawapan pendeki.Tuliskan dengan perkataan nombor 23ii.siapakah empat golongan yang dikecualikan daripada kewajipan menunaikan solat Jumaat?i.____________Item jawapan melengkapkani.Haiwan yang memakan daging dinamakan __________iiTuliskan nama tarian tradisional negeri berikuta. Johor __________b.Perlis __________

  • Item pilihan Jawapan Tetap

    Item betul/salahItem memadankanItem pengelasanItem susun semulaItem aneka pilihan

  • Item Aneka PilihanBentuk soalanAyat tidak lengkapJenis jawapan terbaikJenis negatifInterpretifCantuman

  • Soalan Objektif Aneka PilihanMengandungi dua bahagian- Stem pokok soalan / tugasan soalan- Opsyen - pilihan jawapan yg diberi Pilihan mengandungi : Kunci jawapan yang betul Pengganggu (distracktor) bukan jawapanCon: Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses Apemeluwapan Bpenyulingan Cpendidihan DelektrolsisAir boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses stemA,B,C,dan D opsyenA,B, dan C penggangguD - jawapan

  • Stem SoalanMungkin dalam bentuk soalan atau ayat tidak lengkapJelas tugasan yang diperlukan/yang perlu dijawab oleh calonTidak mengandungi sebarang bayangan (clues) jawapanTidak mengandungi maklumat yang tidak berkaitan dengan tugasan soalan

  • Opsyen, Pengganggu dan KunciPilihan jawapan sama dengan stem soalanTiap pengganggu mempunyai hubungan atau seragamElakan memberi bayanganElakan guna perkataan seperti semua di atas, tiada satu punElak mengulang maklumat yang samaPastikan satu sahaja jawapanSusun kunci secara rawak dan bilangan seimbang untuk tentukan A,B,C/D

  • Jenis soalan Aneka pilihan -Bentuk soalanSetiap pokok soalan berbentuk soalan diikuti dengan beberapa pilihan jawapan hanya satu daripada pilihan itu betulContoh: Apakah alat yang digunakan untuk menentukan pH tanah?AAmmeterBVoltmeterCMeter pHDMulti meter

  • Ayat tidak lengkapSetiap ayat yang tidak lengkap diikuti dengan beberapa pilihan. Satu sahaja pilihan yang betul.Contoh :Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British memberi kesan terhadapAkemasukan buruh asing beramai-ramaiBindustri membuat kereta berkembang pesatCmigrasi penduduk dari luar bandar ke badarDindustri perlombongan bijih timah berkembang pesat

  • Jenis Jawapan TerbaikSetiap pokok soalan diikuti dengan beberapa pilihan. Semua pilihan ada kebenarannya tetapi bukan semuanya tepat. Hanya satu sahaja pilihan yang paling tepat atau terbaikContoh: Apakah cara pemarkahan yang paling sesuai untuk memastikan ujian tersebut mempunyai unsur keobjektifan yang tinggi?A.Memeriksa soalan demi soalanBMenanda kertas jawapan dengan berhati-hatiCmemeriksa kertas jawapan demi kertas jawapanDMenanda kertas jawapan berdasarkan Peraturan Memberi Markah

  • Soalan Item NegatifKesemua pilihan adalah betul keuali satu yang salah. Yang salah inilah yang tidak dikehendaki. Pokok soalan biasanya mengandungi perkataan seperti kecuali, yang tidak benar, bukan, dan tidakContoh:Kelebihan ujian bentuk objektif adalah seperti berikut kecualiAsesuai digunakan untuk ujian sumatifBdapat menguji bidang kognitif yang lebih tinggiCjawapan dapat diterima dengan cepat, tepat dan objektifDboleh menguji bidang kognitif di peringkat pengetahuan dan fahaman dengan berkesan

  • Soalan Item InterpretifSoalan adalah berdasarkan rangsangan yang mungkin berupa peta, gambar rajah, jadual, graf atau petikan karanganContoh:Berdasarkan rajah1 di atas, X adalah merujuk kepadaAinternetBperdaganganCtelekomunikasiDpengangkutan

  • Jenis Cantuman/GabunganSoalan jenis ini mengandungi lebih daripada satu jawapan yang betul. Murid dikehendaki mencantumkan jawapan menjadi satu sahaja jawapan yang betulContoh:Antara berikut, manakah alat pengangkutan jalan air pada zaman dahulu?I.JongII.RakitIII.PerahuIV.Kapal layarA.I, II dan IIIBI, II dan IVCI, III dan IVDII, III dan IV

  • Cara Menulis item Aneka PilihanPokok soalan boleh ditulis dalam bentuk pertanyaan, atau ayat tidak lengkapSoalan hendaklah ringkas tetapi padatPilihan jawapan juga perlu ringkasPilihan jawapan hendaklah dinyatakan dalam struktur atau bentuk yang samaPilihan jawapan tidak bertindih atau diulangElakkan daripada menggunakan pilihan jawapan, semua di atas, tiada satu pun yg betulPokok soalan tidak membayangkan jawapan

  • Aras Item ObjektifItem-item objektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang berbezaMengikut Bloom Teksonomi ada 6 aras, iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintisis dan penilaian

