tutorial m9

6
Tutorial M9: Banding beza model disiplin Skinner, Canter, dan Dreikurs. Pilih pengurusan grafik yang sesuai. Kumpulan 8 (k6): Hoh Rui Voon, Low Hui Seet, Wong Mee Mee Model Disiplin B. F Skinner Rudolph Dreikurs Lee & Marlene Canter Peneguhan & Pembentuk Hukuman & ganjaran Bilik darjah yang demokratik

Upload: adrience-loh

Post on 09-Nov-2015

281 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tutorial m9

TRANSCRIPT

Tutorial M9: Banding beza model disiplin Skinner, Canter, dan Dreikurs. Pilih pengurusan grafik yang sesuai.Kumpulan 8 (k6): Hoh Rui Voon, Low Hui Seet, Wong Mee Mee

Model Disiplin

Rudolph DreikursLee & Marlene CanterB. F Skinner

Peneguhan & PembentukanBilik darjah yang demokratikKawalan diriHukuman & ganjaran

Model disiplinCiri-ciri

SkinnerCanterDreikurs

Konsep Peneguhan yang diberi akan membentuk tingkah laku yang diingini.

Murid berhak untuk belajar dengan tenang dan selamat dan mendapat sokongan rakan dan guru. Guru berhak untuk mengajar professional tanpa gangguan.

Masalah tingkah laku murid-murid berpunca daripada motif-motif: Mendapatkan perhatian Mencabar kuasa Membalas dendam Mempamerkan kekurangan

Penekanan Mementingkan peneguhan yang diberi untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Mementingkan peraturan dan perlaksanaanya. Guru menjelaskan peraturan supaya murid memahami akibat yang mungkin diterima sekiranya mereka melanggar peraturan.

Berasaskan peneguhan dan ganjaran. Peneguhan positif diberi untuk tingkah laku yang diingini. Peneguhan negatif diberi untuk tingkah laku yang ingin diatasi. Berasaskan kepercayaan antara guru dengan murid. Kuasa autonomi diberi kepada murid.

Prinsip 3 andaian asas: Tingkah laku diikuti oleh ganjaran yang kerap. Tingkah laku diikuti hukuman tidak kerap atau langsung tidak akan berlaku. Tingkah laku akan dihapus sekiranya tidak diperkukuh. Guru hendak memberi pengukuhan terhadap tindakan yang wajar. Guru bersifat asertif semasa mengawal kelas. tidak agresif Suasa bilik darjah yang kondusif dan demokratik dapat mewujudkan rasa kepunyaan murid. Guru tidak menekankan hukuman tetapi memupuk murid yang mempunyai kawalan diri.

Cara Pelaksanaan Guru ada 3 pilihan: Memberi ganjaran (peneguhan positif) terhadap tingkah laku baik. Memberi peneguhan negatif untuk mengurangkan atau menghapuskan berlakunya tingkah laku murid. Memberi hukuman atas kesalahan murid. Membina perancangan disiplin secara bertulis dan formal yang menyatakan dengan jelas. Bersifat asertif:Desak dengan tenang, Menentukan had, melaksanakan dengan tegas. Guru agresif: tidak bertolak ansur, keras Guru tidak asertif: tidak tegas, pasif Kenal motif murid. Bantu murid mengenali motif yang ditunjukkan. Bantu murid menukar matlamat salah kepada matlamat yang betul. Bimbing murid bertanggungjawab atas matlamat yang baru. Bantu murid melihat akibat sebalik tingkah lakunya.

Kekuatan Mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi kerana telah diselidik secara meluas:

Contoh: Pelaziman operan.(Rujuk lampiran 1)membuktikan gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran Membantu murid membeza dan memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaaan atau kegagalan. Sistem hukuman yang adil terhadap semua murid. Memberi arahan yang jelas dan tidak mengelirukan pelajar. Suasana pembelajaran yang kondusif dimana guru dan murid saling mempercayai melalui cara demokratik dan komunikasi yang terbuka. Memupuk murid yang bertanggungjawab atas pilihan diri.

Kelemahan Murid tidak diberi kebebasan untuk memilih. Kekal dalam jangka masa pendek sahaja kerana inginkan sesuatu ganjaran. Guru yang kurang peka dan memberi hukuman yang keterlaluan akan menyebabkan murid benci menghadiri sekolah. Murid hanya akur kepada peraturan yang ditetapkan oleh guru. Keberkesanan satu program disiplin tidak boleh dinilai dari segi kejayaan mencegah murid-murid daripada melakukan salah laku.

Agak sukar untuk guru menentukan motif murid. Agak sukar untuk guru menentukan akibat logikal yang setimpal dengan salah laku tertentu.

Lampiran 1Eksperimen Pelaziman Operan Skinner

Prosedur

Hasil:Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. Pembelajaran melalui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut sebagai ganjaran. Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.Melalui eksperimen tersebut, kita dapat melihat konsep peneguhan dengan jelas. Skinner juga menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif. Contoh peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Pujian adalah penting untuk mendorong seseorang pelajar itu terusmelakukan tingkah laku yang baik pada masa hadapan.