tutorial 1

7
TUTORIAL 1

Upload: aliah-irah

Post on 22-Nov-2015

7 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Tutorial 1

Tutorial 1Maksud istilah semantikMenurut Palmer (1992), istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna.Istilah ini sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantikos, yang bermaksud penting atau bererti.Istilah semantik mula-mula diperkenalkan oleh M.Breal daripada kata Perancis semantique. Kini istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada kajian makna dalam bidang linguistik. Kata semantik juga diertikan sebagain ilmu tentang makna atau erti.

Definisi bidang semantikMenurut Ullmann (1996), kajian semantik selepas tahun 1950 tidak lagi memberi perhatian terhadap perubahan makna dan sebab-sebabnya. Sebaliknya, kajian mula beralih kepada aspek dalaman tentang perbendaharaan kata dan juga daripada prinsip umum kepada kajian bahasa yang tertentu.

Berdasarkan Richards et al. (1989) semantik ialah kajian tentang makna yang merujuk kepada analisis terhadap kata, frasa, atau ayat.

Semantik menurut J.W.M. Verhaar ialah teori makna atau teori erti. Begitu juga dengan J. D. Parera yang mengemukakan bahawa semantik adalah ilmu tentang makna.

John Lyons pula mendefinisikan semantik dengan penyelidikan makna.

Umar Mukhtar, 1982, dalam kitabnya ilmu dillah telah mendefinisikan semantik seperti berikut: Semantik adalah kajian tentang makna atau ilmu yang mempelajari tentang makna atau merupakan cabang linguistik yang mengkaji tentang teori manusia. Bidang semantik boleh dibahagikan kepada beberapa subbidang, seperti semantik linguistik dan semantik falsafah. Bolehkan anda menyenaraikan tiga lagi subbidang semantik serta fokus kajiannya bagi setiap subbidang tersebut?