  • Item Aras PengetahuanSoalan yang menguji kebolehan calon mengingat semula fakta, istilah, konsep dsbSoalan berbentuk mudah spt apa, siapa, di mana, labelkan, dan bilaCon: Bilakah Malaysia merdeka? (A) 1957 (B) 1964 (C) 1967 (D) 1969

  • Item Aras KefahamanMenguji kebolehan calon untuk memahami, menterjemah dan menginterpretasi fakta atau konsep atau prinsipBentuk soalan seperti asingkan, terangkan, bezakanCon: Pokok padi tidak mati walaupun akarnya tenggelam dalam air kerana (A) akarnya panjang (B) batangnya lembut (C) pokoknya ada pelampung (D) ada ruang udara dalam batangnya

  • Item Aras Aplikasi

    Menguji kebolehan calon menggunakan konsep, prinsip, hukum atau fakta asasBentuk soalan seperti kirakan, gunakan, selesaian dsbCon: Hakim mempunyai wang sebanyak RM10.00, bapa saudara m emberinya RM 2.00, manakala kakaknya memberinya RM5.00. Cari jumlah wang Hakim. (A) RM17.00(B) RM19.00 (C) RM 21.00(D) RM 23.00

  • Item Aras AnalisisMenguji kebolehan calon untuk mencerakinkan idea besar kepada bahagian-bahagian kecil, membuat perbandingan dan menghuraikan perhubunganBentuk soalan seperti bezakan, hubungkan dsbnyaCon: Semasa tumbuhan hijau melakukan proses fotosintis apakah bahan yang diperlukan Aair dan cahaya B air dan karbon dioksida Cair, oksigen dan cahaya Dair, karbon dioksida dan cahaya

  • Item Aras Sintesis

    Menguji kebolehan calon untuk menggabungkan idea-idea kecil, mentafsir dan membuat satu rumusan.Con: Dalam satu eksperimen, seketul batu kapur dimasukkan ke dalam bikar yang mengandungi asid. Gas yang terhasil boleh memadamkan api. Gas itu terdiri daripada gas

    (A)oksigen (B)hidrogen (C)nitrogen (D)karbon dioksida

  • Item Aras Penilaian

    Menguji kebolehancalon untuk membuat pertimbangan nilai bagi sesuatu fikiran, tugasan atau kaedah.

    Con : Langkah yang paling berkesan untuk mengatasi masalah salah laku di kalangan murid-murid ialah (A)merujuk setiap kes salah laku kepada guru disiplin (B)meletakan seorang pegawai polis di setiap sekolah (C)mengenakan tindakan keras ke atas setiap kes salah laku (D)memupuk nilai-nilai murni serta menekankan khidmat bimbingan dan kaunseling

  • Ujian Esei/SubjektifSoalan yang memerlukan calon memberi tindak balas sama ada lisan/bertulisTindak balas berbentuk terhad atau lanjutanMemerlukan calon menulis jawapan berbentuk satu ayat, perenggan (terhad) atau esei penuh (lanjutan)

  • Jenis soalan subjektifJawapan pendekSoalan berstrukturSoalan esei

  • Soalan pendek/respon terhadTerhad apa yang harus dijawabContoh soalan-senaraikan lima komponen utama -nyatakan tiga kelebihan -apakah definisi mengikut ?

  • Soalan Esei Tindak Balas LanjutanMembolehkan calon memilih, menyusun dan menyampaikan jawapan yang difikir kan sesuaiSoalan jenis ini dapat menguji kebolehan calon mengemukan pendapat, idea dan membuat penilaian secara bebas Soalan ini dapat menguji peringkat kem. Soalan yang lebih tinggi seperti aras sintisis, analisis dan penilaianContoh; Huraikan peranan sektor swasta dalam usaha memajukan ekonomi negara Sejauhmanakah anda setuju dengan kenya- taan kenaikan harga minyak boleh menye- babkan inflasi

  • Aras Item SubjektifMengingat semulaCon: Berikan definisi Siapakah Apakah Fahaman Con: Bandingkan Huraikan Apakah tujuan

  • AplikasiCon: Bagaimanakah Terangkan cara Analisis Con: Mengapakah / apakah punca Terangkan sejauh mana

  • Sintisis Con: Jelaskan Berdasarkan, huraikan

    PenilaianCon: Nilaikan idea Mengikut , apakah pendapat anda

  • Panduan Menulis Soalan EseiTetapkan dahulu tugasan soalan yang hendak dibinaMulakan setiap tugasan dengan perkata an seperti: huraikan, bandingkan dsbTentukan setiap tugasan soalan jelas dan tidak mengelirukanSebaiknya soalan dapat membezakan calon yang benar-benar belajar dapat faedah

  • kesimpulanJPU perlu disediakan oleh guru bila ingin membuat satu-satu ujian untuk menentu kan sama ada ujian itu sah atau boleh dipercayaiPembinaan item soalan yang teliti mengelakan keputusan ujian yang diragui Setiap guru yang mengajar dalam satu- satu mata pelajaran perlu bertanggung jawab memastikan pencapian murid setara dengan apa yang diharapkan

    *PSS 3110 / Tutorial M5